Friday, April 23, 2010

YA ALLAH ! INI GAMBAR APA ? PENGUNDI ISLAM HULU SELANGOR WAJIB BACA !!!


ya allah...aku seru seluruh umat islam di hulu selangor agar berfikir 100 kali untuk memangkah zaid ibrahim !!!

tolonglah berfikiran waras, jangan ikut cakap anwar atau nik ajis.... demi islam kamu harus menolak zaid ibrahim !!

Pada 14.10.2008, Mahkamah Majistret Pulau Pinang menjatuhkan hukuman denda RM2,000-00 atau penjara 14 hari keatas Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang Ustadz Hafiz Nordin bersama dengan dua orang lagi iatu Ustadz Sahul Hameed (seorang pendakwah bebas) dan Hj Abdul Rahim Ismail (seorang aktivis PAS).


Apakah dosa mereka sehingga mereka dihukum Mahkamah? Kerana mereka menentang cubaan Kumpulan Artikel 11 untuk mengadakan Forum bertajuk "Federal Constitution: Protection For All" di Hotel Cititel Pulau Pinang pada 14.05.2006. Kumpulan Artikel 11 adalah dianggap sebagai kumpulan yang cuba nak menghidupkan semula usaha penubuhan IFC yang dihentikan atas arahan Kerajaan pada tahun 2004.

Antara mereka yang terlibat dalam forum anjuran Kumpulan Artikel 11 itu adalah Zaid Ibrahim. Ya, Zaid Ibrahim, "calun pengantin" yang kini hebat dikompangkan oleh Pakatan Rakyat dan ditakbirkan oleh segelintir pemuka PAS didalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor sekarang sebagai "calun berwibawa" mereka (gambar diatas membuktikan dengan jelas penglibatan Zaid sebagai ahli panel forum tersebut).

Ustadz Hafiz Nordin adalah Pengerusi Badan Anti IFC (Badai) yang ditubuhkan oleh PAS Pulau Pinang dan diletakkan dibawah naungan Dewan Ulama'. Badai yang ditubuhkan pada 20.04.2006 bertujuan untuk menggagalkan rancangan jahat penubuhan IFC dan penentangan terhadap cubaan meminda Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan. Saya juga adalah antara orang yang paling aktif menentang Kumpulan Artikel 11 pada masa itu dan memberi sokongan penuh kepada penubuhan Badai, malahan saya terlibat secara langsung dengan Badai.

Pada 16.05.2006, Ustadz Hafiz Nordin telah membuat kenyataan menegaskan bahawa Badai akan "mempertahankan Islam sehingga titisan darah terakhir" dan memberi amaran keras kepada pihak yang terlibat dengan Kumpulan Artikel 11 dalam cubaan yang dianggap menghina Islam dan umat Islam. Ustadz Hafiz Nordin, seorang pejuang tulin Islam telah membayar harga yang mahal untuk perjuangannya, beliau dan para sahabat lain dihukum oleh Mahkamah atas pendirian tegas beliau.

Hari ini kelihatan seolah-olah perjuangan Dewan Pemuda PAS dan Dewan Ulama' PAS pada masa itu dilupakan sama sekali. Sokongan yang diberi kepada Zaid Ibrahim dalam PRK Hulu Selangor seolah-olah menghina perjuangan mereka ini.

Sudah lupakah kita siapa Zaid Ibrahim!!

* Inilah orangnya yang memfailkan saman untuk menghalang dan membatalkan perlaksanaan Enakmen Hudud, Qisas & Ta'zir oleh Kerajaan PAS Trengganu;
* Inilah orangnya yang yang dihukum oleh UMNO kerana politik wang;
* Inilah orangnya yang sibuk berebut jawatan dan mengejar kedudukan didalam UMNO semasa Anwar Ibrahim dibicarakan dan dipenjarakan;
* Inilah orangnya yang mendapat banyak kerja dan tugasan guaman daripada UMNO dan menjadi kaya hasil daripadanya;
* Inilah orangnya yang terlibat dengan Kumpulan Artikel 11 dan IFC yang menyebabkan pejuang Islam saperti Ustadz Hafiz Nordin dihukum oleh Mahkamah.

Saya menyeru kepada saudara/i dan sahabat pejuang Islam yang masih punya sedikit semangat perjuangan dan nur Islam didalam PAS supaya kembali memikirkan ke arah mana perjuangan saudara/i. Mengapakah politiking melampau yang sempit menyebabkan saudara menjadi buta terhadap perjuangan Islam yang sebenar. Letakkanlah Islam sebagai asas perjuangan saudara. Saya menyeru saudara kepada perjuangan "One Islam: Aqidah didahulukan; Syariat di martabatkan".

Kalau saudara/i tidak berasa malu kepada ALLAH dan Rasul pun, sekurang-kurangnya malulah kepada pejuang Islam saperti Ustadz Hafiz Bin Nordin, Ustadz Sahul Hameed dan Haji Abdul Rahim Ismail. Janganlah dipersia-siakan perjuangan dan pengorbanan mereka. Dan jadikanlah PRK Hulu Selangor pada hari Ahad 11 Jamadil Awal/ 25 April ini sebagai bukti dan persaksian kita dihadapan ALLAH kelak bahawa kita meletakkan Islam dahulu, politik kemudian.

Inilah satu tanbihul ghofiliin-peringatan bagi mereka yang lalai. Semoga ALLAH memberikan petunjuk dan hidayahNya kepada saya dan saudara/i para pejuang Islam semua; dan semoga kita semua diberi keampunan oleh ALLAH atas kelekaan dan kelalaian kita.

Ingatlah amaran ALLAH, "Alam a' had ilaikum yaa banii aadama alla ta'buduussyaiton, innahu lakum 'aduwwummubiin-wahai bani Adam, bukankah sudah Aku peringatkan kamu sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata, mengapa kamu menentang (Aku)!" KLIK SINI

17 comments:

  1. hidup PAKATAN RAKYAT!!!

    ReplyDelete
  2. ....ya Allah ya Tuhanku
    aku memohon dariMU agar dapat membukakan pintu hati
    ahli-ahli PAS yang menjadi pengundi berdaftar di
    hulu selangor supaya berfikir dengan bijaksana dan
    bertindak secara rasional serta menolak apa yang negative
    tetapi tersirat di dalam hati anwar ibrahim
    sedarkanlah mereka, ya Allah
    amin

    ReplyDelete
  3. org pembangkang memang bangang lg membangangkan...

    senantiasa menghalalkan cara...

    apa,siapa, yg penting mendatangkan keuntungan pd mereka...

    ReplyDelete
  4. @anom
    teruskan perjuangan engkau, tetapi aku menasihatkan engkau agar jangan terlalu taksub dengan ideologi yang engkau pegang...ada masanya kita terpaksa melupakan ideologi seketika jika ianya boleh menyebabkan berlakunya sesuatu perkara yang tidak kita ingini dan selama ini kita bersama sama mengelakkan perkara ini dari berlaku
    dari segi logik akal, engkau tolong fikirkan sejenak....
    mengapa mereka yang selama ini yang merupakan sahabat karib kepada
    dsai, menjauhkan diri malah mendedahkan perkara perkara yang confidential tentang bagaimana dsai
    merancang untuk menjadi perdana menteri
    aku ulang, mereka sangat akrab dengan dsai sebelum ini, tetapi
    engkau aku rasa hanya, folow-wer
    sahaja.....kalau engkau ahli PAS, tanggungjawab engkau adalah memberi tahu pucuk pimpinan bahawa
    engkau tidak suka PAS berurusan dengan dsai kerana blogger ini adalah salah seorang General dsai sebelum ini....dan kalau engkau baca older post blogger ini, beliau akan "menegur" sesiapa sahaja tanpa mengira dari parti apa samada UMNO, PAS, PKR, MCA etc
    SALAH tetap SALAH....jadi aku nak engkau juga, menerima pendapat orang lain dengan hati yang terbuka....itu yang aku kata jangan terlalu taksub....
    bila taksub, "orang lain semuanya salah dan aku seorang sahaja yang betul"

    ReplyDelete
  5. taksanggupjadikulibataktukngananjingorglenApril 24, 2010 at 1:11 AM

    ooiitt mangkuk.. 2 taun bilerr punyer citer.. org citer dalam blog ko nie cam cibai tau x.. x persan kerr tarikh 2 biler n sapo yang memerintah.. klu bukan penjilat cacai cam ko..

    ReplyDelete
  6. Salam Bro,

    Undilah Barisan Nasional.

    Kalau Zaid Ibrahim dan Anwar Ibrahim dibuang dari UMNO kerana politik wang, tapi Anwar ni terlebih terer sebab meliwat juga, maka beruk itam anak didik CIFUT BABI pun apa keistimewaannya?

    Menang jawatan Ketua Pemuda pun sebab bagi RM10k seorang setiap perwakilan.

    Tiru cara sifu CIFUT BABI yang merasuah di segenap ceruk.

    sejarah hitam sekor beruk klik sini

    ReplyDelete
  7. mampos kau PAkatan Rasuah!!!!!

    ReplyDelete
  8. pakatan rakyat? bukan, pakatan rentung...

    ReplyDelete
  9. Signal kepada DS Najib sudah jelas dan MIC sudah jelas... rakyat Hulu Selangor mahukan calon UMNO...DS Najib tersalah pilih calon lagi...

    ReplyDelete
  10. kalo sume nk tgk cite lame..muhyiddin pn xtntu leh jd tpm..rmai je lg xlyak brade dimane brade skang..but they proved that they r no more d bad guy as b4..yg pntg amnah dlm memikul tggungjwb..dier wat tahi esok jwb la dgn Allah

    ReplyDelete
  11. jom nyanyi

    kalau pilih calon ala adik
    biar betul betul
    kalau tersalah pilih ala adik
    kena kaki botol
    lalalalalalalalalalal
    kisah politik malaysia
    ada ada saja....

    jangan salah pilih ya bang

    ReplyDelete
  12. Kamalanathan adalah calon BN yang terbaik. Kita orang Melayu jangan jadi racist. Kita ketuanan Melayu. Kita pun jaga orang bukan Melayu. Kita bukan perompak. Hak kita ada dan hak orang bukan Melayu pun ada. Itulah cara kita mentadbir negara berbilang kaum. Kita kena terima hakikat ini.

    Begitu juga PKR. Mereka pun akan letak calom bukan Melayu jika PKR memerentah. Mungkin lebeh ramai lagi atas desakan DAP. Pasal PKR dah kena ikat hidungnya dengan parti DAP!! PKR jadi lembu!! Percayalah sebab PKR parti liberal. PKR tak ada Dasar Ekonomi Baru atau Dasar Model Baru. Yang PKR ada ialah Dasar nak kentutkan Melayu.

    ReplyDelete
  13. Bayangkan Zaid Ibrahim kini sedang bertanding atas tiket UMNO/BN. Apa reaksi PAS/PKR/PR? Tidak syak, dari Grand Archibishop PAS, Nick NAJIS hinggalah ke orang awam PAS/PKR/PR, mereka akan KOREK habis2an segala keburukan dan kebusukan Zaid sebagai calon UMNO/BN. Semua yang GAP kini sedang dedah tentang Zaid sbg calon PKR/PR akan didedahkan oleh PAS/PKR/PR sekiranya Zaid itu kini calon UMNO/BN

    Alasan yang akan mereka beri untuk korek kebusukan calon UMNO/BN ialah rakyat berhak tahu semua keburukan calon UMNO/BN agar tak tersilap pilih calin tak BERWIBAWA. Tapi bila calon mereka yang dikorek, maka mulalah PAS keluarkan FATWA dan HADIS NABI bahawa BERDOSA dan HARAM di sisi Islam mengungkit2 keburukan lepas seorang Muslim

    Lihat cara mereka KOREK calon UMNO/BN, ROHAIZAT OTHMAN di PRK Permatang Pasir tempoh. Sampai TERDUDUK dan TERSUNGKUR si ROHAIZAT dikerjakan oleh PAS! Langsung tak timbul isu DOSA dan PAHALA oleh MUNAFIK2 PAS ini bila mereka TELANJANGKAN segala kebusukan silam si Rohaizat.Begitulah munafik dan jijik parti PAS mempersendakan Islam hanya untuk penetingan politik mereka.

    Tapi Tuhan maha kaya, mereka sedang dibalas dengan cara mereka sendiri di Hulu Selangor.

    Dan jangan Biskop Agung PAS, Nick NAJIS, akan keluarkan "FATWA" bahawa DIBOLEHKAN dalam ISLAM (ISLE?) untuk org2 PAS/PR korek kebusukan calon UMNO/BN tapi diharamkan di sisi Islam utk org UMNO/BN korek kebususkan calon2 PAS, PKR dan DAP! Apa alasan Nick NAJIS? Kita tunggu nanti keluar dari mulut (atau jubo) dia sendiri! Apa nak dikato! Bila anda mendapat ulama palsu, maka anda akan turut menerima fatwa2 palsu...

    ReplyDelete
  14. bro, buang masa ja layan penyokong pakatan haram nie, otak mmg dah di set dkt kepala lutut...mana bole tukar, org perak dah tolak...org selangor kalau x tolak mmg dua kali lima la...

    ReplyDelete
  15. JGANGAN PILIH KAKI BOTOL...
    TAPI PILIH CALON CALON...

    DALAM BN PUN ADA KAKI BOTOL...

    ABANG KAMAL MUNGKIN KAKI BOTOL TODI...

    TAPI HARUS INGAT HISHAMUDDIN TU BUKAN KAKI BOTOL TAPI KAKI TIN..

    WALAU BAGAIMANAPUN....
    KAKI BOTOL DAN KAKI TIN TAK BOLEH DICALONKAN, HANYA YANG BOLEH BERTANDING IKUT SPR HANYALAAH MANUSIA...

    SO UNDILAH MANUSIA YANG BERWIBAWA...

    SAYA ORANG UMNO SAYA UNDI MELAYU...
    SAYA ORANG MELAYU SAYA UNDI MELAYU (ZAID) .....
    AWAK ORANG INDIA AWAK UNDI MIC...
    AWAK ORANG INDIA AWAK UNDI INDIA (KAMALNATHAN)...

    OK TAK IDEA GUA....

    ReplyDelete
  16. woi Esperalzi ko baca nie:...
    memang patut pun rohaizat kena kerjakan, orang tak amanah , pengkhianat buat ape nak pilih..
    so kena dedahkan la...tambah plak
    dalam umno, lagi la..tun dr mahathir sendiri pun cakap umno parti rasuah..fakta nie....dah jelas dah...

    KUALA LUMPUR, 18 Ogos: SEBUAH akhbar tempatan melaporkan calon BN dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir N11, Rohaizat Othman telah dipecat dari Majlis Peguam. Prosiding pemecatannya dibuat di bawah Seksyen 103D Akta Akta Profession Guaman 1976. Seksyen tersebut melibatkan salah laku seseorang peguam.

    "Kesalahan itu adalah tanggungannya sendiri dan tidak melibatkan orang lain kerana Rohaizat sendiri yang dinamakan oleh pihak pengadu dan bukan rakannya.. Rohaizat dipecat pada 7 Mac tahun lalu dan beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi berikutan keputusan Majlis Peguam itu, di mana mahkamah juga menolak rayuannya pada 12 Ogos tahun ini," akhbar The Edge semalam melaporkan kenyataan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan.

    Ragunath berkata, kesalahan yang dilakukan itu melibatkan wang pemegang amanah Koperasi Pekebun Getah dan tidak ada akaun untuknya. "Apabila lembaga menyiasat perkara ini dan perintah dibuat, tidak dipulangkan kepada pemegang amanah melibatkan wang berjumlah RM140,000.

    "Walaupun anda membayarnya, tetapi kesalahan telah dilakukan dan ia merupakan kesalahan yang serius kerana ia melibatkan transaksi dengan wang pelanggan.. Jika anda tidak bersalah, anda tidak akan didapati bersalah oleh ahli jawatankuasa disiplin dan tuduhan di bawah Seksyen 103D sama seperti salah laku jenayah," katanya lagi.

    Laman web Majlis Peguam di bawah tajuk "Disciplinary Orders: January-March 2008" menyenaraikan nama Rohaizat sebagai salah seorang yang digugurkan dari majlis itu. (http://www.malaysianbar.org.my/disciplinary_orders/_disciplinary_orders_january_march_2008.html)
    Sementara itu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengsifatkan kesalahan tersebut sebagai 'pekong di dada' kepada calon BN di Permatang Pasir itu, yang 'tidak boleh disembunyikan' sehari sebelum berita itu dikeluarkan.

    Komen Blog Ibnu Hasyim: UMNO sengaja memilih bakal pemimpin yang berpekong busuk di dada. Mengapa? Di dalam kitab Ihya Ulumuddin oleh Imam Ghazali menyebutkan kisah seorang yang terkejut pengsan tidak sedar diri apabila terbau minyak wangi yang disapukan ke hidungnya. Ramai tertanya-tanya dan mencari ubatnya tetapi tak berjumpa. Seseorang yang kenal dengan pesakit itu datang mengubati dengan menyapu sedikit najis menggantikan minyak wangi itu. Barulah sembuh semula rupanya!

    Begitu parahnya penyakit kronik UMNO. Sudah lunyai dan sebati dengan budaya yang menjadi budaya hidupnya. Terpaksa memilih calon berpekung di dada demi nadi pemulihannya. Tunggu apa lagi wahai pengundi Permatang Pasir? Tolak BN. undilah PAS! (2MA)

    ReplyDelete
  17. Assalamu alaikum.

    Semoga Allah swt memberikan kesabaran dan hati yang teguh kepada saudara Ustadz Hafiz Nordin, Ustadz Sahul Hameed dan Tuan Haji Abdul Rahim Ismail.


    Wassalam.
    AAAA

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.