sejak gap wat blog ni, ramai dan memang ramai menanyakan akan latar belakang gap.kebanyakan bertanya tentang latar belakang politik. entah la dari mana nak mulakan tulisan pun gap tak tau...bukan apa bila gap melihatkan pertembungan 2 watak bekas presiden dan presiden umno. ada pula bloger yg berpatisan hingga ke tahap boleh mewujudkan hamas dan fatah dalam umno.keadaan ini jika kamu tanya pada gap..gap hanya boleh jawap HENTIKAN.
dulu waktu almarhum ishak baharom mengajar kami, arwah ada menceritakan tentang PERBEZAAN PENDAPAT yg ketara antara para sahabat r.a ajmain. umar al katab sewaktu menjadi khalifah ke 2 pernah memecat panglima perang terkenal iaitu khalid al walid/saad bin abi waqas ( gap tak ingat mana satu)..panglima perang ini dipecat umar ra sewaktu beliau mengepalai gerakan tentera islam. arwah dato ishak baharom bagi tau kami panglima perang tersebut secara HIKMAH DAN PROFESIONALNYA tatkala menerima watikah pemecatan berkata ' aku berkhidmat demi agamaku bukan umar' ..dan beliau berundur secara terhormat..
apa yg patut kita faham akan peristiwa besar ini adalah sikap yang cukup mulia para sahabat ra meletakkan PERSOALAN KEUTAMAAN KEHENDAK AGAMA melebihi segala-galanya..
hari ahad lepas paklah melepaskan rasa kecewa pada tun madey kerana sikap berterusan menghentam beliau walaupun beliau akan 'mempercepatkan' proses bersara...
bagi gap tun madey dan paklah ada jasa..ada kebaikan dan kelemahan. dulu tun madey membelasah tunku abdul rahman selepas peristiwa 13may..tunku memberitahu secara terbuka surat layang tun madey yang ditulis selama 10 minit itu telah menghancurkan JASA beliau selama 17 tahun.
dato harun menteri besar selangor dan merupakan kepala melayu di kg baru waktu 13may telah membawa masuk kembali tun madey setelah dipecat tunku. namun tun madey jugalah yang telah bersetuju dengan hussein onn untuk membenarkan PM ke 3 itu menyumbat bekas menteri besar selangor itu ke penjara pudu kerana skandal rasuah bank rakyat.dato haron dipenjara 6 tahun.
namun semua tidak akan lupa akan jasa tun madey selepas 6 bulan menjadi PM beliau telah merampas semula ladang2 milik GUTHRIE/BRITISH dalam serangan pada waktu subuh..perkara itu dilakukan oleh tun dan bukannya khalid ibrahim..khalid sekadar menjalankan arahan sahaja.dek kerana tindakan ini menyebabkan hampir 200 ribu hektar ladang sawit yang asalnya milik british telah beralih tangan kepada malaysia.gara2 serangan tun madey inilah pihak kerajaan british telah membuat keputusan dan menguatkuasakan undang2 mana2 pengambil alihan syarikat british hendaklah diberikan notis tunjuk minat terlebih dahulu.
siapa pun tidak boleh lupa jasa tun madey melancarkan serangan ke atas majlis raja2 melayu dalam krisis antara eksekutif dan aristokrat pada tahun 1983..tun madey disambut bagai wira oleh 50 ribu penyokong nya di kedah selepas membelasah secara maksima sultan pahang tentang isu balak. dan kemuncak penghapusan mutlak kuasa raja2 melayu bila jaafar selvaraju penjaga gol hoki perak dan jurulatih hoki bernama gomez dibelasah sultan johor.
sebentar tadi rais yatim menempelak pemilihan agung umno tahun ini..LEBIH BAIK JAWATAN PERINGKAT TERTINGGI DITENDER..kata rais yg memberi kiasan tentang parahnya politik wang yang berlaku..namun rais perlu juga menghuraikan punca politik wang yang sebenarnya bermula pada pemilihan 1993..ITULAH BAPAK SEGALA POLITIK WANG bila tun madey yang pada mulanya berkecuali tiba2 membuat U TURN memberi endorsement kepada bapak penggadai anwar ibrahim menentang tun ghafar...ya ghafar tewas dengan taburan wang yang dilakukan oleh anwar..ya selepas beberapa bulan peristiwa itu tun madey memohon maaf kepada tun ghafar di lapangan terbang trengganu dan kemudiannya di heathrow...jadi untuk rais menyalahkan paklah dalam isu politik wang yg berleluasa dalam pemilihan adalah sikap melupakan punca sejarah..ANWAR LAH PUNCA SEGALA POLITIK WANG
terlalu banyak pro kon tun madey..paklah pun begitu..ada vvip pernah membisikkan pada gap bahawa paklah ini terlalu baik..cukuplah..umno telah dibalas segala dosanya dalam pilihanraya lepas..
entah bila agaknya satu momentum baru perlu dimulakan bagi mendapatkan semula kepercayaan rakyat. pakatan rakyat telah menunjukkan segala kelemahan nya hingga ke status 'boleh dibogelkan'...namun lauk dan peluang ini dibiarkan sahaja oleh umno..
satu pihak melayu yang dulunya memberi undi protes kepada umno..kini mula sangsi kepada pakatan terutamanya pas dan pkr..namun sayang umno tidak ambil peluang..perak dan selangor lauknya banyak dah macam bufet ramadan. dosa pakatan dibiarkan saja berlalu...arrrghh...peluang peluang..BN walaupun dah tewas 5 negeri masih sibuk berebut seluar dalam busuk..yaakkk..
raja2 melayu sudah sedar..gap dan melayu yang non partisan pun sudah sedar nasib bangsa/agama di hujung tanduk...tun/paklah tariklah handbrake..
ada banyak nak tulis..tapi tak mau panjang2..nak tido..
ps:- tahniah dr riduan tee abdullah..anda memberikan hujah paling lengkap dalam siri hujah di tv9 isnin lepas..saksikan ...
PART 1
PART 2
PART 3
Salam Gap. Saya tak kisah gap ni ahli UMNO ,PAS,DAP,PKR janji masa mengundi pangkah dacing. Cukuplah untuk membahagiakan kita sebagai rakyat malaysia. Itu sahaja mohon tuan hamba pada GAP.
ReplyDeleteorang UMNO pun pangkah PKR dan PAS..kira camner?
ReplyDeleteorang apa tak penting-melayu tetap melayu dan islam perlu dibela. apa guna orang PKR kalau Islam di tapak kaki dan apa guna orang PAS setakat berjubah, Islam sebagai gula-gula...
kita bercakap pasal politik...memang kena ada kepentingan namun pasal nak pangkah apa itu peribadi...
Salam bro.sy pun bukan ahli UMNO,tp sy org UMNO yg akn terus bsama UMNO sampai bila2 insyallah..as long bro berhabis2an menetang ANWAR,tats enuf for us..maklumat dan cerita2 bro amat penting bg kami.
ReplyDeleteIngat lagi masa kat Malaysia Today dulu, GAP hentam Madey cukup-cukup. :)
ReplyDeleteGAP,
Masa Ku Li & Musa Hitam VS Mahahtir & Ghafar Baba, takkan takde politik wang ?
Astaghfirullah!
ReplyDeleteCuba anda klik link di bawah ini, dan tontonilah klip nya hingga akhir.
http://www.youtube.com/watch?v=TjivuCSVFuk&feature=related
Apa nak jadi... tersentak saya dibuatnya melihat seorang yang didakwa sebagai ulama islam memperlakukan perkara tersebut. Na'uzubillahi min zaleek!
Apakah ini adalah seorang yang mendakwa dirinya menyokong Anwar Ibrahim, dan apakah dia adalah seorang yang tersohor di mata Anwar Ibrahim?
SALAM GAP..
ReplyDeleteCHE MOQ PUN BUKAN AHLI MANA2 PARTI LAGI..
BEBAS MEMILIH DAN MENYOKONG, NAMUN UNTUK MENJADI AHLI KEMBALI KENA WAT SOLAT ISTIKHARAH..
Salam Bro Gap,
ReplyDeleteI must say that i always agree with you all the time...Cheers mate :)
Salam GAP,
ReplyDeleteArtikel saudara sungguh mendebarkan. Maksud saya spt GAP ini anggota perisik tertentu. Saya tak kisah saudara GAP sokong parti apa, yang penting ialah:
Kita mesti tolak anasir Zionis yang cuba diresapi masuk dalam negara kita.
Saya fikir, meskipun Dr.M ada kesalahan, tetapi beliau jugalah menaikkan maruah kita ke peringkat tertinggi. Pak Lah meruntuhkan segala-galanya.
Tunggu artikel baru dari GAP ttg isu sapa patut jadi PRESIDEN? KU LI ok tak?
hehehe
http://www.gunungraya.blogspot.com/
masanya dah tiba..yg lepas mengenai apa juga kebaikan dan kelemahan umno sudah berlalu.
ReplyDeletekita perlu melompat..anjak strategi peperangan yang cukup menarik ini.
anwar kabarnya mindanya telah bercampur..ada ketakutan dan kebimbangan..
aku tak perlu cerita nanti merosakkan plan terbesar abad ini..
apa yg perlu kita lakukan ?
artikel selepas ini ada jawapan..inilah arahan bos aku..nanti elobrate..
aku hargai segala komen2 bernas komentar..
plannya sudah ada..
Gap... anda busuk..............Tengok chermin,betulkan diri...
ReplyDeletesalam Gap,
ReplyDeletesaya punya pandangan untuk kuatkan umat kita supaya Seni Silat dan Dakwah diperkasakan, mcm saya ajar kat USIM, kita buat pergerakkan pendakwah muda, apa pandangan Gap?
AII.. NAK SOKONG KERAJAAN DAN HIDUP KAN MELAYU KENA JADI AHLI UMNO KE?
ReplyDeleteITULAH FIKIRAN KOLOT.
TAK UMNO PUN TAK PA... KITA SOKONG YANG BAIK DAN TENTUKAN ORG MELAYU DAN BUMIPUTERA TAK DITELAN OLEH NAGA DAN PATUNG HINDU DAH LAH...
HIDUP GAP... TERINGAT KITA DI PERMATANG PAUH YAAA... TAU TAK PA
Jika difikirkan, parti yang megah berdiri dalam tempoh yang lama belum tentu boleh menjaminkan apa2 pada negara. Ianya berkaitan dengan siapa yang mengurus dan mempertahankannya.
ReplyDeleteSesuatu parti tidak akan gah tanpa pemimpin yang berwibawa,
satu parti tidak akan dipandang sekiranya tiada perjuangan,
satu parti tidak akan didengar sekiranya tiada isu yang menarik,
satu parti tidak akan di endah sekiranya tidak mampu memimpin parti sendiri,
satu parti akan hilang bisanya bila jasanya tidak dikenang,
satu parti akan bergantung tanpa tapi bila tiada pelapis yang mempunyai pemikiran dan perjuangan seperti ahli parti yang terdahulu
http://pemimpinmuda.malayaonline.com
fikiran licin
ReplyDeleteanak muda berhingus..sekadar penampal poster sudah mengaku ilmu politik hebat..
debatkan isu wahai paria anwar. lemah ilmu politik kau..mungkin terlalu banyak masturbasi hingga memalukan diri sendiri.
apa2 pun kita perlu ingat tujuan kita adakah ianya PKR
ReplyDeleteP - Parti
K - Kepentingan
R - Rakyat
mana yang perlu diutamakan?
http://pemimpinmuda.malayaonline.com/?p=21
pm
ReplyDeletetolong beritahu pihak kami..antara perjuangan zulkifli nordin dan penolakan islam anwar mana kamu pilih ?
jawapan jangan pusing..
zul atau anwar.
Dalam bab yang menyentuh agama kita sendiri dapat melihat siapa yang lemah dan siapa yang teracuh disini. zul bukan orang lain, satu sekolah cuma di lain masa.
ReplyDeletedalam perjuangan anwar, banyak yang dia kejarkan cuma yang dikejar tak dapat yang dijinjing keciciran. begitu yang terjadi dalam PKR.
Apa2 pun perjuangan zul kita lihat sebab satu usaha mengembalikan martabat agama walaupun tidak mendapat sokongan padu dari mereka yang suka melaungkan ISLAM tapi pengecut bila air muka islam dipertikaikan
tue jawapan saya buat en Gap
p/s- jangan risau, saya hanya menyatakan pendapat dan tidak memihak pada mana2 pihak. sekadar untuk mengingatkan mereka yang terleka
debat mcm ni best pulak :) ZUl atau Anwar? ok pm cepat jawap
ReplyDeleteSaya sebagai orang bukan islam, kalau saya ditanya, saya pilih Zulkifli Nordin. Dia dah kata, dia rela dipecat dari PKR.
ReplyDeleteRidhwan Tee adalah mewakili sikap orang cina seperti saya yang amat memahami sejarah malaysia atau dulunya, tanah melayu.
marilah kita mendoakan semoga BN akan merebut peluang depan mata. Ingat, tuhan masih sayangkan BN. kalau tuhan sudah tidak sayangkan BN, sudah pasti BN akan diberikan lagi kemenangan bergaya seperti mana tahun 2004.
Buat Al-Haadi
ReplyDeletesaya sudah menjawab..
p/s- mana en gap nie
Salam GAP,
ReplyDeleteMalam 25 okt taman saya buat jamuan raya aidil fitri. Tup tup ada yang jemput ahli parlimen Kuala selangor hadir. Yang handlenya ialah keling sorang ni yang duduk kat taman. sebelum ketibaan YB keling ni pun suruh la semua kanak-kanak beratur untuk salam dan dapat duit raya dari YB. Bila sampai je YB, terus diperkenalkan kepada bebudak ni, dan sepantas kilat YB ni kata apa pada bebudak yang dah hampir setengah jam beratur, best jawapan YB ni " aala duit raya dah habis la" bila dengar jawapan dari Yb macam tu ada yang terus keluar mendapatkan mak bapak diorang dan ad yang berkata " huh YB menipu".
Tapi yang syoknya dalam ucapan YB ni ialah, sedikit sedutan ucapan beliau " saya mohon maaf jika kami Pakatan Rakyat tidak dapat melaksanakan janji kepada rakyat semua,tetapi perlaksanaan niat kami sebelum ini telah pun terlaksana, maka kesempurnaan niat pun sudah mencukupi sekiranya pakatan rakyat tidak dapat memenuhi janji janji sebelum pilihanraya".
Barua betul la YB ni, masa majlis tu , persatuan bagi satu hamper pada YB dan beliau terus ambil dan bagi pada pengiringnya utk masukan kedalam kereta, pada saya tak yah la ambil hamper tu, bagi je pada bebudak yang tak dapat duit raya tu, t leas terubat juga hati bebudak ni walaupun kena berkongsi hadiah.
memang hampeh la YB Pakatan Rakyat ni.
wassalam
pm
ReplyDeleteitu pandangan anda..pa pun agama dan bangsa menjadi priority..bukan undi.