Sunday, August 12, 2012

PAKATAN BENCI BENDERA MALAYSIA. (SEBARKAN FOTO INI)


Saban tahun menjelang sambutan kemerdekaan negara kita, akan ada saja kenyataan dan komen negatif seperti disengajakan akan terpancul keluar, rata-ratanya datang dari kalangan politikus parti pembangkang.

Semacam ada gerakan subversif yang mahu menyemai kebencian dan menyemarakkan semangat anti patriotisme dikalangan rakyat sedang dijalankan oleh segelintir poli'tikus' pembaiki labu air.

Biasanya gerakan mereka bermula dengan polemik mempertikaikan rekabentuk bendera kebangsaan, Jalur Gemilang yang acapkali cuba dikaitkan dengan bendera Amerika Syarikat hanya semata-mata beberapa warnanya sama.

Sedangkan sebuah negara lain di Afrika iaitu Liberia, benderanya juga seakan sama seperti bendera Amerika namun tidak pernah ianya menjadi polemik sehingga menyebabkan hilang rasa hormat rakyat terhadap panji kemerdekaan negara mereka.

Malah Iran yang sentiasa seringkali dipuja puji oleh pembangkang khususnya PAS juga memiliki rekabentuk bendera yang hampir sama seperti India, cuma berbeza dari segi warna merah dan oren serta kedudukan atas bawah warna hijau, tidak pula pernah pemimpin pembangkang di negara tersebut menjadikannya pertikaian.

Demikian jua dengan Syiria, Iraq dan Yemen, jalur merah putih dan hitam melintangnya sama yang berbeza cuma kedudukan objek ditengah lajur putih sahaja pun tidak sesekali rakyat pernah tersilap mengibarkan bendera, malah tidak juga hilang kecintaan mereka pada ibu pertiwi.

Begitu juga dengan jiran kita Indonesia dan Singapura, sekalipun bendera mereka memiliki jalur warna merah putih sama seperti Poland, pantang sekali untuk mereka menghina panji negara masing-masing apatah lagi untuk merasa segan untuk mengibarkannya.

Tapi di Malaysia yang tercinta ini, kita memiliki terlampau ramai politikus yang didukung oleh segelintir rakyat yang tiada semangat kecintaan pada negara yang begitu gemar memperlekehkan simbol kebesaran negara sendiri.

Dalam pada mereka seringkali membandingkan bendera kita dengan bendera Amerika sambil memperlekehkan maruah kemerdekaan negara, di masa yang sama mereka jugalah yang acapkali mendabik dada memuji sistem demokrasi Amerika dan meminta kerajaan mencontohi kebebasan politik ala Amerika. Kontradiks.

Jika pada tahun lepas (2011) pertikaian terhadap bendera negara kita hangat diperkatakan gara-gara kenyataan anti patriotisme oleh M.Manoharan, tahun ini politikus yang sama mempertikaikan pula pengorbanan jaguh badminton yang berpenat lelah cuba mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Tidak lupa juga kontroversi ceramah Mat Sabu pada tahun 2011 yang secara terbuka pernah mengheret isu Jalur Gemilang dan lagu Negaraku diikuti sanjungannya pada Mat Indera komunis yang baginya adalah pejuang kemerdekaan sebenar berbanding pahlawan negara yang menjadi mangsa kekejaman Mat Indera di Bukit Kepong.

Seperti sengaja mahu merancakkan lagi gerakan anti patriotisme, dalam tahun ini pula seorang lagi politikus dari PAS, Nizar Jamaluddin turut berkongsi nada sama-sama mengambil bahagian melabelkan penghinaan terhadap bendera negara sebagai jalur malang.

Baru beberapa ketika berlalu, kartunis pro pembangkang yang bernama Zunar pula tanpa sedikit pun rasa bersalah telah dengan angkuh dan sombong melakarkan karikatur yang memperlekehkan panji kemerdekaan negara.

Dan seperti biasa, para penyokong pembangkang akan berusaha sedaya upaya cuba menjustifikasikan penghinaan tersebut sebagai satu kewajaran, sedangkan selama ini merekalah yang bersungguh benar mahu merampas tampuk kekuasaan negara yang berpanjikan Jalur Gemilang yang mereka hina itu.

Langsung tak terdetik barangkali di nurani masing-masing betapa polemik yang mereka timbulkan hasil kenyataan anti kenegaraan  itu berkait langsung dengan maruah anak bangsa dan tanahair.

Melihat pada susun atur dan corak serangan terbuka terhadap simbol, lambang dan sejarah kemerdekaan negara, pastinya tidak sukar untuk kita membuat satu andaian sememangnya wujud gerakan anti patriotisme dikalangan politikus pembangkang.

Tentu saja tujuan mereka mahu seboleh mungkin mengikis semangat patriotisme dikalangan hamba rakyat, bila ianya berjaya dilakukan barangkali mudah untuk pembangkang mencucuk jarum kebencian bagi mencapai angan-angan mereka untuk merampas pemerintahan negara ini.

Tatkala ramai pemimpin politik di negara lain bertungkus lumus melakukan amal bakti dan menabur jasa demi cinta mereka pada negara sekalipun masing-masing berbeza fahaman politik, di negara kita sebaliknya berlaku.

Politikus pembangkang Malaysia kelihatan semakin selesa menjalankan gerakan anti kenegaraan samada secara sedar atau tidak, menjurus kepada kepentingan sempit tanpa mengira impaknya bakal memudahkan musuh luar mengambil yang bakal menjahanamkan tanahair tercinta.

Oleh itu, semua rakyat Malaysia yang masih menyimpan perasaan cintakan ibu pertiwi, bangunlah segera mempertahankan maruah tanahair ini dari terus dinodai oleh politikus haprak yang rendah nilai patriotismenya.

Tanah bertuah ini baik buruknya, lebih atau kurangnya waima ditimpa hujan batu sekalipun sepatutnya kita sama-sama terus mempertahankan maruahnya kerana disinilah bumi yang kita pijak dan selamanya akan kita junjung.

24 comments:

Anonymous said...

TAK SANGKA MD NOR MANUTTY CERDIK ORANG NYA.
KATA UMNO LAPUK.
IA, YANG MODERN HANYA PKR, YANG MENDAULATKAN PELIWAT DAN PENZINA SEBAGAI KETUA AGONG.

ITULAH ORANG CERDIK TAPI AKAL KURANG.

Anonymous said...

walaupun mereka adalah penentang kerajaan malaysia tp mereka tetap warganegara, so, kenapa menghina bendera negara sendiri?? kalau rasa benci sgt dgn malaysia, nyah dari negara ini...!!!!!

Anonymous said...

walaupun mereka adalah penentang kerajaan malaysia tp mereka tetap warganegara, so, kenapa menghina bendera negara sendiri?? kalau rasa benci sgt dgn malaysia, nyah dari negara ini...!!!!!

Anonymous said...

zunar...........a traitor.......

propose buat satu gerakan.....lucutkan warganegara beliau ini.....

kalau nak politik pun.......ingat diri....

-anti jubur-

Anonymous said...

PAKATAN = SYAITAN!!!

Anonymous said...

Zunar..ko tak suka dengan Malaysia boleh berambos..ajak Kit Siang pi sekali!!!

usin said...

kita tunggu hujah entah apa-apa dan karut marut dari balaci pakatan kt sini, sapa lagi kalau bukan bomoh siam &/@ zat...

Janji Ditepati...... said...

menjelang PRU bermacam agenda dan provakasi....

TIDAK mustahil perkara begini juga mungkin berlaku>>>>

1)Karpal singh,nik aziz dan anwar duduk dalam satu sidang media dan karpal meyatakan kesediaannya untuk membincangkan hudud kiranya pakatan dapat menakluk putrajaya!!!

2)jam omega yg dituntut tiba tiba dikeluarkan dan didedahkan kepada umum...(walaupun keasliannya boleh diragui)

3)anwar ibrahim sanggup kemasjid dan melakukan sumpah menafikan terlibat dalam segala skandalnya..

4)azmin ali membuat laporan polis untuk mengambil tindakan terhadap individu yg mengaibkannya dalam foto aksi blowjob.

5)ada antara menteri atau timbalan menteri dalam kabinet datuk najib itu sendiri tiba tiba berpaling tadah dan menyertai pakatan...

Anonymous said...

✗ patut terjadi mcm nie

Anonymous said...

Pemimpin dan penyokong PKR = sampah

Anonymous said...

http://melanausarawak.blogspot.com/2012/08/taib-mahmud-dan-politik-sarawak.html

Anonymous said...

ZUNAR ni sebenarnya buta sejarah, mungkin ada masalah keluarga, dari kecil sudah ada semangat membenci, KAU ingat ZUNAR KAU bertuah tinggal di bumi Malaysia, KALAU bumi lain KAU dah lama hilang tanpa kubur

malayoo mudah lupa said...

Kenapa la kesumat tu sampai mcm tu sekali...aku tk tau apa nk elaborate manusia yg camni

Anonymous said...

kalau kat china dah lama kena capital punishment..

Anonymous said...

Ramai yang pandai-pandai tetapi tidak bijak. Tulah yang menjadikan semacam Zunar tu. Merasa bangga dapat aibkan negara. Kalau kuah dah tentu tumpah ke nasi. yang lebihnya baru tumpah ke tanah. Kalau dan Anwar selalu caci Malaysia di luar negara manakan tidak pencacainya terikut-ikut. Nak jadi calun pilihan raya lah tu kot?

Anonymous said...

DEMI WANG SABGGUP BUAT APA SAJA, PERCAYALAH ORANG ORANG MACAM ANWAR, ZUNAR SERTA SEANGKATAN DENGAN NYA AKHIRNYA AKAN HANCUR, AKAN JADI KUPANG TEMBAGA

Anonymous said...

eleh bendera pas tiru bendera jepun...

bendera pkr lagi la tiru logo dajjal mata satu

mana pi hulubalang bn tak mainkan balik isu ni

Anonymous said...

Zunar agaknya tak penah semak wikipedia sebelum berkarya. Nak protes tu tak salah, sbb semua orang berhak bersuara. Tapi make sure lah u get all the facts right.
Check out the link below. mari belajar sejarah Malaysia...
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bendera_Malaysia

Anonymous said...

Check this link also untuk penerangan lebih detail.
http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysian_flag

ambe said...

Aku kecewa betol la dengan beruk2 pr ni..ada aje benda nak dinegatifkan..bendera malaysia pon nak diburukkan..jangan sampai Allah lemparkan keburukan itu semula kat sapa yang berkenaan.Amin!

Anonymous said...

Lee kuan yew tenat dah..
selamat hari raya gap

-Incik telagi mandiri-

Anonymous said...

Org rajin dok edit dlm wikipedia tu Puak2 Kencing Rakyat. Memang byk yg negatif. Fakta yg sengaja direka-reka.

Anonymous said...

Ingin berjumpa dengan rakan-rakannya di sebuah pusat hiburan, Sharifah Sofia yang telah berhijab sejak 1 Julai lalu telah dihalau keluar. Berjaya memasuki disko tersebut, Sharifah Sofia dipandang pelik oleh wanita-wanita yang berada di dalamnya dan akhirnya diminta keluar oleh pekerja disko yang mengenali dirinya.



Menceritakan pengalamannya kepada Mstar Online, Sharifah Sofia berkata:-

Saya fikir apa salahnya wanita bertudung seperti saya untuk masuk pusat hiburan? Semasa di dalam pusat itu, kebanyakan wanita menunjukkan reaksi pelik terhadap saya sehinggalah pekerja di situ meminta saya keluar sedangkan mereka kenal dengan saya. Masa itu saya tahu kenapa orang memandang, sebab saya pakai tudung. Tetapi saya bukannya mengambil minuman keras ataupun buat perkara yang tidak senonoh pun?

Dan setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Selepas kejadian itu, Sharifah Sofia merujuk dan membaca semula buku panduan agama. Akhirnya Sharifah Sofia memahami yang dia harus menjauhi tempat sebegitu untuk berhijrah dengan lebih sempurna. Sesungguhnya pengalaman sebegini pastinya memberikan pengajaran yang sangat berguna kepada Sharifah Sofia. Tak gitu?

SerjanBktKepong said...

Sejak 6-7 tahun Kerajaan mempromosikan aktiviti Kibarkan Jalur Gemilang bagi memperingati erti kemerdekaan. Tahun ini, bertambah lagi palat yang ditabur oleh PR. Udah lah nak nengok diorang pasang bendera kat depan rumah susah yaak amaat.. bendera kecik yang terpacak harge RM1.50 satu pun lagi susah nak dipasang kat kete. Kete geng2 PR area taman aku rata >RM150k. Bendera Malaysia RM1.50 pun tak mampu nak pasang. Daif sungguh semangat kenegaraan. Tahun ni kami pakat kutip duit pasang bendera kat umah jiran2 lain yang memeey PR. Pernah tanya, nape tahun ni tak pacak bendera? Dia tanya kita balik, bilee gomen nak buat promosi Kibarkan Jalur Gemilang, boleh dapat bendera free. Oiii.. bendera pun nak subsidi ke? Bendera bulan ko bleh pacak byk2, bendera negara takleh nak letak. Sebab tu tmpt yang bendera bulan banyak, jalan lobang2 sebab takyah tampal pun takpe, bulan terang, nampak lobang tu. Kalau anak diorang jatuh eksiden, salah gomen jugookk.. sebab jalan berlobang.