Thursday, February 12, 2009

ANWAR SEDANG MERANCANG 'PERISTIWA 1993' ?

DERHAKA YANG HALAL 1

dr mahathir merupakan bekas ahli SABERKAS (sayang akan bangsa erti redha korban apa sahaja),ahli kesatuan melayu kedah,ahli kesatuan pemuda melayu kedah,bekas presiden persatuan batuk kering kedah,bekas penampal poster anti british (part time waktu malam) dan akhirnya menyertai umno.

dr mahathir mampu menjadi watak politik antagonis dan protagonis, bergantung pada situasi mana yang dikehendaki, dan persepsi mana yang kita sukai.

dr mahathir pernah mengkucar kacirkan pemerintahan tunku abdul rahman dengan surat mengkritik tunku. sewaktu perang 13 may surat ini menjadi pembakar semangat orang melayu di kg baru.


dr mahathir mengkritik tunku sebagai terlalu pro pada kelompok cina.tunku dikatakan tidak memahami kesusahan orang melayu. hal ini dipanaskan lagi dengan dakwaan tunku masih terus bermain poker tatkala api masih menyala di bumbung rumah orang melayu di kg baru.

kerana kritikan keras inilah pada 12 julai 1969 dr mahathir telah digantung menjadi MT umno selama 12 bulan dan pada 26 september 1969 beliau telah dipecat sepenuhnya daripada umno. tunku dalam sidang balasnya kepada akhbar utusan zaman memberitahu bahawa surat dr mahathir yang ditulis selama 10 minit itu telah menghancurkan karier politiknya selama 17 tahun.

dato haron selaku menteri besar selangor dan juga ketua pemuda umno malaysia ketika itu antara pelobi terkuat untuk memasukkan semula dr mahathir ke pangkuan umno.selepas penyerahan kuasa tunku kepada tun razak kabaran semakin bertiup kencang akan cerita dr mahathir membuat comeback. pertemuan secara tidak sengaja antara dr mahathir dan tun razak di banting menjadi pencetus kebenaran cerita ini.

sukby latif (bekas wartawan utusan zaman dan kini merupakan pesuruhjaya pas wilayah persekutuan) menyatakan kembalinya dr mahathir umpama 'superman yang melintasi 2 ekor singa, dan ketawa 2 singa ini membuatkan gajah tersengih ketakutan'..( cerita singa dan gajah ini adalah kaitan akan wujudnya 2 kem dalam umno disebut sebagai pertembungan orde lama dan baru. dr mahathir dan mewakili orde baru dan kumpulan tan sri syed jaafar albar sebagai order lama)...

kembalinya dr mahathir kepangkuan umno pada 7 mac 1972 membawa satu lagi anjakan pertembungan. dato haron telah ditewaskan oleh dr mahathir dalam pertandingan merebut kerusi naib presiden dengan mojoriti 47 undi. keberanian dato haron mengepalai orang melayu dalam peristiwa 1969 menjadi igauan kepada sekelompok pimpinan tertinggi umno termasuk tun razak, dato haron dianggap player politik sanjungan melayu.

tangkapan dato haron atas tuduhan 16 kes rasuah pada 24 november 1975 menyebabkan dr mahathir berada dalam keadaan serba salah. perlukan untuk beliau sekali lagi menentang tun razak (yang menerimanya masuk ke dalam umno) atau untuk kali kedua menjadi jebat sepertimana yang telah dilakukan terhadap tunku ? akhirnya dr mahathir mengambil keputusan untuk menjadi tuah yang setia pada sultannya.

keputusan-keputusan genting di atas merupakan satu titik mula dr mahathir melonjakkan diri dalam hirarki pemerintahan negara. ketepatan 'executive decision' dr mahathir telah menjadikan beliau seorang perdana menteri selama 21 tahun. atas apa juga persepsi sejarah yang dr mahathir lakukan terhadap beberapa individu penting seperti tunku dan dato haron, itu bergantung kepada penilaian anda sendiri.

derhaka dr mahathir pada 1969 telah mengecutkan perut cina dan india. surat derhaka ini datang daripada lumuran darah-darah melayu yang mati di kg baru. semangat kekurang ajaran cina DAP yang berarak di sekitar kuala lumpur dengan membawa batang-batang penyapu telah melukakan hati melayu. keputusan ini cukup berat kerana melibatkan maruah tunku, namun atas kelangsungan 'malay supremacy' dan 'kedaulatan raja' dr mahathir tekad menongkah arus.

DERHAKA YANG HALAL 2

pada 1699 rakyat johor telah melakukan pemberontakan terhadap sultan mahmud . kengerian tingkah laku dan ganas pemerintahan menyebabkan seluruh kelompok masyarakat mengheret mayat tuanku dan ditikamnya bertubi-tubi di pelabuhan. sultan mahmud mangkat dijulang, mangkat kerana kelakukan seksualiti di luar tabie dan kejam membunuh wanita yang kempunan seulas nangka. revolusi ini berlaku 100 tahun lebih awal daripada revolusi peranchis, apatah lagi revolusi iran kegemaran kegemaran mat sabu.

tetapi derhaka yang ini cukup menjelekkan.agak payah untuk aku GAP mencari punca kehebatan keturunan dan salasilah nizar jamaludin.'.. 'patik memohon derhaka' membuatkan aku memerlukan beberapa hari untuk tidak menulis. bukan kerana tergamam dek kisah manusia berketayap bertaraf keldai baring di jalan raya tempoh hari, cuma aku banyak menghabiskan masa mencari maklumat ilmiah berkenaan dengan SIAPA SI NIZAR YANG HEBAT DAN LAYAK UNTUK MENDERHAKA KEPADA RAJA MELAYU ?

pelbagai sumber aku mencari,daripada wikipedia,buku sejarah,arkib-arkib lama akhbar hatta majalah mastika versi tamil, namun tidak aku jumpa kisah silam si nizar. hakikat yang aku patut terima keturunan nizar tiada sumbangan sejarah oleh itu konklusi aku cukup mudah, tepat dan mudah. nizar tidak di ajar oleh emak bapak dia akan erti adab dan adat !

anwar ibrahim dan kumpulan keldainya didalam pas adalah dalang yang banyak membawa sial kepada negara. adalah menjadi keperluan kepada 'kumpulan asal pas' untuk menghambat keluar keldai-keldai anwar daripada terus merosakkan pas. mengikut sumber kami kumpulan erdogan telah banyak 'membocorkan' rahsia pas, 'menggugubal' dasar-dasar pas yang lebih memihak kepada anwar ibrahim.

keldai-keldai anwar dalam pas seperti husam musa,salahudin ayob,mahfuz omar,dr hatta ramli,kamarudin jafar,kalid samad,dr lo lo,dr mariah,dr syed azman,dr zulkilfi ini wajar DITENDANG KELUAR PADA MUKTAMAR PAS PADA BULAN JUN INI.

kabaran yang diterima setakat ini hj hadi dan ustaz nasarudin (anak didik dato fadhil) bakal ditentang hebat oleh husam dan co. serangan secara total ini akan dibiayai sepenuhnya oleh dato kamarudin jafar setiausaha agung pas. dr hatta ramli (bekas pengurus karburater dong) dan mahfuz omar antara player yang cukup gigih mengumpul kekuatan.

selama 2 hari gap dan 'informer dalaman pimpinan tertinggi PKR' ber diskusi melalui sms. ceritanya agak mengejutkan apabila ada kisah konspirasi anwar/karpal mengkhayalkan pemikiran rakyat akan 'cerita saman'. mengikut aturan cerita karpal akan mengeheret cerita saman ini berlanjutan dan berpanjangan.

fokus anwar ketika ini adalah untuk merampas hirarki parti pas secara total menggunakan keldai-keldai erdogannya. kiranya berjaya pada bulan jun nanti tatkala erdogan sudah menguasai pas, maka dengan mudah plan anwar untuk mengheret balik seluruh ahli pas untuk 'menyokong kes saman'. dan dari situlah berkemungkinan ulangan gertakan 1993 bermula untuk kali ke 2.

nota (1993 anwar merupakan dalang utama menggertak seluruh raja-raja melayu. anwar telah mencabar raja-raja melayu untuk menandatangani perjanjian penghapusan kekebalan atau raja-raja melayu menerima tindakan ditarik balik KESELURUHAN KEISTIMEWAAN yang diberikan. raja-raja melayu akur dengan gertakan anwar dan sebulan selepas itu anwar berjaya menduduki kerusi timbalan presiden umno ! )

12 comments:

  1. assalamalaikum.. bro boleh tak wa copy artikel neh full.. ehehe malas nak olah ah.. nak taruk kat blog.. bleh ah, bleh ah.. kalo tak bleh takpe.. gegeg

    ReplyDelete
  2. salam bro!padat...mantap...kemas..
    artikal lu yang lepas ada aku masukkan dalam blog aku untuk seluruh keluarga aku baca....ada pro dan kontra....yang mustahaknya aku akan masukkan setiap artikal lu dan lain tulisan BPN dalam blog aku sepaya depa sedar sesungguhnya Anwar adalah dajjal bertopengkan manusia.

    ReplyDelete
  3. situasi yg sedang berlaku skrg ni byk brgantung kepada pas sebagai penentu.pilihan ada pada ahli2 pas untuk melakukan perubahan semada untuk mengekalkan team erdogan mahupun sebaliknya..

    semoga bro gap dan 'informer dalaman pimpinan tertinggi PKR' akan terus memberikan info2 yang berguna..

    ReplyDelete
  4. Salan bro..sihat?
    tahniah artikel penuh info...
    Elizabeth Wong apa cerita haha..
    tak habis-habis orang PKR ni.

    ReplyDelete
  5. syedmzazi
    kita kena fokuskan serangan terhadap anwar ibrahim. muktamad.

    syammil
    moga ahli pas sedar 'persepsi' public terhadap mereka jatuh mendadak bila mereka bersekongkol dengan anwar dan dap.

    abemie
    anwar jadi alien...bloger lain punya grafik..

    kumbang
    biarkan eli berbogel sakan tapi aku harap takkan keluar lah gambar kalid berahim atau gobala sedang berbogel...weekkk.. apapun teruskan pada serangan terhadap anwar.

    ReplyDelete
  6. gap,

    ape ke hei nye kulop nuar tuh boleh tertinggal kapai terobang...hehhehe ke kulop tuh malu nak jumpa duli tuanku!!!

    sedih nengokkan kak wan jijah...suami udah roper itu, bekas pegawai khas pulak roper itu juga...tapi kakwanbacking jugak...apa ceriter nih yong!!!!kesian kakwan jijah

    ReplyDelete
  7. ala encik gap awat tukar blog punye background colour. kaler hitam background with white / fair colour fonts mata tak sakit la kalo tgh baca. hrp2 encik gap tukau kaler ye tukau design xpe lg tp maintain old background kaler dan aku hrp semua blogger bpn pun buat cam tu. kurang glaring ma...

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum...

    Didoakan semoga sihat dan diberikan kekuatan oleh Allah untuk berjuang ke jalan yang diredhaiNya.

    Berasa sedih dengan gelagat segelintir rakyat yang kelihatan begitu zalim sifatnya.

    Melalui isi hatinya kepada akal dan pemikirannya seterusnya kepada perkataan dan mungkin perbuatannya. Apakah niatnya???. Sila lihat disini >>> http://kerajaanrakyat.com/?cat=470

    Pada pendapat saya, budaya negatif ini bukannya Warisan Islam dan juga Warisan Melayu.

    Apa pandangan semua mengenai perkara ini?

    Ayuh bangkit berjuang!
    Berjuang demi Islam, Melayu dan Tanahair tercinta ini…

    ReplyDelete
  9. ape yg si balok tu cuba nk rancang?..nk takluk 'msia?
    nak jadikan m'sia sebahagian dr negara yahudi?
    komon la nuar!..klu niat busuk ko tu sengaje nk hancurkan dunia islam..nak memecahbelahkan sesama islam jgn harap la!!..semua tindak tanduk ko org tgh perati..ko boleh la klentong konco2 ko yg jahil tu tp bkn sebahagian besa rakyat m'sia ni..cita2 haprak ko tu allah x akan makbulkan langsung!..malah pasti ada balasan utk org mcm ko nuar keparat!!..pecaya lah..bila tiba masa tu nanti..masa tu la ko x sempat nk mengucap kalimah syahadah!!

    ReplyDelete
  10. as'kum...slame nier aku tcari2 blog yg ANTI PKR lbh2 laGI NUAR aljuburi 2..stelah digodeh2 akhirnya aku tjumpalah GAP nier...jd boley la kiter btukar2 idea n maklumat spaya boley aku jd kn info utk org2 d kwsan n daerah aku...d batu pahat jhr antu2 PKR da mula mnyerap org2 muda yg xnak celikkn mata n akal, serta mereka yg TLALU megaharp kerajaan SUAP mulut mereka dgn segala benda...bak kata TDM 'ORG MELAYU INI TLALU HARAPKAN TONGKAT'

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.