Friday, July 29, 2011

HARIMAU MALAYA : CADANGAN UNTUK FAM.

banyak pendapat telah dikemukakan pasca keputusan bolasepak kelayakan piala dunia zon asia tenggara.

semua dah tahu keputusan jadi tak perlu aku detailkan pendapat.

fokus kita sekarang, ke mana arah kita selepas keputusan malam tadi ?

kami berada dalam stadium bukit jalil. mood penyokong bola sepak malaysia sebenarnya berada di dalam keadaan cukup luar biasa.

sudah lama kita tak melihat sokongan, jerit pekik,nyanyian tanpa henti selama 5 jam sebelum dan semasa perlawanan berlangsung.

signal ini menunjukkan bahawa kepercayaan rakyat malaysia terhadap peningkatan kualiti bolasepak negara sudah mula mendaki naik.

menyalahkan keegoan rajagopal kerana enggan meletakkan  tonggak pertahanan berpengalaman dan berada dalam form yang tinggi ( nurhafiz zamani misbah dan subramaniam) dikala kritikan kelemahan bek pertahanan harus dihentikan.

kurangkan sikap menjadi 'cry baby' tiap kali kita berhadapan dengan masalah. 

game sudah berlalu. kita tetap bersama rajagopal dikala saat menang dan kalah.

cadangan aku.

beberapa pemain kebangsaan (skuad senior dan junior) wajar dihantar bermain di kelab luar negara seperti jepun dan korea.

dah tiba masanya mereka mendapat peluang bermain dalam liga yang lebih kualiti permainannya.

harus diakui, kekurangan  skil,mental game dan kepantasan merupakan isu yang wajar digodak dengan kadar segera.

cool down dan jadilah kita peminat bolasepak harimau malaya yang ada semangat kesukanan yang tinggi.

skuad senior sudah boleh memikirkan rancangan dan persiapan rapi untuk kejohanan piala asia tahun hadapan.

skuad olimpik pula sudah berjaya melangkah ke pusingan kumpulan kelayakan olimpik.

kalau menang, insyaallah 2012 pasukan bolasepak malaysia bakal masuk kejohanan olimpik. ini pasukan pelapis yang satu hari nanti akan menjadi pemain skuad senior.

aku harap kita memberikan sokongan moral kepada semua pemain.

selesai game malam tadi, puluhan ribu penyokong malaysia masih tetap memberikan sokongan luar biasa kepada skuad malaysia. sesuatu yang hebat. chemistry pemain dan peminat cukup serasi.

kekalkan momentum ini.

sekali lagi harapan aku, hantarlah seberapa banyak pemain untuk beraksi di negara korea dan jepun. safee sali saja tak mencukupi.

kepada seluruh pemain, blog gerakan anti pkr mengucapkan terimakasih di atas semangat juang anda.

anda layak mendapat salute daripada rakyat malaysia !

52 comments:

  1. ntahlah...aku sebenarnya dah naik jelak dengan skuad malaysia nieh....tak kiralah skuad junior ka...skuad veteran ka.. buang masa aku ajer dok tengok live selama ari nih. .....
    bagi aku masalah besar diorang nih....

    tak konsisten langsung masa bermain.
    Kejap cam okey, tp bila kiter amati betul2....skill individu mengawal bola pun masih lemah. Passing bola pun tak sampai.


    Ko tengok striker tua singapura tua tuuu....dahlah boroi macam aper....lari pun pancit semacam ajer....tp still defender kiter tak boleh nak makan dia...ader ketika tuu si boroi boleh selamber jer bawak bola sampai masuk kotak penalti....aper citer nih beb. Umur dia dah 40 lebih.....tp budak2 defender kiter semua linkungan bawah 25..Ada ketika tuu smpi 3 org jaga si boroi....tp still boleh lepas....depa xleh nak makan...mmg tak boleh terima dek akal langsung.

    safee zali pelita ayam tu pulak...harap jadi shooter ajerlah mamat tuu...nak cipta peluang jangan haraplah...dia tuu kalau nor shahrul x bagi dia bola....jgn haraplah nak score. Semua harap orang passing the ball pada dia....tunggu boleh ajer keje. Dia tuu mmg takde skill nak bawak boleh dari tengah smpi ke gol. Semua jaringan dia dalam petak penalti ajer.

    Prestasi skuad malaysia nih sebenarnya masih di takuk lama. Sejak zaman mulanya liga perdana sampailah skrg. Menang suzuki cup ari tuupun aku ingat nasib baik percubaan pasukan lawan banyak tersasar ajer, pastu percubaan banyak ditangkis oleh keeper pahmi tuuu. Kalau tidak...mmg bungkuslah Malaysia.

    Masa Malaysia lawan Taiwan arituupun sebenarnya....Taiwan ada chance besar boleh menang. Sepakkan kencang striker diorang semua dari luar petak..hampir2 masuk...banyak yg kena palang dengan tiang.

    Aku ingat sekalipun Malaysia boleh lepas kelayakan piala dunia dengan prestasi semacam nih.....mmg akan jadi team lubuklah. Kena ayamlah dengan team2 lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..si boroi tu anggap bermain dg budak tabika je..hee

      Delete
    2. hehe..si boroi tu anggap bermain dg budak tabika je..hee

      Delete
  2. undur..undur..rajagobal undur..

    ReplyDelete
  3. salam, sepatutnya rajagobal tengok dan lihat prestasi semasa pemain. kebanyakan pemain yang membarisi skuad kebangsaan dari pasukan yang prestasi dalam liga tempatan sudah merosot. sepatutnya beberapa pemain terutama kelantan yang prestasi agak mantap diserap dalam pasukan kebangsaan. pemain-pemain ni dah menunjukkan prestasi membanggakan semasa menentang chelsea. rajagobal sepatutnya dah dapat petunjuk apabila melihat pertahanan pasukan negara semasa perlawanan persahabatan.

    ReplyDelete
  4. 1. Banyak kali pemain pertahanan malaysia gelabah, nak clear bola tapi sangkut kat pemain singapura. macam bodoh aje, nak hantar bola tu tak tengok2.

    2. rata-reata pemain malaysia malas nak cover balik bila bola terlepas dari kaki mereka. tak ada rasa tanggungjawab, cepat putusasa.

    3. aku tengok penyerang singapura selalu turun bantu midfield mereka dan tak takut hilang stamina. penyeranag malaysia tak macam tu, main cara lama, kalau dah kat kotak, maka kat situlah dia duduk. jurulatih pun masih latih cara lama.

    4. pertahana singapura sentiasa rapat dengan penyerang malaysia tapi pertahanan malaysia diri jauh dari penyerang singapura, cuma harap penyerang singa buat silap. mana boleh harap orang lain buat silap, sepatutnya sergah. ini peranan jurulatih, tapi rasanya jurulatih hanya latih lari kelilig padang.

    5. pertahanan malaysia senang kena gelecek. carilah pemain yang alert sikit dan cepat berpusing.

    6. kagum dgn pemain singapura yg lekat dengan bola, tapi pemain malaysia tampan bola pun tak pandai. jurulatih apa kerja ? latih buat sit-up aje ke.

    ReplyDelete
  5. elok lah kita kalah.... korang2 bg hidayah kat NIK AZIZ

    kalu melayu bersatu 85 ribu. skalipun...jika mrk pakai bantuan asing barat...bantuan ngri China..

    Melayu akan kalah dan terpaksa tunduk kat Cina PAP DAP..MELAYU KALAH NI TERMASUK NIK AZIZ ..ANUAR DAN KETURUNAN NYA...AXMIN DAN ISRI NYA...

    DANA2 ASING TU HUKUM2 LAH HARAM !!!wahai nk azz..slama mana nk subahat

    ReplyDelete
  6. Patutlah Malaysia kalah, Hishamudin ada dalam stadium. Bawa bala. Hehe.

    ReplyDelete
  7. Kalau Singapura tolak semua pemain2 impot, tak munkin diorang menang.Lepas ni percaya lah dia akan ambil orang impot bangsa omputeh dan cina Habis orang melayu sana tak boleh carik makan..Kalau dalam super liga boleh lah buat macam tu.

    KALAU aku sbg rakyat Singapura malu lha nak ngaku kemenangan ini..Kalau Msia buat macam ini pun aku tak respek...

    ReplyDelete
  8. Aku setuju dengan pandangan GAP..
    1. Teruskan program mencungkil bakat muda di peringkat sekolah lagi..
    2. Program latihan yang berterusan dan kekalkan pemain yang ada serta masukkan pemain yang berpontensi.

    ReplyDelete
  9. sejak dulu skuad kita syik mengasah bakat baru..mesti yg muda. Ramai pemain senior yg boleh main tolak tepi konon dah tua.

    Dalam game yg penting ialah menang, baru boleh melangkah kepusingan seterusnya.

    Singapore peduli apa mat saleh tu tua..yg penting dia boleh bawa kemenangan. peduli apa org nak kata pemain impot..yg penting menang... ranking naik.. company sponsor masuk.

    Tengok la Italy.. average umur world cup team diorang pun 28. Kat stage besar, experience counts!

    ReplyDelete
  10. game malam tadi dah ok. cuma kita terbeban dgn beza 2 gol masa lawan kat singapura. kalau gol ke-5 haritu xde, malaysia akan menang...

    safee sali main best . tapi xleh la dia sorg nak kena score. nor shahrul injured pulak...aiseyman betul. tapi apa pun harimau malaya tetap di hati. gua tak main la kutuk2 negara sendiri. gua kutuk pemain singapura yg gemuk dan suka berlakon je. yg penting singapura tak buat dua bicycle kick serentak...ada??

    ReplyDelete
  11. Tak perlu kutuk player2 yang dh banting tulang nak naikkan nama Malaysia. Aku percaya bola sepak kita akan gemilang. Harimau Malaya dh berjaya create fenomena bolasepak tanah air dan itu sudah boleh dibanggakan. Its not how hard you can hit, it's how hard you can take the hit and keep moving forward. Aku berdiri teguh bersama Harimau Malaya.

    p/s: Tolong hantar Safee Sali, Apek, Amirulhadi g main kat Korea ke, Jepun ke, tkyah stay kt Malaysia..end up jd pasif kalau main kat Liga Malaysia

    ReplyDelete
  12. Kita kena terima hakikat tahap kita memang mcn tu jer,selagi beberapa pemain tidak di hantar keluar utk pendedahan.Kita ada lagi team olimpik.

    FAM kena lantik jurulatih asing utk menambah baik kepakaran dan skill individu.kelemahan kita di setiap bahagian,bkn pertahanan saja,jika jentera tengah gagal impaknya pada pertahanan.kita bernasib baik mempunyai penjaga gol yg baik kalau tak malu besar kita.

    Apa pun sekalung Tahniah utk coach,pemain kalah tak bererti gagal selamanya.Malaysia boleh.

    ReplyDelete
  13. bab nak hantar pemain ke korea & jepun tu...kena ada offer...tak bole suka hati nak bagi diorg main kat sana...kalau ada offer utk sessi pemilihan pun dah kira cukup bagus...

    kita kena layak ke piala asia dulu...baru kelab dari jepun & korea dpt lihat aksi pemain kita....

    ambik contoh semasa world cup....bila senegal bermain di world cup...walaupun sekadar lepas pusinga ke 2 shj,byk kelab2 besar eropah membuat tawaran kpd pemain senegal....

    fokus kita skrg adalah utk layak ke piala asia 2015 dan kekalkan kejuaraan piala AFF 2012

    ReplyDelete
  14. AKU BENCI DGN ORG YG MENGEJI DAN MENCACI BILE KALAH TP MEMUJI BILE MENANG. HODOH SUNGGUH PERANGAI ORG MACAMNI..TP KRITIKAN MEMBINA TETAP PERLU UNTUK PENINGKATAN

    ReplyDelete
  15. SEDIH NYA HARIMAY MALAYA GAGAL UNTUK KE PUSINGAN SETERUSNYA........INI SEMUA GARA-GARA PAKATAN HARAM DAN BERSIH........WALAU APA PUN TERJADI NI SEMUA SALAH DIORANG PAKATAN HARAM BERSIH......WAWAWAWAW CIBAI PUNYA PAKATAN HARAM MENYALAHGUNAKAN WARNA KUNING.........

    ReplyDelete
  16. Bola sepak bukan sukan utk kita beraksi dipentas dunia, begitu juga negara2 barat mereka tak layak utk jaguh dalam sukan tertentu.. Dicadangkan tak payah lah FAM atau kerajaan terlampau fokus dan banyak membuang masa serta wang utk bola sepak.. Lebih baik beri tumpuan pada sukan yg lebih berpeluang cerah utk kita bersaing diperingkat pentas Dunia saperti squash, badminton, lumba basikal dan boling. Menteri Belia jangan tidur, buat homework, malas nak guna otak utk berfikir bolih letak jawatan, ramai lagi diluar sana yg layak jadi menteri Sukan yg lebih hebat! Harap bolih faham.. jangan jadi mangkuk sampai pencen..

    ReplyDelete
  17. ok je Malaysia main..memang la frust skit sbb kalah tapi kena ingat banyak perlawanan lain lagi..harap lepas ni jurulatih dan pemain lebih fokus. Singapore pun bukan 100% tulin rakyat dia yang main.

    ReplyDelete
  18. Terbukti corak permainan Singapura lebih berkesan dibandingkan dengan kita. Terimalah kekalah dengan hati yang terbuka, mungkin ini bukan rezeki kita. Apapun diharap pasukan kita belajar dari kelemahan. Nak kata frust, memanglah saya sangat-sangat upset semalam.

    ReplyDelete
  19. tak payah kutuk sgt team kita. Kita bukan target nak mng piala dunia, kalau boleh pgi third round pun kira sgt bagus.

    ada perkara yg kita boleh beri harapan, ada perkara tidak. akuilah. kita diluar pdg smua pndai, kalau kita pandai takkan kita yg ddk luar pdg, mestilah kita sndiri yg main.

    dah tau kita hnya layak jd penonton, sokonglah, banggalah dgn kemampuan pemain kita.

    daripada menang dgn cara s'pore beli pemain luar, lebih baik kalah mcm m'sia, lebih bermaruah dan beretika, sekurang2nya dlm sukan. sorry aaa...

    ReplyDelete
  20. anugerah tuhan.. Ko ingt Safee tu striker mcm dlm komik ke... leh gelecek dr bwh sampai gol... problem nye kite x de midfield yg baik.. Safiq rahim ok.. tp more to defensive midfield... kena cari Central midfiel and attcking midfield tuk support Safee/stricker... patutnye liga SUPER ader import player... so player kite boleh blaja dr diorg...

    ReplyDelete
  21. aku rasa ada yg bawak barang sial (bendera pas) masuk stadium, tu yg kalah tu...

    ReplyDelete
  22. hahaha... GAP oh GAP...

    kamu ni nak tunjuk hebat ke? ulas politik,ulas hiburan, ulas keselamatan, ulas agama, ulas sukan pon ada...

    hahahaha...

    tapi GAP, yg problem nya bro, kamu punya ulasan macam sampah.IQ kamu ni gerenti rendah... gagal matematik kot kat sekolah dulu kot! itu pon kalau kamu ada pergi sekolah.... kah kah kah GAP GAP... kamu ni bodoh sebenarnya... tak de isi.... (no substance lah bro, kesian! melayu seekor ni!)

    lepas ni kamu cerita pasal sains lah pulak yer...

    GAP GAP... kisah mistik jgn lupa pula... hehehe

    ReplyDelete
  23. ada benar cadangan GAP supaya FAM hantar pemain malaysia bermain di liga luar spt jepun dan korea.. tapi masalahnya.. adakah kelab2 luar tu nak terima pemain2 dari malaysia utk bermain dgn kelab mereka.. kena fikir gak tu.. bkn sedap mulut je bagi cadangan.. apapun syabas kpd pemain malaysia yg semakin menunjukkan sedikit peningkatan.. syabas juga kpd penyokong harimau malaya yg memeberi sokongan padu.. harus diingat pasukan gergasi argentina dan brazil juga kecundang pd piala copa amerika.. kekalahan bknlah titik noktah.. apa yg penting sokongan yg berterusan dr penyokong semoga harimau malaya akan menjadi pasukan yg digeruni satu masa nanti.. siapa tahu kan..

    ReplyDelete
  24. Aku setuju cadangan GAP nak antar player ke luar negara...Tapi secara realistiknya,yg patut dihantar adalah pemain2 remaja dah kita juga harus memikirkan kos yg harus ditanggung oleh FAM utk menghantar mereka.....Mmg senang nak mintak player senior main kat Jepun dsb tapi soalnya ada tak team yg nak beli dan bayar gaji diorang....Jadi, aku cadangkan FAM memikirkan bagaimana caranya nak mendapatkan dana nak hantar pemain2 kita ke akademi2 bolasepak terkenal luar negara utk menimba pengalaman.....Biar mereka ni tahu bersaing dengan pemain2 yg lebih hebat dari diorang sebagai cabaran utk mereka semua...Last sekali,mlm tadi aku ada kat stadium, keputusan seri 1-1 aku anggap fair pasal kita kehilangan tonggak2 penting spt Syafiq dan Norsharul...Aku tak pernah jemu menyokong team negara 'through tick or thin'...Go Malaysia!!!

    ReplyDelete
  25. Aku tetap salahkan coach Rajagopal. Dia tak pandai menilai kekalahan Msia di Singapore miggu lepas. Masih biarkan player spore yang bahaya bebas atas padang.

    Lihat pemain Msia, kekeringan idea dan strategi. salute pemain ikut arahan coach, tp arahan coach Rajagopal boleh dipertikaikan.

    Sokongan peminat mcm sekarang ni akan diam2 terkubur kalau team masih tak hargai.

    Saya pernah jumpa coach Rajagopal ni...orangnya memang cakap besar dan tak berlapik semenjak Msia menang Piala Suzuki. macam dia je yang bagus...

    Tukar coaching team, itu jer cara nak grooming young talents player yang kita ada sekarang ni.

    ReplyDelete
  26. Ambil Gus Hiddink jadi coach pun Malaysia tak bolih maju dlm bola sepak. 90 peratus utk berjaya dalam bola sepak ialah pemain. Kita tiada bakat berterusan, sekadar bolih bermain tetapi tak bolih pergi WORLD.Bubar jer FAM.. tukar kpd BOLA JARING LELAKI!

    ReplyDelete
  27. tahniah utk pasukan malaysia.
    kita lihat ada beberapa kelemahan yg perlu d atasi segera.
    pertahanan - lemah mungkin kaki tak cukup bagus
    gol kipper - cari pelapis mulai sekarang , syarat ketinggian mesti d patuhi
    penyerang - latih lah pelari pelari 100 atau 200 meter pecut utk main bola
    rasanya msia akan maju terus dan berjaya

    ReplyDelete
  28. saya syorkan pada rajagopal supaya diadakan latihan tubi passing bola control dan skill mengelecek pertahanan lawan...bab ni terlalu lemah...pemain malaysia selalu kehilangan bola bila passing kat diaorang...

    ReplyDelete
  29. RajaGopal tetap salah, dan amat ketegag...naper diturunkan juga ISmail Faruqi yng memang tak bleh main, naper masih maintain dudak defen tu...naper, then naper masukkan Fakri n Gurusamy yg ternyata tak layak, mana Badroll n Ashaari,. ni game penentuan bukan game persahabatn, BUKAK mata n analysis dari masa lawan Taiwan kat KL lagi, group defend tu memang hancoq, masih kekai, tiba2 masuk pula Ismail Faruqi n Fakri n Gurusamy....RAJAGOPAL banyk lagi pemain senior yg baguih...
    RAJAGOPAL memang bengap...KETEGAG nak mampuih...saya terima kekalahan semalam andai pemain senior dapat beraksi, Badrool Baktiar n Ashaari dapat beraksi, sekurangnya kita sudah berusaha....at least ada perubahan...sian safee n apek...pulun gila, then yg len main macam sayoq

    ReplyDelete
  30. Aku cadangkan Mat Sabu jadi coach baru.
    Gerenti Malaysia menang.

    Si pekan telur tembakul.

    ReplyDelete
  31. kalah menang adat bertanding. sebagai peminat harimau malaya terasa kecewa juga. tapi tak pe, kita cuba lagi di lain game. gagal hari ini bukan bermakna hari esok dah tak boleh melakar kejayaan. kita jangan hanya tau mengeji bila kalah memuji bila menang. sekali kita nak menang, beribu kali lagi pemain nak menamg. semua kena ambil iktibar dari kekalahan kali ini. bravo harimau malaya. kalah menang kami akan tetap bersamamu.

    ReplyDelete
  32. kalah tidak beerti gagal...tapi kita gagal bila tidak bangkit dari kekalahan...teruskan usaha...perjuangan hari ini adalah untuk kejayaan esok...

    ReplyDelete
  33. klau x suka jgn komen bg down skuad negara.kalah menang adat.sbb kalah cuma kita buka aurat ja.....sory klau pedih.malaysia boleh bro...

    ReplyDelete
  34. kita kena realistik ,akui je bahawa team kita kurang bagus.belom sampai ke tahap 20 terbaik asia lagi .

    tak payah nak salahkan singapore pakai pemain import ke tak..pedulikan team lain nak pakai sape ke, dari negara mana ke.nak score pakai kepala lutut ke.kalau pemain kita cukup handal dah tentu boleh menang dan dapat bersaing dengan negara mana pun.

    apa pun saranan dari GAP sangat baik, cuma masalah nya adakah kelab2 luar negara mahukan pemain kita..

    Joe Jambul

    ReplyDelete
  35. player maintain !
    coach tukar!!

    KELING NI CUMA PANDAI GAMBLE!
    masuk kan k gurusamy buat apa?
    BAIK KAU MASUKKAN SAMY VELLU!

    DEVELOP N POLISH 2 SET 1ST ELEVEN BAGI MANTAP!!

    ReplyDelete
  36. Cadangan aku,setiap bayi lelaki yang baru lahir, gari dengan sebijik bola..booola betul.bukan yang 2 biji tu. lepas 20 tahun mesti jadi juara piala dunia.

    ReplyDelete
  37. kalau anda pernah main Fotball Manager , cadangkan aku FAM patut letak syarat seperti negara EU yang mana pemain import 11 orang atleast 4 orang dari negara eu.

    jadi kita dikalangan negara asean, cadangan mcm setiap team mempunya permain import sekurangnya 4 ke dan mestilah diberi keutamaan kepada negara2 asean..
    kadang import awang hitam bukanlah membantu juga bola sepak malaysia

    cuma mentallity pemain bola sepak melaysia , bila kalah 1 goal , terus kalah lagi.. semangat kena ada

    ReplyDelete
  38. point aku ckp tu merujuk untuk kelab ni malaysia

    ReplyDelete
  39. stick to this team...tk pyh tukar2 team lg...yg kena tukar ialah coach saja...utk bawa ke next level perlu coach yg lebih berwibawa...di msia takde..kena amik coach luar..

    bagi saya spore menang sbb strategy coach dia lebih berkesan dr kita..man to man kita lebih bagus dr mereka..

    ReplyDelete
  40. KENAPA HARUS D HANTAR KE KOREA ATAU JEPUN...

    CUBA KAU JELASKAN SIKIT GAP...

    TAK FHM AKU...

    KAU NAK AJAR PLAYER MALAYA NI LANGGAN MATA SEPET DOLL KE...

    ReplyDelete
  41. ANUGERAH TUHAN (TUHAN MANA) 619 AM...

    KAU JELAH JADI COACH...

    KAU JELAH YG MAIN...

    KAU JELAH YG JADI MANAGER K...

    ReplyDelete
  42. ZSK69 834 AM...

    AYAT KAU TU AKU SETUJU...

    ReplyDelete
  43. Cadangan yang paling baik ialahhhhhh...

    Pilih pelajar pintar yang selalu dapat no1 dalam kelas dan digelanggang juga no1.Masa sekolah dulu olahragawan sekolah aku tak lain tak bukan pelajar terbaik sekolah yang juga ketua murid.

    Sebenarnya pemain kita sekarang ni kebanyakannya memang tak layak main bola.Badan kecik bukan masaalah besar kalau minda dan jiwa besar.Mereka dapat main sebab yang benar-benar layak tidak dapat 'pelepasan' daripada ibubapa dan guru mereka untuk main bola sebab terpaksa memenuhi hasrat orangtua mereka nak anak mereka cerah masa depan...dan guru-guru mereka yang 99% cenderung kepada akademik sentiasa menekankan bahawa kejayaan dalam pelajaran adalah lebih utama daripada sukan...

    Sukan hanyalah riadah saja,bukan satu bidang yang diiktiraf seperti senilakon dan nyayian.

    Pendek kata pemain kita sekarang ni hanyalah pemain bidang terjun sahaja,bukan yang first class.Anak muda kita yang cergas cerdas seperti pemain terbaik dunia tidak berada ditempatnya,bukan tak ada tapi kita yang tak benarkan atas alasan masa depan mereka tak menentu kalau bergiat dalam sukan.

    Bukan setakat minat saja,kepintaran amat perlu untuk cemerlang dalam sukan.

    Selagi kita tidak mengiktiraf bakat sukan sebagai satu keistimewaan atau 'special one'selagi itulah sukan kita terus diwakili oleh mereka yang(mungkin)tak ada harapan untuk ke menara gading...dan selagi itulah kita terus kempunan ke Piala Dunia.

    ReplyDelete
  44. Rajagobal bukanlah seorang pakar bolasepak,dia juga bukan seorang pemikir dan jauh sekali seorang ahli falsafah.Selepas 25 minit separuh masa pertama saya tidak lagi menonton perlawanan itu kerana Rajagobal jelas tidak dapat diagnos kelemahan pasukan.Beliau seorang yang bertuah sebenarnya.Pemain bolasepak di peringkat tinggi adalah mereka yang pantas berfikir.Sayang, budak-budak kita ada potensi,jangan dibazirkan.FAM masih tidak berubah,ada puaka di situ.Beberapa bulan sudah saya ada bercakap dengan legenda Ghani Minhat,beliau menekan yang setiap pemain negara wajib mempunyai kemahiran pengawalan bola pada kadar 100 peratus jika kita ingin maju.Saya rasa,jika betul kita berhajat ke Piala Dunia,dapatkan jurulatih bertaraf dunia.Selepas layak ke Piala Dunia mungkin akan lahir pula jurulatih tempatan yang betul-betul berkaliber dan mampu mengambil tanggungjawap sebagai jurulatih.Contohilah Korea,Jepun,Nigeria,Ghana,Senegal dan banyak lagi negara.

    ReplyDelete
  45. Penyokong Setia S'gorJuly 30, 2011 at 10:13 AM

    SebenorNya "Harimau Malaya" boleh menang...yg buat kita kalah di sbbkan banyak ( monyet,kera,ungka )pengacau dan penipu...takci guna tembak2 laser pd pemain2 S'pura...di stadium S'pura x de menatang2 tuuu...sbb tuu lah depa boleh menang....Serupa jugak macam PRO PR lahhh..suka menipu...sbb tuu lah kena belasah teruk

    ReplyDelete
  46. tak payah la kita nak saling menyalahkan antara 1 sama lain...team kita dah kalah,kita kena terima.tahun depan kita cuba lagi untuk piala asia.pelan2 kayuh dulu.

    nasihat aku untuk mereka yang mencaci pasukan malaysia,bawak2 lah bersabar.jgn cepat melatah.pemain kita dah cuba sebaik mungkin utk menafikan defisit 2 gol tu.puncanya bukan perlawanan di kuala lumpur,tapi dari singapura lagi.

    aku sendiri pun xleh terima hakikat dengan keputusan ni.apa yang terbaik kita perlu lakukan sebagai penyokong,teruskan beri sokongan padu kepada skuad olimpik.kita akan menentang pasukan jepun,syria n bahrain.insyaallah erkat doa n sokongan penyokong malaysia kita mampu melangkah ke sukan olimpik.

    rata2 pemain yang mewakili untuk kelayakan piala dunia baru2 ni adalah pemain dari skuad olimpik i.e khairul fahmi,muslim dan lain2...bagi sokongan yang padu kat dorang...

    go malaysia go!!!!!

    ReplyDelete
  47. gua sokong lu anugerah tuhan.... ntah apa la bola kita tapi apa pun rajagopal la dari awal dah silap patutnya player2 yg bagus2 la kasi main masa kat singapore dah menang baru la kat stadium jalil turun yg junior...yg junior musti kita turunkan bagi depa pengalaman...kalu lah rajagopal pandai main stategi kompem la mesia ke srage seterusnya...kpd player2 kita jgn arap org antar bola ja ... yg lain belatihlah pasing bola tepat dlm keadaan tekanan bola musti macam melekat kat kaki jgn cepat pancit ...kena org main pantas 2nd half tercungap2...Kunalan ok tak reti letih ka mamat ni

    ReplyDelete
  48. menang dan kalah adat bertanding... tp i tk boleh terima ada segelintir pihak politik kan pulak gama malam tu.. katanya knp harimau malaya pakai baju biru... knp tk kuning.. merujuk pada fahaman bersih derang! spoil!

    ReplyDelete
  49. menang dan kalah adat bertanding... tp i tk boleh terima ada segelintir pihak politik kan pulak gama malam tu.. katanya knp harimau malaya pakai baju biru... knp tk kuning.. merujuk pada fahaman bersih derang! spoil!

    ReplyDelete
  50. buat research d luar tentang bola pd negara2 yg da maju..jg ikut taktikal long ball..ni zmn masa atuk aku idup...tingkatkan motivasi minda...n skill perseorgan..kwlan bola d kaki..n teknik tendangan tepat n kuat deras...ni cam auww..

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.