hidup umno sepanjang 50 tahun umurnya mendepani krisis memang teruji. hari ini umno akan melalui proses itu untuk kesekalian kali.
' last minute' tunku abdul rahman memang menikam jiwa. surat maut karya agung bekas presiden batuk kering kedah dr mahathir memberi pukulan TKO kepada tunku. umno pada waktu itu bergolak. kacau jiwa pejuangnya bila tewas di tangan pembangkang.hayunan batang-batang penyapu sebelum 13 may cukup menghinakan.
tunku masih bermain poker tatkala ada bumbung-bumbung rumah orang melayu di kg baru sudah bernyala ! ayuh sebarkan surat maut ini, kata dr mahathir membakar semangat orang melayu. tidak cukup dengan itu, novel kontroversi 'malay dilemma' dijadikan pukulan maut kedua menggoncang jiwa. ' surat yang ditaip 10 minit ini telah merosakkan jasa saya selama 17 tahun' kata tunku sebagai membalas tindakan dr mahathir.
itu sudah menjadi sejarah. pada pasca 1969 itu jugalah umno sudah memilih jalan untuk berpuak. satu kumpulan diketuai oleh dr mahathir,tun razak,ghazalie shafie dan dato haron yang digelar sebagai 'orde baru' manakala di satu pihak dianggotai oleh tunku,syed nahabudin dan jafar albar, kumpulan 'orde lama' yang perlu ditumpaskan demi melangsungkan survival bangsa.
dalam keadaan gawat politik yang cukup kasar itu pun, 'orde baru' ini di dalam sejarah penubuhannya menghadapi krisis.hari itu dr mahathir 'dipaksa' memilih samada mahu berpihak kepada dato haron (orang yang membawa masuk dr m kembali kedalam umno setelah dipecat tunku) atau dr m mahu berpihak kepada tun razak sewaktu krisis perseteruan razak vs dato haron. akhirnya dr m memilih untuk menjadi hang tuah, setia pada 'sultannya'. tatkala inilah dr m menongkah laju memduduki tampuk pemerintahan parti.
anwar bin ibrahim, anak muda bernafsu kuda berjiwa rakus antara manusia durjana yang paling teruk merosakkan umno. apa sahaja isu yang boleh mendatangkan politikal mileage untuknya berkuasa, dia akan lakukan. team wawasan antara platform popular anwar mengulangi sejarah 'orde baru'.
anwar bin ibrahim antara petualang yang mengugut raja-raja melayu menandatangani krisis mengurangkan kekebalan raja-raja melayu. ugutan beliau untuk mengadakan 'referendum' atau pungutan suara sudah cukup mencuakkan seluruh raja. manakan tidak, kiranya raja-raja tidak menandatangani 'ugutan' ini maka segala hak dan keistimewaan raja-raja akan ditarik balik sepenuhnya.
gertakan inilah yang telah mengecutkan perut arwah tun ghafar. rakusnya anwar untuk menentang ghafar sudah tidak dapat dibendung lagi. seluruh jemaah menteri dan menteri besar telah diarah berkumpul untuk menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada anwar untuk mencabar tun ghafar dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden.
3 orang kenamaan sahaja yang tidak hadir menyatakan sokongan kepada anwar. dr m, rafidah aziz dan abdullah badawi memandang dari jauh kelakuan anwar ini. musa hitam yang pada waktu sedang makan bersama rakannya di london mendengar pertarungan ini dengan deraian air mata. peluang menjejak kaki untuk berkuasa semula telah hilang.
hari ini, 'last minute' ini berulang kembali. ali rustam wajar diberi tepukan gemuruh kerana tidak 'menjadi anwar' walaupun gap mengetahui akan wujud JV POLITIK diantara agen ali dan tyson. muhyidin yasin kini menjadi jebat. muhyidin melakukan aksi sama yang pernah dilakukan oleh dr m terhadap tunku, namun lebih berdisiplin. madah dan kiasnya cukup mendalam menegur paklah. muhyidin punyai sejarah panjang, setia berjuang dan merupakan ikon perpaduan umno pada krisis 1987. peristiwa perhimpunan melayu johor telah mengembalikan semula ahli parti semangat 46 untuk menyertai umno semula. kabaran yang diterima, gandingan najib dan muhyidin akan mengembalikan semula 'era perpaduan' umat.
jibrail mempunyai ayah, namanya khairy jamaludin. KJ nama popular. istimewa anak muda ini kerana petah berkata. husam pernah meggigil dek perangkap si KJ. KJ mempunyai 369 sokongan pemuda. aksi berani anak mudah ini diperhati 'mata-mata' memandang. KJ bayangan anwar di waktu zaman mudanya, agresif,ceria,setiakawan dan hartawan. gear politiknya cukup laju. KJ punyai slogan. setiakawan dijadikan ikon perjuangan. setia-kawan, kawan dengan sesiapa sahaja yang difikirkan sesuai untuk melonjakkan dirinya sebagai ketua pemuda.
aurad ismailiah dijadikan platform setia-kawan. tok guru hulu langat ini telah difatwakan sesat oleh almarhum dato mufti selangor ishak baharom. aurad ismailiah menjadi cincin pertunangan paklah dan anwar. kadinya adalah setia-kawan. tujuan setia-kawan untuk berkawan dengan anwar di parlimen. setia-kawan mahukan kerajaan campuran. antara matlamat setia-kawan tidak lain mahu perlantikan jawatan perdana menteri menggunakan kaedah 'angkat tangan'. anwar bin ibrahim gembira bila setia-kawan berkawan dengannya. sayang perpaduan setia-kawan berlangsung dengan 'lawan'. aduh pening kawan.
kepada semua perwakilan, selamat bersidang dan jangan 'berlawan'. KAWAN-KAWAN TAK MAU LAWAN !
yop, kalau last minute ini disalah guna...kemana haluan kita?
ReplyDeletePEH MABELES BRO, AKU CUKUP TERHARU LA BRO, PENUH DENGAN ISI DAN MANTAP!
ReplyDeleteWELL DONE BRO, NANTI AKU AKAN LINK KAN KE BLOG AKU!
Bro! saya akan ada di pwtc sbg pengira undi utk pemuda,wanita,puteri dan MT 25 dan 26 ni, apapun keputusan nnt pasti memberi gambaran kepada rakyat,ahli UMNO yg xdapat bersidang, atas pagar siapa yg dipilih dan meraka akan membuat rumusan yg mereka fikir baik utk mereka sedangkan yg terpilih mungkin merasakan mereka terbaik utk rakyat namun rakyat merasa sebaliknya, aku takut kesilapan memilih bakal mengundah padah yg terbeli semula dgn wang ringgit
ReplyDeleteumno merupakan parti yang banyak berjasa kepada islam dan melayu..kini umno sedang sakit.kesakitan itu berpunca daripada faktor dalamannya sendiri..
ReplyDeleteperosak umno mesti dihalau agar umno terus sihat untuk selamanya dan akan terus membela islam dan melayu dibumi malaysia tercinta ini.
kini, semuanya terserah kepada perwakilan untuk menentukannya.
pilih: bahagia atau sengsara?
SALAM BRO...
ReplyDeleteHARAP PARA PERWAKILAN AKAN MEMBUAT PILIHAN YANG TEPAT PADA PEMILIHAN INI. YANG NYATA KETOKOHAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN AMAT MEMBANGGAKAN DAN CUKUP SERASI BERGANDINGAN DENGAN DATO SRI NAJIB BAGI MEMPERKASAKAN UMNO.
ALI RUSTAM TELAH DICANTAS OLEH PESAING YANG BANYAK SKANDAL. JIKA ANAK SULTAN BOLEH DI BAWA LARI, JIKA WANG BERJUTA JUGA DI BAWA LARI APAKAN PULA PERMAINAN KOTOR NYA DALAM MENGHANCURKAN ALI RUSTAM??? SAMA-SAMA KITA MENILAINYA.
SI KJ NI MACAM ADA SATU KISAH MENARIK....UMUR TAK SEBERAPA SUDAH MELEBIHI APA YANG ADA. EMMM ANWAR ZAMAN MUDA???
ANWAR DI BIAYAI OLEH YAHUDI.
KJ DI BIAYAI OLEH PIHAK MANA??
HARAP PARA PERWAKILAN AKAN MEMBUAT PILIHAN YANG TEPAT DEMI MEMPERKASAKAN UMNO DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.
KHAS BUAT TATAPAN PEMBACA http://gomo-no1.blogspot.com/2009/03/yang-nyata-dan-sahih-buat-para.html
Salam GAP,
ReplyDeleteAku rasa terpanggil. Walaupun aku bukan ahli UMNO tetapi aku tahu hanya parti merah putih itu sahaja yang boleh menjaminkan kesejahteraan kita. Anak cucu kita tidak nampak masa depannya namun perpaduan umat melayu itulah kuncinya.
Sokonglah KJ demi masa depan UMNO.
ReplyDeletePemuda memerlukan pemimpin yang berani seperti KJ untuk masa depan yang gemilang.
Mukhriz bukan tak bagus tapi dia tiada semangat setiakawan dan sombong sedikit. Maaf ya
AKU MERAYU PARA PERWAKILAN UNTUK DETIK DETIK TERAKHIR INI AGAR BERILAH UNDI, MENANGKANLAH DATO MUKHRIZ MAHATHIR DAN MAHYUDDIN YASSIN. INILAH DUA PEMIMPIN YANG BAKAL MENYATUPADUKAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA. YA ALLAH PERTOLONGAN MU SESANGAT DIPERLUKAN, BAGI MEMBUKA HATI DAN PEMIKIRAN SELURUH PERWAKILAN UNTUK MEMBERI UNDI PADA DUA INSAN YANG SESANGAT AMAT PENTING PADA NEGARA TATKALA INI. YA ALLAH SESUNGGUHNYA ENGKAULAH MAHA PENENTU. AMIIIN.
ReplyDeletehangpa kena tau sebab apa majoriti rakyat hari ini dah sangat muak dan meluat dekat UMNO dan Barisan Nasional??
ReplyDeleteAdakah kerana rakyat semakin bodoh atau Barisan semakin cerdik??
kepada sahabat2 blogger yang dihormati sekelian,sila lawati blog : e9malaysia.blogspot bagi mengikuti perkembangan politik dari sudut yang berbeza dan terkini....komen dan sumbangan anda amat dihargai demi keutuhan bangsa yang semakin lemah....AMIN.
ReplyDeleteAdakah UMNO semakin hebat?
ReplyDeletehafizi said...
ReplyDeletehangpa kena tau sebab apa majoriti rakyat hari ini dah sangat muak dan meluat dekat UMNO dan Barisan Nasional??
Adakah kerana rakyat semakin bodoh atau Barisan semakin cerdik??
March 23, 2009 7:51 PM
KEHKEHKEH UMNO DAN BN SEMAKIN PINTAR TP PR SEMAKIN BEKU DAN KEJUNG!!
JGN MARAAA HAAAA...KEHKEHKEH
Kita syorkan dan terserah perwakilan untuk pilih siapa yang mereka suka.
ReplyDeletekerana kita tidak ada paksaan dalam agama.
amieida
ReplyDeletelast minit haluan disalah guna..teman rase kita suma ke parit yop !
parpu
ada plan sedang dirancang. KITA pun sedang memerhati gerak geri pemimpin umno gak. teh tarik parpu ?
tuah derhaka
harap tuan boleh update bloger keputusan. rakyat mahukan perubahan SKALA BESAR-BESARAN dalam umno.
syammil
gap pilih bahagia dunia akhirat.
gomo
semakin brsemangat. panjangkan doa moga team baru umno mampu menjulang agama dan bangsa
GM
merah putih banyak berjasa..tapi bila tgk biru putih hancur kacau.
anon
takpe anon..kita terbuka.lepas lawan kita semua mau kawan.
zauzua
pendapat akar umbi.
hafizi
kerana pakatan cukup menjelekkan . sebab itulah rakyat akan kembali kepada BN
jefry
sayap pemuda BPN. hebat berhujah
pang5
doakan kita dapat yang terbaik
salam GAP & semua.....
ReplyDeleteaku rasa tak sonok betul laa...macam mane KJ boleh menang??,manusia yg disabit dgn rasuah, dan hanya diberi amaran aje, tapi boleh menang dalam pemilihan???..adakah mantaliti perwakilan tidak mementingkan ketua yg tidak amalkan rasuah?? kalau mcm nie la parti melayu mengamalkan pemilihan tanpa ambil berat pasal kesalahan rasuah...aku rasa pilihanraya akan datang,memang patutla ramai org mendoakan UmNO akan kalah PRU13...Tun Mahathir pon dah beri amaran awal2 lagi....entahlaahhh...