Friday, April 29, 2011

PERMOHONAN MAAF GAP KEPADA TUN DR MAHATHIR DAN KELUARGA.


sejak 2 september 1998 atau lebih tepat hari anwar dipecat aku sudah berada dalam kem reformasi atau sebut ADIL. kemudiannya ia beralih kepada penubuhan parti keadilan nasional dan akhirn sekali pkr.

anak muda dan darah muda. gelojak amarah aku mula berpihak kepada anwar sejak dia dipecat.

2 september 1998 hari bermulanya sokongan tidak berbelah bahagi aku kepada anwar. banyak foto yang aku simpan, insyaallah tiba masanya akan aku keluarkan satu persatu.

foto yang melibatkan penglibatan aku (dan rakan) berjuang jiwa dan raga demi untuk perjuangan anwar.

asalnya dulu, aku pelajar yang cukup pro kepada dr mahathir. pada zaman belajar dahulu, setiap ucaptama dr mahathir akan aku simpan sebagai koleksi bacaan.

namun dek kerana darah muda pemecatan anwar membuatkan aku sedikit keliru.

aku dihasut untuk menyertai perjuangan anwar hanya berlandaskan kepada satu kaset sahaja, kaset yang disebarkan di seluruh pelosok tanahair yang merakamkan perbualan pemecatan anwar ibrahim sewaktu mesyuarat MT yang terakhir.

kerana aku bekerja shif, maka aku mampu memberikan hampir 70% masa,tenaga,wang ringgit demi untuk perjuangan anwar.

fanatiknya politik taksub kepada anwar hingga ke tahap karier kerja pun sanggup kami jadikan taruhan.

tanya pada kami, apa yang kami tak sanggup buat demi anwar ibrahim ? segalanya aku sanggup offer demi reformasi, demi anwar ibrahim.

demonstrasi,arsenik,konvoi kamunting,kesas highway, prk lunas,indera kayangan,ijok, pilihanraya sarawak (tahun 2002) yang ada diantara kami hampir ditetak dengan pedang samurai oleh puak BN,kongres,demo, ceramah,bawak karung kutip duit ceramah,jadi MC ceramah, jadi tukang jaga jalan masa ceramah,beli cd ceramah untuk diedarkan kepada rakan,kereta bertampal logo justice 4 all hatta tampal satu persatu sticker anwar sakit kat tiang lampu pun kami buat.

fanatik tahap melampau. semuanya kerana dah ditarbiyah oleh semangat anwarisme.

dulu, bagi kami dr mahathir adalah manusia yang paling tidak demokratik dan kejam. biarlah aku menulis jujur kali ini. jujur yang paling jujur. bukan nak mendedahkan aib atau kelemahan, sekadar nak bagitahu rakyat betapa silapnya aku membuang masa hampir belasan tahun menyokong perjuangan anwar yang akhirnya terbukti palsu.

MANA DATANGNYA NAMA 'GERAKAN ANTI PKR' ?

nama ini dah wujud sejak 2004 sewaktu raja petra melupuskan web FAC (free anwar campaign) dan mewujudkan laman barunya malaysia today.

aku tukang komen paling tegar dalam malaysia today, bersama-sama dengan rakan bloger mat saman kati (dulu anwarista sekarang dah tarik hand brake).

waktu itu aku pakai nama gerakan anti pas, aka GAP. pasal aku benci dengan perangai hipokrit pas.

aku sokong anwar kerana projektori imejnya yang islamik dan pro melayu. ini asal asas semangat anwarista aku.

dr mahathir digambarkan sebagai pemimpin zalim. pelbagai fitnah dan gelaran kami beri kepada tun mahahir dalam semua web pembangkang yang wujud ketika itu, terutamanya web malaysia today.

anwar melontarkan ide dan benih fitnah kepada kami. di sini terletaknya daya usaha kami untuk spin dan burukkan pimpinan dr mahathir.

mesej dan propaganda yang anwar sampaikan kepada kami, kami telan hidup-hidup. tanpa ada rasa terdetik untuk berfikir apatahlagi untuk argue (persoalkan) fakta yang dibentang.

proses politik yang berat sebelah ini (one sided) telah berjaya melahirkan gerombolan anak muda yang condong kepada fahaman anwarista.

buktinya, pada tahun 1999 atau lebih tepat semasa pilihanraya telah wujud hampir 650 ribu pengundi baru yang muncul selepas pasca reformasi.

nasib baik lah daftar pemilih baru ini tidak sempat digazetkan, jika tidak berkemungkinan kerajaan umno/bn sudah tumbang pada pilihanraya 1999 !

masa berlalu. harapan kami hancur luluh selepas tewas teruk pada pilihanraya 2004.

pkr tinggal sebatang kera, sebatang kara di parlimen. wan azizah wakil tunggal pkr di parlimen manakala dominic ng menjadi calon tunggal pkr untuk dun padungan di sawarak.

arakian teruk kena dengan BN sekalipun, semangat perjuangan kami tak pernah padam. lesu tak menghalang kami untuk terus bergerak. moral down tiada dalam istilah kamus kami.

kerana kami mengharapkan tatkala anwar bebas, maka kegemilangan politik pkr akan bersinar semula.

anwar bebas dari penjara namun selama 2 tahun pasca dia bebas, anwar langsung tidak melakukan apa-apa.

apa anwar tak menghargaikah perjuangan orang yang di luar penjara, bisik hati kami.

anwar telah mengecewakan hampir separuh penggerak reformasi selepas dia keluar dari penjara.

expectation (jangkaan) kami adalah mengharapkan agar selepas pulang dari munich, anwar akan memacu semula momentum semangat petang 10 september di dataran merdeka.

enjin movement politik aku mulai kendur.

hilangnya anwar rupanya punyai maksud. dia memasang strategi politik baru. 

politik lama anwar yang dia perjuangkan iaitu pertahan hak islam dan pro melayu sudah dibuang ke longkang. anwar yang nampak pada hari itu adalah anwar yang baru.

baru kerana anwar menyokong pemurtadan lina joy ! di sini bermulanya renggang politik aku dengan pkr.

apa sudah jadi dengan anwar ? dulu dialah pejuang islam sekarang tidak lagi.

stage kedua aku putuskan hubungan sama sekali dengan pkr apabila peristiwa padang chetty klang berlaku.

apa dia peristiwa padang chetty klang ? peristiwa dimana anwar hadir di hari perarakan kumpulan hindraf yang menyambut gembira pembebasan 'salah tapi bebas' mahkamah sesyen klang terhadap 6 puaka hindraf.

saat itu di mata aku anwar sudah lari dari perjuangannya.
anwar bukan lagi ultra melayu. 
anwar bukan lagi bekas presiden abim yang hebat.
anwar bukan lagi bekas timbalan presiden umno.

saat itu aku melihat anwar sebagai penyundal agama dan bangsa.

sungguh sia-sia perjuangan aku mendokong reformasi.

kalau orang macam aku yang 12 tahun menyokong anwar, tanpa dia kenal siapa aku pun boleh merasa kesal cuba kamu bayangkan pula apa perasaan dr mahathir yang puluhan tahun 'menatang minyak yang penuh' terhadap anwar.

keputusan pilihanraya 2008, akhirnya telah menyedarkan aku bahawasanya dr mahathir adalah betul.

anwar ibrahim adalah puaka politik bangsa. lahanat dap menang kerana anwar ibrahim. janji puaka bangsa ini yang menyebabkan cina dap menyokong agenda politik baru anwar ibrahim.

waktu itu aku dah mengaku silap. aku jugak yakin anak muda yang seangkatan dengan aku pada zaman reformasi pun berfikiran yang sama.

flow dan perjalanan sejarah puaka pakatan anda telah ketahui.

anwar dipecat antara sebabnya adalah kerana masalah moral .

anwar dipecat kerana masalah moral.
anwar dipecat kerana masalah moral.

sebab anwar dipecat adalah kerana masalah moral.

masa hari anwar dipecat, aku kata dr mahathir telah melakukan fitnah. tapi hari ini...semua tindakan dr mahathir satu persatu ditunjukkan kebenarannya.

khianat bangsa.
khianat agama.
khianat negara.

masa anwar dipecat dr mahathir kata anwar ada masalah moral. kata dr mahathir dia(anwar) telah melanggan pelacor.

2 september 1998 aku langsung tak percaya..tetapi hari ini ia telah dipertontonkan di depan mata.

ianya mengambil masa hampir 13 tahun untuk rakyat mengetahui kebenaran cerita dr mahathir.

aku kini menjadi penulis blog sepenuh masa, nama blog ini gerakan anti pkr.

gerakan anti pkr wujud selepas pilihanraya 2008. wujud kerana anwar menyokong lina joy murtad. wujud kerana anwar menyundalkan hak agama dan bangsa lalu diperjudikan  nasibnya oleh anwar ibrahim.

3 minggu lepas video seks anwar keluar. hari ini full version klip video itu sudah tersebar.

walaupun nama blog ini gerakan anti pkr, namun bagi aku ia masih kosong dan terasa kekurangan.

aku sedaya upaya untuk menebus balik kesilapan aku sepanjang berada dalam kem anwar. maka cara menebus kesilapan ini adalah dengan mewujudkan blog GAP. 

alhamdulillah blog ini sudah berada di tahap yang sewajarnya  sepertimana yang aku kehendaki namun satu perkara lagi masih tertinggal.

aku sudah banyak kali bertembung secara fizikal dengan tun dr mahathir. namun atas dasar keterbatasan dan faktor keselamatan tun, maka agak sukar untuk orang kebanyakan macam aku  mendekati tun dr mahathir.

hari ini hari jumaat.

aku tak tahu bila lagi aku berpeluang untuk berjumpa secara dekat tun dr mahathir.

apa pun sebagai anak muda, aku wajib bercakap jujur dalam hidup. sepanjang kesilapan 13 tahun dalam pkr banyak perkataan  kurang enak  telah aku lemparkan kepada tun dr mahathir.aku telah silap dan aku harus mengakui kesilapan lama aku.

BISMILLAHHIRAHMANNIRAHIM

ASSALAMUALAIKUM WB AYAHANDA TUN DR MAHATHIR DAN KELUARGA.

saya, dengan nama pena blog gerakan anti pkr menyusun sepuluh jari memohon jutaan ampun dan maaf di atas kebiadapan saya melabel ayahanda tun dr mahathir dan keluarga sewaktu saya berada dalam pkr.( selama 12 tahun).

maaf kan saya . ayahanda tun ,segala cerita  ayahanda mengenai anwar ibrahim akhirnya telah dipertontonkan oleh ALLAH SWT akan kebenarannya.

maaf kan saya. dosa saya selama  ini cukup banyak kepada ayahanda tun.penyesalan ini luar biasa dalamnya.penyesalan ini takkan bisa padam selagi saya tak dapat cium tangan ayahanda tun dan melafazkan permohonan jutaan ampun dan maaf.tolonglah maafkan kesilapan saya wahai ayahanda tun..

dengan perasaan rendah diri, sudilah kiranya ayahanda tun memaafkan kesilapan dan keterlanjuran saya. sekali lagi ayahanda tun..maafkan saya.wasalam.

215 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 215 of 215
KELISA DURI said...

Syabas ini lah perjuangan......
Minta ampun minta maaf biasa ... Allah sentiasa ampun .. saya tak percaya Tun tak ampun kan sedare.....

Anonymous said...

Syukur Alhamdulillah, saya amat terharu atas komen-komen dan kesedaran saudara semua. Saya tidak pernah menyokong Anwar dan kuncu-kuncunya seumur hidup saya. Saya pernah bekerja selama 5 tahun bersama Sukma (adik angkat Anwar) selama 5 tahun dan sedikit sebanyak saya tau apa yang sebenarnya.

Syukur semakin ramai yang sedar sekarang. Saya ingin menyarankan kita anjurkan satu perhimpunan besar-besaran contohnya di Dataran Merdeka ke untuk mengumpulkan mereka yang telah sedar ini bersama-sama. Kita jemput Ayahanda Tun sebagai tetamu istimewa. Di sini lah kita dapat memohon kemaafan daripada Ayahanda Tun dan lain-lain secara beramai-ramai.

Ianya juga merupakan satu perang saraf yang amat besar kepada puak-puak kiasu agar menampakkan kita bersatu-padu demi mempertahankan tanah air tercinta ini.

Diharap kita dapat melaksanakannya. Ianya akan menjadi acara "kill two birds with one stone" bersama-samalah kita bersatu demi agama, bangsa & negara

Anonymous said...

dari 1998 aku x pernah sekali berganjak dari menyokong tun.. setiap kali sujud aku mesti doa untuk tun. walaupun kebenaran mengambil masa.. alhamdulillah, ianya semakin hampir

semoga Allah terus merahmati mereka berdua.. aminnn

sejak awal tahun nie aku selalu baca ayat kursyi bila nengok gambar nuar dan hembuskan kat gambarnya sambil berniat.. memang terbukti kekuatan ayat kursyi ni ditambah ngan berkat doa serta sembahyang hajat kengkawan pas :D

Anonymous said...

Kerana inilah sbbnya menjadi blog kegemaran saya ...

Anonymous said...

MasyaAllah bro GAP,

Rupanya bukan sy seorang yang bergenang airmata membaca post saudara dan komen2 yang menyentuh perasaan....

Teruskan cadangan membuat upacara memohon maaf beramai2 dr TDM oleh mereka2 yang pernah mencaci dan menghina TDM. Event ini boleh diguna pakai sebagai alat perang saraf pada mereka2 yg masih belum sedar dr tidor...

Ingatlah DOSA dengan Allah bila2 masa akan diampunkan sebab kita sentiasa boleh berjumpa dengan Allah dan sifatnya YANG MAHA PENGAMPUN...TETAPI dosa sesama manusia tidak akan terhapus selagi kita tidak memohon maaf dari mereka....alangkah malangnya kita sekiranya ada dosa dengan manusia tetapi tidak sempat untuk meminta maaf dan sekiranya kita mati kelak dosa itu tidak akan terhapus....kita tidak akan melangkah ke syuga selagi tuan punya diri tidak memaafkan kita..nauzubillah....

Ingatlah setiap doa yang tak baik kepada orang yang tak bersalah akan memakan diri sendiri...

Memang benar lihatlah wajah TDM yang sentiasa jernih dan bersih jika dibandingkan dengan wajah2 DSAI atau Tn Guru ( zahirnya ).

Satu lagi, kita lihatlah nnt bagaimana cara mereka mati....susah ke senang? kalau mereka tak sempat nak bertaubat tentu Allah akan tunjukkan...

Sy dan sekeluarga berkesempatan menyaksikan Teater TDM di Istana Budaya tempoh hari.......sedih dan sayunya hati bila mendengar penonton menangis teresak2 bila sampai bhgn yg betul2 menyentu hati...

Rasa hormat dan berterima kasih yang tak terhingga kepada TDM dan isteri.....Marilah kita doakan semoga beliau diberikan kesihatan yang berkekalan.....

Semua rakyat Malaysia terutama org MELAYU terhutang budi kepada beliau...

drsbos said...

GERAKAN ANTI PKR (GAP)
"PERMOHONAN MAAF GAP KEPADA TUN DR MAHATHIR DAN KELUARGA."

"Ianya mengambil masa hampir 12 tahun untuk rakyat mengetahui kebenaran cerita Tun Dr Mahathir."

Ulasan:

Keberanian memohon maaf pertanda hati telah dicerahkan dengan kebenaran. Amin.

Saudara beruntung kerana permemohonan maaf anda semasa TDM masih lagi menghayati [dengan izin Allah]suasana politik Malaysia yang sedang bergolak. Syabas.

Saranan:

GAP sepatutnya bermaksud GERAKAN ANTI PEMALSUAN. Membongkar kepalsuan mendatangkan kebaikan bersama untuk Melayu Islam. Anti kepada golongan tertentu tidak mendatangkan hikmah untuk menuju kebenaran. Kebenaran adalah dalam ilmu Allah.

Semoga Ilmu Allah menjadi petunjuk dalam kehidupan ini.

A.Fathi said...

Alhamdulillah kita diberikan hidayah untuk bebas drpd pukauan anwar...

lihat shj isu cincin rosmah dan video seks anwar... bukan nak sokong mana2, tetapi lihat betapa kuatnya sihir anwar..video seks nya adalah fitnah walau pun berbukti..tetapi cincin rosmah betul dan memang benar cerita itu, walau pun tak nampak rosmah pakai dan banyak kepincangan dlm print screen..
betapa bodohnya masyarakat apabila terkena sihir...

A.Fathi said...

TDM banyak membantu ummat Islam ketika masih dibangku PM. Bosnia, Afghanistan dan beberapa negara2 Islam di Afrika. Di Bosnia & Afghanistan, TDM yg supply senjata pada mujahidin2.

Anonymous said...

ALLAH HUAKBAR,Alhamdulillah syukor pada ALLAH.sejak dulu dan hanya baru baru ini tidak begitu,apa dia? Tak boleh tidur malam hanya teringat bagaimana nak pertahankan Mahathir kala ketahui orang mencacai dia.Marah sedih...sebagainya.Saya tak punyai pendapatan tetap tapi dah berkira utk simpan wang utk digunakan buat tambang perjalanan sekira apa2 berlaku pada Tun Mahathir..Allah kurniakan kekuatan kesihatan pada Tun berdua hendakNya.Sapa2 TOLONG ANJURKAN DAN HEBAHKAN MAJLIS BERSAMA TUN MAHATHIR jika perlu kutip duit[kongsi]saya pasti bersama.Dia adalah Pemimpin Bangsa Melayu yang hebat.Satu perkara lagi,buat Azmin Ali baru2 ini maki Tun Mahathir..aku akan ingat kau sampai mati petualang bangsa ini..teringin sangat nak jumpa kau.

Anonymous said...

ALLAH HUAKBAR,Alhamdulillah syukor pada ALLAH.sejak dulu dan hanya baru baru ini tidak begitu,apa dia? Tak boleh tidur malam hanya teringat bagaimana nak pertahankan Mahathir kala ketahui orang mencacai dia.Marah sedih...sebagainya.Saya tak punyai pendapatan tetap tapi dah berkira utk simpan wang utk digunakan buat tambang perjalanan sekira apa2 berlaku pada Tun Mahathir..Allah kurniakan kekuatan kesihatan pada Tun berdua hendakNya.Sapa2 TOLONG ANJURKAN DAN HEBAHKAN MAJLIS BERSAMA TUN MAHATHIR jika perlu kutip duit[kongsi]saya pasti bersama.Dia adalah Pemimpin Bangsa Melayu yang hebat.Satu perkara lagi,buat Azmin Ali baru2 ini maki Tun Mahathir..aku akan ingat kau sampai mati petualang bangsa ini..teringin sangat nak jumpa kau.

Anonymous said...

ALLAH HUAKBAR,Alhamdulillah syukor pada ALLAH.sejak dulu dan hanya baru baru ini tidak begitu,apa dia? Tak boleh tidur malam hanya teringat bagaimana nak pertahankan Mahathir kala ketahui orang mencacai dia.Marah sedih...sebagainya.Saya tak punyai pendapatan tetap tapi dah berkira utk simpan wang utk digunakan buat tambang perjalanan sekira apa2 berlaku pada Tun Mahathir..Allah kurniakan kekuatan kesihatan pada Tun berdua hendakNya.Sapa2 TOLONG ANJURKAN DAN HEBAHKAN MAJLIS BERSAMA TUN MAHATHIR jika perlu kutip duit[kongsi]saya pasti bersama.Dia adalah Pemimpin Bangsa Melayu yang hebat.Satu perkara lagi,buat Azmin Ali baru2 ini maki Tun Mahathir..aku akan ingat kau sampai mati petualang bangsa ini..teringin sangat nak jumpa kau.

Anonymous said...

silap besar la yahudi n proksi dia anwar lepaskan mahathir.. sebb akan ade beribu lagi mahathir pas ni.. sumpah aku sggp bunuh anwar kalau terdesak sgt

Anonymous said...

bacalah buku tulisan ZAM berkaitan TDM, kamu akan tahu isi hati TDM yg sebenarnya. Beliau sememangnya seorang pemimpin. Terima kasih tak terhingga kpd TDM. semuga Allah ampunkan dosa TDM kerana jasa nya kpd malaysia dan dunia islam. amin.

Anonymous said...

I visited multiple websites but the audio feature for audio songs existing
at this website is genuinely marvelous.

Anonymous said...

I’d have to examine with you here. Which is not one thing I usually do!
I take pleasure in reading a post that may make folks think.
Additionally, thanks for permitting me to comment!


Also visit my blog; website
my site :: innqu.com

«Oldest ‹Older   201 – 215 of 215   Newer› Newest»