Thursday, October 17, 2013

AZIZ BALING, SOHAIMI SAHADAN DAN RAHMAN DAHLAN CALON MUDA TERBAIK UNTUK MT UMNO !


atas dasar pernah melihat keupayaan dan kegigihan beliau bekerja , aku memberikan sokongan terbuka untuk memohon perwakilan memilih aziz baling menjadi salah seorang wakil MT dari kedah.

dia boleh menang di parlimen baling pasal dia tak bermusuh dengan penduduk kat sana, hatta sampai orang pas pun dia tolong. tu lah pasal boleh menang sampai majoriti parlimen 5 ribu lebih.

maknanya politik melangkaui parti yang aziz tunjuk perlu dijadikan amalan hampir kesemua pemain utama umno.

aku hormat pada aziz bila kes mesir berlaku. di belakang tabir macamana dia gunakan segala teknik yang ada untuk NAK LEPASKAN rakyat terutamanya pelajar mesir hanya beberapa orang sahaja yang tahu.

aziz baling , rahman dahlan, sohaimi sahdan antara pemimpin muda pelapis yang terbaik untuk umno.

rahman dahlan merupakan pemimpin pelapis terbaik yang umno sabah telah lahirkan.

keupayaannya di parlimen , mengupas isu dan berdepan secara langung dengan pakatan merupakan justifikasi terbaik mengapa beliau perlu dipilih.

sohaimi shahadan pernah menggegarkan kerajaan selangor mengenai isu air dan langat 2.

dulu kerajaan selangor kata taknak layan isu langat 2. 

sebulan lepas, secara senyap khalid gagap istihar langat 2 akan diteruskan oleh kerajaan negeri.

kualiti kerja 3 pemuda ini wajar diiktiraf dan platform MT  perlu diberikan kepada mereka ...

No comments: