Monday, June 29, 2009

TEGURAN UNTUK UMNO : TERUS TIDOR ATAU BANGKIT DAN LAWAN

aku membaca artikel bloger warisan 2057. dia ni senior aku di sekolah tinggi klang dulu dan nampaknya persepsi aku dan pandangan dia serta pandangan kebanyakan bloger hampir sama, umno terlalu tido,terlalu defensif . tiada langsung tanda-tanda mahu bangkit dari lena.

kumpulan bloger sudah menyerang, adakala sampai calar balar demi pertahankan maruah islam dan melayu. umno dilihat masih ber retorika fantasia bulan madu. bangkitlah wahai pimpinan umno,MT,wanita,pemuda dan puteri..

masa sekarang masa untuk menyerang wahai umno ku sekalian !

12 comments:

Wong Pencen said...

Saya setuju bila UMNO dikatakan masih tidur lena. Tidak ada tanda mahu bangkit dari lena.

Namun saya juga ingin berkongsi pandangan seorang rakan yang juga bersekolah di Klang satu masa dahulu. Bukan di Sekolah Tinggi Klang tetapi di STAR Klang.

Dia mengatakan, bukan UMNO tidak mahu bangun dari lena tetapi TIDAK TAHU bagaimana. Dia mengandaikan UMNO seperti seorang yang dahulunya kaya raya. Segala keperluan rumah diuruskan oleh orang lain seperti pembantu rumah, pemandu dan tukang kebun.

Apabila tiba-tiba jatuh miskin, gas memasak habis pun tak tahu nak beli di mana.

jiwa dan raga said...

pernah dengar ESQ 165. . kursus 3hari padat. aku gelar dia Kursus of the year. yg pro melayu pro islam ini kursus mengegar jiwa dan raga!! sapa ada duit byk tak tahu kursus apa utk orgnisasi.. ini jwb akhir.. hantar sorang dulu..tanya 'rasa' kalu puas hati. baru hantar 1 batalion..

Cheguman said...

Bro,
Mulanya aku rasa camtu jugak. namun bila aku tengok beberapa program yang sedang diatur oleh Najib, aku dah mula nampak strategi untuk mengukuhkan UMNO dan mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap BN sedang dilaksanakan. Setiap satunya sedang mengikut jadual sekarang.

Ingat lagi kata Mukhriz? UMNO akan lakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan sebelum ini dan tidak dijangka oleh musuh-musuhnya.

Ketenangan Najib menghadapi setiap isu dan tohmahan menyakinkan aku bahawa segalanya sedang berjalan dengan baik.

GAP jangan buat-buat tak tau... he he...

TAAVEEKUN PERAK said...

Taktahu pulak UMNO sdg tggu ape.Bloggers sudah naik tocang.Come on lah wahai pemimpin2 UMNO.Kita bergerak bersama senada dan seirama.

pisau said...

tidoq lama sangat sampai susah nak bangun,mimpi basah banyak sangat

Anonymous said...

takpa GAP. harap2 umno sedar. kita harus teruskan tugas kita!

RBF Online said...

bravo gap !

setuju 100 %

Cucu Tok Selampit said...

GAP, saya berharap kita tersilap. Mungkin UMNO sedang melakukan sesuatu yang kita tidak tahu. Rakan-rakan bloggers, teruskan perjuangan tanpa rasa jemu untuk Agama, Bangsa dan Tanahair.

Sulhairil Hafiz Bin Haji Sulaiman said...

Salam

Saya sangat setuju dengan GAP...maaf cakap, orang UMNO amat marah apabila pengundi di saluran 4 & 5 banyak berpaling kepada pembangkang tetapi persoalannya apakah yang pemuda & puteri UMNO buat dengan pengudi muda tidak rapat, dengan mahasiswa buat tidak tahu ini amat berbeza dengan PAS & PKR yang amat rapat dengan mahasiswa. mungkin pemuda & puteri UMNO lebih selesa dengan kedudukan situasi politik pada hari ini....maaf jika keterlaluan tapi itulah hakikatnya...patut la Ketua Penerangan UMNO menyatakan kebanyakkan penerangan UMNO tidak bergerak dan ini amat berbeza dengan PAS & DAP...hai PENERANGAN, PEMUDA & PUTERI UMNO BERUBAHLAH DEMI AGAMA, BANGSA & NEGARA.

AKU SAYANG MELAYU ISLAM

dedak said...

mari kkita sokong perjuangan saiful...aik tapi dubur takde kesan tusukkan pun????mustaahilll...!!!!

GAP KEMBALI said...

wong pencen
satu kiasan yang tepat.umno kena pantas untuk bergerak.

cheguman
aisey..strategi yang dimaksudkan tu macam yang ahmad maslan cakap tu ke, 6000 ketua penerangan tido ? betul hebat tu.

cucu tok selampit
kalau kita betul amacam ?

suhairil
tak perlu reserve kan komen.berkata benar walaupun pahit. 2 tahun menuju election adalah satu masa yang singkat..anda jujur dalam penilaian

shape up or ship out

anakbukithijau said...

Aku amat bersetuju dan menyeru agar UMNO di bawah pimpinan baru yang ada sekarang ini, mengubah halatuju perjuangan dengan bertindak aggresif, menyerang dan tidak lagi sekadar berkubu dalam kawasan selamat. Percayalah rakyat umumnya sudah berubah. Rakyat Melayu dan Islam sangat-sangat mengharapkan perubahan sikap UMNO.

Tidak ada parti politik lain yang benar-benar berjuang untuk agama dan bangsa. Hanya UMNO yang mampu lakukan. Hanya UMNO menjadi harapan kita. Tapi kami tidak mahu pemimpin-pemimpin UMNO sendiri. Kami mahu tindakan berani dari UMNO bukan sekadar cakap; UMNO perlu cipta sejarah kedua bangsa dan agama melalui tindakan betul,jujur dan ikhlas, seperti yang dilakukan pada tahun 1946…….

Kami sudah hilang kepercayaan terhadap pemimpin-pemimpin Melayu yang menganggotai pakatan pembangkang. Walaupun UMNO telah banyak membuat kesalahan dan kesilapan kami percaya UMNO mampu menebus segala kelemahan itu; bersama kami rakyat terbanyak UMNO pasti dapat mengubah keadaan.

Ayuh putera dan puteri bangsaku. Bangunlah segera sebelum terlambat. Kami sedang menunggu dengan penuh harapan, demi mengembalikan kegemilangan agama dan bangsa. Bangunah dari tidurmu…………