Friday, April 30, 2010

NIZAR MENGHASUT : TAKKAN SATU JE LAPORAN ?

pagi tadi di shah alam 3 orang mewakili melayu,cina dan india telah membuat laporan polis terhadap nizar gila kerana cuba menghasut agar cina dan melayu bergaduh..KLIK SINI

3 ? mana pergi pemimpin umno perak ? zambry tak suruh pemuda umno perak buat repot ke ? dah selesa sangat ke zambry ? mana ketua pemuda umno malaysia ? mana pergi ketua pemuda umno selangor ? ketua pemuda bahagian ? ketua bahagian umno tak rasa ke ucapan nizar merbahaya ? ketua wanita ketua puteri mana ?

mana chua soi lek ?mana wee ka siong ? mana t mohan ? mana samy velu ? mana kamalanathan ? mana kayveas ? mana pemimpin 1malaysia ?

halo kamu dah selesa dengan pangkat dan darajat yang kamu ada ke sampai tak sensitif langsung dengan ucapan merbahaya nizar ni !? kerusi empok dan sejuknya aircond harrier tu takkan buat kamu malas nak bangun dan buat repot polis ?

FACEBOOK BENCI POLIS TELAH DILANCAR ! SILA TAHAN PEMILIK FB INI !



aku dapat tahu ada facebook baru yang membenci polis telah dilancar. motif utama nya adalah menggunakan semaksima mungkin kes aminulrashid untuk di spin kan..

kurang ajar..dah berkali bloger bagi amaran

jangan kacau dan babitkan keluarga amin dalam 'mainan politik' korang dan biarkan polis jalankan siasatan dengan adil..nampaknya masih ada lagi manusia sengkek politik nak pusing cerita ni !

keluarga arwah amin pun dah keluarkan kenyataan tiada siapa dibenar untuk mempolitikkan isu kematian aminulrashid..KLIK SINI

face book ni ada slogan. namanya KAMI KEJAR KAMI TEMBAK ! biadap.. follower facebook ni dah ada 150 orang...

sila tahan pemilik facebook ini. slogannya boleh menimbulkan kebencian kepada polis !

VIDEO IBU NORSIAH ! SEBARKAN



ibu norsiah mohon agar individu atau parti tidak mempolitikkan kematian anaknya,aminulrashid. hari ni dah kedengaran oputunis sengkek politik seperti mahfuz omar dan kalid gereja cuba nak manipulate isu...

dah buat kerja lain mangkok. biar keluarga ni concentrate kes malang ni.biar polis jalankan siasatan. pas kau jangan nak ambik kesempatan. lagi satu pesan keluarga, tolong bersihkan nama allahyarham daripada dilabelkan sebagai penjenayah/penyamun atau pesalah..

PAS PKR DAN DAP INGAT PESAN KELUARGA NI !

PESANAN PENTING IBU AMINULRASHID !


semalam aku melawat keluarga allahyarham aminulrashid. hampir 3 jam aku bersama keluarga.aku hadir mengikuti rombongan NGO PERKASA.

macamnilah. aku seperti kamu mahukan kes ini diselesaikan dengan baik. telus dan adil. pihak polis sedang melakukan siasatan manakala pihak keluarga juga mahu agar kes ini selesai.

aku mahu menyampaikan pesanan. pesanan ini datang dari mulut ibu allahyarham sendiri iaitu ibu norsiah. terlalu banyak spekulasi dan mainan persepsi hadir dalam kes ini.

jadi aku minta agar kesemua bloger,facebooker,sms blaster,media cetak dan eletronik agar dengar pesanan ibu norsiah baik baik..

PERTAMA

TOLONG HENTIKAN SEBARANG TULISAN YANG MELABELKAN ALLAYARHAM ADIK AMIN SEBAGAI PESALAH/PENYAMUN/PENJENAYAH. HENTIKAN SEGALA BRANDING YANG TIDAK ADIL INI KEPADA ALLAHYARHAM ADIK AMIN.

KEDUA

PIHAK KELUARGA MENGHARGAI SIMPATI YANG DATANG.BAIK DARIPADA INDIVIDU MAHUPUN DARI PIHAK PARTI POLITIK. PESAN IBU NORSIAH,DIA MEMOHON AGAR KES INI TIDAK DIJADIKAN BAHAN UNTUK SEBARANG KEGIATAN POLITIK. BAIK DARI PENTAS CERAMAH,CETAKAN AKHBAR,TULISAN INTERNET DAN BLOG DLL..

insyaallah video pesanan penting ibu norsiah akan kami keluarkan. biarkan polis menjalankan siasatan dengan adil dan kita sedekahkan surah al fatihah dan yasin kepada allahyarham adik aminulrashid.

mohon semua bloger mainkan pesanan ibu norsiah.tk

NIZAR BAKAL MASUK ISA ? KALID GAGAP SEMAKIN MEREPEK !

nampaknya desakan puluhan bloger agar ucapan nizar bintang 3 yang mengapikan pergaduhan kaum supaya di siasat sudah menemui hasilnya.

umno selangor akan membuat laporan polis disusuli sidang media pada hari jumaat 30 april 2010 jam 11 pagi di IPD shah alam berhubung kes isu video klip ucapan hasutan oleh nizar semasa berkempen di hulu selangor.KLIK SINI UNTUK MENONTON VIDEO NIZAR HASUT CINA DAN MELAYU BERGADUH MENUMPAHKAN DARAH !

mohon semua yang ada kelapangan hadir.jangan lupa bagitahu kawan-kawan melayu cina dan india. nizar sengaja mahu melayu dan cina bergaduh ! ayuh selamatkan malaysia daripada manusia penghasut kelas 1, nizar lahanat dari parti pas !

selepas selesai laporan polis terhadap nizar, rakyat selangor akan mengadakan demonstrasi pada hari yang sama jam 3 petang di petaling jaya. demonstrasi ini dilakukan sebagai membantah keputusan kera-jaan pakatan selangor yang menukar nama jalan barat kepada jalan v david (bekas pemimpin DAP)..

betapa kurang cerdiknya kera-jaan pakatan selangor. tatkala rakyat selangor sibuk mencari rezeki, mereka 24 jam siang dan malam asyik main politik je. malam ceramah,siang ceramah, dah tak tahu apa nak buat pi tukar nama jalan. ! (berkumpul di sebelah pj hilton )

VIDEO AMARAN SULTAN SELANGOR TERHADAP ...


ala...siapa lagi kalau bukan si nik ajis. kalau tak tau malu wahai nik ajis jemputlah datang la gi ke selangor ye..aduhai pedihnya dengor tuanku sultan berkias ! pedih menikam kalbu.

Thursday, April 29, 2010

MAKLUMAN PENTING !

artikel CEO YBK yang mendedahkan pembohongan exco kerajaan negeri selangor iaitu yakop sapari akan di keluarkan semula dalam masa terdekat. ada kesilapan HTML yang menyebabkan semua link artikel baru bloger berwarna biru !

aku akan taip semula surat CEO YBK beserta dengan 4 dokumennya sekali. tk.

tadi aku baru balik dari melawat keluarga allahyarham adik aminulrashid. nantikan artikelnya.

PEMBOHONGAN EXCO SELANGOR DIBONGKAR CEO YBK !

nyataan tidak bertanggungjawab YB Yaakob Sapari dalam web Selangorkini sangat menyakitkan hati saya. Dia menuduh tindakan YBK memfailkan saman pada 23/4/2010 ke atas YAB Dato Menteri Besar Selangor dan beliau (yakop sapari) sendiri kononya untuk mengelak dari kepincangan yang didedahkan kerajaan negeri.

YB Yaakob Sapari menuduh

1. YBK tidak senang duduk dengan pendedahan yang dibuat oleh kerajaan negeri

2. YBK cuba mengalih perhatian umum dengan memfailkan saman fitnah terhadap Menteri Besar dan EXCOnya

3. YBK hendak lari daripada apa yang diminta oleh Kerajaan Selangor.

4. YBK hendak pusing-pusing. Kalau hendak telus masukkan Exco dalam lembaga. Kenapa itu enggan? Kalau YBK benar-benar mahu selesai masalah orang miskin, mari (serahkan) kepada kerajaan negeri. Yang kita minta bukan susah sangat, masukkan Exco ke dalam lembaga pemegang amanah. Kenapa dia tidak berani letakkan Exco YB Rodziah dan YB Dr Hassan Ali dalam lembaga dia? Kalau hendak tulis masukkan lembaga kita dalam tu (YBK),” kata Yaakob.

Saya nak jawab soalan tidak bertanggungjawab lagi pembohong YB Yaakob Sapari

1. Kerajaan Selangor bukan membuat pendedahan ke atas YBK tetapi tuduhan fitnah, berniat jahat dan salahguna kuasa. Maka itulah sebabnya YBK buat 4 laporan polis dan fail 3 saman. Malah kertas putih yang didakwa TIDAK PERNAH dibentang dalam persidangan DUN. Pembohong ! Yang diedarkan hanya Laporan Terhadap Tanah Milik YBK yang disediakan oleh Bahagian Audit Dalam dan hanya diedarkan kepada ADUN.

2. Memang YBK mahu rakyat tahu betapa Kerajaan Negeri Selangor sekarang zalim dan menekan sebuah NGO yang sudah 20 tahun menyumbang ke arah usaha pembasmian kemiskinan di Selangor khususnya. Biar mahkamah yang tentukan. Siapa yang pembohong dan salahguna kuasa.

3. Kerajaan Selangor TIADA ‘locus standi’ dengan YBK. Kenapa nak masuk rumah tangga orang ! Tak malu ke. Kerajaan Selangor bukan nak bantu tapi nak ambil alih YBK dengan menuntut nak jadi Pengerusi dan menguasai Lembaga pemegang Amanah YBK.

4. YBK dah cadangkan nama Dato Mohd Arif Abd Rahman Pegawai Kewangan Negeri dan Dato Nordin Sulaiman TSUK (Pembangunan) sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK dan Tan Sri Arshad Tun Uda sebagai Penasihat YBK pada 16/10/2010 sebagai kesediaan YBK memastikan kerajaan Negeri selangor sentiasa mempunyai ‘stake’ dalam perancangan dan perlaksanaan program pembasmian kemiskinan. (lihat surat lantikan). Perlantikan mereka dari kalangan penjawat awam lebih sesuai supaya YBK sentiasa dilihat merentasi kepentingan politik. Tetapi YAB Dato Menteri Besar TAMAK dan terlalu banyak i kepentingan politik. Dia nak lebih dari itu. Dia nak jadi Pengerusi YBK dan 3 orang EXCO jadi ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, seterusnya menguasai YBK.

YB Yaakob Sapari ? saya nak tanya. Siapa yang pusing cerita ? tak malu ke menipu !? Atau tak tahu cerita hujung pangkal cuba nak jadi HERO melindungi Dato Menteri Besar.

Zulhairy bin Jalaluddin (CEO YBK)

27/4/2010

sah yakop sapari exco kera-jaan pakatan selangor adalah seorang pembohong besar ! tipu daya exco melayu pkr ini telah dibidas dengan cukup hebat oleh CEO YBK sendiri, encik zulhairy. sila baca kiriman email CEO YBK kepada bloger. ayuh kita dedahkan manipulasi dan sifat munafik exco pkr selangor ini untuk tatapan umum.

SELURUH BARISAN BLOGER SEDIA BERPERANG DENGAN PAKATAN SELANGOR ! sebarkan maklumat hebat libasan demi libasan yang di buat oleh encik zul terhadap yakop si penjaga ba@$ !

Wednesday, April 28, 2010

NIZAR MAHU CETUSKAN RUSUHAN KAUM ! DEMI KEAMANAN,SUMBAT NIZAR DALAM ISA !



aku yakin,jika dap memainkan isu rasis dan darah cina pasti impaknya tak begitu kuat. tapi bila ada melayu dari parti pas sendiri yang menghalalkan konsep rasis 'melayu bunuh cina' di depan pengundi cina, maka aku yakin pengundi cina akan lebih yakin lagi pasal yang hentam melayu adalah dari parti pas sendiri.

mainan keris melayu dan tumpahnya darah cina dah melampau. dah melanggar adab berpolitik.nizar sengaja mahu mencetuskan rusuhan kaum ! nizar sengaja mahu mencetuskan api perkauman ! PAS SEMAKIN RASIS SANGGUP BUAT APA SAHAJA DEMI UNDI !

nizar mahu hancurkan keharmonian kaum di malaysia yang selama ini sudah cukup aman dan damai. pas sengaja membiarkan pemimpinnya bermain api,melaga-lagakan melayu dan cina..

apa nak jadi kepada pas ? aku bekas pejuang parti keadilan selama 10 tahun. dulu parti keadilan nasional sekarang pkr. dulu mereka ada barisan alternatif. arwah dato fadhil noor tak pernah sekelumit pun mengeluarkan apa apa ayat yang menyentuh sensisitivit kaum,apatahlagi mahu melagakan darah cina dan keris melayu.

hari ini mereka sudah terkeluar dari landasan. mereka semakin sial ! AKU DESAK NIZAR DITAHAN ISA DEMI MENJAGA KEHARMONIAN PENDUDUK BERBILANG KAUM DI MALAYSIA !

NIZAR MAINKAN ISU DARAH CINA ! TANGKAP MASUK ISA !



aku dapat sms semalam. minta aku publishkan kenyataan nizar semasa kempen prk hulu selangor.

kamu dengar baik baik ceramah beliau. dia menghasut orang cina untuk membenci melayu. depan orang cina dia kata najib akan banjirkan darah orang cina di kuala lumpur !

hoi malaun, dah takde modal politik ke sampai kau terpaksa mainkan isu rasis maha perkauman waktu berkempen ! aku mintak si nizar yang mainkan ucapan paling merbahaya ini dikenakan akta hasutan atau masukkan dia terus dalam ISA !

kenapa perlu kau sebutkan najib (melayu) nak banjirkan darah orang cina di kg baru !!?

KDN polis sila tahan nizar bawah ISA. lebih baik kamu sumbatkan satu orang penghasut ke dalam ISA daripada dia terus menabur fitnah memainkan isu darah melayu darah cina demi mencapai cita-cita sempit politik gila si mangkok ni !

pakatan rakyat telah mencerminkan wajah sebenar mereka. pas telah melahirkan nizar, sanggup memainkan isu api perkauman demi kemarukkan kuasa !

ayuh rakyat sila buat repot polis terhadap kenyataan si penghasut yang sengaja mahu menimbulkan hura hara antara kaum ! KDN sila tahan nizar bawah ISA !

Tuesday, April 27, 2010

ALFATIHAH UNTUK KELUARGA AMINULRASHID

aku sedih.sedih sangat pasal satu insiden yang nampak tak sepatutnya berlaku,telah terjadi.allahyarham adik aminulrashid telah meninggal dunia kerana insiden tembakan oleh polis.

aku minta semua pihak bertenang, jangan buat spekulasi atau politikkan kejadian malang ini.

KDN dan kabinet akan diberi briefing lengkap tentang insiden malang ini esok.

aku jugak penuh yakin akan kenyataan ibu amin, bahawa dia menafikan arwah ini terlibat dalam sebarang kegiatan tidak baik..aku yakin,aku cukup yakin luahan hati si ibu malang ini..gap bersama mu wahai ibu norsiah.

4 anggota polis telah ditukarkan ke tugasan pejabat dengan serta merta. aku seru biarkan pihak bertanggungjawap melaksanakan tugas siasatan ini dengan telus dan adil..tolonglah. aku seru.yang bersalah harus dihukum !

sedih sangat bila aku tengok ibu amin menangis.aku faham kesedihan beliau..aku yakin keluarga amin akan baca artikel ini.aku mohon agar seluruh keluarga arwah amin bersabar ya. aku jugak yakin pihak polis dan kerajaan akan melaksanakan tugasan siasatan tragedi malang ini dengan penuh keadilan..

aku bagi amaran kepada mana-mana parti politik agar jangan cuba menangguk di air yang keruh dalam kes ini..

AYUH SELURUH PEMBACA, KITA SEDEKAHKAN SURAH AL FATIHAH DAN YASIN KEPADA ARWAH ADIK AMIN. KITA DOAKAN AGAR ROH ARWAH ADIK AMIN DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG SOLEH..AMIN.

POST MORTEM HULU SELANGOR.(PART 1/2)

satu hari aku merehatkan diri daripada menulis blog. asalnya nak rileks 2 minggu . tapi tangan dengan jari ni nak menulis gak, rasa gatalllll je.

ada macam-macam isu yang tengah keluar masuk,in and out dalam bayangan kepala. rugi pulak kalau ide yang tak semedan tu tak diterjemahkan dalam artikel aku. bukan apa takut tertinggal beberapa point penting.

jadi apa yang akan aku tulis selepas ini lebih mirip kepada ide apa yang datang dulu..dari segi keutamaan isu jangan kamu hiraukan pasal apa yang terlintas kat kepala otak aku ,aku nukilkan.

pertama sekali aku rasa amat bersyukur pasal pakatan kalah. aku suka pkr kalah.aku suka nik ajis kalah.aku suka anwar attaturk kalah.aku suka pasal dap kalah.aku suka pasal zaid kalah.

aku bukan umno tapi aku suka BN menang. gap takde kaitan langsung dengan partai umno.pemimpin pakatan nampak terlalu bodoh bila terpaksa melayan dan menepis serangan bloger 7 hari berturut-turut sedangkan opponent atau lawannya yang sebenar adalah BN.hahaha....dorang ni tau ke lawan dorang masa prk hulu selangor tu adalah BN dan bukannya bloger ? fantasi APCO anwar mati di tangan bloger.sian aku tengok.

ds najib dan tsmy pernah menggelarkan anwar attaturk sebagai pengkhianat negara. gelaran terbaru anwar attaturk masa kempen prk hulu selangor adalah 'raja putar alam'.

dek kerana raja putar alam inilah puluhan bloger pro kerajaan bermain di padang yang sama sepertimana yang selama ini pakatan lakukan.kita memerlukan pencuri untuk tahu aktiviti si pencuri,kita memerlukan bloger ganas untuk bertembung dengan si pengamal 'political animal'.

ini hakikat..baru ngam,baru padan,baru serasi. pakatan pening dek kerana mainan bloger .cuba korang bayangkan kalau si 'bloger pujaan JASA dan umno' si ehem ehem tu yang lead serangan dalam siber ? konpem zzzz zzzz zzzzz ..

konsep offensive,serangan awal dan menggunakan segala tipu helah dalam art of war telah terlaksana dalam prk hulu selangor. helah dalam politik telah diamalkan sejak ribuan tahun dahulu. sun tzu dalam karya agung the art of war telah mencatitkan 36 strategi perang.

sewaktu perang khandak , di saat tentera quraisy dan yahudi seramai 10 ribu orang mengepung tentera islam seramai 2 ribu orang pun juga diperlihatkan strategi tipu muslihat. rasulullah saw telah mengirim seorang sahabat yang baru memeluk islam untuk mencaturkan helah.sahabat ini telah dihantar untuk membawa berita melagakan puak quraisy dan yahudi. brilliant ! mainan persepsi politik telah lama diimplementasi. hari ini perkara yang sama telah berlaku di hulu selangor.

samada gambar zaid dengan wisky jack daniel,gambar zaid dengan carlsberg,gambar dia dengan botol heineken atau gambar zaid dengan botol todi sekalipun, itu bukan persoalannnya..yang penting zaid telah mengaku dan mengaku dia kaki wisky. lebih teruk bila zaid jugak mengaku dia ada kuda lumba. 2 kali sewaktu berkempen, tun mahathir telah berseloka tentang aktiviti mabuk dan kuda lumba si zaid..zaid dan pkr telah tewas pada hari pertama kempen !

aku bukan nak cakap pasal botol todi zaid atau kuda judi si zaid. cuma yang aku nampak, serangan bloger terhadap zaid/pkr adalah laksana ketentuan qada dan qadar. aku cukup yakin pada ketentuan illahi.

lidah zaid ibrahim adalah lidah liberalis,lidah pejuang kesaksamaan agama,dia pernah menggelarkan peguam muslim sebagai 'mereng' apabila kes lina joy meletus...watak liberis agama ini telah dihancurkan oleh blog seperti aku dan rakan-rakan. maka tuhan yang maha kaya itu telah mengarahkan minda dan jari jemari para bloger untuk menghancurkan watak zaid ibrahim..cukup simple,cukup cun,cukup hensem dan cukup tampan.

pkr hanya mendapat kenaikan undi sebanyak 90 sahaja jika dibandingkan dengan keputusan pru ke 12 pada maca 2008. manakala BN telah mendapat lonjakan peratusan undi sebanyak 700%. satu jumlah yang banyak untuk BN.

jumlah majoriti adalah 1725. dulu aku ada buat kalkulasi, pada pru 2008 palanivel kalah dengan 198 undi manakala jumlah undi kemenangan BN di 3 dun totalnya 5981.. 5981 tolak 1725, ada baki 4256 masih lagi memprotes umno dan bn pada prk hulu selangor...

keputusan baki 4256 boleh membawa kepada beberapa sebab.

pertama pengundi putih (yang sokong BN) tak keluar mengundi.

kedua masih ada lagi melayu yang mahukan calon prk hulu selangor adalah umno.

ketiga 80% daripada pengundi cina hulu selangor telah memangkah pkr dek kerana percaya dengan janji palsu anwar dan hasutan dap. sementelahan ahli mca di hulu selangor berjumlah 7 ribu orang.

apa yang kita dapat fahami daripada jenis-jenis undi protes ini ?

orang cina masih percaya anwar mampu menjadi perdana menteri dan orang cina masih menaruh harapan agar lim kit siang menjadi timbalan perdana menteri.janji anwar dan pas kepada orang cina masih mereka pegang.mereka tahu anwar dan pas akan melacorkan segala maruah agama dan bangsa demi kemaruk kuasa.

jumlah undi protes yang melanda BN di hulu selangor adalah petunjuk mikro,setempat. ini adalah kes terpencil.maknanya protes ini tidak menggambarkan situasi sebenar petunjuk kepada keputusan polar politik yang lebih makro (meluas) di selangor khasnya dan di malaysia amnya.

jadi untuk mengandaikan orang melayu telah pulang semula menyokong umno/bn dan membantah lacuran politik oleh anwar/pas adalah benar sama sekali..

macamana dengan masyarakat india ? jujur aku cakap kalau samy velu menjadi mantan presiden mic dengan kadar segera ,maka gerombolan besar masyarakat india akan berduyun-duyun menyokong BN.protes utama orang india terhadap mic adalah kepada entiti yang bernama samy velu dan bukannya mic secara keseluruhannya.

parti ppp,ipf,makal sakthi dan pemimpin bawahan mic telah memainkan peranan cukup penting. punca masyarakat india swing semula kepada BN adalah kerana isu buah pala dan permaslahan sosio ekonomi mereka.

pasca mac 2008 masyarakat india telah dijanjikan oleh pakatan bulan dan bintang.macam-macam bulan dan bintang telah anwar,dap dan pas janjikan kepada mereka..dek kerana janji yang gila babi daripada pakatan inilah maka orang india percaya.

kelab penyokong pas dari india pun dah berkubur. orang india tahu pas pembohong dan orang india tahu anwar bapak pembohong..lebih perit apabila dap kencingkan kepercayaan seluruh masyarakat india di malaysia apabila tragedi buah pala melanda..

sirih telah pulang ke gagang. orang india yang aku nampak masa hari mengundi di salah sebuah estet di hulu selangor telah berubah. masa 2008 aku cukup gerun bila aku tengok anak muda india merempit naik motor bawak bendera pkr dan pas..ahad lepas mereka pulak bawak bendera BN..undi swing orang india di hulu selangor adalah kesinambungan undi swing orang india di bagan pinang.

ds najib dan ts muhyidin. ini pesanan aku. sirih melayu dan sirih india telah pulang ke gagang. jagalah sirih ini baik baik. hargai undi mereka. janganlah mengulangi kesilapan bidalan 'kera di hutan disusukan dan anak dirumah mati kelaparan'..kenapa aku cakap macamni ?

aku tak suruh BN hukum orang cina.orang cina yang 'sedang jual mahal' dengan kita.mereka tak nampak antara realiti politik BN dan fantasia angan-angan politik pakatan.

kalau kamu tanya aku lah, baik kita beri peluang seluas-luasnya kepada semua pengundi orang cina kena tipu dengan anwar. itu hak mereka, hak mereka untuk ditipu oleh anwar dan pas..mengapa perlu kita kacau hak mereka ? BIARLAH PENGUNDI CINA MERASAI 'KENIKMATAN' DITIPU OLEH ANWAR DAN PAKATAN.

biarkan mereka dibuai dengan janji-janji palsu anwar,pas dan dap.kita taknak bermusuh dengan orang cina,tapi kalau orang cina dan tak percaya lagi pada kita buat apa kita nak 'hidung tak mancung pipi tersorong-sorong'..

mca pimpinan chua soi lek tak boleh dihukum dalam prk hulu selangor. mca dah 10 tahun punyai masalah dalaman parti sejak krisis pembelian akhbar nanyang tahun 2000. liong sik lawan lim ah lek,ong ka ting lawan chua jui meng,ong tee keat lawan soi lek..hari ini mca nampak reda dan masa prk hulu selangor berlangsung, soi lek baru beberapa hari menjawat kerusi presiden,chew mei fun telah meletakkan jawatan ketua wanita maka terkontang kantinglah ketua pemuda mca wee ka siong mencari undi.

macamana umno pernah mengalami krisis 87 dan 98 yang memerlukan masa untuk pulih,maka masa yang sama jugaklah kita harus berikan kepada soi lek untuk menstabilkan semula mca..

parti gerakan aku tak nampak kelibat. nik ajis sudah menjadi liabiliti paling ulung kepada parti pas. dulu aku ada keluarkan satu artikel membantah dewan ulamak pas daripada memecat nik ajis daripada jawatan mursidul am. aku beri amaran kat dewan ulamak pas, bahawa kalau kamu pecat nik ajis maka bloger akan serang dewan ulamak pas habis-habisan..

dewan ulamak pas dengar cakap bloger. mereka tak jadi pecat nik ajis..alhamdulillah aku suka pasal kalau nik ajis takde,maka bloger dah takde modal nak hantam pas.

buktinya hari sabtu lepas. sultan selangor kata masjid jangan jadi tempat berpolitik namun telah disanggah dengan biadap oleh nik ajis. nik ajis kata saranan itu ketinggalan zaman..satu kampung dah marah.orang melayu hulu selangor telah protes kebiadapan nik ajis di kertas undi.

jadi nik ajis perlu kekal menjawat jawatan mursidul am pas sampai akhir hayat. kalau nik ajis 'pergi' maka dah takde modallah kami..kami cayang pok nik.masa kempen prk hulu selangor aku susah hati.susah hati pasal nik ajis masih belum bukak mulut lagi. aku marah kat pemimpin pas.kalau nik ajis kat mekah sekalipun,takkan lah video conference tak boleh buat ? alhamdulillah jurus lepas nik ajis habis umrah dia terus urun ke hulu selangor.

anwar dah takde modal.zaid makin pening.syukur nik ajis ada. sampai hulu selangor nik ajis buat hal.pucuk dicita ulam mendatang. nik ajis tunjuk gedebe dengan sultan..arakian melompat lah aku kegembiraan ! gap cayang pok nik !

pok nik penutup kepada klimaks kejatuhan zaid ibrahim !
pok nik penutup kepada klimaks kejatuhan anwar dan pkr !

jadi apa kesimpulannya gap ? ayuh kita santak lagi sampai ke dinding untuk dapatkan undi melayu dan india ke tahap paling maksima ! 100% mungkin tak logik tapi 85% kenapa kita tak cuba ? ini sasaran aku ini sasaran kita ! biarkan pengundi cina kena tipu dengan mereka . jika pengundi cina sedar awal, ayuh kita sambut keinsafan mereka dengan hati terbuka.

Sunday, April 25, 2010

1683 ???????



kita menang majoriti 1683 !!!! aku sedekahkan segala usaha aku ni selama (24 jam 10 hari berkempen) terutamanya kepada allahyarham sudin YBK ! tak lupa kepada kesemua penyokong dan pembaca gap ! ayuh kita bangkit dan terus LAWAN ANWAR ATTATURK DAN PAKATAN HARAM ! demi islam demi melayu demi malaysia !

TERKINI..MEMANG PANAS

cukup mendebarkan...nantikan keputusan !

LAPORAN MALAYSIAKINI BOHONG !

hati-hati..laporan malaysiakini cukup mengelirukan. mereka cuba mencetuskan kekeliruan mengenai keputusan terkini pilihanraya hulu selangor.

mereka sedang mencetuskan situasi panik agar bila BN diumumkan pemenang,maka pakatan punyai peluang untuk menghentam keputusan SPR !

sila refer kepada update keputusan rakan bloger !

TERKINI

undi melayu dan india meningkat ke BN ! doakan kemenangan !

Saturday, April 24, 2010

NIK AJIS CARI PASAL DENGAN SULTAN !


jangan melampau la pakatan. jangan melampau la nik ajis ! dulu masa sultan kelantan gering kau langsung tak melawat sultan kat singapura. bila sultan kelantan balik kau pura-pura sakit sembunyikan diri..

hari ini kau nak cari pasal pulak dengan titah tuanku sultan selangor ! jangan kurang ajar dengan sultan melayu ! JANGAN BIADAP DENGAN SULTAN AKU !

pengundi melayu dan semua pengundi hulu selangor,AYUH TOLAK PAKATAN BIADAP !

sultan selangor arahkan agar masjid tidak dijadikan tempat politik.nik ajis yang biadap berkata arahan itu adalah peninggalan penjajah dan karut !

nik ajis buta sejarah.sultan-sultan telah 500 tahun mempertahankan islam di bumi malaysia. untuk nik ajis pertikaikan arahan sultan itu menunjukkan nik ajis ulamak buta sejarah !

Friday, April 23, 2010

YA ALLAH ! INI GAMBAR APA ? PENGUNDI ISLAM HULU SELANGOR WAJIB BACA !!!


ya allah...aku seru seluruh umat islam di hulu selangor agar berfikir 100 kali untuk memangkah zaid ibrahim !!!

tolonglah berfikiran waras, jangan ikut cakap anwar atau nik ajis.... demi islam kamu harus menolak zaid ibrahim !!

Pada 14.10.2008, Mahkamah Majistret Pulau Pinang menjatuhkan hukuman denda RM2,000-00 atau penjara 14 hari keatas Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang Ustadz Hafiz Nordin bersama dengan dua orang lagi iatu Ustadz Sahul Hameed (seorang pendakwah bebas) dan Hj Abdul Rahim Ismail (seorang aktivis PAS).


Apakah dosa mereka sehingga mereka dihukum Mahkamah? Kerana mereka menentang cubaan Kumpulan Artikel 11 untuk mengadakan Forum bertajuk "Federal Constitution: Protection For All" di Hotel Cititel Pulau Pinang pada 14.05.2006. Kumpulan Artikel 11 adalah dianggap sebagai kumpulan yang cuba nak menghidupkan semula usaha penubuhan IFC yang dihentikan atas arahan Kerajaan pada tahun 2004.

Antara mereka yang terlibat dalam forum anjuran Kumpulan Artikel 11 itu adalah Zaid Ibrahim. Ya, Zaid Ibrahim, "calun pengantin" yang kini hebat dikompangkan oleh Pakatan Rakyat dan ditakbirkan oleh segelintir pemuka PAS didalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor sekarang sebagai "calun berwibawa" mereka (gambar diatas membuktikan dengan jelas penglibatan Zaid sebagai ahli panel forum tersebut).

Ustadz Hafiz Nordin adalah Pengerusi Badan Anti IFC (Badai) yang ditubuhkan oleh PAS Pulau Pinang dan diletakkan dibawah naungan Dewan Ulama'. Badai yang ditubuhkan pada 20.04.2006 bertujuan untuk menggagalkan rancangan jahat penubuhan IFC dan penentangan terhadap cubaan meminda Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan. Saya juga adalah antara orang yang paling aktif menentang Kumpulan Artikel 11 pada masa itu dan memberi sokongan penuh kepada penubuhan Badai, malahan saya terlibat secara langsung dengan Badai.

Pada 16.05.2006, Ustadz Hafiz Nordin telah membuat kenyataan menegaskan bahawa Badai akan "mempertahankan Islam sehingga titisan darah terakhir" dan memberi amaran keras kepada pihak yang terlibat dengan Kumpulan Artikel 11 dalam cubaan yang dianggap menghina Islam dan umat Islam. Ustadz Hafiz Nordin, seorang pejuang tulin Islam telah membayar harga yang mahal untuk perjuangannya, beliau dan para sahabat lain dihukum oleh Mahkamah atas pendirian tegas beliau.

Hari ini kelihatan seolah-olah perjuangan Dewan Pemuda PAS dan Dewan Ulama' PAS pada masa itu dilupakan sama sekali. Sokongan yang diberi kepada Zaid Ibrahim dalam PRK Hulu Selangor seolah-olah menghina perjuangan mereka ini.

Sudah lupakah kita siapa Zaid Ibrahim!!

* Inilah orangnya yang memfailkan saman untuk menghalang dan membatalkan perlaksanaan Enakmen Hudud, Qisas & Ta'zir oleh Kerajaan PAS Trengganu;
* Inilah orangnya yang yang dihukum oleh UMNO kerana politik wang;
* Inilah orangnya yang sibuk berebut jawatan dan mengejar kedudukan didalam UMNO semasa Anwar Ibrahim dibicarakan dan dipenjarakan;
* Inilah orangnya yang mendapat banyak kerja dan tugasan guaman daripada UMNO dan menjadi kaya hasil daripadanya;
* Inilah orangnya yang terlibat dengan Kumpulan Artikel 11 dan IFC yang menyebabkan pejuang Islam saperti Ustadz Hafiz Nordin dihukum oleh Mahkamah.

Saya menyeru kepada saudara/i dan sahabat pejuang Islam yang masih punya sedikit semangat perjuangan dan nur Islam didalam PAS supaya kembali memikirkan ke arah mana perjuangan saudara/i. Mengapakah politiking melampau yang sempit menyebabkan saudara menjadi buta terhadap perjuangan Islam yang sebenar. Letakkanlah Islam sebagai asas perjuangan saudara. Saya menyeru saudara kepada perjuangan "One Islam: Aqidah didahulukan; Syariat di martabatkan".

Kalau saudara/i tidak berasa malu kepada ALLAH dan Rasul pun, sekurang-kurangnya malulah kepada pejuang Islam saperti Ustadz Hafiz Bin Nordin, Ustadz Sahul Hameed dan Haji Abdul Rahim Ismail. Janganlah dipersia-siakan perjuangan dan pengorbanan mereka. Dan jadikanlah PRK Hulu Selangor pada hari Ahad 11 Jamadil Awal/ 25 April ini sebagai bukti dan persaksian kita dihadapan ALLAH kelak bahawa kita meletakkan Islam dahulu, politik kemudian.

Inilah satu tanbihul ghofiliin-peringatan bagi mereka yang lalai. Semoga ALLAH memberikan petunjuk dan hidayahNya kepada saya dan saudara/i para pejuang Islam semua; dan semoga kita semua diberi keampunan oleh ALLAH atas kelekaan dan kelalaian kita.

Ingatlah amaran ALLAH, "Alam a' had ilaikum yaa banii aadama alla ta'buduussyaiton, innahu lakum 'aduwwummubiin-wahai bani Adam, bukankah sudah Aku peringatkan kamu sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata, mengapa kamu menentang (Aku)!" KLIK SINI

RAKYAT HULU SELANGOR MENGAMOK SOLAT JUMAAT BATAL GARA-GARA PAS !

apa nak jadi ? takkan nak berentap politik sampai terpaksa gunakan mimbar masjid waktu solat jumaat untuk tabor fitnah !

hari ini solat jumaat penduduk hulu selangor di masjid as salam bukit sentosa sudah terbatal kerana pas menggunakan khutbah untuk kempen politik !

habislah pakatan ...habis..untuk detail kejadian klik sini

TUN M SINDIR ZAID DAN ANWAR ATTATURK !










tun mahathir sindir zaid ibrahim (tentang kuda judi dan minum arak) dan anwar attaturk.

gambar ahli pas kuala kubu baru hj arif kamarudin @ pak tam dan 25 veteran pas keluar parti dan masuk umno. nampaknya mereka akui perjuangan sorga pas adalah palsu.

gambar ketua AMK ulu bernam khanif khan keluar parti masuk umno. masyarakat india pula masuk MIC. ADUS PEDIHNYA..KLIK SINI

Wednesday, April 21, 2010

PAS PENING: ANTARA DOSA DAN PKR APA PILIHAN MEREKA ?

pas dalam dilema. antara mempertahankan asas perjuangan parti ,atau mereka bisa menutup mata menyokong pkr demi persekongkolan kuasa. pengundi pas hulu selangor punyai maruah,punyai pilihan...mereka pasti tidak akan memangkah zaid. memangkah zaid bermakna bersetuju dengan agenda murtad,agenda liberalisme,khamar dan judi ! DEMI ISLAM... AYUH TOLAK ZAID !
KLIK SINI

PENGUNDI PAS HULU SELANGOR TOLAK ZAID !







zaid ibrahim mengaku dia kaki minum. zaid ibrahim mengaku dia ada kuda lumba.nama kuda lumba zaid ibrahim adalah 'kelantan'.KLIK SINI

sebelum ini zaid telah dicop sebagai pejuang meliberaslime kan islam. murtad bagi zaid ibrahim adalah hak asasi manusia. konsep peng samarataan antara islam dan kepercayaan lain zaid telah lama perjuangkan.

pengundi pas hulu selangor tahu menilai antara kaca dan permata.kabar diterima mereka tidak akan keluar mengundi dan memangkah zaid,kerana memangkah zaid bermakna mereka bersetuju dengan murtad,liberalisme agama.

inilah masa terbaik untuk KITA menyelamatkan maruah islam di malaysia. anwar attaturk,kalid gereja samad,zaid ibrahim adalah siri-siri kesinambungan lidah pihak barat yang mahu merosakkan islam di malaysia !


DEMI MARUAH ISLAM,
DEMI MARUAH MELAYU,
AYUH KITA TOLAK ZAID IBRAHIM !