Sunday, February 9, 2014

PEHIN SERI TAIB MAHMUD : JANGAN DIUBAH BIJAKSANANYA MENGAWAL SARAWAK !


selama pehin seri memegang jawatan KM, selama itulah terserlah kehebatannya mengawal sarawak.

mengawal dalam ertikata minoriti mengawal majoriti.

aku berharap penggantinya tak gelojoh melakukan perubahan yang tidak menguntungkan islam dan bumiputra di sarawak.

fahamkan maksud ini. 

Thursday, February 6, 2014

UMAT DISEMBELIH :WAHAI PEMIMPIN MELAYU MENYELESAIKAN MASALAH UMAT RAKHINE LEBIH BERPAHALA DARIPADA MELAYAN JIBRAUL ANWAR !

LELAKI Islam Rohingya ini memeluk lutut pengawal pantai Bangladesh, merayu agar dia dan keluarganya tidak dihantar balik ke Myanmar kerana tidak mahu menjadi mangsa pembersihan etnik di kampung halamannya pada 19 Jun 2012. - AFP



ini adalah artikel paling gegar otak.
tahniah kepada dato zaini.
memikirkan jalan penyelesaian masalah rakhine lebih berpahala dari melayan politik sang gila anwar ibrahim !

ya ALLAH satukan hati pemimpin melayu yang keras dan ketidakpedulian ini... bangkitkanlah mereka dan kami  dalam suasana kebangkitan melayu nusantara  mempertahankan nyawa saudara-saudara kami yang di sembelih di sana..

JARAK Yangon dan Kuala Lumpur adalah 1,597.7 kilometer (km) atau 992.8 batu. Masa penerbangan di antara kedua-dua ibu nega-ra itu adalah dua jam 13 minit.

Ia terlalu hampir dengan negara kita. Ter¬lalu dekat berbanding dengan negara Pales¬tin, Bosnia atau Sudan.

Myanmar ialah rakan Malaysia dalam ASEAN. Kini sesuatu yang menjelekkan se¬dang berlaku di negara itu.

Etnik beragama Islam Rohingya, agama yang turut dianuti oleh majoriti rakyat ne¬gara ini sedang disembelih, dibakar hidup-hidup dan wanita serta kanak-kanaknya diasingkan daripada lelaki dan dibawa ke lokasi rahsia.

Apa yang dilakukan ke atas mereka hanya Allah sahaja yang tahu. Sebagai orang Islam marilah kita doakan keselamatan mereka daripada manusia berhati binatang itu.

Hanya binatang sahaja yang sanggup memperlakukan rakyat sendiri seperti bina¬tang - hanya gara-gara Rohingya beragama Islam, bukan Buddha dan etnik yang ber¬beza daripada kaum majoriti.

Ya Allah, beruntungnya sesiapa yang menghuni di negara Melayu ini. Majori¬ti Melayu ialah orang yang cukup sabar walaupun sedang diperlakukan dengan macam-macam provokasi, fitnah, prejudis dan prasangka.

Laporan demi laporan yang dihantar oleh agensi berita antarabangsa dari Myanmar seolah-olah merayu perhatian dunia terha¬dap apa yang berlaku terhadap etnik itu.

Malangnya di Malaysia kita sedang sibuk dengan perdebatan mengenai politik picisan. Berita mengenai penghapusan satu bangsa itu oleh kerajaan negara Myanmar sama sekali tidak dipedulikan.

Saya juga tidak nampak satu kesung¬guhan daripada pihak kerajaan Malaysia sendiri untuk menghantar nota bantahan terhadap apa yang berlaku di negara itu.

Atas semangat agama Islam dan ummah, apa salah campur tangan dalam hal Rohing¬ya ini. Alihkan perhatian rakyat daripada isu politik dalam negara kepada isu Roh¬ingya ini.

Ayuh bangkit Malaysia, kita buat bising untuk menghentikan pembunuhan bera¬mai-ramai umat Islam itu.

Satukan umat Islam di Indonesia, Brunei dan ASEAN untuk bersuara dengan kita.

Walaupun mangsa itu bukan Islam sekali pun kita amat sedih melihat, membaca dan mengetahui mengenai tragedi kemanu¬siaan ini.

Hentikan terus daripada bercakap men¬genai Anwar Ibrahim kerana selagi kita ter¬us bercakap mengenainya, negara ini akan terus berpolitik dan dia akan terus segar-bugar.

Kita semua sudah tahu dia ialah seorang yang gilakan perhatian dan publisiti sejak berada dalam kerajaan BN lagi.

Pedulikan dia. Ayuh alihkan perhatian kepada soal kemanusiaan ini.

Etnik Rohingya sedang disembelih, kam¬pung mereka dibakar. Laporan Agensi Sabtu lalu memetik seorang aktivis Rohingya meny-atakan, anggota etnik dilayan seperti haiwan.


“Saya merasa sangat takut. Kami tidak mempunyai sebarang perlindungan di ne¬gara ini. Kerajaan kami sedang menindas kami," katanya seperti dilaporkan laman web akhbar Burma Times.

Etnik Rohingya Islam sering menjadi mangsa penindasan pihak berkuasa Myan¬mar dengan ada antara wanita dan gadis di¬rogol serta dibunuh dengan kejam.

Tahun lalu, saluran televisyen BBC me¬laporkan, kanak-kanak Rohingya Islam dibakar hidup-hidup ketika konflik agama dan etnik itu merebak di tengah Myanmar.

Kebanyakan serangan itu turut dirakam di hadapan anggota polis Myanmar, lapor BBC.

Laporan terbaharu dari daerah Naypy¬idaw, Sabtu lalu, menyebut Myanmar me¬mulakan operasi pembersihan etnik Ro¬hingya Islam apabila seorang saksi yang terselamat mendakwa sebanyak 700 wanita dan kanak-kanak dibawa menaiki beberapa trak tentera ke lokasi yang tidak dinyatakan dalam satu kejadian 22 Januari lalu.

Menurut saksi itu, Aisha kepada badan ke¬bajikan Partners Relief Development (PRAD), dia melihat banyak trak tentera membawa askar dan anggota pelampau bersenjata api dan belantan memasuki kampungnya, Kil¬ladong Majarpara, di barat Myanmar yang didiami lebih 2,500 orang etnik itu.

Ayuh umat Islam Malaysia, kasihanilah saudara seagama kita di sana. Bersatulah. Kalau bukan kita, siapa lagi?

Amnesty International hanya buat bising jika polis kita menyembur air ke atas para pendemo pakatan pembangkang, tapi di mana mereka apabila etnik itu sedang diha¬puskan?

Di mana masyarakat antarabangsa?

Mengapa Amerika Syarikat tidak mahu mengenakan sekatan ekonomi terhadap Myanmar di atas pembunuhan beramai-ramai itu?

Adakah sekatan ekonomi hanya dikena¬kan semasa darling Barat yang mereka panggil pemimpin prodemokrasi, Aung San Suu Kyi dikenakan tahanan dalam rumah?

Apakah mereka mahu melihat satu lagi Bosnia yang disembelih oleh Serb tanpa dipedulikan oleh sesiapa?






© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, February 4, 2014

DEMO NGO PEWARIS BANTAH KEBIADAPAN CINA DAP KHAMIS INI..



Salam Kepada semua Ayahanda2 serta jemaah ,Saudara saudara dan seluruh umat Islam dan rakan rakan seperjuangan yg tidak mahu melayu diperlekehkan dan islam diperkotak katikkan serta rakan2 media dan wartawan. Jemput dan mohon sebarkan juga agar dapat hadir bersama 

dibangunan ibupejabat maybank berhampiran 711 Puduraya
 6/02/ 2014. 
Hari khamis Masa : 2 Petang .

Tujuan adalah untuk berkumpul dan Membantah Penghinaan Kaum Cina yg chauvinist Terhadap Raja Raja, Agama Islam dan Kepemimpinan Melayu...bantahan ini adalah program bersama oleh "Pewaris" majlis permuafakatan ummah bersama ngo ngo berbaaiah dan ngo ngo melayu islam

Dijemput semua agar dapat hadir 



Agar sampai mesej dipihak sana... Bangsa melayu masih ada .... dan akan mempertahankan kesucian agama islam dan maruah melayu



Jangan dihalal kan islam dipersenda... Bangsa Melayu diperlekeh hanya kerana keuntungan politik semata mata....



sebarkan..dan panjangkan... Insyaallah jihad sebenar adalah kerana Allah ..

Penyelaras Urusetia pewaris:- ayah penghulu dan ayah zul keramat serta ayah rahimuddin. Turut serta. Dan diketuai bersama ngo ngo melayu islam.Meminjam kata kata almarhum mat kilau menentang penjajahan " usah mengaku diri sebgai pejuang atau bercerita tentang perjuangan jika kita sendiri tiada keberanian "... Tiada imbuhan disediakan untuk kehadiran hanya allah yang membalasnye.,.

KERAJAAN MALAYSIA PERLU FIKIRKAN JALAN TERBAIK AJAR MYANMAR DAN DESAK SYRIA HENTIKAN GENOSID .



setakat 2 hari lepas dikabarkan hampir 136 ribu umat islam syria terkorban akibat pengaruh arab spring.

majoriti umat islam yang maut ini pula adalah umat islam sunah, dibunuh oleh tentera dajal kerajaan assad yang dibantu penggila syiah dari iran.

manakala di utara pula, umat islam rohingya terus-terusan dibunuh oleh kumpulan tentera dan separa militia, dibantu pula dengan hasutan anti perkauman golongan sami budha.

soal tidak mencampuri urusan negara lain sepertimana yang terkandung dalam perjanjian asean sudah tidak praktikal.

kerajaan malaysia sudah boleh memikirkan cara untuk memperjuangkan nasib umat islam rohingya, dan pada masa yang sama boleh mendesak assad untuk menghentikan genosid sunah yang dilakukan syiah.

aktiflah sikit...please.


KIPAS SAMPAI STIM.


tuan, cina dah muak dengan pakatan selangor tuan.
tuan, ini peluang kita tuan.

tuan, pkr bergolak ini peluang kita tuan.
hakikatnya dari dulu pkr dah bergolak, puluhan leaders keluar parti tapi pkr tetap macam tu.

tuan, pas nampaknya tak suka dengan mainan anwar tuan.

tuan, hingga ke hari ini dap tak keluarkan sebarang kenyataan.
ini bermakna dap pun tak suka tuan..

tuan, tuan tuan tuan tuan .....
serius tuan. peluang melayu pakatan insaf dah timbul tuan.
malam tadi saya mimpi tuan..

tuan, semalam saya tengok ADA PEMIMPIN BN DAH MULA NAIK MOTOR PUSING-PUSING KAJANG TUAN..

ini strategi brilliant tuan. sama tarafnya dengan idelisme perang psy war sun tzu tuan..

semalam berita dah keluar bandar kajang ada sampah, foto shoot tepi jalan tuan. ini boleh mendatangkan marah penduduk kajang pasal kelemahan pakatan tuan..

tuan, sjkc cina,persatuan tarian naga kong hoe, persatuan pemilik limau mandarin nak jumpa kita tuan... ini signal besar nih.. silap aribulan last minit dorang boleh swing sokong kita tuan..

yang penting bagi dorang masyuk tuan.. 

tuan, percayalah tuan.. dong zhong semalam call saya dia menyesal pasal semua yang berlaku.

tuan percaya tak, dong zhong nak pelajari dan implemen sistem sekolah kebangsaan tuan !

serius tuan... mereka nak nyanyi lagi kebangsaan waktu masuk dan balik sekolah tuan.

tuan, ada pendidik dong zhong nak masuk kem BTN tuan.. mereka nak jadi anak malaysia yang berguna kepada nusa bangsa tuan !

BETUL TUAN, ZONG DAH SEBUT NUSA BANGSA TUAN !

tuan, kita bertanding je prk dun kajang. tuan, mesti menang punyalah ...

TUAN SAYA NAK BAGITAU RAHSIA, RINGTONE HP PEMIMPIN DONG ZHONG GUNA LAGU ANAK KECIL MAIN API TUANNNNNNNNNNN ! YA TUANNNNNNNN BETULLLL !

tuan lupa ke strategi ulung kita waktu kempen ?

8 hari kempen, 1789 cawangan pas dan pkr akan bubar dan sokong kita tuan.
tapi masa 8 hari kempen jugak, ada 17 je cawangan umno bubar masuk pkr.

1789- 17 = 1772. majoriti kat kita tuan..

gap : strategi perang politik dah kena ubah habis. stail politik begini tak diminati rakyat. orang pakatan je yan gila nak berpolitik sepanjang masa.. fokus kepada isu besar yang melingkar kepada solusi permaslahan rakyat ... pru 14 adalah peluang kita untuk menang semula kalau study dan rangkaan dasar kita tepat.

jom layan poco-poco ala rosyam nor masa maharajalawak 13 jumaat lepas....

iya iya...
iya iya...


RINDULAH PADA I.S.A.....


Monday, February 3, 2014

GAP : KERAJAAN JANGAN CEPAT STIM DENGAN KENYATAAN INI...


dewan perhimpunan cina pulau pinang MEMUJI kerajaan kerana menubuhkan jawatan kuasa khas mengenai kos sara hidup.

arguement DPCPP ni katanya kos sara hidup meningkat disebabkan INFLASI yang berlaku pada penghujung 2013...

inflasi dalam kamus jawa bermaksud kenaikan harga barangan yang berterusan.

patutnya DPCPP ni menghentam juga pemborong dan kartel yang suka-suka naikkan harga barangan pengguna bila beberapa pengumuman insentif kerajaan dihebahkan.

harap kerajaan jangan stim lah dengan kenyataan separuh masak ni.

kerajaan wajib fokus mengadakan beberapa solusi yang akhirnya mencengkam semula tamak pemborong dan kartel barangan pengguna.

stok penimbal perlu diperbanyak,diperluas dan senantiasa dilakukan.

DPCPP juga patutnya menyelar sikap tamak pemborong dan kartel yang kerap mainkan harga barang atas alasan yang tak munasabah.



BLOG GAP GESA KERAJAAN FOKUS KEPADA PENYELESAIAN ISU KOS RAKYAT SECARA KONSISTEN.


BN kalau layan anwar ianya takkan menyelesaikan masalah rakyat.

baru baru ini kerajaan dah mula turun ke bawah melihat kebimbangan rakyat mengenai pelbagai barangan pengguna yang tinggi harganya.

jurus selepas itu, kerajaan cuba mengawal 'control barangan oleh pemborong' dengan cara mengadakan stok penimbal.

rakyat nak melihat keberkesanan kuasa stok penimbal kerajaan itu yang akhirnya akan menjatuhkan semula harga barangan pengguna di pasaran.

minggu lepas, kerajaan umum 12 pasaraya terkemuka akan menurunkan harga barangan.

konsisten dalam memahami masalah rakyat bakal membawa keuntungan besar untuk BN dalam jangka masa panjang.

anwar tak menyelesaikan masalah, sebaliknya akan menimbulkan banyak lagi reka fitnah pada waktu berkempen nanti.

KONSISTEN DAN FOKUS PENTING.
KONSISTEN PADA ISU RAKYAT PENTING.
FOKUS PADA ISU RAKYAT PENTING.


ANWAR SAHKAN DIA NAK BN LAYAN DIA...SUPAYA DIA TERUS DIINGATI !


baca kenyataan bapa lahabau malaysia kat bawah..

PERMATANG PAUH 2 Feb. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan beliau bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sebagai salah satu unsur kejutan bagi terus menarik perhatian umum.


JADI KENAPA BN PERLU NAK LAYAN SEWEL POLITIK MAMAT NI..


© Utusan Melayu (M) Bhd 

T-TEAM VS JDT : AISEYMAN T-TEAM KANTOI ??!


semalam berlangsung perlawanan piala FA antara t-team vs JDT.
sebenarnya takde isu pun.

pihak pengurusan bertekak tepi padang ni dah biasa.

namun ianya jadi isu bilamana pengurusan t-team tarik diri waktu separuh masa pertama.

pihak t-team dakwa keselamatan pasukan mereka akan terjejas kalau mereka teruskan perlawanan..


namun dalam menyelidiki berita mengenai insiden ini, terdapat fakta kantoi yang dilaporkan ataupun disampaikan.

PERTAMA MENGENAI INSIDEN.

azrai khor dalam kenyataannya memberitahu kalau nak tahu cerita sebenar, maka SILA BACA SINAR HARIAN.. 

aku pun baca..

tertengok satu perenggan mengenai insiden gaduh yang dimaksudkan. 

dalam perenggan ketiga ada disebut mengenai cerita kononnya jurulatih kecergasan t-team, stefano DIKASARI OLEH PENGAWAL KESELAMATAN.


namun yang menjadi kontradiksi kenyataan bilamana dalam laman sosial T-TEAM FC, menyebut stefano sebenarnya disepak di bahagian kemaluan oleh pengurusan tertinggi JDT.

mana satu yang betul ni ?

azrai kata pengawal keselamatan pukul tapi laman sosial rasmi t-team pulak kata pegawai tertinggi JDT ?

azrai jugak dalam laman twitternya menyebut akan membawa evaldo dan stefano ke panel klinik dan membuat laporan polis..

namun dalam berita sukan buletin utama malam tadi mereka ada pergi ke balai kuala trengganu jam 1.30 petang TAPI TAK DIBERITAKAN ADA MEMBUAT LAPORAN POLIS !

aiseyman t-team,  pun nak main wayang ke ?

Saturday, February 1, 2014

NAJIB DAN MUHYIDIN : AYAT PERTAMA ANWAR MASA DIUMUM MENANG DUN KAJANG ?


penamaan calon.
tempoh kempen 8 hari.
masyarakat cina keluar tunjuk sokongan pada BN.
para spin doktor mula stim.
arahan pemimpin BN turun kawasan cina.
bukan tu je.
arah turun sekolah cina.
ceramah sana sini.
cina tepok tangan.
BN hebat hebat.....
hoooraaayy..

spin doktor bertambah stim.
peruntukan mula turun.
sekolah cina dapat berjuta.
pasar cina dapat berjuta.
persatuan cina dapat berjuta.
makan malam 40 ribu cina kajang hadir.

PM dan TPM turun..
spin doktor tambah stim, mulalah jangkaan undi  keluar....

bisik kasi stim kat telinga PM dan TPM, pengundi cina 50% akan undi BN .

PM dan TPM tanya betul ke ni ?
betul sir betul sir...
kita menang majoriti 1432 undi sir..
undi rosak 45 je sir !


fuhhh hebat spin doktor bisik kasi stim telinga..

masa pagi kempen cina semua turun.
sebelah petang PDM BN mula pening.
PDM pengundi cina...semua sokong pakatan.

BN kena tipu lagi...

masa umum menang anwar kata kat penduduk kajang...

'TENGOK SAYA  MASUK KAJANG, SEMUA ORANG DAPAT DUIT ' !

sekolah cina,persatuan cina dan pasar cina yang tadi dapat berjuta dari BN pun tepuk tangan sambil kata....

AIYAKKK MANYAK UNTUNG.. INI TAHUN KITA DAPAT KUDA MAAAAAAA.....


soalan ?
siapa bijak dalam kes ni ?

ARTIKEL TERBARU TUN M : SOALAN TUN M YANG ..........


dalam blog negarawan tun m, beliau membeitahu ada menerima email daripada andrewtang.

kandungan email tersebut secara spesifiknya memberitahu kebimbangan beliau mengenai RM yang makin lemah..

lantas selepas luahan itu dinyatakan pula pandangan.

kemudiannya dilontarkan harapan agar tun m MENGETUAI BN SEMULA.

membaca tun m, negarawan ini terkenal dengan kiasnya.

KENYATAAN MB N9 MEMANG TEPAT .