Wednesday, November 4, 2009

KALID PREFER SNAP ELECTION DI SELANGOR ?

minum dan lepak malam tadi agak special. kami bersama rakan-rakan lama dalam parti keadilan nasional kini pkr. sebahagiannya kini menjadi pegawai khas adun pkr selangor.4 orang merupakan ahli majlis. kebanyakan mereka adalah 'bekas budak ezam'..dek kerana kuatnya sayang mereka pada bekas bos, mereka sudi bertemu.nama dan pegawai khas adun pkr mana...tak perlu diberitahu.

aku tanya pada mereka tentang 2 artikel yang disiarkan oleh kepala dajal pkr, raja petra. isunya berkenaan desas desus cerita kerajaan pakatan selangor bakal tumbang januari 2010. argument petra dikuatkan dengan nasihat beliau yang pernah diajukan kepada kepala pengkhianat anwar attaturk dan kit siang,sebelum perak tumbang.apa nasihat petra ? bubarkan dun perak sebelum adun melompat. anwar dan kit siang memandang enteng saranan ini..

banyak cerita yang agak sensitif dan belum tiba masa untuk dikeluarkan, namun dari segi lenggok bahasa dan gaya badan, jelas kebanyakan pegawai khas adun pkr selangor ini membayangkan jika sekiranya keadaan politik pakatan selangor semakin genting, maka anwar berkemungkinan mengarahkan kalid untuk membubarkan dun sekaligus mengadakan snap election di selangor.

hujah mereka masuk akal juga walaupun selama memerintah ini akal selalu diletakkan di kepala lutut. jika berlaku insiden hasan ali 'dicabut' jawatannya sebagai exco, berkemungkinan hasan ali menjadi bebas dan ada beberapa adun pas juga akan menurut jejak langkah beliau. disitu signal sudah semakin kuat, untuk bekas-bekas anak didik ezam akan berjumpa dengan beliau seterusnya mengistiharkan diri menjadi adun bebas. harus diingat, hampir 3/4 adun pkr merupakan bekas budak ezam.

sebelum keadaan ini benar-benar berlaku, anwar akan mengarahkan kalid untuk membubarkan dun selangor. sekaligus pakatan dapat meletakkan calon-calon yang betul-betul loyalist pada paksi perjuangan hampas mereka, bagi mengelakkan calon melompat lagi.

aku sengaja provoke pegawai khas adun pkr ini. pas sebenarnya memandang enteng kredibiliti kamu untuk menjawat jawatan adun sekali lagi, kerana bagi mereka kamu (pkr) tiada stand politik yang kukuh dan vulnerable.. apa jaminan adun pkr tidak melompat akan dijadikan persoalan utama waktu snap election nanti.

tambahan ..kamu tahu perangai pas waktu dalam mesyuarat pemilihan kerusi dun nanti. sudah pasti cerita lama diulang. berapa banyak cawangan pkr dalam dun,berapa ramai ahli, komposisi jumlah pengundi. pas sudah memerangkap kamu dalam mainan seat campuran. dia sudah ada kelab penyokong pas, maka argument kamu yang selama ini meletakkan pkr punyai hak mutlak dalam seat campuran sudah tak boleh dipakai lagi..apatahlagi jika dun tersebut 70%nya adalah melayu..lagilah pkr tak boleh bertanding..jadi kamu yakin setelah apa yang terjadi sewaktu pemerintahan kalid, pas dan dap akan membenarkan pkr mempunyai lebihan jumlah kerusi yang dipertandingkan waktu snap election nanti ? sudah tentu tidak..itu sebab kit siang kata pakatan memerlukan 20 tahun lagi untuk 'bersetuju' dalam perkara dasar manakala tun m pulak kata lagi 100 tahun mungkin boleh lah !

cerita simple ini membuatkan mereka kedu seketika. belum lagi kami membuka isu dan dasar politik yang selama ini mereka tidak dapat tunaikan/lacurkan sewaktu memerintah.

dalam keadaan senyap mendengar argument kami, mereka menambah cerita sensasi tampak untuk cuba lari tajuk..betullah juga kata kamu,dalam pkr selangor sendiri sudah ada tiga fraksi. satu kumpulan adun menyokong kalid sementara yang lagi satu menyokong azmin. lebih parah ada satu lagi kumpulan pakatan sedang cuba mengangkat zaid ibrahim untuk dijadikan kepala terbaru dalam pimpinan pkr selangor.dalam hati intonasi aku mudah, samada tumbang atau bubar, aku dan rakan2 lain tetap akan menghancurkan kredibel kamu wahai pakatan selangor !

http://mt.m2day.org/2008/content/view/28304/84/
http://mt.m2day.org/2008/content/view/28284/84/

1 comment:

  1. tuan2 sekelian,

    tujuan utama anwar kit siang dan nik aziz ingin membuang adun atau mp yg tidak fanatik adalah kerana dgn tertubuhnya Pakatan Rakyat secara sah. pertandingan dan pembahagian kawasan akan diberu sama rata diantara kaum. mana ada tempat utk semua yg sediada.
    ini bukan omongan biasa tetapi adalah pelan induk 3 parti gabungan telah tersebar dikalangan pkr dap pas. semua yg ingkar di PR mesti dibuang dan digantikan dgn 3 parti penjahanam negara.

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.