Friday, July 23, 2010

DS KHIR: BUBARKAN KSSB ! (FAKTA PENTING)


ini adalah fakta penting yang dikupas dengan baik oleh ketua pembangkang negeri selangor,ds khir toyo. KSSB jelas tiada kredibel untuk menguruskan urusan pasir secara monopoli kerana terlalu banyak kontroversi melanda.

1. Semalam ADUN BN Selangor menggesa dihentikan semua aktiviti perlombongan pasir atas tanah milik kerajaan negeri dan mahukan penubuhan satu jawatankuasa bertindak bagi mencari jalan memulihkan lombong-lombong pasir ini dengn segera.

2. Kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional telah membuat keputusan mengharamkan semua aktiviti perlombongan pasir atas tanah kerajaan ini kerana ia akan menjejaskan struktur tanah pada masa hadapan dan menyebabkan implikasi alam sekitar yang serius.

3. Bagaimanapun kerajaan negeri sekarang telah membenarkan semula situasi ini dan menubuhkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd untuk memaksimumkan pendapatan negeri Selangor.

4. Hasilnya tanah milik negeri dirobek dan dikorek sesuka hati sehingga meninggalkan lubang dan kolam yang besar. Tanah ini hilang nilainya pada masa hadapan dan memerlukan kos yang sangat tinggi bagi memulihkannya. Siapakah yang akan menanggung kos pemulihan ini pada masa akan datang. Bn khuatir kos yang diperlukan untuk memulihkan tanah-tanah ini lebih besar daripada keuntungan hasir pasir ini?

5. Kami juga menggesa Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) perlu ditutup dan kuasa pengendalian galian dan mineral di selangor termasuk pasir dikembalikan kepada pegawai kerajaan, iaitu pejabat tanah dan galian (PTG), yang selama ini telah menjalankan tanggung jawab dengan baik.

6. Penubuhan KSSB bertujuan meningkatkan pendapatan negeri dalam perlombongan pasir telah gagal.

7. KSSB bukan sahaja gagal meningkatkan pendapatan hasil pasir negeri malah mengambil sebahagian besar pendapatan pasir untuk syarikat tersebut termasuk membayar gaji, bonus dan kos pentadbiran. Pada tahun 2009 sahaja kos pengurusan kssb ialah sebanyak RM 4.7 juta iaitu separuh daripada pendapatan KSSB sebanyak RM 8.21 juta. Sudah tentu pendapatan negeri akan bertambah tanpa KSSB sebagai orang tengah.

8. Banyak unsur-unsur rasuah dan kronisme dalam KSSB tidak diambil tindakan. Sebaliknya pendengaran Selcat hanya dijalankan untuk membersihkan imej kerajaan negeri dan menyalahkan KSSB semata-mata.

9. Kerajaan negeri terutamanya YAB Menteri Besar perlu mengambil tanggung jawab kerana KSSB merupakan milik penuh Menteri Besar Incorporated (MBI). Kita tidak menyalahkan MB jika ia mengenai urusan harian KSSB, namun bagaimana MB tidak mengetahui mengenai pemberian bonus yang begitu besar terhadap Lembaga Pengarah dan kakitangan KSSB?

10. Kita juga juga merasa hairan dan aneh mengenai sikap membisu dan mendiam diri sebahagian badan bukan kerajaan (ngo) dan aktivis alam sekitar sedangkan banyak kawasan telah menjalankan perlombongan pasir secara besar-besaran dan membawa implikasi serius kepada rakyat negeri ini pada masa akan datang.

11. Dulu sewaktu BN, kumpulan ini banyak mengadakan bantahan, kenyataan media dan kritikan biarpun perlombongan hanya dijalankan di atas tanah persendirian. Hari ini perlombongan pasir dijalankan secara besar-besaran tetapi tiada sekelumit bantahan keras pun diutarakan. Dulu jika mahu ditebang sebatang pokok pun mereka mengadakan bantahan, hari ini semuanya seperti tikus dalam jelapang padi dan semut dalam gula.

12. Ada individu yang dulunya aktivis alam sekitar, hari ini “memejamkan mata” sahaja terhadap pemerkosaan tanah-tanah negeri untuk perlombongan pasir.

dipetik dari blog ds khir. KLIK SINI

5 comments:

  1. adus..

    merakyatkan ekonomi..hasil negeri untuk rakyat..hasil pasir untuk exco dan kroni.

    Kroni Songlap Sdn Bhd.

    ReplyDelete
  2. jelas sikap double standard NGO's alam sekitar...siapa di belakang NGO's ni...???

    ReplyDelete
  3. salam.....

    Ia bukan sahaja jadi 'broker'...tetapi
    dah jadi proksi beruk dan kera.

    ReplyDelete
  4. Tengoklah siapa Punaisihat Ekonomi negeri Selangor tu.... segalanya dirobek dengan rakus. Dari Punaisihat, Menteri Besar, EXCO2 dan ADUN yang bukan EXCO pun rakus nak buat duit....

    Yang susah kemudian nanti rakyat Selangor juga. Tunggulah kesannya dalam setahun dua ni......

    ReplyDelete
  5. zaman khir toyo mengondolkan bkt cerakah... gegak gempita pencinta2 alam sekitar. La nie apasal senyap & sunyi. Dah jd bisu dan tuli agaknye..

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.