Menurut beliau, antara tindakan awal adalah mengkaji semula semua projek pembangunan di sini sebelum dilaksanakan supaya tidak memberi kesan terhadap alam sekitar.
Dalam masa sama beliau mengarahkan semua agensi berkaitan supaya menguatkuasakan undang-undang secara berterusan bagi mengatasi masalah penerokaan tanah haram dan PATI.
“Pelan khas ini bertujuan mengembalikan semula kegemilangan Cameron Highlands sebagai destinasi pelancongan terkemuka seperti sebelum ini,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengenai Banjir Kilat dan Tanah Runtuh di Cameron Highlands di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE