Wednesday, October 22, 2014

MELAYU MESTI SOKONG HUDUD DI KELANTAN

AIDCNews – 22/10/14 – Kelantan memperuntukkan RM1 juta bagi memastikan kelancaran pelaksanaan hukum hudud di negeri itu pada tahun depan.

Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, menerusi laman Facebooknya berkata, undang-undang tersebut dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat.

"Peruntukan RM1 juta sebagaimana bajet lepas diteruskan untuk menjayakan pelaksanaan tersebut. Pelaksanaan Kanun jenayah Islam yang kita tumpukan ini adalah semata-mata kita inginkan keredhaan Allah di bumi Kelantan," katanya, lapor Mstar

Sementara itu, The Malaysian Insider melaporkan PAS serius mahu melaksanakan hudud dengan dibuktikan melalui penganjuran seminar membentangkan kertas kerja Ahad ini, termasuk menjemput penceramah dari Brunei, di mana hudud berkuatkuasa secara berperingkat mulai April tahun ini.

Seminar itu akan berlangsung di Terengganu dan bakal dirasmikan Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob, sementara majlis penutup dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bertemakan "Hari Hududullah Peringkat Negeri Terengganu", antara tajuk kertas kerja akan dibentangkan termasuk Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, Pelaksanaan Syariah di Negara Brunei Darussalam, Pelaksanaan Syariat di Aceh dan Kanun Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu.

Panel yang dijemput bagi mengupas isu itu terdiri daripada Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Islam Sultan Sharif Brunei, Profesor Dr Abdul Muhaimin Noordin Ayus dan Dekan Universiti Islam Negeri Ar-Raniry Aceh, Profesor Dr Alyasa Abu Bakar.

Selain mereka, dua lagi panel tokoh tempatan adalah Exco Kerajaan Kelantan Datuk Mohamad Fadzli Datuk Hasaan dan mantan Exco Kerajaan PAS Terengganu Datuk Wan Abdul Mutalib Embong.

Program tersebut dianjur bersama Dewan Ulama PAS Terengganu dan pertubuhan bukan kerajaan Islam.

"Langkah ini memperlihatkan kesungguhan parti Islam tersebut di mana sebelum ini mereka membawa usul rang undang-undang persendirian hudud kerajaan negeri Kelantan Mei lalu," lapor portal itu.

14 comments:

  1. Rakyat nak makan bukan nak hudud.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak de rakyat mati x mkn,mati sebab mkn Byk,mati sebab x de hudud pun byk,mat sodom je tipu kata rakyat baling x mkn 1973, punya la penipu sampai skrg dah 30 tahun lebih menipu mcm mamat 1000pm ni

      Delete
  2. Minta izin WM untuk iklan

    Ada sesiapa yg nak selamatkan tanah rezeb melayu??

    Kawasan Puchong, 4 ekar tanah pertanian yg dikelilingi projek perumahan, bersempadan dengan tanah perbadanan cyberjaya..urusan segera dengan pemilik tanah

    Tanpa broker....hanya runding terus ..buka harga 1 juta sahaja seekar (boleh runding) walapun orang lain jual 1.3juta ke 1.7 juta seekar..pemaju tanah bersebelahan siap ajak JV dan nak bagi 20 unit rumah harga RM600.000, tapi tuan tanah nak pakai duit !

    Sangat menguntungkan untuk projek perumahan atau sebagai pelaburan masa depan ...hantar segera sms ke 013 2704567(anda akan dihubungi segera)..

    ayuh tolong saya selamatkan tanah orang Melayu !!!

    ReplyDelete
  3. Insya Allah dgn kita tegak hukum Allah SWT, semua bab termasuk makan pakai akan Allah jaga dn mudahkan.

    Jgn jd seperti binatang yg hidup utk makan,skrg pun ade yg kebulur xde makan ke kt negara kita? sampai beribu tan makanan dibuang sehari..

    ReplyDelete
  4. Insya Allah dgn kita tegak hukum Allah SWT, semua bab termasuk makan pakai akan Allah jaga dn mudahkan.

    Jgn jd seperti binatang yg hidup utk makan,skrg pun ade yg kebulur xde makan ke kt negara kita? sampai beribu tan makanan dibuang sehari..

    ReplyDelete
  5. Jgn nak fitnah allah.. Allah tak suruhpun kita hukum org tak solat jumaat. Ini hukum hasil rekaan ulama sendiri. Kau nak pancung org tak solat pun itu kau punya pasal. Tapi jgn kata ini hukum allah

    ReplyDelete
  6. Sokong 100 peratus!

    ReplyDelete
  7. Air mana air?Islam la sangat kebajikan rakyat tungang langgang!!!!

    ReplyDelete
  8. Salam Bro,aku setuju tetapi PAS hendaklah bekerjasama dengan UMNO dan juga cuba dengar dan timbang segala pandangan orang lain.Terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan.Jadi ajaklah sekali UMNO.Kita kan sama-sama melayu dan Islam.Takkanlah tak boleh berbincang ?

    ReplyDelete
  9. awat dap tak nak sokong ke, dok ajak melayu sokong tanya nik aziz dia melayu ke

    ReplyDelete
  10. Bolehke kita paksa orang masuk "syurga"?

    ReplyDelete
  11. Insya Allah kita tegak hukum Allah. Tapi PAS tak yah lah, kilang Carlsburg kat Shah Alam itu masih run 3 shift kot.Hudud utk politik sahaja lah PAS cam pukimak.

    ReplyDelete
  12. anon 23okt 4:39am
    sapa kata tak boleh hukum org tak solat?
    Nabi sendiri suruh ayah pukul anak yg tak solat..nabi tak bercakap kecuali yg diwahyukan kepadanya.
    ayah itu ibarat penguasa..jadi penguasa
    sesebuah negeri berhak menghukum mana2 rakyatnya yg tidak solat

    ReplyDelete
  13. Wassalam. Eden sokong hudud dikuat kuasokan diKelantan sobab ramai anak mudo yg terjerbak dongan maksiat-dadah dlln. Tak ketinggalan tok pakai kopiyak putih. Oran Pas lah yg akan teraso nanti. Utk Umno tak usah campur tangan-buet tengok dan lihat jo. Sejauh mano hudud akan berkembangdiKolantan. Kalo elok perjalananyo kito buet seluruh Malaysia. Apo cam?

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.