Monday, June 22, 2009

KRISIS IRAN : MOUSAVI DAN ANWAR ATTATURK BONEKA ISLAM PELIHARAAN BARAT !



kudeta politik semakin menghampiri iran. siapa sangka negara yang punyai kekuatan jiwa luar biasa membidas amarika dan sekutunya kini berada di dalam keadaan yang sangat genting. samada puak yang bertentangan iaitu kumpulan kerajaan ahmedinijad dan mousavi berdamai atau mereka memulakan langkah baru mencetuskan konflik perang saudara.

mana mungkin sebuah negara yang stabil politikalnya selepas 30 tahun pasca revolusi, kini semakin goyah. gegaran konflik tiada mungkin muncul kiranya tiada 2 elemen penting menjalar, talibarut dan pusat operasi talibarut.

hari ini ahmedinijad dan ayatollah ali khomeini mendakwa konflik huru hara ini didalangi oleh amerika dan british. sejarah iran telah memaktubkan cerita dan peristiwa kebanyakan konflik yang berlaku selalunya didalangi oleh negara yang memusuhinya.

krisis hari ini memerlukan kita menghurai sejarah lampau dan dicantumkan dengan keadaan politikal semasa. hampir seluruh negara-negara arab kecuali iran dan syria merupakan sekutu kuat washington. dua negara penentang yang pernah digelar bush sebagai antara negara paksi kejahatan ini merupakan negara yang punyai kemampuan militer yang hebat, mampu menggugat negara anak emas washington , israel.

kejatuhan saddam membuka lembaran baru sengketa sunah dan syiah berulang. tumbangnya saddam telah digantikan dengan iran. palestin merupakan isu duri dalam daging dunia arab. matinya saddam pada hari raya pertama aidiladha, telah mewujudkan fraksi baru ketumbukan tentera syiah yang kuat di dunia arab.

hamas telah mengambil alih peranan PLO di palestin, hassan nasrallah telah berjaya menewaskan tentera israel sewaktu perang 3 minggu hezbollah dan israel di sempadan lebanon. di iraq kekuatan tentera mehdi pimpinan moqtada as sadr di selatan tanah air cukup menggerunkan amarika.

tentera hezbollah di lebanon,mehdi di iraq,hamas di palestin sebenarnya telah mendapat bantuan kewangan dan kelengkapan ketenteraan yang cukup dari tehran. keadaan ini bukan sahaja membimbangkan israel malah keseluruhan raja-raja arab di timur tengah. bimbang mereka hanya satu, gerombolan ketumbukan tentera syiah ini jika tidak dibendung maka emas hitam pasti akan beralih tangan.

maka, untuk mewujudkan ketidakstablian di iran, amerika tidak boleh melakukan serangan militer kerana ia hanya akan mendatangkan simpati terhadap tehran. sejarah di iraq dan bumi afghan telah memberikan pengajaran. jalan kedua telah diambil, mewujudkan kumpulan pro pembaharuan atau reformis.

mousavi adalah boneka barat mendapat sokongan luar biasa daripada kalangan pelajar universitas iran,golongan pertengahan dan pendokong pembaharuan. manakala ahmedinijad masih mengekalkan status quo kumpulan penyokong yang pro ulamak.

dalam piliahnraya ini, mousavi telah membakar semangat rakyat untuk melakukan pembaharuan. kenyataan ayatollah ali khomeini bahawa tiada penipuan dalam keputusan pilihanraya telah disanggah, amat mengejutkan lagi apabila makam suci ayatollah khomeini telah berani di serang. ini menunjukkan agenda kebencian melampau telah berjaya ditanam oleh mousavi bagi membakar semangat penentangan terhadap kumpulan ayatollah.

harus diingat, iran punyai sejarah lampau dengan CIA. agen boneka dan talibarut barat pernah mendapat bantuan istimewa sewaktu konforantasi di iran.

pada tahun 1953, mohamed mossadegh yang telah memenangi pilihanraya presiden di iran telah digulingkan oleh tentera dengan bantuan amerika. mossadegh tersungkur kerana cuba mengambil alih/memilik negarakan syarikat minyak milik british di iran. mohamed mossadegh telah digantikan dengan regim boneka shah iran.keselamatan boneka barat shah iran ini dibiayai sepenuhnya oleh amerika dengan penubuhan tentera savak.

namun pada tahun 1979 shah iran ini tumbang sewaktu pemberontakan revolusi yang diketuai oleh ayatollah khomeini. puncanya kerana apa gap ? kerana rasuah yang teruk berlaku di majlis perbandaran tehran dan dakwaan kononnya shah iran dikatakan punyai tandas bersalut emas !

hari ini mousavi mengulangi sejarah shah iran, menjadi boneka kehormat barat demi gila kuasa. modus operandi yang dibawa oleh mousavi dan anwar attaturk dalam kaedah menggulingkan kerajaan adalah sama. mencipta fikiran pembaharuan yang baru,agenda lama digantikan dengan agenda politik baru, suara demokrasi dan liberalisme di julang dan akhirnya boneka bangsat ini akan diangkat menjadi memanda menteri !

GAP MENUNGGU MASA, KIRANYA IRAN DISERANG MAKA PIHAK GAP AKAN MENDEDAHKAN MAKLUMAT RISIKAN DARIPADA JOURNAL INTELLIGENT ANTARABANGSA AKAN PENGLIBATAN SECARA LANGSUNG ANWAR ATTATURK DALAM PERSEKONGKOLAN DENGAN AMERIKA UNTUK MENYERANG IRAN...ANWAR ADALAH TALIBARUT BARAT DI ASIA !

sila klik video menggemparkan ini. penglibatan amerika dalam krisis di iran !

6 comments:

  1. BYK TALIBARUT AMERIKA, BRITISH DAN EUROPE KT IRAN TU BRO. MCM SINGAPURA KT M'SIA NI. YG PALING NYATA BLH KITA NMPK SI JUBURI LAH. SBB TU KITA KENA HATI2 KT DIA. PENGKHIANAT, MUSUH DLM SELIMUT NO. 1!

    ReplyDelete
  2. Salam tuan blog...

    info yang berguna... modus operandi yang lebih kurang sama untuk merosakkan negara islam... menggunakan saluran dalaman... manipulasi sikap memberontak anak muda... ambil kesempatan tentang apa saja... demi kelangsungan politik...

    sudah terang lagi bersuluh... harap2 yang membaca tolong sebar2kan... yang terpesong... kembalilah... atas nama agama, bangsa dan negara... Semoga ALLAH membuka pintu hati mereka... sejukkan hati mereka dari amarah....

    Semoga Islam jadi panduan... semoga melayu kembali bersatu.. negara aman damai... amin...

    terima kasih tuan blog

    perlop

    ReplyDelete
  3. betul tu ....nada mereka sama sahaja .....

    reformasi, transparent, undi tidak adil,.... 30thn bknnya lama , habis satu generasi, dah nak telungkup revolusi iran.

    nasib baik umno dpt bertahan 50thn ... tapi skrg sedang keras diuji. harap2 kita bleh survive.

    Zul.

    ReplyDelete
  4. Tahniah. Hope most Malaysians can ""see" the similarity in the modus operandi of Washington-backed Mousavi "street protests" and Anwar-PKR's methodology.

    Dr.Norshinah
    Selangor

    ReplyDelete
  5. salam Bro Gap....

    UmNOO bertahan 50tahun, tp ape faedah yg org2 melayu dapat selama nie....masih ramai lagi org2 melayu yg miskin,,makan gaji, tang ekonomi plak, masih bangsa cina yg pegang....kenape UmNOO selama nie terlalu memberi muka pd bangsa cina?? melayu plak hanya segelintir yg berjaya, itupon bila selidik2, rupe-rupenya kroni ngan pemerintah....dimana kejujuran UmNOO dlm memperkatakan membela melayu???? Hanya retorik semata2,bila melaungkan "akulah pembela melayu"......ini lebih sesuai:- Umnoo = penindas bangsa melayu..

    -ajb-

    ReplyDelete
  6. xda tanah cari, ada tanah juai..taktau laJune 22, 2009 at 9:51 PM

    yg paling sedap ialah kalu kita kmpuln melayu islam filipina, PERANG Utk sekangkang kera. rasa kita kena buat prgm 'JENGOK JIRAN KITA'. jd anak angkat kwsn panas tu.. BARU tau susah gila walau bersatu brpadu camana2! bila desperate cari Malaysia jg..! tu la..dulu da silap pangkah.. DAP da jaga, minta tolong thailand la pula..ops, depa pun kena smbelih jg..tingal indonesia la sj..tp mrk makan pun xcukup juga..DEPA pun kutuk Mesia.. kata org melayu xhilang ddunia.. skrg ni org melayu da hilang di mesia..

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.