Salamulllah,
Saya suka straight to the point...
(geram juga bila hantaq pi ke blog dan forum Sdra anwar, dia punya moderator asyik tolak saja. Aku tulis bukan kat moderator , aku tulis untuk anwar, pasai apa depa sibok sangat)
Dassat, dassat. Semuanya salah. Buat itu salah, buat ini salah. Heran juga kami, semua kesalahan tu timbui waktu la ni. Pasai apa waktu Anwar jadi TPM dulu benda2 pasai rasuah, tol, tax dan sebagainya yang menekan orang Melayu, kome tak nak hapuskan. Walhal kome pegang jawatan Menteri Kewangan.. Takkan takut nak lawan Mahathir dan bagi pendapat yang bernas dan jitu macam sekarang kot. Tup-tup la ni nak buat itu, nak buat ini... cuba pakat pikiaq, salah sapa?
adakah nak salah satu puak saja atau Datuk Seri juga salah. Ni yang dok kata kok tu kok ni tu, menatang apa. La baru nak kata terbit mai. Pasai apa semua keluaq mai waktu la, pasai apa dulu lagi tak keluaq itu salah ini salah. Pasai apa do habaq pasai rasuah la ni, tak kan dulu Dato Seri tak pernah buat kot. Tak kan tak ingat waktu di Sungai Besi, waktu Barisan nak bertanding dengan Pas, sapa yang suruh wakil Pas tarik diri... Tak pa lah kalau lupa. Tapi nak tanyalah yang waktu Dato jadi Menteri Pendidikan dulu, kami dok perhati ada sorang Pakistan dari Kg Melayu Padang Besaq, Perlis dok keluaq masuk dalam pejabat Dato sampai naik lunyai macam rumahtangga dia. Bila kami chek, semua lesen ap dato yang bagi, lesen minyak, lesen beras tah lesen apa lagi sampai kami naik takut nak jumpa dato pasai kena jumpa dia dulu.
La ni sedaq tak kita kerana dato nak kuasa, dato dok penaya semua orang. Melayu sama Melayu bergaduh, India dah mula besaq kepala, Cina dah tentulah sebab depa dok pegang ekonomi Malaysia. Depa banyak duit. Tak taulah kot depa dok sponsor dato... saja kata no.
Ni satu lagi, waktu mula nak buka Keadilan, tup-tup depa mai jumpa kami, wakil abim, suruh kami buka cawangan Keadilan satu negeri(toksah sebut tang mana) dan berjanji nak bagi kat kami satu cawangan seribu, lagu mana pulak tu dulu. Kami tanya jugak depa, hangpa dapat duit mai mana banyak2, padahai waktu tu Dato Seri dok dalam penjara. Hebat juga no. Takkan kot tiba2 saja orang nak derma mcm tu banyak untuk buka parti keadilan.
Sebenaqnya, kami yang dok bercakap ni adalah orang yang cukup hormat kat Dato Seri malahan cukup rapat dengan dato seri.(Kalau setakat depa yang dok keliling dato la ni, biji mata depa tu hanya nak ambik kesempatan saja-Dato pun tahu kerana dato juga mengaji haqqulyakinwahaqqulhaq macam kami juga). Waktu tu, dato serilah jadi idola kami. pasai waktu tu dato seri Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Pendidikan.
Kami ingat lagi waktu di Pasir Panjang masa ikut kursus Wirajaya Pemuda UMNO, Dato bukan main cakap lagi dalam terang bulan tepi pantai. Dato dok atas batu. Bercerita pada kami tentang semangat Melayu. Cerita tentang kedudukan rakyat Melayu yang kian berkurangan peratusannya. Bercerita mcm mana Cina nak ambik alih Malaysia dan apa orang India nak buat. Sampai keluaq mai pepatah kalau jumpa ulaq dan ......, sakai.... dulu. Tapi sayang, segala semangat Dato dah tak serupa dulu... pasai apa.
Oleh kerana kami terlalu komited pada Dato, sampai waktu dengaq kata Dato nak kena tangkap, sebiji nasi pun tak boleh telah, mcm tu punya sayang kami kat dato. Turun mailah kami ke KL, check, siasat, bertanya, dengar cerita dan bentuk barisan mengkaji. Semuanya biro pendidikan yang terdiri dari cikgu2, tapi lepas tu kami teruih diam sampai ke hari ni. Kami tak terlibat dalam mana-parti politik. Tapi bila tengok keadaan umat malaysia yang macam-macam, naik risau juga kami. Semua pemimpin Melayu jadi ketegaq bana termasuk juga Dato seri. Nak kata sebelah pihak tak kena juga pasai masin-masin ada agenda masin-masin.
Ni la ni, kelompok kami dah tak larat nak tengok lagi. India bukan main naik tocang lagi. Cina dok tepuk tangan. Cuba dato seri pakai selipar, pakai ketayap, t-shirt leheq bulat hak comot sikit, berjalan mai tengah kuala lumpur ni sambil tu bawa keta yang tak bayaq finance 3 bulan. cuba buat-buat bodo dengah pekan sampai kena horn. barangkali baru dato seri dapat rasa panasnya suasana sekarang. berjalan, toksah pakai eskot. tak kan takut mati kut. jangan dok asyik naik keta mewah saja dengan eskot. kalu mcm tu mcm mana nak tengok keadaan sebenaq. jadi ghandi, berjalan kaki tak pakai kasut. tak kan kotoq kut.
Kalu dah bejalan dan rasa, tok kena insaflah bahawa latah tok seri akan bagi kesan pada rakyat khususnya orang melayu. dulu tok seri sama dengan saya dok ajaq lagu "ANAK KECIL MAIN API" di Pasiaq Panjang dan di Sungai Besi. tup-tup la ni tok seri pula bagi api suruh budak kecik anak melayu main api. apa bana ni?
tok seri,
depa ni, orang melayu bukan berapa faham sangat pasai undang-undang. berapa kerat sangat orang melayu faham pasai undang-undang. berapa kerat orang melayu tau pasai sejarah. kami dok mengajaq sejarah, cikgu pakar pulak tu, kami taulah pengai anak-anak murid kami. yang mana masuk sekola menengah taun 75 ke atas, sejarah adalah mata pelajaran yang cukup baloq liat nak belajaq. jadi mcm mana budak-budak melayu nak tau sejarah dan undang-undang pasau nak belajaq undang-undang kena tau sejarah kan ka? kalu dato seri yang faham undang2 dok provok benda tak tentu kalu kat orang melayu terutama generasi yang umuq 20 sampai 38 taun, tak berapa eloklah untuk orang melayu kot.
Nak berjuang apa sampai orang melayu dok bergaduh dan india dan cina naik kepala. mcm tu tok seri kata perjuangan? perjuangan apa tu? perjuangan sapa tu? Kita dulu pernah dok bersembang pasai pepatah " if we cannot win them, we join them" tok seri denga saya juga yang dok mengajaq menatang ni pada pemuda UMNO dulu. tak kan tok seri tak reti dah kot.kalau mcm tu barulah rakyat bulih kata tok seri berjuang untuk orang Melayu kerana dari kami kenai tok seri termasuk juga mahathir kenai tok seri, tok seri adalah seorang yang cukup tebal semangat perjuangan melayu sampai nak repair bumbung sekolah srjk(c) pun tok seri tak luluskan dulu.
hai, tak taulah apa nak jadi dengan bangsa melayu. tok seri pernah bercerita pasai sikitol negeri melaka sekarang tok seri sendiri nak jadi sikitol pulak. pelik kot! hai, tak taulah apa nak jadi dengan bangsa melayu. tok seri sendiri pernah berhujah pasai martabat nafsu pada orang melayu, nafsu amarah , lawamah dll dan nak duduo dalam martabat nafsu-nafsu tu kenalah hancurkan istana iblis di hati kita tapi tok seri sendiri tak dak darjah tu. yang kami dok nampak adalah sifat-sifat mazmumah yang makin tebai dalam hati tok seri. dok mengata sana , dok mengata sini. apa hai yop.
hai, tak taulah apa nak jadi dengan bangsa melayu.tok seri sendiri pernah menggerakkan kader2 pemuda dengan slogan " if we cannot win them, we join them" tapi tok seri sendiri buat bagi selisih faham orang melayu. hai, tak taulah apa nak jadi dengan bangsa melayu.tok seri la ni bukan main baik dengan DAP dan PAS sedangkan dulu bukan main mengata kat depa. lidah letak tang mana?
hai, tak taulah apa nak jadi dengan bangsa melayu.dulu tok seri sendiri dok lulus lesen magnum, toto dan kuda, pasai apa di bagi juga lesen tu walhal lesen tu hanya lulus oleh Menteri Kewangan iaitu tok seri sendiri. kalau dari dulu tok seri bekukan, orang melayu kita tak berjudi. tok seri pakai selipar dan t-shirt, pi tengok sendiri kedai2 judi berlesen.. masyaallah. satu lagi lesen judi genting highland sampai cina tu mati pun kambuih dengan kereta mercedes... pasai apa.
La ni kami tak mau cerita banyak2, orang marah kat kami, tapi untuk pengetahuan tok seri kami sekeluarga bergaduh kerana tok seri tau, kerana falsafah dan sikap tok seri yang nampak jenuin dulu. kami dengan kak kami yang sama2 dalam kementerian pendidikan bertelagah sampai sekarang pasai kami orang kuat tok seri dan dia dok kerja dibawah pejabat tok seri kementerian pendidikan, kami di luar juga kementerian pendidikan. Nampak sangat pertelingkahan kami tak berbaloi dengan kerenah polotik tok seri.
La ni tak mau cerita banyak2, harap tok seri dapat pikiaq dan kenang balik waktu dulu, waktu kita sama-sama berjuang, dan aku nak tengok balik kawan, sahabat, pejuang dan idola aku berjuang kembali di landasan yang benar dan betul dengan tidak mengenepikan kepentingan bangsa. Andai itu saudaraku Anwar laksanakan dengan strategy yang betul dan tepat tanpa melukakan hati mana-mana pihak dan mana2 bangsa dengan mengambil kira kepentingan orang Melayu sebagai asas perjuangan , sahabat-sahabat kita yang dulunya bersamamu dan mengharapkan saudara anwar bakal menggantikan mahathir sebagai Soekarno Malaysia dan pemimpin ummah akan kembali berdiri di belakangmu, namun andai saudara membelakangi perjuangan kita dahulu, kami hanya akan berdiam di dan melihat segala kemusnahan bangsa dan negara ini dari petualangan dalam dan juga luar negeri khususnya Yahudi. Andai perubahan itu berlaku kepadamu saudaraku Anwar, akan ku petik jariku mengarah barisan mendokong cita-cita bangsa agama dan negara kerna dirimu dan diriku amat tau siapa apa itu, Agama (ALIF), apa itu bangsa(BA) dan apa itu tanahair (TAA)
Buah salak buah kedondong,
buah beringin dalam perahu,
bukan salah ibu mengandung
hanya dirimu tak ambil tahu
Salamunkhaulanmirrobbirrohim
TOK KENALI3
peliwat , mana nak ingat benda lain. ingat benda tu aje
ReplyDeleteHuh.........panjang nyaaaaaaa....Sampai naik lengoh tengkok teman membacanya.Manusia yg dimaksidkan tu mana nak faham.Dia sdg dubuai dan dirinya dah hapuih dgn kuasa dan dendam.Yg penting jawatan perdana menteri igauan nya.Sepatutnya dia sudah lama telah dihapuskan dari mukabumi ini.
ReplyDeletePERGHHH DASAT2!!..AGAKNYE 'ANU'WAR KENE SUNTUT DGN JIN LAHANAT SAMPAI JD MCM TU SIOTT!!
ReplyDeleteYA Anuar mudah lupa.., disaat ekau dmusnah gila, aku xtidur 2hari2mlm!! mmg xdpt tidur le. aku tanya adikku tnkatan 2, rupa2nya dia pong pening kepala..DAN best nye disaat ekau dbebaskan. aku bukan main gembira gila. YA Sangat gila! YA 7Bulan lalu aku bgaduh ngn ibubapa.. aku kata aku skrg sangup bunuh dia..mrk geleng kepala...memang trbalik gila.. so aku paham gila prasaan kau TOK KENALI yg dah gila.. satu je komen luahan tulisan tok ni..oo my God.. panjang gila...
ReplyDeleteaku x heran...
ReplyDeletenyawa dah kat hujung tanduk..
buat ape saja asalkan diri dia selamat...
matlamat menghalalkan cara
aduhai wajarnya wakil rakyat bn digantikan dengan bloger..baru nampak serangan ya tak.
ReplyDeletehuaaaaa ... panjang gilesss, nak paham word2 lagik ...kuikuikui!!!
ReplyDeleteUIk, setuju GAP, Blogger jadik wakil rakyat!!!! merasalah ~~ huaaaa
pergh..
ReplyDeletebagus surat nie..
keluarga aku pon gaduh2 sbb anwar dulu..
la ni dah ok dah siket..
entah apa nak jadik la nie kes tangguh lagi..
sudah2 la nuar.. hang bagi porak peranda melayu buat malu keturunan waris la nuar.. FU nuar..
p/s-->makin lama mmg aku tekanan dgn anwar nie.. sheisse..
Blogger lagi baguih jadi YB,
ReplyDeleteyg dok atas tu bukan tau apa pun..
erm.. bila agak nya nak merasa panggil YB GAP ni hihi
Iblis kan tahu kewujudan Allah dan mengakui Allah tu Maha Berkuasa, tapi iblis tetap dengan sumpah untuk menghancurkan manusia.
ReplyDeleteBegitu juga dengan AnWAR, dia tahu apa yang patut buat sebagai seorang mukmin (seperti bermuhabalah), tapi sebab dah rasa dirinya bakal jadi penghuni neraka, sebelum mati nak bawa seramai mana manusia untuk ikut bersamanya. Jadi berhati2 dengan iblis bertopengkan manusia ini....
Syukurlah.Masing-masing sudah mula nampak dan sedar. Aku bukanlah rapat sangat dengan Non (nama di kampong) tu. Tapi dia merupakan idola aku selepas Tun. Memahami sedikit cerita tentang semangat Melayu Non, aku mengharapkan tak ada orang lain lagi yang layak ganti Tun.
ReplyDeleteTetapi sayangnya, segalagalanya musnah dan hancur. Semangat Melayunya berubah. Tergamak dia mengistiharkan Malaysia Bukan Melayu yang punya. Malaysia Cina dan India yang punya.
Aku lagi kecewa bila terbaca Non dalam diam-diam berbaik-baik dengan beberapa pemimpin Yahudi dan sekarang sedang berusaha untuk membawa Islam liberal ke Malaysia, seperti yang terdapat di negara jiran.
Bagi aku mengkhianati agama dan bangsa adalah perbuatan yang tak boleh dimaafkan. Tapi aku hanya mampu mendoakan: “Ya Allah, ampunnilah segala dosa sahabatku ini. Bukakanlah pintu hatinya supaya ia kembali ke jalan yang benar, jalan yang selama ini menjadi pegangananya, demi agama dan bangsanya. Amin”
WOIII SAPE SOKONG GAP JADI YB SILA ANGKAT KENING!!..AKU ANGKAT KENING DULU RRR!!..AKU SOKONG KO GAP!!!..BILE NAK MASUK NAME BRO??..JGN LUPA KASI WA JD PENGAPIT LU BRO! HEHEHE
ReplyDeleteNama anwar akan tercatat dalam sejarah tanahair sebagai sikitul kedua pemecah belah,pengkhianat dan penghancur Melayu dan Tanah Melayu.
ReplyDeleteNampaknya semakin ramai pendokong anwar dulu2(termasuklah aku)yg telah sedar(dah lama sedar sebenarnya).Momentum ini harus diteruskan dan ditambah lagi kuasanya supaya setiap Melayu(yg bukan barua)menolak agen mata satu ini(bkn aku kata,tp merujuk kpd bendera parti dia)dan melenyapkannya terus(bkn bunuh ya)dr mukabumi Melayu ini.