Saturday, September 11, 2010

UMNO TOLAK PERKASA ?


BACA DULU NANTI AKU KOMEN.
PUTRAJAYA, 10 Sept - Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) - dalam perkembangan julung kali kelihatan mula bersatu untuk melahirkan pendirian mereka menyangkal matlamat perjuangan Perkasa dan pemimpinnya Datuk Ibrahim Ali, yang mula disisihkan oleh pentadbiran Najib.

Pemimpin-pemimpin Umno yang selama ini kelihatan ‘membisu’ dalam melahirkan pendirian mereka, hari ini secara terbuka mengaku bahawa perjuangan Perkasa boleh memudaratkan dasar BN dan sokongan kepada perikatan 13 komponen itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu The Malaysian Insider bahawa sudah sampai masanya Umno membuat pendirian tegas terhadap Ibrahim dan Perkasa.

“Saya sudah berkata perkara ini awal-awal lagi... Umno seharusnya tampil lebih awal lagi. Hanya sekarang mereka mengekori pandangan saya.“Bagaimanapun langkah ini baik, ya, ia akan membantu kami, dalam perjuangan kami sebab langkah untuk menjauhkan diri daripada kumpulan seperti ini adalah baik.

“Perkasa bercanggah dengan dasar 1 Malaysia kami,” kata beliau ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Seri Perdana di sini hari ini. Nazri yang sejak dulu lagi lantang berbanding pemimpin-pemimpin Umno yang lain apabila menyentuh topik berkaitan Perkasa menambah, kesemua ahli Perkasa dan penaungnya bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah mereka yang berkepentingan “politik.”

“Siapa mereka?” kata Nazri sambil menambah, pihak berkenaan adalah mereka yang gagal memperoleh jawatan dalam parti, lalu menyertai Perkasa.

“Dan, Dr Mahathir?” kata beliau.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga bersetuju bahawa pandangan-pandangan Perkasa “sangat berat sebelah”, dan Umno tidak pernah menerima pendirian pertubuhan bukan kerajaan itu.

“Dalam Umno, apabila mempertahankan hak Melayu, kami cuba untuk berlaku adil.“Apa yang dilakukan oleh Perkasa adalah apabila mereka membawa sesuatu, ia dilihat mereka telah gagal untuk mengambil kira pertimbangan atau kepentingan kaum-kaum lain.

“Umno tidak menerima apa yang dilakukan oleh Perkasa,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Beliau mengingatkan Ibrahim bahawa negara diikat bersama oleh aspek kepelbagaian dan hidup dalam harmoni ekoran kefahaman dan aturan sosial yang sudah pun dipersetujui pada masa lalu.

“Jika kita kecewa dengan keseimbangan ini, sudah pasti ia akan membawa kepada kekecewaan.

“Itu sebab, dalam Umno, kami mempertahankan hak orang Melayu tetapi kami percaya bahawa adanya tempat bagi setiap rakyat Malaysia. Kami mahu kesemua kumpulan memahami perkara ini,” kata beliau lagi.

Dalam temu bual terbaru, Dr Mahathir secara terbuka terus menyatakan sokongan beliau kepada Perkasa ketika Umno pimpinan Datuk Seri Najib Razak semakin menjauhkan diri daripada pertubuhan bukan kerajaan itu.

Dr Mahathir, yang dilihat sebagai ‘orang kuat’ Perkasa, telah merasmikan mesyuarat agung tahunan pertubuhan itu Mac lalu.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa Najib telah meminta pemimpin-pemimpin Umno agar tidak menyatakan sokongan kepada Perkasa. Semalam, dalam kenyataan terbuka Ibrahim berkata, Perkasa pimpinannya tidak memerlukan sokongan Umno termasuk jika pihaknya bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

“Perkasa, NGO tidak memerlukan sokongan Umno atau mana-mana parti politik. “Cuma (kami) memerlukan sokongan semua ahli seluruh negara dan rakyat biasa yang menyokong perjuangan Perkasa,” kata beliau.

Sehari sebelum itu bekas ahli Umno itu membidas Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hanya berminat untuk mendapatkan undi masyarakat Cina berbanding orang Melayu. Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider Selasa lalu, Tengku Adnan menegaskan, partinya tidak akan menyokong Ibrahim jika bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai calon Bebas.

Sebaliknya kata beliau, Umno akan meletakkan calonnya seperti yang dilakukan masa-masa lalu di kawasan Parlimen Pasir Mas, Kelantan. Malah beliau juga menolak tanggapan kebanyakan pihak bahawa Umno menjalin kerjasama ataupun memihak perjuangan Perkasa pimpinan Ibrahim.

Perkasa ditubuhkan dua tahun lalu, selepas pilihan raya umum Mac 2008.“Mengapa Umno harus sokong dia? Umno patut meletakkan calon di Pasir Mas. Kami akan bertanding di Pasir Mas,” kata Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN.

Ibrahim yang dipecat dari Umno pada 2004 memenangi kerusi Parlimen pada 8 Mac 2008 menggunakan lambang PAS.

“Sebagai Setiausaha Agung (Umno) saya boleh memberitahu anda, kami tiada apa-apa kaitan dengan Perkasa dan sesetengah perkara yang dilakukan oleh Perkasa, kami tidak gembira kerana mereka menghakis sokongan kepada kami,” kata Tengku Adnan apabila diajukan soalan bahawa kebanyakan ahli Perkasa adalah dari Umno.

“Apabila mereka bercakap mengenai kawan-kawan saya kalangan Cina atau kawan saya orang India, mereka menyebabkan kami kehilangan lebih banyak undi,” katanya lagi.

Sebelum ini Perkasa pernah mengatakan bahawa sesiapa yang memusuhi pertubuhan ini tidak akan menerima sokongan dalam pilihan raya umum akan datang. Dr Mahathir merupakan penaung Perkasa yang dilihat mewakili pandangan kumpulan konservatif dalam Umno, yang menentang pendekatan Najib melakukan pembaharuan ekonomi atas alasan ia akan menghakis kedudukan orang Melayu dan Bumiputera.

“Ahli Perkasa adalah penyokong Umno. Tindakan mengetepikan mereka tidak akan membantu perjuangan Umno,” kata Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno dan bekas pengerusi BN.

Dalam pada itu Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga melahirkan pendirian yang seiring dengan dua rakan sejawatannya itu. Naib Presiden Umno ini menekankan pendirian Perkasa sangat bersifat etnosentrik.

“Kita harus menolak pendirian bersifat etnosentrik di negara ini. Ia tidak harus digalakkan. “Saya khuatir kumpulan-kumpulan lain akan mula berjuang untuk kepentingan kaum masing-masing,” kata beliau.

Kata Zahid, Umno kemungkinan adalah hak orang Melayu dam Bumiputera, tetapi masih berjuang bagi kepentingan bukan Melayu. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menyokong pandangan Zahid dengan menegaskan bahawa Perkasa hanya berjuang untuk kaum tunggal.

“Kami berjuang untuk semua,” kata Ketua Penerangan Umno ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata Perkasa hanya sebuah pertubuhan bukan kerajaan.

“Kita seharusnya berupaya untuk bercakap antara sebuah parti politik dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan. Mereka harus bertindak sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan dan itu sahaja.

“Mereka boleh adakan majlis mereka dan menjalankan program-program sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan,” kata Timbalan Pengerusi Umno Selangor ini.

Nazri berkata Perkasa tidak akan membawa impak ke atas Umno dan BN.“Tiada siapa yang peduli mengenai Perkasa. Mereka hanya terkenal di media,” katanya lagi.Nazri juga meramalkan sekiranya Ibrahim bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas beliau akan kalah.

“Ini kerana beliau menipu PAS dan menang atas tiket PAS. Siapa yang akan menyokong beliau sebagai calon Bebas nanti?” katanya.Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan juga menyatakan pendirian dengan menolak Perkasa.

“MIC gembira kerana sekarang kita sudah mula menjauhkan diri daripada Perkasa. Mereka, dalam apa jua keadaan tidak akan membantu BN,” kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ini.

Beberapa pemimpib MCA juga mengalu-alukan pendirian Tengku Adnan yang meminta BN menolak Perkasa.Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata, Ibrahim bukan seorang yang penting dan oleh itu beliau harus diketepikan.

“Kita tidak harus menaikkan darjatnya dengan memberikan terlalu banyak reaksi dan jawapan,” katanya.Seorang lagi Naib Presiden MCA Datuk Chor Chee Heung juga menyifatkan kenyataan Tengku Adnan sebagai pendirian yang sangat bijak daripada seorang pemimpin Umno dan BN setakat ini.

Bagaimanapun Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek enggan mengulas perkara ini.

36 comments:

Anonymous said...

Umno tak sokong PERKASA?: Buktikan dengan boikot segala aktiviti PERKASA!- Parti Cinta Malaysia

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/09/umno-tak-sokong-perkasa-buktikan-dengan.html

Mercun Bola said...

wayang atau kenyataan??

Unknown said...

BAD MOVE BY UMNO ... REALLY BAD MOVE. DISSAPOINTED WITH THE UMNO PRESIDENT AND THE REST.

GUTLESS!

NAZEI AZIZ MACAM BIASA PENDIRIAN BELIAU AKAN MENYOKONG KETUA TERKINI. NAK BUAT MCM MANA ... TUN DR MAHATHIR MENTOR DIA! TDM THOUGHT HIM THIS STUFF, TO OBEY YOUR CURRENT UMNO PRESIDENT.

PEMIMPIN UMNO YANG LAIN MEMANG TIADA PENMDIRIAN SEJAK DARI AWAL PENUBUHAN PERKASA. PENJILAT NAJIS!

PERKASA MEMPUNYAI 300,000 AHLI DAN MAJORITI (70%) ADALAH AHLI UMNO!

SEDANG UMNO MENIKUS DITEMBAK SETIAP SUDUT HAK DAN KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU, PERKASA TERKEDEPAN MEMPERTAHANKAN ARTIKEL 152 DAN ARTIKEL 153!

UMNO TIDAK RUGI SATU SEN PUN JIKA MENGAMBIL PERKASA MENJADI SALAH SATU SAYAPNYA MAHUPUN BN!

SAYANG ... SERIBU KALI SAYANG!

Burung Merbok said...

1. Jangan disempit atau terlalu simplistik bila berbicara tentang pengaruh PERKASA di dalam PRU akan datang. Jangan hanya mengukur keupayaannya dengan melihat kepada Ibrahim Ali dan Pasir Masnya sahaja. Sebaliknya kita perlu lihat secara serious kepada pengaruh dan impak berpuluh ribu ahlinya dalam menarik sokongan orang Melayu. Jangan pandang mudah pengaruh PERKASA ke atas orang-orang Melayu akhir-akhir ini.
Ketidak-tentuan kaedah perjuangan parti-parti politik Melayu, baik PAS atau UMNO serta kelayuan mereka menjuarai isu-isu Melayu, telah menarik sokongan begitu ramai penyokong dan bakal pengundi.
Isunya ialah isu pembelaan orang Melayu yang jelas kurang diperjuangkan oleh PAS dan UMNO, jauh sekali oleh PKR. Orang Melayu melihat PERKASA sebagai cahaya baru untuk bergantung harapdan mengadu nasib.

2. Pengumuman serta komen secara terbuka tentang penentangan beberapa pemimpin 'besar' parti UMNO terhadap PERKASA boleh memakan diri sendiri. Sementara pemimpin-pemimpin ini nampak sangat menagih undi kaum lain, apakah mereka tidak mahu undi orang-orang Melayu ? Adakah undi mereka ini tidak penting lagi ? Adakah kenyataan terbuka tadi boleh menjamin 100% sokongan berbentuk undi daripada kaum yang cuba ditatang ? BN kalah teruk sebelum PERKASA wujud lagi. Waktu itu di mana pergi undi kaum lain kepada BN ?

3. Adakah dengan kenyataan terbuka tadi boleh dengan sekelip mata mengalih semula sokongan ? Percayalah, mereka berpolitik secara bijak. Dengan memainkan beberapa isu dari sudut perkaumanlah yang telah memberi kejayaan besar kepada DAP khasnya ! Parti mana sekarang ini yang menguasai pengaruh besar di kalangan kaum mereka kalau bukan DAP ? Adakah kita terlalu bodoh untuk mempercayai bahawa sokongan mereka boleh didapati semula dengan hanya mengutuk seorang insan bernama Ibrahim Ali atau pertubuhannya ??? UMNO harus adakan 're-thinking' yang lebih mendalam, lebih serious, lebih strategik dan lebih relistik ! " Sensational statements made to appease those that had already made up their minds from long ago " lebih menampak kejumudan dan pemikiran stereotype yang masih membelenggu pemikiran beberapa tokoh yang sepatutnya disingkir oleh UMNO awal-awal lagi ! 'Deadwoods' ini sudah berhenti menjadi aset kepada parti. Mereka inilah yang akan menidakkan kejayaan dalam PRU nanti, bukan NGO-NGO Melayu seperti PERKASA ! Jika suara 'liability' ini mencerminkan pendirian Presiden mereka, maka lebih cepatlah kehancuran parti yang satu ketika dahulu disanjung dan didokong oleh sebilangan besar orang Melayu.

4. Sebenarnya kelemahan diri yang cuba ditutup pekongnya dengan mengalih pandangan kepada Ibrahim Ali dan PERKASAnya adalah satu cubaan atau 'an exercise in futility', satu kaedah yang tidak berapa bijak dari sudut politik ! Adakah difikir kaum lain mudah diperdaya dengan kenyataan-kenyataan simplistik yang dibuat oleh beberapa tokoh yang kredibiliti mereka pun boleh dipersoal ? Orang Melayu di luar sana, pengundi dan bakal pengundi , sudah kenal sangat siapa mereka ini ! Justeru, sebarang kenyataan daripada mereka tidak mempunyai nilai dan kredibiliti langsung !

Anonymous said...

kenapa dicampur adukkan ngo dengan parti politik. Biarkan perkasa dengan perkasanya dan umno dengan umnonya. perkasa memang extrim sebab mereka mewakili melayu yang selama ini tertindas dan ditindas hasil perjuangan umno yang katanya lain dari sikap perkasa yang mana mereka kena bertindak adil dengan kaum lain.
Dalam hal ni, pendek akal lah saya katakan kepada pemimpin umno (contohnya nazri) memperkecilkan perkasa sambil memperli Dr Mahathir, itu sangat tidak betul, tahu laa ingin berkuasa tapi tunjukkan kebijaksanaan sendiri.

Malaysia tu luas, saya cuma ambil contoh tempat keje saya, saya bekerja di kilang electronic, sebuah kilang dari US dan hakikatnya melayu yang belekrja kat sini adalah melayu yang paling rendah kelasnya, layak untuk bekerja sebagai operator pengeluaran dan amat kecil sebagai engineer. Level atas semua dikuasai oleh CINA, saya ulangi.. CINA. Mereka tindas melayu, mereka ambil pekerja dari INDIA,FILIPINA walhal betapa ramai lagi cerdk pandai yang ada di malaysia. Ini lah hasil perjuangan umno.. tolak ansur. SEBENARNYA BUKAN TOLAK ANSUR.. CINA YANG TOLAK, ANSUR ENTAH KE MANA.

SEDARLAH UMNO, BETAPA HEBATNYA KALIAN EMPUK DIKERUSI SANA, KAMI ORANG MELAYU KELU KESAH DISINI, DAN DISEBAB PERKARA INILAH PERKASA DI UJUDKAN.

Anonymous said...

nazri aziz ni mmg puki celaka dlm UMNO!!kaki bodek!!kaki tunjuk lagak!!PRU-13 nanti,jgn undi si celaka ni lagi!benamkan career politik si celaka ni!!UMNO kena berubah!!bersihkan UMNO dari liability2 mcm nazri aziz dan kj!!

kpd geng teksi melayu KL,teruskan kempen anti nazri kpd para pemumpang!

Anonymous said...

SLM BRO..NGO CINA & INDIA DH BOLEH BERPESTA SBB PERTUBUHAN MEREKA TELAH DI IKTIRAF DAN TERBUKTI PERJUANGAN MEREKA BERKESAN..ADOIYAIII

Kenn said...

U.M.N.O. = Un Malay Nonrelevant Organisation

Tai said...

pada pendapat saya, Perkasa harus cari alternatif lain untuk dapatkan sokongan Umno dan BN. Baca pendapat saya di blog saya.

Anonymous said...

dengan serta-mertanya aku menolak umno.....

Anonymous said...

Jika diberikan pilihan , siapa anda pilih contoh: SI Hisadhmuddin yang yang mempunyai slogan Kita Beri Amaran , Akan beri amaran dengan perjuangan PERAKASA. Jawap lah secara jujur. Ini adalah sebahagian rungutuan ahli UMNO dan rakyat berbangsa Melayu.. bukan kami tidak menyokong UMNO tetapi itu lah hasil nya..
Apakah kelebihan UMNO yang memperjuangkan hak MElayu jika dibandingkan dengan Perkara. Cuba UM<NO buktikan !.

hisyam said...

MCA dan Gerakan tidak pernah menghentam Su Qiu dan Dong Jiao Zong walaupun kedua-dua pertubuhan amat rasis

MIC dan PPP tidak pernah menghentam HINDRAF yang
rasis

UMNO pula menghentam PERKASA yang hanya mempertahankan hak Bumiputera..

Inilah tanda-tanda UMNO akan terlungkup dalam PRU 13 nanti...

maharajalela said...

inilah telus dan lembutnya melayu UMNO. nak termuntah aku dgn puak ni.sokongan aku skrg hanyalah tinggal perjuangan agama,bangsa dan tanah air....tapi rasa2nya UMNO bukan lagi platform yg sesuai,camana pun aku tetap bagi undi utk UMNO dgn harapan,org2 sial dan dajal dlm UMNO dpt dinyahkan.

aku bukanlah taksub dgn mana2 pemimpin baik dulu dan skrg,ataupun assabiyah dgn kenegerian apabila memilih hieraki dlm UMNO.apa yg penting matlmat dan perjuangan.

pemimpin UMNO skrg dah semakin ramai karut dan dayusnya. pemimpin pembangkang melayu usah critalah.

aku tidak setuju undi rosak melayu kpd UMNO kerana masih optimis dan yakin sial2 dlm UMNO masih boleh dibersihkan dgn seorang pemimpin yg terpelihara dan kental. tetapi kalau dah ditakdirkan UMNO itu hancur....moga perjuangan agama,bangsa, tanahair akan tetap hidup.

mungkin dajal2 freemason sudah ramai dlm pertubuhan2 org melayu,namun kuasa Allah itu melebihi segalanya.

Anonymous said...

saya penah daftar pekasa online tp xmenjadik. hujung thn ni sy akan try. sy akan cuba pindah nx year ke Pasir Mas. KALAU MELAYU NAK JAGA SURVIVAL KITA.. KITA MESTI PINDAH KE SANA BEFORE PRU13. khalid nordin dan tengku adnan punya kwsn pengundi, ahli perkasa WAJIB BPINDAH KE PASIR MAS. KITA TAKNAK LWN UMNO, TP NAK KUATKAN SUARA MELAYU YG TENGELAM DGN SUARA DAP LAKNATULAH ! ORG MELAYU SKRG BERGANTUNG KUAT PDMU WAHAI IBRAHIM ALI

Aku Darah Anak Melayu said...

satu lagi agenda cina untuk memecah belahkan melayu berjaya..

dek kerana pemimpin2 yang tak sedar diri yang rakyat marhaen dah tak suka mereka..nazri azis, zahid hamidi ni lah orang mempunyai kepentingan..mereka2 inilah yang dah tak dipandang rakyat..

Faris Adli Jamian said...

http://bernama.com.my/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=527369

orang cina nak umno jauhkan diri dari perkasa sedangkan perjuangan umno dan perkasa adalah sama cuma cara je berbeza

Anonymous said...

mentri2 pembodek perasuah , dibuang mereka umpama sampah pd org melayu khususnya
mereka ni penjahanam msia
DAP-PARTI CINA MEREKA SEDIKIT BOLIH MENANG
Sebetulnya mentri2 usang ni takut jika PERKASA Menjadi PERKASA MEREKA2 YG TDK BOLIH DIPAKAINI MENJADI PERKASAM -YG BUKAN JENIS REBUNG YG ENAK TAPI pekasam spt tapai yg basi
nazri -hell you go , mentri yg bolih menangis---poci

Panglima GGKs - 215 said...

wmk secara keseluruhannya setuju dengan kenyataan di atas. wMk sendiri pernah bertemu Ibrahim Ali di satu majlis di Hulu Selangor ketika PRK berlangsung disana dan jika didengar dari ceramahnya memang bersemangat tapi pada hakikatnya yang diperjuangkan sebenarnya adakah Melayu atau Politik diri? Maaf jika kenyataan ini menyinggung yang berkaitan tetapi pada wMk jika mahu beerjuang untuk melayu berjuanglah dengan sepenuh hati.

Anonymous said...

Lantak enko la umngok, aku akan tetap dengan perkasa. ari tu aku benci PAS ngan PKR...ari ni tambah lagi satu...UMNGOK yang bongok dan bebal. Kalau engko orang rasa engko orang boleh survive dengan sokongan kapir2 tu..teruskanlah. aku pun akan jauhi dari UMNGOk mulai sekarang. BRAVO!!!!

Anonymous said...

Hidup Mahathir...Hidup Perkasa...Mampuih Nazri...Mampuih Khairi...

Mohd said...

UMNO ni bodoh bingai!
Kalau MCA dan Gerakan suruh UMNO tolak PERKASA, suruhlah mereka juga menolak dan tidak menyokong Persatuan2 Guan Dong le apelah!

Anonymous said...

tak paham aku dgn umno ni...
aku bru tbuka hati nk daftar mngundi bg plihan rya yg akan datang nk undi umno ni tp tengok lepa ni trus xlalu...baek xpayah daftar klu undi pn nk undi sapa,pas hampeh, pkr sampah dll lg xleh pakai.........

zamsalam said...

UMNO DAH MATANG, TAPI PEMIMPINNYA....?

1. Hanya platform BN sahaja yang layak menjaga kepentingan parti komponen lain, tapi UMNO..tak perlu sibuk jaga hati kaum lain..!

2. Pemimpin UMNO jaga hati orang Melayu dulu, Pemimpin BN..? boleh la jaga hati kaum lain..

3. ..demi kebaikan negara, pemimpin BN yang juga ahli UMNO biasa2kan la bersikap "munafik" bila berdepan dengan cina yang berkerenah.. tapi pemimpin UMNO yang tak ada jawatan dalam BN tu, tak payah la sibuk nak bela cina tu..!

4. Ada beza menjadi ahli UMNO dengan menjadi ahli BN.. BN tak wujud kalau UMNO tak dijaga..!

zamsalam.sabah.

p/s: ..kalau berdepan musuh kafir, talam dua muka tu dipanggil "Helah"..! OK bah kalau kau..!

Anonymous said...

Bagaimana pendirian ngan pertubuhan2 dewan perniagaan Cina yg selama ni ada berbagai2 tuntutan atas kepentingan bangsanya sendiri!!

PERKASA tuntut kepentingan bangsanya ngan tidak menidakkan atau menindas hak2 bangsa lain..

Tuntutan dewan2 perniagaan cina pula menuntut sesuatu diluar perlembagaan persekutuan ngan mana pada jangka masa panjang ianya boleh menindas hak bangsa2 lain.

Anonymous said...

antara umno dan perkasa aku lagi sokong perkasa...

jangan menyesal umno...boleh jadi orang melayu akan lebih menyokong perkasa dari anda...tinggallah anda dengan pengampu2 anda tu semua

orang tak buta...mereka boleh nampak siapa yang lagi berani mempertahankan melayu dan sape yang pengecut sangat

Anonymous said...

ternyata umno tidak tahu landscape politik masa kini,suka sangat undi kafir dari darah daging sendiri.

Anonymous said...

KJ/Nazri ?Tengku Adnan........nak tau kaimi sokong umno atau tidak Tengok PRU 13.....bukan 5 Negeri 1 Malaysioa akan jantuh ke Pembangkang.. kami..rela duduk bawa bangsa lain jika bangsa sendiri tak membela bangsa sendiri....ada menteri KDN ahsyik amaran amaran amaran.buang beras aja...

kisah hidup said...

setakat ni DS Njib x ckp pape lg..erm..agak misteri strategi beliau..

manbp said...

perkasa hanya mempertahankan hak melayu yg termaktub dalam perlembagaan...itu pon pemimpin bodoh umno kata salah...
untuk ahli2 umno tolak lah orang2 bodoh nih dalam umno...sisihkan mereka mulai sekarang..tukar pemimpin lain yg lebih rasional..
perkasa wajib bertanding dalam kaw.orang2 bodoh ni bertanding dlm pru akan datang...tapi terus sokong umno...dan tolak nazri..kj..hisam..adnan mansor..zahid...dan lain2 yg bodoh tu..juga calon mca gerakan dan mic

Ular Menyusur Akar said...

Apalah bahlol pemimpin UMNO nie. Aku janji tetap UMNO. Tapi aku benci dengan bahlol UMNO.

PERKASA sebuah NGO. Bukan parti politik. Kalau UMNO nak letak wakil dia dekat Pasir Mas, letaklah. Bukan ada perjanjian apa-apa dengan PERKASA. Lainlah PERKASA itu parti politik. Menyokong perkasa samalah menyokong Melayu pada UMNO juga. PERKASA hanya berjuang satu dua perkara kepentingan Melayu sahaja. Bukan berjuang untuk UMNO secara total. PERKASA tak halang UMNO nak tolong bangsa lain. Yang PERKASA hendak pertahankan article 152 dan article 153. Hendak harapkan PAS dan PKR, jangan harap.

Anon 6:07 AM, terima kasih kerana menyuarakan pandangan masyarakat kilang. Masyarakat umum memperlekekan kita semua. Mereka tidak sedar bahawa kilang mempunyai penduduk ribuan manusia yang di tadbir oleh kaum-kaum dari parti-parti pembangkang. Mereka sering menunjokkan article-article yang boleh menyebabkan staff membenci kerajaan. Staff Melayu bukan suka membaca. Banyak di antara mereka terima bulat-bulat.

UMNO tidak minat dengan kilang. Kalau dia datang hanya minta derma atau cari penaja sesuatu program atau majlis sambutan sesuatu acara. DAP dan PAS yang minat dengan pekerja kilang. Sebab itu staff aku banyak yang sokong PAS atau PKR. Selain ahli-ahli PAS memang mesra alam! berbanding AJK UMNO yang setiasa kelihatan elite dan ego.

Aku setuju dengan pendapat ramai bahawa MCA/MIC/Gerakan juga menolak NGO dikalangan mereka yang racis.

agbr47: Apa benda benar yang menghantui UMNO?

Anonymous said...

itulah pemimpin melayu sekarang takut pertahankan hak sendiri demi kedudukan dan pangkat! bodoh nya melayu yang tunduk pada kehendak bangsa lain! hidup PERKASA!

Anonymous said...

nampaknya sokongan ku UMNO pembela melayu semakin pudar...............!

usin said...

MARILAH KITA BERSEDIA UTK BERSAMA2 MEMBACA TAHLIL UTK PEMIMPIN2 UMNO YG BODOH SOMBONG TOLAK PERKASA. NAIK MELALUI UMNO (PARTI MELAYU) TAPI KHIANAT NGO MELAYU. AKU NAK TENGOK STAKAT MANA KARIER POLITIK KORANG LEPAS NI, KORANG NK SURUH CINA SOKONG KORANG? PAKAI OTAK LA BRO, PIKIR MAK BAPAK KORANG SAPA!!!!

maneer69 said...

bagi aku...

dato najib takut nak kick mafia dalam umno sebab takut undi berpecah masa PRU nanti...kalau umno kuat..mesti dah buat rombakan punya..nie tak cukup korum nanti...

pada pendapat aku...
perkasa akan jadi parti sokongan politik...dengan MIC/MCA/GERAKAn mungkin akan belot pada umno nanti..aku rasa..masa tu la perkasa akan menonjol... langkahnyer adalah..perkasa akan menyenaraikan calon untuk PRU nanti di kawasan majoriti melayu yang ditandingi oleh mic/mca/gerakan..andaikata..mereka belot..melAYU tetap ada calon untuk bertanding disitu...dengan ini...org melayu ada pilihan untuk memangkah...dr.M mungkin dah nampak benda cam nie...kalau belum nampak..hope leh buka mata...

dato najib dalam keadaan buntu..bimbang undi tak cukup nanti...oleh demikian ..terpaksa berlembut dengan cina dan india...kalau umno kuat..takan begini jadi nyer...nie bodohwi punya pasai la nieeeee

Anonymous said...

bila munafik dan fasik jadi pemimpin..hancuss..

Anonymous said...

Kan aku dah kata semalam, si najib ni lembik. Hisham penakut. Tak layak jadi pemimpin melayu. Aku masih sayang pada UMNO walaupun aku bukan ahli nya, aku pun bukan ahli perkasa atau mana-mana ngo melayu.

Dulu masa pak lelah menghancurkan melayu, aku tulis surat pada dia suruh dia cepat berhenti. Rosak yang dibuatnya masih terasa hari ni. Ni si najib pulak buat hal. Bodoh betul.

Aku nak cadangkan kepada operator blog GAP buat satu pengundian dan kita beri markah kepada pemimpin-pemimpin melayu dalam umno. Kalau mereka tidak layak atau gagal dalam peratusan minima kita gerakan orang melayu untuk halau mereka dari umno. Nampaknya orang melayu sudah tak boleh harapkan orang politik yang dah basi untuk menjaga kepentingan kita.

Ambil contoh aku beri najib = 51% (semalam aku nak bagi 65%). Aku beri hisham 35%. Nazri 15%. Muhyddin 70%. Razali 65%. Zahid 55%, Adnan 15%. Khalid (terlalu awal nak beri). Adalah dengan harapan mereka boleh mencermin diri supaya dapat memperbaiki diri dan tujuan mengapa melayu melantik mereka ke jawatan mereka sekarang.

Kita bukan nak hentam orang suka-suka aje tapi kita nak lihat kepentingan kita dijaga dengan baik sampai anak cucu. Kita bukanlah dapat sangat keistimewaan sebagai orang melayu atau bumiputera kat negara ini. Itu cuma on paper aje. Aku siang malam bertungkus lumus cari makan dan terpaksa berhutang sana sini nak menghidupkan perniagaan aku. Siapa yang membantu aku? SIAPA!!!? Nak mengharap orang cina? india? kena cekik kedarah lagi ada. Bila tanya MCA, MIC, Gerakan mereka akan suruh jumpa umno sebab kononnya umno parti melayu. Ramai lagi melayu macam aku masih bersusah payah mencari makan dalam kota kuala lumpur ni dan persaingan memang dahsyat tapi aku reda. Cuma aku minta anak cucu aku tidak hidup melarat dan meminta sedekah dari bangsa lain yang mendatang disini apabila ada pemimpin melayu yang diamanahkan untuk menjaga warisan datuk nenek moyang melayu leka untuk mengambil berat. Org cina dan india yang minoriti diberi keutamaan daripada melayu yang majoriti. Itulah tugas orang politik yang patut melihat dari semua sudut.

Sekali lagi aku dah kata pemimpin umno ni bodoh sangat. Umno masih dalam hati aku dulu kini dan selamanya. Fuckatan dah banyak buat silap tapi pemimpin umno masih nak tidur lagi dan mengharap rakyat (melayu) yang buat hukuman. Kuasa dalam tangan dibuang begitu sahaja. Konon nak harap undi cina dan india. Sekolah cina diberi wang setiap kali pilihanraya kecil tapi kalah juga BN. Bagi betis nak peha. Sedarlah sikit orang melayu yang mengangkat depa ketahta kuasa.

Tahun 2008 aku boikot undi dan aku ingat nak undi balik PRU13, tapi sekarang aku dah tawar hati. Memang malang nasib umno akibat pemimpin yang bahlul.

Najib dan pengecut2 dalam umno kau siap sedia menerima amarah kami.