Sunday, December 9, 2012
ZAHRAIN DAH MASUK UMNO..LAJIM MASIH MALU ALAH NAK MASUK PKR
AHLI Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim sudah sah memasuki UMNO apabila menyerahkan borang keahlian kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi.
Turut bersama-sama dengan Zahrain ialah lebih 300 orang bekas pengikut PKR Pulau Pinang dari pelbagai Cabang dan Ranting.
Ironiny, Zahrain adalah pemimpin PKR yang menjadi saksi kepada janji bulan bintang Anwar untuk membantu penduduk Kg Buah Pala sebelum pilihanraya umum 2008 berlangsung seperti dalam video dibawah.
Tapi elok saja DAP memerintah, habis roboh kampung tradisi orang India tersebut dirobohkan DAP, janji Anwar hilang dihembus angin begitu sahaja dengan dia sendiri tidak berani nak jejak kampung tersebut seumur hidup.
Kemasukan Zahrain ke dalam UMNO tidaklah begitu mengejutkan kerana sebelum ini pun beliau telah begitu kritis dengan Anwar Ibrahim terutama sejak membuat pengumuman untuk keluar dari parti tersebut pada 2010 bersama-sama dengan beberapa orang bekas Ahli Parlimen PKR yang lain.
Walaupun digembar-gembur Zahrain telah berpatah arang, berkerat rotan dengan UMNO dulu, tapi dalam politik apa pun boleh jadi. Penulis dah tengok perkara ini berulang-ulang kali berlaku, sejak KuLi mengetuai Semangat 46 lagi pun. Janji orang politik dalam hal macam ini mana boleh pakai sangat.
Tapi yang penting Zahrain masuk UMNO, dia tidak hipkorit macam 2 bekas ahli Parlimen BN yang mengumumkan keluar parti masing-masing (UMNO & UPKO) tapi sehingga kini tidak mengumumkan untuk menyertai PKR walaupun awalnya digembar-gemburkan begitu.
Peranan kedua ekor tersebut (Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing) nampaknya setakat ini adalah sebagai watak tambahan bagi menjayakan drama bersiri terbaru terbitan Anwar Ibrahim Production bertajuk “Musa Aman dan sumbangan RM 40 juta kepada UMNO Sabah”.
Selain Lajim yang terpaksa mengeluarkan wang RM 50,000 untuk membeli surat Anwar kepada Azizah dari dalam penjara dalam satu jualan amal memorabilia pemimpin Pakatan haram ini bulan lepas.
Lain dari itu, tidak nampak apa sumbangan kedua ekor katak tersebut kepada PKR, maka itulah agaknya DAP Pulau Pinang memperkenalkan enakmen yang menghalang ADUN negeri tersebut dari melompat parti, sebab dia tahu, tindakan lompat parti kedua ekor tersebut tidak memberikan hasil yang diharapkan.
Bercakap tentang perkara tersebut, ADUN PKR Pulau Pinang dilihat rakyat sebagai hipokrit terbesar kerana menyokong pindaan tersebut dikala Ketua Umumnya sendiri mengalu-ngalukan ‘lompatan’ yang dilakukan Lajim dan Wilfred di Sabah, dalam masa hampir sama pulak tu.
Penulis cuma hairan, tidak adakah macai pembangkang ini yang tertanya-tanya kenapa 2 ekor itu tidak rasmi menyertai PKR. Lebih aneh lagi, Lajim dan Wilfred menubuhkan Pakatan politik tempatan sendiri iaitu Pakatan Perubahan Sabah dan Angkatan Perubahan Sabah – yang dikirakan ‘kerja susah’ dibanding menyertai PKR sebagai ahli.
Lajim dan Wilfred juga mengumumkan kedua pakatan politik yang ditubuhkan mereka akan menyokong Pakatan Rakyat – entiti yang secara rasminya tidak wujud secara rasmi. So, apa yang dia sokong, angin, hantu?
Semua ini mencetus lebih banyak persoalan dan andaian berlakunya konspirasi. Mungkin kedua ekor katak tersebut tidak yakin dengan Anwar Ibrahim yang banyak buat kerja jahat dalam menggagalkan kerajaan Sabah yang sepatutnya diterajui PBS pada 1994.
Maka itu mereka tidak mahu terlibat dengan Anwar secara rasmi dan keluar BN untuk menunjukkan perasaan tidak puas hati kepada Ketua Menteri. Pendek kata, Anwar menang sorak sajalah, tapi isi tidak ada apa-apa.
KENAPA MONYET NI GELAKKAN AHLI PAS ?
Semuanya gara-gara keputusan Pas Pusat. Ghairah meletakkan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari yang baru empat bulan menyertai Pas sebagai calon bertanding Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) punca ahli akar umbi mula bertelagah.
Strategi Pas Negeri dan Pusat itu telah menimbulkan kekalutan baru selepas Yang Dipertua Pas Kawasan Larut, Dr Mohd Dhari Othman yang awalnya dipersetujui calon bertanding di kerusi Dun Selama, terpaksa digugurkan.
Calon baru di kerusi Dun Selama pula adalah Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri, Mohd Akmal Kamaruddin yang terpaksa memberi laluan kepada Fauzi membuatkan ahli akar umbi tidak senang duduk.
Semalam menjadi kemuncak bantahan apabila kira-kira 1,500 ahli Pas di enam cawangan utama dalam Dun Selama nekad tidak keluar mengundi pada PRU13 rentetan pengguguran Mohd Dhari.
Ketua Pas Cawangan Sungai Bayor, Ahmad Zanian Md Shuhor berkata, Pas Negeri menerusi Pesuruhjayanya, Abu Bakar Hussain telah mengumumkan Mohd Akmal adalah calon Pas Dun Selama.
Menurutnya, pengumuman itu dibuat ketika perjumpaan beliau dengan Pas Kawasan Larut termasuk Majlis Tindakan Dun (MTD) Selama, cawangan-cawangan dan Unit Peti Undi (UPU) Selama.
"Dr Mohd Dhari sebelum ini telah diuar-uarkan dan dipersetujui akan menjadi calon Pas bagi Dun Selama.
"Manakala Mohd Akmal pula sepatutnya menjadi calon untuk Parlimen Larut. Pertukaran berlaku apabila Pas Pusat membawa masuk Datuk Mohd Fauzi Shaari yang baru empat bulan menyertai Pas diangkat sebagai calon Parlimen Larut," katanya pada sidang media di Markas Pas Kampung Tapah, di sini, semalam.
Hadir sama, Setiausaha Pas Cawangan Kampung Tapah, Abdullah Man dan Timbalan Ketua Cawangan Pas Kampung Tapah, Mohd Yatim Judin.
Beliau berkata, semua ahli Pas di cawangan Kampung Tapah, Kampung Garok, Kampung Teluk Mas, Sungai Bayor, Kampung Air Kuning dan Redang Panjang kecewa dan membantah keputusan meletakkan Mohd Akmal sebagai calon bagi Dun Selama.
"Alasan tersebut turut disokong beberapa faktor yang menyebabkan kami di sini menolak beliau sebagai calon.
"Yang pertama, Mohd Akmal bukan anak tempatan Selama tetapi beliau berasal dan tinggal di Batu Kurau, manakala Mohd Dhari ialah anak jati tempatan Selama dan dilahirkan di Kampung Tapah.
"Malah, Mohd Dhari sememangnya telah sekian lama menjalankan kerja-kerja parti di kawasan Larut khususnya Dun Selama hingga beliau sangat dikenali semua peringkat umur masyarakat di sini," katanya.
Ahmad Zanian berkata, selain itu, dari segi kewibawaan pula, Mohd Akmal masih muda dan belum cukup berpengalaman sedangkan Mohd Dhari begitu banyak pengalaman serta berpendidikan tinggi.
"Lebih mengecewakan apabila kini seperti wujud tindakan mengutamakan kroni kerana Mohd Akmal adalah menantu kepada Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang," katanya.
Beliau berkata, penyingkiran Mohd Dhari sebagai calon adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.
"Hal ini kerana, menjadi kezaliman, penganiayaan dan penghinaan terhadap beliau yang telah sekian lama mengabdikan diri kepada perjuanganPas," katanya.
Menurutnya, walaupun telah beberapa kali pihak Pas Cawangan, MTD Selama, dan Pas cawangan-cawangan membuat rayuan dan perundingan dengan Pas Pusat serta Negeri, namun suara di peringkat akar umbi langsung tidak didengari atau diambil kira oleh pihak atasan.
"Sebelum ini sebanyak dua kali rayuan dibuat dan terbaru pada 3 November lalu jam 2 petang satu perjumpaan pihak Jawatankuasa Harian dengan Ketua-Ketua Cawangan dan UPU dalam Dun Selama telah diadakan.
"Pada perjumpaan itu, satu undian telah dibuat dan Mohd Dhari telah mendapat 14 undian manakala Mohd Akmal hanya mendapat 9 undian.
"Daripada keputusan itu, jelas menunjukkan bahawa kami di sini tetap mahukan Dr Mohd Dhari sebagai calon atas banyak faktor yang sememangnya memberi keyakinan," katanya.
Friday, December 7, 2012
BATU BERSURAT TRENGGANU TIDAK MENGAJAK KEPADA KEHANCORAN ISLAM.
cuba belakangkan pemahaman sejarah anda.
aku nak bercakap sedikit mengenai fahaman pluralisme dan liberalisme.
ramai tak paham, terutamanya penganut pas. mudahkan teori di atas, ianya lebih berkisar kepada persetujuan untuk politician menyetuju benarkan islam itu di samaratakan.
menyetuju benarkan taraf islam itu di level samakan.
menyetuju benarkan untuk orang islam (melayu) boleh menukar agama sesuka hati mereka.
ramai orang kata zaman parameswara itu bohong.
ramai orang kata zaman tuah dan jebat itu mitos.
ada yang pro dan ada yang kontra.
namun satu hakikat dan faktual yang tak boleh ditipu, batu bersurat trengganu yang ditulis pada 1386 dan dijumpai pada tahun 1899 merupakan asas kukuh pembuktian islam sudah lama bertapak di tanah melayu.
batu bersurat trengganu itu menuliskan fakta bermuka 4.
antaranya RasululLah dengan yang arwah santabi mereka ,Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam,Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya,Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallallahi wassalama raja, Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam,Bumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda.,Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.,Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka.,Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada,Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala,Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus tua.
imaginkan cerita ini ya.
sejak kedatangan islam ke bumi melayu ( yang dikukuhkan melalui fakta batu bersurat) isi kandungan dan penyampaiannya lebih terarah kepada penguatkuasaan rukun iman dan islam.
batu bersurat trengganu yang diiktiraf sebagai manuskrip pertama tulisan jawi tidak membicarakan mengenai pemahaman liberalisme, pluralisme.
jauh lebih daripada itu batu bersurat trengganu tiada langsung membicarakan mengenai perlunya pemimpin memberikan hak kebenaran untuk orang melayu memilih agama selain daripada islam.
batu bersurat trengganu tidak mendoakan kehancuran sesama sedara seislam.
ini adalah artikel perbandingan untuk memudahkan pembaca memahamkan pola pemikiran politik aku.
aku rasa tak susah nak fahamkan cerita ni.
aku bawakkan perbandingan.
batu bersurat tak mengajak kepada pemahaman liberalisme dan menghancur boncai kan sesama islam.
semalam, anwar ibrahim secara terbuka membicarakan mengenai agenda pluralisme yang dibentangkan kertas kerjanya oleh bj habibie.
2 minggu lepas, anak kepada anwar bersetuju untuk menyetujukan pandangan bahawa orang melayu perlu diberikan hak kebenaran untuk memilih agama selain islam.
2 minggu lepas, sedara nik ajis secara terbuka mendoakan kehancuran sesama islam.
2 minggu lepas juga, nik ajis secara terbuka memurtadkan seluruh ahli umno hanya kerana mereka bukan ahli pas.
mac 2008, kalid gerea bersetuju kalimah ALLAH digunapakai oleh pihak kafir.
2007, anwar ibrahim secara terbuka memberikan sokongan untuk lina joy murtad.
hanya 4 tahun diperlukan oleh musibatun ini untuk menghancurkan islam hanya kerana kemarukan undi bukan islam.
batu bersurat itu sedikit sebanyak telah mempengaruhi perjalanan islam di tanah melayu.
tanah melayu, leluhurnya melayu akhirnya telah diasimilasikan dengan islam dalam pengguatkuasaan demokrasi berperlembagaan.
dalam perlembagaan sudah dinyatakan melayu itu mesti islam, dan islam itu perlu diper akidahkan kepada umat melayu.
benarlah kata orang tua-tua
menghancurkan itu lebih mudah daripada membina.
Thursday, December 6, 2012
BELUM SELESAI ISU KRISIS AIR, PENDUDUK LEMBAH KLANG BAKAL DAPAT BALA BARU.
mereka tidak faham akan isu.
mereka tidak faham cara menangani isu.
apa yang mereka faham, segala isu PERLU dipolitikkan.
mereka gagal memahami antara keperluan rakyat dan keperluan berpolitik.
belum selesai isu langat 2, kini timbul isu baru.
krisis tenaga di lembah klang.
perlukan sebuah kerajaan negeri pergi sebegitu bodoh dalam menangani isu dan keperluan rakyat ?
PRU 13, TUKAR JE !
MENYUSAHKAN SUNGGUH BEBAL MAKROP !
PENGUNDI LUAR : ST SINGAPURA SEDAYA UPAYA KATAKAN DASAR EKONOMI ANWAR ITU BAGUS. YE KE ?
Singapore Straits Times blamed on BN’s economic policies.
During the PR dominated debate on the economic management of Malaysia, Opposition accused the BN of wasteful spending that has caused Malaysia into a close self-imposed debt ceiling.
- Carolyn Hong watched this episode of economic debate between the two rivalry political parties like thrilling sports. She harped on the BN’s loss of maintaining two-thirds majority in Parliament. She still favoured the views of senseless political analyst Wan Saiful Wan Jan, who heads the libertarian Ideas think-tank.
- Carolyn Hong intended to drum into the minds of Malaysian voters here, that no matter how good economy will thrive under BN as boosted by PM Najib and the Umno Youth chief Khairy Jamaluddin, it is still not convincing.
- She sided on the Opposition’s arguments that PM Najib used scare tactics and half-truths. Citing again from Tony Pua, the DAP economic strategist; he said PM Najib has neglected to include some RM 40 billion in government-guaranteed debt. Even the PKR deputy-president, Azmin Ali stated that Malaysian economy had performed better when opposition leader Anwar Ibrahim was Finance Minister as compared to after his sacking in 1998.
- Wan Saiful Wan Jan hoped that the facts and figures would persuade the fence-sitters while elaborating that some two-thirds of Malaysia’s 13.1 million voters have already decided their choices. He also gave a dwindling forecast of BN’s upcoming voters in the election.
- Agreeing with political analyst Wan Saiful, Carolyn Hong was assured that BN cannot dismiss the perception of many Malaysians about the BN’s failure in curbing corruption.
- She was relieved to hear from vindictive analysts that PR could have a chance to fulfil their promises to new voters.
Are Azmin Ali, Tony Pua and Wan Saiful Wan Jan reliable sources for report in Singapore Straits Times?
It is clearly indicated that this woman journalist possesses unforgiving, vengeful mindset against BN. We shall see her continuous article that intended to brainwash foreign voters here.
H.S.
FAKTA JALUR LEBAR NEGARA
Pada tahun 2006, SKMM telah melaksanakan perkhidmatan telefon melalui kerjasama dengan tiga pemberi perkhidmatan iaitu Telekom Malaysia, Celcom dan TT Dot Com. Sebanyak 22 lokasi telah dikenalpasti dengan kos pelaksanaan sebanyak RM135 juta.
Seterusnya, sebanyak 20 Pusat Internet 1Malaysia telah dibangunkan. Pihak TM dan Celcom telah dilantik bagi menjalankan projek ini dan ia telah siap pada tahun 2009 dan dari segi infrastruktur jalur lebar, lebih kurang 108 ribu port ADSL telah disediakan oleh pemberi perkhidmatan bagi perkhidmatan jalur lebar talian tetap. Ini disokong oleh liputan jalur lebar tanpa wayar dan WiMAX. Sehingga 2009, liputan 3G adalah 59 peratus liputan di kawasan berpenduduk dan WiMAX 19 peratus liputan di kawasan berpenduduk.
Usaha-usaha yang dilaksanakan sebelum ini telah ditingkatkan pada 2010. Pada Mac 2010, Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) telah dilancarkan dengan pelbagai inisiatif baru di seluruh negara termasuk di negeri Sabah. Antara inisiatif tersebuat adalah Kampung Tanpa Wayar (KTW), Pusat Internet 1Malaysia di Pejabat Penerangan terpilih, pembinaan menara Time 3dan pemberian komputer 1Malaysia.
Bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dan pelajar sekolah, program pemberian komputer 1Malaysia telah diwujudkan. Setakat 2011, lebih 100 ribu unit komputer netbook telah diedarkan kepada penerima-penerima terpilih. Komputer netbook ini juga dipakejkan bersama dengan langganan jalur lebar mampu milik melalui kerjasama dengan penyedia perkhidmatan terlibat. Kos bagi program ini sepanjang 2010-2011 hampir mencecah RM100 juta.
Berdasarkan kepada peruntukan yang telah disediakan, Sabah mempunyai peruntukan yang tinggi berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.
IKLAN BERBAYAR
Wednesday, December 5, 2012
ROBOH GERAI MELAYU KLANG. CIRI POLITIK BARU PAKATAN.
Kenyataan Media GAPS
GAPS menyelar sikap kerajaan pakatan Dap, Pkr dan Pas selangor yang berterusan memusuhi rakyat sejak beberapa minggu ini. Setelah sebuah kuil dirobohkan di Sepang minggu lalu, pada hari ini kerajaan pakatan telah merobohkan pula 12 gerai penjaja Melayu melayu yang terletak berhampiran perhentian Teksi Klang Utara.
Perobohan gerai penjaja ini adalah tindakan yang amat tidak bertanggungjawab oleh Menteri Besar terhadap peniaga melayu yang mencari sesuap nasi berniaga di bandar klang. Menteri Besar gagal melihat kesusahan rakyat yang berniaga kecil-kecilan untuk menanggung sesisi keluarga.
Menteri Besar juga gagal untuk menyedia kemudahan penjaja makanan dibandar Klang terutamanya peniaga Melayu. Bandar Klang yang pesat membangun wajar memikirkan tempat untuk penjaja berniaga. Kegagalan Menteri Besar menyediakan kemudahan pusat penjaja ini tentunya menyebabkan peniaga-peniaga menyewa tanah kosong untuk mendirikan gerai sementara untuk berniaga demi mencari rezeki untuk keluarga.
Perobohan gerai ini merupakan perbuatan penguasa yang zalim. Menteri Besar wajar berunding dan bertolak ansur dengan pelbagai kesulitan yang rakyat alami sekarang. Peniaga wajar diberikan pampasan sekiranya gerai mereka hendak dirobohkan. Peniaga juga wajar dipindahkan ke tempat yang berhampiran untuk mereka meneruskan usaha mencari rezeki dalam perniagaan.
Jalan keluar terhadap persoalan ini adalah bina gerai penjaja untuk orang Melayu berniaga secara sah dan elok. Utamakan lah kebajikan rakyat bukan menyusahkan rakyat untuk mencari rezeki. Klang Bandar Diraja yang aman dan makmur memerlukan kerajaan yang prihatin terhadap permasalahan rakyat, bukan menghukum kesalahan rakyat yang berpunca dari sikap Menteri Besar yang tidak mahu memahami penderitaan rakyat marhaen akar umbi.
Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
Shah Alam
4 Dec 2012
BILA ANAK MUDA TOLAK ANWAR , INILAH JADINYA.
kreativiti pembuat video ini bukan calang.
mereka adalah kumpulan anak muda berusia belasan tahun.
memahami isu politik lantas diaplikasikan dalam bentuk humoristik yang bombastik.
zunar tiada kemampuan untuk berbuat sedemikian.
hatta hingga ke hari ini cybertroopers pakatan masih gagal mereka hatta satu video pun dalam cubaan untuk sama par dengan mereka.
budak pembuat video ni memang cool. berjumpa dengan mereka, kamu takkan menyangka itulah orangnya.
Tuesday, December 4, 2012
SELAMATKAN ISLAM.. TOLAK PAS !
Ungkapan UMNO Tolak Islam, BN Kejam dan Kerajaan Zalim seolah-olah sudah tersemat kuat di sanubari PAS. Kata-kata ini didendangkan bagai koir, diulang-ulang bagai zikir atau wirid untuk dijadikan makanan rohani juak-juak PAS seharian. Jika umat Islam disarankan mengisi hatinya dengan kalimah Allah SWT dan menghadapi hidup dengan penuh kesyukuran tetapi penganut PAS mengisi hati mereka dengan ungkapan-ungkapan di atas dan menghadapi hidup dengan bersifat kufur terhadap nikmat yang dikecapi.
Kerana percaya bahawa mereka adalah orang yang tertindas, teraniaya dan dizalimi, maka PAS sanggup mendoakan kemusnahan saudara seagama di dalam UMNO dalam solat hajat khas ketika Muktamar PAS baru-baru ini.
Bertitik tolak dari itu, para pemerhati tertanya-tanya, di mana zalimnya UMNO dan di mana sengsaranya PAS? Benarkah UMNO begitu buruk, begitu jahat dan begitu kejam? Apakah tiada satu pun kebaikan yang dilakukan UMNO untuk agama, bangsa dan negara?
Dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Ibnu Sirin, Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa, “Di antara bentuk kezaliman seseorang terhadap saudaranya adalah apabila ia menyebutkan keburukan yang ia ketahui dari saudaranya dan menyembunyikan kebaikan-kebaikannya.”
Logiknya, sekiranya benar UMNO itu zalim dan langsung tidak pernah berbuat baik, maka tidak mungkin pemimpin PAS lepas bebas selepas mendoakan dan menuduh pemimpin dan parti UMNO dengan seburuk-buruk fitnah.
Justeru, bagi mengelak sebarang kekeliruan, PAS wajib memperjelaskan definisi ‘zalim’ yang dituduh ke atas UMNO itu. Ini kerana dalam dalam Al-Qur’an zalim membawa kepada beberapa makna dan dijelaskan dalam beberapa surah seperti berikut:
Al Baqarah 165 dan Huud 101: orang-orang yang menyembah selain Allah.
Al Maa-idah 47: kerana menuruti hawa nafsu dan merugikan orang lain.
Al Kahfi 35: sebuah sifat keangkuhan dan perbuatan kekafirannya.
Al-Anbiyaa’ 13: Orang yang zalim itu di waktu merasakan azab Allah melarikan diri, lalu orang-orang yang beriman mengatakan kepada mereka dengan secara cemuh agar mereka tetap ditempat semula dengan menikmati kelezatan-kelezatan hidup sebagaimana biasa untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan yang akan dihadapkan kepada mereka.
Al ‘Ankabuut 46: orang-orang yang setelah diberikan kepadanya keterangan-keterangan dan penjelasan-penjelasan dengan cara yang paling baik, mereka tetap membantah dan membangkang dan tetap menyatakan permusuhan.
Jelas sekali bahawa Islam mengambil serius tuduhan zalim kerana jika ianya tidak ditafsirkan dengan tepat dan dituduh sewenang-wenangnya maka ia akan menjadi fitnah di mana akhirnya, si penuduh itulah yang sebenarnya yang berlaku zalim.
Berkata Imam Abul Hasan al-Asy’ari r.h: “dan kami berkeyakinan wajibnya mendoakan kebaikan bagi pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan kestabilan pemerintahan mereka serta menyesatkan sesiapa sahaja yang berpendapat bolehnya menderhaka kepada pemimpin yang zalim dan kami beriman haramnya memberontak dengan senjata dan kami beriman perlu meninggalkan berperang dalam fitnah”. [al-Ibanah, 1/11].
Jawapan PAS bila ditanya mengenai kezaliman UMNO pula berubah-ubah mengikut sesuka hati yang memberi jawapan. Beberapa ahli PAS di laman sosial mentafsirkan UMNO zalim kerana menolak hudud. Nik Aziz menuduh UMNO zalim kerana menolak Islam. Seorang pensyarah UIA, Dr. Maszlee Malik pula menuduh UMNO zalim kerana menafikan hak Kelantan ke atas royalti minyak, menzalimi parti PAS, memfitnah dan menafikan kebebasan akhbar.
Apabila kita bercakap mengenai kezaliman, maka sudah pastilah ada yang melalui kesengsaraan.
Jadi, siapakah yang sengsara di dalam PAS akibat kezaliman UMNO? Jika kerana menolak hudud, maka apakah ada yang teraniaya secara khusus yang berpunca dari tiadanya perlaksanaan hudud di Malaysia?
Alasan Dr. Maszlee untuk membantu PAS menjawab isu ini juga langsung tidak membantu kerana beliau hanya memperkatakan kezaliman secara umum dan kesan secara umum juga iaitu kesukaran yang dihadapi oleh parti PAS, bukan kesengsaraan seseorang atau sekumpulan manusia secara spesifik kerana hakikatnya tiada ahli PAS yang sengsara secara spesifik akibat perbuatan UMNO.
Tuduhan Nik Aziz bahawa UMNO menolak Islam pula adalah satu fitnah yang nyata kerana ahli-ahli yang membentuk parti UMNO itu adalah Melayu Islam yang mengucap kalimah syahadah, yang beriman kepada Allah SWT dan Rasulnya, yang berpegang kepada Rukun Iman. Sepertimana lumrahnya manusia, mungkin ada di antara mereka yang jahil, mungkin ada yang kurang lengkap ibadahnya, namun tiada yang menolak Islam dan Rukun Iman.
Nik Aziz tidak mungkin dapat menafikan hakikat bahawa UMNO sebagai kerajaan telah melakukan sebaiknya bagi mendaulat, mempertahan dan menyebar syiar Islam. UMNO yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi, yang mana sekutu PAS iaitu DAP bertekad untuk menukarnya.
UMNO tidak pernah lupa akan tanggungjawab menubuhkan masjid dan memperkasakan pembangunan Islam melalui berbagai-bagai program dan pertubuhan yang kemudiannya dipertanggungjawabkan untuk memelihara, mengkaji dan membuat penyelidikan mengenai Islam. Kerana UMNO, azan boleh berkumandang secara terbuka, surau ada di mana-mana, pengurusan zakat dipermudahkan malah Malaysia adalah satu-satunya negara yang menyediakan pengurusan haji paling canggih untuk rakyatnya.
Jika benar UMNO menolak Islam sehingga Islam tidak dibenarkan diamalkan sepertimana orang Quraisy yang menyiksa mereka yang masuk Islam di zaman Rasulullah SAW di mana Bilal bin Rabah dijerut lehernya oleh Umaiyah bin Khalaf, Keluarga Yassir dijemur di tengah padang pasir, Isterinya Sumaiyah mati syahid, Amir bin Fuhairah disiksa dengan kejam sehingga gila dan Zunainah disiksa Abu Lahab sehingga buta. Mereka ini dipaksa untuk kembali menyembah berhala dan meninggalkan Islam.
Sebaliknya, hakikatnya kerajaan UMNOlah yang memastikan undang-undang Malaysia menghalang umat Islam dari murtad, di mana sesiapa yang terpesong akidahnya akan ditangkap untuk difahamkan dan diperbetulkan.
Namun, apa yang terjadi ialah apabila ada di kalangan pemimpin PAS yang cuba menegakkan undang-undang murtad yang digubal UMNO ini, PAS telah memecatnya.
Jelas, yang zalim di sini bukan UMNO, tetapi pemimpin PAS. Sesungguhnya, pemimpin PAS telah menzalimi pengikutnya dengan memperdaya mereka untuk mengaminkan doa fitnah yang paling zalim.
MYKMU
VIDEO DEEPAK : SAH ANWAR YANG RANCANG KONSPIRASI SERANG NAJIB !
video ini mengesahkan anwar dan sivarasa pernah/telah/sedang berbincang dengan deepak dalam merancang konspirasi terbaru memburukkan najib dan rosmah.
dalam video ini deepak sahkan ada pertemuan dia dengan anwar yang tergesa-gesa nak jumpa dia sampai anwar terpaksa naik private jet balik !
yang bestnya, deepak bagitau sivarasa siap bagi skrip bagaimana nak kenakan najib/rosmah waktu deepak dalam mahkamah !
semalam anwar nafi kenal deepak !
namun video ini menafikan penafian anwar.
LU KANTOI LA NUAR !
KANTOI DI TANGAN BLOGERS !
HAHAHAHA
Subscribe to:
Posts (Atom)




.bmp)




.bmp)


.bmp)