Friday, June 27, 2014

AKU SUKA AYAT POWER NI ....


Ekoran itu Abdullah Zaik menasihati MCA dan Gerakan bahawa sebagai parti gabungan dalam kerajaan, ia adalah satu kesilapan jika mereka memilih untuk menjadikan permusuhan terhadap Islam and keistimewaan Melayu sebagai modal untuk menarik balik undi masyarakat Cina”.


memang powerlah ayat...


TEKA..APA PEMBANGKANG BUAT MENJELANG SAAT-SAAT TERAKHIR IBLIS DIRANTAI ?


saat-saat terakhir sebelum iblis dirantai.
maka pembangkang segera lakukan fitnah..

kementerian kewangan TIDAK pernah meluluskan apa-apa juga lesen kasino baru kepada berjaya group/vincent tan .

malah MOF juga tidak pernah cadangan daripada berjaya mahupun pihak lain untuk lesen kasino baru.

ini jawapan balas tok mat maslan.


UMAT ISLAM BERSAMA IGP. JAKIM DIAM DAN PLAY SAFE ?


IGP kena pada satu kes yang bukan dalam bidang kuasanya.
IGP hanya melaksanakan arahan.

manakala keputusan diputuskan oleh pihak jurisdiksi atau kehakiman.

dalam kes mualaf bernama rizwan, jelas kedapatan pembangkang dan portal di sebelah sana dengan sengaja mengambil peluang untuk melanyak IGP depan belakang walaupun IGP dah berikan penjelasan yang paling mudah.

pihak polis bukan institusi yang menjatuhkan hukuman.

politiking tanpa ada fakta itulah yang dilakukan oleh pembangkang.

asal boleh kenakan IGP, maka spin perlu dilakukan.

asal libatkan IGP, ini masa nak rosakkan kredibiliti dan imej IGP.

isu mualaf rizwan dan anaknya amat mudah.

pertama

pada 29 oktober 2009 mahkamah syariah telah menyerahkan hak kepada rizwan untuk menjaga kedua anaknya.

kedua

pada 11 mac 2010, isteri beliau membawa kes ini ke mahkamah sivil dan dia menang.

arguement rizwan bila 2 keputusan ini berlaku adalah, dia lah yang pertama dari segi undang-undang mendapat kelayakan dalam hak penjagaan.

IGP keluarkan kenyataan.

polis bertindak mengikut perlembagaan. mengikut artikel 121 (a) mahkamah syariah dan sivil punyai taraf keputusan yang sama.

ikut akal logiknya, keputusan yang pertamalah sepatutnya dijadikan penyata awal keputusan.

isu ini pada hakikatnya bukan IGP yang sepatutnya dituju.

MANA PERGI JAKIM ?
MANA PERGI KENYATAAN MAHKAMAH SYARIAH ?

dikala segala pihak di sebelah sana menyerang habis keadaan, sepatutnya di kala ini lah jakim dan mahkamah sekali lagi wajib menegaskan kedudukan.

bukan diam membisu membiarkan IGP pula yang dilanyak kiri dan kanan. tak pasal-pasal IGP pulak yang kena.

saat ini ketegasan dalam berkeputusan adalah amat dialukan, lebih-lebih lagi apabila kita melihatkan keterujaan pihak di sebelah sana seronok mengganyang status quo islam/melayu .

hakikat di sini, IGP dalam kes ini laksana rock of gibraltar .
syabas IGP !

antara fungsi dan visi jakim adalah :

merangka dasar pembangunan hal ehwal islam di malaysia dan menjaga kesucian akidah dan ajaran islam.

dalam kes mualaf bernama rizwan, isu akidah jelas merupakan tajuk utama .

persoalannya, kenapa jakim tak bercakap mengenai kepentingan akidah anak rizwan selaras dengan keputusan awal mahkamah syariah ?

takkan standard jakim jaga bab logo halal je ?
malu lah macam ni...

Thursday, June 26, 2014

KENAPA PERKASA DESAK PENGERUSI PETRONAS LETAK JAWATAN ?


KLIK SINI

KETUA POLIS NEGARA DAN PERSATUAN PEGUAM SYARIE PERJELAS ISU RIZWAN ABDULLAH.


kenyataan persatuan peguam syarie.


Arahan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang mengarahkan polis Perak mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Ipoh supaya Muhd Ridzuan Abdullah memulangkan anaknya kepada M Indira Gandhi akan mengeruhkan lagi keadaan.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Tuan Musa Awang berkata, arahan IGP itu akan mengeruhkan lagi semula keadaan.
Dalam kes ini, terdapat dua perintah berkuasa yang sedang berjalan dengan sah.
“Perintah syariah boleh dikuatkuasakan, begitu juga dengan perintah sivil. Perintah IGP boleh dilaksanakan sekiranya sudah dipastikan perintah mahkamah mana yang berkuatkuasa. Jadi apa yang sepatutnya dilakukan ialah pihak berkuasa perlu mencari kaedah terbaik untuk menyelesaikan dua perintah yang bertindan itu,” ujarnya ketika dihubungi.
Pada 29 Oktober 2009, Mahkamah Syariah menyerahkan hak penjagaan tiga anak kepada Mohd Ridzuan. Namun pada Mac 11 2010, Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim mengarahkan hak penjagaan anak diberikan kepada Indira Ghandi.
Ujar Tuan Musa, di sini jelas bahawa keputusan Mahkamah Syariah masih berkuatkuasa. 
“Perkara 121 1A Perlembagaan Persekutuan menyebut kedudukan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah sama tarafnya. Ini bermakna Mahkamah Sivil sama skali tidak boleh mengatasi perkara-perkara dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah,” tegasnya.

ini pula kenyataan IGP.

Polis tetap dengan pendiriannya tidak akan menguatkuasakan perintah mahkamah syariah dan sivil berhubung dua kes perebutan anak di Perak dan Negeri Sembilan baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata faktanya masih jelas bahawa wujud perbezaan dalam perintah mahkamah ini.

"Tapi saya rasa orang ramai masih lagi tidak faham apa yang dimaksudkan konflik ini dan ada pula portal berita online ini yang melaporkan sebelah pihak sahaja menyebabkan timbul kekeliruan. Kedua-dua kes di Perak dan Negeri Sembilan mempunyai fakta yang sama. Kita mula dapat perintah mahkamah syariah yang mengarahkan polis memberi perlindungan kepada anak-anak ini yang diletakkan di bawah jagaan bapa.

"Kemudian kita dapat pula perintah mahkamah sivil untuk kita mengemukakan anak-anak ini dan menyerahkannya kepada ibunya. Jadi, nampak atau tidak konflik yang berlaku dalam kedua-dua perintah mahkamah ini yang menyebabkan polis dalam dilema, yang mana satu kita hendak kuat kuasakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Inovasi PDRM 2014 di sini, hari ini.

Katanya dalam perlembagaan, kedua-dua mahkamah ini bertaraf sama dan artikel 121(a) jelas menunjukkan bahawa mahkamah syariah tarafnya sama dengan mahkamah sivil.

Khalid berkata, oleh kerana perbezaan dalam kedua-dua perintah mahkamah ini maka polis berpendirian untuk berada di tengah-tengah.

ANWAR GESA POSTER INI DISEBARKAN..


CARA MCA TUNJUKKAN ADAB HORMAT PADA NAJIB.


kami akan terus kritik kerajaan .

ayat amaran ni ditujukan kepada kerajaan najib.

5 jam lepas dilantik menjadi menteri, ini buah penangan pertama tanda ucapan terima kasih mca pada najib.

pada permukaan, liow sebenarnya nak tunjuk pada public, dia garang..

inilah dia tanda hormat pertama mca kepada umno.
undi tak bagi, tapi sound tepek yang diberi.

kenapa tak fokus untuk kritik pembangkang ?

liow siap bagitau, mca akan terus kekal lantang sepertimana mereka tiada dalam kabinet.

zaman dr mahathir, cinabeng tak pernah angkat muka.

tahniah juga kepada wee ka siong, walaupun pernah ugut untuk bawak keluar mca dari BN, dia tetap masuk juga dalam senarai.

KLIK SINI


Wednesday, June 25, 2014

FORMULA 10 PERKARA ITU DILIHAT CUBA MELANGKAUI KUASA ENAKMEN DAN AKTA DALAM MALAYSIA !


mantap kupasan ilmiah ini.

formula 10 perkara yang diimplementasikan pada 2011 dilihat cuba melangkaui kuasa enakmen negeri dan akta parlimen.

Tuesday, June 24, 2014

RAMADHAN MENJELANG : INI PRODUK MUSLIM.





BILA KRISTUS SELALU GUNA ALASAN 10 PONT NAJIB .. !


sikit sikit 10 point..baca sampai habis.
KLIK SINI

KALAU BETULLAH CAKAP KAU NI YUKTES..


DRAF RUU : ADAKAH NAJIB TAHU KAREKTOR DAN LATAR BELAKANG MEREKA YANG TERLIBAT ?


draf RUU oleh MKPN, majlis peguam dan lain-lain.

mereka tak layak.
mereka tiada hak.
mereka otak liberal.
membahayakan islam,melayu dan institusi raja berperlembagaan.

draf RUU dilakukan secara awal oleh majlis peguam dan kemudiannya di endorse oleh hanya 3 ahli MKPN tanpa diberitahu kepada ahli MKPN yang lain.

draf RUU mengenepikan kedaulatan islam,melayu dan raja berperlembagaan.

selain bar council, yang terlibat dalam pemonopolian perbincangan isu draf RUU adalah NGO cap ayam yang anti establishment seperti proham dan global movement of moderates.

proham diketuai oleh kutubul zaman, yang pernah menuduh kerajaan BN melakukan gerrymandering aka politikal manipulasi dalam pru yang ke 13 dahulu.


manakala global movement of moderates pulak diketuai oleh ceo nya, saifudin abdullah. najib lantik mamat ni jadi ceo pada september 2013.

saifudin abdullah cukup dikenali sebagai individu yang sealiran pemikirannya dengan ambiga dan anwar ibrahim.

dia pernah mengkritik kerajaan kerana tidak adil dalam melayan rusuhan bersih .

siapa pernah lupa bahawa dia jugalah yang dilihat mengiktiraf pelajar yang menurunkan bendera umno di pwtc beberapa tahun lepas.

kenapa najib melantik golongan pemikiran di sebelah sana merupakan satu pertanyaan kerana mereka ini sudah tentunya tidak akan menyebelahi pandangan umat islam dan melayu dalam penggubalan draf RUU.

walaupun RUU masih di dalam bentuk draf, namun isi kandungan, motif dan siapa yang terlibat dalam perencanaan draf RUU ini seharusnyalah wajar diselidiki latar belakangnya terlebih dahulu.

islam pertama.
melayu kedua.
bersambung.

Monday, June 23, 2014

PERHATIKAN MUKA MALAON NI BETUL-BETUL..


ada nur tak di wajahnya ?

DESAKAN DAKWAT KEKAL DITUKAR KEPADA PARUT KEKAL.


muahahahahahaha
tak lama lagi mampos pkr ni..

KALIMAH ALLAH.. ALHAMDULILLAH KITA MENANG.



keputusan 4-3 memihak kepada kita.
syukur.
ini baru satu.
kita kena perbanyakkan lagi semangat kesedaran dan kebangkitan.

yang terlepas kita ambil balik.
yang ada kita pegang.

safeguards kepentingan kita.

DRAF RUU yang dicanang oleh MKPN ternyata satu lagi cabaran untuk umat islam.

MPKN ini wajib ditiadakan dalam pentadbiran kerajaan yang ditunjangi umno.

SEMOGA ALLAH SWT MEMBERIKAN KITA KEMENANGAN PAGI INI.


Saturday, June 21, 2014

KENAPA HARAKAHDAILY TUNJUKKAN KEBODOHAN RAFIZI ?



rafizi balun uitm.

kata rafizi, kaedah kontrak secara PFI tak menguntungkan kerajaan.

harakahdaily bengang dengan kenyataan tak habis sekolah rafizi..

jadi , harakahdaily keluarkan kenyataan rasmi uitm yang ajar rafizi makna PFI.

syabas harakahdaily, walaupun kau haprak namun untuk isu ini aku sokong sangat kau hentam rafizi..

KLIK SINI


Friday, June 20, 2014

KALIMAH ALLAH : KHAIRY AKAN KETUAI UMAT ISLAM PADA ISNIN DEPAN..


semoga kj tak berdolak dalik..


JIKA INI BERITA BENAR..ALLAHUAKBAR ! DRAF RUU TUMBANG ?


Alhamdulillah, cadangan untuk membentang Rang Undang-undang Harmoni yang sedang dihebohkan dan galak dipromosikan oleh golongan Liberal di bawah dokongan Majlis Peguam bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 [Akta No. 15] dikatakan tidak akan terlaksana.
Khabar yang yang menyebut bahawa daulat institusi Majlis Raja-raja terlebih dahulu dapat menghidu niat jahat puak-puak Liberal ini yang mahu akhirnya menukarkan Tanah Air kita menjadi sebuah Republik melalui RUU ini sebagai permulaannya.
Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah SWT yang telah memberi kekuatan dan keberanian Duli-duli Raja-raja Melayu bagi mempertahankan kedaulatan Tanah Air kita.

Pautan Asal :


http://akarimomar.wordpress.com/2014/06/19/ruu-harmoni-bakal-berkubur/

tahniah kepada semua yang mati-mati lawan DRAF RUU ni !

23JUN ( ISNIN DEPAN) PENENTUAN..SEBARKAN.


BILA KJ ULAS BAB AKIDAH . SHUT UP REALLY SHUT UP !


kata kj, bab penukaran agama kanak-kanak bawah 18 tahun tertakluk pada keputusan kabinet 2009 . sejak bila keputusan kabinet ni boleh MELANGKAUI PERLEMBAGAAN ?


KJ KATA....

Mengikut laporan Malaysiakini, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa keputusan Kabinet pada tahun 2009 masih lagi digunapakai – bahawa penukaran agama anak bawah umur secara sepihak tidak boleh dilakukan.

“Pendirian Kabinet, pada masa itu, seperti juga sekarang dalam isu hak jagaan dibangkitkan kerana penukaran agama. Kita perlu hormati agama asal ibu bapa berkenaan ketika mereka berkahwin,” katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun, isu bersabit perlembagaan persekutuan berhubung perkara ini masih dalam pertimbangan, katanya.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam yang berkata penukaran agama sepihak itu selari dengan peruntukan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

Jamil Khir dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat semalam, berkata Putrajaya juga tidak bercadang untuk meminda peruntukan undang-undang berkenaan penukaran agama Islam anak-anak berumur bawah 18 tahun.

PERLEMBAGAAN KATA...

Persetujuan bersama kedua-dua ibu dan bapa bukan keperluan untuk penukaran agama anak, sebaliknya persetujuan salah satu pihak memadai untuk menukar agama anak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Mengambil contoh kes Shamala Sathiyaseelan melawan Dr Jeyaganesh C Mogarajah dan Anor (2004), Jamil Khir berkata, Mahkamah Persekutuan memutuskan berdasarkan Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan, agama anak berumur di bawah 18 tahun boleh ditentukan oleh ibu atau bapa masing-masing.

“Berdasarkan keputusan kes ini, persetujuan salah satu pihak sahaja adalah memadai dalam penentuan agama seorang kanak-kanak kerana perkataan yang digunakan dalam Perkara 12(4) adalah ‘parent or guardian’, bukannya parents or guardian’ yang mana bermaksud ibu bapa atau penjaga,” katanya.


“Oleh itu semua pihak perlu tertakluk kepada undang-undang yang sedang berkuat kuasa memandangkan kerajaan belum meminda apa-apa peruntukan undang-undang,” katanya dalam jawapan itu.


KATA GAP..

kalau anak lelaki umur 10 tahun jika tak sembahyang pun disuruh rotan.. apatahlagi kalau islam bercakap bab akidah. baik kata kj ketum mahupun  perlembagaan....hakikatnya akidah anak islam mestilah terpelihara dan tak perlu ikut umur pun... ini baru betul !


mykmu

SYABAS TSMY ! I LIKE..


BLOGER DIN TURTLE.. GUA SUKA ARTIKEL LU.


KLIK SINI

Thursday, June 19, 2014

BILA HABIS BACA KENYATAAN NI..APA RASA KORANG ?


1. Telah selesai sesi sebutan pertuduhan ke atas Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman. Mahkamah Sesyen Kajang menetapkan 18 Julai untuk sebutan semula pertuduhan, pasport diserahkan kepada mahkamah dan wang ikat jamin sebanyak RM 5,000.00.

2. Ustaz Abdullah dituduh melakukan hasutan atas aduan kepada polis yang dilakukan terhadapnya oleh Lim Lip Eng, seorang ahli Parlimen DAP. Beberapa perkataan yang digunakan oleh Ustaz Abdullah seperti ‘Cina dan Inggeris penceroboh’ telah dijadikan alasan aduan tersebut.

3. Sebahagian rakan-rakan dari NGO lain menyokong Ustaz Abdullah atas kenyataannya. Manakala ada juga rakan-rakan dari sesetengah NGO yang menasihati agar Ustaz Abdullah dan ISMA berhati-hati agar tidak lagi mengucapkan apa-apa perkataan seperti penceroboh dan seumpamanya.
4. Adakah Ustaz Abdullah terpaksa berhadapan dengan proses mahkamah hari ini semata-mata kerana perkataan ‘penceroboh’? Adakah yang tersinggung itu Lim Lip Eng sahaja atau siapa sebenarnya di belakang beliau?
5. Ustaz Abdullah hanyalah seorang individu yang dihadapkan ke mahkamah mewakili umat Islam yang mempertahankan kedaulatan negara dan perlembagaannya. Lim Lip Eng adalah seorang ahli Parlimen DAP yang mewakili DAP dan sekutunya. Ini bukan pertembungan antara dua individu tetapi pertembungan antara peruntuh kontrak sosial dan perlembagaan melawan pihak yang mempertahankan perlembagaan dan kedudukan Islam Melayu.
6. Perkataan ‘penceroboh’ hanyalah alasan pertuduhan. Ustaz Abdullah, ISMA, PEMBELA dan lain-lain NGO Islam sebelum ini telah menentang agenda Evangelist, agenda golongan liberal, tuntutan IFC, tuntutan Comango dan lain-lain usaha DAP dan sekutunya untuk mengubah perlembagaan negara. Siri-siri penentangan terhadap agenda DAP itulah sebenarnya punca kenapa mereka berusaha mengheret Ustaz Abdullah ke mahkamah. Selepas Ustaz Abdullah akan ada mangsa seterusnya atas pertuduhan-pertuduhan yang mungkin berbeza pula.
7. Persoalan yang lebih penting dari semua di atas; penggerak NGO Islam, pemimpin parti politik orang Islam, tokoh masyarakat, cendekiawan Islam, golongan ulamak dan masyarakat Islam keseluruhannya …… di pihak manakah sepatutnya mereka?
Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Naib Presiden 1 ISMA

SOLIDARITI MELAYU UNTUK ABDULLAH ZAIK. GAP TURUT SERTA.


KLIK SINI

TS MUHYIDIN LETAK JAWATAN ? MELAYU GESA TS MUHYIDIN TIDAK MENGULANGI KESILAPAN DR MAHATHIR.!


cerita ts muhyidin letak jawatan dan kononnya nak rehat dari politik dah lama keluar.
bukan semalam.
bukan minggu lepas.

tapi tahun lepas.

alasan kononnya ts muhyidin nak berehat dan kembali bersama keluarga.

permintaan aku dan mungkin mewakili melayu lain... ts muhyidin tak perlulah letak jawatan. baik timbalan perdana menteri mahupun timbalan presiden umno.

isu di sini melayu masih memerlukan ketegasan ts muhyidin untuk lead melayu.

saat ini kita sedang melihat keseronokan pemimpin untuk lepas demi lepas tiang-tiang seri islam dan  melayu.

pas dah tak mampu diharap.
pkr haramjadah.

sekarang ini MCA dah mula memperlihatkan wajah imbasan ala dap mereka.

selain ugut nak keluaar BN waktu kes hudud, kini MCA senada dengan DAP dalam membantah pembinaan lapangan terbang baru di kedah.

saat ini melayu diasak luar dan dalam.

jangan diulangi kesilapan tun m yang 'terpaksa' lepas jawatan gara-gara kononnya beliau dibenci oleh melayu.

kesan kesilapan dr mahathir yang nak lepas jawatan itulah, YANG MEMUNGKINKAN SEGALA BEJAT YANG BERLAKU HARI INI...... TERJADI.

ts muhyidin diperlukan untuk meredakan kegusaran DRAF RUU yang ternyata mengulangi ide kehancoran malayan union.


dr mahathir telah tersilap bila dia menyebut akan lepas jawatan.

dek kerana silap itulah, kepelbagai dasar yang merugikan melayu telah berlaku.

Monday, June 16, 2014

I LIKE.


BUKAN ORANG KITA PUNYA PRODUK.



1973 SELANGOR HILANG TANAH. 2008 KITA HILANG 4 NEGERI. 2014 KITA BUANG TIANG HAK MELAYU .


berapa banyak lagi KITA nak hilangkan hak melayu demi nak puaskan kaum yang tak pernah kenal erti bersyukur ?

1973 selangor hilang tanah.
tanah itu bernama kuala lumpur.
2008 kita hilang 4 negeri.
2014 kita buang pula hampir semua tiang yang mempertahankan melayu.

selang setahun melayu bagi undi pada umno, melayu dihadiahkan dengan kepelbagaian lucutan yang menggugat hak.

isa dihapuskan.
eo dihapuskan.
draf RUU ternyata menghapuskan hak islam,raja-raja dan melayu.
semua ini dilakukan atas nama transformasi politik.


artikel ini memberi kisahan yang melibatkan pengorbanan besar terpaksa dilakukan oleh almarhum sultan selangor, sultan salahudin abdul aziz shah al-haj.

kisah ini  disembunyikan dari pengetahuan bangsa melayu. ini silap kita bangsa melayu, tidak berani untuk menyatakan perihal sejarah sebenar.


1 februari adalah hari wilayah. disambut setiap tahun penduduk wilayah kerana meraikan bandar kuala lumpur sebagai ibu kota negara.



sayangnya 1 februari 1973 tiada detail dan tak dihenyak punca ianya berlaku.


berapa ramai melayu yang tahu pasal 1 februari 1973 ?
 mana detailnya ?
 apa detailnya ?

 kenapa kuala lumpur dicampakkan keluar dari bumi selangor dek kerana mainan politik tidak diceritakan ?


ini silap kita.silap bangsa melayu dan silap pemimpin melayu. takut untuk berbicara mengenai kisah yang hak, yang benar,yang tersembunyi dari pengetahuan rakyat. kerana sikap sikap sebeginilah kita berjaya melahirkan umat buta sejarah !



1969 adalah pilihanraya paling panas dalam sejarah. 5 minggu kempen pilihanraya ini digunakan sepenuhnya oleh DAP,gerakan,pas,ppp (walaupun berlaianan idelogi) untuk menghentam dasar hak bangsa melayu.


artikel 153 ditaji bertubi kali. hak istimewa bangsa melayu,kuota,bahasa dll sudah dijamin dalam perjanjian kemerdekaan, perjanjian perlembagaan. namun ia diserang oleh bangsat-bangsat pembangkang atas nama malaysian malaysia.

kuala lumpur semasa dan hingga 1973 adalah merupakan daerah dalam negeri selangor.

beberapa kerusi parlimen di kuala lumpur tumbang. dun selangor telah seri 14-14. mca yang mempunyai 3 seat dun telah menarik diri keluar gabungan. hasil dan insiden seterusnya sudah kamu ketahui, 13 may.pasca 13 may mengundang bencana.

dato haron selaku menteri besar selangor dalam benak fikirannya berkata 'aku harus selamatkan bangsa melayu'. banyak kawasan baru diwujudkan. ampang,segambut,pandan,cheras,petaling jaya,subang,gombak,pudu,kepong disumbatkan dengan penempatan bangsa melayu.


tindakan ini dilakukan selepas berlakunya 13 may.

bangsa melayu dari negeri lain diberi kebebasan membeli hartanah di kawasan tersebut. rumah setinggan diberi TOL.



namun penguasaan dan kemaraan pembangkang di kerusi parlimen kawasan kuala lumpur bisa menjahanamkan kerusi DUN selangor dalam tempoh mendatang.


exco selangor ,suhaimi kamarudin bersama 2 pemikir umno iaitu wan mohd muhyidin wan nawang dan raja mohd mohd affandi raja halim telah mengadakan pertemuan. pertemuan ini halanya mahu menyelamatkan kerajaan sultan selangor.

rangka ide pertemuan bersejarah ini adalah getir. negeri selangor harus diselamatkan daripada perluasan pengaruh pembangkang.

suhaimi kamarudin,wan mohd muhyidin dan raja mohd afandi mencapai kata putus. keputusan ini cukup berat namun ia harus segera dilakukan. 


KUALA LUMPUR HARUS BERPISAH DARI BUMI SELANGOR !

mengikut maklumat , dato haron bersetuju dengan ide memilukan ini. lalu disampaikan kepada tun razak..tun razak terdiam seketika. ini melibatkan kedaulatan raja melayu, sultan salahudin abdul aziz shah. ini maruah baginda. tun razak perlahan berkata, bawalah perkara duka ini kepada kebawah baginda sultan. kuala lumpur daerah jajahan banginda.



pertemuan pertama dato haron dan baginda sultan membawa pilu. sultan bertitah. ' kuala lumpur adalah hak nenek moyang beta,tanahnya sangat berharga kerana itulah beta keberatan'. titah baginda sultan.


hati mana yang tidak pilu, jiwa mana yang tidak tenteram jika tanah jajahan baginda 'dirampas' dek kerana mainan politik pembangkang. ini hakikat. perkara 153 perlembagaan yang sedia maklum menjadi hak bangsa , dipermainkan dipersendakan dipersialkan.

namun dato haron punyai pandangan cukup jauh.

lebih baik hilang kuala lumpur daripada 'kita' hilang bumi selangor..sultan selangor termenung.

diwaktu pertemuan terakhir perbincangan itu, baginda tuanku termenung. merenung akan nasib bangsanya.

lalu baginda tuanku bertitah 'kalau untuk menyelamatkan bangsa melayu,datok buatlah apa yang patut'..air mata baginda tuanku bergenang..menitik satu per satu ke atas bahu baginda tuanku.

 saat itu cukup menyayat hati.dato haron yang keras itu pun hancur luluh hatinya melihatkan air mata tuanku.

1 februari 1973, kuala lumpur dipisahkan kedaulatannya dari bumi pemerintahan sultan selangor. bukan kerana dia ibu kota,tidak. tetapi kerana dia menjadi mangsa politik sialan pembangkang yang menang pilihanraya mei 1969 kerana bermain,mengugat,menghina artikel 153 !

pemimpin... 


berhentilah daripada menjadi pengamal politik yang lupa sejarah ! kita pernah hilang pusaka bangsa kerana mainan sialan politik yang sebegini.

hari ini mereka masih hidup, kit siang menjadi ahli parlimen pada tahun 1969. ketuanan rakyat,pas for all dan middle malaysian adalah kesinambungan dajal-dajal kecil menghancurkan kuasa sultan,kuasa bangsa melayu !


SOALAN..


kalau setakat pas dan pkr melayu yang menanggalkan hak aku tak ralat, pasal demi undi mereka sanggup buat apa sahaja.

tetapi kenapa pemimpin umno sendiri yang nak......


*nota*


-suhaimi kamarudin tewas 10 undi pada pemilihan ketua pemuda umno 1982 ditangan pengkhianat anwar ibrahim.


-suhaimi kamarudin adalah anak saudara datok haron