Wednesday, October 24, 2012

SISTEM AES : PUNGUTAN SUARA.


adakah anda bersetuju dengan sistem AES ?
adakah anda tidak bersetuju dengan sistem AES ?
berikan sebab anda.

berikan hujahan anda dengan pandangan yang matang. 

manakala pendapat tun mahathir secara terbuka mengistiharkan sokongan terhadap sistem AES.



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat pelaksanaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) seharusnya diteruskan demi kebaikan bersama.

Beliau berkata, desakan pembangkang untuk menangguhkan perlaksanaan AES hanya akan merugikan rakyat.

“Ini benda baik, kalau rakyat rasa hendak jadikan benda yang baik ini sebagai isu, rakyat yang akan rugi.

“Kalau di sini (Malaysia) nak buat apa pun kena pikir nak menang atau kalah dalam pilihan raya, padahal semua orang tahu sistem ini AES adalah baik seperti di luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada satu majlis dialog simposium anjuran Universiti Malaya pada Selasa.

Dr Mahathir secara peribadi tidak menolak pelaksanaan AES dalam negara dan ia tidak perlu ditangguhkan semata-mata untuk pilihan raya umum.

Beliau berkata, pihak pembangkang segaja mempersoalkan tindakan kerajaan bagi memancing undi.
Sementara itu, ketika ditanya berhubung persedian Barisan Nasional terhadap pilihan raya umum, Dr Mahathir berkata ia terpulang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


120 comments:

Anonymous said...

.




Merokok membahayakan kesihatan dan akal fikiran




.

Anonymous said...

Kenapa GAP?

Masih silau ke dengan usaha untuk memdidik pengguna jalanraya kat Malaysia ni?

Anonymous said...

There has been a lot of fuss on the newly implemented Automated Enforcement System (AES) over the media since the past few days, with politicians from the Opposition picking up on this issue and turning it into a political circus.

Why are we so hard-pressed on defending traffic offenders? Don’t we use the road every day and realize how annoying and sometimes dangerous these reckless law-breakers are?

Speeding, breaking of red lights, queue jumping, overtaking on double lines as well as those who enter restricted roads during peak hours; these are daily occurrences in our traffic experience.

Why should we be worried or afraid if we are all law-abiding citizens?

Are we simply a nation of reckless drivers when we are voicing our dissatisfaction over a new system that could ensure road safety for all of us?

First of all, the AES has been implemented all over the world especially in developed countries such as France, Germany, Australia, Singapore and the United States. There are 90 countries from around the world that have implemented similar electronic systems, and the results have been more than satisfactory.

Take France for an example, the number of deaths on the road have dropped by 27 per cent within just three years of implementation. In Kuwait, the rate of traffic accidents has reduced by 48 per cent while in Germany, 80 per cent of road users are complying to traffic laws in the designated AES locations.

Since its first phase implementation in our country on Sept 23 this year, the 14 cameras that had been installed at the blackspot locations in Perak, Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya reportedly captured a total of 63,558 traffic offences within the first eight days.

This figure should serve as a reminder for all of us to obey traffic laws, not to concoct some sort of vilified argument that the government and its cronies are robbing us! And guess what, the number of drivers caught for traffic violation fell by more than half in the past week. Road users are now more careful and are complying with traffic laws because they do not want to get caught red-handed on 11MP high resolution cameras that could not only capture still images but video footages as well by the roadsides.

How could this be a bad thing for the people of Malaysia?

We need to be reminded of the purpose and advantages of the system in the first place.

The AES carries a variety of advantages, other than the prime objective of ensuring the safety of all road users. Let us be reminded again that the AES is not a system of hidden cameras where policemen hide in bushes along the highway.

Anonymous said...

Warning signboards are placed near the designated locations to remind us that we should obey the law. Photographs of vehicles and license plate number of the offenders are reviewed at the AES control centre and will be passed on to JPJ for the issuance of a fine or summons.

Here is the baffling part. The summons issued are real-time evidence based, they help to reduce human interference in the issuance of summons, which is another way of saying we could reduce or eradicate bribery. Isn’t that what Malaysia wants? We condemn corruption and bribery 24/7 and now, all the sudden, we are against a system that could stop it? We are against bribery but it is okay to break traffic laws?

Another great aspect of the AES is that it helps to decrease the number of personnel currently conducting the tasks manually, i.e. the policemen hiding in bushes. They could be remobilized to provide more value-added service such as easing traffic congestion around the city. As much as you hate being secretly monitored while driving, do you think these policemen love to hide in bushes? They have other work too.

The AES increases the effectiveness of traffic enforcement through a system that works around the clock -- in rain or shine. It does not discriminate under any circumstances, as there are no direct personal interaction between traffic offenders and the system, nor does it discriminate between private, commercial or public vehicles.

The AES also aims to increase the POBC (Perception of Being Caught) rate among Malaysian road users thereby reducing the rate of accidents. Normally, the POBC rate among Malaysian road users is 25 percent on regular days and 50 per cent during festive seasons where road safety campaigns such as Ops Sikap are being implemented.

In developed countries where road users are more disciplined and knowledgeable, the POBC rate is between 80-90 per cent. We still have a long way to go, but what we are in the right direction. Let us see what happens when more cameras are installed at all the 817 blackspots all over the country.

Certain people are calling the AES “highway robbery” and some even went further by demanding to change the name to “Saman 1-Malaysia.” Penang Chief Minister cited it as a tool to milk the rakyat for maximum profits rather than to serve as deterrent to traffic offenders.

A business is still a business and these companies need to make money at some point, needn’t they? According to the Transport Ministry, the government did not fork out a single sen for AES and these companies will bear all the cost. If this is true, then they have to obtain loans from financial institutions to purchase the AES cameras and the technology, and like any other business, these concessionaires are anticipating returns from their investment.

Nobody made a fuss when MyeG Berhad charges a small administrative fee to process online applications such as traffic summons and road tax renewal, then how come the public is angry with the government and the two companies when they are working around the same business model?

There shouldn’t be any fuss over AES should we aspire to become a civilized, cultured and matured society. We cross our fingers in optimism that in the longer run, the AES will be effective in reducing fatal road accidents, as proven in many other countries around the world. There are approximately 20 million registered vehicles in the country and the number of traffic accidents and deaths are growing each year. Sure, the issuance of summons does not stop irresponsible drivers from making our roads a living nightmare for all of us, but we should start somewhere, shouldn’t we?

GAP KEMBALI said...

Kenapa GAP?

Masih silau ke dengan usaha untuk memdidik pengguna jalanraya kat Malaysia ni?


October 24, 2012 9:30 AM

kau ni tak paham tajuk ke ?

nak bagi pendapat yes or no bagi je lah.

ish ish ish

NAZRI AZIZ said...

AES sebenarnya lebih kepada satu instrument kerajaan dalam menambahkan kewangan pembendaharaan. Konsensi atau kelulusan perlaksanaan tidak dinyatakan secara terperinci. Perlaksanaan AES juga tidak merujuk kepada hasil kajian atau statistik kemalangan secara konsisten dan tepat. Contohnya, apakah faktor terbesar penyumbang kadar kemalangan dan kawasan yang kerap berlaku kemalangan. Ramai orang berpendapat AES dapat mengurangkan kemalangan namun faktor penyalahgunaan oleh pihak berkuasa tidak diambil-kira. Contohnya, apakah kenderaan agensi-agensi kerajaan juga tidak terkecuali daripada disaman? Dalam hal ini, isu ketelusan boleh dipersoalkan.

Apa yang paling penting ialah pendidikan. Bagaimana pemimpin hendak 'menghukum' rakyat kalau mereka sendiri sering melanggar lampu isyarat, memaksa pengguna jalan yang lain memberikan laluan dan menggunakan polis untuk tujuan-tujuan tertentu mereka? Contoh, seorang ketua menteri yang hendak pergi sembahyang Jumaat....

Dari segi teknikal pula, lebih baik hadkan sahaja kenderaan-kenderaan di Malaysia supaya hanya mempunyai kelajuan maksimum 110km/j sahaja! Lagi efektif kan?

Mahathir boleh lah bercakap sebab dia jarang memandu. Dia ada pemandu peribadi...

jejakazman said...

saya bersetuju dengan AES ni ...cuma dicadangkan agar di tambah signboard atau billboard jika perlu utk pemandu lebih peka....lagi besar lagi bagus..mulakan dengan 5 km sebelum AES....dan setiap 1 KM selepas itu sediakan 1 papantanda/billboard...jika pemandu tak nampak lagi....tak tau nak cakaplah....pemandu di malaysia ni terkenal dengan sikap berani mati tapi malangnya suka mengajak orang lain mati sekali......

Servant of God said...

Aku bersetuju dengan AES ini.

Cuma, seperti jejakazman katakan, perlulah diletakkan peringatan yang memadai tentang kehadiran system AES.

Aku harap rakyat boleh terima sistem ni, sebab ia untuk kebaikan kita jugak. Anak bini kita jugak yang lintas jalan, apa salahnya kalau pemandu jadi lebih berhati2 di jalan raya, kan?

Anonymous said...

Mazri Aziz,

Apa la hang ni. Hang tak pernah tumpang kereta sapa2 ke sebelum ni? Apa perasaan hang kalau pemandu kereta tu langgar lampu merah or pandu laju2 sampai cecah 170km/j dilebuh raya, tak ke hang akan tegur dia nnti. Pasti kan?

So, mempunyai pemandu pribadi tidak bermakna pemandu tu tidak perlu ikut undang2 dan orang yng duduk di sebelah atau di belakang tidak melarang pemandunya melanggar undang2.

penumpang juga ada nyawa yg perlu dihargai, jadi tentunya Tun akan tegur kalau pemandunya memandu menyalahi undang2. Tu sebab Tun setuju dengan AES ni, sebab dia bukan jenis yg suka melanggar undang2 macam hang ni.

Anonymous said...

Tun memang ada pemandu peribadi tapi tak pernah pulak kita dengar kereta Tun M berlanggar atau mengalami kemalangan.... tapi jangan kita lupa jugak, Tian Chua mempunyai kereta Merz dan mempunyai pemandu peribadi, tapi kereta yang di bawa pemandu peribadi dia mengakibatkan seorang anggota tentera mati dijalan Kota Tinggi... jadi ape kesimpulannya??? Ada pemandu peribadi boleh pecut sesuka hati ke??? Ikut arahan boss la...!!!!

Kalau boss patuh undang-undang, takkan ada yang sampai mati eksiden disebabkan kereta di bawa pemandu peribadi tadi, kalau boss macam Tian Chua, kalau boleh suruh bawak 200km/j....

Tak payah nak bagi alasan kereta Tun M ada eskot-eskot pulak la... tu alasan budak tadika yang tak reti ape2 boleh la.... paham ke Nazri Aziz 9:36am???

Anonymous said...

Tidak setuju.

Kita disusahkan dengan keenderaan dari mula beli kepada mengunakannya.

Semua bentuk cukai yang kerajaan punggut adalah dari keenderaan.

Duti dengan segala duti, road tax, insurance, lesen memandu, minyak dan alat ganti.

Tetapi apa altenatif kepada keenderaan yang kerajaan berikan kepada rakyat?

Kedua, kerajaan tidak memgumumkan bagaimana cara memilih dua syraikat swasta yang dipilih.

Berapa kos sebiji kamera? dan siapa kah mereka itu? penswastaan keatas bentuk kesalahan seperti penswastaan bagi menangkap penjenayah atau seumpananya adalah satu bentuk atau jenis penswastaan baru,jadi kerajaan kena berhati hati membuat kerja bodoh macam ini dan harus telus.


Anonymous said...

Setuju... Mcm baru ni kat U.K psl saya kena saman 90mph kat tempat 70mph. Sedar2 notis dah sampai kat pemilik kereta.. Sign board dah ada tp identiti memandu cara M'sia tak boleh tinggal, nak juga test power. Cuma selaraskn had halaju bersesuaian dgn lokasi & keaadaan jalan.

Anonymous said...

Setuju tapi bersyarat.... sama pendapat macam jejakazman. Kemudian kaji semula lokasi2 yang diletak AES tu, kalau jalan lurus takkan la bawak 60km/j je, kemudian bawak kereta 1-5 pagi, takkan la nak patuhi had laju yang di tetapkan.... fikir logik la sikit wahai JPJ, MIROS dan Kementerian Pengangkutan. Nak mendidik pemandu, tapi kadang-kadang tak fikir guna logik akal......

Anonymous said...

Saya dah 23 tahun menjadi pemandu. Pernah disaman kerana melebihi had laju sebanyak 2 kali. Memandangkan pendapatan yang 'sekadar mencukupi', jumlah denda yang kena bayar adalah memeritkan dan terlalu bernilai jika membeli beras bagi saraan keluarga. Sebab itu, saya sentiasa memandu dengan lebih beretika dan menghormati sebarang had laju yang ditetapkan.
Hanya pemandu yang banyak duit dan ada kereta besar yang akan bantah AES ni. Lagi satu, kawasan sekolah anak saya, kebanyakan pemandu 'sombong' untuk perlahan atau memberi ihsan untuk anak anak yang nak ke sekolah walaupun dah ada peringatan perlahankan kenderaan di kawasan sekolah. Siapa tak pernah kena tragedi, takkan faham perasaan.
Saya sokong AES ni.

Anak Malaysia

Anonymous said...

AES tu boleh tangkap gambar motosikal bawak macam pelesit tak?? Kata canggih sangat...!!!!

Anonymous said...

aq aetuju jer pada benda2 yang membolehkan kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan dalam zaman era kemajuan nih. cuma budi bicara manusia mesti ada kerana kita ni tau2 jah lah mudah leka dan ikut nafsu lebeh2.contoh:
.dolo2 dikatakan melebehi 10% dari had kelajuan boleh diberi kelonggaran.k tuh. kalu dolo ader pegawai berkamera main sorok2..kini aes ader label peringatan dan istihar kordinat lokasi. k lah tuh. banyakkan k tuh!!! tapi main black list2 nih aq fikir ia tambah masalah.aq tak leh baharui lesen daaa..keh keh.

Anonymous said...

Saya setuju dengan AES .Ada dikalangan Rakyat Malaysia tidak berdisiplin diatas jalan raya. Justeru mereka mesti didisiplinkan. Salah satu caranya ialah penggunaan AES yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Dari penelitian saya, ramai pengguna jalan raya yang bermatelitikan 'takut polis atau JPJ' Sedangkan kedua2 agensi tersebut hanya bertindak menguatkuasakan undang2. Apa yang sepatutnya ialah pengguna jalan raya sentisa mematuhi dan menghormati undang2 dan peraturan jalan raya. Hanya dengan mematuhi dan menghormati undang2 sahaja boleh menggurangkan kemalangan. Jadi saya berpendapat AES adalah salah satu cara mendidik pengguna jalan raya supaya lebih berkhemah ketika berada dijalan raya.

mtk

Jika diambil secara positif AES boleh menjadi sistem yang berkesan didalam konteks mendidik pengguna jalan raya.

Anonymous said...

Pelik.....kenapa la benda ni pun nak dipolitikan...kalau yg bawa laju tu ditakdirkan xcident dan mati sendiri tak pe la...cuba bayangkan kalau ianya juga melibatkan pengguna lebuh raya lain yg mematuhi undang2.....tak ke kecian orang tu...komen dan pandangan nazri aziz lagi tak membina...nampak sgt bila pemikiran tak memikirkan orang lain....mudah je..pada pendapat saya siapa yang tak setuju tu adalah individu yg suka membawa laju...hanya org yg takut disaman je yang akan bantah...

Anonymous said...

Secara jujur ... Saya bersetuju dengan AES kerana boleh tingkatkan keselamatan. Cuma nk bagi cadangan supaya naikkan sikit had laju contohnya kawasan 60kmj kepada 70kmj.

Anonymous said...

sistem AES ini sebenarnya ialah untuk mendidik pengguna2 jalanraya. bawa kereta atau yang sewaktu dengannya....di dalam had laju yang dinyatakan....sebab atas faktor design & built jalanraya tersebut.
sapa2 yang nak bawa laju....bayar la kompoun! tapi jangan lah marah kpd sistem pendidikan itu....
Satu cadangan saya....perlu diadakan satu lagi hukuman...kalu bawa laju...dan mengakibatkan kemalangan & kematian....hukumannya ialah gantung sampai mandatori/pancung. Alasan....pemandu sedar! bawa laju kalu nak bunuh diri....tak apa, tapi kalu bawa laju untuk bunuh org lain....terimalah akibatnya

Anonymous said...

Setuju diimplementkan, sokong dan sependapat dengan jejakazman ..

Melayu Perak said...

setuju....

kalau negara-negara maju 90 buah semuanya ada AES dan mengurangkan keslahan jalanraya sebanyak 30-40 % apasalahnya Malaysia guna paki sistem nih.....kita kan menuju dan mahu menjadi negara maju....

hanya pelanggar undang-undang lalulintas yang takut kepada sistem ini....malah dalam surat-khabar dah ada yang berani melanggar tiang sampai tercabut....menggunakan bulldozer

biar mampus cina...mereka inilah yang sombong di jalanraya....

Anonymous said...

Setuju dgn AES, cuma kalo bole, halaju di lbhraya dinaikkan kepada 130km/j.. dan pasang tanda amaran AES ni besor2 dan banyak sikit..

Anonymous said...

setuju

Anonymous said...

aku stujuuu 200 %

kepada pelagak2 ngri dijalanraya... ingat ingat skit... kau sorang je yang mampu beli kreta.. lpas tu ubahsuai.. bunyi ekzos macam celaka... memekak jeee.. atau pemamdu tak ade telinga...


pas tu pandu laju2...
lagak terrrerr.. kalau jadi apa2 kau je yng kojol ..tak apee laaaa..


ni nak raya..jlnraya byak kete,, cba tengook berapa ramai setan kat jlnraya yg mabuk pandu kete..


.... kau sibuk pasal kena saman..ape hal..'

aku ada kete..pandai bawak kete... apsal tak kena saman ..

asyikkkkkk kau kena sammaaaann..

aku mintga lpas ni jpj pasang m16 kat jalanraya... sape2 langar aturan jalanraya... tembak terussss.... aman duniaaaa



inilah ssokongan ku pada negara..

Anonymous said...

Saya setuju dengan pemasangan alat berkenaan, ada org persoalkan mendidik, jadi apakah alat atau cara mendidik? bukan soal nak penuhkan kantung kerajaan, kalau semua orang memandu mengikut peratura adakan kena saman? ada sesiapa yang rugi? tentu kerajaan yang rugi sebab keluar belanja besar tapi tak dapat kutip sebab tak ada yang kena saman...

Anonymous said...

aku setuju aes nie tp jgn la terus saman..ape kate bg 3 kali notis amaran kalo wat gak kali ke 4 br kuar kn saman....so dr situ kite dpt mendidik pemandu..mcm nk suruh anak2 kite solat la...ckp 3 4 kali xdg gak br la kite rtan...

Anonymous said...

aku yg hidup dalam kesederhanaan,ok jek..bg aku org yg selalu buat kesalahan jek x menyokong ape yg akan menyusahkan pesalah tue..kumbang jarak,kumbang jagung,berani bawak,berani tanggung..manusia skrg lebih hargai duit,jd hukuman melibatkan duit akan menyedarkan seseorang..sokong..

Anonymous said...

Yang selalu dan kerap memandu laju atas jalan raya dan tidak mengikut undang2 adalah keta2 ahli parlimen dan wakil rakyat dan orang2 kenamaan yang sering kita lihat dijalan raya tu.Habis lampu merah atau pun speed limit diorang abaikan..kalau rakyat selalunya yang terlambat ketempat kerja atau ada kecemasan je yang akan memandu laju selain dari musibat2 yang berlumba tu.

Satu lagi off topic apa kejadah nya Kerajaan nya meminda hukuman mati bagi pesalah2 DADAH tu...ada 'tokeh" yang ternama ke dan kenapa pulak mereka nak bersimpati dengan pesalah2 atau keldai DADAH yang diluar negara tu..Dah TAK cukup2 ke amaran dan preringatan diberi sampai mentri nak berfikir fikir3 lagi atau ada UBANG SEBALIK MEE KE.?

Anonymous said...

aku yg hidup dalam kesederhanaan,ok jek..bg aku org yg selalu buat kesalahan jek x menyokong ape yg akan menyusahkan pesalah tue..kumbang jarak,kumbang jagung,berani bawak,berani tanggung..manusia skrg lebih hargai duit,jd hukuman melibatkan duit akan menyedarkan seseorang..sokong..

snor4057 said...

cuba wartawan tanya dia, berapa banyak saman yang dia dah bayar, dan berapa banyak samanx yang rakyat dah bayar. Dia punya saman boleh buang dalam tong sampah, kita punya saman kena bayar. Kalau aku ditempat dia, aku pun akan sokong AES.

Anonymous said...

Pada dasarnya aku setuju pelaksanaan system AES ni. Ia benda baik. Ia mampu mendidik pemandu2 diatas jalanraya supaya berhemah sekali-gus menyelamatkan nyawa orang lain. Cumanya masanya amat tidak sesuai. Mengapa mesti disaat ini? Tidak bolehkah ditanggoh disatu waktu yang sesuai? Urgent sangat ke?

Bro GAP! Kita semua tahu. Pembangkang dinegara ini umpama LAMPAM BAWAH JAMBAN. Apa saja yang jatoh kedalam air mereka akan sambar. Lantas jari dituding pada orang lain. Walaupon ditakdirkan taik cicak jatoh keatas hidong mereka pon mereka akan salahkan kerajaan. Mereka akan politikkan, mereka akan sensasikan isu itu habis2an sampaikan kerejaan pon pening kepala. Jangan bagi peluru pada pembangkang! Apa salahnya kalau dilaksanakan selepas PRU13 nanti. Masa itu kalau pembangkang nak menjerit kelangit pon lantak dia orang lah. Tak jadi kudis pon kerana BN dah menang.

Anonymous said...

Aq pon xkisah dgn AES sbb aq bkn kaki pecut pon...tapi yg penting kadar hadlaju biarla brsesuaian dgn TEMPAT dan MASA...betoi gak...xkn tgh2 malam kene lak ada traffik light yg di biarkn dgn kadar yg BANGANG tgh2 malam pon kene tunggu lama mcm siang hari...

Lagi 1..apakata pemandu keter yg bawak macam SIPOT BABI pon sewajarnya di SAMAN...sbb mmg mnyusah giler kan org len.,..


CIFUT said...

Setuju dgn anon 10:35 AM.
Sy juga menyokong AES tp dgn SYARAT... tolong naikkan hadlaju kt highway dari 110kmj kpd 140kmj atau sekurang2nya 120kmj. Manakala dikawasan 90kmj dinaikkan kpd 100kmj. Mengantuk bawak keta perlahan2 nih.

Anonymous said...

Saya setuju - semuga semua pengguna jalan raya merasa "selamattttttttt" dari pada kesombongan dan kebodohan Pemandu pemandu giler yang cuba nak menunjuk nunjuk dijalan raya . TahniaHHHHHHHHHHHH..... teruskan ..teruskannnnnn.
Cuma kalau ada sedikit sebanyak komen yg valid .perlu diperhalusi utk penambah baikan.

Anonymous said...

SETEUJU dengan AES atas faktor keselamatan untuk semua di jalanraya dan mendidik kita memandu berhemah.

Terima kasih.

Anonymous said...

It's ok....yg benci benda hanya yg bawa kereta mewah yg powerr powerr tuu!!....orang kaya x perrr

Anonymous said...

GAP.


TIDAK.

LEPAS MENANG PILIHAN RAYA KITA TANYA RAKYAT, SEKARANG BUAT HARAKIRI JER.

Anonymous said...

Setuju...tapi kena ada papan tanda awal...kelajuan dan had laju dengan jelas sebelum kawasan....dan had kelajuan kena logik la...mau kat lebuh raya jadi jem gara2 AES pula nanti....pemandu tension lagi ramai yang langgar peraturan....terutama puak2 panas hati dari PK....ha..ha..

Tak setujunya cahaya kamera buat orang terkejut badak...walau kedudukan di kawasan bertentangan.

Kalau dah ada papan tanda besar badak... saja je mau langgar....itu kira sendiri mau bayar la.

Anonymous said...

Setuju, tindakan seterusnya kurang kan orang sakit akal cam 9.20 dari menggunakan jalanraya terutama highway kerana tidak ada kemampuan utk faham topic cam seolah olab tak geti membaca, dah tentu tak ikut arahan, bahaya tu, orang cam ni polis trafik pun dia sodok, cam species Anwar je.

Anonymous said...

Anon 11:15 AM,

Nak letak papan tanda besar2?

Takut nnti ada pulak yg buat isu kroni dapat kontrak pasang papan tanda lepas tu salahkan kerajaan lagi kata kenapa nak ada sign board bila kami dah tahu situ ada kamera?

Menteliti rakyat yg suka membangkang ni susah nak ubah dah kalau mereka ni jenis yg membangkang apa saja yg dibuat untuk kebaikan semua.

Tentang had laju tu, berapa laju had yg kita mahu? Had kamu mkin tak sama dengan had saya. Jadi di mana kesudahannya. Apa kata kita patuhi saja had yang ada. Kalau tak suka cari altenatif lain untuk mengelakkan dari kene saman bila memandu laju.

Setuju?

Saya setuju pat AES ni GAP. Kamu bagaimana? ;)

Anonymous said...

Aku drive kereta mewah juga high power, sangat setuju dgn AES. Cepat sikit sampai & kurang bahaya sebab orang lain slow down.

Anonymous said...

Aku setu dengan penggunaan AES untk mendisiplinkan pemandu yng semakin kurang ajar bila pegang stering.

Bila lagi pemandu patut di ajar dgn ketegasan.Aku pun tak selesa dngn kelajuan 110kM/hour.Tapi dengan adanya AES aku akan lebih berhati dngn Audi A4 aku supaya tidak kena saman.
Ada berjuta2 kereta yng bergerak di jln raya AES adalah tindakan terbaik untk mengawasi pemandu.

Klu sayang duit untk bagi kepada kerajaan akibat kesalahan semasa memandu patuhilah undang2 jalan raya.

Selamat menyambut Hari raya Qurban.
Memandulah berhati2 ingatlah orang tersayang.

Psst..klu boleh menteri yng berkenaan up sikit kelajuan highway 110km ke120km.

Kamarul said...

Saya bersetuju dengan sistem AES. Namun, sepatutnya diadakan kelas/kursus pemulihan bagi pesalah trafik terlebih dahulu bagi kesalahan pertama. Seperti dinegara-negara barat, pesalah trafik yang melakukan kesalahan pertama dikehendaki menghadiri kelas/kursus (cuma beberapa jam) pemulihan.

Jika pesalah tersebut melakukan kesalahan kedua, ketiga dan seterusnya, barulah mereka disaman.

Namun, pihak berkuasa juga haruslah memainkan peranan yang baik supaya sistem ini dapat diimpimentasikan dengan betul. Janganlah pihak berkuasa pula akan "kaw-tim" dengan pesalah-pesalah trafik.

Pihak berkuasa juga haruslah menangani pesalah-pesalah trafik dengan penuh professional dan berhemah agar mereka lebih dihormati dan diberikan kerjasama yang baik.

Namun, secara keseluruhan, saya rasa amat perlu bagi pihak kerajaan menyediakan kemudahan sistem jalanraya yang baik dan sistem pengangkutan awam yang efektif sebelum menjatuhkan hukuman-hukuman terhadap pesalah trafik, kerana kebanyakan kesalahan trafik adalah disebabkan kelewatan, "traffic congestion" yang agak teruk, simpang keluar-masuk yang agak kelam kabut dan juga kenderaan2 berat yang kadangkala amat mengganggu kelancaran trafik, dan ini semua menjurus kepada pemandu2 melakukan kesalahan dalam keadaan yang agak terpaksa.

Sekadar pendapat saya.

Anonymous said...

hehehe bangga duk kata tiru sistem di luar negara berjaya tapi kita sedar tak yg buat sistem aes di luar negara tu sentiasa tukaq kerajaan setiap kali pengal habis, yea lah kalau nak try anwar memerintah biar kan sahaja lah...

jng buat polisi yg boleh rakyat marah kepada kerajaan pru dah dekat.. dah tau tak ble nak menang ka atau di sabotaj? menteri pengankutan dari MCA dan salah satu syarikat yg buat sistem ini pun milik MCA, kita tau undi BN berkurangan terhdapa BN tapi kenapa perlu ditambahlagi polisi2 yg boleh buat orng marah keapda kerajaan



Anonymous said...

Setuju ..Setuju ..Setuju ...buat lah cepat cepat diseluruh negara ...hanya kaki rempit dan melanggar peraturan aje yg rungsing dengan AES. Yg penting kita merasa "selamat" utk menggunakan Jalan Raya /Highway dari Manusia Sombong , bongkak dan berlagak .This will be a Breakthrough .......

Servant of God said...

Kamarul October 24, 2012 11:52 AM,

Idea awak sangat menarik sekali, terutama hukuman untuk first offender.

Baru laa nampak kerajaan nak didik rakyat, dan bukan nak jana pendapatan.

Alaa, macam ajar budak laa. Dia buat salah, takkan kita terus rotan jek dia. Bagitau dia baik2 apa dia buat salah dan kita tak suka. Dah berkali2 cakap pun dia buat gak, baru laa rotan dia.

Rotan pun berpada2, saman pun macam tu gak laa.

Anonymous said...

Sokong AES, kalau dapat pasang setiap 2KM, naikkan maksimum speed pengesanan sehingga kelajuan 280km/h. Apabila AES dipasang rapat tiada siapa boleh laju, koleksi denda semakin berkurangan, rasa selamat dijalan raya.

annonymous said...

setuju

annonymous said...

setuju

Anonymous said...

mcm ni baru betul...buat survey. bukan main belasah je macam blogger sorg tu

Anonymous said...

Aku ikut apa kata ayahanda TSM.
Setuju 100%.

Pengundi Sek2 yg bakal mengundi BN.

Anonymous said...

Aku setju dgn AES .. sikap pemandu Malaysia yg memandu kenderaan mcm pelesit , tidak bertimbang rasa dari motosikal sehingga trailer.

Cuma perluaskan AES kepada motosikal juga ; bukan setakat kereta, bas dan lori.

aloya said...

Aku sokong AES ni sebab ramai driver kt Malaysia yang mcm pukimak, benda baik memang ramai yg tidak setuju..

Klu boleh AES ada sound sistem jugak, mana2 kereta yang pasang ekzos bunyik mcm haram tu sila saman! lol

Anonymous said...

Setuju . Tiap2 hari aku bawa kereta. Tak pernah pun kena saman. Higway Di Amerika Ada Helicopter Tembak dengan 'BOM Asap' (MAKA KETIKA ITU BERWARNA WARNILAH PEMANDANGAN DIHADAPAN ANDA) kalau bawa melebihi had laju.

Pasal pengswastaan ia relevan dng penjimatan wang kerajaan dan diamalkan diseluruh dunia. Bila ada orang dapat bisnes (org Melayu). Baguslah... Alhamdulillah...Soal Harga kamera dan untung orang.. anda boleh gi sendiri tanya dan siasat kalau anda perlu .

Tolonglah kawan, Isu keselamatan Jalanraya jngn diputar belitkan dan dipolitikan, ia melibatkan nyawa.. Tak taulah kalau anda memang kaki belit ..... maka dalam perasaan anda semua orang pembelit macam anda.

Anonymous said...

Setuju 100%...dah deka20 tahun aku bawak kenderaan moto/kereta..sekali pun tak pernah kena saman..sebabnya aku selalu pastikan akan patuh pada undang2 yg ditetapkan.
Pada aku orang2 yg membantah sangat AES ni ,pasal dioarang ni sakit otak,busuk hati.Memainkan persepsi konon memenuhkan poket kroni la,kerajaan la..itu je puncanya.Tapi dioarang ni langsung tak terfikir,poket kroni ker kerajaan ke, akan penuh kalau banyak saman yg di keluarkan.Kalau tak ada saman/sikit saman jadi camana pulak poket boleh penuh?Otak letak kat lutut..kalau dah tahu kalau buat camani atau camtu akan kena saman,pasal apa buat?

r0 said...

niatnya baik. cuma perlaksaannya yg tak brape baik.

niatnnya nak kurangkan eksiden. tapi tak tgk chart sedangkan yg eksiden tu byk di jln biasa dan libatkan motorsikal.

btw bro... aku sekarang boleh redah 150kmj dari Sg besi ke bangi... except kawasan 2km gi kajang. sebab ada aes. Rasanya 90% org yg tahu semua buat mcm tu. so, aes mentaliti ke? tak juga.

JPJ malas utk kaji. macam mana nak ajar pemandu sejak diaorg belum pegang motor, pegang kereta. melentur buluh, biar dari rebung.

Anonymous said...

AES cuma satu alat...yg tentukan kelajuan manusia....

Anonymous said...

yang mempolitikkan AES ni kebanyakannya belajar tinggi tapi otak letak kat lutut....nak kata bebal & bodo sombong kang korang marah pulak....
bebudak tingk 2 pun tahu apa faedahnya system AES ni....

Anonymous said...

Fook Tan Rakyat membangkang hanya sebb nak membangkang. Bukan ada hujah atau alasan pun. Tak guna punya maanusia.

Unknown said...

AKu setuju!

Walaupun aku duduk di German dengan setengah2 tempat tanpa sekatan had laju (ada yang bawak sampai 250km/j), tak pernah pulak aku terserempak dengan kemalangan depan mata. Majoritinya mematuhi undang2 jalanraya. Dah tentu kadar kemalangan pun rendah kalau semua orang berdisiplin di jalanraya!

yang tak bersetuju dengan AES adalah orang yang suka bawak laju (macam blogger cili kasik taruk kot) hehehehe!

Anonymous said...

setuju 100%..
saya rasa orang yang tak setuju dengan AES ni kebanyakannya orang yang ingat lane paling kanan tu dia yang punya... suka hati nak memecut.. pastu bila gov pasang AES mula la memekak tak tentu pasal..
AES ni sebenarnya boleh mendidik pemandu untuk memandu mengikut halaju yang ditetapkan.. sapa yang kata tak mendidik tu maknanya dorg sukar dididik..takder kesedaran..
cuma kalo untuk hukuman..dicadangkan untuk kesalahan pertama kenakan dendan supaya mereka hadir ke kelas undang-undang jalanraya etc.. kalo dah dua kali denda je la terus..sbb tu memang menunjukkan seseorang memang suka buat salah..

Unknown said...

AKu setuju!

Walaupun aku duduk di German dengan setengah2 tempat tanpa sekatan had laju (ada yang bawak sampai 250km/j), tak pernah pulak aku terserempak dengan kemalangan depan mata. Majoritinya mematuhi undang2 jalanraya. Dah tentu kadar kemalangan pun rendah kalau semua orang berdisiplin di jalanraya!

yang tak bersetuju dengan AES adalah orang yang suka bawak laju (macam blogger cili kasik taruk kot) hehehehe!

Anonymous said...

Biar la AES ni berjalan 4-5 tahun dulu, lepas tu tengok la macam mana keberkesanan projek AES ni, dapat kurangkan kemalangan ke tak... dapat mendidik pemandu supaya lebih berhemah bila di atas jalanraya ke tak.... kalau lepas 4-5 tahun statistik dan laporan dari kementerian masih tak menunjukkan apa-apa prestasi, baru la mansuhkan.

Bukan sesen duit rakyat pun digunakan dalam projek AES ni, yang tolong bayar tuuu pemandu yang tak reti-reti nak mematuhi undang-undang jalan raya. Pihak kontraktor AES pulak, kalau kita yang rugikan mereka lagi bagus sebab semua dah boleh ikut peraturan jalanraya yang ditetapkan... itupun susah sangat ke nak ikut???

Anonymous said...

Saya setuju dengan sistem AES boleh mendidik orang ramai dari menjadi HANTU jalan yang boleh menyebabkan orang yg tak bersalah terjerat bersama...cuma ada yg saya ingin menyuarakan pendapat 1) Had laju keenderaan sekarang tidak bersesuaian saya syorkan dari 110 ke 120 dilebuhraya 2) banyakkan sistem ini di SEKOLAH berhadapan jalan besar dan dipetak kuning.....

Anonymous said...

Sistem AES aku setuju...tetapi hanya untuk memantau binatang-binatang yang semakin pupus kini kah kah kah. Untuk tidak membenarkan pemanduan melebihi had laju apa kata kita sarankan pihak kerajaan bina bonggol di seluruh jalanraya malaysia baru adil, dari rakyat hingga pemerintah tertinggi tak boleh laju kan ok tu....fikir-fikirkan..

Anonymous said...

Gap,

Tak payah buat jalan lah macam NIk Aziz. Senang. Tidak ada orang bawa kereta laju. Lagi senang didik rakyat.

Apa macam

Anonymous said...

Tak setuju dengan sistem AES kerana lokasi yang diletakkan tidak munasabah. Perlu dahulu kaji kelajuan sesuatu lokasi. Adakah patut AES diletakkan ditempat yang jalan lurus tapi had laju hanya 30, 60-80km/j? Kaji balik had laju di negara kita? Kereta sekarang tak macam kereta dahulu? Had laju negara kita ikut zaman dulu ke? Kalau di hiway bawa sampai 150km/j ke atas patut la kena saman AES!

Anonymous said...

lagi laju lagi cepat mati.buksn anda aje ahli keluarga, mak bapak kakak abang adik anak dan bayi anda dan orang lain jugak akan makin cepat mati. so sapa nak mati dan mematikan org dengan cepat ATAU sapa nak TERBUNUH dan ingin menjadi PEMBUNUH sila BANTAH AES!! noktah!!

Anonymous said...


Setuju >100% dengan AES..
Setuju dengan ayahnda ku Tun M..

SEBAB APA..
sebab aku bengang tengok orang langgar orang (askar) sampai mati, orang memecut laju dan membahayakan aku dan kereta aku,
orang suka-suka tukar lane,
orang suka gunakan laluan kecemasan,
orang yg jadi pembuli jalanraya, orang yg suka bagi highlight dari belakang yg memandu lebih halaju,
orang yang suka potong line,
orang yang suka langgar peraturan jalanraya mcm Nazri Aziz,
Orang mcm pembangkang yg suka pandu laju2 dan eksploitasi AES untuk kepentingan politik bangang..

GENG2 PR NI HAPRAK.. SAMAN MALAS NAK BAYAR..KALO MSK KANTONG SENDIRI TAK PE..





tobeng said...

1.AES boleh dilaksanakan dengan syarat hadlaju maksimum ditambah bersesuaian dengan keadaan jalan dan kemampuan kereta masakini.

2.Hadlaju 110km/j di lebuhraya sudah tidak relevan dengan kemampuan kebanyakan kereta.Sekurang2nya letak 130km/j misalnya sebagai hadlaju yang munasabah.Di tempat2 yang sekarang ini hadlajunya 90 tambahkan 110 dan seterusnya.

3.Untuk jalan persekutuan dan bandaran cuma tambahkan 10 km/j daripada hadlaju sedia ada.

4.Letak papantanda peringatan dengan jarak yang secukupnya tentang kehadiran AES supaya pengguna maklum dan boleh memperlahankan kenderaan mereka secara tidak mengejut.

5.Sekiranya hadlaju tidak mahu ditambah pihak polis hendaklah menggunakan budibicara untuk mengurangkan saman.Misalnya pemandu yang memandu 120km/j di laluan yang hadlajunya 110km/j bolehlah dilepaskan manakala pemandu yang memandu sehingga 170km/j terus saja disaman tanpa rundingan.

p/s:ada lagi ke orang bawak kete 110 kat highway?hehe

Anonymous said...

telo anua besa betol ... kalau tak percaya tanya saipool .haha

Anonymous said...


Biar la AES ni berjalan 4-5 tahun dulu, lepas tu tengok la macam mana keberkesanan projek AES ni, dapat kurangkan kemalangan ke tak... dapat mendidik pemandu supaya lebih berhemah bila di atas jalanraya ke tak.... kalau lepas 4-5 tahun statistik dan laporan dari kementerian masih tak menunjukkan apa-apa prestasi, baru la mansuhkan.

KALAU TAK DIIMPLEMENTASIKAN SAMAN NYA MCM MANA NAK BERKESAN PENGUATKUASAAN NYA..


Anonymous said...

yang tentang, SISTEM AES minta jadi pasukan sukarela perubatan di Jabatan Kecemasan dan Bilik Mayat Hospital-Hospital semasa musim cuti perayaan untuk melihat sendiri akibat memandu mengikut perasaan.

Anonymous said...

Tidak setuju,kajian tidak menyeluruh.Pertangungjawabpan pembayar saman amat rendah.Jalanraya pada tahap penyenggaraan yg lemah.Lampu jalan tak ada.Saman tertunggak yg tidak berbayar masih banyak lagi.Penglibatan perkongsian keuntungan dgn pehak kwsp dalam sistem AES,tidak ada.Mendidik pemandu jalanraya yg purata pencarum kwsp adalah baik utk mereka dan kembali pada pencarum itu sendiri(mendidik pesalah jalanraya dgn saman, dan menabung utk mereka jugak).Sesuai utk kakitangan kerajaan yg di manjakan setiap tahun yg tidak mencaruman kwsp utk meningkatkan pendapatan pencarum kwsp pekerja swasta.Perlu ada rangka kerja yg menyeluruh di lebuhraya,jalan penbendaraan,zone mat rempit,kawasan kemalangan.Mempertingkatkan prasarana seperti pemasangan lampu jalan sepanjang lebuhraya,AES,Papan iklan,Papan tanda,penangkap gelombang radio,GPRS kenderaan dll.Menjadikan ia sebagai value 4 money.Perlu ada pertemuan di antara GLC,kwsp dan pehak konsesi lebuhraya serta kerajaan utk memastikan semua prasarana di atas,ada di setiap lebuhraya lama dan akan di bina di masa hadapan.Pengambilalihan konsesi lebuhraya,amat di galakkan oleh pendana2 besar terutama kwsp utk memperkembangkan infraskutur lebuhraya baru dan mengurangkan kos tol lebuhraya lama.Akan mewujudkan tarif tol bg lebuhraya lama dan baru.pada keseluruhannya,akan melestari prasarana lebuhraya,keselesaan pengguna lebuhraya dan meningkatkan pendapatan kwsp dan syrikat RM16 satu saman.

Anonymous said...

aku sokong AES ni dengan syarat, highway 2 lorong tu janganlah gazetkan kelajuan 90 km/sejam. macam tak seiring zaman ja.

IDA

Tun Teja said...

Di Singapura terdapat banyak signal laju seperti di Malaysia dan sudah bertahun -tahun di letakkan di banyak jalan raya, tetapi tiada satu pun orang mahu complain. Kerana system ini bertujuan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.

Anonymous said...

Setuju banget... ayuh kita pastikan kerajaan menanggung rugi yg besar. patuhi peraturan. tak de saman, tak de duit la kerajaan... padan muka kerajaan...

Anonymous said...

Anon October 24, 2012 3:36 PM
Kau memang berhati Yahudi, busuk dan zalim.

Anonymous said...

sokong AES 100%

Di UK atau Perancis, pemerintah bertukar2, tetapi sistem AES tetap berjalan kerana sememangnya ianya berguna untuk mendidik dan juga menghukum pesalah Jalan Raya seperti memandu laju.

Agak2nya, siapa2 yg bencikan AES, bila mana mak bapak atau laki bini dilanggar pemandu yg memandu laju dan berbahaya, boleh lah kita bertanya pada mas itu, setuju atau tidak AES................

Yg menentang AES ialah :-
1) Pemandu yg bertabiat memandu laju dan melanggar undang2

2) Orang2 yang cetek akal dan pemikiran

3) Yang berotak pemnbangkang , yg senantiasa membangkang apa sahaja kebaikan yg BN lakukan

Rakyat Patuh Syaraq dan Undang2

Anonymous said...

pembangang kata rakyat malaysia dh semakin bijak...lynas, rapid semua berbahaya tp rasa-rasanya yg byk mati atas jalanraya

Anonymous said...

“Kalau di sini (Malaysia) nak buat apa pun kena pikir nak menang atau kalah dalam pilihan raya, padahal semua orang tahu sistem ini AES adalah baik seperti di luar negara," katanya.


....
PEMBANGKANG MMG BANGANG

BANGANG...MEMANJANGGG PLAK.TU..

Anonymous said...

Setuju dgn aes, buat salah kena la akibatnya. Tak buat salah. Apa mau takut

Sayang duit, pendapatan tak cukup, takut kene saman dan taknak pihak swasta dapat duit. Pandu ikut had laju.

Anonymous said...

Sistem tiada masalah dan mendapat sokongan ,yang di khuatiri esok,2 kerajaan pula terpak,membayar pehak,'swasta' yang mengendalikan saman..almaklum.pembayar saman semuanya bagus2 belaka.Kesan sampingan bila matlamat hanya nak, buat duit utk, syarikat.

Anonymous said...

Aku setuju dengan AES ni sedangkan satu puak tak setuju mereka lebih perlukan ice. AES mendidik pemandu tidak tamak diatas jalanraya, mereka yang tamak tu tak kira jalan sibuk ke sesak lalulintas ke masih nak tunjuk merekalah yang hebat, lebih2 lagi mereka menggunakan kereta besar dan tahan laju.

Anonymous said...

Apa lagi malaysia nie,nak mendidik rakyat dgn mcm2 sistem,perundanganlah,instrumenn mengawal etika pemandu la...nak tanya nie..Apa sistem mendidik rakyat yg telah berjaya,masuk jail keluar jail ble bertanding..muflis boleh jgk bertanding..masuk court keluar court ble jgk bertanding..org lain pun aada senasib mcm tu...ingat courtmammoth ker,tak de orang lain sebuk nak bertanding,yg perasuah tak jugak tertangkap walaupun kegagalan dan bukti dah ada,laporan audit dh kuar....banyak bocor salah takbir dan salah urus,salah guna kuasa semuanya dah ada bukti...memang lah perbelanjaan dafesit tapi habuk pun tarak...realitipun tarak..rakyat sengsara

Anonymous said...

Jangan pakai setuju je oi.
Masalah nya kat mana dia nak letak kamera tu? Memang lah sekarang ni depa ada bagitau cadangan tempat, tapi kalau esok2 depa pasang betoi2 kat depan rumah hangpa had laju 30km baru hangpa tau.

Anonymous said...


Pakatan Rakyat memang suka langgar undang2..

Anonymous said...

Bro,
Aku setuju dgn AES ni walaupun byk kali kena saman speed trap..(skyline kena bawak laju la bro).
Anyway, sesepa ygnak tambah lagi had kelajuan tu cuba hangpa hentak kepala hangpa kat stereng kereta tu.. Klu rasa sakit jgn nak memandai mandai..
Tak nak kena saman bawak ikut had laju la!!!
Bodoh piang punya manusia...

Anonymous said...

AES utk salh takbir urus,penyelwengan,kes rasuah,salah guna kuasa,pojek terbengkalai,rumah x siap tapi masih kena bayar,masaalah moral,melanggar etika perlembagaan,pembaziran,tak bertanggungjawab dll masaalah serumpun, sebangsa,senegara...x ada ker

Anonymous said...


AES diperlukan untuk mengajar dan mendidik pengguna jalanraya..
Begitu jugaLAH perlunya HUDUD sebenar ISLAM (bukan hudud pas) untuk mengajar dan mendidik manusia untuk kebaikan menuju ke jalan Allah..

DARIPADA DIKENAKAN SAMAN DAN DIKENAKAN HUKUMAN HUDUD MARILAH KITA JAUHI PERBUATAN YANG MELANGGAR UNDANG2 DUNIA DAN UNDANG2 AKHIRAT AGAR KITA SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT.

.oej.


Anonymous said...

Anon 4:44 PM,

Kalau dia pasang depan rumah aku lagi baguih! Selamat jalan depan rumah aku dari jadi trek mat rempit ngan lori hantu!

Selamat bro! Selamat nyawa anak2 bini aku, anak2 jiran aku, harta benda aku dan aku sekali. Huhu..

Otak lemau sungguh hang ni der!

Anonymous said...

ya saya sokong aes. saya juga sokong tol masuk kolumpo, zon tol bandar dan apa2 tol yg boleh mngurangkan keta kat bdr ni kalo dato bandar berani nak buatlah walaupun saya sendiri ade keta. buat je cam ny, london, paris, sing. dan saya juga sokong pernyataan tun yg diboldkan itu. msia ni mmg spesial siot susah siot kalo nk menyenangkan.

usin said...

yang pertama lokasi. nk letak kamera aes mesti di lokasi yg paling munasabah. bukan di lokasi 'tangguk udang'. bagi justifikasi kenapa lokasi itu dipilih. keluarkan statistik berapa kemalangan berlaku di situ dalam tempoh bulan @ tahun. kedua papan tanda amaran ada kamera aes. letak papan tanda di tempat yang jelas dan bukan sorok balik daun pokok atau dalam keadaan sukar dilihat. ingat pokok tujuan aes tu, mendidik bukan merompak. org belajar kena tahu dia sedang diajar. ketiga, had laju semasa jalan2 raya dan lebuhraya wajib dimunasabahkan. highway berbayar masih 90km/j memanjang apa cerita. rujuk highway kl-karak sampai bentong. ikut penelitian aku daripada 100 kereta, tidak sampai 10 buah yg sanggup memandu dalam kelajuan bawah 90km/j sepanjang masa. mungkin yg ada tu kereta yang dipandu orang tua. cuba bayangkan dgn highway 2-3 lorong dan besar mcm tu BMW 5 siries dipandu tidak lebih 90km/j. cerdik tak? keempat, saman yg dikeluarkan wajib mengikut lebihan km/j yg dilanggar oleh pemandu. tak logik di lokasi 90km/j, pemandu yg memandu 95km/j kena saman jumlah yg sama dgn pemandu yg memandu 160km/j.
aku setuju kamera aes digunakan untuk mendidik pemandu2 yg terlalu degil, bodoh sombong dan tunjuk berani tak pakai akal. biar mereka belajar bagaimana menghormati peraturan jalanraya serta menghormati pengguna jalanraya & lebuhraya dgn syarat PENAHBAHBAIKAN yg dicadangkan dilaksanakan.

Anonymous said...

JANGAN PASANG KAMERA AES TU DI KAWASANG SEKOLAH DGN.HAD LAJU 30KM/J...

BUKAN 24 JAM ADA BUDAK SEKOLAH MELINTAS !!!

LAGI SATU, LEPAS NI KERAJAAN JANGANLAH BUAT SEKOLAH TEPI JALAN YG.MENYUSAHKAN PENGGUNA DIMANA TERPAKSA BREK EMERGENCIES WHENEVER TERSEREMPAK POLIS BAWAH POKOK ATAU KAMERA AES TUH!!

fen2felda

Anonymous said...

aku stuju.

sbb aku pengguna hway tiap2 hari di elite. di sini patut pasang 100 aes, sbb lori dan bus hari2 berlumba. mcm kimakkk...

org naik moto kene angin lori berlumba pon boleh melayang...

thn 2009 aku npk pemandu motor kene gilis dgn pemandu bus, tercampak ke guard rail...

bila aku berenti, talifon dia berbunyi, ada mamat yg sampai memula kat situ angkat ....

mamat tu terus menangis sbb dia kata mak org yg kene langgar tu tipon kata kat mana anak dia sbb tak sampai2 lg...

pikir2kan...


asri


Abd Razak said...

memang banyak kebaikan system AES malah keburukanya tiada.system ini diguna untuk memaksa pemandu yang suka melanggar undang2 jalan raya.apakah kita nak melindungi persalah jalanraya? disini tiada bebanan kepada pemandu yg memandu secara tertib kecuali bebanan kepada pemandu kurang ajar.sama dengan undang2 kanun keseksaan seperti membunuh,mencuri,menyamun,menculik dan lain2 ,apakah kita nak katakan satu bebanan untuk persalah jenayah tersebut?
bodoh piang orang yg membantah AES,bila anak anda dah kena langgar depan sekolah baru nak sokong.

tobeng said...

1.Aku rasa kerajaan kena praktikal dalam menguatkuasakan undang2.Kita harus melihat realiti sebenar daripada sekadar berteori.

2.Kalau kita memandu dihighway kita boleh lihat berapa persen kenderaan yang dipandu bawah 110.Itupun mungkin cuma lori2 muatan berat.Kereta2 persendirian rata2 memandu sekitar 120-130km/j.

3.Matlamat kita adalah untuk mengurangkan kemalangan jalanraya bukan untuk mengutip wang dari bayaran saman.

4.Kemalangan biasanya disebabkan perangai lahanat2 yang memandu kereta secara merbahaya seperti menukar lorong tanpa memberi signal,mengekori kenderaan lain secara rapat atau memandu terlalu laju macam pelesit >150km/j.

5.Siapa kata hadlaju maksimum tak boleh dinaikkan?Biasa aje mana2 negara menaikkan hadlaju mengikut kesesuaian.Ada aje negara yg hadlajunya yang melebihi 130km/j.Hadlaju 110 km/j ini adalah hadlaju yg ditetapkan ketika mula2 lebuhraya plus dibina 30 tahun lepas.

6.Realitinya selama ini majoriti daripada kita bukan tak memandu laju tapi tak terkena speed trap.Tapi lepas ni disebabkan sistem AES adalah automatik sepenuhnya,korang bawak 111km/j dihighway pun korang kena saman.Padan muka korang hahaha

tobeng said...

1.Aku rasa kerajaan kena praktikal dalam menguatkuasakan undang2.Kita harus melihat realiti sebenar daripada sekadar berteori.

2.Kalau kita memandu dihighway kita boleh lihat berapa persen kenderaan yang dipandu bawah 110.Itupun mungkin cuma lori2 muatan berat.Kereta2 persendirian rata2 memandu sekitar 120-130km/j.

3.Matlamat kita adalah untuk mengurangkan kemalangan jalanraya bukan untuk mengutip wang dari bayaran saman.

4.Kemalangan biasanya disebabkan perangai lahanat2 yang memandu kereta secara merbahaya seperti menukar lorong tanpa memberi signal,mengekori kenderaan lain secara rapat atau memandu terlalu laju macam pelesit >150km/j.

5.Siapa kata hadlaju maksimum tak boleh dinaikkan?Biasa aje mana2 negara menaikkan hadlaju mengikut kesesuaian.Ada aje negara yg hadlajunya yang melebihi 130km/j.Hadlaju 110 km/j ini adalah hadlaju yg ditetapkan ketika mula2 lebuhraya plus dibina 30 tahun lepas.

6.Realitinya selama ini majoriti daripada kita bukan tak memandu laju tapi tak terkena speed trap.Tapi lepas ni disebabkan sistem AES adalah automatik sepenuhnya,korang bawak 111km/j dihighway pun korang kena saman.Padan muka korang hahaha

Anonymous said...

Lepas ni aku nak letak penyataan besar2 di belakang kerete aku yg berbunyi,

'Maafkan saya kerana memandu mematuhi undang2 jalanraya. Jika anda tidak senang hati, sila berhentikan kenderaan anda dan tunggu sehingga saya hilang dari pandangan baru anda begerak semula. Terima kasih kerana bersabar'.

Hahaha...tgk berapa ramai yg akan menyumpah dan sakit jantung nanti.

Cheers! :)

Anonymous said...

Lepas ni aku nak letak penyataan besar2 di belakang kerete aku yg berbunyi,

'Maafkan saya kerana memandu mematuhi undang2 jalanraya. Jika anda tidak senang hati, sila berhentikan kenderaan anda dan tunggu sehingga saya hilang dari pandangan baru anda begerak semula. Terima kasih kerana bersabar'.

Hahaha...tgk berapa ramai yg akan menyumpah dan sakit jantung nanti.

Cheers! :)

Anonymous said...

Lain kali tak payah langgar undang2 jalanraya.Senangkan kau ikut je

Anonymous said...

Aku taulah kau naik 125 zr.

Anonymous said...

UMNO BESATU NGAN PAS OK LAGI.. KALAU BERSATU NGAN PKR TAK MAU BEB... TAKUT KENA SONTOT WEH...

Anonymous said...

Pada dasarnya aku setuju pelaksanaan system AES ni. Ia benda baik. Ia mampu mendidik pemandu2 diatas jalanraya supaya berhemah sekali-gus menyelamatkan nyawa orang lain. Cumanya masanya amat tidak sesuai. Mengapa mesti disaat ini? Tidak bolehkah ditanggoh disatu waktu yang sesuai? Urgent sangat ke?

Bro GAP! Kita semua tahu. Pembangkang dinegara ini umpama LAMPAM BAWAH JAMBAN. Apa saja yang jatoh kedalam air mereka akan sambar. Lantas jari dituding pada orang lain. Walaupon ditakdirkan taik cicak jatoh keatas hidong mereka pon mereka akan salahkan kerajaan. Mereka akan politikkan, mereka akan sensasikan isu itu habis2an sampaikan kerejaan pon pening kepala. Jangan bagi peluru pada pembangkang! Apa salahnya kalau dilaksanakan selepas PRU13 nanti. Masa itu kalau pembangkang nak menjerit kelangit pon lantak dia orang lah. Tak jadi kudis pon kerana BN dah menang.

October 24, 2012 10:46 AM
-----------------------------------

Betul sistem AES ni bagus.. tapi nak laksana pun jgn le time pilihanraya. Tak boleh nak sabar2.
Ni bagi bole tanggung kat PR.
Orang2 PR kalau cakap benda kebaikan pun boleh jadi keburukan. Cth macam Datuk Azeez pergi kem Syria kat Jordan.

Servant of God said...

Anonymous said...


AES diperlukan untuk mengajar dan mendidik pengguna jalanraya..
Begitu jugaLAH perlunya HUDUD sebenar ISLAM (bukan hudud pas) untuk mengajar dan mendidik manusia untuk kebaikan menuju ke jalan Allah..

DARIPADA DIKENAKAN SAMAN DAN DIKENAKAN HUKUMAN HUDUD MARILAH KITA JAUHI PERBUATAN YANG MELANGGAR UNDANG2 DUNIA DAN UNDANG2 AKHIRAT AGAR KITA SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT.
.oej.

October 24, 2012 6:05 PM

-----------------------------

Aku sangat2 setuju!

Dot said...

GAP,

ambo sokong sgt2 sbb nak mengurangkan pemandu 'mabuk' yg sukakan kelajuan. ada yg bawa kancil tp bayangkan diri bawa ferarri!!

ambo suka kalu AES ni boleh bantu kesan pemandu2 bas, lori, keta sewa, motorsikal kecik besar, beskal yg suka melanggar kelajuan...

Anonymous said...

yala..tun nek laju pon bukan kena saman..rakyat yg bawak laju lebih 1kmh ni yg nk kena saman...duit rakyat brpa la sgt nk banding dgn duit tun yg berjuta tu...

Jaya Tee said...

Setuju!

Kekadang sakit hati melihat pemandu yg suka jump q, langgar lampu isyarat dan bawak macam pelesit kat lebuhraya. Sia-sia jer buat dosa menyumpah seranah kat depa ni. Terfikir jugak tidak adakah sistem yang boleh ‘menangkap’ mereka ini.

AES ‘menangkap’ mereka yang buat kesalahan. Mengapakah kita nak membela mereka yang tidak memperdulikan undang2 ni sedangkan lagi ramai yg mematuhi peraturan memendam rasa melihat kerakusan mereka.

Saya juga kurang bersetuju menaikkan lagi had laju di lebuhraya, macam bubuh garam kat luka la pulak. Satu masalah belum selesai kita create satu lagi masalah. Pemandu Malaysia masih kurang berhemah berbanding negara luar macam Jerman yang tak ada had laju. Bayangkan sebuah kereta Proton Saga usia lebih 20 tahun tengah memotong di lorong laju (mungkin atas sikit la dr 110, maklumla tengah potong) tetiba datang sport car dari belakang bawak dengan laju peh tu siap cucuk dan bagi high beam lak, bukankah menyakitkan hati tu. Tu nasib baik dia bg high beam, kalu dah laju sangat tak sempat brek terus disapunyer Proton tu. Tak bolehkah bersabar sikit tunggu lepas dia potong. Ingat jalanraya dikongsi bersama. Kalu nak speed macam pelesit, pi la kat litar F1 atau buat jer jalan sendiri. Mungkin selepas beberapa tahun AES ni dilaksanakan dan pemandu sudah’terdidik’ maka saat itu mungkin boleh difikirkan utk naik had laju

Mungkin untuk penambah baikan, guna la balik sistem point tu. Dulu ada dengar lepas tu senyap. Sekali kena tangkap bg point, dua kali kena tangkap sampai point untuk saman, terus bg saman. Mungkin kurang la sikit bunyi nye kot.

Satu lagi, mungkin boleh fikirkan soal saman RM300 tu. Org kaya takde masalah. Cuba hukum suruh buat kerja kemasyaratakan ker atau pun sumabt jer dlm penjara sehari dua, mungkin tinggal kesan lebih mendalam kot.

Isu kemalanagn dan kematian di jalanraya melangkaui lebih dari isu politik. Tak kanlah soal hidup dan mati pun nak dipolitikkan. Mungkin kita patut sahut cabaran Menteri tu supaya tak de saman dikeluarkan dan company yg handle tu tak dapat untung mana…. .

awoolbear said...

bagi saya ia boleh di laksanakan cuma jpj kena tapis kesalahan yang benar2 perlu di saman

Anonymous said...

Setuju dengan jejakazman. Asas Objektif AES adalah untuk mendidik pemandu mematuhi undang2 jalanraya, seterusnya mengurangkan kadar kemalangan disebabkan memandu laju.
Bagaimanapun, dikalangan pemandu2, ada yang patuh pada undang2 dan ada juga yang suka memandu laju walaupun dididik supaya menjadi pemandu yang berhemat. Yang patuh, kadang2 terkena juga akibat lalai dan terpaksa merayu untuk mendapat diskaun.
Untuk berlaku adil, atas dasar mendidik,dicadangkan jumlah saman dikurangkan kepada pesalah pertama tetapi dinaikkan berperingkat2 kepada pemandu2 yang kerap melakukan kesalahan.

Anonymous said...

Kelemahan sistem camera AES. Minta penjelasan mengenai penguatkuasaan untuk keadaan seperti dibawah ini;
Apabila kereta atau lori melalaui detector pada kelajuan 90km/j dan DIMASA YANG SAMA sebuah motosikal mat rempit memotong bersebelahan kereta serta berada diatas detector AES tersebut pada kelajuan 140 km/j.
Gambar yang ditangkap camera AES sudah tentu gambar kereta tersebut pada kelajuan 140 km/j (yang sebenarnya kelajuan mat rempit).
Bagaimanakah pihak penguasa menghuraikan situasi sebegini. Bukan satu dua keadaan sebegini tetapi mungkin beribu-ribu dalam sehari.
INI SEMEMANGNYA KELEMAHAN SISTEM CAMERA AES MELAINKAN PIHAK PENGUATKUASA ATAU JPJ SERTAKAN VIDEO PERJALANAN KENDERAAN KETIKA KESALAHAN DILAKUKAN, APABILA SAMAN HENDAK DIKELUARKAN. Jangan fikir rakyat malaysia senang diperbodohkan.
SUMMONS BASED ON AES MAY NOT BE ACCURATE AND CAN BE CONTESTED at any time unless videos are provided.
All Malaysian should insist on the video clips everytime they receive summons on speeding or any traffic offences that are based on camera.
Kita bukan nak mempertahankan pesalah trafik tetapi kita hanya mahu ketelusan dan kejujuran dalam menjalankan tugas terutamanya dalam menghukum orang awam.
Lagi satu kelemahan sistem AES ialah kedudukannya yang mengambil gambar secara mengiring atau sisi. Contohnya sebuah bas express yang perlahan berada dalam view camera AES tetapi yang laju adalah kereta disebalik bas tersebut yang dikesan oleh detector. Dalam bahasa orang putih, disebut 'Oclusion'. sEPATUTNYA CAMERAS aes BERADA DI HADAPAN, DIATAS GANTRY ACROSS THE ROAD.
SPEED DETECTION VIA CAMERA-BASED ARE ALWAYS A FAILURE.

Anonymous said...

Lagi satu. sijil calibration untuk piezo perlu juga disertakan sebagai kepastian bahawa piezo tersebut berfungsi pada kadar sebenarnya. Sebagaiman dimaklum, peralatan elektrik atau elektronik dipengaruhi oleh cuaca dan wear and tear. JPJ sila jelaskan

Anonymous said...

Ha,baguilah kamu patuhi peraturan senangkan,?krajaan pun tak mintak duit kamu tu.kerana kemalangan tu lagi merugikan kerajaan.hihihihi

Anonymous said...

Salam semua, saya tertarik dengan objektif pemasangan AES ni, iaitu dgn tujuan memastikan semua pengguna jln raya mematuhi had pemanduan d jln raya. Saya andaikan begini, sekali pun had kelajuan akan disesuaikan mengikut lokasi sesuatu kawasan saya masih melihat terdapat kelemahannya.

Saya mulakan begini, harga rokok dinaikkan kononya utk mengurangkan org ramai daripada menghisap rokok tetapi kajian setiap tahun mendapati perokok baru dikalangan remaja & wanita meningkat saban tahun (periksa statistik KKM), kesan sampingannya kadar penyeludupan rokok d pintu masuk neg meningkat & permintaan terhadap rokok tiruan atau berjenama lain yg berbahaya meningkat atas dasar permintaan (periksa laporan Kastam).
Kedua, kerajaan mengurangkan subsidi gula dgn alasan supaya rakyat Malaysia akan mengurangkan pengambilan gula dalam makanan. Di msia org yg paling ramai menggunakan gula ialah dr sektor perniagaan, suka atau tidak mrk tetap akan membeli gula & menaikan harga makanan mereka & kos ini d tanggung oleh pengguna, cth- d kuala lumpur cuba periksa harga secawan teh tarik, ada yg telah menaikan sebanyak 10sen walhal menghasilkan secawan air mungkin perlukan 1 atau 2 sudu gula shj.

Baik, kita ke topik asal adakah pemasangan AES akan mampu mendidik masyarakat kita dr tidak melanggar peraturan jalan raya? same seperti melebelkan kotak rokok dgn gambar mengerikan atau membuat kempen kurangkan gula sedangkan dalam masa yg sama budaya masyrakat kita yg terdidik sejak azali suka mkn manis2 (sesetengah negeri & bangsa)? Jawapanya mudah, kesanya mungkin ada tetapi ia tidak benar2 mendidik masyarakat kita menyedari betapa pentingnya berdisiplin d jalan raya. Hakikatnya semakin ramai org akan disaman, pelbagai peraturan susulan akan dibuat bagi memaksa org yg d saman bg melunaskan denda, budaya 'kawtim' untuk hidupkan rod tax akan terus berlaku & pengguna jln raya akan lebih berani apabila terus melanggar peraturan jln raya.

Mungkin pemasangan AES ini akan berjaya jika mekanisme pelaksanaanya dikaji lebih mendalam, saya tetap percaya kepada pendidikan dr awal persekolahan lebih mulia dlm usaha mendidik manusia supaya lebih berilmu & bertamadun. Benar, ada segelintir manusia yg hanya boleh didisiplinkan dgn peraturan & denda sahaja, tetapi cuba kaji semula pelaksanaanya dgn realiti d msia kerana budaya, latar belakang serta faktor persekitaran d luar negara tidak sama dgn d msia, saya mohon maaf, bukan menyanggah tun, atau merendahkan org zaman dulu, tp klu sistem ini wujud lepas merdeka dulu saya sgt bersetuju utk dilaksanakan tetapi bukan sekrg d zaman teknologi d hujung jari, byk perkara boleh dimanipulasi dgn mudah.

Jika sy tersilap boleh betulkan, perbezaan kita harus dilihat dgn pandangan harmonis. saya puji topik2 begini d angkat untuk d diskusi, syabas blog ini- jgn biarkan langkah positif kerajaan diperkotak katikan oleh org yg sentiasa memandang serong dgn ape yg krj cuba lakukan, caranya mudah, terbuka & berani menyuarakan pendapat walaupun mungkin tidak seirama dgn org atasan, inilah resipi pembangkan yg sy lihat tiada pd kita.

sukar utk berceloteh panjang & mengemukakan fakta kerana ruangan yg terhad. salam muhibah semua.

Anonymous said...

Aku sokong AES walaupun biasa dah kena saman sebab geram lihat dertetan mereta sport dan suoerbike berjenama lagi mewah bernombor pendagtaran luar dipandu laju lebih 200 km/j.

Mereka memandu laju ala-ala pilot jet pejuang MIG29... menyilang-nyilang membelah jalur lebuhraya taraf dunia negara kita. Tetasa kerdil dan dipermodohkan di lebuhraya negara sendiri.

Kabarnya di negara mereka, AES ini sangat berkesan malah sering menjadi rujukan pemandu kita yang pernah dan tak pernah memandu di sana.

Soalannya, apakan sistem kutipan saman ini meliputi mereka? Janganlah kita dikihat terlalu naif dalam tindakan mendaukatkan undang-undang kita sendiri.

Aku tetap sokong AES!

Anonymous said...

Ralat ejaan : deretan, kereta, superbike, pendaftaran, terasa, diperbodohkan, dilihat dan mendaukatkan.

Anonymous said...

Ralat ejaan : deretan, kereta, superbike, pendaftaran, terasa, diperbodohkan, dilihat dan mendaukatkan.

Anonymous said...

dari komen2 di atas, boleh disimpulkan lebih 80% sokong penggunaan AES....

Anonymous said...

AES boleh buat tapi halaju biar masuk akal la skit.kat hiway jalan lurus, tiba-tiba ada mangkuk hayun mana masuk lorong kanan bawak 60km x bagi signal..mmg membahayakan nyawa org lain sedangkan aku bawak 110km masa tu..so, kalau kesalahan mcm ni,mesti x dapat detect kan??kalau aku langgar dia sah2 org cakap, aku bawak terlalu laju..padahal, mangkuk hayun tu yang salah..setakat ni, aku puas hati dgn amaran papan tanda AES yang diletakkan, cuma aku x puas hati dgn pemandu yang bawak terlalu perlahan atas highway di lorong kanan..(DI LORONG KANAN YE TUAN2)..