Monday, February 23, 2009

SURAT TERBUKA ZAHID MD ARIP KEPADA PAKLAH

(GAP MENERIMA KIRIMAN EMAIL DPD PENULIS SURAT INI SENDIRI.SDR ZAHID MD ARIP TELAH MEMOHON KEPADA GAP UNTUK TIDAK MENGUBAH BARANG SATU PATAH PERKATAAN PUN KANDUNGAN SURAT.UNTUK MAKLUMAN SDR ZAHID MD ARIP MERUPAKAN CUCU KEPADA ALMARHUM TUN GHAFAR BABA BEKAS TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA)

PERMINTAAN TERBUKA KEPADA YAB DATO’ SERI ABDULLAH BADAWI

Tarikh : 16 Februari 2009 - Isnin

Daripada : Muhammad Zahid Bin Md Arip

No K/P : 660622-04-5355

No Ahli UMNO : 03468736

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala Puji Bagi Allah SWT Yang Maha Agung Lagi Maha Berkuasa. Selawat Dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW, Keluarga Dan Para Sahabatnya.

YAB Dato’ Seri,

Di dahului dengan doa dan harapan mudah-mudahan Dato’ Seri beroleh sihat sejahtera.

Izinkan saya memulakan bicara dengan mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan Selamat Berundur dan Selamat Meletakkan Jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia kepada Dato’ Seri.

Buat pengetahuan Dato’ Seri, peristiwa yang bersejarah dan penting ini, sememangnya di tunggu-tunggu dan di harap-harapkan oleh hampir seluruh rakyat Malaysia. Walaupun (InsyaAllah) ianya hanya akan berlaku pada akhir bulan Mac 2009 - kira-kira 1½ bulan dari sekarang, namun saya tidak mahu ketinggalan untuk menjadi warganegara Malaysia yang pertama merakamkan secara terbuka ucapan Selamat Berundur dan Selamat Meletakkan Jawatan kepada Dato’ Seri.

Bagaimanapun, dalam kita menghitung hari menunggu tibanya saat tersebut, terdapat beberapa spekulasi yang tidak enak di dengar sekali gus ianya boleh menambah rosak imej Dato’ Seri yang sedia tercalar selama ini.

Bagi saya, saya tidak mahu imej rosak dan tercalar ini mengiringi pengunduran Dato’ Seri sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

Sebaliknya, saya mahu Dato’ Seri berundur sebagai anak jantan yang punya maruah dan harga diri. Dato’ Seri seharusnya memperlihatkan keikhlasan yang tinggi, supaya sejarah dan anak cucu di kemudian hari akan menganggap Dato’ Seri lah pemimpin yang boleh di jadikan contoh – yang meletakkan kepentingan UMNO dan Negara melebihi segala-galanya dan bukannya pemimpin yang bacul yang terlalu sayangkan jawatan – sehingga sanggup memporak-perandakan UMNO dan Negara yang tercinta.

Justeru, pada kesempatan ini, saya ingin mendedahkan beberapa spekulasi yang tersebar secara meluas yang sampai ke telinga saya. Saya harap pendedahan ini akan dapat di jawab dan di jelaskan oleh Dato’ Seri secara terbuka dengan ikhlas, supaya para penyebar spekulasi ini akan dapat di diamkan dan seluruh ahli UMNO mendapat kepastian yang sejelas-jelasnya.

SPEKULASI 1, menyatakan;

Dato’ Seri dan budak-budak “tingkat 4” sedang menggunakan para penulis blog pro pembangkang dan beberapa pemimpin pembangkang untuk memenafaatkan waktu 1½ bulan terakhir ini untuk terus menyerang, menghina dan mengaibkan Dato’ Sri Najib dan keluarganya. Konon katanya, ada kempen yang di lancarkan oleh mereka yang di restui sendiri oleh ahli keluarga Dato’ Seri – kempen tersebut diberi nama “NO TO NAJIB, YES TO PAK LAH”. Betul kah?

SPEKULASI 2, menyatakan;

Atas nasihat anggota keluarga dan penasihat-penasihat veteran dari kalangan sahabat, Dato’ Seri di katakan tidak akan melepaskan jawatan Perdana Menteri sebaik selesai Perhimpunan Agung UMNO. Walaupun tidak lagi menjawat jawatan Presiden UMNO, Dato’ Seri konon katanya tetap tidak mahu berhenti dan akan terus menjadi Perdana Menteri. Konon katanya, Dato’ Seri terlalu sayangkan jawatan tersebut.

Dato’ Seri juga konon katanya sudah merancang untuk memasang seorang perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO untuk membawa usul tergempar supaya Dato’ Seri kekal sebagai Perdana Menteri. Kononnya keinginan Dato’ Seri sudah sampai ke tahap tidak menghormati tradisi pemilihan Perdana Menteri yang di amalkan oleh parti selama ini di mana sesiapa jua yang menjadi Presiden UMNO, maka dialah yang akan menjadi Perdana Menteri.

Spekulasi ini terus bertiup kencang apabila Utusan Malaysia (Khamis – 12 Feb 2009 – m/s 3) menyiarkan berita bergambar mengenai kempen secara besar-besaran promosi laman web Perdana Menteri yang mengajak rakyat berhubung secara terus dengan Dato’ Seri dengan menghantar cadangan, pandangan, teguran dan kritikan.

Ada logiknya juga, apa perlunya promosi laman web ini di buat secara hebat dan besar-besaran jika usia pemerintahan Dato’ Seri hanya tinggal kira-kira 1½ bulan? Mungkin juga Dato’ Seri mempunyai lampu ajaib yang boleh menyelesaikan semua keluhan yang di hantar ke laman tersebut dalam masa 1½ bulan sahaja.

Atau mungkin laman itu akan di gunakan oleh “gulungan tertentu” semahu-mahunya bagi merintih, merengek, merayu, memujuk dan mendesak Dato’ Seri supaya terus kekal menjadi Perdana Menteri walaupun tidak menjadi Presiden UMNO. Maklum sajalah – Dato’ Seri adalah Perdana Menteri “yang terhebat” dan “yang tersohor” yang pernah di lahirkan oleh UMNO.
Spekulasi ini juga menyebut, bahawa kononnya jadual Dato’ Seri sebagai Perdana Menteri telah di susun padat oleh pejabat Dato’ Seri sehingga 31 Disember 2009. Dan, ini menggambar dan menandakan Dato’ Seri tidak mahu berhenti.

Konon katanya lagi, satu gerakan yang begitu tersusun dan terancang sedang di laksanakan oleh budak-budak Dato’ Seri untuk membina keyakinan rakyat bahawa jika Dato’ Sri Najib menjadi Perdana Menteri, nescaya keadaan akan lebih teruk dan negara akan kucar kacir. Gerakan ini juga kononnya sedang membiayai beberapa NGO untuk mengutip tandatangan seberapa ramai orang untuk mendesak Dato’ Seri supaya jangan berundur sebagai Perdana Menteri. Soalan saya – betul kah?

SPEKULASI 3, menyatakan;

Dato’ Seri akan merombak kabinet dalam waktu terdekat ini. Konon katanya rombakan ini akan melibatkan Dato’ Sri Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin lain termasuk membawa masuk YBM Tengku Razaleigh Hamzah ke dalam kabinet. Kononnya rombakan ini adalah bertujuan untuk merendahtarafkan Dato’ Sri Najib sebelum beliau di buang dari kabinet. Lebih dahsyat lagi, spekulasi ini juga menyebut, Dato’ Seri dan penasihat-penasihat Dato’ Seri sedang merekacipta cerita dan pertuduhan untuk mendakwa Dato’ Sri Najib di mahkamah. Betul kah?

SPEKULASI 4, menyatakan;

Dato’ Seri akan menggunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan pemimpin-pemimpin UMNO bertaraf ikan bilis termasuk mereka yang di katakan rapat dengan Dato’ Seri dan anggota keluarga Dato’ Seri, sebelum menahan pemimpin-pemimpin yang bertaraf ikan jerung yang benar-benar tidak sehaluan dengan Dato’ Seri.

Manakala pemimpin-pemimpin yang bertaraf ikan jerung, yang menjadi kesayangan Dato’ Seri walaupun di katakan membeli pencalonan secara terang-terangan akan terselamat dari sebarang bentuk tindakan. Betul kah?

SPEKULASI 5, menyatakan;

Dato’ Seri sedang berusaha keras dengan melakukan pebagai cara untuk memastikan menantu kesayangan Dato’ Seri memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO. Betul kah?

SPEKULASI 6, menyatakan;

Dato’ Seri dan konco-konco Dato’ Seri sedang berusaha dengan begitu gigih dan keras dalam memastikan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin kalah untuk jawatan Timbalan Presiden. Konon katanya Dato’ Seri mahukan Dato’ Seri Ali Rustam memenangi jawatan tersebut. Betul kah?

SPEKULASI 7, menyatakan;

Dato’ Seri konon katanya akan menggunakan peluang semasa menyampaikan Ucapan Dasar untuk membelasah Tan Sri Muhyiddin bagi menarik simpati perwakilan memberikan undi dan kemenangan kepada Dato’ Seri Ali Rustam. Kononnya, inilah caranya untuk Dato’ Seri membalas dendam kesumat terhadap kelantangan dan keberanian Tan Sri Muhyiddin sebelum ini sehingga proses peralihan kuasa terpaksa di laksanakan.

Spekulasi ini juga menyebut, Dato’ Seri begitu yakin Dato’ Seri Ali Rustam akan memenangi jawatan Timbalan Presiden kerana kononnya - dari 2 ribu lebih perwakilan yang akan berada di Dewan Merdeka, terdapat kira-kira 580 orang penerima darjah kebesaran DMSM yang membawa gelaran “DATUK”, DSM dan JP dari Melaka yang memangnya terhutang budi dengan Dato’ Seri Ali Rustam.

Andaian di buat, jika setiap seorang dari 580 orang ini berkempen dan dapat mencari seorang sahaja lagi perwakilan untuk mengundi Dato’ Seri Ali Rustam, tidak syak lagi dan sudah tentu Dato’ Seri Ali Rustam akan memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO. Sekali lagi saya mohon bertanya kepada Dato’ Seri – Betul kah?

Demikianlah spekulasi-spekulasi yang saya dengar mutakhir ini. Sebagai ahli parti yang bertanggung jawab, saya merayu dan memohon Dato’ Seri memberikan penjelasan dan menjawab spekulasi ini sejelas-jelasnya secepat mungkin atau dengan kadar segera. Tujuannya supaya UMNO yang kita dukung ini berada dalam keadaan jelas, aman dan proses peralihan kuasa berlaku dalam suasana ikhlas, aman dan damai.

Kegagalan Dato’ Seri untuk menjawab spekulasi-spekulasi yang saya dedahkan ini akan menyebabkan ianya terus hidup subur dan kesannya amat tidak molek bukan sahaja kepada parti tetapi juga kepada Dato’ Seri sendiri.

NASIHAT

Nasihat saya kepada Dato’ Seri, ikhlaskanlah hati. Pergilah Dato’ Seri sebagai pemimpin yang punya maruah dan harga diri yang tinggi.

Saya sangat-sangat berharap kepada Dato’ Seri, alang-alang berucap menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO nanti, tinggalkanlah pesanan dan wasiat yang baik-baik buat UMNO dan jangan sekali-kali Dato’ Seri lupa untuk mengumumkan sekali perletakkan jawatan Dato’ Seri sebagai Perdana Menteri Malaysia di akhir ucapan dasar itu nanti.

InsyaAllah, Dato’ Seri akan dapat melihat dan akan dapat merasakan sendiri penghormatan dan tepukan bergemuruh sambil berdiri yang bakal diberikan oleh UMNO kepada Dato’ Seri.
Sesungguhnya, kemuncak kerjaya bagi seseorang pemimpin UMNO ialah apabila dirinya mendapat penghormatan di dalam Perhimpunan Agung UMNO.

Akhirkata, saya hadiahkan 3 rangkap pantun buat mengiringi pengunduran dan persaraan Dato’ Seri sebagai Presiden UMNO yang ke 6 dan Perdana Menteri Malaysia yang ke 5.

Tinggi Bukit Gilang-gemilang
Air pasang tenang-tenangan
Budi sedikit payah nak hilang
Itu menjadi kenang-kenangan

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur Badan di kandung tanah
Budi sedikit ku kenang juga

Terbang tinggi si rama-rama
Hinggap mari di pohon redup
Budi Tuan walau sedikit kami terima
Jadi kenangan seumur hidup

Sekian, terima kasih. Wabillahi Taufiq Wal Hidayah. Wassalamualaikum WHB.

Yang benar,
MUHAMMAD ZAHID BIN MD ARIP

29 comments:

  1. terserah pd pak lah utk membicarakannya krn dia masih menjawat tugas sbg PM m'sia..apa pun jwpn yg bakal diberikan, kita seharusnya merenungkan sejenak dan berfikir secara rasional setiap apa yg diperkatakan oleh beliau..semuga yg kabur dpt dijelaskan..yg hitam dpt dijernihkan dan yg kusut dpt dileraikan...wallahualamm

    ReplyDelete
  2. sesudahlah pak lah.......buatlah amal yg soleh sementara hayat masih ada...taubat dan bawalah berihat

    ReplyDelete
  3. spekulasi 1 macam betul..maybe bro gap boleh buat analisis untuk setiap spekulasi mengenai betul kah apa yang beliau katakan

    cam dah bukan blog gerakan anti pkr ja ni.haha

    ReplyDelete
  4. Gap, adakah surat ini dihantar ke pejabat PM?

    ReplyDelete
  5. sejarah umno cukup hebat. kawan pernah jadi lawan seperti yang telah berlaku di dalam konteks hubungan dr mahathir dan dato haron.

    surat ini memerlukan jawapan. pandangan zahid harus kita hormati. begitu juga kira ada jawapan balas dari paklah.

    gap bukan ahli umno. cuma cukup menghargai sejarah sumbangan umno.

    kita gnerasi kini sudah 'terlalu berani' untuk ke depan menyatakan pendirian. cerita ini adalah penting utk sebuah organisasi besar seperti umno.

    abu bakar as sidiq telah memohon secara public (dikalangan sahabat ra.) untuk ditegur. dan wajarlah semua orang dalam pelbagai peringkat untuk maju ke 'tahap' itu.

    cuma bila sdr zahid menyatakan beberapa situasi, gap teringat kisah sidiq ghouse seorang bekas setiausaha dr mahathir.

    sidiq ghouse telah ditangkap oleh pemerintah kerana didakwa beliau merupakan agen KGB.

    tangkapan sidiq ghouse dilakukan 3 hari sebelum dr mahathir menjadi PM.

    dalam politik apa pun boleh terjadi. walau bagaimana pun ISLAM DAN MELAYU harus menjadi priority kepada semua orang.

    pemimpin benar kita sokong, pemimpin yang merosakkan kita tolak.

    dalam hal ini keutamaan GAP adalah mahu menghapuskan anwar bin ibrahim dari muka bumi ini. insyaallah

    ReplyDelete
  6. SALAM BRO...
    PAK LAH HARUS BERUNDUR.

    RAKYAT MENGHORMATI PAK LAH.

    MAKA PAK LAH JUGA HARUS MENGHORMATI PILIHAN RAKYAT.

    JIKA PAK LAH TIDAK BERUNDUR NESCAYA UMNO AKAN MENUJU KEHANCURAN YANG AMAT KRITIKAL!!!

    ReplyDelete
  7. UDAH UDAH LAH TU PAK LAH, JASAMU KAMI KENANG..

    BIARLAH DS NAJIB YANG AMBIK ALIH...

    TERIMA KASIH PAK LAH KERANA SUDI BERUNDUR DENGAN SECARA HORMAT...

    BUKAN MACAM NIZAR TU, YE TAK?

    ReplyDelete
  8. moga pengunduran itu menjadi kenyataan ...

    ReplyDelete
  9. Berita hari ini mengatakan Pak Lah meminta semua menyokong DS Najib..

    Jika sesiapa pun ada buat salah maka kena ditangkap..

    Tak kira besar mana jawatan dia.

    SPRM tak akan sanggup menjadi pengkhianat amanah samada menangkap yang tidak bersalah atau mendiamkan diri terhadap orang yang benar3 bersalah.

    Pendapat saya : jangan disebar surat spekulasi macam ni.

    Ia tidak membawa keuntungan negara atau diri atau jemaah kita.

    ReplyDelete
  10. Manifesto Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak
    Posted by admin
    Sunday, 19 October 2008 19:13
    Kepada Tuhan Saya Berserah

    Dengan segala takzim dan rendah hati saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan Mac 2009 kelak.

    Maklumat Peribadi ::

    Nama :
    Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak

    Tarikh Lahir :
    23 Julai 1953

    Tempat Lahir :
    Kuala Lipis, Pahang



    Status Perkahwinan :
    Berkahwin dengan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor
    5 orang cahayamata (3 lelaki dan 2 perempuan)
    1. Mohd. Nizar
    2. Puteri Norliza
    3. Mohd.. Nasifuddin
    4. Nooriyana Najwa
    5. Norashman Razak

    Pendidikan :
    1974 - B.A. (Hons) Industrial Economic - Nottingham University, United Kingdom

    Portfolio :
    Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan

    Alamat Pejabat :
    Pejabat Timbalan Perdana Menteri,
    Aras 4, Blok Barat,
    Bangunan Perdana Putra,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62502 Putrajaya, Malaysia

    No Telefon :
    603-88881950

    No Faks :
    603-88880035

















    :: Kerjaya ::



    2004
    Timbalan Perdana Menteri


    2008
    Menteri Kewangan


    1999 - 2008
    Menteri Pertahanan


    1995 - 1999
    Menteri Pendidikan


    1990 - 1995
    Menteri Pertahanan


    1987 - 1990
    Menteri Belia dan Sukan


    1986 - 1987
    Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan


    1982 - 1986
    Menteri Besar Pahang


    1982 - 1986
    Pengerusi Lembaga Kemajuan Negeri Pahang


    1982 - 1986
    Pengerusi Majlis Perbandaran Kuantan


    1981 - 1982
    Timbalan Menteri Kewangan


    1980 - 1981
    Timbalan Menteri Pendidikan


    1978 - 1980
    Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos


    1974 - 1976
    Eksekutif Petronas





    :: Politik ::



    Sept. 2004
    Timbalan Presiden


    1993 - Sept. 2004
    Naib Presiden


    1997
    Pengerusi Biro Pendidikan


    1988 - 1993
    Ketua Pemuda


    April 1987
    Memangku Ketua Pemuda


    1986
    Pengerusi BN Negeri Pahang


    1986 - 1987
    Timbalan Ketua Pemuda


    1983 - 1988
    Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Pahang


    1982 - 1983
    Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Pahang


    1982 - kini
    Ketua UMNO kawasan Pekan, Pahang


    1980 - 1982
    Timbalan Ketua, UMNO kawasan Pekan, Pahang


    1978 - 1986
    Ahli EXCO Pemuda UMNO Pusat


    1976 - 1980
    Ketua Pergerakan Pemuda UMNO kawasan Pekan, Pahang





    :: Sosial ::



    1980 - kini
    Ahli Kehormat FreeMason Malaysia


    1995
    Presiden SEAMEC


    1988 - 1996
    Pengerusi Yayasan Gerak Bakti Kebangsaan


    1982 - 1986
    Pengerusi Pahang Foundation


    1977 - 1979
    Pengerusi Majuternak


    1977 - 1979
    Persatuan Belia Malaysia



    Ahli Royal Sentul Golf Club



    Ahli Royal Selangor Golf Club



    Ahli Raintree Club



    Ahli Royal Pahang Golf Club



    Ahli Subang Golf Club



    Ahli Saujana Resort (M) Bhd



    Ahli Royal Darul Makmur Golf Club



    Ahli Lake Club Club



    Ahli Air Force Recreational Club

    Adakah seorng freemason yg saudara2 semua hendak angkat sebagai pemimpin negara..pkpk kan la...salam

    ReplyDelete
  11. freemasons hanya lah scapegoat sahaja!!! apa-apa pun yang dirancang oleh orang atas mereka yang mereka sendiri tak kenal akhirnya terkena pada diri si mason tu sendiri....

    majority freemasons tu semua tak tau apa2 pun termasuk lah master mason tu semua dan degree yang lebih tinggi tu....Zionist israel tu sengaja di masuk kan dalam pergerakan freemasons ni semua, tujuan nya untuk jadi scapegoat!! president2 america tu semua kan mason2 belaka, mereka sendiri pun takut dengan kuasa yang lebih besar dari mereka sendiri yang berada di Eropah sana dan beberapa lagi di Asia.... ini lah permainan silap mata yang sedang dimainkan oleh Society of Jesus(JESUITS)of the VATICAN dan beberapa keluarga2 ANCIENT Illuminati tu semua!!! freemasons tu ibarat tempat mencari bakat2 baru yang boleh dijadikan badut untuk di kambing hitam kan!!!bukan semua freemasons tu terpilih untuk naik atas, hanya sebilangan kecil sahaja!! so yang bawah2 tu hanya lah menjalankan tugas2 charity saja, perasan elite laaaaa sedangkan mereka tak tau apa2 pun, sikit2 je laaa tentang esotericism dan occult ringan2 la macam yoga tu....

    Si Anwar tu kena groomed oleh Jesuits di university2 jesuits seperti Georgetown University,Ateneo De Manila dan etc!!! Beliau dan geng2 antarabangsa nya sedang rancak memesongkan umat islam ke arah yang mesra VATICAN dan sesuai dengan agenda ONE WORLD RELIGION!!! Jesuits sudah banyak menaja ULAMA2 Upahan mereka ni untuk memesongkan umat islam!!! orang islam Malaysia harus bertahan daripada semua tipu daya mereka ni yang menggunakan agama sebagai senjata mereka atau pun lebih tepat lagi "SPIRITUAL ENTREPENEURS"....

    so jangan terlalu focus pada freemasons dan zionist tu saja, lihat lah lebih jauh di atas mereka...Surah Al-Kahfi pun dah warning kita tentang golongan yang mengatakan tuhan ada anak tu, golongan ini lah yang sebenarnya berada di atas sana, yahudi dan freemasons hanya lah pelakon2 nya saja, director nya terlepas begitu saja!!! ingat lah bila ISRAEL hancur nanti, cuba teka siapa yang akan duduk di Jerusalem sana??? none other than the VATICAN!!!! ini lah yang saudara2 islam semua patut sedar.... Nabi Isa a.s akan hancurkan VATICAN Jerusalem ni dan bila yahudi dan dajjal nak rampas balik orang islam akan memerangi mereka2 ni semua dan akhirnya kemenangan akan memihak kepada islam......

    Ya memang banyak pemimpin2 kita terlibat dalam gerakan elite2 ni semua, cuma kita harus pilih mana yang lebih baik untuk negara kita, kalau kita pilih PR, maka lebih laju lah lagi process NWO tu berlaku dan kalau under BN mungkin process NWO lebih perlahan ....simple as that!! in that case, memilih Najib lebih baik daripada under si Anwar tu walaupun kedua-dua nya berada dalam jalan yang sama!! beza nya yang satu ni jauh sikit perjalanan nya dan yang satu pulak dekat sangat perjalanannya!!

    ReplyDelete
  12. ini blog apa ni..gerak anti PAK LAH ? gerakan anti PKR he he he...

    Insyallah Pak Lah akan turun, zahid ni buat benda camtu macam ada benda je yang tersirah hu hu hu..nauzibillah...

    ReplyDelete
  13. SALAM;
    En.GAP, Mohon Jelaskan apa yang dibicarakan anon 7.43. Dan rujuk pada http://www.kelatekito.com/portal/modules.php?name=News&file=article&sid=663b.
    Apa pun sy percaya anu ar, mendahului perkara ini. Dan perlu diperangi.

    ReplyDelete
  14. Apa apa pun saya rasa Pak Lah tetap akan berundur. Sebenarnya yang buat spekualasi tu adalah pembangkang. Mereka kalau boleh tak nak Najib naik jadi PM sebab Najib dilihat mempunyai gaya kepimpinan yg amat menarik. Ramai orang menyukainya bukan sahaja orang melayu tetapi orang Cina dan India. Ini akan mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN. Sudah tentu, ini tidak disukai oleh pembangkang.
    Ap-apa pun saya serahkan kepada Allah kerana sesungguhnya tiada perancangan yg akan berjaya kalau tiada izin daripada Allah.

    ReplyDelete
  15. Gua tabik spring sama lu!
    Klu ramai Melayu mcm hang, insyaallah, selamat bangsa dan ugama kita.

    ReplyDelete
  16. GAP menghormati semua pandangan anda. walaupun berbeza pendapat kita tidak seharusnya menjadikan ia sebagai halangan untuk memperkuatkan barisan kita.

    saad bin abi waqas r.a sewaktu mengepalai bala tentera islam di satu medan pertempuran, telah DIPECAT oleh khalifah ke2 umar al katab r.a..... namun atas sikap MELETAKKAN KEPENTINGAN ISLAM saad menerima keputusan itu.

    satu ketika dato haron pernah ditahan oleh BIRO SIASATAN AWAM (BSA sebelum ditukar kpd BPR) dan dipenjarakan selama 3 tahun lebih atas kesalahan 16 tuduhan rasuah. tetapi pada waktu itu dr mahathir langsung tidak menolong dato haron . dato haron punyai banyak jasa kepada dr mahathir.pada waktu itu dr mahathir bertindak untuk berbeza pendapat dengan dato haron.

    pada mac 2008 rakyat malaysia TELAH BERANI UNTUK MENGUBAH keputusan peti undi. indikasi ini jelas membuktikan KESEDIAAN semua rakyat untuk berani MENEGUR/MEMBANTAH .

    kita kena berani untuk berbeza pendapat kerana ini akan mematangkan proses politik kita.

    ReplyDelete
  17. GAP menghormati semua pandangan anda. walaupun berbeza pendapat kita tidak seharusnya menjadikan ia sebagai halangan untuk memperkuatkan barisan kita.

    saad bin abi waqas r.a sewaktu mengepalai bala tentera islam di satu medan pertempuran, telah DIPECAT oleh khalifah ke2 umar al katab r.a..... namun atas sikap MELETAKKAN KEPENTINGAN ISLAM saad menerima keputusan itu.

    satu ketika dato haron pernah ditahan oleh BIRO SIASATAN AWAM (BSA sebelum ditukar kpd BPR) dan dipenjarakan selama 3 tahun lebih atas kesalahan 16 tuduhan rasuah. tetapi pada waktu itu dr mahathir langsung tidak menolong dato haron . dato haron punyai banyak jasa kepada dr mahathir.pada waktu itu dr mahathir bertindak untuk berbeza pendapat dengan dato haron.

    pada mac 2008 rakyat malaysia TELAH BERANI UNTUK MENGUBAH keputusan peti undi. indikasi ini jelas membuktikan KESEDIAAN semua rakyat untuk berani MENEGUR/MEMBANTAH .

    kita kena berani untuk berbeza pendapat kerana ini akan mematangkan proses politik kita.

    ReplyDelete
  18. jangan riso ler.
    ni dibuat2 oleh org yg x suka najib je.
    sebab bile najib naik,
    gaya kepimpinan najib bukan macam paklah..
    paklah layan muzik2 syahdu, muzik puisi mana dia al-ghazali.
    najib x sama.
    dia layan lagu metal.
    lagu etnik kreatif, pop rock, balada sume ada.
    sudah tentu lawan dan kawan akan gerun dengan najib nanti.

    InsyaAllah,
    Najib 5th Prime Minister.

    ReplyDelete
  19. cam ade bende x best je~

    "budak-budak DATUK SERI"?

    masih amalkan berpuak upenye pemimpin kie ni~

    hmm~~~

    wonder when Malaysia can be the finest place on earth to live,at least~

    ReplyDelete
  20. takkanlah nak diserahkan negara ni kepada penyagak??? pak lah tolonglah jgn berhenti

    ReplyDelete
  21. apa pun
    jasa paklah harus kita hargai. penubuhan SPRM sememangnya satu anjakan paling berani paklah mengubah lanskap kemajuan tranperansi negara.

    bayangkan..SPRM dan suruhanjaya kehakiman proses kelulusannya begitu mudah di parlimen tanpa perlu ada pindaan akta !

    PR dan BN bersetuju tentang 2 perkara ini.

    ReplyDelete
  22. aduh wahai zahid md arif ,sampai begini hang punya otak pikiaq !! pakai akal la sikit ,jgn guna otak di lutut ..

    aku rasa perkara seperti ini jgn la smpi dihebohkan ,buat malu saja dan pembangkang akan jadikan ISU ..

    isnyallah Pak Lah akan resign ..pak lah bukan gila kuasa dan diktator dan beliau pegang kepada janji .


    jasamu akan sentiasa dikenang ..

    ReplyDelete
  23. Rasanya PAK LAH tak baca surat ni. nak baca macam mana kerja tidurrr jeeee.

    ReplyDelete
  24. GAP,

    mamat yang tulis tu kena bagi anugerah cemerlang, gemilang & terbilang....

    group tingkat 4 tu memang dah melampau...

    GAP teruskan menulis

    YB Ajak

    ReplyDelete
  25. Pak Lah tetap serah kuasa hujung Mac

    [DIKEMAS KINI] HUA HIN, Thailand: Dilihat sebagai kenyataan menolak tanggapan sesetengah pihak tidak akan berundur selepas pemilihan Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, beliau kekal dengan pendiriannya untuk menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak Mac ini.

    "Itu adalah rancangan yang saya buat... oleh itu kita perlu mengikut perancangan tersebut," kata beliau pada sidang akhbar di hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN di sini sebentar tadi.

    Abdullah yang juga Presiden Umno tidak mempertahankan kedudukannya itu pada pemilihan kali ini.

    Pemilihan berlangsung 26 Mac ini sempena Perhimpunan Agung Tahunan Umno.

    Beliau dijadual menyerahkan jawatan Perdana Menteri sejurus selepas itu.

    Bagaimanapun belum ada tarikh tetap diumumkan lagi.

    Abdullah berada di sini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN.

    Kelmarin, Abdullah berkata, beliau tidak berasa sedih atau sayu menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN terakhirnya sebelum bersara selepas perhimpunan Umno hujung bulan depan.

    "Saya tak ada apa-apa... biasa saja, tak rasa sayu, tak sedih. Ini kerja biasa," kata beliau yang juga Menteri Pertahanan.

    ReplyDelete
  26. hrp Zahid Md Arip tak bt sbrg spekulasi lg. surat konon. paklah akan tetap berundur dgn rela hati. tak yah risau lar.. tak payah kecoh.. musuh kita si anwar yahudi!! bkn paklah. umno bahagian paklah nk cadang paklah utk presiden pun dia bantah sekeras-kerasnya!!! fikir la rasional skt

    ReplyDelete
  27. X salah zahid wat surat macam nih.Benda nih Pak Lah dah nyatakan nk turun bulan 3 nih.Kalau berlaku dengan amannyer,maka benda nih diam jer.X nk lah GAP nih jd mcm blog2 PR yg semua statemnet kena menyokong sahaja.Kalau GAP mcm tu,apa beza dengan blog2 PR yg dah tertutup mindanya kan.Tp Pak Lah x perlu jawab pun surat nih.Byk lg benda penting perlu dibuat.Biasa masa menentukan psl x lama lg pun

    ReplyDelete
  28. kita sama saudara GAP,mohfas7 juga orng yang akan menghentam ANWAR IBRAHIM selagi hayat dikandung badan.Politik wang dalam UMNO diviruskan oleh ANWAR tahun 1993.Jika da lagi ketua umno bahagian yg msih bernyawa,brapa habuan yg diberi oleh ANWAR???

    JIKA BERKESEMPATAN,SILA LAYARI mohfas7.blogspot.com

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.