Monday, April 1, 2013

TUN M GERAKKAN KEBANGKITAN RAKYAT UNTUK TAMATKAN ANWAR,KIT SIANG DAN NICKY..




Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah masa terbaik untuk rakyat negara ini menamatkan karier politik tiga pemimpin veteran pembangkang.


Mereka yang dimaksudkan ialah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Gesaan itu dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa berucap pada program Bicara Perdana Bersama Pemimpin Ulung di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permas, di sini malam tadi.


"Anwar sejak awal lagi tidak pernah memperjuangkan agama dan bangsa, baru tiga hari masuk UMNO minta jawatan Ketua Pemuda, lepas itu mahu Naib Presiden kemudian Timbalan Presiden sampai saya Presiden sendiri pun nak lawan. Sampai sekarang gila-gila nak jadi Perdana Menteri.


"Kit Siang pula sibuk mahu orang 'change', Barisan Nasional dah berapa kali 'change' dah... dia di situ juga. Patut dia kena buat dulu. Jadi orang Johor perlu ganyang Kit Siang, biar PRU-13 jadi hari terakhir politik dia.

"Nik Aziz pula bagaimana boleh gelar diri ulama jika mengatakan Tuhan mencarut, Nabi Muhammad sama seperti orang kampung biasa dan tidak perlu sambut Maulud. Tapi hari beranak dia, Karpal beri kek dan sambut pula," katanya.


Sehubungan itu, Mahathir menyeru rakyat menolak pakatan pembangkang yang jelas hanya 'bersatu di permukaan' walaupun hakikatnya mahu menipu sesama sendiri.


Menurutnya, tidak seperti BN yang ikhlas berkongsi kuasa dan kekayaan negara sejak merdeka lagi, tanpa berpura-pura dan tidak berlawan sesama sendiri malah calon yang bertanding mendapat undi semua parti komponen bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya untuk bina kerajaan.


"Bila mereka (pembangkang) menang... Kalau mereka menanglah... Mereka akan kelahi sesama mereka. Kalau mereka kalah... Dan tahu akan kalah... mereka mahu cetus tunjuk perasaan dan demonstrasi sepanjang masa.

"Dia (Anwar) memang 'expert' kalau tunjuk perasaan, dulu dalang demonstrasi pada tahun 1974 kononnya ada rakyat mati kebuluran di Baling, kemudian selepas dipecat 1999, lepas itu Bersih. Saya bukan jenis bertaruh, tetapi saya bertaruh 10 sen yang dia akan tunjuk perasaan," katanya.


Lebih 14,000 orang menghadiri mendengar ceramah tersebut. Turut hadir isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Ahli Parlimen Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar dan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff. - UTUSAN ONLINE

13 comments:

  1. SALAM PERJUANGAN..MINTA JASA BAIK ADMIN UNTUK PAUTKAN BLOG SAYA DI PAGE TUAN tq

    http://pena-berdarah.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. p/s: suka tengok iklan SAYA PILIH MENGUNDI cute je bila Tun M tersengih hehehehehhe

    ReplyDelete
  3. Wei GAP...

    PR dah banyak umum calon... awat UMNgOk Be-eNd yg dikhabarkan dapat sokongan rakyat tak umum-umum lagi.

    Awat takut kene sabotaj dgn ahli parti ka... takut Winnable Candidate jadi With-No-Balls Candidate kot?

    Org Tua Kutuk si MahaFIRAUN... hangpa nak letak bertanding kat mana no... asik memokak je, tak puas lagi jadi PM diktator ke? Nape tak letak je MahaFIRAUN tu kat Pekan...tempat org yg tak berteloq!

    ABU - Asalkan Bukan UMNgOk...Be-eNd!
    ABU - Anything But UMNgOk...Be-eNd!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hj hadi elok bertanding di DUN Neraka, tobat setan tlg pacak berdera.

      Delete
  4. Malaysian Loved Tun M !!

    May Allah bless him with good health ..Insya Allah.

    gen2felda

    ReplyDelete
  5. pada 2008 lalu, Tun M pun amat kecewa dgn kerajaan tersebut sehingga berlaku undi protes. jgn lupa bahawa masih terlalu ramai penyokong Tun M. sebab Tun M la ramai yg protes tempoh hari.

    tapi kali ini In Sya Allah, aura Tun M nampaknya akan menarik semula pengundi2 protes sebelum ini.

    so PR kena terima hakikat itu. PR bukannya bagus pun. perasan je lebih..

    ReplyDelete
  6. Memg tepat kata2 Tun...ingatan tulus ikhlas dri sorng negarawan yg punya pengalaman.x spt pmimpin pmbamkang....cakap xserupa bikin....hidup Tun.....

    ReplyDelete
  7. yes mari kita tamatkan..

    ReplyDelete
  8. Langau.. 8:42 AM

    Pegi la tanya ostod MB Kedah tu... nak buat2 kejutan kokonon... chittt

    ReplyDelete
  9. Lepas PRU 13 ni, Anwar anak-beranak akan meninggalkan Malaysia pasai tak cukup undi.
    Nik Aziz ni pulak asyik batuk-batuk. Kalau dia menang pun tak lama.
    LKS ni hanya masuk kawasan majoriti cina. Berkokolah dia.

    ReplyDelete
  10. Woi,lahabau 8.42,x sedar2 lagi ka?!!!

    ReplyDelete
  11. sokong bn 100% not rosmah

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.