Sunday, January 3, 2010

VIDEO XKLUSIF : DS NAJIB TERIMA MEMORANDUM DAN NASHARUDIN MEMBIDAS KALID SAMAD !



aku terima lagi video xklusif daripada sumber. kali ini ds najib sedia menerima memorandum bantahan umat islam tentang kontroversi kalimah ALLAH. dalam video ini jugak ustaz nasharudin mat isa,timb presiden pas secara sinis telah membidas kalid gereja,anwar dan lain lain penyangak dalam pas.

tunggu GERAKAN kami..kami mohon semua bloger,pembaca rakyat mewar-warkan GERAKAN yang akan kami lakukan minggu depan.insyaallah...
ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR !

13 comments:

  1. Salam,

    Sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) iaitu pada Januari 2008, Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) sudah pun ‘menggadai’ kalimah ALLAH untuk ditukar dengan undi-undi kepada calon Pakatan Rakyat (PR). DUPP telah mengeluarkan “fatwa politik” seperti berikut:

    ******
    Tidak Salah Penganut Kristian Guna Kalimah Allah – Dewan Ulamak Pas Pusat

    Ditulis oleh Harakah, Khamis, 03 Januari 2008
    Oleh: Azamin Amin

    KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YB Dato’ Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi menjelaskan, tidak menjadi kesalahan kepada penganut Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah ‘Allah’ malah ia sering digunakan oleh umat Kristian dan Yahudi sejak dari dahulu.
    ****

    “Fatwa politik” untuk raih undi PRU-12 pada Mac 2008 ini sememangnya mendapat pujian dari bukan Islam, secara spesifiknya dari pihak gereja Kristian. Malah, pihak gereja Kristian secara terang-tarangan telah menyatakan sokongan politiknya kepada PR dalam PRU-12 yang lalu.

    Surat-surat sokongan politik oleh pihak gereja Kristian dikeluarkan dan boleh didapati secara meluas menjelang hari pengundian PRU-12 menyeru diberikan sokongan kepada PR. Dan kita semua tahu hasilnya — PR berjaya menafikan penguasaan 2/3 Barisan Nasional (BN) dalam Parlimen dan berjaya menguasai 5 buah negeri +1 — Pulau Pinang, Selangor, Perak, Kedah, Kelantan, dan Wilayah Persekutuan.

    Pengundi sebenarnya tidak sedar bahawa undi dan sokongan padu yang diberikan oleh pihak gereja Kristian bukanlah secara percuma. Sokongan pihak gereja Kristian demi memastikan kemenangan PR sebenarnya melibatkan kos yang sangat tinggi. “Lampu hijau” penggunaan perkataan “ALLAH” oleh Pas dijadikan hujah oleh pihak Gereja Kristian dengan memetik bahawa perjuangan Gereja Kristian turut disokong kuat oleh PAS.

    Sokongan Pas itu dicanang oleh pihak Geraja Kristian dalam laman sesawang Herald Malaysia Online. Berikut sedikit sedutan petikan:

    ******
    The Malaysia Islamic Party (PAS) says it supports the Catholic Church’s fight to overturn a government ban on the use of the term ‘Allah’ to describe God in Christian texts. “I personally believe and Pas as well believe the way forward for a mutually respecting religious relationship, especially in a plural, multi-racial and multicultural society like Malaysia, is not to deny the right of others to use the name of Allah,” Zulfikar Ahmad, a PAS official said.
    ****

    Penghujahan hakim menentang perintah KDN yang yakin bahawa penggunaan kalimah Allah akan menyebabkan ketidak tenteraman awam ditolak kerana ‘lampu hijau’ yang diberikan oleh Pas dan segelintir Islam ini.

    Hakim nampaknya melihat ’sokongan’ yang diberikan Pas dan PR ini tidak menyalahi Perlembagaan Persekutuan yang menggariskan bahawa agama lain selain Islam boleh diamalkan secara aman di Malaysia. Hakim mungkin sengaja melihat bahawa orang Islam dilihat tidak mempunyai masalah dengan penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam semata-mata adanya ‘fatwa politik’ pancing undi oleh Dewan Ulamak Pas Pusat ini.

    Inilah yang berlaku apabila PAS sudah hilang kewarasan berfikir secara lebih mendalam dan jauh apabila sudah dikuasai nafsu terlalu obses ingin berkuasa.

    Pas gagal membaca (kerana dibutakan oleh sikap bencikan UMNO) agenda tersembunyi pihak yang sememangnya tidak pernah redha akan agama Islam.

    ReplyDelete
  2. Tunggu je selalu. . hehe. .

    Pas tak lama jadi hamPAS la.

    ReplyDelete
  3. an excerp from the Muslim Lawyers

    BLASPHEMY MOST FOUL

    In the days leading to the decision of the case brought by the Titular Roman Catholic Archbishop applying to use the word Allah in the Malay version of the bible, the Muslim community sat muted whilst being schooled by the non Muslims on their own religion. At the helm of this muted movement were politicians including their ulamas, political alliances and Muslim intellectuals who all agreed that it is permissible for the use of the word Allah in the Catholic weekly Herald publication.

    The first effect that we shall see from the decision of the Kuala Lumpur High Court dated 31.12.2009 allowing the Church to use the word Allah in their Malay language publication is the birth of Allah's son. From now onwards, the Christian God in this new publication shall be referred to as "Allah" and Jesus Christ as "Anak Allah".

    The Muslim calendar, ie the Maal Hijrah for the year 1431 shall be well remembered by all Malaysians as the year where the trinity of Allah accompanied by "Anak Allah" shall be celebrated in the books of the Christians in the mother tongue of the largely Malay muslim populace and marked by the lunar eclipse event. In Surah Al Ikhlas, verse 1-4, Allah says ' Say: He is Allah, the One and Only; 2. Allah, the Eternal, Absolute. 3. He begets not, nor is he begotten; 4. And there is none like unto Him.

    For the unlettered and unschooled in Islam, verse 3 simply means that Allah "does not give birth", nor is "Allah given birth to". It is incumbent for all Muslims, both lettered and unlettered, to uphold the sanctity of the concept of monotheism in Islam and never to allow Allah to be portrayed as having the attributes of a human being, the ability to beget a Son of which the echelons of the political community using Islam as their brand name in Malaysia have so easily facilitated and consented.

    Those responsible for allowing this event to take place shall have to answer in their graves and in the hereafter for committing the greatest of all sins, "shirk" or polytheism of the highest degree. No argument can justify the usage of "Allah" and "Anak Allah" in any kitab here; yet those in a position to prevent this occurrence has shamelessly come to the defence of The weekly Herald to teach us how to pray to our ONE GOD.

    What is the rationale for using the word "Allah" in the Christian books and how does this promote racial integration or even "One Malaysia"? If anything, this event draws the divide between the races even more. It is a deep shame that we have to live with for the rest of our lives, losing a battle that need not have been fought at all. It is not the fault of the Titular Roman Catholic Archbishop that we lost our pride and identity, we are our own doing. The pride of our community today fell due to treachery by those who fought and won political battles using the name of Islam. In the Quran, Allah warns us most of all against people who sell their religion. Allah says in the Quran, "..do not sell my religion for a paltry sum..". In this case before us, the situation involved is even worse, they sold their religion for free.

    Zainul Rijal Abu Bakar
    Presiden
    Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia

    ReplyDelete
  4. aku dah nampak cahaya di hujung terowong, aku yakin dengan gerakan kerana allah taala ini insyallah PRU depan undi akan kebali kepada kita..

    dengan apa yang aku pilih skang aku yakin pilihan aku dan keluarga untuk meninggalkan PAS awal tahun 2000 yang lepas memang tepat....

    syukur alhamdulillah aku tidak bersekongkol dengan orang-orang munafik...

    ReplyDelete
  5. Salam GAP dan semua pembaca,

    Mari kita teruskan perjuangan ini GAP!

    wassalam.

    ReplyDelete
  6. Bingai tahap lembu lapis 8 betul si Khalid tu dan juga pada yg setaraf dgnnya.

    Tolong jaga keharmonian dan kestabilan negara,jgn kerana undi ,agama di londeh,kestabilan diregut.(pdk kata jgn jadi bangsat agama/bangsa).

    menang jadi arang kalah jadi abu.

    by aramak

    ReplyDelete
  7. berpuncanya melayu sesama melayu bergaduh,inilah puncanya..baru sedikit.akan datang mungkin lebih teruk lagi.mari lah umat islam bersatu.pkr dan pas diam ,tunggu dan lihat saja ...dalam hal ni.nasaruddin saja nampak bersuara dalam hal ni..apa dah jadinya pas sekarang ni.kita harus memperkukuhkan umat islam dimalaysia ni.pas memang teruk?

    ReplyDelete
  8. Daripada segi undang-undang, Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf Islam sebagai agama bagi negara ini di dalam peruntukan Perkara 3(1). Perkara itu turut menjamin kedudukan agama lain dengan formula "aman dan damai"."Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan".

    Formula "aman dan damai" ini belum pernah ditafsir oleh mahkamah.Namun, daripada segi amalan, agama selain Islam tidak boleh diamalkan sekiranya ia mengganggu dan menggugat keadaan "aman dan damai" masyarakat negara ini.Bahagian kedua Perkara 3(1) ini juga memberi pengertian bahawa, keharmonian dan toleransi antara agama perlu dititikberatkan supaya tidak menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

    Oleh itu, penggunaan perkataan 'Allah' oleh Herald Catholic boleh ditafsirkan sebagai menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini. Ia juga boleh mencemar formula "aman dan damai" yang dimaktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.Merujuk kepada isu penggunaan perkataan 'Allah', kita perlu melihat aspek baik dan buruk hubungan antara penganut agama dalam formula 'aman dan damai' itu.Undang-undang, pada banyak ketika, tidak dapat menjadi penyelesaian kepada semua masalah terutama yang melibatkan emosi atau sensitiviti.

    ReplyDelete
  9. ape lagi, kasi kaw-kaw pada PARTI AJARAN SESAT...

    ReplyDelete
  10. Tengoklah pemimpin pas sendiri dah haru biru. Ada yang sokong, ada yang tentang. PAS ni gila isim ke haper? Sekarang ni kata tak sokong pulak, dulu bukan main cakap kristian boleh pakai nama ALLAH. Kata nak perjuangkan hukum ALLAH tapi seronok bila orang hina nama ALLAH. Masya Allah. Orang hina nabi pun, orang islam dah mengamuk, inikan pula hina ALLAH. Insaflah wahai penganut pas. Korang memang dah melampau. Jangan diikutkan sangat dengan anwar bangang tuh. Dia tu lubang kunyit pun dia tarok. Dia peduli apa, janji dia dapat kuasa.

    ReplyDelete
  11. kita boleh nampak disini UMNO gila kuasa dah nak mampussss!!!!

    ReplyDelete
  12. SILA AMBIL PHOTO DI PHOTOBEBAS.BLOGSPOT.COM

    PENYERAHAN MEMORANDOM DIISTANA BUKIT KAYANGAN

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.