Saturday, January 18, 2014

2 PERKARA YANG BOLEH BUAT MELAYU FIKIRKAN SEMULA PASAL KREDIBEL ?


ANTARA AYAT POWER KONGKANG SJKC NI LEPAS HINA ISLAM..

Ah Ngang dalam kenyataannya berkata, beliau dengan seikhlas hati meminta maaf secara peribadi kepada Yi Shan dan masyarakat di Pekan Teluk Sengat serta umat Islam ekoran tindakannya itu.

“Dengan ini saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni sesuai dengan slogan 1Malaysia," katanya.

perrrgghhhh senang nye......


Artikel 


© Utusan Melayu (M) Bhd 

tarik balik saman bukti keterbukaan umno dan sifat tak berdendam umno...

ini apa punya baghal la politik pasca pru 13 nih ?

soal kematian 10 anggota yang jadi bahan fitnah tian chua yang kata kematian itu sandiwara umno pun boleh dianggap tak serius dalam ertikata MARUAH ?

ini bukan soal dendam.
ini bukan soal keterbukaan.
ini soal maruah melayu lah ....

paham tak.. 
soal maruah anggota yang mati teruk jasadnya dirobek..
hey ...paham tak apa melayu cakap nih ?
anggota kita mati dianggap sandiwara..
pastu ko maafkan pulak..

sandiwara apa korang buat nih wei ?

umno kata tian chua dah minta maaf..
tapi tian chua kata dia tak pernah mintak maaf..

apa umno buat nih ?


Thursday, January 16, 2014

BELACAN JOHOR DAH BANGKIT : FOTO PENGURUS SJKC KANGKONG YANG ARAH BUKAK TUDUNG INI WAJAHNYA...




KENYATAAN MEDIA KETUA PEMUDA UMNO JOHOR


Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor (PPUNJ) hari ini melahirkan rasa dukacita dan membantah keras di atas tindakan seorang ahli jemaah Pengurus sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Nan Ya Telok Sengat Kota Tinggi yang telah mengarahkan seorang guru Islam supaya membuka tudung ketika mengajar selain memberi ancaman keselamatan terhadap guru tersebut. PPUNJ juga merasa amat kesal dengan sikap berdiam diri Guru Besar sekolah terbabit yang seolah-olah merestui tindakan terkutuk itu.


PPUNJ berpendapat bahawa hak seorang Islam untuk mengamalkan ajaran Islam telah dicabuli selain seolah-olah tidak menghormati Agama Islam sebagai agama Rasmi Negara. 


Tindakan tersebut juga telah membangkitkan kemarahan rakyat terutamanya penganut agama Islam di negeri Johor. Untuk itu, saya mendesak Kementerian Pelajaran supaya mengambil tindakan tegas terhadap guru besar sekolah tersebut sesuai dengan peruntukan undang-undang sedi ada bagi memastikan kes seumpama ini demi tidak berulang lagi.



Saya difahamkan bahawa guru tersebut telah membuat laporan polis di IPD Kota Tinggi. Dengan ini PPUNJ juga mendesak pihak polis agar dapat memulakan siasatan segera dan membawa ahli Jemaah Pengurus Sekolah tersebut ke muka pengadilan berdasarkan peruntukan sedia ada di dalam Kanun Keseksaan memandangkan terdapat unsur-unsur ancaman ke atas keselamatan diri guru Islam tersebut. 

Kes ini tidak boleh diselesaikan sekadar permohonan maaf dari pihak berkenaan kerana ia melibatkan keselamatan awam. Tindakan segera dan tegas perlu diambil demi memastikan keharmonian kaum di negara ini terus terjamin. 



Selari dengan amanat YAB Presiden dan Timb Presiden dalam Perhimpuan Agung UMNO yang lalu bahawa UMNO akan terus menjadi perisai agama Islam maka untuk itu, PPUNJ melihat perkara ini secara serius dan akan memainkan peranan bagi memastikan kesucian Islam tidak lagi diperkotak katikkan di Johor ini. Atas sebab itu,

 PPUNJ hari ini menawarkan khidmat guaman secara percuma kepada Guru beragama Islam terbabit yang disediakan oleh Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam). Selain itu, PPUNJ juga akan memastikan keselamatan guru terbabit dan ahli keluarganya sentiasa terjamin.



PPUNJ juga mencabar Pakatan Rakyat khususnya PAS yang kononnya memperjuangkan Islam bagi menjawab isu ini. Tindakan berdiam diri PAS itu membuktikan yang mereka gagal dalam perjuangannya mempertahan kesucian Islam kerana terlalu tunduk kepada sekutu mereka iaitu DAP dan PKR. Saya berasa kesal kerana kerakusan PAS untuk berkuasa membuatkan mereka sanggup menggadaikan perjuangan Islam.


PPUNJ juga menyeru kepada semua pemimpin politik termasuk dari Pakatan Pembangkang supaya mencontohi kepimpinan Menteri Besar Johor, YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin di atas ketegasannya dalam menjaga kesucian Islam.

Hal ini dapat dilihat dengan penukaran  cuti mingguan ke hari Jumaat, penutupan pusat hiburan yang menjadi sarang maksiat dan tidak membenarkan sebarang kasino beroperasi di Johor.



Akhir sekali, PPUNJ menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar sentiasa hormat menghormati supaya keharmonian kaum yang kita warisi dari generasi terdahulu di negara ini dapat terus dikekalkan. Semangat bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum dan kepercayaan agama itu telah terbukti merupakan resipi kepada setiap kejayaan yang telah kita kecapi selama ini.

 Sama-samalah kita menolak pihak-pihak yang cuba menanam sifat kebencian antara rakyat. Semoga Malaysia terus maju di samping rakyatnya sentiasa hidup dalam suasana aman dan makmur. Insya-Allah.



Hahasrin Hashim
Ketua Pemuda UMNO Johor
Tel: ‪0123834747‬
16 Januari 2014

KALAU DAH MACAM TU FIKIRAN KAMU WAHAI CINA DAP..


Wednesday, January 15, 2014

BACA MOOD KAT BAWAH.. JANGAN TERLALU STIM DENGAN KEPUTUSAN KONSULTAN.


aku gesa pemimpin BN hati-hati.

jangan terlalu obses dengan angka dan teori ekonomi konsultan yang membahayakan.

mudah aku cerita, mood bawahan ini dah mula macam sama seperti tahun 2007.

harap BN faham..

tadi BN kata nak buat makmal KAJI KESAN DAN KOS SARA HIDUP...

orang bagi undi pada parti..
orang tak bagi undi pada makmal..
orang bagi undi pada parti..
orang tak bagi undi pada pemandu...

selama kempen pru kenapa boleh turun kempen jumpa rakyat.. la ni masa suara rakyat tengah hingar bingar mengeluh ....kenapa suara makmal dan pemandu pulak yang didengar ?

BUKANKAH PATUT TERUS DENGAR KELUH RAKYAT..

kami menegur bukan membenci, tapi nak bagitau suara kesan langsung keluhan rakyat bawahan...


ANWAR BERAHIM AKUI MAKAN LEBIH KANGKUNG MAMPU ELAKKAN TEBIAT TEBUK KUNYIT !




Tuesday, January 14, 2014

KANGKONG PUNYA PASAI....TAK PASAL-PASAL FOTO KANGKANG AKU KELUAQ !




MELAYU KANGKUNG MELAYU KONGKANG..


najib cite pasal penurunan harga kangkung.
asalnya takde benda pun untuk di benda kan.

pergi kedai tomyam, kangkung goreng belacan memang ada harga.
nasik lemak kalau ada sayur rebus kangkung lagi sedap rasanya..

kangkung ni, antara sayuran melayu dan cina dulu kala.
tanya mak bapak , bab kangkung memang bawak nostalgia.

ada yang boleh kata nostalgia susah zaman makan kangkung lah buatkan mereka jadi manusia...

namun di zaman ni, melayu belacan spesis makan kangkung zaman dulunya ramai dah berjaya.

sayang ada setengah mereka berotak kongkang.. kongkang jenis monyet bergerak perlahan..

melayu kaya dengan bidalan dan tamsilan.. subjek dan objek boleh dijadikan bahan nak mendefinisikan maksud..

melayu kongkang yang dulu makan kangkung ramai dalam pembangkang..

bila agama sendiri pun mereka gadai demi undi, jadi tamsilan melayu otak kongkang sesuai sangatlah untuk mereka ni yang dulunya pernah makan kangkung..

melayu tak sedar diri...

lebih lahabau bila melayu kongkang ni pulak ada yang mendewakan dewi kangkang...

ehhhhh siap ulamak parti kongkang pun iktiraf dewi kangkang..

alahai melayu kongkang.. ramainya otak dah terkangkang...

Monday, January 13, 2014

KITA PERLU SELAMATKAN AKIDAH PENYOKONG PAKATAN..SEBARKAN !


ALLAH ITU ADALAH NAMA SPESIFIK BAGI ZAT YANG SATU IAITU:-

1) ZAT tuhan yang satu yang tidak memperanak dan tidak diperanakkan (rujuk AlQuran - surah AlIkhlas).

2) Allah itu nama khas bagi tuhan yang hanya mengiktiraf dan meredhai agama ISLAM.
 
“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (QS. Ali Imran [3]: 19)

3) Didalam ISLAM tiada perkataan “generic” seperti Tuhan atau God kerana kedua2nya tidak dapat memberi pengertian yang mutlak dan sepenuhnya terhadap ALLAH iaitu ZAT yang mempunyai 20 sifat2 sempurnanya yang tidak ada perbandingan dengan yang seumpamanya atau apa2 yang dibayangkan atau difikirkan.

4) ISLAM menggunakan nama spesifik iaitu ALLAH yang denganya terus merujuk kepada ZAT tuhan yang satu dan yang Maha Agung.

JUSTERU, MANA MUNGKIN ALLAH ITU DIGUNAKAN OLEH PENGANUT KRISTIAN YANG MEMAHAMI TUHAN MEREKA SEPERTI BERIKUT:-

Tuhan itu tiga (TRINITY) iaitu: Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Jesus) dan Tuhan Kudus (Jibril)

UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, AGAMA KRISTIAN TIDAK PERNAH SEJAK JESUS CHRIST MEMPUNYAI NAMA KHAS BAGI TUHAN-TUHAN MEREKA KECUALI “GOD THE FATHER, GOD THE SON DAN GOD THE HOLY SPIRIT”

PERSOALAN DARI UMAT ISLAM:-

a) Mungkinkah kini mereka telah sedar akan perkara ini dan cuba untuk menggunakan ALLAH sebagai nama tuhan mereka. TAPI bagaimana pula? Sedangkan mereka ada tiga Tuhan! Adakah mereka akan mengatakan Allah the Father, Allah the Son dan Allah the Holy Spirit?

b) Kenapa baru kini nak pakai nama ALLAH setelah beribu2 tahun agama Kristian zahir?

c) Adakah penganut Kristian kini sudah tidak mempercayai konsep “TRINITY”?

d) Adakah terdapat perkataan ALLAH didalam Bible utama yang pegang oleh Vatican?

e) Adakah Pope dan kerajaan Vatican di Rome mengiktiraf ALLAH sebagai nama Tuhan2 mereka

Friday, January 10, 2014

CAKAPNYA SEDIKIT...TAPI BISANYA TAJAM MENIKAM !


tun cakap pasal isu kalimah ALLAH.
macamana tun cakap kat TNB, apahal nak naik tarif sampai 15% ?
patutnya naik berperingkat, dikit dikit kata tun..

Wednesday, January 8, 2014

GAP GESA KERAJAAN NEGERI TRENGGANU BINA GEREJA BESAR DEPAN RUMAH HJ HADI .


hj hadi hidupnya lebih tertumpu di marang.
lokaliti dan geografi kependudukannya hampir 100% melayu.

kalau sebut masjid rusila marang, semua orang tahu kawasan tu totok pas..

habis semuanya di cat hijau, demi nak tunjukkan ada pas..
nasib baik laut kat kelulut tu tak dicatnya warna hijo....

polemik kalimah ALLAH ni antara puaka penggadainya adalah hj hadi, selain anwar dan kalid gereja.

umat islam di selangor khususnya memang taknak perkara gadai ni berlaku... takut kalau ianya mampu merosak lantas menyelewengkan FAHAMAN anak-anak...

hj hadi dia peduli apa....

kawasan rusila takde gereja.. 

aku cadangkan satu gereja besar dibina depan rumah hj hadi, lebih tepat kawasan pas kat rusila...

BIAR DORANG PULA MERASA PUJA-PUJIAN SETIAP AHAD GEREJA MELAUNGKAN JESUS ANAK ALLAH...

bapa tuhan ALLAH...
mmmmmmm...
oooooooooo....
bapa tuhan ALLAH....

waktu tu aku nak tengok, puak langau hijau rusila ni nak melompat tak ?

PS ; KALAU HJ HADI BOLEH BENAR KRISTUS GUNA KALIMAH ALLAH... MUNGKIN DAH TIBA MASANYA HJ HADI DALAM KHUTBAH GUNA PERKATAAN...HALLELUJAH !

INI KERJA GILA ! PEMBINAAN TOL DI LEBUHRAYA EDL : BN PUSAT MENEMPAH MAUT DI PRU 14 ?


dalam satu laporan business news keluaran akhbar the star ada mengeluarkan artikel bertajuk  '10 saham yang perlu dilihat tahun 2014 '...

diantara beberapa syarikat, disebut di dalamnya MRCB.


saham MRCB akan menjadi perhatian pembeli saham tahun ini kerana dikatakan bakal mendapat cash cow atau bahasa mudahnya PROJEK YANG AKAN GENERATE DUIT YANG TERLALU BANYAK KELAK..

MRCB  bakal mendapat aliran tunai yang banyak, dek kerana ramalan itulah business news meletakkan saham kepunyaan MRCB antara yang paling hot untuk dilanggan pada 2014.

cash cow ?
bagaimana cash cow MRCB ini bakal diperolehi ?

jawapannya dengan mengadakan TOL di lebuhraya EDL..( sekarang dan sejak operasinya lebuhraya EDL ini takde tol )..

di mana lokasi lebuhraya EDL ?

ia adalah lebuhraya sepanjang 8.1km menghubungkan pandan terus ke kompleks CIQ sultan iskandar.

mengikut perjanjian, kerajaan pusat akan membayar kerajaan negeri johor sebanyak RM500 juta sebagai ganjaran memberikan tanah negeri untuk membina lebuhraya EDL yang cukup penting ini.

namun dikabarkan setakat ini, kerajaan negeri sekadar menerima RM30juta sahaja daripada kerajaan pusat.

namun bila kenyataan business news yang melaporkan bahawasanya lebuhraya EDL ini bakal dibina tol, ianya menimbulkan banyak persoalan ?

KDYMM Tuanku Sultan Johor dah berjanji dengan rakyatnya bahawa lebuhraya EDL ini tidak akan menyusahkan rakyat dengan kehadiran tol.

jaminan ini disambut dengan penuh gembira oleh majoriti rakyat johor .

namun bila pengumuman MRCB akan rundingan positifnya dengan KERAJAAN PUSAT yang bersetuju pembinaan tol di lebuhraya EDL, tidakkah ianya sudah memperlekehkan janji KDYMM Tuanku Sultan Johor  terhadap rakyatnya  !!!!

apakah BN pusat dah fikir mereka terlalu hebat dan boleh menang pada pru 14 kelak bila tol ini dibuka ?

najib... ini siapa punya nasihat ni ?


aku rasa semua perkara pelik yang BN buat lepas pru 13 ni dah wajib dihentikan lah...

jelas kelihatan sekarang ini, korporat diutamakan dan yang menanggung bebanannya pula adalah rakyat..

MEMENTINGKAN KEUNTUNGAN KORPORAT MELEBIHI KEPERCAYAAN UNDI YANG DATANG DARI RAKYAT BOLEH MEMBAWA MALAPETAKA BESAR UNTUK BN ...