Thursday, May 14, 2009

SEBARKAN MAKLUMAT 'KEBIADAPAN' MEREKA INI !


Menurut sumber, Dewan Undangan Negeri Perak telah menyenaraikan sebilangan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh para ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang semasa sidang Dewan Undangan Negeri.

Mereka telah melakukan provokasi, mengeluarkan kata-kata kesat, memasuki kawasan tempat duduk ADUN BN dan menghalang tugas pegawai DUN itu.
Disenaraikan kesalahan-kesalahan Adun Pakatan pembangkang yang dilakukan pada sidang DUN 7hb Mei 2009.

1. Sebahagian ADUN PAKATAN PEMBANGKANG tergesa-gesa masuk ke dalam dewan untuk mengambil tempat duduk yang di khaskan untuk ADUN KERAJAAN.

2. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mewujudkan provokasi kepada ADUN KERAJAAN dengan memasuki ke tempat duduk ADUN KERAJAAN.

3. Timbalan Yang DiPertua Dewan Negeri, Y.B. Puan Hee Yit Foong telah dihina oleh ADUN PAKATAN PEMBANGKANG dengan dilemparkan wang kertas oleh Y.B. Encik Su Keong Siong dan Y.B. Encik Leong mee meng.

4. Y.B. Encik Su Keong Siong telah mengeluarkan kata-kata kesat dalam bahasa cina yang barmaksud 'pergi mati engkau...' dengan tujuan menghina kepada YB Timbalan Yang Dipertua Dewan.

5. Y.B. Encik Seah Leong Peng, ADUN Pasir Bedamar dan Y.B. Encik Su Keong Siong, ADUN Keranji dan beberapa orang lagi telah menghalang Setiausaha Dewan Negeri daripada menjalankan tugas ketika persidangan.

6. Baju jubah Setiausaha Dewan Negeri telah dicuri dan disorok di belakang kerusi di dalam bilik rehat Speaker Dewan Undangan Negeri.

7. Y.B. Encik Sivakumar a/l Varatharaju Naidu dengan angkuh telah mengingkari titah ucapan tuanku Raja Muda Perak yang telah disampaikan kepada Setiausaha Dewan Negeri agar memulakan prosiding dan aturan dalam dewan. Setiausaha Dewan Negeri telah mengingatkan kepada Y.B. Sivakumar sebanyak enam kali berhubung titah ucapan tuanku berkenaan.

8. Y.B. Encik Yew Tian Hoe, ADUN Au Long dengan sengaja telah duduk di kerusi Yang DiPertua Dewan Negeri Perak (setelah Y.B. Sivakumar dibawa keluar) bagi menghalang Y.B. Dato' R. Ganesan dari menjalankan tugas sebagai speaker baru yang dilantik.

9. Teks prosiding dan bacaan doa Setiausaha Dewan telah dirampas dari pada Setiausaha Dewan dan telah dirosak dan dikoyakkan. Y.B. Encik Yiew Tian Hoe juga telah menghempas teks prosiding dan doa di atas mejanya beberapa kali hampir 5 minit bagi tujuan membuat bising.

10. Y.B. Encik Khalil Idham Lim. b. Abdullah ADUN Titi Serong, telah mencetak risalah-risalah yang tidak diketahui sumbernya dan mengedarkan kepada ADUN-ADUN PAKATAN PEMBANGKANG.

11. ADUN Jalong dan ADUN Tebing Tinggi telah menyerahkan memory card video camera dan camera digital kepada pihak wartawan untuk tujuan hebahan pada pihak yang tidak diketahui.
12. Y.B. Sivakumar telah menafikan serta menggagalkan bentara daripada membawa cokmar masuk ke dalam dewan sebagai simbolik rasmi untuk memulakan persidangan dewan.

13. Lebih 10 orang termasuk Y.B. Ngeh Koo Ham, Y.B. Nga Kor Ming dan Speaker ADUN PAKATAN PEMBANGKANG meluru naik ke tingkat 2 dengan melalui laluan yang tidak dibenarkan untuk mereka tetapi dikhaskan kepada pengawal peribadi Tuanku.

14. Setiausaha Dewan telah menasihati Y.B. Sivakumar agar mengiringi Tuanku Raja Muda ke kamar Di Raja tetapi telah tidak diendahkan oleh Y.B. Sivakumar. Sebaliknya beliau mengatakan beliau ada urusan lain yang perlu diselesaikan dahulu.

15. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG telah meluru masuk ke dalam dewan dan mengambil alih tempat duduk yang dikhaskan untuk ADUN KERAJAAN serta telah mengoyak beberapa tanda nama ADUN KERAJAAN.

16. EMPAT ATAU LIMA ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mengeluarkan kata-kata kesat kepada Y.B. SUK yang bermaksud menghalang beliau menjalankan tugas.

17. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG menghalang Y.A.B. Menteri Besar dari membawa usul yang ditetapkan dalam aturan sidang DUN.

18. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG menghalang Timbalan Speaker dan Speaker Y.B. Dato' R. Ganesan dari menjalankan tugas.

19. Speaker Sivakumar telah menyalahgunakan kuasa dengan meminta Y.A.B. Menteri Besar dan 6 Exco serta 3 ADUN Bebas keluar dewan dan ianya melanggari aturan dewan yang ditetapkan dan menghina keputusan Mahkamah Persekutuan.

20. ADUN PAKATAN REMBANGKANG telah melemparkan Buku Perintah Tetap DUN ke arah Y.B. Timbalan Speaker.

21. Tindakan sebahagian besar ADUN PAKATAN PEMBANGKANG tidak menghadiri sesi perbarisan tetapi memasuki DUN lebih awal dan tindakan sebahagian lagi yang tergesa-gesa memasuki DUN selepas tamat perbarisan melalui laluan yang tak dibenarkan dan seterusnya mengambil tempat duduk yang dikhaskan kepada Exco dan ADUN Barisan Nasional menunjukkan ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mempunyai niat membuat haru-biru dan kekacauan bagi menggagalkan sidang DUN.

22. 5 - 6 mikrofon telah dirosakkan oleh beberapa ADUN PAKATAN PEMBANGKANG. 23. Pejabat Bahagian Perhubungan Awam dan Korporat telah menerima dua panggilan ugutan dari pihak tidak bertanggungjawab mengatakan bahawa terdapat bom di bangunan SUK Perak. Ianya bertujuan bagi mengelakkan DUN dari bersidang.

24. Bentara Dewan juga turut ditolak sehingga mengalami kecederaan di kaki semasa menjalankan tugas mengikut peraturan dewan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Rakyat mengesa Jawatankuasa Perintah-perintah Tetap dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan wajar bermesyuarat segera untuk mengantung mereka yang melakukan perbuatan yang terlampau ini.

SILA BACA ARTIKEL MENARIK DARIPADA LAWYER KITA DISINI

http://warisan2057.blogspot.com/2009/05/penerangan-polemik-politik-perak.html

13 comments:

  1. Ook eleh, kasar sikitpun nak mengadu, manjanya. tak biasa bertumbuk ke?, kalau orang bertumbuk, kita tumbuk lawan balas tumbuk itu kira kasar ke.

    Memang begitu dalam dewan, bukan rumah awak.

    Jadi awak nak semua pakatan Puak PR diam saja, kalau puak UMNO main kasar.

    Kalau macam tuu tak payah main politik le, baik tidur diam-diam kat rumah.

    Engkau ni, kalau orang lawan cakap kasar dalam blog ko pun kau marah. Tapi kalau ko sumpah seranah orang, tak apa. Apa punya budak lah.

    ReplyDelete
  2. mak aiiii... banyak giler kesalahan...Ya Allh selamatkan negeri Perak

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. FITNAH UMNO DAN BAHAYANYA KEPADA MASYARAKAT DI MALAYSIA

    Tajuk di atas adalah suatu usaha saya menunjukkan betapa bahayanya UMNO dengan agendanya menyesatkan dan mengelirukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

    Umum mengetahui bagaimana UMNO yang ditubuhkan atas kesedaran Melayu melawan penjajah British, maka usaha tersebut pun berjaya dengan tercapainya kemerdekaan Negara Malaysia yang kita cintai ini.

    Malangnya dalam mengekalkan kuasa ,UMNO telah menggunakan berbagai tipu helah dan cara yang kotor dan jijik semata2 ingin terus berkuasa dengan meniupkan api perkauman,memfitnah, mengelirukan fikiran malah memperbodohkan rakyat.

    Di bawah in saya huraikan satu persatu tentang bahayanya agenda fitnah dan menyesatkan UMNO. semoga anda semua fikirkan dengan teliti buka hati lihatlah realiti:

    UMNO PARTI PERKAUMAN DAN PEMECAH-BELAH NEGARA MALAYSIA.!!

    Setelah mendapat kuasa dari British, Umno masih meneruskan segala dasar2 British
    Malah tiada perubahan yang dilakukan sebaliknya meninggalkan terus corak2 pemerintahan kerajaan Melayu Islam dahulu dan mengikut terus corak pentadbiran sekular British.

    Rakyat masa tu memang tidak mengambil tahu kerana bagi mereka yang penting memerdekakan pemerintahan negara dari penjajah British ke Melayu sudah cukup.

    Walhal corak pimpinannya masih sama dengan kerajaan British yang menjajah dahulu, sikit pun tak berubah buktinya kebanyakkan Akta2 Perundangan di Malaysia sekarang ada yang digubal di zaman British lagi jadi di manakah perubahannya.?

    Sebab itulah kerajaan BN silih berganti Pemimpin tetapi corak pimpinannya masih sama yang berubah hanyalah Retorik dan Cogankata sahaja.
    Inikah yang dinamakan kita bebas dari cengkaman British sedangkan masih mengikut segala taik2 yang ditinggalkan oleh British dulu??

    Menderhaka terhadap budaya dan Agama Sendiri adalah perbuatan UMNO yang terang2an sekarang.

    Setelah berjaya menyesatkan Melayu Islam dahulu secara perlahan2.
    Mereka memfitnah pula Parti PAS yang tak bersetuju dengan corak pemerintahan UMNO yang melalaikan Umat Islam, Menolak hukum Islam dan membiak kan kemaksiatan di Malaysia Ini.

    Sedangkan Pas adalah Parti serpihan mereka yang tidak bersetuju dengan dasar kerajaan yang terus mengamalkan corak pentadbiran British yang menyeleweng dari Nilai2 Islam sedangkan kita sudah pun merdeka dari British.

    Pada Mulanya mereka menghasut Orang Melayu dengan Ugutan2 Pas adalah pelampau yang ganas , Parti Lebai kampong dan Parti Kampung.

    Mereka juga Pernah menendang PAS keluar dari kerajaan Perikatan suatu masa dahulu apabila berlaku krisis kepimpinan ketika itu.Malah bukan saja ditendang keluar dari kerajaan perikatan malah di Finah dan di hina pula oleh pimpinan Umno yang seagama dengan orang PAS. Begitu Hinanya PAS di kecam mereka waktu itu.

    Dan sekarang Apabila mereka ditolak dalm PRU baru2 ini merayu2 pula supaya PAS dan UMNo bersatu sedangkan mereka lupa perbuatan Mereka suatu ketika dahulu.

    Dan dalam masa yang sama mereka merampas dan menumbangkan Kerajaan Perak dengan cara yang hina sekali sedangkan MB besarnya adalah pemimpin PAS pula.
    Malah difitnah pula MB Nizar dengan kata yang keji dan jijik demi matlamat politik mereka.Begitu kejinya Umno dalam mereka merayu untuk bersatu dalam masa yang sama mereka tikam pula PAS dari belakang. Mereka tumbangkan pula kerajaan PR Perak yang sah dilantik oleh rakyat.

    Adakah perlu adakah kerjasama dengan Parti yang berperangai buruk sebegini. Tiada bezanya dengan Yahudi perangainya.
    Meminta berdamai dalam masa yang sama menikam dari belakang.

    Malah mereka menakutkan bukan Islam dengan berkata Jika PAS perintah ramailah orang cina yang akan kena sunat dan Cacat kerana hukum Hudud dijalankan..
    Inilah bahayanya Umno kerana kuasa mereka sangup memperlekehkan Hukum Agama sendiri dengan Fitnah yang memburukkan Imej Islam di mata bukan Islam dan Islam.. Apakah ini bukannya kerja buruk Umno mengkufurkan hukum Allah.?

    Menghasut pergaduhan Kaum dalam tragedi 13 Mei, di mana pada waktu itu UMNO kalah teruk dibeberapa buah negeri di Perak , Pulau Pinang dan Selangor.. mereka menghasut orang Melayu pada waktu itu dengan mengatakan orang Cina sudah biadap merampas negeri melayu.

    Kini cubaan tersebut cuba diulang apabila DAP berjaya menawan Kerajaan Pulau Pinang mereka berhimpun dan memainkan Isu kaum kembali
    Dengan berkata” Tengok Lim Guan Eng Cina dah perintah Pulau Pinang,” Walhal mereka memang bodoh kerana sebelum itu pun Koh Su kun menjadi KM P.Pinang, Bukan kah Koh su kun itu adalah berbangsa Cina yang sama dengan Lim Guan Eng??

    Inilah bahayanya Umno kerana semangat perkauman bodohnya malah nyaris2 menyebabkan tragedi 13 mei berulang kembali..
    Umno juga selepas itu banyak kali mengeluarkan kenyataan yang mengundang pergaduhan kaum seperti Ketika Najib menjadi ketua Pemuda Umno dahulu semasa mereka berbalah dengan MCA dengan berkata” Basahkan keris dengan darah orang Cina” Yang hampir2 menimbulkan keresahan dikalangan rakyat jelata.

    Malah mereka juga pada hari ini berbalah juga dengan Orang India berhubung Isu Hindraf. Akhirnya apabila kedua2 kaum ini tidak lagi menyokong UmnoBN mereka memfitnah pula Pakatan Rakyat dengan berkata PAS kuda DAP pula, Dan DAP pula adalah komunis .. Inilah fitnah bahaya Umno disaat2 ditolak rakyat kerana sikap perkaumannya yang mementingkan kuasa dan kedudukan semata2.

    Menyekat rakyat dari mengenali Islam sebenar malah menganjurkan pula program2 yang melalaikan umat Islam sendiri. Walhal Umno yang di beri Mandat Berkuasa Penuh adalah berbangsa Melayu dan Islam langsung tidak mengambil Berat akan keadaan Umat Islam Malah menuduh pula PAS berpolitik menggunakan Agama.

    Sedangkan beban menjaga Umat Islam diletakkan terus kebahu PAS malah membiarkan Pas pula terkapai2 sendirian dalam menjalankan usaha dakwah kepada cara hidup Islam..

    Apabila PAS menguasai kerajaan Kelantan dan mahu membentangkan Hukum Hudud mereka mengugut pula mahu mengambil tindakan kepada kerajaan PAS, dengan mengunakan kuasa pusat yang dikuasai.

    Tidak cukup dengan itu Umno memperlekehkan pula hukum Hudud dan memfitnah, kononnya hukum berkenaan hanyalah Hudud PAS. Makah keluarlah perkataan yang menkufurkan Allah dari pimpinan Umno seperti Kalau nak makan Sup Tangan silalah ke Kelantan, “Umat Islam akan Mundur jika Hudud dilaksanakan kerana ramailah orang Islam yang akan cacat dan tidak boleh bersaing untuk mencapai kemajuan” Juga keluar pula suara dari MIC yang mengatakan “Itu Quran boleh bikin Jalanraya kah” maka disokong pula pimpinan Umno sendiri.


    Mereka juga mempermainkan ayat2 Al-Quran untuk menarik sokongan apabila Tun Mahathir mengatakan dalam Al-Quran ada ayat yang menyokong Umno. Lantas beliau membacanya seperti berikut: “Ya AI YUHALLAZI NA AMANU” Kemudian Mahathir berkata,” tengok dalam Quran AMANU tu UMNO lah” ini Perbuatan munafik dan kufur yang terang2an dan di sokong pula ahli2 Umno . Perbuatan yang membahayakan dan merosakkan akidah umat Islam yang sangat mendukacitakan.


    Maka apabila Pas mengatakan dalam Al-Quran menolak hukum Allah adalah kafir maka difitnah pula Pas mengkafirkan Umno sesukahati sedangkan merekalah yang menjerumus diri mereka ke lembah kekafiran.. Isu ini juga lah yang di mainkan di setiap Kali Pilihanraya sehinggalah sekarang Isu ini pun sudah tidak mendapat sambutan lagi setelah rakyat melihat buruknya perangai sebenar Umno apabila mendapat kuasa..

    Umno juga selepas itu mengubah Islam, dengan Islam Hadhari yang baru samata2 mahu mengelirukan Umat Islam dengan menonjolkan PM Pak Lah menjadi Imam. Permainan politik yang berjaya apabila Umno mendapat majoriti yang banyak dalam PRU ke 11 .

    Tetapi semuanya tak lama seperti yang kita maklum. Umno akan lupa diri bila berkuasa dan kembali merayu simpati bila di tolak rakyat.. Di saat perlaksanaan Islam Hadhari tulah rakyat dapat melihat watak sebenar Pak Lah, apabila boleh menjadi Imam dan di hari lainnya boleh pula bertepuk tampar dan berpeluk pula dengan wanita bukan muhrim.

    Dalam masa yang sama, mereka juga bertindak merobohkan beberapa masjid dan surau dengan alasan pembangunan. Mereka juga mengunakan Ustaz upahan untuk mengupas tentang Islam Hadari yang mana lebih mengelirukan Umat Islam itu sendiri.

    Dan kita lihat bagaimana Umno mempermainkan Al-Quran apabila Ketua Wanita Umno Rafidah Aziz menjunjung kitab suci tersebut tanpa memakai tudung malah bersumpah pula. Sedangkan didalam ajaran Islam tiada Istilah bersumpah menjunjung Al-Quran langsung.Perbuatan ini yang menunjukkan kejahilan mereka tentang Islam. Inilah munafiknya Umno yang kita kenal .. mempermainkan agama untuk mendapat kuasa. dan simpati undi.

    Menindas bangsa sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka atau yang tidak menyokong dengan mereka . Sedangkan menjadi tanggungjawab mana2 kerajaan di dunia ini wajib membantu rakyat tidak mengira apa fahaman politik yang dianuti

    contoh : Apabila kerajaan Pas mengambil alih kerajaan Terngganu Umno menyekat wang royalti dan mengantikan dengan Wang Ehsan yang itu pun disalurkan kepada Ahli Politik Umno sahaja bukan kah Zalim perbuatan sedemikian.. Malah sehingga sekarang pun tidak dipulangkan lagi malah berhutang lagi dengan kerajaan negeri Terengganu sebanyak lebih kurang RM860juta.


    Bahayanya Umno sebagai penderhaka kepada Raja2. Menabalkan sesuka hati seorang Raja Baru di Kelantan yang bukan menjadi Hak Umno berbuat biadap kepada Sultan Kelantan.

    Menggubal undang2 yang meruntuhkan kekebalan dan kemuliaan kuasa Raja2pada tahun 1990 malah tidak cukup dengan itu mereka menghina dan menghentam Raja2 dalam media2 milik mereka sehingga mengaibkan Raja2 Melayu bangsa mereka sendiri.

    Mereka hanya mebodek Raja2 jika ada kepentingan sendiri malah tidak segan silu pula memaki hamun Raja2 jika apa yang mereka hajatkan tidak di perkenankan.

    Seperti yang Berlaku Di Terengganu semasa krisis perlantikan MBnya . Mereka mengelar Sultan dengan penggilan “NATANG” begitu juga krisis yang sama di Perlis apabila Pak Lah mengatakan Sultan tidak mengikut Prosuder yang telah dibuat sebelum ini. Dan kesannya walaupun mereka satu parti iaitu Umno mereka masih bercakaran sesama sendiri hingga sekarang..

    Maka apabila mereka mendapat sokongan Sultan Perak pula di mainkanlah Isu kononnya mereka mempertahankan Raja2 malah mengatakan pula PR diketuai DatoSeri Nizar sebagai penderhaka hanya kerana ucapan Sembah Derhaka.

    Sedangkan itulah Umno yang membuang Kemelayuannya lama dahulu sehingga apa yang dibelajar tentang perbahasaan dalam Istana pun mereka menjadi bodoh sebodohnya. Adakah Umno benar2 Ihklas mempertahankan kedaulatan Raja2 ?? Jika Umno benar ikhlas silalah kembalikan semula kuasa Raja2 yang anda hapuskan dulu.
    Jika tidak Inilah watak parti Munafik ini yang tak sudah2 mengunakan Fitnah untuk menjatuhkan lawannya..

    Dan yang paling teruk sekali Umno adalah berbahaya sekali kerana telah terlibat dalam berbagai2 jenayah seperti pembunuhan, penculikan, perogolan malah merompak bukan hanya hasil Negara malah harta rakyat sekali.

    Contoh kes pembunuhan Altantuya yang mana boleh mengugat ketenteraman Negara di mana hubungan dengan Negara Mongolia menjadi semakin buruk sejak kejadian ini. Bahayanya kalaulah Negara Mongolia tidak berpuashati dengan kes ini kemungkinan perbalahan antara Negara ini akan menyebabkan berlakunya perperangan ataupun tindakan2 yang tidak diduga yang kita tidak boleh nafikan .

    Merampas kampung2 dan tanah rizab Melayu atas alasan untuk pembangunan hanya berniat meminggirkan dan mengecilkan kedudukan Melayu itu sendiri. Seperti Isu Kampung Baru, Kampung Berembang dan Kampung Plentong di Johor yang dirampas malah ditipu pula oleh Umno semasa berlaku perampasan tanah tersebut.

    Terlalu banyak menggadai tanah serta kepentingan Negara kepada Singapura yang di ketahui sebagai proksi Yahudi Israel contoh: Penjualan air Malaysia kepada Singapura dengan harga 3sen segelen
    Walhal setelah diproses Singapura menjual pula kepada Malaysia dalam bentuk produk baru dengan harga 10kali ganda.

    Memberikan keutamaan kepada Singapura memiliki saham2 penting didalam kepentingan Negara.
    Banyaknya tanah2 rizab melayu yang di miliki oleh tauke2 besar dari Singapura..

    Ini adalah sangat berbahaya sekali sedangkan kita sedia maklum betapa Singapura sejak dulu lagi tidak pernah mempunyai hubungan yang benar2 baik dengan kita malah tidak menghormati kedaulatan negara kita dengan sering kali menceroboh ruang udara kita dengan pesawat2 tempurnya yang di bekalkan oleh Israel.

    Dan yang terbaru apabila kita hilang hak keatas Pulau Batu Putih gara2 sikap Peguam Negara yang lebih suka berpolitik sehinggakan kes yang sepatutnya memihak kepada malaysia di menangi pula oleh Singapura.

    Ini sudah tentulah mengaibkan maruah Negara malah akan membuatkan Singapura akan lebih tidak menghormati kita selepas ini apabila begitu senangnya Malaysia di perkotak katik kan.

    Membawa masuk budaya2 barat yang tidak senonoh dan meracuni pemikiran Rakyat sehinggakan rakyat tidak lagi dapat menilai kebaikan atau keburukan nilai2 barat tersebut. Sedangkan kita sedia maklum segala budaya2 ataupun Nilai2 hidap corak Barat itu diasaskan dan di dalangi Oleh Yahudi Israel sendiri.

    Mengiktiraf Negara Israel, walaupun nampak seperti Malaysia menolak pembentukkan negara Yahudi tersebut tetapi dengan tindaka2 kerajaan yang memberi ruang kepada Israel menunjukkan kerajaan mengiktiraf negara tersebut.

    contoh: Membenarkan Pasuka kriket Isreal datang ke Kuala Lumpur malah menangkap pula rakyat kita yang berhimpun membantah kehadiran pasukan Israel tersebut.

    Membenarkan Amerika memegang banyak saham dan membuka banyak perniagaan di Malaysia walaupun kita tahu kebanyakkan Syarikat2 dari Amerika tersebut adalah dimiliki bangsa Yahdi yang terlalu memusuhi Islam contoh Syarikat KFC,Mc donald dan lain lain.

    Mengadakan Persidangan di Malaysia yang turut di hadiri wakil2 dari Israel malah mengantung pula bendera Israel di PWTC.

    Malah Malaysia sering bersikap berkecuali malah takut menegur Amerika Yang menyokong Israel apabila Israel berulang kali membuat kerosakkan di bumi Palestine dan hanya membantah apabila majoriti Negara di dunia mengecam perbuatan Israel ,Malah Program boikot Israel pun sekarang ini senyap entah kemana. Dan tabung yang di tubuhkan pun senyap entah kemana duitnya. Tiada pula Tv menghebahkan bila duit itu diserahkan kepada Palestine?

    Malah sehingga kini Malaysia menggelarkan negara haram yahudi itu Israel sedangkan Negara2 Islam yang tidak mengiktiraf negara Yahudi tersebut memanggilnya dengan nama TANAH PALESTIN YANG DITAWAN sahaja. Atas tindakan2 kerajaan seperti diatas itulah Yang mengesahkan lagi pengiktirafan Malaysia kepada Israel Laknatullah!!


    Terlibat dalam kes2 pencabulan terhadap Wanita seperti kes Dato Jamaluddin Jarjis meraba, kes Rahim Thamby Chik merogol seorang budak bawah umur, Kes Norhayati Onn yang besekedudukkan dengan bekas MP Gombak dan banyak lagi tak tertulis disini, malah sehingga ke hari ini mereka berselindung disebalik kuasa dari diambil tindakan.

    Bayangkan lah jika adik, kakak atau saudara perempuan kita yang terkena apakah kita akan menerima sahaja sedangkan nak mengambil tindakan pun mereka seolah2 dilindungi pula. oleh pihak berkuasa.

    Dan akhir sekali memggunakan Media2termasuk blogger upahan milik mereka menabur fitnah dan memutar belitkan fakta supaya segala kerosakkan yang di bawa oleh Umno disembunyi tetapi menghentam pula pihak 2 yang menuntut keadilan. untuk rakyat jelata.

    Malah untuk melalaikan rakyat mereka mengumpan cara hidup yang melalaikan dan lebih bahaya lagi mereka lebih suka jika rakyat juga rosak minda dan fikiran dan mengamalkan cara hidup yang sesat dan tamak seperti mereka Umno yang berbahaya..

    Jadi anda renungkanlah andaikata ada kuasa yang lebih tinggi selain Umno memerintah Malaysia nanti memang layaklah Umno di ISAkan kerana setip permainan politik Umno mengundang bahaya dan menggugat ketenteraman awam malah boleh mengakibatkan peperangan di antara rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian di bumi bertuah ini.

    ReplyDelete
  5. kalau berani..
    bubarlah dun ...
    tak usah tunjuk jantan kat sini..
    hakikat korang tue penakut...

    bubarkan dun....

    ReplyDelete
  6. Kalau nizar berani, suruh dia wat undi tak percaya..tgk dia de telor ke tak..

    ReplyDelete
  7. jgn dilihat siapa yang fitnah siapa kerana dua2 belah penah memfitnah..
    tapi lihat dan sedarkan diri sendiri yang pernah memfitnah kerana sendiri punya badan yang akan menanggung..

    orang zaman sekarang ni lebih arif hal org lain dari arif tentang diri sendiri..

    ya allah, ampunkan kami..
    walau kami tahu dosa fitnah xboleh kau ampunkan..
    cuma kau bukakanlah hati mereka yang difitnah untuk memaafkan kami..

    ReplyDelete
  8. PAS kena kembali ke pangkal jalan. Masa ini PAS sesat sementara sebab kuasa dan dipandu mereka yang bukan PAS...tapi ANWAR dan DAP.. PAS tidak boleh membiarkan diri mereka di perkuda DAP dan ANWAR alat ZIONIST yang hanya dipenuhi dadnya dengan "Dendam Kesumat".. Ingat ini.....Ingatlah firman Allah Taala:يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]

    ReplyDelete
  9. Saudara GAP,

    annapolis summit letter to ape citer?

    ReplyDelete
  10. SALAM KEPADA RAKAN SEPERJUANGAN
    MOHON PROMOTE BLOG INI
    http://gelombangmerahkuning.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. Inilah akibat makan BABI.
    Babi adalah haram.Jika dimakan akan memudaratkan kesihatan.Maka inilah hasilnya jika makan BABI.

    ReplyDelete
  12. Bodo punya org. Nak bubar dun buat ape. Dulu Perosak Rakyat yang kata itu bazir, ini bazir, smpi SPR pun ko x caye, ape hal nak bubar dun plak. Yang sibuk2 kembalikan hak rakyat, ape hak ko? Ko dah pilih wakil ko, so duduk diam2. Sultan nak buat keja nak pilih MB plak. Kembalikan hak rakyat konon..... pirah. Dulu sibuk nak pancing org, la ni org dah kena pancing terberak dlm seluar. Siap ngadu kat puak kafir (hindraf n bintang 3) minta tolong. Bodohnya ulama dlm Pitih Aku Sebat (PAS) kena "Tunggang" ngan PKR dan DAP. Ulama ker.....? Dulu tuduh UMNO kafir psl kwn MIC n MCA. La ni dia kwn ngan hindraf n bintang 3.... kiranya kata orang dia yang lebih la ni. Ni la akibatnya bila ulama dah terima "Hadiah"......

    ReplyDelete
  13. Sejak bila Leong Mee Meng ada KOTE??

    Body karan weii! Teluk Intan malii.

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.