Sunday, December 7, 2014

KDN AKAN BATALKAN PASPOT ALVIN TAN..HAHA

- Kementerian Dalam Negeri akan membatalkan pasport antarabangsa blogger kontroversi Alvin Tan, yang kini dipercayai berada di Amerika Syarikat, dalam usaha membawanya pulang bagi menghadapi tindakan undang-undang.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan membatalkan pasport Alvin Tan atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 26, akan dibuat secepat mungkin berdasarkan peruntukan dalam Akta Imigresen.

Tindakan itu, katanya, boleh diambil berdasarkan kedudukan Tan di luar negara selepas melarikan diri dari Malaysia bagi mendapatkan perlindungan politik, dan mengelak daripada ditahan pihak berkuasa di sini atas kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Skuad Taktikal Khas 3 (STAGG) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini pada Ahad.

Ahmad Zahid berkata dengan tindakan membatalkan pasport antarabangsanya, blogger tersebut akan hilang kelayakan untuk berada di mana-mana lokasi di luar negara kerana tidak lagi mempunyai keizinan atau kebenaran daripada negara asal.

"Kita boleh lakukannya secepat mungkin...malah boleh dilakukan pada hari Isnin nanti," katanya.

Pada 18 Julai 2013, Tan dan teman wanitanya Vivian Lee, 25, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengikut Akta Hasutan kerana mempersendakan agama Islam dan bulan Ramadan di laman Facebook.

Susulan itu, pada 22 Ogos lepas, mahkamah yang sama mengeluarkan waran tangkap selepas Tan gagal hadir bagi sebutan kesnya.

Baru-baru ini, dia dipercayai memuat naik kenyataan yang mempersendakan institusi beraja melalui Facebooknya.

Tan dipercayai memuat naik kenyataan itu di Los Angeles, California, Amerika Syarikat berdasarkan catatan lokasi di laman Facebooknya, yang mendakwa sultan tidak mempunyai kuasa untuk memberi dan menarik balik gelaran kebesaran daripada mana-mana pihak.

Status tersebut dipercayai ditujukan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas baginda menarik balik gelaran Datuk Seri daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa 3 Nov lepas.

Bernama

11 comments:

Anonymous said...

Bagus... kalau spesis macam alvin ni membiak... keamanan negara pasti tergugat. Akhlak dia dan bekas kekasihnya juga begitu mengjengkelkan dan memalukan. Orang seperti dia akan buka ruang pada generasi muda untuk hilang akhlak.

maae said...

Itu kenapa Akta Hasutan mesti di kekal lestarikan.

Anonymous said...

Nak tanya sikit, kalau dapat bawa balik silaknat ni kembali ke Malaysia apa yang kerajaan boleh buat pada dia? Bahkan saya percaya bahawa dia akan membuat sesuat yang lebih menyakitkan hati kita.......................inilah yang akan terjadi disebabkan kerajaan kita terlalu lemah didalam melindungi hak majoriti

Rakyat Melayu said...

Kasi pancung sama dia ...

Jangan tunjuk Melayu lemah. Kalau tak pancung memang dayus.

Anonymous said...

Apsal batalkan paspotnya...tarikkkkk terus warganegara.bior dia mengangkang kat sana.apa kita heran. tunggu aje lah tak lama lagi ada la berita dihinggap hiv

Anonymous said...

well zahid, pastikan 5.30 pagi isnin, DIG imegresen dah batalkan passport alvin tan....dan umum kan pada media ....jgn cakap aje...

Anonymous said...

Jangan risau Alvin.......sekejap sahaja.Nanti si najib akan ampunkan dan anda akan layak mendapat biasiswa.Zahid akan minta maaf masa tu.Nazri akan lantik kau jadi Duta Porno 1 Malaysia.Selangor akan bagi kau gelaran Dato.Ini Malaysia ma!!!!Demokrasi dan politik ini merugikan Islam,bangsa Melayu dan tanahair.

Anonymous said...

why you stupid cock highlight alvin when your babi hutan went amok at the stadium bludgeoning and bashing the vietnamese???? malays only good for violence, the natural character gets to the surface when they are provoked

Anonymous said...

KDN sepatutnya juga menarik balik passport Dorris Jones yang mengasaskan sentimen sabah sarawak keluar malaysia dalam FB .

Dorris Jones malah semakin bersemanggat mengapi-apikan sentimen kebencian masyarakay sabah dan sarawak terhadap semenanjung dan penduduk semenanjung ..

kenapa KDN tidak melakukan perkara yang sama kepada Dorris Jones ? apakah KDN menunggu sesuatu berlaku barulah bertindak ?

Tok Batin Baling said...

Alfatihah...muga2 Allah mencucuri Rahmat keatas Rohnya dan meletakkan nya bersama2 orang yang terpilih. Amin Ya Rabbal'alamin.

Anonymous said...

Yang buat kenyataan menghasut mesti sokong Anwar Ibrahim.Apasal ek ?