Wednesday, November 25, 2009

DS NAJIB ! TOLONG TENGOK GAMBAR NI ?!

ini adalah gambar dun selangor. bila gambar ini dirakam ? sewaktu sidang dun selangor membentangkan bajet 2010 2minggu lepas. perhatikan kerusi adun-adun umno..nampak tak adun nya ?

aku pernah begerak aktif selama 10 tahun dalam gerakan barisan alternatif. sebelum itu hanya berlegar di luar lingkungan partisan.

aku mengambil pendirian untuk menjadi lebih kritikal terhadap umno selangor. masa tambahan sudah tamat. kritik bukan bermakna membenci. aku hidup tak mahu membohong. konsep kipas,yes bos atau kaki aircond mengampu dan memberikan feedback yang palsu kepada najib selaku pengerusi umno selangor bukan cara aku.

aku pernah mengikuti rapat yb teng chang kim. dia pernah dan masih lagi bermusuh dengan kit siang dan guan eng selepas dia di sekat dalam percubaannya untuk menjadi jawatankuasa CC pusat DAP. ini berlaku sekitar tahun 2004.

DAP punyai masalah besar pada ketika itu. ramai pemimpin outspoken mereka seperti kerk kim hock sudah menggantung but. itu tanda surrender kerana tidak tahan dengan tekanan sikap diktator lim dua beranak.

teng chang kim masih bertahan dan terus bertahan. 2004 hanya 2 seat sahaja pembangkang (sebut barisan alternatif) menang... teng chang kim dan seorang lagi kawan rapatnya yang aku lupa nama.. kawan teng tu boleh cakap jawa..sori aku lupa nama..

teng membawa diri solo tanpa sahabat di dalam parti. pasca pilihanraya 1999, barisan alternatif yang dikuasai pas telah lari daripada agenda asal. pas membawa isu negara islam dan hudud. dap menentang dan keluar daripada barisan alternatif.

teng chang kim mati kebulur. walau bagaimana pun, dia ni gifted. aku pernah mengikuti satu ceramah nya beberapa minggu sebelum pilihanraya 2004. ceramah berlangsung di taman sentosa klang. hadirin sekitar 25 orang sahaja, itu termasuk petugas.

teng bercakap mengenai hudud dan negara islam. dia mengupas satu persatu akan isu dan permaslahan..teng pandai menghidu sentimen politik. dia pandai mengadaptasikan ruang untuk menjadi juru bicara hudud daripada bangsa cina. ini cara dia menonjol dan dia berjaya mengangkat dirinya untuk menjadi jurubicara politik.

itu cara dia survive dalam persekitaran politik walaupun dia berseorangan dalam parti dap dan hanya berdua di dalam dewan undangan negeri.

hari ini teng sudah menjadi speaker dun. peluang keemasan ini digunakan sepenuhnya untuk melakukan serangan maut terhadap umno dan barisan.

penubuhan selcat dan cadangan memperbadankan dun merupakan satu agenda paling sial sedang teng lakukan..ini bukan politik balas dendam, tetapi dia tahu cara menggunakan segala peluang yang ada untuk mengukuhkan cengkaman.

dulu teng hanya bersendirian tetapi kini dia sudah punyai kuasa.sesuatu yang tak pernah dia idamkan selama ini. dalam keadaan teng bersendirian pun dia mampu menghuru harakan sidang dun, apatah lagi sekarang.kias aku mudah, konsistensi teng menyelusuri ranjau akhirnya berbalas..kerana apa ? kerana dia rajin dan dia cukup vokal walaupun dia sebatang kara.

yang berhormat adun umno selangor pada saat ini cukup ramai. tapi ramai mereka umpama buih ombak dilautan, berkecai dan hancur bila ombak menghempas pantai.

ds najib hrus melihat gambar di atas. ini adalah foto daripada lensa kamera janice adun pakatan selangor. tengok betul-betul berapa ramai adun umno selangor yang hadir sewaktu pembentangan bajet kerajaan negeri 2010 ? boleh dikira dengan jari.tak percaya ? klik sini
http://hannahyeoh.blogspot.com/2009/11/lack-of-interest-by-bn-reps.html

ds najib betul-betul sedang dikipas. ds najib kena temberang. 1malaysia satu agenda cukup hebat namun implementasi yang dilakukan oleh adun umno selangor adalah null..kosong..rakyat didahulukan adalah slogan penting, tapi ia tidak kesampaian apabila 'wakil rakyat' umno sendiri tidak hadir sidang dan mewakili rakyat yang telah memilih mereka..

ds najib kena bohong.1malaysia hebat sepetimana manchester united. 1malaysia ideologinya hebat namun ia sudah lama berderai di pintu keluar pwtc selepas ucapan penggulungan ds najib sewaktu perhimpunan agung umno yang lepas..lagi teruk kalau kita tengok gambar sidang dun di atas.

ds najib, tolong beri amaran kepada adun umno selangor ! atau rombak sahaja jawatankuasa perhubungan negeri..! kalau tak tahu nak menyerang pakatan selangor, ds najib mesti jumpa kami..bagi kami masa 6 bulan, kami sedia huru harakan selangor ! kami tak main-main ..

22 comments:

  1. Tahniah bro. Perkara ni kini dalam perhatian Najib. Tunggu, kita pelangkong kepala yang masih lom sedar tu.

    ReplyDelete
  2. org macam diorg ni la yg hampir umno tengelam..Betul! minta DS Najib rombak balik Umno selangor nih..Macam sampah!

    ReplyDelete
  3. Saya nak tanya >>>> Tak ada ke Adun UMNO yang memboikot pembentangan baget 2010?

    ReplyDelete
  4. GAP, Aku cadangkan ko masuk website ni. www.pmo.gov.my. kat situ ko bleh pegi ke bahagian e-maklumbalas kepada Y.A.B PM Malaysia. boleh masuk bahagian politik lepas tu boleh ko luahkan apa-apa kepincangan umno secara direct kpd DS Najib. Jadi dia boleh tau apa pandangan blogger pasal umno dan boleh cari jalan untuk betulkan keadaan. Dia takkan ada masa nak jengah blog-blog mcm ni.

    ReplyDelete
  5. maksud aku masuk ke sini. http://www3.pmo.gov.my/emaklum/PMFeedback.nsf

    ReplyDelete
  6. hmmmm UMNO selangor dah lama karam.......................

    malas nak fikir kalau difikir makin merana diri...

    sedih memang sedih
    tapi ini lah hakikatnya
    selangor mcm ketandusan pemimpin yang berwibawa....

    ReplyDelete
  7. GAP. Setuju. Bukan main marah saya apabila lihat gambar tu beberapa minggu dulu.

    Tambahan pula, masa tu sidang pembentangan bajet negeri.

    Macam mana kami orang BN nak bangkang kerajaan Selangor kalo tak ada orang yang hadir !?

    Harap-harap BN Selangor buka mata dan sedar.

    ReplyDelete
  8. NUAR BERAHI BEKAS BANDUANNovember 25, 2009 at 9:44 PM

    Tahniah brother GAP.Bukan sekadar adun jer tetapi ketua2 bahagian,ketua2 wanita,ketua pemuda serta ahli2 fikir semua hampas,mungkin semua leka dengan peruntukan yang disalur melalui ketua bahagian,lepak sesama sendiri kalau sarang pr masing2 tkde tlog nak pergi berhujah.Tak bersemangat langsung,kalau pemimpin poyo anak2 buah apa lagi.Mungkin Nak kena PANTAT baru nak sedar.

    Heeee TakeRules95 misti suka bila tengok gambar tu dan baca artikal ni boleh buat modal copy n paste.Yok mak ko,antat ko suker la ko

    ReplyDelete
  9. salam....

    Mungkin berbeza situasinya bagi
    ADUN BN ni...jika MB bentang tentulah
    BN boikot kerana bukan masanya untuk
    membangkang.Bajet PR telah termaktub.

    Masa sesuai BN menyerang adalah bila
    masa soal jawap selepas bajet.
    Inilah situasinya yg sesuai.
    (setelah teliti dokumen bajet)

    Barulah kita nampak siapa kaki angguk
    sahaja Adun PR atau BN...

    (ikut gambar tu... sedang bentang
    bajet)

    tak betollah kata Adun BN tak buat kerja

    ****pendapat jer..

    ReplyDelete
  10. wakil rakyat selangor tu semua barisan pilihan Pak Lah jadi tak apalah. Pada PR 13 nanti harap DS Najib dapat memilih wakil rakyat yang berkomited terhadap tugas dan tahu tanggungjawab mereka di DUN sebagai wakil rakyat kerajaan atau pembangkang. Jangan layan calun yang ingin melobi.

    ReplyDelete
  11. jiwakita
    gambar itu diambil oleh adun subang.mainan pembangkang adalah persepsi, hanya pada satu gambar mrk boleh spin akan kemalasan adun datang sidang dun..

    masa serang ? ini bukan persoalan masa serang atau tidak. sidang dun bukan 365 hari direct..

    jangan jadi pemalas untuk mendengar hujah pakatan..

    ReplyDelete
  12. A'kum.

    Bab mengipas ni pulang lah kepada yang pandai mengipas, tak kipas kecik dia guna kipas besar. Adat politikus yang sentiasa dipraktik kan sampailah sekarang. The Insider, memang pelik kenapa mereka suka sangat pergi ke negara jiran. Excuse paling bagus...main golf le apa lagi. Tak kira lah kat mana dia orang ni pergi, tapi pelik sepatutnya seorang ADUN masanya penuh bersama dengan masyarakat, ini tidak dok keluar masuk menghabiskan tax payers money. Kita di Selangor ni silap haribulan jadi dengan Kelantan. Tak kerja pun tak apa duit peruntukan bahagian, Jabatan-jabatan dan Kementerian turun direct ke dio ore. Peruntukan sama aje dengan negeri2 yang menang.

    Rileks lah jadi pemimpin2 macam ni. Duit masyyukkkk kerja ala kadar, kaki kipas banyak. Sebab tu lah dio ore bermati matian nak jadi ketua bahagian,wanita,pemuda dan puteri. Janji power kuasa mesti ada, Warloads yang aku tahu dio ore panggil disana. Selangor nak jadi macam ni jugak ke??!! Tapi ada segelintir pemimpin di sana yang elok, kira boleh kita dengan satu tangan je le.

    Najib sepatutnya dapatkan maklumat dari Immigresen sape yang slalu sangat keluar negara ni. Penat lah dia kalau buat kerja sorang sorang. Dato Noh yang aku tengok memang sibuk dengan Kementerian, Tetapi masih ada masa turun ke padang di Selangor. Tak kira lah guna Kementerian ke, Jabatan ke, agensi dan lain2. Abis buat apa jadi Menteri kalau tak boleh guna Kuasa Kerajaan. Kita masih berkuasa, hanya tinggal ini sahaja yang dapat kita gunakan. Janji kerja jalan. Tak semua kerja boleh di ceritakan, ada yang tersirat, gerak kerja dia orang ni. Underground ke, undersea ke yang penting mesti laksanakan.

    UMNO Selangor dan UMNO tak kira mana2 lah, memang miskin. Yang kaya nya orang UMNO tu sendiri. Tapi tak semua orang UMNO yang kaya. Hanya segelintir sahaja. UMNO Selangor...dulu duit berjuta juta, tau tau abis lesap tah kemana. Sian gak tengok dia orang ni, terkial-kial cari duit sana sini nak menampung kos. Yang aku pelik lagi kalau lah kita hitung aset kita yang ade , Ya Allah... sangat memalukan, mengaibkan. Nama aje negeri maju, yang menjaganya dulu pun orang UMNO, aset dari tahun pak kadok sampai sekarang tu je lah. Dah cukup lah sampai di sini. Salam

    ReplyDelete
  13. Bukanke ade ADUN2 UMNO yg kene banned dari dtg persidangan?? mcm khir yg kene banned setahun??

    -tlg betulkan klu salah.

    ReplyDelete
  14. tasek
    adun umno yang kena gantung 6 org je.. dalam gambar ada lebih kurang 5 orang..balance pergi mana ?

    main jongkang jongket kot

    ReplyDelete
  15. Memang tak patut bagi ADUN BN sebagai wakil rakyat yang telah di
    lantik olih rakyat menggabaikan tugas dan tanggung jawap mereka untuk berada di Dewan Persidangan Undangan Negeri...!!inilah dia politik ISA(Ikut Suka Aku)yg tak sepatutnya diamalkan olih ahli politik yg serius.. ADUN2 ni hanya mementingkan diri sendiri aje..!!

    Jangan pula jadi macam ADUN SiPuteh
    Kedah,apabila kerusi diistiharkan kosong,barulah terhegeh2 nak pertahankan...!!KALAU awal2 hadir
    persidangan,kan tak KECOH..!!

    SIKAP NEGATIF wakil Rakyat BN perlu
    ditegur..!!PERKARA PONTENG dan tak
    HADIR PERSIDANGAN pun sering berlaku di DEWAN RAKYAT olih MP MP!!Maka tidak hairan lah kalau RAKYAT/penggundi2 nanti BERTINDAK memilih Wakil yg betul2 SERIUS,
    BERTANGGUNG JAWAP mnjalankan tugas!
    Wang Rakyat BUKAN untuk bayar Gaji Buta...!!!Sepatutnya ADUN2,MP2 berusaha memikirkan bagaimana masa depan RAKYAT supaya lebih baik untuk masa depan,lebih sejahtera dan MAJUJAYA..tapi kalau dah TAK DATANG KERJA,apo nak dikato..?????

    ReplyDelete
  16. # Demang Lebar Daun said...
    "kita pelangkong kepala yang masih lom sedar tu."
    # Anon 1;"org macam diorg ni la yg buat UMNO hampir tengelam..!!"

    # Ahmad Syazli:"luahkan apa-apa kepincangan umno secara direct kpd DS Najib. Jadi dia boleh tau apa pandangan blogger pasal umno dan boleh cari jalan untuk betulkan keadaan. Dia takkan ada masa nak jengah blog-blog mcm ni."

    #ANON 2:UMNO Selangor dan UMNO tak kira mana2 lah, memang miskin... Yang kaya nya orang UMNO tu sendiri..tak semua orang UMNO yang kaya.Hanya segelintir sahaja."

    KOMEN BLOGGERS2 diatas adalah dalam pelbagai bentuk dan saranan.
    Demang dan Anon 1,mngesyorkan agar
    puak2 UMNO yg masih TIDOR,tak kisah,tak peduli,dikenakn tindakan
    berat..Memang ada yg dah kena pun!
    tapi dah jadi mcm darah daging atau BUDAYA negatif agaknya,tak jalan juga!,malah ada yg dah digantung keahlian,dapat jadi calun pula & menang(Bagan Pinang!)

    Ini boleh mnyebabkan jadi"State of Denial",tentang masalah2 dalaman UMNO secara menyeluroh,KITA MASIH ada KUASA,KITA BOLEH GUNAKAN... tapi ini bolih backfire dan jika cara perlaksanaan nya kurang bijak
    bolih menyebabkan RAKYAT lagi meluat dan marah....!!!!eg permit untuk kereta lebih 15tahun,tgk apa jadi?,kenaikkan minyak,harga brg2dsb...dan kalau disebabkan cukai GST,harga barang2 naik lagi.... tak tau apa akan jadi PRU 13(2012)nanti....Mungkin UMNO/BN akn betul2
    TENGGELAM mcm cerita "2012"...!!

    Saya ingin mencadangkan pemimpin panggil ahli2 UMNO Singapura yg tak ada KUASA,untuk BRAINSTORM bagi menyedarkan pemimpin2 UMNO yg masih ada KUASA Sementara & Nyawa2 ikan(sehingga 2013)AGAR AMBIL IKTIBAR DAN SEDAR,betul2 SEDAR!!

    ReplyDelete
  17. salam.

    GAP...jgn terlepas pandang GAP sesekali tlg bedal dan kibas juga di Kedah !

    wassallam !

    ReplyDelete
  18. MUHAHAHAHAHAHA
    TAK KAN KOMEN SDR KAO YG DARAH CAP NAGA KAO TAK NAK BALAS
    HE HE HE HE
    TERUSKAN PRESTASI HEBAT UMNO SELANGOR
    NI GUA CIPTA SLOGAN TERBARU UTK PUAK GEROMBOLAN DI SGOR NIE
    BN MENANG, DUN LENGANG
    HE HE HE HE HE

    ReplyDelete
  19. Pendekar Bukit TinggiNovember 28, 2009 at 1:41 PM

    Sekiranya kita nak BANTU membuat sesuatu,bagi menentukan kuasa POLITIK MIM terus RELAVAN,teruskan usha kita sebagai BLOGGER PERJUANG!

    Blogger Anna komen blm Blog Keris Putera,perlu diambil perhatian, sekiranya BLOGGER PERJUANG MIM ingin membantu,untuk menguatkan kuasa politik MIM:-

    Mesti "BERANI kerana BENAR",apabila
    buat round,to check,to note and then to COMMENT and to KRITIK MEMBINA,pada puak2 pemimpin UMNO ala "Little Napolean"atau "Little Firaun"...lebih baik lagi link kan kepada Blog Perdana Menteri,supaya Najib tau secara terkini,siapa yg buat apa,siapa yg tak kisah,siapa yg berjiwa RAKYAT,siapa tidak..
    Siapa yang sakau,dan apa yg disakau
    (eg peruntukan tertentu,subsidi, loan Tekun,loan MARA,bantuan2 kpd rakyat miskin dsb)
    JADI kan ini(round2/jalan2 cari fakta),SATU permulaan yg berkesan demi kesinambungan,kekuatan dan kembali relevan UMNO/BN kpd rakyat Malaysia....!!!!

    Juga tentukan kehadiran anda di Perhimpunan Blogger2 pada 12/12/09
    di FRIM bersama Blogger Mazidul Sidik (TV3, 999)

    ReplyDelete
  20. yg kena gantung..dari masuk dewan ..tak bermakna tak leh brfungsi diluar dewan.

    Satu perkara harus dipelajari dari Nizar x MB perak, Siva ex speaker Dewan Perak..

    Keja tetap kena keja..tak leh didalam dewan, diluar dewan pun boleh..dan diluar dewan lagi luas ma.

    ReplyDelete
  21. bro, aku suka lu punya komen:

    adun umno yang kena gantung 6 org je.. dalam gambar ada lebih kurang 5 orang..balance pergi mana ?

    main jongkang jongket kot

    bagi aku, balance yang hilang tu sedang mengangkang serta main jongkang jongkit dengan bini masing-masing kat umah...tu kalau ada nafsu lagilah...

    kot ada tengah berseronok kat medan ke, kat CHINA, kat danok @ pattaya @ hadyai...kan dah jadi tabiat kalau free...kalau dorang ni turun je kat airport, kasi kaw-kaw ramai-ramai....

    mangkuk ayun punya YB, woi malaun, PR pegang selangor sekarang ni, takan nak tidor lagi kot...makan elaun buta je korang ni...jangan harap nak dapat balik selangor...

    DS Najib, Noh Omar & Khir Toyo...

    korang bangunkan YB-YB yang sedang berbulan madu ni...

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.