IKLAN BERBAYAR

Friday, November 30, 2012

SAATNYA TELAH BERMULA : PALESTIN KINI SUDAH ADA 'SIJIL LAHIR' DIIKTIRAF PBB !



NEW YORK 30 Nov. - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengiktiraf Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota dalam badan dunia itu.

Dalam kekalahan besar kepada Amerika Syarikat (AS) dan Israel itu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyifatkan kemenangan tersebut sebagai ‘sijil lahir’ untuk negara Palestin.

Hanya sembilan daripada 193 negara anggota PBB mengundi untuk menentang penaiktarafan status itu, termasuklah AS, Israel dan Kanada, manakala Australia dan Jerman antara 41 negara yang mengambil pendirian berkecuali. - AFP

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Hamas memberi respons positif kepada pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Malaysia berhasrat menjadi negara pertama membuka sebuah kedutaan di ibu kota Palestin yang merdeka dan berdaulat kelak.
Menyifatkan langkah itu sebagai sangat bermakna, Ketua Perhubungan Antarabangsa Hamas Usamah Hamdan turut mengambil maklum bahawa ia menggambarkan pendirian positif kerajaan Malaysia dan kepimpinan Umno terhadap Palestin serta rakyatnya.
“Kami berharap ini akan memberi inspirasi kepada kerajaan Arab dan Islam serta komuniti antarabangsa untuk mengambil pendirian serupa menyokong Palestin,” katanya di luar Persidangan Agung Umno 2012 yang dirasmikan oleh Najib, selaku presiden Umno, di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini Khamis.
Najib menyatakan tentang kemungkinan Malaysia menjadi negara pertama membuka kedutaan di ibu kota Palestin yang merdeka dan berdaulat kelak, semasa menyampaikan ucapan dasar pada majlis perasmian perhimpunan agung Umno itu.


bagaimana pula reaksi  seorang pendokong penubuhan negara israel yang tinggal di malaysia ?



Thursday, November 29, 2012

TUN MAHATHIR TAK HABIS-HABIS NAK SATUKAN UMAT ISLAM ! HAMAS,FATAH DAN MILF LEPAK DENGAN TUN M !



Dr. Mahathir Mohamad berbual dengan Ketua Perhubungan Antarabangsa Hamas, Osama Hamdan (dua dari kanan) sambil diperhatikan Pengerusi MILF, Murad Ebrahim (kiri) dan Timbalan Komisioner Perhubungan Antarabangsa Al-Fatah,Dr. Abdullah M.I. Abdullah (dua dari kiri) pada majlis makan tengah hari dengan peserta Forum Antarabangsa UMNO 2012 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAn/SAIFUL BAHARI ASHAR
Pelik tetapi benar, dua wakil dari dua parti politik Palestin yang sememangnya sering bercakaran antara satu sama lain dapat bersama-sama duduk semeja. Namun, yang menambahkan kepelikkan lagi adalah mereka bukan duduk semeja di Palestin tetapi di Malaysia pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang sedang berlangsung kini.

Yang hadir mewakili parti Fatah ialah Dr Abdullah Abdullah dan wakil dari Hamas ialah Osama Hamdan yang dijemput khas dari Palestin. Kedua-dua pemimpin ini nampaknya amat mengagumi kepimpinan Persekutuan Malaysia dan mereka amat berbesar hati untuk hadir ke Perhimpunan Agung UMNO pada tahun ini.

Dr. Abdullah Abdullah dalam ucapannya di Majlis Forum Antarabangsa sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 menyatakan bahawa rakyat Palestin begitu berterima kasih diatas sokongan dan dorongan yang diberikan oleh para pemimpin kerajaan Malaysia dalam perjuangan mereka menentang keganasan dan kekejaman Zionist. Osama Hamdan dan Dr. Abdullah Abdullah juga telah menyertai satu temubual khas bersama Berita TV2 pada tengah hari tadi.

Apa yang kita boleh ambil dari penyertaan pejuang-pejuang Palestin di Perhimpunan Agung UMNO adalah sokongan berterusan kerajaan Barisan Nasional dan UMNO untuk perjuangan umat Islam di luar Malaysia. Sehingga kini kerajaan Malaysia dan UMNO telah melaksanakan pelbagai usaha untuk membantu rakyat Palestin di Semenanjung Gaza. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Muhamamad merupakan salah seorang tokoh yang menjadi pemangkin kepada usaha sama agar Fatah dan Hamas bersatu padu untuk menentang penjajahan Israel yang disokong oleh Amerika Syarikat.

Turut hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 kali ini ialah wakil dari umat Islam Moro Filipina yang diwakili oleh Tuan Murad Ebrahim. Penglibatan Malaysia dalam perjuangan mencapai keamanan oleh umat Islam Moro sememangnya telah menjadi salah satu agenda utama kerajaan Malaysia semenjak dari zaman Tun Abdul Razak lagi. Kini di zaman anaknda beliau, Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak pula umat Islam Moro telah mencapai keamanan dengan menandatangani perjanjian persefahaman antara umat Islam dan Kerajaan Filipina. Peranan Malaysia diiktiraf apabila Datuk Seri Najib dan Tengku Dato’ Ab Ghafar Tengku Mohamed dijemput hadir semasa majlis perjanjian tersebut diadakan.

Boleh dikatakan UMNO dan Barisan Nasional sedang menghantar mesej yang amat besar kepada dunia bahawa parti keramat ini tidak akan berhenti dari menyokong perjuangan umat Islam di seluruh dunia. Walaupun sesetengah pihak di dalam Malaysia yang sibuk menggelarkan UMNO sebagai parti yang tidak mengutamakan Islam, umat Islam di luar negara dan di seluruh dunia pula mengharapkan UMNO untuk menyokong perjuangan mereka.

This post was submitted by Che_Yan.
MYKMU

APAKAH INI ?


si kitol ?
si kontol ?

NAJIB MEMOHON MAAF.. ITULAH PETANDA JIWA BESAR ! PAS,ANWAR TAKKAN BERANI MENGAKU SALAH !



LAGI FOTO KLIK SINI

PAU 2012 : SUARA PEMBAHAS MASIH TAK TAJAM .


suara pembahas masih tak tajam.
suara pembahas masih play safe.

suara pembahas masih belum touch lingkaran permaslahan rakyat jelata.

aku tunggu suara pembahas,

yang desak kerajaan wujudkan satu grand design tatacara menangani kos rakyat pertengahan dan miskin bandar.

aku tunggu suara pembahas,

yang berani menggegar jabatan agama islam negeri atau yang seangkatan dengannya mengenai perlunya satu mekanisme baru dibentuk dalam membantu golongan miskin ,anak yatim dll. 

aku tunggu suara pembahas,

yang berani menggegar kelesuan jabatan agama islam yang macam kura-kura dan slow dalam bertindak mengekang pemurtadan umat islam secara senyap !

di mana suara pembahas dalam mengkiaskan ke agresifan mubaligh kristian dalam membantu secara halus umat islam yang susah, jika dibandingkan dengan pusat dan jabatan agama islam !

aku tunggu suara pembahas ,

yang berani mendesak kerismudin  untuk mendedahkan status terkini ratusan laporan polis terhadap segala pengkhianatan ambiga, penghinaan ngeh khoo ham terhadap islam dll.

bangun
bangun
bangun
harimau bangun !

MAKLUMAT BARU : BERAPA RAMAI MELAYU DAH MURTAD ?


kupasan terbaik zulnordin. 
anak puaka dan bapak puaka memang keluarga puaka haram jadah.

KLIK SINI

FOTO AHLI PARLIMEN HULU SELANGOR KAMALANATHAN.


malam tadi lepas keluar stadium , aku terserempak dengan ahli parlimen hulu selangor yb kamalanathan.

dia punya puas hati tengok game malam tadi, sampai lencun baju.

aku sempat bergambar dengan dia, namun foto aku terpaksalah aku edit ya....

kamal bagitau dia dari parlimen, datang naik LRT terus ke stadium bukit jalil.

kamal kata kat aku dia memang fanatik bola.

dalam sempat aku bergambar, ramai peminat tertoleh-toleh kami sampai ada yang cakap ...

' ehh ini YB ni' !

ini macam punya YB lah yang marhaen. tengok bola naik LRT je... harap YB lain ikut lah stail macam ni.

PIALA AFF : MALAYSIA WAJIB FOKUS KEKANG MIDFIELD INDON.



ok kita dah bernafas semula.
malam tadi kita menang 4-1.

separuh masa pertama terlalu banyak peluang untuk menjaringkan gol.

3 player yang jelas memainkan peranan cukup penting dalam mengkucar kacirkan benteng laos. kunalan, mahali jasuli dan mat yo.

mahali sudah selayaknya diletakkan dalam senarai kesebelasan utama.

permainan mahali jasuli yang keras, bertenaga mengingatkan aku kepada bekas pemain bola sepak singapura yang digelar 'kereta kebal' iaitu allayarham borhan abu samah, yang telah meninggal dunia akibat kanser.

finishing striker wajib dipertajamkan lagi.  masa lawan singapura, kita jarang mendapat peluang dalam petak gol manakala dalam perlawanan malam tadi terlalu banyak peluang keemasan dilepaskan.

takpe , terus tajamkan serangan.

work rate dalam perlawanan sabtu ini menentang indonesia perlu digandakan.

indonesia mengamalkan fast game, game mereka laju dan hantaran mereka tepat.

dalam keadaan sebegini, midfield dan defender malaysia wajib alert.

ok nanti sambung lagi.
terbaiklah harimau malaya !

Wednesday, November 28, 2012

KALAU TIDAK MAHU DISESATKAN AKIDAH, SILA TINGGALKAN ANWAR.

HAMAS PENENTANG ZIONIS BERJUMPA UMNO. KENAPA TIDAK PAS DAN PKR ?



Peranan Malaysia sebagai agen pengaman telah diiktiraf dunia. Malaysia dipandang tinggi kerana komitmen dan konsistensi dalam memperjuangkan dan menyokong keamanan dunia.
Apabila dikatakan Malaysia, maka ia secara automatik membawa erti kepimpinan dan kerajaan Barisan Nasional yang bertindak mewakili suara rakyat Malaysia keseluruhannya. Justeru, secara tidak langsung, tidak salah jika dikatakan bahawa penghargaan tersebut juga dituju kepada Barisan Nasional juga.
Sebagai sebuah parti yang mewakili masyarakat Melayu Islam di Malaysia, UMNO, sebagai salah satu komponen BN turut memainkan peranan dalam memperjuangkan keamanan di dunia, terutamanya, dunia Islam. Alhamdulillah, atas segala khidmat bakti itu, hari ini, bukan sahaja Malaysia yang mendapat pengiktirafan, tetapi UMNO juga telah mula dipandang tinggi sebagai pihak yang memainkan peranan penting dalam memperjuangkan keamanan di negara-negara Islam.
Ini terbukti apabila Ketua Perhubungan Awam Hamas, Osama Hamdan, iaitu salah seorang daripada ahli panel dalam forum bertajuk Konflik dan Perdamaian Dalam Politik Rakyat – Memandang ke Hadapan atau ke Belakang, yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 , menyatakan penghargaannya terhadap UMNO kerana banyak menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang hidup dalam keadaan serba kekurangan.
UMNO juga, kata beliau, sentiasa berpegang teguh dengan pendirian menyokong perjuangan rakyat Palestin walaupun setelah Hamas mengambil alih pentadbiran negara bergolak itu daripada Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).
Beliau juga secara khusus menghargai kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menangani isu Palestine dan mengecam keganasan Israel.
Antaranya, dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-21 di Phnom Penh baru-baru ini, Datuk Seri Najib telah membangkitkan isu mengenai Palestin dan secara spesifik, meminta Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama agar mengambil tindakan segera untuk menghentikan konflik yang berlarutan di Gaza.
Pendirian Malaysia dalam mengiktiraf Palestine sebagai negara berdaulat adalah jelas dan konsisten. Dalam kenyataan Datuk Seri Najib di Sidang Kemuncak Luarbiasa OIC di Mekah, Ogos lalu, beliau menyatakan hal ini secara tuntas. Pendirian ini adalah yang sama yang dipegang oleh kepimpinan UMNO, BN dan Malaysia sejak sekian lama.
Di masa yang sama, beliau sentiasa memastikan UMNO melakukan apa jua yang terdaya untuk membantu Palestine sama ada secara bersendirian ataupun kerjasama dengan pihak-pihak tertentu. Antaranya menghantar bantuan makanan dan keperluan pakaian serta ubat-ubatan bagi mengurangkan beban rakyat Palestine.
Walaubagaimana seluruh dunia cukup maklum akan pendirian Malaysia dalam isu Palestin-Israel, kita dan juga Palestin, harus bersedia menghadapi risiko perubahan dalam pendirian itu sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil-alih kuasa dalam PRU nanti.
Bukan rahsia lagi, bahawa bakal Perdana Menteri Pakatan Rakyat, iaitu Anwar Ibrahim adalah antara penandatangan Annapolis Summit yang menyokong penubuhan negara Israel.
Malah, tidak berapa lama dahulu beliau juga mengulangi pendirian ini dengan membuat kenyataan menyokong untuk melindungi keselamatan Israel. Kenyataan yang disiarkan oleh the Wall Street Journal itu menimbulkan kejutan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Rasa terkejut dan kecewa terhadap kenyataan Ketua Pembangkang Malaysia itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Ismail Haniyah kepada Pengerusi Lembaga Pengurusan Yayasan Al-Quds Malaysia, iaitu Nasharudin Mat Isa ketika kunjungan beliau ke Kuwait.
Nasharudin, sebagai pemimpin PAS walaupun berkongsi sentimen yang sama dengan umat Islam di seluruh dunia gagal menjelaskan pendirian partinya mahupun pendirian PR dalam isu tersebut. Ini kerana, menyatakan bahawa PAS tidak bersetuju dengan Anwar dalam isu ini adalah tidak cukup, kerana PAS nampaknya sebulat suara bersetuju agar Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan mereka menang dalam PRU nanti.
Justeru, pendirian Anwar pasti akan menjadi pendirian parti PR iaitu pendirian kerajaan Malaysia. Sekali gus pendirian peribadi PAS yang mungkin bertentangan, tidak akan membawa makna apa-apa. Malah, pada hari ini juga PAS boleh dikatakan tidak bermakna apa-apa lagi kerana secara realitinya ia sudah terangkum dalam sebuah pakatan di bawah teraju Anwar.
Walaupun PAS menuduh UMNO kafir dan murtad serta mendabik dada konon hanya parti itu yang layak dan ikhlas memperjuangkan Islam tetapi ‘keIslaman’ PAS nampaknya tidak diiktiraf dunia. Manakan tidak, PAS bukan sahaja bersekongkol dan berusaha menobatkan talibarut Zionis pembunuh rakyat Palestin sebagai Perdana Menteri, tetapi PAS juga tidak pernah punya apa-apa jasa kepada umat Islam di dalam negara ini, jauh sekali di negara lain.
Hakikatnya, PAS, sebuah parti yang hidup dengan wang derma ahli sendiri, serta wang sumbangan Zionis melalui PKR tidak mampu walaupun untuk mendirikan masjid untuk umat Islam beribadah selain dari ‘masjid’ rumahtangga dengan masing-masing punya dua hingga empat orang isteri. Selama 2 dekad memerintah Kelantan, PAS hanya mampu mendirikan sebuah masjid sahaja. PAS gagal secara total untuk menaikkan taraf ekonomi rakyat Kelantan dan tidak mampu menjana ekonomi negeri sehinggakan negeri yang diperintah mereka mundur dari segala segi.
Dari segi Islam pula, ulama-ulama PAS langsung tidak layak untuk duduk sebaris dengan ulama-ulama tersohor dunia. Ini kerana mereka hanya tahu berceramah di tahap kampungan serta tidak pernah membuat kajian atau apa-apa sumbangan akademik mahupun pembangunan kepada dunia Islam.
Justeru, kita tidak hairan apabila Hamas menghargai UMNO dan bukan PAS, dalam menangani isu Palestine yang disifatkan paling ‘genting’ dan palilng dekat di hati umat Islam pada hari ini.
Yang kita hairan ialah kenapa PAS masih tidak malu merasakan parti itu lebih Islam dari UMNO?
OB21.NET

BANGKITLAH SKUAD HARIMAU MALAYA ! PASTIKAN KITA MENANG MALAM INI !

PAU 2012 : HARAPAN GAP KEPADA NAJIB DAN PEMBAHAS.


perhimpunan agung umno dah mula.

pada masa yang sama pasukan bolasepak malaysia sedang berantakan kudrat untuk menang lawan laos malam ini.

keduanya punyai sentimental value yang penting.

rakyat menunggukan kualiti perbahasan yang tinggi daripada pembahas pemuda,puteri,wanita dan perwakilan.

diharapkan agar ada pembahas mampu menyentuh KEPERLUAN UMNO/BN untuk fokus kepada isu kos hidup golongan pertengahan dan miskin bandar.

harap najib boleh kurangkan cakap bab felda,felda dan felda.

ya benar felda ada hak untuk dapat nikmat, semua orang harus mengakuinya. namun pada masa yang sama najib juga perlu diingatkan akan banyak lagi kelompok dan golongan masyarakat dalam malaysia.

pembahas harus berani bercakap dan memperjuangkan isu rakyat pertengahan.

pembahas mesti berani melontar ide. pembahas perlu bijak mengupas permaslahan.

solusi dan kaedah penyelesaian perlu dilontarkan.

harus kita fahami, golongan pertengahan,golongan miskin bandar dan kumpulan penghijrah adalah paling ramai menetap di lembah klang.

golongan ini perlu disentuh, dirobek permaslahan lantas diberikan jalan solusi bagaimana kerajaan mampu meminimakan 'kebocoran poket' di kalangan mereka.

sejak 2 minggu ini aku kurang menulis. bukan malas, cuma ada buat sedikit pertemuan dengan pelbagai kelompok masyarakat bandar.

undi mereka adalah bernilai.

daripada semua yang aku temui, hampir semua mampu mengulas mengenai dasar dan perjalanan politik negara.

ada yang analisis mengenai kebobrokan pakatan.

namun majoritinya lebih bercakap mengenai poket.

2008 rakyat protes terhadap BN adalah bukan disebabkan kepada kekuatan pembangkang, sebaliknya mereka nak 'ajar sikit' mengenai kealpaan kerajaan dalam menjaga poket mereka.

pada pandangan aku , disaat ini pengundi ada yang sudah nyatakan dalam hati parti mana yang akan dipangkah.

namun nun di luar sana juga, ada sebilangan besar pengundi yang cukup analatikal dalam memilih parti yang perlu di pangkah.

pengundi ini analisis mengenai wang, tambahan wang,kebocoran wang .

senang cerita ianya melingkar mengenai KOS.

harapnya ada pembahas berani menggegar kerajaan akan keutamaan mengurangkan kos sara hidup masyarakat pertengahan di bandar.

aku ada banyak ide, tapi tak payah lah tulis dalam blog. korang fikirkan sebaik mungkin.

dalam realiti politik hari ini, ide mengenai 'kos dan wang' cukup utama di hati rakyat.

pembahas juga harus meminimakan operasi cakap bodek,memuji kepimpinan yang membosankan.

kepada rajagopal, cepatlah berundur.
FAM pula, kalau malaysia gagal dalam piala AFF sila letak jawatan.
bola sepak malaysia perlukan revolusi pentadbiran.

Tuesday, November 27, 2012

HATI BUSUK CINA ST SINGAPURA TERHADAP NAJIB.



Singapore Straits Times undermines 1 Malaysia Gathering.

  1. Journalist Lester Kong was unimpressed as he wrote about PM Najib’s speech to the largest group of civil societies; that the group must work in line with the government to succeed the lasting transformation and growth. There are 50, 000 civil organizations, 9780 on welfare, 9 337 on religious and 6 745 on social and while rest are recreational groups in Malaysia.

  1. Being the largest NGOs in Asean countries, Lester Kong jeered at the 1 Malaysia Gathering together with Dr James Chin, the political analyst from Monash University of Malaya. The later reiterated that the numbers are not as effective as expected.

  1. Nevertheless, 1 Malaysia Gathering was welcomed with positive support by the professor of global studies at USM, Dr Chandra Muzaffar.
“The (government) national leaders have a plan that is in line with the federal Constitution. What does the other side have?”
“The parties are afraid to disclose their plans to one another because their plans differ.”

4.   Lester Kong reported that there was still a dissenting organization like Telugu Association of Malaysia. Its vice-president, Mr Mahendra Rao, hoped for more discussions to be involved. He hoped the Telugu language be included in schools.

5.   James Chin bragged about the Pakatan Rakyat’s strives for justice and feedback on government’s policies. He also said that opposition civil groups are more committed and down to earth. Unlike Pakatan Rakyat, 1 Malaysia Gathering merely wants to establish a support to government’s activities.

     Lester Kong further boasted that Pakatan Rakyat will hold a mammoth oppositions’ gathering in January, promising to host one million participants. And James Chin is the mammoth instigator to Pakatan Rakyat whereas Lester Kong is a speck of the dusty colony from race chauvinists.
     H.S.


PENIPUAN TERBESAR SEBUAH KERAJAAN PAKATAN.

1. Dengan membentangkan Kertas Putih Talam sewaktu sidang DUN Selangor yang lepas, kerajaan negeri telah menganggap isu skandal jutaan ringgit penyalahgunaan duit rakyat Selangor telah selesai.

2. Namun setelah meneliti apa yang dibentangkan itu, saya menyimpulkan ianya hanyalah sebuah karangan politik yang diolah sedemikian rupa untuk menutup skandal yang telah dibangkitkan oleh pelbagai pihak.
3. Jika benar kerajaan negeri telus dalam isu ini, mereka seharusnya membentangkan semua penyata transaksi secara terperinci. Malah maklumat yang terkandung dalam kertas putih tersebut merupakan maklumat yang telah diketahui umum, cuma berbeza kaedah pengolahannya hasil sentuhan para penasihat yang mengambil masa bertahun untuk disiapkan.
4. Dalam kertas putih tersebut, kerajaan negeri telah membuat satu kesimpulan yang mudah kononnya dengan hanya RM420 ribu, RM392 juta hutang Talam telah berjaya dikutip dan menganggap ianya satu tindakan yang bebaloi.

5. Perlu kita ingat bahawa RM392 juta yang dikutip itu sebahagian besarnya dalam bentuk aset tanah manakala RM420 ribu itu pula adalah wang rakyat dalam bentuk tunai yang telah dibelanjakan untuk proses apa yang disebut sebagai round-tripping bagi melupuskan hutang Talam mengikut peraturan kewangan standard.
6. Teknik round-tripping sememangnya satu amalan yang tidak menyalahi peraturan kewangan, namun dari segi moralnya ia bukanlah satu tindakan yang baik dalam amalan perniagaan. Kerajaan negeri dilihat cenderung menggunakan teknik sebegini sebagai satu amalan biasa dalam pengurusan kewangan negeri. Skandal kewangan terbesar di Eropah yang melibatkan syarikat gergasi Enron, berlaku disebabkan amalan ini yang akhirnya menyebabkan syarikat tersebut bankrap akibat kehilangan kepercayaan pemegang sahamnya. Namun dalam isu Talam ini, kerajaan negeri begitu yakin untuk melakukannya kerana mereka mempunyai ramai pakar pembelit untuk menutup segala penyelewengan yang dilakukan.
7. Perlu kita fahami bahawa hutang Talam berlaku sejak 10 tahun yang lalu dan dalam tempoh itu, Talam sendiri telah gagal menjual aset-aset tersebut. Dengan menyerahkan kepada kerajaan negeri, maka kerajaan negeri dibebankan untuk melakukan perkara yang perlu bagi menukarkan aset yang diterima dalam bentuk tunai bagi menyelesaikan beban hutang gadaian yang terkandung bersama-sama aset tersebut.
8. Satu perkara yang cuba dikaburkan dalam isu Talam, kerajaan negeri telah menerima aset tanah yang telah digadaikan oleh Talam yang keseluruhanya berjumlah RM266 juta. Jika dirujuk ringkasan laporan KPMG dan kertas putih Talam tentang penyelesaian hutang ini, apa yang cuba digambarkan, hutang tersebut hanya ditolak dari jumlah RM676.1 juta dari nilai aset yang diterima. Maka dengan itu kerajaan negeri hanya menerima aset bersih tanpa beban tanggungan hutang.
9. Namun begitu, ia jelas bertentangan dengan Circular to Shareholder yang dikeluarkan Talam bertarikh 15 Mac 2011 kepada Bursa Malaysia dan pemegang sahamnya. Perkara 2.4 menyatakan hutang tersebut perlu dijelaskan oleh MBI dalam masa 6 bulan dari tempoh kelulusan pemegang saham Talam. Rujuk terma dibawah:
10. Siapa yang benar dalam hal ini? Jika kertas putih itu benar maka maklumat yang diberikan Talam kepada pemegang sahamnya adalah palsu dan perlu diambil tindakan oleh Bursa Malaysia/SC. Jika sebaliknya kenapa kerajaan negeri cuba mengaburkannya?
11. Jika benar dakwaan bahawa kerajaan negeri perlu menjelaskan hutang gadaian tersebut, maka kesimpulan bahawa kerajaan hanya membelanjakan Rm420 ribu untuk mengutip hutang Talam adalah tidak benar. Sepatutnya apa yang ditulis, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM420 ribu + RM266.3 juta iaitu RM266.72 juta wang tunai milik rakyat untuk menyelesaikan hutang tersebut. Isu penyelesaian hutang ini turut dinyatakan dengan jelas dalam perkara 4.0 Circular to Shareholder  sebagaimana berikut:
12. Berdasarkan Announcement yang dibuat oleh Talam di Bursa Malaysia, jelas menunjukkan hutang gadaian tersebut sedang dibayar sedikit demi sedikit oleh Talam. Ini menimbulkan persoalan kepada kita semua, dari mana duit itu diperolehi? Jika kerajaan negeri benar-benar telus, maka ianya perlu dijelaskan kepada rakyat Selangor.
13. Isu penilaian tanah yang cuba dijawab oleh kerajaan negeri adalah isu kedua yang cuba diperbesarkan dalam kertas putih tersebut. Sudah pasti kerajaan negeri boleh melantik dan mengarahkan konsultan untuk membuat penilaian berdasarkan selera mereka selepas menerima aset tersebut.
14. Isunya kenapa semasa menandatangani perjanjian penerimaan aset-aset itu, wujud perlanggaran peraturan dengan tidak menggunapakai penilaian JPPH. Apa yang cuba dilakukan oleh kerajaan negeri ialah membuat satu tindakan cover-up dengan membuat penilaian selepas GSA kononnya tanah itu telah ditukarkan status. Ini dilakukan setelah skandal ini telah diketahui umum.
15. Jika benar ianya telah ditukar statusnya, pihak mana yang telah membayar kos penukaran tersebut? Kerajaan negeri menyatakan bahawa MBI telah membayar RM4 juta caruman perparitan untuk menyelesaikan penukaran status Tanah Bukit Beruntung. Soalnya apakah duit RM 4 juta tersebut bukan datang dari duit rakyat? Jika berdasar logik matematik mudah, kerajaan negeri telah kehilangan RM 4 juta dari RM392 juta yang kononnya dibayar oleh Talam akibat proses ini. Jika kerajaan negeri mahu penilaian keseluruhan yang dibuat itu dianggap benar, maka RM4 juta itu perlu ditolak dan ini bermaksud jumlah keseluruhan yang dikutip hanyalah RM388 juta.
16. Mungkin kerajaan negeri begitu bermurah hati memberikan diskaun berjumlah RM4 juta kepada Talam atas usaha murninya menyerahkan aset-aset yang telah digadaikan kepada institusi pinjaman itu. Maka jika kerajaan negeri begitu prihatin untuk membantu Talam, kenapa tidak kerajaan negeri juga menunjukkan keprihatinan yang sama untuk menyelesaikan hutang-hutang PKNS rakyat miskin di negeri Selangor ini. Apatah lagi kerajaan negeri sering melaungkan slogan negeri berkebajikan. Nilai RM 4 juta ini mungkin kecil pada pandangan Tan Sri Khalid Ibrahim, tetapi cukup besar bagi rakyat miskin.
17. Dalam urusan penilaian ini, kerajaan negeri gagal menjelaskan berapa kos yang dibayar kepada pihak Sulaiman & Co dan siapa yang membayar kos tersebut? Saya difahamkan bahawa ia dilantik oleh Talam, dan jika benar maka sudah pasti penilaian yang dibuat akan berpihak kepada Talam dan Kerajaan negeri. Maka atas sebab itu, kita membangkitkan tentang kenapa penilaian JPPH, sebuah agensi yang mempunyai integriti tidak digunakan? Apakah disebabkan penilaian JPPH tidak menyebelahi Talam?
18. Jika dirujuk dalam senarai aset pula, Talam turut menyerahkan 60% saham Ulu Yam Golf and Country Club yang dianggarkan berjumlah RM4.26 juta sebagai pertukaran. Mengikut laporan kewangan yang terkandung dalam Circular to Shareholder Talam, syarikat ini telah mencatatkan kerugian berdasarkan laporan kewangan berakhir 31 disember 2010. Dan dijelaskan bahawa syarikat ini tidak dapat membayar dividen kepada pemegang sahamnya.
19. Dengan kata lain, RM4.2 juta yang diterima dalam bentuk saham ini datang dengan satu bebanan kerajaan negeri untuk memulihkan syarikat ini. Bagi tujuan itu, berkemungkinan besar kerajaan negeri perlu membelanjakan sejumlah wang lagi untuk memulihkannya. Maka sekali lagi duit rakyat akan digunakan. Jika tidak dilakukan, bermakna kerajaan tidak akan dapat sebarang keuntungan dari saham yang diterima selain dari menanggung beban kos operasinya seumpama kata pepatah melayu ‘ibarat menanggung biawak hidup’.
20. Itu belum lagi disentuh tentang perkara 3.7 berkait tentang pampasan yang kononnya akan diberikan kepada UNISEL, KHSB dan PNSB. Perkara 3.7.1 menyebut UNISEL akan diberi pampasan RM248.7 juta sedangkan, ia bukanlah pampasan tetapi hutang Talam kepada UNISEL yang sepatutnya dibayar sebanyak RM248.7 juta. Kenapa pula MBI perlu mengambil alih aset tetap sedia ada UNISEL sebagai balasan? Aset mana yang cuba diambil alih oleh MBI? Apakah aset yang diserahkan oleh Talam atau tanah lain yang menjadi idaman MB untuk dijual sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau sewaktu isu PTPTN dulu timbul?
21. Berkait dengan tanah Lot 14002 yang telah dilelong dan dijual kepada individu perseorangan seperti yang dinyatakan dalam perkara 3.6.2 dalam kertas putih tersebut, merupakan sesuatu yang tidak seharusnya berlaku. Bagaimana kerajaan negeri boleh terlepas pandang dengan menerima aset yang telah dijual kepada orang perseorangan? Seolah-olah urusan perjanjian ini dibuat secara ala kadar tanpa penelitian yang rapi. Jika dalam hal sepenting ini pun Talam boleh memperbodohkan kerajaan negeri, apatah lagi yang melibatkan perkara lain. Maka kita cukup hairan bagaimana MB Selangor yang kononnya tokoh korporat terkemuka boleh ditipu oleh Talam.
22. Kesimpulannya apa yang terkandung dalam laporan kertas putih Talam ini hanyalah sekadar karangan politik yang diolah sedemikian rupa demi menutup segala penyelewengan yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri. Banyak persoalan tidak dijawab malah lebih banyak persoalan lain timbul akibat cubaan kerajaan negeri mengaburkannya pelbagai fakta atas tujuan tertentu.
23. Rakyat mungkin masih tertanya-tanya kenapa kerajaan negeri begitu beria-ia membantu Talam menyelesaikan hutang-hutangnya. Siapa sebenarnya yang sedang mengaut keuntungan dari skandal ini? Sekarang ini pula timbul dakwaan sesetengah pihak bahawa wujud pihak tertentu yang rapat dengan penasihat ekonomi negeri telah meraih keuntungan dari penyelesaian hutang Talam ini. Jawapan kepada banyak persoalan yang berbangkit ini tidak akan kita perolehi dari kertas putih Talam yang dibentangkan, kerana apa yang dibentangkan itu hanyalah kertas kelabu asap!
Satim Diman
Ketua Pembangkang DUN Selangor

Monday, November 26, 2012

APA PANDANGAN ST SINGAPURA MENGENAI MELAYU MURTAD BAWAAN ANAK PUAKA ?


Salim Osman took chances appreciating Nurul Izzah’s remark on religious freedom.



He explained the definition of Malay identity :



  1. In Article 160, of Malaysia’s Federal Constitution, Malays habitually speak Malay language, conform to Malay customs and embrace Islam. Islam has been part and parcel of Malay culture since the 15th century. The Sultan of Malacca at that time converted to Islam and ordered the rakyat to embrace the new faith from the old faiths which was Hinduism.
  2. In Article 11 of the Constitution, it stated that Islam is the religion of the federation, and people are free to practise and propagate their beliefs. But the Constitution bans the propagation of religion other than Islam to Muslims. Furthermore in reality, Islam is the choice of their religion. Writer Steve Oh in Malaysiakini wrote that Malays thinking must be exposed to various ideas including different religions. Otherwise, their thinking will be permanently confined under Islamic influence only.
  3. The advocating of religious freedom led the hindrance for Malay society to get involved in inter-faith marriages.

  • The Syariah law does not recognise inter-faith marriage unless the bride and groom are Muslims.
  • The Court however, would grant a Muslim convert’s application to return to their former religion. But to the Malays, who are born Muslims they are not allowed to do so. The rationale is to stop the community’s fear of apostasy.

  1. Even other Muslim countries treat apostasy as a crime with heavy punishment like death and long imprisonment to denial of legal rights. Malaysiarecognises the freedom of religion but not to the expense of converting Muslims to other faiths without Syariah’s procedures. Malay- born Muslims practically uphold the faith of Islam as religion of their options.



It seems that Salim Osman does not really criticise Nurul Izzah’s remark about Malays who could also practise religious freedom. Instead, he brings up only points that support Nurul Izzah’s rebellious opinions on pro-pluralism.
H.S.

PARLIMEN SHAH ALAM YANG PERTAMA BAKAL TUMBANG !


parlimen shah alam.

dun kota anggerik dan dun batu tiga adalah kerusi parlimen dan dun selangor yang pertama akan tumbang pada ru ke 13 nanti !

VIDEO : FAM DIBANGSATKAN ULTRAS MALAYA.


malam tadi semua dah tau keputusan piala aff.
eksperimen rajagopal dan FAM semakin berjaya.

aku bukan nak ulas bab keputusan.
cuma ada perkara menarik berlaku selepas perlawanan malam tadi.
aku lepak dengan group ultras malaya yang tak puas hati.

berikut adalah kronologi apa yang berlaku di depan bas singapura dan malaysia.

1- player singapura nampak gusar bila bas dikepong ultras malaya. namun kegelisahan mereka tidaklah seperti yang dijangka apabila mereka ni disapa baik oleh ultras malaya. taktikal game singapura memang menjadi malam tadi.

2- kemudian player malaysia masuk dalam bas. jelas pelbagai manifestasi wajah digambarkan oleh seluruh player malaysia. muka kesal, muka sedih dan yang paling banyak muka mintak maaf pada penyokong.

3- ultras malaya menyanyi dan melaungkan FAM BANGSAT DAN RAJAGOPAL APA DAH KAU BUAT !

4- pengurus malaysia dan rajagopal cabut lari daripada mahu bersemuka dengan penyokong.

2 artikel lepas aku balun fam dan rajagopal. malam tadi hampir semua dialog ketidakpuasan itu diulang semula sepertimana yang aku tuliskan.

FAM GAGAL.
RAJAGOPAL GAGAL.

aku nak bagitau player malaysia yang baca artikel ini, kami penyokong tidak pernah sama sekali berundur daripada menyokong kamu.

pastikan malaysia menang bila menentang laos dan indonesia.

ayuh bangkit wahai player !

Friday, November 23, 2012

NURUL IZAH ANAK PUAKA PENYESAT UMAT ! ANAK BAPAK SAMA PERANGAI MUSIBAT

BANGKITLAH SKUAD HARIMAU MALAYA ! PENYOKONG WAJIB PENUHKAN STADIUM BUKIT JALIL !


lupakan pada segala masalah.
lupakan kepada segala titik bengit masalah.
lupakan pada perlawanan nostalgia.
lupakan pada perlawanan hambar.

ahad ini, rakyat malaysia sedia turun ke stadium bukit jalil untuk menyokong untuk kesekian kali skuad harimau malaya !

susah dan senang penyokong tetap bersama harimau malaya.

penyokong WAJIB PENUHKAN STADIUM BUKIT JALIL AHAD INI !

seluruh pemain memerlukan sokongan luar biasa anda !
aku pernah puji skuad harimau malaya.
aku juga pernah kritik skuad harimau malaya.

puji dan kritik hanya dilakukan kerana terlalu sayang skuad harimau malaya !

kami mengharapkan agar otak kamu bergegar semula untuk bangkit.

kami mengharap agar kamu bermain penuh ghairah dan passion !
kami menngharap agar kamu bermain sepenuh jiwa dan raga.

ini bukan kerana kamu itu apek
ini bukan kerana kamu itu shafie salie
ini bukan kerana kamu itu safiq rahim
bukan kerana individu

TETAPI KAMU HARUS BANGKIT SEBAGAI SKUAD TERBAIK HARIMAU MALAYA !

BLOGER GERAKAN ANTI PKR DESAK SELURUH PEMINAT PENUHKAN 100 RIBU KERUSI BUKIT JALIL !

GAP SENDIRI AKAN TURUN BERIKAN SOKONGAN LUAR BIASA !

AYUH HARIMAU MALAYA !