Thursday, August 6, 2009

RAYUAN GAP KEPADA DS NAJIB,SHAFIE APDAL TENTANG MARA.

salam kepada saudara ku sekalian. aku mohon maaf kerna tak dapat update blog hampir 2 hari. broadband kena potong,laptop dah jual sekarang ni berkejar masa menulis blog kat cyber.

RAYUAN GAP KEPADA DS NAJIB DAN PAK SHAFIE APDAL TENTANG MARA

aku suka bercakap jujur. namun jujur kata ini janganlah dianggap sebagai membenci. gap dan beberapa antara peniaga melayu yang memohon pinjaman MARA. kepada PM dan dato shapie, gap ada memohon pinjaman perniagaan MARA pada januari 2009.

hingga ke hari ini, permohonan gap dan kebanyakan peniaga lain masih belum kami perolehi. puasa dah nak dekat, bisnes pun dah nak bungkus. gap ada buka 2 kedai buruk lagi hodoh tepi jalan aje, satu cyber dan satu lagi telekomunikasi. cyber dah tutup kerna tak mampu menanggung kos maintenance bulanan.

pendapatan gap kini bersandarkan kepada kerja repair pc/hp. itupun bukan selalu. kadang2 gap memerhati kerajaan menjaga bagai menatang minyak yang penuh kepada orang kerajaan dan felda,sabah sarawak,golongan itu dan ini... hati kami teguris.

kepada ds najib dan menteri mara shapie apdal, bantulah kami peniaga melayu yang hina dan hidup merempat ini. aku perlu bercakap jujur kerna dah berbulan aku turun naik pejabat MARA klang dan negeri selangor menagih simpati agar permohonan aku diluluskan. sayang jawapan yang diterima dana tiada.

aku meminjam kali ke2. rekod pembayaran aku baik pada peminjaman pertama. sekarang kepala aku tengah semak,mungkin sama semaknya dengan pemohon mara yang lain.

aku memohon simpati. aku tak perlu malu. aku pinjam MARA bukan free, aku bayar balik. kepada sesiapa yang ada kabel atau terbaca kisah gap, aku mohon bantuan tuan. sampaikanlah kepada ds najib dan dato shapie apdal akan rintihan peniaga melayu macam aku. dato ketua bahagian ke,pak exco ke,pak menteri ke...kalau korang ada kabel bantulah gap dan peniaga melayu lain.kali ini aku mohon bantuan tuan.

memanglah aku dikenali, nama pun gap. kerlipan flash kamera malam perasmian blog oleh dato noh buatkan aku macam superstar.gap kaki hentam anwar dan pakatan.lantang membela kerajaan. tapi superstar aku kategori penyu rantau abang,diperhati dipuja,ikon itu dan ini, TAPI HATI PENYU MENANGIS SIAPA YANG TAHU .

sekali lagi aku dan peniaga melayu lain mohon simpati dsnajib dan dato shapie apdal, pandanglah rayuan hina peniaga melayu yang mohon MARA ini. tolonglahhhhh dato.segerakanlah penyaluran bantuan pinjaman mara gap dato.. masa 1 jam dah nak habis, cerita selangor makin banyak... aduhai ..dalam masa terdekat aku update lagi. bro sekalian, kalau ada kabel tolonglah gap pasal MARA ni. aku bukan politician,takde kabel. DATO PERCEPATKANLAH SALURAN DANA PINJAMAN MARA GAP . tk

14 comments:

  1. mudahan rayuan bro gap dibaca oleh datuk noh omar dan disampaikan kpd ds najib dan shafie apdal..insyaallah.

    ReplyDelete
  2. Akum,

    Ahad 09/08/09 ini ade Hari Penggunaan di Pusat Rekreasi Cheras Jalan Peel, mungkin GAP dapat bertemu Menteri dan wakil-wakil yg berkenaan.

    Nani Cheras

    ReplyDelete
  3. COME ON DS NAJIB DAN DATO SHAFIE APDAL, BANTULAH SAHABAT SAYA NI, SESUNGGUHNYA KAMI NI BUKANLAH BLOGGERS YANG DI BAYAR PUN, KAMI SEMUA SEDANG MENGAHADAPI MASALAH, NAMU SEMANGAT PERJUANGAN KAMI TAK PERNAH LUNTUR DAN TIDAK AKAN, KAM TIDAK MAHU WABG IHSAN KAMI CUMA MAHU APA YANG HAK SAHAJA!

    BUKANKAH MARA INI UNTUK BANTU ORANG MELAYU? MAKA BANTULAH SAHABAT SAYA INI! TERIMA KASIH!

    ReplyDelete
  4. Salam saudara GAP, I'm a big follower of your blog, just wanna be straight....from my point of view, what you're doing is a noble thing. You're a great asset for the country ( saya bukan nak kipas saudara, atau trying to exaggerate), tapi apa yang anda lakukan selama ini di blog anda, menunjukkan betapa semangat pejuang seperti anda merupakan 'rare species' dikalangan orang-orang Melayu zaman sekarang. Saya akan sentiasa menyokong anda, selagi apa yang anda lakukan membawa benefit kepada orang Islam khususnya kaum melayu. I think i know someone that can assist u with your MARA loan. Please contact me through my mail at morellojr75@gmail.com. Saya rasa anda tak perlu publish comment ini kerana ia akan mengundang banyak tohmahan serta fitnah, terutamanya dari musuh-musuh anda. Akan tetapi, jika anda rasa ok with it, saya takde masalah. Niat saya ikhlas, anda merupakan satu aset yang amat bernilai kepada bangsa kita...Keep up your good work bro..

    ReplyDelete
  5. uikkkkk ... huhuhuhuhu

    Good Luck Bro GAP

    ReplyDelete
  6. yes gap..itulah sunah brjuang..kalu kaya raya mcm jinggo tu jadi penakut buat apa ,buat menyemak politik tanah air ni je...

    ReplyDelete
  7. MORELLO saya akan hubungi anda secepat mungkin. tk byk2 sahabat.

    nani tk

    bro mat ..tk

    parpu
    tk

    hobbit tk

    ReplyDelete
  8. Saudara GAP, saya amat bersimpati dengan nasib anda. Jika saya berkemampuan, saya pasti akan menghulurkan bantuan kepada anda sebagai tanda menghargai perjuangan anda. Tapi apa kan daya saya tak dapat membantu anda. Saya menyeru kepada pemimpin khususnya daripada UMNO, berikan pertolongan agar masalah GAP ini dapat diselesaikan segera. Kesianilah GAP ini yang benar-benar perlukan pertolongan dan bagi saya saudara GAP ini berjasa juga kepada UMNO secara tidak langsung. Jadi wahai pemimpin UMNO khususnya dan sesiapa sahaja diluar sana yang ada jalan penyelesaian terbaik kepada masalah GAP ini, bantulah saudara GAP ini jangan sampai dia merajuk nanti sepi blog GAP yang banyak mencetuskan kesedaran politik kepada kita semua.


    - Azhar Rawang

    ReplyDelete
  9. Salam Bro GAP,

    Saya adalah warga Singapura yang tertarik dengan semangat juang saudara.
    Satu masa dulu saya mengggemari tokoh DSAI tapi sekarang tidak lagi setelah mengetahui kebenaran.
    Semoga saudara berjaya dalam permohonan MARA nanti. Insha ALLAH. Amin.

    Tampines.

    ReplyDelete
  10. did u try TEKUN i wonder... yelah what happen to tekun now ada lg ka...

    ReplyDelete
  11. bro GAP,

    1.Itulah nasib melayu, mana jutawan-jutawan dan hartawan UMNO yang kaya-raya melalui kerja-kerja kerajaan dan sebagainya???

    2. Tak kan tak nak bantu anak bangsa kita dalam memajukan perniagaan.Alah kalo sponsor sana-sini puluh/ratus ribu leh habis..ini nak sumbang bagi majukan bisnes bangsa sendiri pun masing-masing buat bodoh jee..

    3. Inilah dia masalah jutawan UMNO..nak bantu or buat bisnes dengan pelabur luar je, pelabur kaya dan hebat jee..dengan bangsa sendiri yang merintih ni..eemmm..tu sebab la semua bandar-bandar/bukit/pulau bangsa asing yang monopoli..

    4. bangsa kita terutama jutawan UMNO yang buat kerja untung berjuta/berbilion tu buat tak tahu jee..lepas tekak sendiri..pergi mampus lah bangsa sendiri..rumah,tanah,kedai semua depa balun dan kongsi untung dengan bangsa-bangsa cina...bangsa sendiri kais sendiri lah...

    5. Bangsa kita kalo yang kecik-kecik yang belum pasti berjaya ni pi jelah merintih dengan kerajaan (MARA,PNS,SME...banyak lah) tapi nak dapat kena 'buli' dulu..berbulan/tahun lamanya...pinjam dengan 'ALONG lagi 'efisien'..

    6. Bukanlah tak percaya..duit kerajaan memang banyak untuk bangsa kita seperti yang dibentangkan dalam 'budjet'..tapi bila mohon tak ada duit pulak..mana perginya duit2x tu???..

    7. Aku memang faham sangat dengan masalah peniaga melayu ni..tapi aku tak faham dasar/sikap kerajaan dan pemimpin ni bila nak bantu peniaga bangsa sendiri..

    8. Kalo yang rapat-rapat (kroni) dengan seorang pemimpin tu...1 minggu ke 1 bulan je dah selesai..kalo GLC tu lagi lah..tak payah mintak siap bagi dan bantu lagi..ishh..(bukan sikit-sikit)tak faham lah aku..

    wasalam..t.kasih..

    'anon tanpa nama'-ikhtiar selagi bernyawa

    ReplyDelete
  12. masalah 'penyu menangis siapa yang tahu' ni bukan saja pada saudara tp juga pada saya, seorang penulis yg makan gaji di Utusan Melayu, berjuang bab melayu berdegar degar tapi gaji ciput :-) surat khabar yg tak berjuangn melayu gaji lagi besar

    p/s: terasa nak beralih arah, tapi hati tetap berjuang!! (nak berjuang untuk keluarga dulu..kemudian barulah kuat sikit semangat nak perjuangkan melayu)

    ReplyDelete
  13. SLM BRO..BLOGGER MCM KITA NI ORG TAK KAN PANDANG WLUPN KITA BERJUANG UTK MEMPERTAHANKAN NEGARA. DEMI UTK KESENANGAN MEREKA. IBARAT LILIN YG MEMBAKAR DIRI SENDIRI DEMI UTK MENYELAMATKAN ORG LAIN DARI KEHANCURAN..EASE UP BRO..INSYALLAH KITA AKAN TERUS BERJUANG WLU DLM SERBA KEKURANGAN

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.