Tuesday, August 18, 2009

SELANGOR BANGKIT :GERAKAN HALUS IFC DALAM PENTADBIRAN PAKATAN SELANGOR !

ini adalah kenyataan JAIS (jab agama islam selangor).. membaca komen bantahan JAIS kita dapati akan ada hint tersembunyi yang dilemparkan..perjuangan IFC semakin subur di bawah pentadbiran kerajaan pakatan haram selangor .. perhatikan senarai gambar exco selangor, 5 non muslim ini adalah pejuang tegar IFC manakala 5 exco melayu yang selebihnya merupakan pak angguk yang sanggup menggadaikan apa sahaja demi pangkat..


SHAH ALAM 17 Ogos – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjelaskan keputusan pembinaan rumah ibadat bukan Islam di negeri itu termasuk di Seksyen 23 di sini yang mendapat bantahan penduduk Islam ditentukan oleh jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Exco berkaitan portfolio berkenaan.

Pengarahnya, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, amalan itu adalah berbeza dengan dahulu iaitu sebarang pembinaan rumah ibadat bukan Islam sama ada kuil, tokong dan sebagainya diputuskan oleh jawatankuasa negeri yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sendiri.

Ekoran itu jelasnya, selepas Selangor diperintah kerajaan campuran urusan berkaitan pembinaan rumah ibadat bukan Islam diputuskan oleh Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam yang dipengerusikan oleh Dr. Xavier Jayakumar. Xavier adalah juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor.

‘‘Maka itu dalam soal cadangan pembinaan kuil di kawasan majoriti Islam di Seksyen 23, kita mahu supaya kerajaan negeri menimbang semula pembinaan kuil di kawasan berkenaan.
‘‘Pertimbangan sedemikian perlu dibuat kerana isu pembinaan rumah ibadat itu dikhuatiri akan menimbulkan ketegangan di kalangan rakyat di Selangor terutamanya melibatkan soal agama,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Muhammed Khusrin menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan negeri mahu membina sebuah kuil di seksyen tersebut.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan penduduk dan menuntut kerajaan negeri memberi kewajarannya kerana hanya terdapat 40 penghuni India di situ berbanding kira-kira 400 orang Islam tinggal di kawasan tersebut.

Beliau menambah, walaupun terdapat perubahan dari segi amalan pentadbiran tetapi pembinaan rumah ibadat bukan Islam di kawasan majoriti umat Islam perlu dipertimbangkan bagi mengelakkan rasa tidak puas hati sehingga mengundang perkara-perkara yang tidak diingini.

Namun beliau berharap penduduk Islam di kawasan terlibat khususnya tidak bertindak di luar batasan agama dan undang-undang ekoran bantahan itu sebaliknya menghormati antara satu sama lain tidak mengira apa kaum dan agama yang dianuti.

17 comments:

  1. MANA PEGINYA USTAZ-USTAZ KAT JAIS YANG SELAMA NI KONONNYA MENYOKONG KUAT PEMBANGKANG....YANG DULUNYA BENCI SANGAT PADA BN...MANA DEPA NI...MANA.

    PERCAYALAH...KALIAN JUGA BERSUBAHAT DENGAN APA YANG SEDANG BERLAKU DI SELANGOR, KERANA MEMILIH SYAITAN DAN MUSUH-MUSUH ISLAM.

    BERTAUBATLAH...DAN KEMBALI BERAZAM UNTUK KEMBALI KEPANGKAL JALAN DAN MENGEMBALIKAN KESUCIAN DAN MARUAH ISLAM...ALLAH AKBAR!!!

    ReplyDelete
  2. Bahaya IFC ni, kalo tak silap ni pergerakan Yahudi atau pergerakan Nasrani...

    eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

    ReplyDelete
  3. selangor akan jadi syurga bagi penganut hindu di malaysia. tahniah PR dan PAS Selangor. Tahniah

    ReplyDelete
  4. Kasihan, sesungguhnya Melayu itu sentiasa didalam kerugian yg nyata tetapi sebahagian besar mereka tidak mahu menyadarinya.

    Sedih, memang menyedihkan.

    ReplyDelete
  5. gap..

    tulisan yang bagus.
    gap selalu amik link dari blog rakan lain -

    apa kata gap buat duit untuk setiap kali lik 2 di klik

    cuba linkucks nie.
    free ja - http://www.linkbucks.com/referral/134909

    boleh cover duit tenet kira ok la

    tahniah

    ReplyDelete
  6. SALAM BRO GAP

    ISU DISINI IALAH TAPAK ITU BERSEBELAH HANYA 50 METER DARI SURAU AL-JNNAH TEMPAT IBADAT ORANG ISLAM DI TAMAN TERSEBUT

    ESOK BILA AZAN GENG HINDU INI PAKAT TIUP TROMPET DAN BUNYI BISING LAMA2 BERGADUH DAN ADA YANG MATI


    INILAH PERSOALANNYA TETAPI ORANG MELAYU PAS DAN PKR TAK NAMPAK SEMUA INI

    ReplyDelete
  7. BEGITULAH SUBURNYA PENINDASAN TERHADAP MUSLIM DI SELANGOR. PRU13 KITA PAKATLAH RAMAI-RAMAI BAGI PR MENANG SELESA SUPAYA ISLAM DAN MELAYU TERUS JADI BARUA DI TANAH AIR SENDIRI. GOODBYE NEGARA ISLAM, GOODBYE HUDUD. NAMA ALLAH BOLEH GUNA DIGEREJA, BOLEH TELANJANG IKUT SUKA HATI, BANYAKKAN KUIL HINDU, ARAK BEBAS DIJUAL. HIDUP DAPA KAFIR HARBI LAKNATULLAH!

    ReplyDelete
  8. Tak tahu apa nak jadi dgn Selangor sekarang ni. Dahlah byk pembangunan terbantut, hasil kerajaan negeri menurun teruk, Exco semua buat hal & korup, premis haram tumbuh macam cendawan, hari-hari pemimpin kerajaan, MB & exco sibuk pasal politik dan mempolitikkan isu, byk buang masa dan EXCO PAS jadi pak angguk (PAS - Parti Angguk Sahaja)

    ReplyDelete
  9. salam said,

    Wali PAS kata OK, Lps tu ustaz-ustaz PAS pukul canang OK tiap-tiap malam.orang islam akan senyap saperti kisah-kisah lalu antaranya babi, arak perkataan ALLAH, rumah urut, Kedai Ekor.
    Apabila jadi mcm kat BOSNIA umat kena sembelih atau negara jiran kita baru nak sedar, waktu tu wali PAS pun dah tiada kat dunia ni.

    YA ALLAH SELAMATKAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA KHUSUSNYA DAN DISELURUH DUNIA AMNYA. AMINN

    ReplyDelete
  10. GAP.. tahniah dengan segala pendedahan berani.. dulu masa lepas PRU12, ramaila brader brader lepak kat kedai kopi, sambil ketawa besar, dengan kain pelikat dan kupiah dikepala.. kata mereka "Islam dah menang di Selangor".. sekarang semua terdiam, walaupun diam, tapi mulut ternganga sebab rasanya bangga kot dengan keputusan mereka dulu... well done pengundi pengundi yang menyokong parti kurang jar DAP, parti yang tak guna PKR dan tak lupa juga parti yang bacul PAS.

    Ya ALLAH, Ya Rabbi.. selamatkanlah uumat ISLAM dan bangsa MELAYU, di bumi Malaysia.. setuju dengan anon 18 ogos, 11.39pm

    ReplyDelete
  11. ini baru nak buat kuil.lepas ni tanah hak milik orang melayu pun nak di kebas....orang melayu dalam parti pas tak rasa malu ke....?

    ReplyDelete
  12. salam gap..

    kpd penduduk2 shah alam, lain kali pikir le dulu dgn waras sebelum wat keputusan,skrg sapa yg susah dan malu..tanggung le dgn ketabahan yea..bkn tak simpati pada warga shah alam, tp tu yang korang pilih..lain kali jgn buat lagi tau.. ( terus mendoakan agar umat islam di shah alam tidak diperlekeh kan oleh penyamun2 politik jalanan lahanat )Bangkit lah wahai warga2 shah alam,susun barisan dan perbetulkan keterlanjuran berpolitik anda..salah sekali bkn salah selamanya..

    ReplyDelete
  13. gap ni pandai becakap aje...maklumat byk amik dr utusan bangang...tu yg ko pun jd bangang..org kg blh la ko kencing barua///

    ReplyDelete
  14. Tahniah dari Rakyat Perak.

    Nak wat cam ner, anda semua telah memilihnya.

    Kesal pun tak berguna.

    Buat macam Perak, sebelum DAP laknat ni bermaharajalela membuat durja, tumbangkan kerajaan Pakatan Rosak di Selangor.

    Berjuang terus berjuang.

    ReplyDelete
  15. Weh Anon 2:18, kau tu lagi barua kau tau tak...ko ni melayu ke bangsa sial
    ? kalau kau tak sayang negara kau dari dijajah oleh kafir harbi jangan mula nak menghina orang lain...kalau dah dasar penyokong anak haram PKR dan PAS tu terima la hakikat akan jadi anak haram selama-lamanya..SIAL LAH PARTI PKR+DAP+PAS dan seluruh penyokongnya!!

    ReplyDelete
  16. gap ni pandai becakap aje...maklumat byk amik dr utusan bangang...tu yg ko pun jd bangang..org kg blh la ko kencing barua///

    August 19, 2009 2:18 AM

    ALOOOO BRO...

    LU YG BARUA BRO, MASUK PORT ORG TANPA IDENTITY...

    LU BKN JEK BARUA MALAH BACUL CAM PEMIMPIN LU ORG YG CKP LAIN BUAT LAIN..

    ReplyDelete
  17. aku pikir anon August 19, 2009 2:18 AM tu 1stly, mmg bukan melayu. 2ndly xtaula jiwa Islam dia letak kt mana. 3rdly dia mmg lupa selangor negeri bertakhta raja melayu. ape leh kata.

    tahniah gap. teruskan usaha collective ni. smoga pakatan haram selangor tumbang secepat yg boleh kerana umat Islam di malaysia tak snggup lg tengok Islam terus diperlekehkan di selangor..

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.