Wednesday, July 25, 2012

WALAUPUN IBLIS DIRANTAI, PKR TETAP ADA !



PKR Cuba Cetus Pemberontakan Negara Islam Terhadap Arab Saudi

Di kala dunia mula membuka mata dan mengutuk keganasan rejim Zionis, tidak semena-mena ada pihak yang cuba mengalih perhatian dengan membangkitkan persoalan terhadap kerajaan Islam, yakni, Arab Saudi.   Pihak yang diperkatakan di sini pula, bukanlah pihak barat, tetapi seorang penulis pro-PKR, sekali gus menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa PKR adalah agen Zionis di Asia Tenggara.  

Penulis tersebut adalah tidak lain dan tidak bukan, ialah Hishamuddin Rais.  Di dalam KeAdilandaily, Hishamuddin telah menulis sebuah artikel bertajuk ‘Arab Saudi dan Zionis Israel’ di mana beliau menghina warga Saudi dengan menyatakan yang mereka berkelakuan lucah dan ganas terhadap warga asing termasuk merogol dan memukul pekerja wanita dari Filipina dan Indonesia. 

Antara petikan lain tulisan beliau:  

“Untuk saya negara yang bernama Arab Saudi  adalah ‘scam’ yang paling besar yang menimpa penganut agama Islam di seluruh dunia.

Sejarah merakamkan bahawa Arab Saudi ini dilahirkan dari perancangan kuasa imperial Anglo-Saxon sesudah perang dunia pertama. Semenanjung Arab ini seperti Negara Telok dipimpin oleh pelbagai ketua suku dan kabilah. Perbalahan dan perperangan antara suku dan kabilah sering berlaku. Maka di sinilah munculnya T.E Lawrence seorang ejen dari Britain yang merancang untuk menjatuhkan kuasa imperial Ottoman yang berpusat di Istanbul.”

Dengan memberi sokongan kepada kabilah Abdul Aziz al- Saud, kekuatan kerajaan Ottoman di sebelah Selatan – Jordan, Palestin, Syria dan Iraq – menjadi lemah. Pada 29 Oktober 1923 Turki menjadi republik. Scara rasminya kuasa kerajaan Khalifah Ottoman dihapuskan pada 3 March 1924. Akhirnya pada tahun 1932 lahirlah apa yang hari ini dikenali sebagai Kingdom of Saudi Arabia.  T.E Lawrence seorang ejen British yang juga seorang homoseksaul telah memainkan peranan yang amat penting untuk mewujudkan Arab Saudi.

Soalnya, kenapakah atau apakah agenda Hishamudin Rais atau PKR untuk menghina dan memperkecilkan kerajaan dan warga Saudi sebegitu rupa?  Apakah PKR ingin membangkitkan perasaan curiga, syak wasangka, prejudis dan benci terhadap kerajaan Arab Saudi di kalangan umat Islam?  

Apakah beliau ingin melihat Arab Saudi yang berkocak dan kacau bilau?   Apakah beliau ingin mencetuskan pemberontakan besar-besaran di kalangan negara Islam terhadap kerajaan Saudi?  

Negara moden Saudi terbentuk pada tahun 1932.  Sejarah yang membawa kepada pembentukan ini menyaksikan penaklukan Nejd dan Hejaz oleh Abdul Aziz bin Saud pada tahun 1902, revolusi yang gagal pada tahun 1916, serta pembunuhan beramai-ramai askar badwi wahabbi pada tahun 1930 di Sabilla setelah mereka tidak bersetuju dengan Raja Abdul Aziz yang enggan berperang dan menakluk Jordan, Iraq dan Kuwait.  

Semenjak itu, politik Saudi kerap bergolak berikutan krisis dalaman antara kerabat diRaja, tentera dan puak pelampau Islam.    

Namun, adalah merupakan satu rahmat bagi Umat Islam di seluruh dunia bahawa kerajaan Arab Saudi berjaya mengekalkan keamanan dan meningkatkan kemajuan negaranya bagi membolehan tanah suci Mekah dikunjungi oleh jutaan umat setiap tahun dengan selesa dan tanpa merasa terancam.  

Mengungkit sejarah lama semata-mata untuk memburukkan kerajaan Saudi adalah kerja gila kalau tidak pun jahat apatah lagi jika dilakukan oleh warganegara lain, bukan Saudi sendiri.  

Kerana itu, rasanya tidak salah jika kita mengesyaki Hishamuddin Rais dan PKR sedang membawa agenda Zionis untuk mencetuskan perasaan benci terhadap negara ‘tauke minyak’ dan bertanggungjawab terhadap rumah Allah.   

Ini mungkin juga usaha terdesak Hishamuddin untuk mengembalikan imej Anwar Ibrahim sebagai pejuang Islam dan bukan agen Zionis dengan mengaitkan kerajaan Arab Saudi dengan Zionis.   Malangnya, apa yang dilakukannya iaitu dengan menghentam negara Arab Saudi sebagai satu ‘penipuan’ adalah keterlaluan.   

Atau mungkin juga beliau sengaja ingin mencetuskan ketegangan dalam hubungan dua-hala Malaysia-Saudi.   Jika ini niatnya, maka beliau tentunya yakin yang PKR tidak mungkin akan menjadi kerajaan dan kerana itu beliau tidak perlu menjaga hubungan diplomasi antara negara-negara luar.  

Apapun, Anwar Ibrahim perlu menjelaskan banyak perkara kepada masyarakat Islam di dunia khasnya kerajaan dan warga Arab Saudi tentang apa yang cuba disampaikan oleh ‘baruanya’, Hishamuddin Rais.   Artikel tersebut tidak wajar dikatakan pandangan peribadi Hishamuddin kerana ianya dicetak dan diedar di dalam lidah rasmi PKR.  

Lebih-lebih lagi apabila penglibatan PKR dengan Zionisme dapat dikesan melalui hubungan rapat Anwar Ibrahim dengan tokoh-tokoh Zionisme.   Kes ‘apology tour’ yang menyaksikan Anwar terpaksa melutut kepada semua tokoh-tokoh Zionis apabila ‘tersasul’ mengkritik pencerobohan mereka ke atas Palestin, telah membuka mata ramai orang.  

Kita sudah sedia maklum mengenai strategi Zionis menakluk dunia, iaitu dengan cara ‘pecah dan perintah’.   Rakyat sesebuah negara dipecahkan mengikut suku, kaum, bangsa dan agama dengan menggerakkan agen-agen mereka agar menghasut, melempar fitnah dan akhirnya memberontak terhadap kerajaan.  

Sekian lama, Zionis berjaya meletakkan pemimpin boneka mereka di beberapa negara melalui strategi ini.  Negara-negara yang disasarkan selalunya adalah negara di mana mereka mempunyai kepentingan sama ada berkaitan sumber alam seperti minyak, ataupun logistik dari segi ruang udara dan laut untuk kepentingan perdagangan mereka.  

Selain itu, negara yang tidak mempunyai kelebihan sumber alam atau logistik juga tidak terkecuali dari ancaman Zionis kerana sememangnya Zionis mensasarkan supaya semua negara di dunia menjadi lemah agar terpaksa mengikut telunjuk mereka.  

Ini bukanlah paranoia atau imaginasi yang terlalu tinggi tetapi fakta yang telah pun didedahkan oleh beberapa bekas agen CIA sendiri.  

Justeru, dengan tulisan Hishamuddin Rais tersebut, nampak seolah-olah PKR bukan sahaja dipertanggungjawabkan oleh Zionis untuk memecahbelahkan masyarakat Malaysia tetapi juga masyarakat Islam di dunia dengan membangkitkan perasaan benci terhadap negara yang merupakan ‘kiblat’ umat Islam.  

Apa yang penting, kita tidak boleh membiarkan agen-agen Zionis seperti PKR mengotorkan Tanah Suci dengan membangkitkan huru-hara di sana pula.  Keamanan di Tanah Suci perlu dijaga dengan apa jua kos dan kita percaya, itulah yang dipegang oleh Kerajaan Arab Saudi bagi memungkinkan umat Islam menunaikan ibadah haji setiap tahun.  

Satu soalan yang bermain di fikiran ialah, apa komen PAS?  Apakah PAS juga ingin melihat Tanah Suci menjadi Dataran Tahrir yang diimpikan sekian lama?

19 comments:

Anonymous said...

PANDANGAN TEGAK MENTARI

apabila tahap keyakinan semakin tinggi maka semakin yakinlah untuk berkarya

secara khususnya apabila tahap keyakinan untuk kalah adalah tinggi makanya karya apapun tak perlu dihiraukan

ini kerana hubungan dua hala sudah bukan lagi jadi atau akan jadi tanggungjawab pengkarya

PELANGI RAMADAN

RH said...

Kita kena mula berfikir dari segala aspek. Ini sudah sampai tahap hampir gila.

Anonymous said...

BAWA JER AKHBAR SUARA KEADILAN DAN ARTIKEL TU KAT KEDUTAAN ARAB SAUDI,,BARU DIORG TAHU SIAPA PKR DAN KETUA PKR YG SEBENARNYA..SUARA KEADILAN TU AKHBAR RASMI PARTI JADI SETIAP ARTIKEL YG KELUAR BOLEH DIKIRA DISOKONG OLEH PARTI

Anonymous said...

KITA HARAP PENULIS UBAH DULU sEJARAH pULAU pINANG SEBELUM BERCITA-CITA MENGUBAH SEJARAH DUNIA. bOLEH?

Anonymous said...

12:48,

kalau sejarah Pulau Pinang agak berat untuk diubah, ubahlah sejarah 13 Mei, okey jugak...

Muhammad Naguib bin Kaharudin said...

Tuan mohon pautkan blog saya tuan. Blog GAP telah pun terpaut ker blog Gombakgempur

http://gombakgempur.blogspot.com/

Terima kasih tuan.

Anonymous said...

kalau sejarah 2008 boleh diubah, teringin jugak nak tengok apa yang ada pada kerajaan 16 September, he he

Anonymous said...

ni namanya trategi nak menang... kena main taik....senang nak kalah main secara lurus bendol !!!!!

Anonymous said...

korang tak kenal ke sapa hisham rais tu? kah kah kah takan tak kenal kut?

Anonymous said...

Jika jemaah haji dari Malaysia dikenakan sekatan oleh Kerajaan Arab Saudi disebabkan keceluparan dan kecapoian Hishamuddin Rais ini, maka puaslah hati dia dan Penipu Rakyat membuat onar berkali-kali untuk memburukkan negara ini, dulu masa demontrasi BERSHIT 3.0, mereka berdemontrasi di Mekah dan Madinah hingga mengundang rasa tidak puas hati Kerajaan Arab Saudi, sekarang menghasut pula supaya Kerajaan Arab Saudi ditentang dan ditumbangkan, macam sengaja saja si Hishamuddin ini nak merosakkan hubungan baik Malaysia dan Arab Saudi, mungkin bengang kot sebab ramai ulama dari Arab Saudi menyokong usaha pembangunan oleh Kerajaan Barisan Nasional dan menasihatkan orang ramai jangan terpedaya dengan politik kotor, gila dan sesat dari Penipu Rakyat yang sanggup buat hukum hakam sesat demi politik. Menteri Amaran perlu ambil tindakan terhadap Hishamuddin Rais ini kerana tindakan keji sebegini membahayakan hubungan diplomatik dan boleh mengganggu urusan umat Islam Malaysia yang hendak mengerjakan umrah dan haji di Mekah yang diperintah oleh Kerajaan Arab Saudi.

Saya tidak tahu apa lagi yang akan dibuat oleh pihak Penipu Rakyat untuk mengeruhkan keadaan demi kepentingan politik gila dan sesat mereka ini, tidak sudah-sudah merosakkan keadaan, tidak sudah-sudah menghancurkan keamanan, tidak sudah-sudah untuk memburukkan negara sendiri. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat juga. Oleh itu sedarlah semua, Penipu Rakyat adalah sebuah gerombolan yang sungguh keji yang sanggup berbuat apa saja demi kepentingan politik hatta menghancurkan negara sendiri menyebabkan kemusnahan kepada rakyat negara ini demi mencapai kepentingan politik kotor dan sesat mereka itu.

Ayuhlah semua rakyat Malaysia, kita tentang habis-habisan pihak yang tidak bertanggungjawab seperti Penipu Rakyat ini, sekiranya kita tidak pertahankan negara ini dari diporak perandakan oleh Penipu Rakyat maka generasi kita akan datang akan menghadapi kehancuran yang amat dahsyat apabila akhlak dirosakkan dengan hasutan supaya berdemontrasi liar, maki hamun, hasutan, mengajarkan penderhakaan, inilah sikap Penipu Rakyat yang rosak lagi menyesatkan. Generasi akan datang akan menyumpah seranah generasi sekarang yang tidak mengambil inisiatif untuk membetulan segala kebejatan songsang yang dipelopori oleh Penipu Rakyat ini. Ingatlah sekali bangsa kita tumbang, amat sukar untuk bangun semula, lihatlah kejatuhan Empayar Melayu Melaka mengambil masa 446 tahun untuk dipulihkan semula melalui Malaysia, itu pun kehebatan bangsa kita telah dihancurkan oleh para penjajah yang menghancurkan semangat dan jati diri kita supaya menjadi orang yang lemah. Jika di era Kesultanan Melayu Melaka, kehebatan orang Melayu hinggakan para pedagang dari Eropah, Arab, China, India dan lain-lain lagi mempelajari Bahasa Melayu untuk urusan perdagangan antrabangsa hingga menjadikan bahasa Melayu bahasa utama dalam urusan perdagangan antarabangsa.

Bersambung.............

Anonymous said...

Sambungan.....

Sekarang bahasa Melayu telah diperkotak katikkan diperhinakan oleh bangsa kita sendiri, kalau orang lain apatah lagi, sehinggakan tanda nama jalan dalam tulisan jawi pun dipertikaikan, tapi kita bangsa Melayu telah jadi lemah dalam semua segi hingga tidak dapat mempertahankan maruah kita yang bukan setakat sudah dipijak-pijak, malahan telah dikencing berak akibat perpecahan dan ketamakkan pihak tertentu yang sanggup bersekongkol dengan golongan yang anti-Melayu seperti DAP. Sebagaimana dalam sebuah wawancara Tun Dr. Mahathir baru-baru ini, beliau memberitahu bahawa orang Melayu sangat lemah dalam semua hal hingga hendak pertahankan maruah bangsa pun orang Melayu tak sanggup dan tak mampu, sangat lemah orang Melayu ketika ini, kelamahan ini kerana perpecahan dan golongan 'anjing suruhan' dari kalangan orang Melayu yang sanggup menjual dan menggadaikan kepentingan bangsa demi wang ringgit, demi secebis kuasa, demi dendam kesumat, demi kedengkian dan lain-lain perkara keji.

Sebagaimana kata-kata Tun Dr. Mahathir dalam wawancara tersebut, masa depan orang Melayu bergantung kepada orang Melayu itu sendiri samada nak jadi makin hebat atau menjadi makin hina dan merempat di negara sendiri. Kata-kata Tun Mahathir memang betul, kerana beliau hidup dalam zaman kesusahan di mana negara kita diperintah oleh penjajah, di mana ketika itu kita adalah hamba sahaya di negara sendiri dan orang asing menjadi tuan di negara kita. Generasi terdahulu yang merasai jerih perih untuk memerdekakan negara ini amat menghargai apa yang mereka usahakan dan kecapi selepas kemerdekaan kerana pengorbanan yang diperlukan untuk kesenangan yang dikecapi oleh generasi sekarang ini bukanlah datang bergolek tanpa sebarang usaha, tapi kerana kegigihan generasi terdahulu, kerjasama kerajaan dan rakyat dalam membangunkan negara ini, bukannya berdemontrasi liar dan membuat huru hara hingga menjahanamkan ekonomi negara, merosakkan keamanan negara, memburukkan imej negara, itu sikap keji dan tidak bertamadun, sikap orang yang tak reti menghargai susah payah orang lain yang mengusahakan nikmat yang dikecapi sekarang ini. Generasi sekarang terutama generasi muda tidak merasai jerih payah, keperitan hidup di bawah cengkaman penjajah, tidak pernah merasai bagaimana peritnya dijajah, tidak pernah merasai peritnya untuk membangunkan negara ini kerana kesenangan telah tersedia oleh pimpinan dan generasi terdahulu yang bersusah payah menyediakan semua ini. Jika pada zaman dahulu walaupun tanpa kecanggihan, mengapakah negara kita boleh berjaya dengan begitu memberangsangkan sekali? Kerana kesungguhan, kerana semangat, kerana jati diri yang murni, kerana keikhlasan, kerana sayangkan agama, bangsa dan tanah air, bukannya kerana terikut-ikut dengan budaya liar dari luar yang dikutip dari tong sampah atau dari longkang sebagaimana yang dipromosikan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bersambung.....

Anonymous said...

Sambungan...........

Sedarlah semua generasi muda sekalian, sekiranya generasi dahulu dan pimpinan kerajaan terdahulu tidak bertanggungjawab, maka jangan haraplah kamu semua dapat mengecapi kenikmatan yang kamu semua nikmati seperti sekarang ini, sekiranya kepimpinan negara dan generasi terdahulu bersikap khianat dan bersikap tidak pedulikan kepentingan agama, bangsa dan tanah air, kamu semua sekarang ini mungkin akan senasib seperti pendatang haram dari negara-negara yang datang secara haram ke Malaysia tanpa dokumen sah tanpa permit kerja untuk mencari sesuap nasi, malahan kamu semua mungkin akan merempat tidur di tepi jalan, bawah jambatan, dalam hutan dan menjadi peminta sedekah untuk secebis roti. Tidak ada permainan video, tiada ada basikal fixie, tidak ada telefon bimbit canggih, tidak ada komputer riba untuk setiap pelajar, tidak ada bantuan rakyat 1Malaysia, tidak ada Kedai Rakyat 1Malaysia, tidak ada kereta proton, tidak ada menara berkembar petronas, tidak ada pakaian jenama mewah, tidak ada KFC dan McDonald, malahan radio dan televisyen pun korang tak mampu kalau kerajaan dan generasi terdahulu tidak berusaha dengan bersungguh untuk memajukan negara.

Tetapi kerana keikhlasan dan kesungguhan kerajaan dan generasi terdahulu menjayakan negar ini hingga kamu semua berjaya menikmati kesenangan dan kemeweahan serta kesenangan dalam serba serbi seperti telefon bimbit, komputer riba percuma, bantuan itu dan ini, komuter, lrt, monorail, kereta proton, menara berkembar petronas dan lain-lain kalau nak disenaraikan lagi seminggu pun mungkin tak habis lagi. Jadi sedarlah, jangan hancurkan keamanan, jangan hancurkan kekuatan perpaduan yang telah disemai, dibajai, dipupuk dan dibentuk dengan penuh susah payah oleh pimpinan terdahulu, insaflah bahawa kenikmatan yang kamu semua generasi muda nikmati sekarang adalah susah payah generasi terdahulu dan usaha kerajaan, kalau tidak kerana usaha kerajaan dan generasi terdahulu, kamu akan sama seperti pendatang haram yang merempat di negara ini sekarang ini.

Oleh itu berilah sokongan yang jitu terhadap usaha-usaha kerajaan dalam membangunkan negara ini, jika diajak untuk berdemontrasi liar dan membuat rusuhan, janganlah ikut kerana itu perbuatan keji yang hanya merosakkan negara dan masyarakat. Bersama-samalah kerajaan sekarang ini iaitu Barisan Nasional yang jelas terbukti selama ini membela rakyat dengan begitu gigih demi kesejahteraa agama, bangsa dan tanah air. Takbir! Allahuakbar.

Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

PAS pun gerenti jadi pak turut kutuk arab saudi.

Anonymous said...

Heranla ...nape mangkok jamban tuh dan kaum sewaktu dia masih brmaharajalela di Malaysia...kebal betoi depa ngan undang2...xdak sapa brani sentoh depa wlpon tindakan depa bole mncetuskn hurahara dan smp mngerohkn hubungan Malaysia dgn negara luar....

Sikap BACUL begini yg buat pembuat onar di Malaysia kemain kuar taring lagi...

Sy sygkn negara dan keamanan yg sedang kite kecapi ... tolongla amek tindakan bagi mmbendong mangkok2 jamban itu terus2an mmfitnah dan mnghuruharakn negara disamping mmburokkn imej negara...

Anonymous said...

Ingatlah orang yang akan tenggelam, akan sanggup buat apa saja untuk menyelamatkan nyawa nya

tobeng said...

1.Aku bersetuju pkr yang berlogokan mata satu(dajal) adalah proksi zionis di Malaysia secara tak langsung.PKR menerima dana asing kebanyakannya dari yahudi dan zionis melalui badan2 bukan kerajaan(NGO)yg bertopengkan badan hak asasi manusia dsb.

2.Dalam masa yang sama aku juga tak bersetuju dengan kerajaan wahabi Arab Saudi.Sebahagian besar dari tulisan hisham rais adalah benar.Cuma hisham dan pkr mengambil kesempatan dari suasana dan senario semasa di timur tengah untuk mencetuskan dan membuka satu lagi 'medan tahrir'.

3.Medan tahrir yang perlu diawasi bukanlah di arab saudi tapi di sini di Malaysia.Pakatan pembangkang yang merupakan proksi zionis sedia untuk melakukan apa saja kerana ini adalah peluang terakhir pemimpin agung mereka(dajal?).Sekiranya kalah 'dajal' ini akan berputus asa sebab itu keluar kenyataan mahu bersara sekiranya gagal ke putrajaya.

4.Dikatakan PRU 13 ini adalah ibu segala pilihanraya bagi Malaysia.Sama ada 'dajal' yang akan memerintah Malaysia atau sebaliknya.Dajal bermata satu bukan di mata fizikalnya tapi pada benderanya.

5.Pilihanraya kali ini adalah pilihanraya menentang 'dajjal'.

Anonymous said...

Anonymous said...

Heranla ...nape mangkok jamban tuh dan kaum sewaktu dia masih brmaharajalela di Malaysia...kebal betoi depa ngan undang2...xdak sapa brani sentoh depa wlpon tindakan depa bole mncetuskn hurahara dan smp mngerohkn hubungan Malaysia dgn negara luar....

Sikap BACUL begini yg buat pembuat onar di Malaysia kemain kuar taring lagi...

Sy sygkn negara dan keamanan yg sedang kite kecapi ... tolongla amek tindakan bagi mmbendong mangkok2 jamban itu terus2an mmfitnah dan mnghuruharakn negara disamping mmburokkn imej negara...
July 25, 2012 2:16 PM

-------------------------------------

Selagi Menteri Amaran Hishammuddin Si Obor-Obor tidak dipindahkan ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Tan Sri Musa Hassan atau Tan Sri Rahim Noor tidak dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri untuk menggantikan Hishammuddin Si Obor-Obor, maka maruah negara akan dipermainkan ibarat kain buruk sajalah, dikesat menggunakan kaki, dibuat pengelap najis, inilah akan jadi dengan maruah negara sekiranya Hishammuddin Si Obor-Obor masih dikekalkan di Kementerian Dalam Negeri.

Kepada Perdana Menteri, ambillah tindakan segera, rakyat sudah makin benci dengan Menteri Amaran yang hanya menghancurkan keamanan negara dengan membiarkan petualang perosak negara bergentayangan bebas ke sana ke mari untuk berbuat sesuka hati mereka. Tindakan mengekalkan Menteri Amaran di Kementerian Dalam Negeri akan mengundang rasa tidak puas hati rakyat yang makin hari makin meluat dengan sikap bapuk beliau dan sikap tidak bertanggungjawab beliau hingga jenayah makin berleluasa, petualang negara makin bermaharaja lela, akhirnya rakyat menjadi mangsa, tolonglah Perdana Menteri, kalau tak mahu pecat Hishammuddin Si Obor-Obor itu pun tak apa, tapi tukarkanlah dia ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, itu baru sesuai dengan dia, dan lantiklah samda Tan Sri Musa Hassan atau Tan Sri Rahim Noor sebagai Menteri Dalam Negeri untuk memperkasakan kembali Kementerian Dalam Negeri yang telah dibapokkan dan dipondankan oleh Hishammuddin Si Obor-Obor. Kepada Perdana Menteri, rakyat menilai apa yang berlaku, jangan kerana Hishammuddin Si Obor-Obor seorang, maka imej Perdana Menteri jatuh merudum dengan terukknya, ingat itu semua.

Anonymous said...

Artikal keluar dan di Saudi Arabia...letupan bom di pejabat risikan..

http://www.thetruthseeker.co.uk/?p=53177

Anonymous said...

sedangkan Hishamuddin Rais itu sendiri tak ubah seperti perangai zionis , ada hati nak ajar orang ....

suruh dia balik UK semula , biar dia mati berkubur dekat sana , kenapa terhegeh2 nangis nak balik malaysia ?