Saturday, November 6, 2010

KONTROVERSI YAYASAN SELANGOR (PT 2)


Rejim Baru Membazir Berjuta Ringgit Di Luar Objektif Yayasan

Apabila mengambil alih kerajaan, Pakatan berusaha mencari calon untuk Pengurus Besar Yayasan Selangor yang baru bagi menggantikan rejim lama di Yayasan. Akhirnya Ilham Marzuki dilantik sebagai Pengurus Besar yang baru. 

Perlantikan Ilham kononnya akan memberi tanda aras baru dalam pentadbiran Yayasan Selangor. Pakatan mendakwa banyak pembaziran, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam Yayasan Selangor.

Selain perlantikan Pengurus Besar baru, Yayasan turut melantik Pemegang Amanah baru atas kedudukan mereka sebagai Menteri Besar Selangor dan EXCO Pendidikan Selangor. 

Ilham bersama Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Pendidikan YB Dr. Halimah Ali telah menelan berjuta-juta wang Yayasan Selangor yang sepatutnya digunakan untuk memajukan pendidikan anak-anak Selangor seperti dalam objektif penubuhannya.

Perkara pertama dilakukan oleh Ilham ialah menaikkan taraf jawatan beliau sendiri. 

Jika sebelum ini jawatan Pengurus Besar bertaraf JUSA C seperti dalam perkhidmatan kerajaan ia telah dinaikkan kepada JUSA A. Selain itu, Ilham turut mendapat dua buah kereta rasmi iaitu Toyota Camry 2.4 dan Toyota Fortuner. Menurut sumber kereta ini berharga RM 187, 000.00 dan RM 191, 000.00 dibeli secara tunai. 

Sekarang jika kita lihat harga sebenar atas jalan hanyalah RM 176, 580.11 bagi Camry 2.4 (harga untuk Syarikat). Manakala harga bagi Fortuner paling mahal ialah RM181,981.00. Untuk pembelian kereta ini sahaja sebanyak RM 20, 000 telah lesap kerana ia dibeli secara tunai. Mengapa Yayasan Selangor perlu membeli secara tunai menimbulkan pelbagai tanda tanya. 

Selain itu, Ilham didakwa telah menganugerahkan beberapa projek kepada syarikat-syarikat berkaitan dengan Pakatan tanpa melalui proses penilaian sebenar. 

1. Yayasan Selangor telah memberi RM 300 ribu kepada syarikat DRIFT Z Enterprise sebagai belanja menganjurkan Majlis Ulang Tahun ke 40 Yayasan Selangor pada bulan November 2010. Anehnya, syarikat ini telah dua kali dibayar oleh Yayasan biar pun Sambutan tersebut belum bermula. 

Menurut sumber syarikat tersebut telah menerima bayaran sebanyak RM 142, 500 dan RM 128, 250. Kenapa bayaran dibuat sebelum majlis? Sebanyak 270, 750 telah dibayar sebelum majlis dijalankan iaitu kira-kira 70% daripada kos keseluruhan projek.

2. Ilham juga telah menganugerahkan kontrak pembekalan baju rasmi dan baju raya kakitangan Yayasan Selangor berharga RM 200 ribu kepada satu lagi syarikat yang rapat dengan Pas iaitu TL Tinala Enterprise.

3. Sebanyak RM 170 ribu telah dibelanjakan untuk majlis berbuka puasa Yayasan Selangor pada Sabtu 21 Ogos 2010, di Dewan Sivik MBPJ. Majlis dihadiri oleh Khalid Ibrahim dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dihadiri sekitar 500 orang tetapi memakan belanja hampir RM 200 ribu jika dicampur peruntukan tambahan yang diminta sebanyak RM 29 ribu oleh syarikat Rahah Enterprise.

4. Yayasan Selangor juga telah memberi bajet berjumlah RM 320 ribu kepada SDF Media & Events SDN BHD untuk mengadakan sambutan Majlis Hari Raya Yayasan Selangor. 

5. Selain itu, SDF Media & Events juga diberi peruntukan sebanyak RM 40 ribu bagi majlis perasmian asrama Maahad Tahfiz Kiblah. Yang anehnya Asrama Maahad Tahfiz Kiblah ini merupakan syarikat swasta yang diberikan kontrak untuk mengendalikan Asrama Yayasan Selangor Ampar Tenang, Dengkil.

Sehingga hari ini tidak dapat dipastikan apakah Maahad Tahfiz Kiblah ini mengendalikan Asrama milik Yayasan atau menyewa bangunan milik Yayasan tersebut. Jika menyewa berapa sewanya? 

Jika mengendali berapa Yayasan bayar kepada Kiblah? Yang anehnya kakitangan Yayasan pun tidak mengetahui bentuk kerjasama ini.

Jika mengikut laman web Maahad ini tidak langsung dinyatakan ia merupakan kerjasama antara Yayasan dan pihak Maahad terbabit. 

Justeru mengapa pihak Yayasan memperuntukkan sehingga RM 40 ribu bagi majlis perasmian olah YAB Menteri Besar Selangor? 

Apa hubungan pemilik Maahad ini dengan Pas sehingga diberi bantuan sedemikian rupa. 

Apa pula terjadi kepada fungsi Yayasan untuk membangunkan pendidikan anak-anak Selangor apabila Asrama ini disewakan dan IKYS ditutup?

Apa yang terjadi di Yayasan Selangor ini sungguh mengejutkan. Apa yang dipaparkan di atas hanyalah sebahagian kecil perbelanjaan Yayasan dalam tempoh dua bulan lalu.

sumber mykmu

2 comments:

Anonymous said...

Tahniah GAP...teruskan pembongkaran anda!

- Yuhu -

Unknown said...

Pakatan Rakyat sudah terdesak untuk bagi makan juak-juaknya, apa saja yang ada terpaksa dikorek,mereka ni lebih lanun dari lanun,lebih penyamun dari penyamun.