Monday, April 8, 2013

URUSAN CALON BIARLAH NAJIB YANG URUSKAN.


isu pemilihan calon baik daripada bn dan pembangkang tak akan lari daripada ide 'orang itu' dan 'orang ini'.

menjelang pengumuman bakal calon nanti, sudah lama kedengaran akan cubaan beberapa orang tertentu yang memandai-mandai untuk mengambil alih tugas najib selaku ketua yang punyai kuasa mutlak memilih calon.

kriteria penting pemilihan calon ini perlu dilandaskan kepada beberapa faktor penting.

antaranya kerja keras , lantang melawan pembangkang, bersih daripada skandal, punyai pendidikan tinggi dan faktor utama adalah faham menilai gagasan yang najib bawakan.

sekarang sudah kedengaran cerita yang sedikit membosankan telinga bilamana ada sesetengah orang cuba meletakkan 'orang-orang' nya di kawasan tertentu baik di kerusi parlimen mahupun dun.

selain najib, orang kedua yang selayaknya memberikan pandangan mengenai status calon adalah menteri besar ataupun ketua perhubungan negeri.

biarlah 2 individu ini berbincang dalam memilih calon paling terbaik untuk sesuatu kawasan.

sebagaimana contoh di perak. selayaknya individu yang wajar memberikan pandangan mengenai calon selain najib adalah zambry. 

tak perlulah dikacau daunkan peranan mereka dalam membuat keputusan pemilihan calon berwibawa.

calon di perak perlulah punyai kredibel yang tinggi dan punyai kekuatan ukhwah yang baik dengan seluruh ahli di peringkat bahagian dan cawangan.

jangan diulangkan semula tragedi calon payung terjun yang tidak dikenali oleh ahli apatahlagi pengundi.

kalau calon itu nak buat kerja politik maka perlulah masanya dilempiaskan keseluruhannya pada politik. tak payah nak pegang jawatan sana dan sini sampai nampak dilihat tamak dalam memegang jawatan.

pru 13 adalah gerakan politik pertama untuk najib memilih calon menggunakan seluruh kuasanya yang ada. biarlah presiden bertindak sebagai presiden, yang lain tak payah nak berlagak sebagai presiden.

dikabarkan di perak,  ada timbalan menteri  sibuk nak mempayung terjun kan orangnya ke dalam senarai calon. 

calon payung terjun ini pulak pada masa yang sama memegang jawatan GLC di peringkat pusat yang ada kaitan dengan sektor perumahan.

punya tamak sampai nak pegang dua jawatan sekaligus. halo brader, jangan kacaulah urusan najib di perak lah.. 

aku ni kira dah habis cool lah nak tulis bab ni. tak hentam teruk sangat . tapi kalau perangai perasan jadi presiden ni berterusan, aku libas lah...

kes di atas berlaku di perak. dengar cerita kat selangor pun ada gak..pesan aku jangan perasan presiden lah ya.

amaran ala ckmm aku, tolong jangan kacau najib dalam hal memilih calon. jangan memandai-mandai nak letak cai korang okay..dalam kes perak, biar najib dan zambry yang handle. full stop.




3 comments:

To Live Again said...

GAP,cuba intai2 dn libas jugak umno Kedah dn Perlis.Tak hbs2 lagi dinosour politik di Kedah nk berkuasa.Team Bashah dgn Mhadzir kahlid dok lobi nk jd MB.Walhal terang2 hasil survey pihak NGO,aakademik dari UUM dn sembang kedai kopi rakyat marhaen dgn jelas nakkan muka baru dn nakkan Mukhriz jd MB Kedah.

Di Perlis pulak,suruh la si Shahidan 2 bereha byk2 la.Duit pon dh byk.Jwtn dlm sukan pon dh berbelas dn berpuluh.Jgn la kacau Dr.Isa Sabu buat keja.Sudah2 la dok overshadow Dr.Isa Sabu kt sana.

Anonymous said...

Masaalah dalaman inilah faktor utama yang terpaksa ditanggong olih BN. Tak kiralah UMNO MCA MIC etc. Year in year out still the same old problem.
Stop the crappppppppppppp.
Tindakan keras/tegas/berani mesti diambil supaya masaalah yang sama tidak berulang yang sebenar2nya menghancurkan BN.
Tugas penting untuk Jawatan/Lembaga Disiplin BN.
Sekiranya Lembaga Disiplin tegas/keras/berani ini bolih dihindarkan.
Seyakat duduk dalan AJK/Lembaga tanpa tindakan baik bagii orang yang lebeh bertanggongjawab untuk menjalan tugasan penting.
Harap kali ini AJK/Lembaga Disipilin akan lebeh menonjol peranannya.
These people NEVER learn.
Mana mungkin Pakatan bolih menang sekiranya masaalah tersebut dapat dibenteras sebaik mungkin.

Anonymous said...

Kami tolak calon MAMAK! Kat penang ni dah takde ke calon Melayu? Bosan dah dgn perangai MAMAK2 kat penang ni.