Friday, February 28, 2014

KAH KAH KAH..ANWAR GUNA FOTO TIPU KONONNYA DIA DAPAT SAMBUTAN DI JEPUN !


Jurugambar sebuah portal berita mengecam tindakan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang dilihat cuba menipu masyarakat dengan publisiti murahan apabila menggunakan gambar ‘recycle’ bagi menunjukkan kononnya dia mendapat sambutan yang luar biasa ketika lawatannya di Jepun baru-baru ini.

Menurut Shaik Mohamad Amin, 28 gambar tersebut sebenarnya berlaku ketika pembacaan keputusan kes liwat yang membabitkan Ketua Pembangkang itu pada 9 Januari 2012. Sebagai salah seorang jurugambar yang bertugas dia turut berada di tempat kejadian pada ketika itu.

ANTARA 3 PERKARA YANG MELAYU WAJIB TUNTUT SEMULA..



1) cadangan untuk sultan kedah mengambil semula pulau pinang.

2) cadangan kerajaan negeri johor untuk REVIEW balik perjanjian bekalan air ke singapura..

cadangan ketiga. di bawah.

CADANGAN MANTAP ISMA. ELOK DI BAWA KE MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU.

tak salah untuk kita STAMP MATI kan hak melayu.

kemudian satu persatu kita perbetulkan.
yang salah kita perbaiki.
yang bagus kita kemaskan.

TANAH MELAYU.. INDAH NAMA MU.

Kita mahu dunia mengiktiraf  bumi ini sebagai warisan dan hak orang Melayu. Sama seperti dunia mengiktiraf benua Cina adalah hak warisan orang Cina dan benua India hak warisan orang India, England untuk Inggeris, Ireland untuk orang Irish dan Germany untuk orang  German dan seterusnya.  Atau adakah orang Melayu tidak punya tanahnya sendiri ?  Sudah tentu inilah benua Melayu dan inilah tanah untuk bangsa Melayu.


 Beberapa bulan yang lalu satu pasukan penyelidik Melayu berprofail tinggi mendedahkan asal usul bangsa Melayu. Antaranya kajian saintifik Mitochondrial DNA (MtDNA) menunjukkan genetik Melayu ditemui terbukti lebih awal wujud dari genetik bangsa Cina dan India. Genetik Melayu berusia 60,000 – 70,000 tahun berbanding genetik Cina yang hanya berusia sekitar 40,000 – 45,000 tahun. Benua Sunda yang berpusat di bumi Melayu yang kita pijak ini di sebut sebagai ‘ the Cradle of Human Civilazation’ yang membiakkan kaum etnik lain. Maka sah, bumi ini asalnya adalah bumi orang Melayu.


 Tidak berapa lama dahulu, Majalah 3 TV3 pula menyiarkan penemuan mercu tanda penting lagi bersejarah di Lembah Bujang Kedah oleh pasukan Arkeologi Universiti Sains Malaysia  yang diketuai sahabat sekolah saya Prof Mohtar Saidin. Di situ ditemui kesan sejarah tamadun maju Melayu Kedah Tua yang dianggarkan berusia seawal abad ke2 sebelum Masihi. Jadi, sah sekali lagi bahawa bumi ini warisan bangsa Melayu lebih awal dari Angkor Wat atau Borobudur.


 Oleh itu, kita mahu orang Cina, India atau sesiapapun tidak lagi mempersoalkan kedudukan Melayu. Kita juga mahu seluruh dunia mengiktiraf bumi Malaysia ini yang sebelumnya dikenali Malaya dan sebelumnya lagi dipanggil TANAH MELAYU sebagai warisan Melayu dan hak Melayu.


 Kita mahu dunia mengktiraf perkara ini sama seperti dunia iktiraf benua Cina adalah hak warisan orang Cina dan benua India hak warisan orang India. Ini adalah identiti negara ini dan agama anutan terakhir orang Melayu di bumi ini sejak berkurun-kurun lamanya adalah addeenul Islam.


 Islam mengiktiraf pendirian ini dan menuntut umatnya mempasak berpendirian ini kekal sampai Hari Pengadilan. Di bumi mereka sendiri umat Islam mesti izzah dengan Islam dan keimanan tanpa kedayusan dan wajib berpegang dengan pendirian ini.  Sebagaimana para sahabat salafussoleh dahulu izzah tanpa gentar walau berdepan raja kuffar, berjuang sehingga tidak ada fitnah di muka bumi.


 Islam adalah satu sistem bersepadu yang mencakupi seluruh aspek kehidupan. Islam adalah negara dan tanahair atau kerajaan dan rakyat. Islam adalah akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan, pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman, benda dan harta atau pendapatan dan kekayaan.


 Islam adalah jihad dan dakwah atau tentera dan gagasan. Selain itu, Islam adalah aqidah yang sejahtera dan ibadah yang sahih.


Encik Abdul Rahman Mt Dali
Naib Presiden II ISMA

POLITIK ADA HAD. BERSATULAH MELAYU.


lihat kepada foto di atas.
inilah yang dinamakan dah terhantuk baru terngadah.

batas politik orang melayu saat ini sudah melangkau limit dan batasnya.

ada yang kata nabi muhammad saw itu macam budak -budak kat kampung aje.

dikala iman umat melayu masih di tahap ini, ada parti mengajarkan kalimah ALLAH itu boleh digunapakai oleh kafir.. akhiran kesan ini boleh dilihat di indonesia.. bila kalimah ALLAH itu ada dihadapan gereja.

tidakkah ini boleh menimbulkan rasa keliru yang amat sangat kepada generasi yang imannya macam bawang ?

ada manusia dan anaknya boleh memberikan justifikasi orang melayu boleh memilih agama selain islam, demi nakkan undi sahaja.

rasa kepunyaan maruah dan hak sudah digadai tanpa had.

tambah memilukan yang kafir pun turut sama mempertikai kepunyaan kita.

dah tiba masanya kita sedarkan melayu dan pemimpinnya untuk berhenti menggadai apa yang boleh gadai.

ahli politik dan peminat politik wajib belajar cerita sejarah lama, hanya dengan ini sahajalah mereka mampu menjadi waras semula.

kita perlu asak otak melayu untuk rasional kembali. selagi daya yang boleh.

jika pergeseran ini berterusan, tiada mustahil ALLAH SWT tarik balik nikmat kepada orang melayu yang selama ini cukup terpelihara.nauzubillah.

jiwa pemimpin perlulah besar.
jiwa pengikut perlulah terbuka.
perpaduan seperti ini pernah berlaku.
aus dan khazraj bersatu dinamakan ansar.
ansar dan muhajirin bersatu dalam peristiwa hijrah.

sunah dan syiah afghan pernah bersatu dalam kempen mereka menghalau keluar angkatan soviet.

islam rohingya di rakhine  dihalau oleh pelampau budha hanya kerana mereka menguasai ekonomi. signal sabotaj ekonomi 969 yang dijalankan oleh budha di myanmar dijadikan katalis untuk menghapuskan penguasaan ekonomi rohingya.

hari ini ramai saudara kita telah syahid mati dibunuh,dirogol dibakar.

yang melarikan diri mati di tengah laut kerana tak makan.

dulu sekitar 1990 an kita umat islam melayu merintih sedih melihat bosnia mati diganyang serbia.

peristiwa ini kita berlaku lagi... tak sampai 2000 km di utara tanah melayu. kita di sini bergaduh, mereka di sana mati.

mana pergi otak kita agaknya ?
tak sedar diri lagikah ?
pergi mati dengan saudara seislam kah ?
itu kau punya pasal lah kah ?

Thursday, February 27, 2014

ANTI HADIS : ARTIKEL TERBARU TUN M...

1.      Saya tahu tulisan saya ini tidak akan dibaca oleh orang yang menghukum saya sebagai anti-hadis. Orang lain juga akan dilarang membaca tulisan ini. Mereka yang menghukum saya takut kalau-kalau hukuman mereka dipersoal. Mereka hendak segala-gala yang diperkatakan oleh mereka diterima bulat-bulat sebagai fatwa yang wajib diterima seperti firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran.
2.      Orang yang benar, berani. Orang yang takut, takut kerana salah atau mungkin didapati salah.
3.      Memberi label dan mengecap orang apabila kita tidak bersetuju dengannya memanglah satu cara orang yang tidak sanggup berhujah. Terima sahajalah apa yang didakwa oleh mereka tanpa berfikir. Jangan guna akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kerana ini kononnya  dilarang oleh agama Islam.
4.      Saya sekarang dilabel, iaitu diberi gelaran atau dicap anti-hadis kerana kononnya saya sudah jadi penyokong Kassim Ahmad yang telah diberi gelaran yang sama.
5.      Saya juga diberitahu bahawa sebagai seorang yang tidak tahu bahasa Arab maka saya tidak berhak bercakap berkenaan agama Islam.
6.      Hari ini kita lihat ummat Islam berpecah, bermusuh sesama mereka, berperang dan membuat kerja orang Yahudi dan Nasrani. Siapakah yang membawa malapetaka ini kepada orang Islam dan Negara-negara mereka. Bukankah mereka fasih dalam bahasa Arab bahkan penasihat dan pemimpin mereka terpelajar dengan dalamnya ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis Nabi. Saya sendiri sering mendengar mereka dari kedua-dua belah, mengeluarkan ayat Quran dan hadis bagi menghalalkan perbuatan mereka.
7.      Ya, saya tak tahu bahasa Arab. Justeru itu saya terpaksa terima apa sahaja yang diajar kepada saya dalam bahasa Melayu sebagai ajaran Islam. Apakah kerana saya menerima Islam dalam bahasa Melayu maka ia bukan Islam. Apakah saya tidak Islam. Apakah lafaz dua kalimah syahadat oleh saya tidak boleh diterima.
8.      Selain dari khatam Quran semasa umur belasan tahun, saya baca terjemahan Quran dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Ya, memang terjemahan Quran bukan Quran. Tetapi bolehkah kita kata terjemahan ajaran Islam yang diajar kepada kita dalam bahasa Melayu bukan Islam? Jika apa yang disampaikan dlam bahasa Melayu berkenaan agama Islam bukan Islam, majoriti orang Melayu bukanlah Islam.
9.      Saya dan rakan-rakan saya pernah dihukum kafir kerana sebagai ahli parti tertentu telah bekerjasama dengan orang kafir. Tidak ada siapa yang fasih berbahasa Arab dan mendalami ajaran Islam yang mempertahankan saya apabila dituduh kafir. Mungkin sebabnya ialah mereka bersetuju saya kafir.
10.    Kemudian orang yang mengkafirkan saya bekerjasama dan berpeluk-peluk dengan orang kafir. Tetapi tidak ada orang yang mendalami agama Islam yang fasih berbahasa Arab mendakwa mereka ini kafir. Saya tertanya-tanya apakah kelebihan mereka? Apakah mereka maksum?
11.    Orang yang fasih berbahasa Arab dan mengenal diri sendiri  sebagai ulama Islam dan mursyid telah berkata ia sanggup bekerjasama dengan syaitan jika syaitan menyokongnya. Orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu larangan dalam Al-Quran terhadap bekerjasama dengan syaitan, tidak membuat tuduhan apa-apa, jauh sekali dari memberi apa-apa label kepadanya. Kenapa?
12.    Bukan sahaja orang Arab yang fasih bahasa Arab yang berpecah dan bermusuh sesama Islam, tetapi di Malaysia juga perpecahan berlaku apabila orang yang digelar ulama dan fasih dalam bahasa Arab memisahkan diri dan memecahkan perpaduan orang Islam kerana tidak dapat tempat di dunia, tidak dipilih jadi Yang Berhormat. Sehingga sekarang perpecahan ini berlaku. Maka lemahlah orang Islam dan terpaksalah mereka mengemis untuk mendapat sokongan orang bukan Islam. Maka berpeluk-peluklah mereka. Tidak ada ulama yang berkecuali yang mendesak supaya semua orang Islam bersatupadu dan bersaudara semula.
13.    Orang yang sama juga mendakwa bahawa Allah s.w.t. mencarut. Tiada siapa dari orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu secara mendalam ajaran Islam yang menyangkal dakwaan ini. Mungkin ada hadis yang berkata demikian. Saya belum jumpa. Sila tunjuk kepada saya hadis yang berkata Tuhan mencarut.
14.    Dalam ajaran Islam, ada yang wajib dan ada yang sunnat. Kita diberitahu yang sunnat boleh kita terima dan tunaikan tetapi tidaklah kita bersalah jika kita tidak tunaikan. Tetapi ada gesaan bahawa yang sunnat itu wajib dan mesti diterima dan diamalkan walaupun bercanggah dengan firman Tuhan dalam Al-Quran.

15.    Hadis adalah sunnah Nabi. Saya ingin tahu samada hadis wajib dan mesti diterima. Betulkan saya.
16.    Apa pula dengan orang yang utamakan hadis dari firman Allah s.w.t. yang terdapat dalam Al-Quran yang kita terima sebagai wahyu dari Allah s.w.t. Berkenaan dengan zina, apakah hukum yang terdapat dalam Al-Quran. Dan apakah yang terdapat dalam hadis. Yang manakah lebih utama, wahyu dan firman Allah s.w.t. atau hadis yang diriwayatkan oleh beberapa keturunan manusia biasa, yang dikaji, disah atau ditolak oleh pakar hadis yang juga manusia biasa 200 tahun kemudian. Salahkah jika kita pilih Al-Quran yang jelas dan satu yang tidak berbeza-beza dan oleh itu tidak merejam dan menembak mati dengan mesingun perempuan yang dituduh berzina.
17.    Bukankah Allah s.w.t. telah berpesan berpuluh kali bahawa “apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil”. Allah s.w.t. juga sebut sebagai tidak suka akan kezaliman.
18.    Apakah melabel iaitu menghukum seseorang selepas membaca akhbar atau mendengar lapuran T.V. mencerminkan keadilan yang dituntut dalam Islam. Apakah tanpa memberi peluang kepada yang tertuduh untuk mempertahankan diri, adil di sisi agama Islam. Apakah tanpa membincang dan membahas oleh badan yang dipertanggungjawabkan seperti mahkamah, yang terdiri dari orang yang tidak berkepentingan, adalah cara Islam mengadil.
19.    Kita lihat akan betapa buruknya keadaan umat Islam sekarang. Apakah ini kerana sudah ditakdirkan bahawa orang Islam akan ditindas dan agama Islam dihina.
20.    Tidakkah Allah s.w.t. berfirman dalam Al-Quran bahawa Allah tidak akan menukar nasib sesiapa jika ia tidak berusaha menukar nasibnya sendiri.

21.    Jika kita ingin menukar nasib dan kita berusaha sehingga terselamat diri kita, bolehkah kita kata ini bukan takdir, atau ini bertentangan dengan kehendak Allah s.w.t.
22.    Kita tahu adanya hadis yang sahih dan yang lemah Apabila hadis berbeza atau bertentangan dengan firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran, yang mana satukah yang kita harus terima? Jika kita pegang kepada Al-Quran, apakah ini salah.
23.    Apakah kita wajib terima apa saja yang disampaikan oleh orang yang berbahasa Arab yang mempelajari agama walaupun jelas bertentangan dengan ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis. Apakah kita mesti iktiraf siapa sahaja yang mendakwa dirinya sebagai ulama. Apakah semua ahli persatuan ulama benar-benar ulama.
24.    Amatlah merbahaya dan mengelirukan apabila sesiapa sahaja, hanya kerana fasih dalam bahasa Arab dan mendapat ijazah sarjana dalam bidang agama Islam, diberi gelaran ulama.
25.    Perpecahan umat Islam kepada berbagai mazhab adalah disebabkan oleh orang seperti ini. Pengikut mereka turun temurun bermusuh dan membunuh. Tidak ada toleransi di kalangan mereka sedangkan Al-Quran tidak suruh kita bermusuh walaupun dengan penganut agama lain, melainkan mereka bermusuh dengan kita. Kepada mereka agama mereka. Lemahnya umat Islam dan terhinanya agama Islam ialah kerana ajaran mereka yang tidak boleh ditegur, yang tuntut kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi hanya kepada mereka.
26.    Saya tahu bahawa jawapan kepada tulisan saya ini ialah saya anti-hadis, anti Al-Quran bahkan kafir.
27.    Saya tidak lama lagi akan pergi menemui Tuhan saya, Allah s.w.t. Saya akan diadili oleh Kadzi Rabbul Jalil. Saya tidak tahu apakah akan disahkan segala tuduhan terhadap saya atau tidak. Tetapi yang saya tahu dan yakin ialah pengadilan oleh Allah s.w.t. tetap adil. Dan saya terima apa sahaja hukum yang dijatuhkan ke atas saya.

Wednesday, February 26, 2014

PRK KAJANG : BESAR KEPALA.. ANWAR TAK KISAH KALAU PAS BOIKOT !


PRK KAJANG : KURANGKAN MAJORITI DIKIRA KEMENANGAN JUGA.


malam tadi pusing-pusing bandar kajang.
benda yang mula-mula aku nampak..
bangunan dong zhong.
sebelahnya kolej new era.

2 entiti ni punyai pengaruh dalam komuniti cina di kajang.
dulu macam tempurung, sekarang dah pandai mengugut.
ini resmi mereka.. faham tak maksud resmi ?

bila ada melayu penggadai, mereka zahirkan sokongan.
bila ada melayu sanggup menggadai, mereka membeli.
kemudian lepas membeli, mereka mengugut untuk taknak membeli.
yang menjual tadi pun terus menjual dan menjual.

BN tak perlu berkhayal untuk berhalunisasi menang.
fokuskan kepada MENGURANGKAN MAJORITI.
ini sudah dikira kemenangan juga untuk BN.

anwar semalam cuba menjadikan perjumpaannya dengan alumni ABIM supaya dilihat dia pro melayu.

tambah pulak dengan bantuan kempen mat taib, yang memang dikenali dulunya sebagai pro melayu.

anwar tahu kelompok penyokong dong zhong akan memberikan undi padanya. jadi untuk pertembungan ini dia perlu menang di kawasan PDM melayu. mesejnya supaya dia boleh menjaja yang melayu sudah kembali padanya..

umno mesti kerja keras. 

dalam list dah ada senarai pengundi. 

dalam list umno jugak ada senarai keahlian umno yang boleh mengundi. keluarkan mereka semaksima mungkin. 

 kempen keluar pas masuk umno ...dan keluar umno masuk pas ni dah terlalu low class kempennya. tak perlulah...bagitau mat maslan ya..

kempen kesedaran mengenai bahaya anwar dan dap  perlu ditekankan. fakta terlalu banyak, kena pandai godam sampai jammed kepala hotak melayu.

pengundi india..jangan dilupa.
pengundi cina kelabu, cuba-cuba lah.
makan besar ... tak payahlah.
sumbangan kepada dong zhong.. lain kalilah.
kepada masjid surau ..ini kali lah.
lambakkan kepada melayu dan india..semestinya lah..


MELAYU...ARTIKEL PEDAS ZAINI HASAN .


JIKA semua Melayu bersetuju, selepas ini tiada lagi tanda ‘bangsa’ atau ras dalam mana-mana borang rasmi di negara ini. Tiada lagi kotak tanda: Melayu, Cina, India dan Lain-Lain. Sebaliknya yang ada hanya Warganegara dan Bukan Warganegara. Puncanya kerana sekarang ini mahu sebut Melayu pun orang sudah takut dan fobia. Maka itu, perkataan itu perlu dipadam.

Cadangan itu disokong sendiri oleh seorang menteri Kabinet hasil desakan oleh badan-badan hak asasi manusia.

Jika dulu ada NGO yang diwujudkan untuk memansuhkan ISA (Abolish ISA), yang kemudiannya desakan mereka didengari kerajaan, tidak mustahil cadangan di atas pun akan diterima.

Lagi pun sudah ada suara-suara yang berani mempersoalkan asal-usul orang Melayu. Mereka dakwa Melayu pun kaum pendatang, mereka pun pendatang. Maka semua sama sahaja.

Betul juga, Melayu sekarang ini rata-rata nak cakap Melayu pun sudah malu. Nak baca dan kepit surat khabar Utusan Melayu pun malu. Apatah lagi anak-anak Melayu elit yang tak pernah belajar di sekolah rendah kebangsaan pun sudah ramai.

Jika Melayu bersetuju selepas ini maka kita kena akurlah juga dengan cadangan sebuah lagi NGO hak asasi manusia iaitu Comango.

Comango, Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process atau Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia ialah sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengemukakan laporan hak asasi manusia ke proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Difahamkan terdapat 13 usul akan dibentangkan oleh NGO Comango yang salah satunya ialah menuntut kebebasan LGBT di negara ini.

Berikut adalah di antara tuntutan Comango yang sudah pun diserahkan kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ‘United Nation Human Rights Council, (UNHRC) di Geneva:

* Menuntut supaya Malaysia menerima Hak SOGI (Sexual Orientation & Gender Identity). Maknanya menuntut supaya negara kita menghalalkan LGBT - iaitu amalan seks songsang!

* Mereka turut memberi tekanan untuk menghapuskan Seksyen 377A Kanun Keseksaan berhubung jenayah liwat. Di dalam tuntutan ini Comango turut tidak setuju pusat-pusat gay diserbu pihak berkuasa (maknanya mereka mahu gejala seperti itu berleluasa).

* Mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan mereka mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai "mengganggu hak peribadi".

* Membuat tuntutan yang mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama seperti membawa kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang masih belum diputuskan secara muktamad oleh mahkamah tertinggi di Malaysia - untuk dibicarakan di Geneva!

* Mereka juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran Syiah menyebarkan fahaman mereka di kalangan orang Islam. Dan juga isu hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur (juga dijadikan isu hak asasi manusia).

Oleh itu, jika orang Melayu beragama Islam bersetuju dengan itu semua, maka negara kita akan menjadi negara Islam pertama bersetuju dengan cadangan-cadangan itu.

Lagi pun tiada kedengaran pun sebuah parti yang menggunakan nama Islam di negara ini membantah atau "sanggup berbaring di atas jalan" untuk menghalangnya. Yang bising hanyalah NGO-NGO totok Melayu yang rasis. Yang lain-lain senyap sahaja.

Jika dikaji, tuntutan demi tuntutan itu dibuat oleh pihak liberal yang banyak berhaluankan parti yang diberi nama "pakatan rakyat".

Jika rakyat semua sudah berpakat maka tidak susahlah untuk mempersetujuinya.

Selain di atas, orang Melayu juga mungkin akan bersetuju dengan satu kumpulan pendesak meminta penghapusan dasar perlindungan kepentingan bumiputera dan tanah rizab Melayu serta kelonggaran kepada orang Islam untuk murtad.

Jika semua orang Melayu Islam bersetuju, maka Malaysia selepas ini akan dikenali sebagai negara yang paling liberal di muka bumi ini.

Tak apalah, lagipun orang Melayu di negara inilah yang sering dituduh paling rasis, paling perkauman. Orang lain tak begitu. Mereka baik. Mereka tidak pandang kaum.

Orang Melayu amat dibenci di negara ini, adakah kerana orang Melayulah yang paling banyak menguasai jawatan-jawatan penting di syarikat-syarikat milik bukan Melayu di negara ini? Atau juga kerana orang Melayulah yang menguasai kesemua gedung perniagaan di negara ini?

Adakah orang Melayu juga yang menguasai rantaian pengedaran barangan (supply chain) di negara ini? 

Adakah orang Melayu yang menguasai kartel dan monopoli perniagaan di negara ini? Kaum lain tak boleh masuk, kerana jika mereka masuk maka samseng-samseng akan digunakan untuk menghapuskan perniagaan mereka.

Pendek kata Melayulah yang menguasai kekayaan di negara ini. Maka itu, tidak timbul untuk mereka tidak bersetuju untuk menerima cadangan-cadangan di atas itu kerana mereka sudah senang dan mewah. Namun, adakah itu hakikatnya?

Jika bangsa Melayu masih menjadi bangsa yang asyik meminta-minta itu dan ini untuk hidup, apakah mereka sudah bersedia menerima kesemua tuntutan itu?

Yang pasti kekalutan kaum di negara ini semakin gawat. Sudah ramai orang sudah berani kurang ajar di negara ini. Yang hairannya mereka bebas bercakap apa sahaja.

Secara peribadi, saya cukup-cukup bimbang dengan perkembangan ini.

Atau mungkin orang Melayu sudah tidak peduli lagi, kerana bimbang akan dicap rasis?



© Utusan Melayu (M) Bhd 

PRK KAJANG : ANWAR NAK SELESAI MASALAH SOSIAL KAJANG... PAK AJI PAS KATA XXXX OFF !


SUMBER

Tuesday, February 25, 2014

'BELADI' STUPID DAN BODOH-ISME : PENYAKIT INI KEKAL SAMPAI MATI.


PRK KAJANG : SARANAN GAP KEPADA PENYOKONG DAN AHLI PAS KAJANG...INI KALI LAH !



cuba tanya ahli dan penyokong pas ..
tahu kah mereka..

bahawasanya IMEJ PAS ITU HANCUR KERANA ZINA POLITIK MEREKA DENGAN ANWAR ?

imej dan kredibel takde.
pendirian politik pas tak menguntungkan islam dan melayu.

dek kerana 3 perkara ini punca besar pas ditolak melayu.

strategi politik pas sebenarnya tak sehebat mana.

pas bertanding di kawasan pengundi melayu.
pkr bertanding di kawasan campuran.

jadi pada anwar, tak merugikan untuk beliau melelong segala hak islam dan melayu depan public, kerana yang akan menyokong partinya nanti terdiri daripada bukan islam.

manakala pas yang terpasung, terpaksa bermati-matian menjawap soalan demi soalan orang melayu yang tak puas hati dengan mainan pakatan...

JADI...

saranan aku kepada penyokong dan ahli pas kajang..

tunjukkan kepada masyarakat kuasa undi anda.
tolak anwar di kajang.
hanya dengan signal ini, maka ANWAR AKAN BISA HORMAT SEMULA PADA PAS !

amacam..
INI KALI LAH....

ISU HJ HADI DISAMAN 2 JUTA :EMAIL MAN KELULUT DARI NORWAY..

salam 
and ke hadapang pok di rusila kemamang..
moge sihak dan warah selalu wei..

nama ambo man..itu name samarang.
nama betul ambo jelani...wan jelani keluluk..
dulu orang kampung panggil ambo man kelulut...
kelulut sebeloh marang je..

ambo dah lame tinggal norway.
since 1984..lepah abih spm..
sejak ikang tongkol kurang kat kemamang..
ambo lari oslo...

ambo tubik kampung zamang mung cite pasal amanak rusila ..
abih ratah ruyup pokcik mokcik ambo mung punya amanak..
kacah bilau keluarga ambo pasal mung..

hey tamboh lagi si sepere ayoh pin..
natang beruk buat rosok akidah umat ganu je weiiii...

ambo dari norway email kat bloger gap..
pasal nak peringak mung pasal samang 2 jutang..

semalam..
pok  di dijatuhkan hukumang samang rm2 juta.
bab kifarah ni mung  jangang salahkan orang lain.
mung harus pahang makne kifarah.

mung dok gheti ke maksud kifarah ?
tobak pok di tobak..
mat saleh kabor admik..admit..ngaku ookkk..

mung pahang bahse inggeris dok ?
mung jangang tuding jari salah orang lain..
mung yang mule wat pitnah..

nape mung buat gitu di ?
tubikkan dari hati mung segala purba sangka.
molek sangka mung kena belajar..

ambo nasihak mung ...
lening elok mung pi ke laut..
kelulut kemamang maneng mung suka..
tenang pikirang.

jangang dok serabuk otok korok mung nak salahkang umno...
muhasabah dan tobak hadi...
insyaallah semua berehhhhhhh...

man kelulut...oslo norway.

satira politik aje ...

DAH TIBA GERAKKAN USAHA..MELAYU AMBIL BALIK !


bak kata bloger flying kick..
penang tu milik sultan kedah.
patutnya dah boleh difikirkan untuk DI AMBIL BALIK..
KLIK SINI

di johor pulak..
kerajaan negeri dah keluarkan cadangan..
untuk pertimbangkan semula caj air kepada singapura.
tak silap aku johor jual murah, singapura jual mahal.

zaman sekarang, selain emas ..air pun dah jadi emas.
2 perkara ni penting untuk digerakkan MASSA nya.

bak kata puntianak harum sundal malam..
pulangkannnnnnnnn semua milik akuuu !

Monday, February 24, 2014

PRK KAJANG : PENGUNDI MELAYU KAJANG TAHU TAK KIT SIANG ?


LAWOK : HJ HADI DAN PAS SARAWAK GESA SARAWAKIANS CONTOHI KEMAJUAN KELANTAN !


muahhahahahaha
tolonglah wei..
sampai ati ko nak putuskan urat kentut aku..
pas sarawak gesa rakyat sarawak CONTOHI KEMAJUAN KELANTAN...
muahahahhahahahaha

hj hadi pulak kata....


Presiden PAS, Hj Hadi Awang yang berucap dalam majlis yang sama mengakui rasa terkilan beliau melihat keadaan negeri Sarawak yang jauh ketinggalan. 


Menurut Hadi, sudah 60 tahun Sarawak merdeka, tapi tidak ada kemajuan dan perubahan. 



"Saya sedih melihat keadaan ini" kata Hj Hadi


gap kata...

udah udah la hj hadi wei... mung jadi ketua pah ganung apo mung buat wei ?

jadi mb tengganu satu penggal mung wat apa wei !

mung jangang jadi mat lebong oookkk !



KLIK SINI

Sunday, February 23, 2014

PRK KAJANG : KEMPEN BN TAK PERLU TURUN KAWASAN INI. BUANG MASA DAN KONPEM KENA TIPU !


jangan turunkan DANA.
jangan pandai-pandai kempen..
jangan masuk kawasan ini.
jangan nak cuba berbaik dengan kumpulan ini..

kawasan yang dimaksudkan adalah sekitar kolej new era.
kua kia soong antara penyongsang fakta utama peristiwa 13 mei.
dia merupakan bekas pengetua era kolej.

selain cuba memutar belitkan fakta 13 mei, cinabeng ini dah mula pertikai KEWAJARAN PERBELANJAAN ATM..

KOLEJ NEW ERA DAN KAWASAN DONG ZHONG BN TAK PERLU BUANG MASA BERKEMPEN..MEREKA NI ANTI MELAYU DAN TIADA SEMANGAT KEBANGSAAN.

KLIK SINI


harap NAJIB,TSMY,AHMAD MASLAN dll faham signal mereka.

TAK GUNA MASUK UNTUK PANCING UNDI.
TAK GUNA MASUK UNTUK CUBA BERBAIK-BAIK DENGAN KUMPULAN INI.

sasarkan kepada kelompok kelabu cina.
fokus utama melayu.
jangan lupa pengundi india..
kempen perlu bijak melihat kelompok !

Saturday, February 22, 2014

PRK KAJANG : PAS...KELDAI POLITIK TERBAIK UNTUK PKR.


melayu ni bangsa yang kemas budayanya.
nak marah atau menegur mereka menggunakan kias dan bidalan.
prk kajang dah diumumkan partisipan nya.

yang akan bawak bendera ahli pas.
yang bawak kempen ahli pas.
yang panjat tiang lampu ahli pas.
yang buat kempen rumah ke rumah ahli pas..

yang menang kerusi majoriti DUN pun parti pas..

tapi macamana pun pas dominan dalam pakatan, keputusan menentukan jawatan MB terletak pada pkr..

pas,  keldai politik terbaik untuk pkr..

Friday, February 21, 2014

GAP : KITA ADA MISI... AN AN AN !




 chew mei fun diumum calon BN untuk lawan malaun di prk kajang.
sebelum ini ada pandangan pelbagai mengenai keperluan BN meletakkan calon.

aku sekadar menyatakan pandangan peribadi.

namun atas dasar nak menangkan BN dah fokus kita mahu hapuskan anwar, maka keputusan demokrasi harus diakur ..

insyaallah kita akan membantu kempen BN sebaik mungkin.

fokus mengurangkan majoriti adalah sasaran.
menang dikira bonus..

BAB KATA JIJOE ROCK OOO...
'KITA ADA MISI... AN AN AN ' !

BILA BLOGER SEKOLAHKAN KASIM AHMAD..


terbaiklah....KLIK SINI

AKU BAGI PENAMPOR JUGAK KAT MUKA KO NYET !!!!


7 keutamaan kajang.
lebih kurang macam manifesto kajang...

ANTARA YANG PALING SADIS...

ANWAR... YA ANWAR... NAK SELESAIKAN MASALAH SOSIAL ! kah kah kah...

kau melampau nyet... stop laughing nyet ! kuang ajar ko...pemimpin dunia nak turun kajang nyet...dia nak selesaikan masalah sosial nyet !  bagi respek sikit nyet...