Thursday, January 13, 2011

ALFATIHAH : BLOGER YAN GAMBI TELAH PULANG KE RAHMATULLAH.

 Sahabat blogger yang seperjuangan dengan kita saudara Yang Gambi telah meninggal dunia pada jam 11.10 malam tadi (rabu malam khamis) akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Arwah telah meninggal Dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

Arwah bernama Abdul Aziz Baharom dan berumur 56 tahun

Jenazahnya akan di kebumikan di Felda Keratong 2 Pahang.

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa kepada Allahyarham.

Ya Allah ya tuhanku, Allah maha pencipta, Allah maha pengasih dan Allah maha penyayang.

Ya Allah daripada mu kami datang dan kepada mu kami kembali.

Ya Allah ya tuhanku tuhan yang maha pencipta, rakan kami telah kembali ke pangkuan mu, Ya Allah, permudahkanlah urusan kuburnya, ampunilah segala dosanya-dosanya dan tempatkanlah rohnya dikalangan orang-orang yang beriman.

Ya Allah, sesungguhnya hanya kepada mu tempat kami meminta, perkenankanlah doa hamba-hamba mu yang serba kekurangan ini ya Allah. Sesungguhnya tiada tuhan yang kami sembah melainkan Allah yang satu dan Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah.

Amin-amin ya rabal al amin.

8 comments:

  1. salam tuan, blog bh tercicir dari link di blog tuan. mohon dipautkan kembali http://braveheart-blogger.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. al-fatihah.moga2 rohnya dicucuri rahmat.amin.

    ReplyDelete
  3. nor ibrahim bin sulaimanJanuary 13, 2011 at 6:08 AM

    نَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

    “Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali“.

    ReplyDelete
  4. Salam tuan, blog saya juga keciciran nampaknya, mohon dipautkan semula: http://sribuana.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Alfatihah utk arwah ....takziah buat keluarga.



    anakjati_sgway

    ReplyDelete
  6. braveheart dan tribuana

    dah settle. mohon braveheart dapat buat kempen derma kilat untuk keluarga arwah.

    kita tolong sekadar termampu

    no akaun bank
    no hp keluarga arwah

    ReplyDelete
  7. semoga arwah sempat taubat dan mohon keampunan dariNYA......

    melayuumnojati

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.