Tuesday, April 3, 2012

PRU 13 : KITA PERLU KERJA LEBIH KUAT !

 Teka-teki pilihanraya kini bermain di kepala hampir semua rakyat Malaysia.  Rata-rata Kedengaran rakyat bertanya dan berbincang sesama sendiri tentang tarikh pilihanraya.   Ada yang menjangkakan ia akan diadakan pada bulan Jun/Julai.  Ada yang juga yang meneka September ataupun paling lambat Januari, menurut mereka.

Mungkin ramai yang mengharapkan pilihanraya secepat mungkin kerana telah letih dengan politik terutamanya politik pihak pembangkang yang penuh retorik dan janji-janji manis.   Sedangkan politik BN tidak pula begitu kerana BN berpolitik dengan cara memberi khidmat dan bantuan langsung kepada rakyat dan bukannya dengan hanya bercakap kosong semata-mata.

Nampaknya, pembangkang masih tidak mampu menyaingi BN dari segi berpolitik secara bijak dan berkesan walaupun ‘guru’ mereka bukan calang-calang iaitu NDI, satu badan di bawah CIA yang membantu melatih dan merangka pelan rampasan kuasa dari pemerintah yang sah.

Melalui tunjuk ajar mereka, politik pembangkang jelas bermatlamatkan perpecahan, huru-hara dan akhirnya kemusnahan besar-besaran agar kuasa asing dapat campur tangan.  

 Untuk itu, pembangkang tidak habis-habis cuba menimbulkan isu perkauman dan menerapkan kebencian terhadap kerajaan melalui cerita-cerita fitnah.

Antaranya, pembangkang akan memainkan isu remeh yang dibuat-buat seperti memburukkan Datin Seri Rosmah, isteri Perdana Menteri.  Ini diharap dapat membantu membangkitkan rasa benci rakyat terhadap Perdana Menteri, isteri dan akhirnya kerajaan secara keseluruhan.

Sebelum ini, pembangkang bergantung harap kepada isu NFC, tetapi isu itu juga sudah tidak relevan apabila Menteri yang terlibat meletakkan jawatan.

Pembangkang juga berharap yang isu Felda mampu memberi sedikit ‘muka’ kepada mereka tetapi dengan penjelasan demi penjelasan yang dibuat oleh Felda semakin difahami dan diterima ramai, isu ini juga dilihat tidak akan membawa pembangkang ke mana.

Sebaliknya silap langkah, isu Felda boleh ‘membunuh’ terus imej pembangkang di mata peneroka kerana dilihat sebagai menipu dan cuba menghalang peneroka dari mendapat durian runtuh.    Lebih malang lagi bagi mereka ialah apabila Dato’ Seri Najib sendiri telah bersuara dan memberi jaminan bahawa tidak ada tanah peneroka yang akan diambil dan sebaliknya hanya tanah milik kerajaan negeri yang akan dimajukan dalam penyenaraian FGVH.

Itu belum lagi dikira skandal-skandal rasuah dan seks yang melanda pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dari segenap golongan sama ada yang bukan Islam, yang Islam liberal, yang bergelar Ustaz mahupun yang digelar Imam Mahadi yang mana telah benar-benar meletakkan Pakatan Rakyat dalam keadaan sesak nafas. 

 Selain itu, isu Anwar menyokong Israel juga membuatkan pembangkang tergaru-garu kepala.   Dan kemudiannya pendedahan oleh Nallakarupan pula lagi satu bala.

Tanpa isu-isu yang signifikan, pembangkang sukar untuk mempromosi diri sekali gus meraih sokongan rakyat.

Semua ini ditambah dengan pencapaian Dato’ Seri Najib yang amat memberangsangkan selama hanya 3 tahun memerintah, menyebabkan pembangkang hampir pasti akan kalah teruk dalam pilihanraya yang akan datang.  Dalam ertikata lain, BN akan menang besar.

Pembangkang telah mendapat mandat menerajui 4 negeri dalam pilihanraya yang lepas.  Ini bermakna pembangkang sudah berkuasa di Selangor, Pulau Pinang, Kedah selama 4 tahun dan Kelantan selama 22 tahun.

Namun, antara 3 tahun pemerintahan Dato’ Seri Najib dengan 4 tahun mahupun 22 tahun pemerintahan pembangkang perbezaannya amatlah ketara.

Selama 4 tahun, pembangkang jangankan dapat membuktikan yang mereka mampu mentadbir dengan baik, malah masalah keperluan asas rakyat juga tidak mampu ditangani seperti  masalah pembuangan sampah dan bekalan air.

Jika yang asas juga sudah tidak mampu ditangani, bagaimana kita boleh mengharapkan pembangkang mampu berbuat lebih dari itu seperti menjana ekonomi, meningkatkan pendidikan, sosial dan lain-lain lagi?

Berbanding dengan 3 tahun pemerintahan Dato’ Seri Najib, pelan transformasi beliau bukan sahaja berjalan lancar malah telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan juga.   Rakyat juga dapat menikmatinya secara langsung melalui bantuan BR1M, Bantuan Tunai Persekolahan, Rumah Pertama, SARA, KR1M,  Dana Belia, kenaikan gaji kakitangan awam dari 7-13 peratus dan lain-lain lagi.  Golongan veteran juga tidak dilupakan melalui imbuhan RM3000 skim JASA Veteran.

Beliau juga berjaya memansuhkan ISA, menubuhkan Jawatankuasa Pilihanraya dan menambahbaikkan perkhidmatan pengangkutan awam.  

 Tidak cukup dengan itu beliau juga melancarkan Klinik 1Malaysia serta Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA) untuk membantu warga emas, OKU dan kanak-kanak miskin.

Biasiswa Nasional juga diberikan kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira kaum.
Ini hanya sebahagian dari pencapaian Dato’ Seri Najib selama tiga tahun yang dapat dilihat dan dirasai secara langsung oleh rakyat.    Jika dilihat dari skop yang lebih luas, pencapaian beliau adalah jauh lebih besar yang mana meliputi jangka masa yang panjang melalui aspirasi 1 Malaysia serta pelan-pelan yang terkandung dalam NKRA, GTP, ETP mahupun NEM.

Berdasarkan kepada semua faktor di atas, kita pasti BN tidak akan ada masalah untuk menang besar dalam pilihanraya kali ini.

PAS KELANTAN TAK TAHU BEZA KEPENTINGAN RAKYAT !


UMAT ISLAM, TUNGGU APA LAGI ?!


SELANGOR BANGKIT : MASJID RAHIMIAH KLANG BANJIR KERANA PAS JEMPUT KAPIR HARBI !

 foto kat atas adalah xavier jayakumar, adun sri andalas seorang kapir harbi.

dia membuat ucapan dalam masjid di saf ke 2.
dia cukup benci kepada yang melibatkan nama islam/melayu.

pas jemput kapir harbi ni masuk bagi ucapan dalam masjid ar rahimiah.

selama kewujudannya masjid ini tidak pernah dilanda banjir.
namun bila pas kota raja jemput kapir harbi ni bagi tazkirah..
inilah balasannya. cerita lanjut KLIK SINI

Monday, April 2, 2012

PKR MAKIN LEMAH !

 adat orang berpolitik.
lebih lebih lagi kalau melibatkan pkr.
apa yang dinafikan itu rakyat kena tafsirkan yang sebaliknya.

contoh.
anwar kata saya tak melanggan china doll.
hakikatnya memang dia melanggan china doll.
sampai sekarang dakwaan eskay dia taknak saman kat mahkamah.

semalam azmin keluarkan kenyataan.
pkr tak lemah.
maknanya...pada hakikat tersiratnya.
memang pkr dalam keadaan paling lemah sekarang ni !

PEMIMPIN PAS SAHKAN ANWAR MELANGGAN PELACOR.


dr zulkifli ahmad, ahli parlimen pas kuala selangor gelarkan nalakarupan bapa ayam.

selama ini nalla mengaku memang dia membekal pelacor kepada anwar.

kenyataan dr zul di atas secara indirectlynya mengesahkan perlakukan anwar yang sudi menerima bekalan pelacor dari nalla.

hahahaha.. dalam keadaan usaha nak pertahankan anwar, terkantoi juga katanya.

AZMIN MULA BENTUK 'TEAM' DALAMAN PKR !

 berita baik kepada sesiapa yang merasakan berita ini baik.
baik dari segi menyokong peranapan PKR.

azmin ali sahkan pembentukan kumpulan menang ' winning team' dalaman pkr.

winning team ini kononnya akan bagi motivasi kepada jentera pkr di seluruh negeri, bermula dengan sabah.

winning team azmin ali ini disertai oleh adun dan ahli parlimen pkr yang setia dengan azmin.

bagus bagus... yang lain tak bagus lah azmin ya ? anwar konpem bersetuju dengan penubuhan team azmin ni.

aku berkeyakinan team ini telah memulakan langkah di sabah (stail anwar yang sama sewaktu berkempen lawan arwah tun ghafar) kemudiannya bergerak ke selangor untuk menumbangkan gang kalid gagap dan barisan exco !

bagus peranapkan PKR asap azmin..

BAHAN KEMPEN PRU 13 :DAH TAKDE MODAL !


NST SINGAPURA MAKIN GALAK PERTIKAI POLITIK DI MALAYSIA.

 In this specific article, Straits Times helps to spread Ambiga’s unfounded accusations against Malaysian Election Commission.
 We have no reasons to believe that these source of information is less fiction than all other stories spread.  Political analyst Ong Kian Ming writes for Malaysiankini regularly which is normally pro- opposition and The Edge Financial Daily.
H.S

SEKITAR CERAMAH BELASAH PARASIT.


ANWAR ARAH WANITA PKR KACAU CERAMAH HASAN ALI.

foto kat atas adalah wanita separa mental yang kacau ceramah hasan ali kat bukit kuda, parlimen shah alam 2 hari lepas.

wanita ni asalnya nampak normal masa zulkifli nordin berucap.

waktu hasan ali mula pegang mikrofon, wanita separa mental ni mula melilau.

kejap ke depan stage, kejap ke belakang stage.
adakala ke kiri stage adakala ke kanan stage.

bila hasan ali start attack anwar,pkr wanita ni tak boleh tahan.

dijumpanya setiap hadirin yang ada kat ceramah. siap cakap hasan ali tak bagi impak dan menipu pasal anwar/pkr.

selidik punya selidik wanita ni rupanya dari cabang PKR klang, tak silap ketua wanita PKR klang.diarah oleh pimpinan negeri untuk buat kacau kat ceramah hasan ali. makin meracau pakatan dengan impak macamni.

Sunday, April 1, 2012

SERVANT OF GOD BASUH PASAL PTPTN.


Wahai rakyat Malaysia, cuba lihat dalam cermin. Bukan insan dalam cermin itu saja yang mahu hidup di dunia ni.

PTPTN ni dibuat sebagai pinjaman supaya boleh wujud satu kitaran.

Kitaran ni mudah. Bila ada orang yang layak nak melanjutkan pelajaran di universiti, dia akan dapat pinjaman. Dah dapat pinjaman, belajar sampai dapat kelulusan yang membolehkan dia cari makan, lepas tu bayar laa hutang PTPTN.

Kalau tak bayar hutang, generasi selepas tuh nak belajar macam mana? Kerajaan nak bayar semua ke? Kerajaan nak tanggung semua yuran pengajian universiti, tak kira peminjam belajar di universiti awam atau swasta? Betul?


Cuba lihat laa. Andaikata yuran pengajian untuk setahun ialah RM15,000 (ini sangat rendah, nilai hanya untuk contoh), dan setahun kerajaan perlu tanggung 50,000 orang (juga bilangan yang amat rendah, contoh saja), maka setahun kerajaan perlu bayar RM750 juta!


Tahun selepas itu kerajaan perlu bayaran RM750 juta + (kos untuk bilangan pertambahan pelajar). Setiap tahun kos akan naik, memang takkan turun. Titik RM10 bilion SETAHUN senang2 dicapai.


Dengan keuntungan Petronas sekalipun, sampai bila boleh berbelanja sebegini? Negara tak perlu belanja untuk benda lain kah? Kalau graduan2 yang dah dilatih dengan baik dan percuma tu lari ke luar negara untuk bekerja, camne?

Wahai rakyat Malaysia. Janganlah benarkan diri anda dikencing oleh anwar ibrahim. Dia punya cakap cukup manis, idea dia cukup gempak, tetapi sayang, hanya layak buat bahan gurauan di kedai kopi saja.


Tolak saja anwar ibrahim. Tolak penipuan. Tolak pakatan rakyat.

INI ADALAH ANWAR IBRAHIM BAKAL PM TAKDE MORAL.

KPPA KENA TIKAM BELAKANG ?


KLIK SINI

ANAK DIDIK RASIS DAP KANTOI !


PETALING JAYA: Pengerusi Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah China (Dong Zong), Dr Yap Sin Tian didakwa membeli ijazah kedoktoran (PhD) palsu di Internet.

Penulis blog
‘Stop The Lies’ mendakwa dia mempunyai cukup bukti bahawa Yap membeli ijazah tersebut dan beliau telah memperdaya ramai pihak terutamanya dalam isu melibatkan pendidikan Cina di negara ini.

"Dalam tempoh beberapa tahun beliau (Yap) telah memperdaya orang ramai termasuk beberapa ahli kumpulan pendidikan Cina berhubung kelayakannya yang palsu.


"Beliau dengan bangga telah mempamerkan resumenya di laman web,
Oriental Strategy Research Centre yang di mana beliau juga merupakan pengarah di sana,” kata penulis blog tersebut dalam entri terbarunya, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, penulis tersebut berkata Yap didakwa mendapat Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Southern Cross, Australia pada 1999.


"Selain itu, Yap turut mendakwa beliau mempunyai dua lagi, PhD dari Universiti Kesington Amerika Syarikat pada 1993 dan ijazah sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan pada 1991 di universiti yang sama.


"Semakan kami mendapati Universiti Kesington tidak mempunyai bilik kuliah, tiada makmal mahupun asrama. Ini adalah satu perkara yang pelik. Universiti tersebut hanya memiliki sebuah pejabat kecil di Glendale, California,” katanya.


Bukan itu sahaja, penulis blog tersebut mendakwa universiti berkenaan membenarkan pelajarnya mendapat ijazah sarjana muda hingga PhD tanpa perlu hadir dalam sebarang kelas.


"Universiti berkenaan turut didapati mengambil pelajar yang tidak layak dan mereka dikurniakan ijazah kedoktoran dengan hanya membaca majalah dan membuat beberapa laporan ringkas daripada surat khabar.


"Pihak pengurusan juga mengurniakan PhD dengan tempoh belajar yang singkat selama empat bulan sahaja,” katanya.


Bagaimanapun, penulis tersebut berkata pihak berkuasa California telah menutup universiti berkenaan pada 1996, selepas mendapat perintah mahkamah.


"Ini jelas menunjukkan Yap secara bangga telah memaparkan PhD yang palsu. Laporan mengenai isu universiti ini dipaparkan dalam Los Angles Times.


"Justeru mereka yang meminati Yap perlu bangun dan membuat kajian mengenai karakter individu ini. Maklumat mengenainya sangat mudah diperolehi anda hanya perlu membuat carian di Internet,” ujar penulis tersebut.


Dalam kes ini, penulis mendakwa Yap bukan sahaja memiliki satu malah dua PhD palsu daripada universiti yang tidak diiktiraf dan telah pun ditutup oleh pihak berkuasa.