nik ajis apa pandangan anda ?
hj hadi apa pandangan anda ?
dewan ulamak haron taib nak kecek apa ?
adakah pas secara majoriti akan terus mengiktiraf LGBT ?
Wednesday, April 25, 2012
Tuesday, April 24, 2012
SELANGOR BANGKIT : KOREK SELANGOR SAMPAI BERLUBANG.
Pewujudan syarikat tunggal Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB)
menguruskan pasir dari tanah-tanah kerajaan menjadi KSSB tidak
kompetitif, tidak telus dan tidak bertanggungjawab.
KSSB tidak takut hilang perniagaan kerana mereka tidak mempunyai pesaing dalam industri ini.
Lebih memburukkan, KSSB turut mengawal kutipan doket pasir yang dahulu dibuat oleh pejabat tanah daerah. Pihak swasta telah ambil alih peranan kerajaan. Ini lebih mendedahkan pada amalan rasuah dan penyelewengan.
Kerajaan Negeri Melalui KSBB Gagal Menguruskan Hasil Pasir.
Dato’ Menteri Besar mendakwa pewujudan hanya satu syarikat boleh membendung aktiviti mencuri pasir. Persoalan mengapa masalah kecurian pasir masih berleluasa dan kerap dilaporkan?
Antaranya dakwaan kegiatan curi pasir di belakang kampus Unisel,
Lembangan Sungai Langat di Kuala Langat dan Dengkil, Sepang.
Malah ada laporan polis dan dakwaan kecurian pasir menggunakan lori KSSB di mana KSSB merayu atas kompaun akibat “kesalahan mengeluar bahan batuan tanpa wibawa yang sah” misalnya di Kuala Selangor.
SPRM turut menahan setiausaha sulit seorang Exco kerajaan negeri bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan kelulusan kontrak perlombongan pasir dan lawatan ke China.
SELANGOR BANGKIT : RANGSANG EKONOMI..CAKAP AJE LA !
Kerajaan negeri mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri
meliputi lima projek dengan jangkaan perbelanjaan melebihi RM 50 bilion melalui inisiatif pembiayaan swasta.
Jumlah pelaburan itu tinggal anggaran dan lima inisiatif tersebut tinggal perancangan tanpa ada kepastian bagaimana kerajaan negeri hendak mencapainya kerana sehingga kini tidak ada sebarang angka yang pasti berapa jumlah wang yang sudah dapat.
SELANGOR BANGKIT : RAKYAT SELANGOR SILA HUBUNGI CARELINE BN SELANGOR !
KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG KEWUJUDAN PUSAT KHIDMAT
RAKYAT (PAKAR) BARISAN NASIONAL SELANGOR
ASSALAMUALAIKUM
DAN SALAM SEJAHTERA
SALAM
1MALAYSIA
Barisan
Nasional Selangor memandang serius usaha untuk mengembalikan kepercayaan rakyat
dan berjanji untuk terus berkhidmat kepada rakyat berdasarkan slogan Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang digagaskan oleh Perdana Menteri Dato’
Sri Najib Razak.
Sehubungan
dengan itu, pihak Barisan Nasional Selangor, mewujudkan Pusat Khidmat Rakyat Barisan
Nasional atau PAKAR bagi tujuan komunikasi dan ‘services’ antara pihak parti
dengan Rakyat. Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional menyediakan kakitangan
sepenuh masa yang akan berkhidmat menerima sebarang aduan atau pun permasalahan
daripada rakyat.
Rakyat
Selangor boleh menghubungi Talian PAKAR
di number 1-300-22-2626 pada bila-bila masa. Pihak Barisan Nasional akan
berusaha untuk menjadi penghubung antara Rakyat dan pihak agensi yang
bertanggungjawab ke atas masalah yang dilaporkan. Pusat khidmat ini beroperasi
dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.
Kewujudan
Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional secara talian ini juga menunjukkan
komitmen BN untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan lebih mesra rakyat.
Selepas ini, jika rakyat rasa sukar untuk menghubungi mana-mana Wakil Rakyat
Barisan Nasional, maka mereka boleh terus menghubungi Talian PAKAR dan pihak BN
Selangor akan memastikan YB Wakil Rakyat tersebut berhubung terus dengan rakyat
yang menghadapi masalah.
Selain
menalefon untuk melaporkan masalah yang melibatkan kepentingan awam seperti
masalah sampah, masalah banjir, masalah alam sekitar yang tidak dikendalikan
dengan baik oleh Kerajaan PR Selangor, Rakyat Selangor juga boleh menelefon
Pusat Khidmat Rakyat Barisan NAsional untuk mendapatkan maklumat mengenai
produk-produk Barisan Nasional seperti B1RM, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik
1Malaysia dan sebagainya. Pusat Khidmat ini boleh lah diandaikan sebagai ‘one
stop centre’ untuk rakyat Selangor mendapatkan maklumat.
Selain
menerima panggilan dari Rakyat, Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional juga akan
membuat panggilan kepada rakyat berdasarkan number telefon yang didapati
daripada pihak Jentera BN sendiri melalui kajian rambang dan aktiviti di
kawasan masing-masing.
Pusat Khidmat
Rakyat Barisan Nasional ini bukan sahaja akan digunakan sebagai salah satu
medium untuk berkempen, tetapi juga akan terus dikekalkan sehingga selepas
Pilihan Raya ke-13 serta menjadi medium untuk Rakyat berhubung dengan pihak
Parti.
Inisiatif ini
membuktikan bahawa Barisan Nasional tidak sekadar bercakap kosong tetapi
membuktikan setiap kata-kata dan janji yang di ucapkan oleh pemimpin tertinggi.
Barisan Nasional akan terus berkhidmat kepada Rakyat Selangor tanpa mengira
kaum, agama mahupun parti politik. Langkah mewujudkan Pusat Khidmat Rakyat Barisan
Nasional ini merupakan satu langkah kehadapan dan bukti bahawa Barisan Nasional
serius ingin berkhidmat kepada Rakyat Selangor.
Sekian,
Sayangi Selangor ; Yakini BN.
DATO’ SRI MOHD ZIN MOHAMED
KOORDINATOR BN SELANGOR
23 April 2012
Monday, April 23, 2012
SELANGOR BANGKIT : DS MOHD ZIN TERJAH PAKATAN SELANGOR !
KENYATAAN
MEDIA BERHUBUNG JANJI MENGURANGKAN CUKAI
PINTU RUMAH KEDIAMAN SEBANYAK 20% DAN CUKAI PREMIS KOMERSIAL SEBANYAK 10%
ASSALAMUALAIKUM
DAN SALAM SEJAHTERA
SALAM
1MALAYSIA
Pemimpin Pakatan Rakyat memang terkenal dengan janji-janji
manis sehingga sanggup menjanjikan apa sahaja asalkan mendapat undi daripada
Rakyat.
Perkara ini terbukti bukan sahaja sekarang ini malah sejak dahulu lagi.
Bukti paling nyata adalah manifesto
Pakatan Rakyat Negeri Selangor pada PRU 2008 sebelum ini. Jika janji yang
termaktub dalam manifesto pun boleh dimungkiri, inikan pula janji mulut manis
pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak pernah jujur.
Pada Pilihanraya Umum 2008, Pihak PKR dan PAS telah
berjanji akan mengurangkan cukai pintu
rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10%.
Perkara ini bukan hanya dijaja di ceramah-ceramah mereka malah dicetak sebagai
salah satu manifesto janji mereka jika berjaya mentadbir Negeri Selangor. Hasil
dari penipuan dan janji palsu ini, mereka berjaya memerintah negeri Selangor.
Alhamdulillah, rakyat Selangor tidak perlukan masa yang
lama untuk melihat penipuan pemimpin Pakatan Rakyat satu demi satu. Pelbagai
kepincangan berlaku dan pemimpin ketiga-tiga parti ini mengaku bersama dalam
semua hal, hakikatnya, mereka ini seperti tidur sebantal tetapi mimpi
lain-lain.
Seawal sebulan selepas Pakatan Rakyat memerintah Selangor,
MB Kahlid Ibrahim membuat pengumuman
bahawa janji untuk menurunkan cukai pintu kediaman dan cukai premis komersial
tidak dapat dilaksanakan. Belum pun sampai sebulan memerintah, janji
manifesto terpaksa ditarik balik. Inilah namanya pemimpin yang hanya berjanji
untuk meraih undi tanpa mengira hakikat sebenar ekonomi.
Sehingga sekarang, janji pakatan untuk menurunkan cukai
pintu kediaman dan premis komersial masih belum terlaksana. Jikapun ada nada
pengumuman yang dibuat menjelang Pilihanraya nanti, sedarlah rakyat Selangor,
ini hanyalah janji-janji palsu untuk meraih undi rakyat Selangor semata-mata.
Bukan sahaja cukai tidak diturunkan, malah kita juga difahamkan
bahawa cukai dan premium tanah turut dinaikkan. Saya sendiri menerima banyak
aduan dari rakyat Selangor berbilang kaum mengenai isu cukai dan premium tanah
yang semakin meningkat. Selain itu, kami juga menerima maklumat dari rakyat
Selangor bahawa cukai yang perlu dibayar sekarang ini meningkat sehingga lebih
100% dan mengikut harga pasaran.
Ramai rakyat Selangor yang tidak berpuas hati dan berasa
tertipu dengan janji manifesto Pakatan Rakyat. Soalnya, adakah kita akan sekali lagi tertipu dan mempercayai setiap
apa yang dijanjikan oleh mereka? Hakikatnya, kemenangan mereka di Selangor
merupakan pengajaran paling berguna kepada seluruh Rakyat Selangor.
Rakyat
Selangor tanpa mengira kaum berasa tertipu akibat isu melibatkan cukai pintu
kediaman dan premis komersial sehingga ada yang terpaksa disita akibat beban
cukai yang terlaku tinggi. Saya difahamkan, ketika zaman Barisan Nasional
memerintah, kerajaan Barisan NAsional masih lagi menerima rayuan dan memberikan
diskaun untuk kes-kes tertentu. Apa yang dikesalkan, sehingga hari ini,
pemimpin Pakatan Rakyat masih lagi menaburkan janji-janji manis yang tidak
mampu mereka laksanakan.
Saya percaya, Rakyat Selangor sememangnya lebih bijak
untuk menilai janji-janji yang ditaburkan oleh pihak Pakatan Rakyat. Di pihak
Barisan Nasional, kami mengakui terdapat kelemahan sebelum ini, namun kami
sedia mengakui kelemahan itu dan memohon maaf serta memperbaikinya sebaik
mungkin.
Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini tidak pernah menyusahkan rakyat
walaupun dituduh dengan pelbagai tomahan. Tetapi tohmahan yang dilemparkan
tidak melibatkan kesusahan hidup rakyat. Namun kerajaan Pakatan Rakyat secara
langsung memberi bencana kepada rakyat contohnya dalam isu melibatkan
pengurusan sampah dan pengurusan saliran sehingga menyebabkan berlakunya
banjir.
Pada Pilihanraya Umum akan datang, saya berharap agar
Rakyat Selangor menggunakan pertimbangan yang paling wajar untuk membuat
keputusan. Cukuplah sudah lebih empat tahun (1,460 hari) kita berada dalam
kesusahan. Berjanji sekadar untuk meraih undi bukanlah satu sikap yang
bertanggungjawab sebagai pemimpin malah memungkiri janji isu sendiri adalah
sifat munafik.
Terima kasih, Sayangi Selangor ; Yakini BN
Dato’ Sri Mohd Zin Mohamed
Koordinator BN Selangor
23 April 2012
TAHNIAH NASARUDIN MAT ISA.
pejuang LGBT ikut jejak syaitan, itulah kenyataan paling keras yang dilakukan oleh mantan timbalan presiden pas ustaz nasa.
buat pertama kali nasa dilihat mula menyerang kelompok pimpinan dan pengikut LGBT secara terang terangan dalam sebuah forum di UTM kuala lumpur.
aku berkeyakinan ada kelompok parasit-tul dalam pas yang akan membidas kenyataan nasa.
macam biasa, justifikasi hak asasi dan demokrasi akan digunapakai dalam menghalalkan kegiatan LGBT.
anwar pernah mencadangkan agar dihapuskan undang-undang mengenai kesalahan seks luar tabie.
pada kita (blogers dan pembaca) usaha dan kerja kuat untuk menerangkan bahayanya penghalalan LGBT yang cuba dilakukan oleh kelompok tertentu perlu dilakukan dengan lebih tekun lagi.
attack pengundi baru, attack pengundi atas pagar dan attack pengundi pas. cara penyampaian yang berfakta mampu menerobos lantas mematahkan keinginan mereka dalam mahu mengundi pakatan lagi.
SELANGOR BANGKIT : YAYASAN BASMI KEMISKINAN MANGSA PERTAMA PAKATAN SELANGOR !
Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang menjaga ratusan anak miskin dan anak yatim merupakan mangsa pertama dendam kesumat Pakatan di Selangor.
Kerajaan negeri berdendam, berniat jahat, zalim dan menindas organisasi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang berjuang membasmi kemiskinan di Selangor.
YAB Menteri Besar menggugut untuk tidak meluluskan Pembangunan Kampus Cawangan UiTM di Serendah jika permintaan melantik Menteri Besar sebagai Pengerusi dan memberi tiga kerusi Lembaga Pemegang Amanah tidak dipenuhi.
Akibat penolakan itu, YAB Menteri Besar menyalahgunakan kuasa dengan merampas aset tanah YBK dan memulangkan bayaran cukai tunggakan cukai RM 5.7 juta walaupun telah dilunaskan oleh Yayasan Melaka dengan persetujuan Bendahari Negeri Selangor sebelumnya.
Tindakan ini nyata luar biasa, zalim dan tidak berbudi bicara kerana Akta Kanun Tanah Negara membenarkan 4 pihak termasuk bukan pemilik tanah untuk membayar apa-apa cukai bagi pihak pemilik tanah.
Keseluruhan jumlah cukai dipulangkan RM 6.9 juta (RM 5.7 juta + RM 1.2 juta) RM 1.2 juta adalah cukai yang telah dibayar dan diterima oleh kerajaan negeri sebelum ini.
Ini adalah salah guna kuasa dan menyalahi amanah kerana sebagai sebuah kerajaan, mengutip cukai adalah tanggungjawab dan cukai yang telah dikutip adalah wang rakyat. Kenapa ia dipulangkan sedangkan ia boleh digunakan untuk manfaat rakyat.
Kerajaan menindas organisasi membantu orang miskin tetapi sanggup mengeluarkan wang rakyat membeli hutang syarikat korporat Talam Corp. KISAH BENAR YBK KLIK SINI.
BAHAN KEMPEN PRU 13 : SISTEM KEHAKIMAN BERAT SEBELAH ?
Badan kehakiman di Malaysia tidak bebas dan dikongkong oleh pihak parti pemerintah
Hakikatnya.
Perlantikan mana-mana perlantikan hakim adalah dengan perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri hanya mencadang dan menasihati.
Jelas ia adalah hak dan budi bicara Yang Dipertuan Agong sama seperti proses perlantikan Menteri Besar.
Menurut statistik, keputusan mahkamah lebih banyak yang menyebelahi ahli Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional.
Dalam sejarah kehakiman, hanya sekali tribunal kehakiman berlaku ketika kes perlucutan hakim Tun Salleh Abas.
Dalam kes “Penggunaan Kalimah Allah oleh penerbitan Herald - the Catholic Weekly” di Mahkamah Tinggi”, penghakiman dibuat oleh Datuk Lau Bee Lan seorang bukan Muslim.
Jika badan kehakiman tidak bebas sudah tentu hakim dipilih dari kalangan Muslim. Pembahagian kes mahkamah dibuat secara profesional mengikut susunan rawak, bukan mengikut sentimen.
TRANSPERANCY INTNL : DAP SUKA BERBOHONG BAB NI !
Dakwan DAP, Indeks Transprancy Rasuah Malaysia meningkat menunjukkan masalah rasuah semakin menjadi-jadi.
Hakikat yang DAP sembunyikan .
Dakwaan ini tidak benar kerana kali pertama kajian indeks transprancy ia hanya melibatkan 41 buah negara.
Kemudian kajian telah menambah jumlah negara menjadi 163 buah. Maka tidak hairanlah kedudukan negara boleh jatuh dalam indeks tersebut.
Sunday, April 22, 2012
KENAPA NST SINGAPURA MAKIN MENYIBUK PASAL MALAYSIA ??
Singapore Straits Times wants to watch the PDRM’s approach to the Bersih Rally next week.
1. Journalist Carolyn Hong becomes the agent for the Bersih chairman Ambiga Sreenavasan. She curry-favours Ambiga by approving the Bersih movement that has proved highly influential. She praises the movement that brought down the swing voters to opposition in the 2008 general election.
2. The journalist further gives an impression that the police have yet to display their impartial attitude instead of confronting the rally protesters heavy-handedly. She will harp on PM Najib’s administration as the election is approaching.
H.S.
Subscribe to:
Posts (Atom)








.jpg)










