MU kalah pasal dia tak main game sepertimana yang biasa dorang main.
korang bayangkan, 2nd half MU langsung tak boleh gerakkan bola sampai kat tengah. barca banyak kontrol game, shot passing dorang memang menjadi.
lagi satu MU terlalu mengharapkan superstar ciptaan sendiri, superstar syok sendiri iaitu wayne rooney. inilah masalah orang bangsa kulit putih, terlalu beranggapan dia lebih superior daripada orang lain tapi pada hakikatnya tidak.
tengok pada cara komentator mat saleh ni cakap bila setiap kali menjelang world cup. england hebat bla bla bla.
akibat terlalu jack lebih-lebih,last makan diri sendiri.
bagi aku masalah player england ni dia terlalu taksub dengan personal glory.
silap alex ferguson kerana suka turunkan player yang dah uzur. dah ketinggalan 3-1 masih ada hati nak turunkan paul scholes ?
game barca kemas,hantaran pendek, tepat dan laju. setiap player memainkan peranan dengan berkesan.
MU terlalu pandang tinggi pada messi. messi sebenarnya dijadikan 'dummy' untuk mengelirukan MU.
apapun bola itu bulat. kalah menang itu perkara biasa sahaja pak.
aku sokong barca untuk champions league ni pasal aku tak minat dengan perangai syok sendiri para komentator mat saleh ni. poyo lebih.
kepada ds najib janganlah bersedih ya. bagitau alex ferguson , ryan giggs dan paul scholes boleh main lagi 23 tahun lagi. hahahaha..
kepada bloger papa gomo,duke, dll yang pro MU..jangan baring atas jalanraya. redholah ya.