Sunday, August 29, 2010

LAGI PUTARBELIT NIK AJIS DIBONGKAR !

KLIK SINI

5 comments:

  1. jatuh haram jika mengundi pas dalam pilihanraya akan datang...

    ReplyDelete
  2. Saudara pemblog, para mukmin,

    Yang dipertikaikan umat bukannya kebenaran masuk rumah ibadat. Yang dipertikaikan umat bukannya kesediaan 'bukan umat' untuk mendengar tazkirah di rumah ibadat ummah. Itu adalah satu yang baik dan semua umat faham mengenainya yakni tak perlukan sesiapa termasuk 'mursyidul am' untuk mengesahkan kebaikannya.

    Lagipun kalaulah kunjungan bukan ummah di mana-mana rumah ibadat sudah layak dianggap satu bentuk dakwah maka tak perlulah 'fatwa baru' dari mana-mana pihak termasuklah parti agama tentang perkara itu kerana ia telah lama berlansung.

    Begitu juga kalaulah kunjungan bukan ummah di mana-mana rumah ibadat sudah layak dianggap satu bentuk dakwah maka tak perlulah mana-mana pihak (termasuk parti agama) yang meminta mereka saja diberikan 'kredit' atau mereka saja yang harus mendabik dada seolah-olah mereka saja golongan yang telah melakukan perkara itu walhal ia (bukan ummah masuk rumah ibadat) bukanlah baru seminggu dua berlangsung sebaliknya telah sekian lama diamalkan.

    Cumanya, apabila mursyidul am buka mulut ia seolah-olah menampakkan bahawa kalau perkara itu (bukan umah masuk rumah ibadat) berlangsung di rumah ibadat yang dikuasai oleh parti agama maka dengan itu ia otomatik dianggap satu bentuk dakwah tetapi untuk rumah ibadat yang tidak dikuasai oleh parti agama maka ia dianggap bukan dakwah? Apakah itu yang cuba disampaikan oleh lidah rasmi parti agama

    Dan seterusnya, yang dipertikaikan bukan sumbangan yang dibuat oleh rumah ibadat kepada bukan ummah. Sumbangan terhadap bukan ummah adalah pasti dikira sebagai usaha yang positif dan satu bentuk dakwah. Tetapi sebaliknya, apabila bukan ummah yang menyampaikan bantuan kepada rumah ibadat dan dalam masa sama menyampaikan 'dakyah/tazkirah' mereka, apakah itu satu yang dianggap positif dalam konteks dakwah ummah kepada bukan ummah?

    Jadinya, isu yang sebenarnya ialah siapa yang tazkirah siapa? Siapa yang bantu siapa? Dan isu sebeginu tentulah menjadi lebih signifikan kerana dalam konteks politik, realitinya, 'permainan tarik tali' antara parti agama dan parti sekular menampakkan tali itu lebih banyak bergerak ke arah parti sekular. Dan kalau realiti itu mahu dinafikan (oleh parti agama) disebabkan keinginan untuk meletakkan imej 'sendiri dan rakan' sebagai mengatasi imej agama maka bolehlah dikatakan parti berkenaan sedang dilanda sindrom 'gila kuasa' gitu.

    ATAS PAGAR - MUKMIN

    ReplyDelete
  3. Tuan,
    Pembohongan parti pas memang dah lama. Cuma pengundi sahaja yang tidak perasan. Pemimpin pas kata nak tubuh negara Islam dan nak perintah mengikut hukum Islam. Tetapi bila masa pilihanraya pas hanya meletak calun 60 orang sahaja dari 229 kerusi parlimen. Kalau menang semua pun tak layak lagi nak jadi PM dan menggubal undang-undang Islam. Inilah hipokrik namanya. Janji tak tepati, berbohong dan tak amanah adalah perbuatan munafik. Mereka mereka yang melakukan perbuatan tersebut adalah termasuk dalam golongan munafik. Pengundi dan penyokong mereka yang sanggup berkorban panjat pokok kelapa setinggi 30 kaki kerana hendak pasang bendera pas ada yang jatuh dan meninggal kerana perjuangan pas apakah boleh dianggap syahid. Banyak lagi kekeliruan yang berlaku kerana politik parti menggunakan platfom agama. Apakah cerdik pandai beragama dalam pas tidak menyedari songsangnya perjuangan pas atau sengaja buat tak faham kerana ada kepentingan bagi mereka. Apakah nanti diakhirat mereka akan terlepas kerana tidak bercakap benar. Nak dikatakan kepentingan untuk agama Islam yang di buat oleh pas tak nampak pun. Cuma yang nampak masjid dan surau dicat dengan warna hijau. Sekolah pondok yang didirikan untuk belajar agama juga dicat dengan warna hijau lambang parti pas. Adakah mereka ikhlas untuk mengajar agama atau atas nama politik. Ingatlah amalan jika kerana riak akan dilempar ke neraka Sijjin. Tapi perkembangan Islam yang dibuat oleh kerajaan yang memerintah ada banyak tapi tak diwar-warkan. Kewajipan kepada setiap umat Islam untuk menuntut ilmu, berjemaah, bekerja dan menjaga keharmonian negara agar Islam dapat berkembang. Tapi jika kafir dah cuba menjadi ketua kemanakah Islam akan dibawa. Sama-samalah kita fikirkan.
    Salam ramadhan.

    ReplyDelete
  4. Pas menggunakan janji2x/impian kosong berlandas agama menurut acuan mereka untuk menarik undi melayu Islam.

    Dap menggunakan pak lebai2x Pas / wang untuk menarik undi melayu Islam

    ReplyDelete
  5. kita tgglkn seketika perihal PAS @ parti2 ln, aku cm ada 1 soalan, sdh tertegakkah islam di dlm slrh aspek khidupan umat islam di negara m'sia ni??? igt la, islam itu syumul, ia merangkumi smua aspek spt ekonomi, politik, sosial, perundangan, keadilan & sbgnya, islam itu luas, jd tlg la jgn sempitkan islam ngan pandangan kita yg sempit, luaskan pandnagan brlah anda akn nmpk betapa indahnya islam...n tunjukkan akhlak yg baik spt dianjurkn Rasulullah SAW...

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.