Sunday, October 31, 2010

LIVE GALAS : FAKTA PEMBOHONGAN NIK AJIS

 SEMBUNYI FAKTA, SEBAR FITNAH

1. "Dan sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh" - demikian maksud ayat 191 surah al-Baqarah. Bunuh hanya mati seorang tetapi fitnah melibatkan apa dan siapa juga yang berkaitan dengannya. Kalau fitnah itu kepada seorang pemimpin negara maka akibatnya boleh imej segala kepentingan negara, seperti menjejaskan perkembangan ekonomi, kestabilan politik, keselamatan dan sebagainya.

2. Daripada pengamatan, telah banyak tersebar fitnah oleh pihak pembangkang ke atas YAB. Perdana Menteri Malaysia(semasa Zaman Tun Mahathir). Ketika YAB bercuti di luar negara sambil lawatan kerja baru-baru ini berbagai fitnah didengar. Antara lain ketika berada di Mekah dikatakan YAB tidak membuat tawaf dengan sempurna sedangkan ada orang yang melihatnya YAB elok-elok pun tawaf bersama mereka. 
Ketika
YAB berada di Argentina ada yang mengatakan mati dan kata sakit tenat kerana jatuh kuda. Utusan Malaysia 28 Januari 2000 ada menyiarkan penjelasan oleh YAB sendiri dari London. Tajuk berita itu berbunyi "Tunggang kuda sejauh 30 KM se hari di Argentina - Saya sihat". Mengapakah golongan ini sanggup mengkhianati kemudahan internet yang juga berupa jasa utama Perdana Menteri kita membawa kemajuan IT ke Malaysia.

3. Lebih berat lagi ialah fitnah "Mahathir dan UMNO atau kerajaan BN tolak Islam, tolak hudud " dan yang seumpamanya. Fitnah seumpama ini boleh dibuktikan pada Harakah 04 Februari 2000 muka depan oleh YB. Datuk Haji Fadzil Noor dan Harakah 07 Februari 2000 muka 04 ruangan Fikrah Editor. Sepatutnya fitnah TOLAK HUDUD inilah yang mesti PAS tunjukkan bukti hitam puteh kerana menyentuh soal penolakan hukum Allah oleh seorang Islam adalah sangat besar bahananya boleh mejejaskan akidah menjadi murtad.

4. YAB. Datuk Haji Nik Abd. Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan sudah pun melakukan suatu penyelewengan menyembunyikan fakta dalam surat Perdana Menteri. Apabila ditanya mengapakah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (11) 1993 Kelantan (HUDUD PAS) belum dilaksanakan lagi setelah PAS memerintah Kelantan LIMA tahun, beliau menjawab, "PM ugut jika laksana hudud" - demikian Harakah 20 November 1998. Katanya lagi, "Pemerintah yang tidak melaksanakan hukum tersebut selepas diberikan kuasa adalah berat dosanya yakni kedua selepas kafir". Dalam kes hudud kononnya PAS sudah selesai tugasnya tetapi Perdana Menterilah yang berdosa berat kerana menahan perlaksanaannya. Mengapakah YAB. Datuk Nik Ab. Aziz tidak membaca salinan surat Perdana Menteri yang dihantarkan kepadanya untuk ditafsrikan bersama oleh anggota dewan ?

5. Mari kita teliti sendiri surat YAB. Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia yang telah dihantar kepada YAB. Datuk Haji Nik Ab. Aziz selaku Menteri Besar PAS Kelantan dahulu. Harakah 15 Jun 1998 telah pun menyiarkan sepenuhnya kandungan dan maksud surat tersebut. Oleh sebab 5 bulan berlalu, YAB. Datuk Hj. Nik Aziz mungkin terlupa menyemaknva sehingga beliau menjadi terlupa juga hendak memberitahu sebab mengapakah YAB Perdana Menteri dikatakan membuat ugutan:

KLIK SINI UNTUK BACA SURAT BALAS TUN MAHATHIR !

LIVE GALAS : PARPUKARI MINUM HOLY WATER PAS ?

 adakah ini penanda aras kebersihan islam 'cara pas' ? 

geli aku tengok gambar air minum hasil usaha kerajaan langit nik ajis ni.. aku doakan parpukari selamat akidahnya, takut kalau kerap sangat minum air ni last-last masuk pas pulak ..haha..jangan marah parpukari..KLIK SINI untuk baca artikel kunyit parpukari !

LIVE GALAS : JANGAN JADI BAGHAL , KELUARGA TBH !

 keluarga mendiang teoh beng hock buat kecoh semalam sewaktu MCA buat kempen. lebih kecoh apabila mereka memaksa wakil MCA menandatangani petisyen sokong TBH.
adakah TBH ini parti politik ?
apa kena mengena TBH dengan galas ?

kita hormati orang yang telah mati, tetapi dalam keadaan tertentu  jangan over untuk buat gimik memualkan wahai keluarga TBH. daripada simpatisan kami terhadap tekanan yang TBH hadapi dari samseng DAP selangor, kini perasaan ini dah bertukar jadi menyampah pulak.

jadi jadi baghal la wahai keluarga TBH. kalau nak main politik simpati macamni, ada banyak lagi kes orang melayu yang kena bunuh dek kapir, tapi kami tak sampai dek akal nak jadikan ia sebagai bahan kempen.

pesanan kepada keluarga TBH, tolong periksa semula kronologi kematian. 

TBH bergaduh dengan ahli majlis DAP dari kajang.
nota tulisan tangan bunuh diri TBH.
.insiden penahanan 9 pegawai khas DAP oleh SPRM sebelum TBH terjun.
pakar forensik sahkan TBH bukannya mati bunuh diri.

dll..gunakan akal waras, bukan berfikir melalui kepala lutut !

Saturday, October 30, 2010

PRK BATU SAPI : KISAH BENAR YONG TECK LEE

Pada 1996, YTL (ketika itu Ketua Menteri Sabah)  mengarahkan pembayaran RM5 juta hasil keuntungan jualan saham syarikat milik kerajaan negeri, Sapi Plantation milik Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS).
Ini didedahkan oleh Pengarah Briskmark Enterprise Sdn Bhd, Datuk Wasli Mohd Said, yang ketika itu merupakan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS). Beliau berjumpa YTL di pejabatnya untuk memberikan taklimat mengenai cadangan pengambilalihan pengurusan 40 peratus saham Sapi Plantation bernilai RM16.8 juta.
Pendedahan dibuat Wasli ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu 12 Februari 2004 untuk menghadapi 5 pertuduhan rasuah melibatkan RM1 juta dan pemberian saham 3.36 juta unit saham milik LKTNS.
cerita selanjutnya KLIK SINI..LAGI PANAS !

SSDE : CERAMAH PANAS MALAM NI..


30 Okt 2010, Sabtu, 8 30 mlm (SEBARKAN KPD RAKYAT)

1. Dun Sg Burung

Galeri Tanjong Karang Utara
Jalan Sungai Kajang
Tanjong Karang

Pemidato
YB Senator Mohd Ezam Md Nor
Ustaz Rosdi Long
YB Dato' Satim Diman

2.  Dun Sekinchan

Balairaya JKKP pt 7 Baruh, Sekinchan

Pemidato
YB DS Dr Khir Toyo
Mr Lee You Hin
YB Senator Ezam Md Nor

LIVE GALAS : ISU BALAK MENGHANTUI PAS KELANTAN.

 isu balak menghantui pas kelantan. kajian 5 hari kami mendapati mereka langsung tidak mahu menyentuh isu tempatan sebagai modal politik kempen mereka.

yang mereka buat, bawak isu nasional. isu nasional pun telah kami patahkan. pas makin huru hara.
(oit pok nik jangan buat-buat tido la) kelemahan pentadbiran kerajaan pas kelantan cuba ditutup. nak bercerita tentang dasar politik mereka pulak tak boleh. 
hari ini harakahdaily sekadar menepis tohmahan isu balak. nafi, politik nafi macam yang selalu anwar buat. justifikasi fakta dan numbering untuk menguatkan hujah ..tiada  ilek pocik.penafian mereka memualkan dan takde substance. teragak-agak macam zizah kena disoal mengejut dalam sidang media, mana anwar ?

ada cerita panas akan kami dedahkan sikit masa lagi..bak kata parpukari, kunyit pas makin hangit !
aku cabar pas kelantan keluarkan kertas putih dokumentasi lengkap balak kelantan selama 20 tahun nik ajis jadi MB ? buktikan kamu telus !

ALFATIHAH : KEMALANGAN MAUT BAS EKSPRES KORBANKAN 6 PENUMPANG.


ini kiriman email yang baru aku terima. seramai 6 orang ahli pergerakan belia 4B dari kampung siong baling kedah telah meninggal dunia akibat kemalangan bas ekspres di km38 genting sempah awal malam tadi.

berdasarkan maklumat,rombongan bas dari kedah ini  sedang mengadakan lawatan ke genting. ini adalah nama-nama mangsa yang telah meninggal dunia dalam kemalangan ngeri ini.

mohmad khairy mohamad marzuki 14 tahun
mohd amirul muhamat 13 tahun
mohamad firdaus rosedi 16 tahun
mohammad yusof akhit 16 tahun
mohd ridzuan husin 17
muhd fahmi abdul mustafa 17.

pengerusi  biro ekonomi pemuda umno malaysia, datuk suhaimi shahadan antara pemimpin yang pertama hadir melawat mangsa-mangsa di wad kecemasan hospital selayang. lebih 14 mangsa yang cedera telah dirawat dan keadaan mereka dilaporkan stabil..




bantuan lanjutan akan diberikan oleh ketua pemuda umno selayang ini.aku mintak suhaimi shahadan gerakkan usaha untuk meringankan beban keluarga mangsa ni..

aku harap agar siasatan segera diadakan bagi menyiasat punca kemalangan. ini kali kedua kemalangan bas ekspres yang meragut banyak nyawa berlaku. kemalangan dulu berlaku di highway seremban yang meragut 12 nyawa.

kabar mengatakan pemandu bas ni takde lesen, betul ke ? siasat segera !

takziah untuk keluarga mangsa. moga tabah mengalami dugaan besar ini. alfatihah..

Friday, October 29, 2010

LIVE GALAS : CERAMAH ANWAR YANG PERSENDA NIK AJIS !


malam tadi anwar berceramah. dia berceramah depan nik ajis.

pembentangan fakta yang anwar bentang adalah mengenai isu menara warisan. kenapa begitu rendah kualiti ceramah anwar sekarang aku tak pasti. mungkin masih berserabut dengan  permaslahan air mani yang tertinggal dalam dubur mangsa liwatnya.

fakta anwar takde penghayatan. takde roh. hilang arah dan amat bercelaru. politik punyai triple meaning yang mendalam. apa yang tersurat tidak semestinya sama seperti tersirat.

isu menara warisan yang anwar pertikaikan dalam ceramah depan nik ajis secara indirectlynya telah menempelak batang tubuh nik ajis itu sendiri.

nik ajis tahu dia tak mampu untuk mengupas mengenai menara warisan, kerana 20 tahun sepanjang  pentadbirannya itu  satu masjid pun tak pernah dibina. 

lihat muka bosan melampau nik ajis. dia tahu anwar membohong sahaja. nik ajis takkan lupa akan insiden sewaktu anwar menjadi menteri kewangan dimana kerajaan negeri kelantan memohon peruntukan RM600juta untuk membiayai kos rawatan air kelantan.

anwar tolak mentah-mentah permintaan pas kelantan. katanya 'tak perlu bantu kelantan'.. fakta ini boleh disahkan oleh bapa nik nik nazmi, adun seri setia pkr selangor.

lepas kena pecat, tun mahathir melalui daim jugalah yang membantu pembiayaan kos ini..

gambar pinjam minaq jinggo. tkasih

LIVE GALAS : PAS PERLEKEH UNDI ORANG ASLI ?


 ini artikel terbaru daripada blog oh politik. benarkah pas perlekeh undi orang asli ? KLIK SINI 

BATU SAPI : ANSARI JATUH LAGI

 mungkinkah ini petanda PKR yang memperjuangkan agenda kafir,murtad,anti islam bakal berkubur tidak lama lagi..percayalah tuan-tuan, jika kita berjuang untuk maruah islam,bangsa dan negara insyaallah kita akan diberkati. amin

LIVE GALAS :DAKWAAN NIK AJIS AKAN DIJAWAP


4 hari kempen di galas. malam tadi adalah kemuncak ceramah pakatan. anwar ada,guan eng ada dan nik ajis pun ada.

jelas soal dasar parti dan halatuju kerajaan negeri isinya tak dapat dikupas dengan baik oleh nik ajis.

prk galas adalah bersifat mikro, bukannya makro. isu yang sewajarnya dimainkan oleh pas sepatutnya berlegar mengenai kemajuan pentadbiran kerajaan pas kelantan, FDI yang dah masuk, jumlah pekerjaan yang telah ditawarkan kepada rakyat..atau setidak tidaknya pas menggalas isu dasar parti dalam ceramah kempen.

namun apa yang rakyat tunggu tak kelihatan. anwar bercakap mengenai menara warisan,guan eng menipu mengenai wang judi kepada orang veteran dan nik ajis bercakap mengenai royalti minyak.

kenapa isu nasional ?
di mana isu tempatan ?
mana liberalisasi kalimah ALLAH yang pas perjuangkan ?

nik ajis bercakap mengenai royalti minyak. dalam masa terdekat aku akan ulas fakta ini..

namun untuk timbal balas..sewajarnya juga kita mengeluarkan fakta mengenai permaslahan kerajaan negeri pas kelantan. di mana fakta mengenai jumlah pengangguran,kes buang anak,hiv dan aids rakyat kelantan,jenayah dan dadah...dll.. jangan lah dok kipas kj.

LIVE GALAS : ISU KALIMAH ALLAH MEMATIKAN PAS DI GALAS ?


aku berada di dalam kamar mahkamah sewaktu james pakiyam paderi  mengetuai pihak kristus mengheret isu kalimah ALLAH beberapa bulan lepas. isu kalimah ALLAH ini dibawak ke mahkamah kerana majalah herald tribune tak puas hati dorang tak boleh pakai.

kronologi isu panas ini berterusan dan cukup hangat. puluhan ribu umat islam bersolat hajat membantah penggunaan kalimah ALLAH oleh pihak kristus. dalam jumaat yang sama, puluhan demonstrasi bantahan jugak diadakan di seluruh negara.

ia meleret sampai masuk ke dalam parlimen. yang menyokong pihak gereja menggunakan kalimah ALLAH adalah kalid gereja samad,nik ajis,hadi awang dll..

manakala yang menentang penggunaan kalimah ALLAH dari pihak pas terdiri daripada haron din,taib azamudin dan ketua dewan ulamak pas dato haron taib.

cerita seterusnya kamu sendiri ketahui. perkara ini nampaknya reda buat sementara. 

namun apa yang dikesalkan oleh umat islam adalah kesanggupan pas melacorkan kalimah ALLAH ini demi untuk meraih populariti politik. mereka pada saat itu dianggap wira hak asasi oleh pihak musuh-musuh islam.

jadi aku teringin sangat nak bertanya kepada mangkok hayun pas, jika kamu yakin perjuangan mengliberalkan kalimah ALLAH itu benar, kenapa tak anjakkan semula isu ini di dun galas ? 

kenapa takut jika kamu yakin kamu di pihak yang benar ?
atau sememangnya kamu akui isu kalimah ALLAH itu sengaja kamu jual untuk mendapat populariti politik ?

aku mintak sangatlah agar pembaca paham akan tindak tanduk dan kelakuan mainan politik pas. adakah wajah pelacor politik sebegini yang ingin kita angkat menjadi pemimpin ?

tak konsisten..malah cukup merbahaya untuk keselamatan dan nasib anak cucu kita. kenapa mudah sangat kita ni diperbodohkan dengan pembohongan nik ajis dan pas ? 

apakah hala tuju maruah islam di malaysia ini kita letakkan sepenuhnya kebertanggungjawapan ini di atas pundak bahu yang salah ? pundak kalid samad,pundak nik ajis...

jika nik ajis yakin dia benar, aku cabar dia dan pas untuk bangkit dan teruskan agenda melacorkan kalimah ALLAH ini di galas kelantan ?!

LIVE GALAS : ORAG MUDA TAK TAU SEJARAH ? UTUSAN TAK ADIL


kaji selidik utusan memang menggemparkan. 

ada anak muda menjawap perdana menteri pertama malaysia adalah tun razak.. korang tengok jelah soalan cepumas utusan terhadap anak muda.

tapi kenapa soalan ini disasarkan kepada anak muda je..?

 ada juga dikalangan orang tua yang tak tau fakta sejarah.

contoh nik ajis dan khalid samad. mereka tak dapat bezakan antara ALLAH yang satu dan 'ALLAH' yang pihak kristus mintak diliberalkan.. golongan ini lebih berbahaya daripada golongan muda pasai dorang ni dok bagi ceramah kat orang awam selalu..

gap : saja nyakat editor utusan..

Thursday, October 28, 2010

LIVE GALAS : NIK AJIS PUNYAI KRISIS IDENTITI..

 kempen pilihanraya dun galas dah masuk 3 hari. masih tidak kedengaran dari pihak pas untuk sekali lagi menipu pengundi akan 'kemahuan' mereka mahu menegakkan dasar negara islam dan hudud ?

kenapa senyap ?
mulut dikatup atau kerandot dah dipasong oleh anwar dan DAP ?

jelas, pas lebih to'at kepada DAP.. selemah-lemah umno pun, di saat tewas atau menang perjuangan martabatkan islam/melayu takkan pernah lekang dari bibir pejuangnya.

inilah yang dinamakan konsisten dalam menentukan pendirian. rakyat menilai pada iltizam dan teguh pendirian parti dan pemimpin, bukannya pada ketidakstabilan minda menentukan arah tuju perjuangan.

nik ajis dn hadi awang membahayakan rakyat. bahaya kerana pendirian politik mereka tidak tetap,vulnerable,mudah alih,flip flop dan un decided.adakala boleh menjaringkan gol namun lebih banyak masa suka menjaringkan gol sendiri.

kejap nak..kejap tak nak.
kejap nak hudud, kejap nak demokrasi.
kejap nak negara islam, kejap nak malaysian malaysia.
kejap nak ayam kfc spicy, kejap nak ayam kfc original.

dulu mereka ok..itu pun sekejap. tapi bila campur dengan anwar mereka berubah. kasihanlah aku tengok, masa tua pulak dia buat perangai.

anwar punyai krisis identiti. dia tak tahu membezakan halal dan haram..jantan dan betina.

takkan pas pun nak jadi gay ? jika pas jadi gay, dia bottom up atau bottom down ?auw nyah tak kuasa akak !.

LIVE GALAS : HAI..KATA ANTI MELAYU ?

hai..dalam sibuk-sibuk dok belasah dasar melayu dan nasib melayu...iktiraf jugak korang dengan budaya pakaian  melayu ya.. pkr pkr..macam macam la korang ni..(klik gambar untuk besarkan imej)

LIVE GALAS : MEMBANGUN BERSAMA....BALAK !

 kah kah kah
demo dah lupe membangun bersam isle
sekarang ni ada money-festo baru
membangun bersama balak
kah kah kah
cerita lanjut KLIK SINI

LIVE GALAS : PENDEDAHAN BLOGER GOMO !

Gambar Lokasi Tanah Milik Orang Asli
Di Rampas Dan
di bina Ladang RAKYAT
Milik Rakyat Singapura.
Gambar ini berhadapan
dengan
Kg Pos Brooke Dun Galas



Tanah Runtuh Dan pencemaran Sungai



Gomo telah melihat sendiri bagaimana tanah tanah milik tuaian masyarakat orang asli di sini yang di usahakan zaman berzaman nenek moyang mereka telah di rampas dengan rakus oleh kerajaan PAS yang kononya adil dalam memperjuangkan rakyat Malaysia. Walhal di negeri Kelantan sendiri pun rakyat nya tidak terbela malah di Tindas dengan kejam ala ala Zionis yang merampas dengan rakus tanah milik orang Asli.

Tapi mengapa PAS sanggup merampas tanah milik umat Islam di penempatan orang Asli ini? PAS mengatakan Memperjuangkan islam. Islam apa? islam atau isle? PAS kata membangun bersama Islam, Islam apa yang cuba di bangunkan PAS? Islam berpaksikan Zionis dalam menindas umat islam masyarakat orang Asli? PAS ZIONIS dan JAHIL!!!

detail KLIK SINI

DATO SERI MUHAMMAD NAJIB BIN TUN RAZAK IMMAPPADULUNG DAENG MATTIMUNG KARAENG SANROBONE


kecoh bila nasab keturunan pemimpin umno ditimbulkan sewaktu perhimpunan agung umno.

kerismudin digelar turki, shapie apdal digelar lanun,zahid hamidi digelar jawa,musa aman digelar pakistan sabah,aziz rempit digelar unknown..

aku tengok isu keturunan ini dimainkan secara ganas namun berseloroh oleh pimpinan umno kerana bermatlamat mahu menempelak  DAP yang sensitif digelar pendatang.

inilah namanya melayu. kiasnya tajam dan amat menikam. siapa terkena silap haribulan muka merah padam.

kecoh bila pemimpin umno didedahkan keturunannya, bagaimana pulak dengan ds najib ?

meh sini aku nak detailkan keturunan najib.

najib keturunannya bugis. 

 Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang melakukan lawatan ke Sulawesi sempena dengan sambutan ulang tahun ke-689 Kerajaan Gowa, telah diangurahkan gelaran Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone.

kerana apa ?

kerana gelaran berkenaan dimiliki darah keturunan Raja Gowa yang ke-19, Sultan Abdul Jalil Tumenanga Ri Lakiung. Najib ditabal dengan gelaran berkenaan atas sifat beliau mempunyai pertalian darah dengan Raja Gowa yang berhijrah ke Pahang yang memakai gelaran Syahbandar.
dimana keturunan raja bugis yang berpindah ke pahang ini mula dikaitkan dengan najib ?

ia bermula di sini

1. I Mappadulu Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Sultan Abdul Jalil Tuminanga ri Lakiyung. (1677-1709)

2. La Pareppa Tosappe Wali Sultan Ismail Tuminanga ri Somba Opu (1709-1711)
3. I Mappaurangi Sultan Sirajuddin Tuminang ri Pasi
4. I Manrabbia Sultan Najamuddin
5 I Mappaurangi Sultan Sirajuddin Tuminang ri Pasi. (Menjabat untuk kedua kalinya pada tahun 1735)
6. I Mallawagau Sultan Abdul Chair (1735-1742)
7. I Mappibabasa Sultan Abdul Kudus (1742-1753)
8. Amas Madina Batara Gowa (diasingkan oleh Belanda ke Sri Lanka) (1747-1795)
9. I Mallisujawa Daeng Riboko Arungmampu Tuminanga ri Tompobalang (1767-1769)
10. I Temmassongeng Karaeng Katanka Sultan Zainuddin Tuminanga ri Mattanging (1770-1778)
11. I Manawari Karaeng Bontolangkasa (1778-1810)
12. I Mappatunru / I Mangijarang Karaeng Lembang Parang Tuminang ri Katangka (1816-1825)
13. La Oddanriu Karaeng Katangka Tuminanga ri Suangga (1825-1826)
14. I Kumala Karaeng Lembang Parang Sultan Abdul Kadir Moh Aidid Tuminanga ri Kakuasanna (1826 – wafat 30 Januari 1893)
15. I Malingkaan Daeng Nyonri Karaeng Katangka Sultan Idris Tuminanga ri Kalabbiranna (1893- wafat 18 Mei 1895)
16. I Makkulau Daeng Serang Karaeng Lembangparang Sultan Husain Tuminang ri Bundu’na Memerintah sejak tanggal 18 Mei 1895, dimahkotai di Makassar pada tanggal 5 Desember 1895. Ia melakukan perlawanan terhadap Hindia Belanda pada tanggal 19 Oktober 1905 dan diberhentikan dengan paksa oleh Hindia Belanda pada 13 April 1906. Ia meninggal akibat jatuh di Bundukma, dekat Enrekang pada tanggal 25 Desember 1906.
17. I Mangimangi Daeng Matutu Karaeng Bonto Nompo Sultan Muhammad Tahur Muhibuddin Tuminanga ri Sungguminasa (1936-1946)
18. Andi Ijo Daeng Mattawang Karaeng Lalolang Sultan Muhammad Abdul Kadir Aidudin (1956-1960) merupakan Raja Gowa terakhir, meninggal di Jongaya pada tahun 1978

ANWAR PULA KETURUNAN APA ?

dia  mamak gujerat yang pro kepada perjuangan nasab gujeratnya iaitu nurudin ar raniri..yang memang kita ketahui tidak sehaluan dengan hamzah fansuri !

LIVE GALAS : KISAH ETP YANG PAKATAN TIDAK MAHU RAKYAT TAHU ?


(ETP) ECONOMIC TRANSFORMATION PROGRAMME

malaysiakini cuba mengalih perhatian terhadap perancangan ETP  dengan membangkitkan isu 'pasar malam' bakal berkubur. namun fakta tentang konsep one stop center yang lebih besar akan menguntungkan peniaga, malaysiakini cuba sorokkan.

Economic Transformation Programme (ETP), satu lagi idea YAB Perdana Menteri bersama-sama pasukan yang diketuai oleh Datuk Seri Idris Jala yang pakar menyelamatkan Shell dan MAS tidak berapa lama dahulu.

President Asia e-University dalam laporannya berkata, " The ETP endorsed by the Right Honourable PM for the rakyat is bold, visionary and innovative. Let us as Malaysian embrance, commit and work on it for the nation".

CEO Hans Dudenhausen, LFoundry Malaysia berkata, " LFoundry Malaysia, a joint between semiconductor leaders LFoundry GmbH and QT HighTech, agrees that the ETP is cogent towards accerlerating Malaysia's plan to achieve developed nation status.

fakta menarik apabila Mydin Mohamed Holdings Berhad akan melabur sejumlah RM1Billion untuk membuka lebih banyak pasaraya Mydin sehinggalah ke Sabah. Kita harap Mydin akan membuka cawangan di Tawau dan memberi persaingan positif kepada Giant yang bersendirian di Tawau.

Dengan ETP ini,rakyat Malaysia akan memperolehi lebih daripada 30,000 peluang pekerjaan.Malahan, lebih daripada 600,000 pekerja yang berpendapatan rendah akan dapat meningkatkan pendapatan mereka. Kerajaan sedang menyediakan rel yang tepat dan jelas untuk memberi gaji manimum kepada rakyatnya.


Wednesday, October 27, 2010

LIVE GALAS : UMNO TERUS MENDEKATI PENGUNDI

 Program “Naik Taraf Rumah” bantuan kerajaan yang melibatkan Giat Mara berjaya membantu golongan yang kurang bernasib baik.Program Giat Mara Dekati Rakyat telah menaiktaraf sebanyak 25 buah rumah penduduk di pilihanraya Galas 2010.

Menurut blog HJero Kecik sini, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan memberitahu kerajaan Barisan Nasional berusaha menaikkan taraf kehidupan di luar Bandar. Kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM15,000 ker RM20,000 untuk naik taraf sebuah rumah.

Semasa berada di Kampung Tiong Baru Gua Musang, Dato Ahmad sempat bertemu Puan Noraini bt Ismail,  salah seorang yang mendapat bantuan dan rumah sedang dalam proses naik taraf.

Puan Noraini begitu bersyukur dan terharu dengan keprihatinan kerajaan dalam meringankan bebanan keluargnya. Beliau kini mempunyai kediaman yang jauh lebih baik daripada kediamannya sebelum ini.

Puan Noraini adalah seorang ibu tunggal yang mempunyai enam orang anak yang masih dibangku sekolah.

petikan daripada blog GALAS UNTUK BN

LIVE GALAS : HJ HADI YANG CELARU MINDA POLITIKNYA.


lihat gambar di atas ? itulah amanat hj hadi yang begitu popular pada awal 80 an. betapa umno dikafirkan dengan sebegitu hodoh oleh pas pada waktu itu tidak boleh disangkal.

hj hadi juga ada menyebut akan penentangan mereka terhadap umno yang mengekalkan peraturan jahiliah,kafir dan perlembagaan penjajah.

30 tahun sudah berlalu. hj hadi kini lebih umno daripada umno. lebih sekular daripada perangai lamanya dahulu. 

apa ide menuju putrajaya dan up hold dignity perlembagaan tu bukankah sama kelakuannya mengekalkan perlembagaan penjajah ? apa hj hadi dah lupa ke perlembagaan penjajah yang pernah dihinanya itu juga adalah perlembagaan yang sedang di taatinya sekarang ?

hj hadi adalah manifestasi bidalan 'jilat ludah sendiri'.. tu lah,orang tua ada berpesan agar melakukan sesuatu perkara itu berserdahana sahaja. 

kini hj hadi bukan sekadar mahu mengekalkan perlembagaan penjajah malah turut berkawan dengan bapa komunis malaya..