Wednesday, October 14, 2009

'KUASA KETIGA' MENUNJUK KUASA

aku bertepuk tangan terhadap apa yang berlaku kepada MCA. tepuk bukan sokongan ke arah kehancuran sebaliknya mengkagumi kuasa ketiga sewaktu sidang EGM sabtu lepas.

kuasa ketiga ini telah menjelmakan suara rakyat (sebut perwakilan MCA). suara ketiga ini jelas telah menggunakan ruang yang secukupnya (seadanya) untuk mempertahankan institusi MCA itu sendiri daripada menjaga 2 bontot pimpinan tertinggi.

pergeseran yang tiada kesudahan antara tee kiat dan soi lek mengundang kebosanan kuasa ketiga. manakan tidak, pergeseran ini tidak pernah padam sejak peristiwa pembelian akhbar nanyang selepas tahun 99.

bermula dengan pergeseran liong sik dan ah lek,ka ting dan jui meng diikuti dengan tee keat dan soi lek , krisis ini telah mengundang bencana. bencana esar kepada MCA dan bencana besar kepada barisan nasional.

dek kerana krisis parti utama inilah , DAP berjaya mencuri perhatian pengundi cina. ini fakta sama sepertimana pas berjaya mencuri ahli umno sewaktu era reformasi. pas dan dap tidak kuat, mereka menonjol bukan kerana mereka itu hebat dan punyai kredibiliti, sebaliknya mereka hidup atas kesengsaraan parti lawan.

hari ini kuasa ketiga dalam MCA telah menunjukkan taringnya. aku berharap ia menjadi pengajaran terhadap pimpinan umno negeri yang punyai krisis seperti di trengganu,perlis dan mana-mana pimpinan yang cuba merosakkan parti umno supaya shut up dan sila buat kerja !

6 comments:

  1. hahaha. bagus GAP bagus!

    ReplyDelete
  2. Walau apa cara yang akan dibuat oleh UMNO untuk membersihkan diri nya dari RASUAH ianya akan tidak berjaya. UMNO ibarat sebiji buah yang penuh dengan ulat, dengan mencuci kulit luaran nya sahaja akan tidak memberi apa2 kesan. Sepatut nya buah itu kena di potong belah dan cungkit semua ulat2 itu keluar. Selagi ulat2 ini masih berada didalam ianya akan tetap busuk.

    SATU MALAYSIA atau bahkan satu dunia sudah pandang UMNO pengamal RASUAH. Hampir semua pemimpin2 UMNO yang ada pegang jawatan sekarang terlibat RASUAH. Pemimpin2 UMNO yang takut atau kedekut hulurkan RASUAH semua nya telah tewas pada pemilihan PAU yang lepas.

    ReplyDelete
  3. Salam GAP,

    Jom kita tengok keputusan terhadap pindaan kepada perlembagaan!!!

    kuasa ketiga sepatutnya menjelmakan ilham yang sama didalam UMNO.

    dari underground the MALL....

    ReplyDelete
  4. GEREKKKKKK...UMNO PERLU CEPAT2 BERTAUBAT DAN BERUBAH!! HUHUHU

    ReplyDelete
  5. walawei,aku rasa MCA tetap beri undi pada pakatan

    ReplyDelete
  6. tuju bebeno teman wei..jd kan ini iktibar..jgn jd umno spt ketika zaman antah berantah baru2 ni.

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.