Tuesday, September 30, 2014

MAT BARUA KECAM PRESIDEN PAS..INI LIDAH BEWAK ARAHAN SIAPA KALAU BUKAN ???



ADUN PAS Saari Sungib berkata PAS kini meniti jalan yang yang bahaya apabila merasakan pihak lain tidak mempunyai hak untuk mentakrifkan perjuangan dan pandangan Islam selain daripada perspektif parti itu sendiri.

Walaupun telah dilabel "barua" oleh presidennya sendiri Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kini berdepan dengan tindakan disiplin, aktivis veteran ini berkongsi pandangannya dengan Malaysiakini ketika ditemui di sebuah acara hujung minggu lalu.

Saari mempunyai latar belakang yang menarik. Beliau pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kemudiannya menulis beberapa buku mengenai hak asasi manusia dan Islam. Malah beliau juga merupakan pengasas Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM).

ADUN Hulu Kelang ini turut menjadi mangsa 'kemarahan' Hadi kerana menginkari arahan parti dan menyebelahi PKR dan DAP ketika krisis menteri besar Selangor.

Insiden itu sekali lagi menunjukkan wujudnya pergeseran antara golongan ulama dan profesional yang ada di dalam PAS.

Mengimbas kembali, pada tahun 1982, Saari berkata, PAS pada ketika itu menganggap diri mereka sebagai satu-satunya badan atau jemaah politik Islam, manakala gerakan yang sama seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan JIM  dilihat sebagai entiti yang memecahbelahkan orang Islam.

"Sejak bertahun-tahun lamanya, PAS membina satu kefahaman, hanya dialah yang mempunyai dasar perjuangan Islam, berdasarkan Islam yang layak untuk menginterpretasikan serta mentafsirkan apa sahaja berdasarkan perspektif Islam dan yang lain tidak ada hak.

"Ini amat berbahaya," katanya.

Saari berkata, walaupun PAS telah wujud selama enam dekad, namun parti itu belum bersedia jika ia melibatkan kepelbagaian sudut pandangan.

13 OKTOBER : MELAYU AKAN TURUN MAHKAMAH SESYEN KAJANG SOKONG ABDULLAH ZAIK..






KLIK SINI

BSN BANTU JANA MALAYSIAKINI ??? HMMM PLAYSAFE KE


baca kupasan mantap bloger hebat parpukari..
kenapa BSN jana kempen malaysiakini yang siang malam hantam islam/melayu ?

KLIK SINI

LANGKAH UMNO AZMIN ALI : DATO BANDAR SHAH ALAM SUHAIMI SHAFIE ??


dalam lingkaran politik azmin ali, tatacara dan game plan politik yang sesuai dan bakal diamalkan oleh beliau adalah mengakui kaedah BN/UMNO dalam sistem politik pentadbiran adalah jalan terbaik.

instrumen politik dimasukkan dalam elemen pentadbiran kerajaan.

bukan apa, hanya memudahkan sistem kewangan berjalan lancar mengikut dasar politik.

dari situ juga, 'KEJAGAAN' politik dalam pentadbiran akan jadi lebih menyeluruh.

PILIHANRAYA PERBANDARAN KEMAHUAN DAP.

DAP sebelum ini jelas menentang status quo sistem pentadbiran dan perlantikan politik dalam pentadbiran perbandaran.

DAP mahukan sistem perlantikan anggota perbandaran hendaklah melalui kaedah undian terbuka, tanpa ada lantikan politik dan campurtangan politik.

jawatan dato bandar dan ahli majlis menjadi keutamaan sistem undian minat parti DAP.

kenapa DAP mahukan perlantikan anggota perbandaran melalui undian terbuka ?

supaya dasar percukaian, perlesenan dan perniagaan 'haram' dapat dihalalkan melalui sistem demokrasi sebegini.

perkara ini tidak mahu dilaksanakan oleh azmin ali.

azmin ali tetap mahu mengekalkan status quo kaedah lantikan jawatan dalam perbandaran.

supaya politik mempengaruhi sistem .

dikabarkan adun sri muda, suhaimi shafie bakal dilantik menjadi dato bandar shah alam ??!

umno pernah melakukan perkara yang sama tidak lama dahulu.

dato salamon pernah menjadi dato bandar sewaktu menjadi adun.

ini dilakukan sebagai ganjaran azmin terhadap suhaimi yang menjadi penyokong setia beliau sepanjang politik pakatan berlangsung.

azmin bakal menolak ahli majlis yang tidak sekepala dengannya.

azmin perlu mengukuhkan dan mencengkam sistem pentadbiran terlebih dahulu. membuang saki baki penyokong khalid ibrahim adalah perlu bagi melicinkan FLOW ..

azmin punyai TO DO LIST untuk 2 bulan pertama ini.

jelas, kaedah umno menjadi pilihan azmin ali dan nyata ia menongkah politik baru pakatan.

Saturday, September 27, 2014

SERANGAN PASMA TERHADAP PAS SUDAH MEMASUKI PERINGKAT PENDEDAHAN MAKLUMAT KRONISME ???


dakwa izham hashim ( YDP pas kelana jaya)  dalam ceramahnya pada 25 september lepas...

ada pimpinan pas pusat tidak mahu kalid ibrahim digantikan kerana mereka ada kepentingan peribadi dalam GLC di selangor.

dalam ceramah izham bersama saari sungib kempen PASMA menyerang pas sudah memasuki stage pembogelan secara terbuka..

sebenarnya, siapa pimpinan pas yang dimaksudkan oleh PASMA ni ?


mungkinkah ada kaitan dengan artikel ini...???




PAS SELANGOR SEBENARNYA BOLEH JADIKAN AZMIN MB TERSINGKAT DALAM SEJARAH.


ada dua perkara besar lepas muktamar.

pertama pas terus diserang pas. ya. bukan umno yang serang sebaliknya pas. PASMA yang semakin ligat menyerang pas akan mengadakan roadshow terbesarnya di trengganu.

tujuannya untuk mengotakkan ahli pas supaya toat pada pemikiran ketum.

kedua

saari sungib yang lompat parti ... tengok foto bawah lah.. sendiri paham dah.

manakala di selangor, pas selangor menafikan akan persetujuan pengurangan jumlah barisan exco sepertimana didakwa azmin .

inilah masalah parti pas.

suka membuat pendirian selepas keputusan di buat.

masalah ketidakyakinan pada diri sendiri inilah yang menjadi punca pas senantiasa di barua siyasi kan oleh anwar.

krisis ketidakyakinan pada diri sendiri telah memakan diri pas.

pepatah bersangka baik dalam politik seharusnya tidak dijadikan amalan oleh pas, lebih lebih lagi bila berdepan dengan ketum dan seketumnya.

azmin pada keputusan barisan exco jelas menampakkan niat nya untuk melemahkan pas dalam jangka masa panjang.

azmin juga telah berjaya meminimakan move pemain ABIM dan JIM dalam pkr.

artikel sebelum ini aku ada cakap bab rodziah ismail dari JIM yang dimatikan wataknya oleh azmin.

hari ini dalam utusan rodziah dah mula membidas azmin.

protes dalam pas sudah membiak, tapi sayangnya tak dikencangkan.

pas selangor sebenarnya boleh menjadikan MB tersingkat dalam sejarah.

sabotaj azmin dalam kesemua program ceramah.
sabotaj azmin dalam masjid dan surau.
ahli majlis pas mesti berani menongkah arus arahan azmin.
banyakkan operasi benteras maksiat, judi dalam selangor.
buat ceramah protes.
edar flyers masa solat jumaat pertikai pkr dan anwar.
bagitau semua ahli pas, punca haru biru adalah anwar.
kenapa hj hadi pulak yang disalahkan ?

agresifnes, cepat perlu dilakukan oleh pas.  mana pergi wibawa kamu sebagai parti yang lebih dominan dalam pembangkang jika dibandingkan dengan pkr ?


wei... takkan semua aku nak ajor ?



Friday, September 26, 2014

SIGNAL AMAT BAIK. AZMIN TETAP BERDARAH UMNO.

Pas dah kurang kerusi exco selangor.
Silap besar pas adalah gagal memahami induk otak bernama azmin ali.

Sejak 1999 hingga sekarang takkan pas tak boleh baca lenggok badan azmin ?

Malulah beb.

Azmin mengamalkan politik balas dendam.

Kenapa azmin tak lantik semula exco pengalaman dari pkr iaitu rodziah dan yakop sapari ?

Oh lupa...2 orang ini merupakan bekas penentang azmin sewaktu perebutan kerusi pkr zaman 2001.

Rodziah dari JIM dan yakop dari ABIM.

Dua orang ini tidak dilantik bagi mengurangkan risiko akan datang dalam parti.

Tu pasal elizabeth dilantik balik..eli dari no where land.. nik nazmi digunakan azmin untuk menghapuskan musuh dalaman azmin, chegu bad dan dot,dot,dot.

Pas...dikurangkan exco dengan tujuan untuk demoralisasikan semangat mereka di selangor.

Di kala pas tengah berpecah dua, selangor pas dimoralisasikan....maka fokus azmin untuk tumpu kerja makin kemas.

Umno selangor...hmmmm....masih menggunakan kaedah analog sedangkan orang lain dah pakai sistem android. Mereka perlu berubah kalau nak menang.

Tapi...ada cara sebenarnya nak tumbangkan azmin.

Ada cara  nak kacau fokus pakatan.

Sepatutnya di kala keadaan masih haru biru...kita patut mengharu birukan lagi pakatan, pkr dan pas.

Azmin tak sehebat mana pun. Dia ada darah umno dalam otak nya.

Dia akan hadapi masalah dengan politik kawan kawannya..

Thursday, September 25, 2014

BN MENANG..TKASIH BANYAK2 NIK AJIS.

Kerana doa keramat nik ajis , buat kesekian kalinya pas terus tumbang dalam pertembungannya dengan umno.

Mohon nik ajis siang malam mendoakan kehancoran parti umno, kerana yang berlaku selalunya terbalik.

Wednesday, September 24, 2014

MASIH TAK INSAF LAGI NIK AZIZ...TOBATLAH

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi mengetuai bacaan doa bersama ribuan pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor memohon kepada Allah agar memotong lidah dan membutakan mata Umno jika parti itu enggan berubah daripada cara tidak Islamiknya.

Mursyidul Am PAS itu memberitahu orang ramai yang hadir pada ceramah mega di Kampung Geting, Pengkalan Kubor, Umno dan PAS tidak dapat bertentang mata kerana parti yang berasaskan Melayu itu hanya mementingkan mengumpul kekayaan.

"Kepada orang ni, kita doa Tuhan buka hati dia, kesal buat benda-benda begini, sokong kedaulatan Islam," kata bekas menteri besar Kelantan itu di akhir ucapannya.

Atau Tuhan lipat balik (hatinya), biar Tuhan kerat lidah supaya tak leh kecek perkara tak sebenar, butakan mata dia supaya tak nampak apa-apa kecuali nampak bulan je Insya Allah."

Nik Aziz mengulangi perkataan itu dalam bahasa Arab secara perlahan-lahan dan diaminkan oleh para hadirin.  Rujuk di SINI

Monday, September 22, 2014

TABUNG HAJI KATA TIADA PELABORAN DI DETROIT.


Mantap TH.

Jawapan pantas dan segera dari TH ttg isu pelaboran di detroit telah dijawap.

Itulah yang rakyat mahu dengar. Responsif cepat bagi mengelakkan salah faham.

http://www.malaysianews-online.com/2014/09/tabung-haji-tiada-pelaboran-di-detroit.html

TERKINI..ANWAR KELUAR KENYATAAN AZMIN TAK BOLEH JADI MB !!!


http://www.malaysianews-online.com/2014/09/anwar-did-not-agree-to-azmin-being-mb.html

ISU TANAH REZAB MELAYU...INI KES PERLU DIBERI PERHATIAN SERIUS.

http://www.25tahunybk.blogspot.com/2014/09/isu-tanah-rezab-melayu-perlu-diberi.html

SYABAS PDRM..SENARAI MEREKA YANG DAH DIDAKWA (AKTA HASUTAN DLL) DAN LIHAT REAKSI GEMBIRA GENERASI AKAN DATANG...


1. Ali Abdul Jalil, activist (8 Sept 2014) dah didakwa dan ke dalam
2. Alvin Tan, blogger (18 Aug 2013) dah didakwa 
3. Vivian Lee, blogger (18 Aug 2013) dah didakwa
4. Azmi Sharom, law lecturer (2 Sept 2014) dah didakwa
5. Tian Chua, PKR Parliamentarian (1 March & 29 May 2013) dah didakwa
6. David Orok, politician Sabah Reform Party (3 Sept 2014) dah didakwa
7. Gopinath Jayaratnam, assistant engineer (19 June 2014) dah didakwa
8. Haris Ibrahim, Saya Anak Bangsa Malaysia (29 May 2013) dah didakwa
9. Hishamuddin Rais, activist (29 May 2013) bakal cabut luar negara
10. Khalid Samad, PAS Parliamentarian (26 Aug 2014) dah didakwa
11. Md Shuhaimi Shafie, PKR Adun (7 Feb 2011) dah didakwa
12. N. Surendran, PKR Parliamentarian (19 April & 28 Aug 2014) dah didakwa
13. R.S.N Rayer, DAP Adun (22 May & 27 August 2014) dah didakwa
14. Tamrin Ghafar, politician (29 May 2013) dah didakwa
15. Teresa Kok, DAP Parliamentarian (5 May 2014) dah didakwa
16. Wan Ji Wan Hussin, ustaz (10 Sept 2014) dah didakwa
17. adam adli... ke dalam 12 bulan
18. azmi sharom ..dah didakwa

19. viktor wong..dah kena bakal didakwa
PDRM DAH JALANKAN TUGASAN. KINI BOLA DI KAKI PEGUAM NEGARA

akan datang..penghasut sabah/sarawak keluar dari malaysia. 

di bawah adalah bakal wajah kegirangan anak-anak kita masa depan kerana keharmonian negara terpelihara sejak zaman mak bapak mereka lagi..




Saturday, September 20, 2014

ISU MB SELANGOR : DAH NAMPAK 2 JALAN..JALAN KE TIGA BUBAR !


tadi hj hadi menegaskan pas tetap nak ambik jawatan mb selangor kiranya dipilih sultan.

semalam, pkr tetap dengan pendirian mahu sepat kering.

kiranya hj hadi tak buat u turn, maka kerusi mb selangor terus menerus menjadi polemik yang terus menghancurkan pakatan..

jalan lain, bubar dun.

ISU PELABORAN TABUNG HADI DI DETROIT. MOHON PENJELASAN SEGERA TH ELAK SALAH FAHAM .


tun mahathir telah menegur pelaboran tabong haji di detroit yang mencecah pelaboran RM640 juta .

kecepatan dan eksekutif decision yang cepat memperbetulkan cerita atau salah faham perlu dilakukan segera.

aku respek bilamana kes soalan UPSR bocor, ts muhyidin segera mohon maaf dan PANTAS BERTINDAK dan memperbetulkan keadaan.

ini hebat ts muhyidin yang ada faham perlunya isu dijawap segera.. good job ts !

kecepatan gaya ts muhyidin ini wajar dicontohi pengurusan TH.

insyaallah blogers sedia membantu mem viral kan jawapan TH.

PAS SUDAH TIDAK BOLEH DISELAMATKAN LAGI : KEPADA PEMBAHAS, KENAPA TAK BALUN ANWAR, RAFIZI YANG MENJADI PUNCA MASALAH ?


ada banyak perkara yang sedang berlaku dalam muktamar pas di johor.

satu ianya dilakukan di johor dengan harapan pas mampu menghancurkan kubu kuat umno di negeri kelahiran umno, johor darul takzim.

signal dan motif pas lakukan muktamar di johor, tiada lain cuba untuk kapatilais atau mengoptimakan peluang untuk menarik sokongan rakyat johor menyokong pas.

niat tidak menjadi.
motif menjadi haru biru.
tenang sudah jadi kalam kelibut.
asal mahu melakukan psikologi psiwar, psiwar sudah jadi inner war.

INILAH MASALAH BILA PARTI TIADA BORN TACTICIAN !

pemuda pas sudah pecah dua.

sewaktu mat sabu berucap, hampir 60 perwakilan pemuda pas walk out.

semalam perbahasan pemuda, makin pecah dan haru biru menuju kepada berderai kaca.

ada pembahas mendoakan K.O kepada mat sabu.
pembahas yang sama mengganyang 2 puaka lompat parti sertai pkr.

ada pembahas menggesa pas menolak tawaran kerusi MB.
5 saat selepas gesaan tersebut, beliau merah padam mukanya di boo.

ada pembahas membalun balik do K.O yang dilontarkan.

muktamar pas dah jadi macam pemilihan pkr yang haru biru.

2 hari lepas mat sabu membelasah presiden parti dan dewan ulamak.
kemudian belasahan ini disanggah oleh nik abduh.

PERANG 2 KABILAH INI SUDAH TERBUKA, TIDAK BOLEH DIELAKKAN LAGI.

media sosial pro pas sudah gentayangan menyerang sesama sendiri.

rafizi, anwar dan saifudin nasution yang memulakan langkah gila menggoncang kerusi mb selangor , telah menyebabkan pas terpalit berpecah dua .

ini adalah cerminan kualiti parti pas.
apa yang berlaku adalah cerminan kualiti pkr.
yang penting, ini dia wajah cerminan kualiti politik pakatan.

pas berpecah bila pasma diwujudkan oleh pimpinan dalaman pas sendiri, yang tidak menyakini hala tuju parti yang ditunjangi hj hadi.

pasma juga adalah kumpulan ABU.. ASAL BUKAN ULAMAK dalam pas.

dalam keadaan 2 pihak menengakkan pendapat, ternyata mereka ini bodoh bodoh belaka.

KENAPA TAK SERANG ANWAR DAN RAFIZI YANG MENJADI PUNCA PERBALAHAN DALAMAN PAS ?

KENAPA HJ HADI YANG DISERANG ?

bukankah mereka yang mencatur langkah kajang ?


DALANG GULINGKAN PRESIDEN PAS OLEH KUMPULAN ABU ( ASAL BUKAN ULAMAK) DIKENALPASTI ??



KLIK SINI

Friday, September 19, 2014

PAS ADA ABU..ASAL BUKAN ULAMA ..


Pas sudah ada ABU
asal bukan ulamak
ABU
ABU
ABU
ABU
ASAL BUKAN ULAMAK

PAS ADA ABU...

DOA KO MAT SABU DIDEDANDANGKAN : PAS SUDAH TIDAK BOLEH DISELAMATKAN LAGI..



Seorang perwakilan di Muktamar PAS mengambil peluang dalam ucapannya untuk membacakan doa yang mengutuk pemimpin parti – termasuk timbalan presiden Mohamad Sabu dan dua ADUN parti itu di Selangor.

Dua ADUN yang disasarkan oleh wakil PAS Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin itu ialah Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Dua ADUN tersebut sebelum ini menyokong presiden PKR sebagai calon menteri besar Selangor yang baru dalam pengakuan berkanun mereka.

Dalam doanya sepanjang 25 minit itu, Azhari memanjatkan doa agar Mohamad Sabu tidak akan mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau juga berkata Saari dan Hasnul ibarat ejen perosak dalam parti itu, dengan memetik perumpamaan “nila setitik yang merosakkan susu sebelanga”.

“Sekarang kita ada dua nila – satu Cap Hulu Kelang dan satu Cap Morib, mereka nila yang sangat beracun,” katanya dalam doa itu sambil menadah tangan.

Doanya yang meleret-leret sehingga lebih 25 minit itu memaksa pengerusi tetap muktamar, Abu Kassim Abdullah mengulangi peringatan agar beliau menamatkan ucapan.

Ia turut menimbulkan kemarahan seorang perwakilan yang meluru ke pentas dan menuntut agar tindakan dikenakan ke atas Azhari.

PROTESTAN DALAM PAS TERUS KONSISTEN BALUN PAS ! PERANG BARU MULA DER..

SUMBER AIDC



Thursday, September 18, 2014

HJ HADI KATA PUAK DALAM PAS MABUK BAHALOL SIYASI..

Berucap ketika merasmikan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor hari ini, Hadi berkata, tahaluf yang dianjurkan mereka melalui kerjasama politik dalam pakatan pembangkang itu seharusnya digunakan untuk mengukuhkan parti.

"Tahaluf yang dilaksanakan ini mestilah memperkuatkan parti, dan bukan sebaliknya.

"Amat malang bagi kita sekiranya tahaluf ini menyebabkan ada pihak yang cuba melemahkan kita, kucar-kacirkan kita, sehingga ada yang pening dan mabuk lantaran sanggup berlawanan sesama sendiri," katanya dalam ucapan dasarnya.

Hadi berkata, menjalinkan kerjasama politik juga bukan bermakna PAS perlu menyerap ke dalam sistem parti lain dan meminggirkan matlamat perjuangan PAS.

"Kerjasama politik bukan bermakna kita menyerap masuk ke dalam sistem lain, atau parti lain, sehingga hilang prinsip dan jati diri kita, atau hanya menjadikan ukuran kemenangan semata-mata sebagai matlamat, sehingga menghilangkan dasar parti bagi pelaksanaan Islam," katanya.

Katanya, rakan tahaluf mereka tidak seharusnya mengkhianati PAS kerana parti itu sentiasa menjaga hubungan kerjasama mereka tanpa gagal.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tahaluf-siyasi-buat-ahli-pas-mabuk-bertelagah-sesama-sendiri-kata-hadi#sthash.FwQg3ZRC.dpuf

KEADAAN SUDAH TIDAK TERKAWAL. NIK ABDUH SERANG TIMBALAN PRESIDEN PAS !

http://www.malaysianews-online.com/2014/09/nik-abduh-sudah-mula-curiga-dengan-mat.html

Wednesday, September 17, 2014

SELEPAS MAT SABU DIMALUKAN..KINI GILIRAN HJ HADI DIGANYANG PUAK PROTESTAN PAS !


KLIK SINI

PERLUKAH PAS HANCOR...HANYA KERANA TAKSUB PADA ANWAR DAN DAP.


Dato haron din sudah memikirkan jalan nya...

BELASUNGKAWA : PAS SUDAH TIDAK BOLEH DISELAMATKAN LAGI.


inilah bahana bila parti politik memilih jalan politikal hatred untuk mendapatkan sokongan.

selama pas hidup, sokongan yang diperolehi mereka hanyalah kepada sandaran menanam kebencian sesama melayu.

inilah bahana bilamana idelogi matlamat menghalalkan cara mengusai hampir keseluruhan pemikiran pas.

hari ini pas sudah tidak boleh diselamatkan lagi.

pertembungan dua kabilah pas sudah bermula. sudah bergerak ke arah kehancuran.

hari ini kerana kurang rasional dalam berpolitik pas sudah jatuh..bukan sekadar masuk ke longkang, sebaliknya nun terperosok jauh ke dalam gaung yang dalam gelap. menggapai apa sahaja ranting dan dahan untuk berpaut, namun ia terus jatuh dan jatuh.

sejarah dewan bahasa dan pustaka bilamana arwah haron taib dan hj hadi melanggar presiden kini berulang.

cuma yang berbeza adalah konsep dan latar belakang cerita.

hari ini pas bergentayangan hancur kerana terdapat 2 pihak yang berlawanan arus, melanggar sesama sendiri dalam kelajuan melampaui had laju lebuh raya.

tindakan pemuda pas memboikot timbalan presiden yang menang dipilih muktamar merupakan indikasi dendam yang diterjemahkan dalam bentuk kelakukan.

tak boleh tahan, itulah signal jelas kumpulan pro hadi dalam mengajar kumpulan pimpinan pas yang berakidahkan idelogi pemikiran bapa kesesatan negara, anwar ibrahim.

kemampuan mereka untuk bertindak sebagai parti majoriti yang kuat di kalangan pakatan, gagal diterjemahkan bilamana hampir kesemua titik titik yang pernah mengangkat pas sebagai alternatif parti melayu dilacurkan satu persatu... kepada tuan mereka anwar dan dap.

politik memerlukan sokongan rakyat.

dalam kaedah politikal malaysia, pas memerlukan melayu untuk menang.

2013, pas menang bukan kerana majoriti melayu menyokongnya.

sebaliknya penggadaian skala besar pas lakukan dalam mengiakan keinginan dap dan agenda beng telah memungkinkan hampir semua pengundi yang anti hakikat kenegaraan, seberapa segera memangkah pas.

lemahnya sistem saraf pemikiran pimpinan pas memikir taktikal masa depan bangsa beng dalam mempergunakan mereka demi untuk menguasai segalanya kelak.

kenapa ahli dan pimpinan pas punyai sistem pemikiran yang lemah.


harakahdaily dan harakah terlalu banyak mengiklankan iklan seks sebagai bahan tarikan. masalah sangatkah punai ahli pas sampai keperluan ubat seks menjadi keutamaan menjana bahan bacaan parti politik yang kononnya islamik ?

( masturbasi boleh mendatangkan kesan serius dalam sel otak. ini kata pakar dan tiada kaitan dengan tujuan asal artikel aku ni )

kajian ilmiah akan kepentingan islam ,melayu dan tanah air dijadikan bahan lucuan politik hingga mereka sudah tidak merasa lagi terluka tiap kali islam,melayu dan negara dihina bukan sekali, tetapi ratusan kali.

apa yang berlaku hari ini , pas sudah tidak boleh diselamatkan lagi.

satu pihak mahu mengekalkan status quo, satu lagi mahu melanggar tabie.

tiada jalan ke dua. mereka sudah pergi terlalu jauh. ego besar pimpinan 2 kabilah pas ini hanya boleh diruntuhkan sekiranya salah satu pihak mati , kalah, KO, mati, kalah.

tiada jalan. no road and no jalan.

dalam hati ahli pas, mungkin dialog m zain, i dont know whether i'm going to the hell or heaven sudah berlegar.

3 penulis pro pas sudah berpecah. sayuti omar,sukby dan lutfi. ini signal kronik .

memilih antara survival politik atau menjadi terus bohsia politik, itulah dilema pas.

saat ini, protes dua pihak sudah mula diterjemahkan dalam forum rasmi. ini menarik. makin menarik bilamana mat sabu secara terbuka semalam memberitahu tiada salah untuk menganggotai NGO yang pro pakatan... bukankah itu ditujukan kepada kumpulan protestan dalam pas yang dikenali sebagai pasma ?

bukankah itu signal mat sabu untuk mengarahkan balacinya untuk segera melanggar hadi dan konconya ?

tiada jalan lain.

satu pihak perlu menghapuskan satu pihak lain.
tiada jalan lain.
no jalan.
no road.

hanya itu sahaja yang mampu menyelamatkan satu kabilah untuk meneruskan idelogi yang diyakini benar.



VIDEO HOT MAT SABU KENA BOIKOT DENGAN PEMUDA PAS LAMA ! PASMA BILA NAK BALUN PAS LAMA ?

Monday, September 15, 2014

PAS KONTANG IDE.

TUMPAT - Pas dilihat semakin ketandusan ideologi dengan memainkan isu ketokohan agama calon sebagai modal berpolitik pada PRK Pengkalan Kubor, kali ini.

Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, tindakan tersebut juga dilihat sebagai memperlekehkan gelaran ustaz kepada calon BN, Mat Razi Mat Ail.

"Ini bukan satu isu pun, apa yang penting calon BN sendiri tidak pernah mendakwa mendakwa dirinya ustaz, beliau (Mat Razi) buka madrasah dan sebab itu dipanggil masyarakat sekeliling sebagai ustaz.

"Artis-artis yang masuk Pas juga digelar ustaz dan ustazah, tidak ada siapa pun nak mempertikaikannya,maka ia bukan isu pun sebenarnya," katanya kepada media di sini, hari ini.

Beliau mengulas isu Pas mempertikaikan gelaran 'ustaz' yang dipanggil kepada Mat Razi walaupun calon BN itu memiliki pondok agama sendiri sebelum ini.

Menurutnya, panggilan ustaz yang merujuk kepada maksud guru,tuan,ketua ataupun profesor di negara-negara Arab itu tidak sepatutnya dipolemikkan pembangkang.

Beliau berkata, pembangkang kini dilihat lebih beremosi dan ketandusan ideologi sehingga menimbulkan isu-isu yang tidak sepatutnya membelenggu pemikiran masyarakat.

"Ini semata-mata mahu membunuh karektor calon BN, cara Islam yang sepatutnya ialah bersaing secara sihat dan bukannya mengkritik gelaran itu," katanya.

Fathul berkata, kenyataan itu agak memalukan apabila ia didakwa dari Pas sedangkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sebelum ini menyebut syarat menjadi menteri besar tidak semestinya seorang ulama.

"Kalau  dari parti selain Pas, saya tidak kisah, tetapi apabila dari sahabat-sahabat kalangan Pas,  ia sangat memalukan," katanya.

Sumber: http://goo.gl/RAZohZ

PASMA MAHU PASLAMA KALAH DI PENGKALAN KUBOR ????

http://www.anwaraidc.com/?p=49884

CHEGU BAD PALA BANA.JAWAP SOALAN NI DULU


http://medan-info-kita.blogspot.com/2014/09/chegubard-tak-payah-dedah-pasal-azmin_15.html

Friday, September 12, 2014

PASMA TERUK DIBALUN PAS !!!! HANCOR HANCOR


http://azlantaib.blogspot.com/2014/09/mujahid-phahrolrazi-malu-besar-veteran.html

PENGKALAN KUBOR DAN MUKTAMAR PAS DI JOHOR MEDAN 2 KUMPULAN PAS TIKAM MENIKAM ???


muktamar pas minggu depan akan berlangsung di johor.
prk pengkalan kubor akan berlangsung selepas itu.

2 perkara ini bakal dijadikan medan untuk ganyang mahupun sabotaj 2 kumpulan pas yang semakin teruk berpecah.

satu kumpulan pas berotakkan filosopi ketum.
satu lagi dulunya pro ketum, kini anti ketum.

muktamar pas bakal memperlihatkan kumpulan mana yang akan dominan untuk ganyang puak lagi satu.

manakala prk pengkalan kubor, jika pas kalah maka ianya akan menjadi bahan momokan kumpulan ketum untuk mempengaruhi dan memperlihatkan kepada ahli pas, tindakan hj hadi dan kumpulannya adalah salah.

360 darjah, pusing ikut mana pun pas tetap akan hancur.

kalau aku kata majoriti ahli pas ni kurang cerdik boleh tak ?

apasallah ANWAR PUNYA TAIK, KORANG PULAK YANG BERPECAH ???




Thursday, September 11, 2014

PAS TERUS BERGOLAK : HUSAM DIGESA LETAK JAWATAN OLEH KUMPULAN PAS !



Pergolakan dalam PAS berkaitan krisis jawatan menteri besar Selangor berterusan apabila seorang ketua Pemuda PAS hari ini membidas Naib Presiden, Datuk Husam Musa yang didakwanya tidak sehaluan dengan pendirian Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Ketua Pemuda PAS Sekijang, Shazni Munir Ithnin  mendakwa bahawa umummengetahui bahawa Husam dan rakan-rakannya dalam Jawatankuasa Pusat PAS tidak bersetuju dengan keputusan Hadi untuk meletakkan lebih daripada satu nama sebagai calon menteri besar Selangor 

Oleh itu, beliau menggesa Husam agar tidak berkias-kias dalam membangkang keputusan presiden PAS itu. 

"Husam perlu menyatakan protes terhadap keputusan tersebut secara terbuka," kata Shazni yang juga eksekutif komunikas menteri besar Selangor dalam satu kenyataan hari ini. 

"Ahli-ahli sudah sedia maklum pendirian presiden, dan tidak kurang yang menyokong," katanya sambil mendakwa hanya Husam dan rakan-rakannya masih berlapik-lapik kononnya ingin menjaga survival politik. 

Menurut Shazni, budaya demikian tidak sihat kerana ia ibarat "anai-anai yang makan senyap-senyap". 

Katanya, jika Husam merasakan presiden sudah tidak layak memimpin parti, maka beliau seharusnya mengusulkan undi tidak percaya terhadap presiden parti. 

Tetapi jika Husam merasakan sokongannya tidak cukup, tegas Shazni LAGI, maka Husam dan rakan-rakannya perlu meletakkan jawatan sebagai isyarat menegakkan pendirian mereka yang dirasakan betul. 

Menurutnya, jika Husam masih tetap tidak bersetuju, beliau hanya ada dua pilihan - melakukan usul undi tidak percaya atau meletak jawatan. 

"Jika kedua-dua ini pun Husam dan rakan-rakan tidak lakukan, sebaliknya terus bersikap seperti anai-anai yang ‘makan senyap-senyap’, lebih baik beliau bersetuju sahaja dengan presiden parti," tegasnya lagi.

HUKUMAN AKTA HASUTAN GANTUNG SAMPAI MATI ? KORANG SETUJU TAK ?GAP OK.

Aktivis pro-Akta Hasutan, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata undang-undang tersebut sepatutnya diperketatkan lagi dengan memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Beliau yang kini mengusahakan satu NGO baru dengan nama Malaysia Mempertahankan Akta Hasutan berkata beliau akan menjalankan kempen untuk mendapatkan sokongan agar akta tersebut dikekalkan.

"Akta hasutan telah menangkap dan memenjarakan mereka yang jahat mulut yang hasut rakyat sejak tahun 1948.

"Akta ini baik, kenapa nak hapus pula? Sepatutnya dikekalkan dan diketatkan lagi. Patut diletakkan hukuman gantung sampai mati kalau hasut lebih daripada tiga kali," katanya.

Peguam itu berkata, bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan akan melancarkan kempen tersebut esok.

Hasil daripada petisyen itu akan dijadikan satu memorandum yang akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong serta perdana menteri.

"Kita akan buat kempen ini secara fizikal dan maya. Kita akan buat jelajah bagi memberi penerangan tentang akta ini dan kumpul tanda tangan.

"Selepas itu kita akan serahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri. Tempoh masa kita ialah sehingga Parlimen bersidang. Masa itu kita akan serah (memorandum)," katanya lagi.