Tuesday, November 12, 2013

BERITA BAIK KEPADA YANG MUFLIS DAN BANKRAPSI : TKASIH KEPADA NAJIB,MUHYIDIN DAN KERAJAAN BN !


Akta baru digubal beri pelepasan automatik golongan disenarai hitam institusi kewangan. Kerajaan akan memberi peluang kedua kepada mereka yang muflis atau disenarai hitam oleh institusi kewangan dengan memberi pelepasan automatik kepada yang layak.

Pelepasan yang sedang dikaji adalah untuk mereka yang diisytiharkan muflis selama tiga atau lima tahun. Ia akan dimasukkan dalam akta baru yang sedang digubal untuk menggantikan Akta Kebankrapan 1967. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, pelepasan automatik itu antara perkara pokok dalam rang undang-undang yang digubal sejak setahun lalu. 

Ia diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dan dijangka dibentang di Dewan Rakyat tahun depan. 

“Kita sedang kaji tempoh pelepasan yang sesuai. Kita juga sedang teliti kriteria bagi melayakkan seseorang individu diberikan pelepasan automatik,” katanya di sini semalam. 

Terdahulu Nancy menerima kunjungan hormat delegasi sektor undang-undang dan keadilan Uganda yang diketuai Menteri Keadilan dan Perlembagaan, Kahinda Otafiire, di Parlimen. 

Ketika ini lebih 245,000 individu diisytihar muflis selain disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen dan dilarang ke luar negara. Sebanyak 30 peratus daripada jumlah itu adalah penjamin sosial. 

Baru-baru ini, Biro Ekonomi Pemuda UMNO dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia menubuhkan Sekretariat Bebas Muflis bagi membantu golongan terbabit. 

Antara isu utama dibangkitkan ialah ramai individu diisytihar muflis atau disenarai hitam kerana menjadi penjamin bagi pinjaman sosial, iaitu pendidikan, kereta atau rumah dan bukan pinjaman komersial. 


Berdasarkan akta sekarang, ada tiga cara bagi seseorang yang muflis untuk keluar daripada status bankrap, iaitu pelepasan melalui perintah mahkamah, sijil pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi dan pembatalan melalui perintah mahkamah.

3 comments:

Anonymous said...

cina juga yg untung.......puiii

awang kedah said...

Tiba2 dia komen cina juga yang untung.....puiii..hoi mamat apa ceta,lu memang PU-- MAK..

Unknown said...

Yeke ni...kalo betul..alhamdulillah...kami jadi penjamin tolong sedara...tapi sedara lari bayar hutang....jd kami nak buat pinjaman jd mangsa...sbb kena senarai hitam