Friday, November 20, 2009

TAHNIAH ANAK BANGSA KU !

aku membelek akhbar.tengok wajah-wajah riang anak bangsa aku yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam exam UPSR...aku tak berapa hairan sangat dengan prestasi anak-anak bangsa aku yang duduk di bandar, cuma tumpuan aku agak kaget dan tersentap bila ada cerita sedih disebalik kejayaan mereka di luar bandar.

gambar kat atas aku amik kat utusan. cerita kejayaan anak bangsa aku ummu aiman yang berjaya daapt 5A dalam upsr. back gorund dia dari kalangan keluarga susah. bapanya hanya mengambil upah menyulam anak padi di bendang.

gambar ke dua, muhammad nabil yang cacat kaki kirinya jugak berjaya dalam exam UPSR.

aku membelek akhbar utusan mukasurat 14 dan 15.

di muka surat 14 ada gambar cukup menyayat hati. gambar anak bangsa aku bernama muhammad zikri mohd yunan yang menziarahi kubur bondanya sambil membawa slip keputusan 5A upsr nya... gambar tu kata budak bertuah ini ada di melaka. aku tak mampu nak cakap apa-apa lah bila aku tengok adik zikri melutut di pusara bondanya ..aku yakin dia nak bagitau bondanya bahawa dia mendapat 5a !..ya allah rasa sedih dihati..aku mintalah agar ali rustam memberikan biasiswa penuh kepada adik zikri ni..jagalah kos pembelajaran dia,letakkan dia kat mana-mana MRSM .

muka surat 15 lagi syahdu..adik izzati di ipoh perak mendapat 5a tetapi sekadar melihat keputusan examnya di papan kenyataan sekolah. pasal apa ? pasal mak bapak dia ada berhutang RM57 yuran tahunan sekolah. dek kerana RM57 inilah adik izati tak dapat PEGANG SLIP sepertimana rakan-rakan yang lain..

dr zambry dll pemimpin umno dari negeri yang aku sebutkan... kau tahu apa yang perlu kau lakukan ! korang tengok sendirilah cerita anak-anak bangsa kita yang hebat ini dalam akhbar utusan hari ini..ini lambang cekal,lambang gigih anak melayu !

aku doakan seluruh anak bangsaku berjaya di dunia dan akhirat ! amin

18 comments:

kudabesi said...

bila kadang2 budi bicara dilupakan

kalau betol dia tak mampu, patut yuran sekolah tu PIBG settle kan jer

payah2 suh jer YB bayarkan, tak banyak pun..bayar bill telepon lagi mahal

rizuan mh said...

terima kasih GAP untuk postin ni..benar2 buat saya terdiam sekejap dan tgk blk sejarah hidup anak2 kg mcm saya ni..banyak yg belum berubah wlupun cerita kejayaannya hampir sama dan meningkat setiap tahun..masih ramai yng belum sempurna pembelajaran mereka tp semangat dan ilitizam tak pernah berbatas..semoga pemimpin-pemimpin kita hari ni tak kira apa parti pun lebih dekat dgn rakyat masing-masing.tak guna kalau anak bini YB-YB senang lenang dan gemuk sihat walafiat tp di bawah sana masih ada rakyat yg terus dihimpit kesusahan..bukannya mereka tidak berusaha. tp usaha mereka masih belum cukup..dlm ketidakcukupan itu ternyata mereka masih boleh menggapai impian..alangkah baik kalau usaha mereka dibantu agar impian-impian yg mereka ada itu direalisasikan seperti kejayaan anak-anak ini.dahulu saya juga seperti ni..terpaksa menolak tawaran-tawaran SBP kerana belum kecukupan.syukur ibu bapa lebih cekal dan tak harapkan bantuan sgt. Alhamdulillah, tak kira susah mcm mana pun kalau semangat dan iltizam kuat, cabaran pasti boleh digugahi. Saya percaya masih ramai lg yg punya kisah yg lebih menyayat hati tetapi mereka sudah jd org besar sekarang.

King-Fx said...

Lambang kehebatan Anak Melayu dan Sekolah KEBANGSAAN. Jadi, kenapa perlunya SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN?

Kelopak Salak said...

Coretan saudara membuatkan saya terpaku seketika. Alangkah hebatnya anak-anak yang mendapat 5A dari kalangan keluarga yang berada, lagi hebat jika dari keluarga yang kurang berkemampuan seperti adik Izzati tadi, syabas semua.

Sesungguhnya adik-adik semualah bakal pemimpin negara di masa hadapan. Saya sangat menyokong tulisan saudara rizuan mh. Ada kebenarannya tulisan beliau.

Satu sahaja kemusykilan saya, bagaimana pula dengan adik-adik kita yang banyak menyumbang tenaga dalam bidang sukan. Mungkin nasib mereka tidak sehebat kawan-kawan mereka yang cemerlang 5A tadi, dek kerana banyak komitmen terhadap sukan. Adakah sedikit ruang buat mereka di SBP, selain dari di Sekolah Sukan Bukit Jalil? Mana yang lebih baik, dapat 4 atau 3A, tetapi aktif dalam sukan atau kemasyarakatan berbanding dengan mereka yang mendapat 5A, tetapi dari golongan ulat buku?

Anonymous said...

57 ringgit bukanlah satu nilai yang besar pada hari ini...

sebelum kita salahkan UMNO atau sesiapa.. kita perlu faham.. ada masanya kita harus bangun sendiri..

kaji lah dulu.. ada orang yang hari ini mengadu pada kerajaan..yang mereka susah nak hidup di negara sendiri., Tapi ada duit untuk beli rokok 1 kotak sehari..

orang susah perlu kita bantu.. tapi susah sangat ke ?

sedih masih ada melayu yang mengemis di tanah sendiri?? salah siapa ye?? kerajaan? sendiri?

semoga allah melindungi mereka

NUAR BERAHI BEKAS BANDUAN said...

Heeeee jangan bila sudah dibantu olih kerajaan hingga berjaya lupa daratan pula macam sahabat kita TakeRules95 tu.Masa susah cari kerajaan BN untuk cari bantuan tetapi bila dah senang jadi pencacai angkat najis PR muahahahahaaa

Anonymous said...

harap bile kerajaan bantu jangan la pulak nanti ada tak kenang budi macam puak2 melayu yg bodoh sekarang nih...
sekolah, biasiswa segala bagai kerajaan bantu, jangan la pulak melabelkan kerajaan zalim pulak bila dah kenal dunia nanti.

Anonymous said...

tak apa, kalau hati benar2 nak tolong si anak muda ni.. hulurkan saja bantuan, mengenai masa depan dia memihak kepada siapa, itu biarlah dia sendiri yg menentukannya.. jgn pula kita berniat nak menolong sebab nak mengharapkan balasan... kalau berfikiran demikian, mmg org yg kita tolong itu akan melawan kita sendiri suatu hari nanti. =D apa2 pun syabas kepada anak kecil itu.

Anonymous said...

"aku doakan seluruh anak bangsaku berjaya di dunia dan akhirat"
...dan tidak lupa lupa diri macam Tingkat 4, PKR & PAS

Unknown said...

Salam,

'TAHNIAH ANAK BANGSA KU' ~ Rasuah terus berluas-luasa bagai dunia tanpa sempadan. Umno dilihat sebagai pelopor rasuah politik paling TEGAR di Malaysia, seakan sudah tidak boleh dibendung lagi kerana telah jadi darah daging dan sebati dalam kehidupan.

Tuan puan semua dah tahu ke kes rasuah yang benar-benar berlaku di Kota tinggi Johor dilakukan oleh Pemuda Umno.

Ni lah pimpinan masa depan kita orang (umno lah)

Rasuah dalam Umno umpama aur dgn tebing tak mampu dipisahkan.

Kalau dipisahkan umpama lagu tanpa muzik, tak best kan.

Tabiat buruk ni ramai pulak yang ikut... hai dunia... dunia.

Selamat Hari Raya Qurban

Tengok apa yang org politik boleh Qurban kan atau siapa yang bakal di Qurban kan.

NUAR BERAHI BEKAS BANDUAN said...

piraaaaaaah sekretariat parlimen kota raja,ko dulu dah puas kebas rasuah dan dah tak laku dalam UMNO lari pg pas konon nak mengharapkan kepala rasuah tu boleh jadi pm dan boleh meneruskan perangai lama.Hanya yang ada pengalaman terima rasuah jer yang rajin menuduh orang lain terima rasuah.

Lagi satu ko komen tu saja nak tonjol diri ko jer,supaya punahsihat bekas banduan rasuah tu nampak ko buat kerja.Lepas ni dapat la ko projek dari kerajaan selangor melalui punahsihat ko muahahahahahahahahaa krekkkkkkkk tuih. Tu xavier ceramah kat dalam masjid kenapa tak berani tegur kalau dengan melayu bukan main meriah tetapi dengan bukan melayu tlog masuk kedalam

Unknown said...

Bekas Banduan,

Pasal non-muslim masuk masjid kan dah diterangkan sejelas-jelasnya.

Tolonglah baca blog-blog agama sikit seperti Islamonline, Ustaz Zaharuddin Abd Rahman, Dr. Marza dan lain-lain.

Masaalah org umno macam 'bekas banduan' dulu kini dan selamanya ialah tak minat mengaji di Surau dan Masjid, mana nak ada ilmu agama, tapi bukan semua ahli umno ye, saya cakap berlapik ni.

Saya dah buat kajian kalau ada org umno datang solat kat surau n masjid memang jenis ni ok, saya pun suka borak-borak dgn mereka, tapi hak tak pernah dtg ni berat, tapi yg tak menjenguk tu dan dtg bila nak kenduri tahlil aje itu memang berat.

Saudara lihat bila ada org mati berapa kerat org umno yg nak sembahyangkan jenazah.

Buat kenduri tahlil ramai lah siap 3 hari lagi.

GAP tulis dalam blog pasal isu ni , mana ada hujjah agama, main belasah aje, tu sbb dah senyap dan tak ada siapa nak layan.

JAIS nak tlg umno pun serba salah sbb hujjah yg diberi oleh pengarah jais dan tindakan oleh pemuda umno kota raja but malu JAWA Jln Kebun aje.

Saya memanglah PAS tapi saya juga minat baca tulisan-tulisan Jeebon dalam blog "depakata" dlm bab ni dia pun ada komen org Umno baik tak payahlah nak bawa kisah sebegini kalau tak ada hujjah, ustaz umno pun susah nak tlg beb.

Ini bukan soal rajin tuduh org rasuah, ianya berkait dengan artikal GAP pasal rasuah yg memperlihatkan seolah-olah UMNO ni parti suci lagi bersih.

Saya ulang Umno dulu kini dan selamanya rasuah.

Nak bukti lagi ke?

Tlg lah buat kajian sikit sebelum nak belasah orang.

Selamat Hari Raya Qurban.

Kenn said...

Dear Sir,

** Permission for an out-of-topic reporting*

The following poll was conducted over a month ago (invitation was submitted to this blog earlier).

SHOULD the British Overseas Citizen (BOC) BE OFFERED BACK Malaysian Citizenship?

1. "Yes"
2. "No"
3. "Dont care"

The result:-

About 97% (427 votes) voted "NO"
About 1 % (5 votes) voted "YES"
Less than 1% (4 votes) said "don't care".

Details can be read HERE.

Do read THIS NEWS too.

Thank you.
Kenn

Unknown said...

Maaf, saya merujuk kepada tulisan jeanbara (depakata) bukan jeeboon (biaqpila)

PutraRocker said...

tahniah..o_O

GAP KEMBALI said...

kasihan pas kota raja..
artikel aku ni bercerita tentang budak melayu susah yang berjaya dalam upsr..dan pas kota raja seperti biasa pusing dok cerita lain..typical pas lah lu mamat..pas tetap pas,tahi anjing pun dia sanggup politikan..

aku bercerita ttg budak melayu berjaya upsr,dia bercerita bab mandi jenazah..tolonglah jangan tunjukkan kebodohan melampau kamu dalam komen ni..

kau dengan cekgu japar sama lah perangainya dengan pelacur di jalan goh hock huat..sanggup menggadai apa sahaja demi memuaskan nafsu politik sempit kamu.

umno rasuah,sekurang-kurangnya mereka redha dan akui silap mereka. dan mereka sedang memperbaiki kesilapannya..aku pun selama ini dah balun umno, the best thing pimpinan mereka ucap tahniah lagi kat aku..

ini yang rakyat mahu..berani mengaku salah tapi bukan macam pakatan rakyat..

pas kota raja penyempit akidah..aku gambar xavier dalam masjid aku fokuskan kepada latar belakang dia sebagai pejuang IFC yang punyai cita-cita halus merosakkan islam..dia konar bab lain..

inilah akibat terlalu taksub menjilat setiap inci lubang najis sang kafirin sampai otak tu biol tak tahu membezakan yang benar..

rakyat dah menilai dan menyampah dengan perjuangan menggadai maruah islam yang kamu lakukan..

sabar masa maut kamu pasti akan tiba..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
melayulupalagi said...

TAHINAH DIK,

KAMI BANGGA DGN KEJAYAAN KAMU...

ALLAH SENANTIASA BERSAMA ORG2 YG IKHLAS DAN JUJUR DLM HIDUP...