Monday, March 8, 2010

AKHIRNYA NAJIB,MUHYIDIN DAN MT UMNO JUMPA GAP.

adaptor laptop aku dah rosak. tak boleh charge. tadi aku dah kuburkan dia ke tong sampah.sedih gak pasal adaptor charger aku dah banyak berjasa pada aku pada bangsa melayu pada islam. sedih, teman yang paling akrab banyak tolong aku dah ketemui ajalnya...manakan tidak, berejam setiap hari asyik on je.

ni lari jap kat cyber cafe. takpe aku dah kaya boleh online kat cyber cafe 24 jam pasal dah masyuk...gap kaya sekarang pasal najib,muhyidin,mt umno,samy velu,liong sik,taib mahmood semua dan sponsor aku. dorang jumpa aku pagi tadi dalam upacara khas menghargai bloger jalanan macam aku..aku pergi sorang je.

sumbangan cek RM35 juta daripada pemimpin umno aku terima untuk aku sorang pagi tadi, lepas najib jumpa raja norway.. aku cakap kat najib, janganlah bagi banyak-banyak nanti aku tak buat kerja. najib,muhyidin dan semua pemimpin umno dan bn cakap 'rilek gap'.

ini cara kami hargai bloger jalanan macam kamu. 'serangan kau betul betul aku teruja' kata najib kat aku. dari segi serangan dan pendedahan dokumen membuatkan pakatan sikit lagi nak mati..silap aribulan sebelum pru ke 13..

'
saya suka cara kamu serang pemimpin pakatan' kata najib kat aku.bukan macam ada bloger playsafe dari inmind mahupun daripada JASA dan bos sengal dia fuad hasan, entah apa dia buat aku pun tak tau, keluh najib.

'ini semua play safe punya bloger' kata najib....'apa barang bloger macam tu' sergah muhyidin sambil tepuk bahu aku..gila gila...macam lady gaga kembang kuncup aku dibuatnya bila pemimpin tertinggi umno akhirnya iktiraf bloger jalanan..

ini private meeting..esok aku dapat lagi RM15 juta lagi daripada umno..total RM50 juta dalam maybank aku sekarang...tak payah lagi bising bising-bising nak jadi jaguh suara peniaga melayu yang nak mati pasal tak dapat MARA. shapie apdal pun tadi menggigil jumpa aku tadi,minta ampun kat aku. aku cakap takpe,kali ini dalam maybank aku ada RM50 juta, aku sendiri bagi loan dan grant pada peniaga melayu...

tapi masa pertemuan ekslusif pagi tadi ada sikit tegang lah. najib,muhyidin,MT umno,samy velu bertegang leher nak amik aku jadi penulis upahan dorang.. wooo woo..aku cakap brader rilek jangan gaduh gaduh la..memang adakala aku belasah umno walaupun aku anti pkr, namun aku cakap kat dorang aku belasah pasal aku nak bagi peringat. bukan sembrono menonong balun..

oh oh..ayat ini aku dengar daripada beberapa kerat pemimpin umno. dorang paham stail aku.
?
?
?
?
?
?
?
?

haha.. bertuah la badan kalau pertemuan ni betul.. pedih tak telinga bila dengor aku kias macam ni..nak lagi pedih korang tunggu je la lepas ni...

baik umno,pas,pkr,dap semua takkan terlepas dari balingan boomerang aku..sekali baling tiga empat kepala konpem kena penggal !

aku kelentong korang je la pasal aku jumpa najib dan pemimpin tertinggi umno. mana ada dorang nak appreciate bloger macam kita nih..takpe hari ini hari dorang, namun esok lusa belum tentu menjanjikan itu hari mereka. get ready, untuk bertemu fasa ke dua serangan aku. gerakan anti pkr !

sebelum aku keluarkan cerita pertemuan bersejarah aku dengan obama yang diadakan di white house minggu lepas...aku nak tanya korang, dalam tangan aku ada dokumen yang melibatkan pemimpin pakatan dan umno bersekongkol..korang nak tak aku keluarkan ?TUNGGU PENDEDAHAN INI JAM 3 PETANG 9 FEB 2010.SELASA.

36 comments:

  1. keluarkan jela.. kami natikan apa seterusnya

    ReplyDelete
  2. Bro,
    kau tak payah harapkan balasan apa2 dari org politik, kau cuma perlu yakin klu perjuangan kau betul, pahala dari yg maha Esa tak terhitung kau dapat begitu jugak klu perjuangan kau salah sebaliknya yg kau dapat.

    ReplyDelete
  3. pedih-pedih bagai di perah limau diatas luka yang berdarah, fuad hasan dan norizan sharif(norbisa) silap haribulan kena turun pangkat ni kalau najib tahu.

    ReplyDelete
  4. keluarkan kan Bro GAP! ni mesti best!

    ReplyDelete
  5. Bro GAP,

    I say man! Dah pasang niat nak mintak bro GAP sampaikan suara rakyat Melayu kat bawah ni kepada Najib - udah-udahlah berlutut apologetik kepada kaum yang kuat menyalak tu!

    Ingat!, dia tu Presiden UMNO bukan presiden limau mandarin !

    ha! ha!

    tapi nak wat camno.. hari ini kita berangan-angan.. entah esok angan-angan jadi kenyataan!

    HIDUP MELAYU!

    ReplyDelete
  6. Salam GAP, Kuarkan aje Bro...

    Kita perjuangkan Umno dan survival Melayu, mana2 pengkhianat x kira dari Umno maupun PKR kita "taram" sekali.....

    ReplyDelete
  7. Ape pulak nak simpan dan rahsiakan GAP. Demi untuk ketelusan, kepetingan Negara, Kepentingan Bangsa, telanjangkan je, rakyat dah bertamaddun, dah dewasa, biar mereka fikir sendiri.

    Khalid gagap yang bertindak keterlaluan dan macam samseng pun rakyat diam je, rakyat dah tak peka dan dah meluat dengan kerenah pemimpin yang ada sekarang.

    ReplyDelete
  8. Jgn kasi can... keluarkan je dokumen tu...

    selagi depa x bayar 50juta euro tu, ko tunjuk je dokumen2 tu...

    kena hapuskan si kitol2 yg bersekongkol dgn PR dlm Umno ni...

    Tp aku rs aku boleh agak sape pengkhinat tu haha

    ReplyDelete
  9. tak ada halangan untuk mendedahkan kebenaran! dedahkan Gap!

    ReplyDelete
  10. ..SUSPEN NYER....!

    ..kalau GAP boleh dibeli, hilang la aura nye..!

    ..melihat senario politik kali ini, aku percaya tentang teori PR berpakat dgn UMNO..!

    ..tak mustahil..!

    ..ironinya kalau nak dihentikan semua lagak "stunt" PR, ISAkan saja Penasihat PKR ni.. tapi...

    ..tapi.. UMNO nak teruskan persaingan, Najib nak main juga..! sebab..

    ..sebab.. untuk menjadi JUARA RAKYAT, mesti masuk pertandingan..!

    ..adat pertandingan, siapa menang jadi Kerajaan, siapa kalah pun ada la bahagian nye..kan..!

    ..aku suka senario politik kali ini!! aksi nya sama hebat, sama mantap..

    ..teruskan pendedahan GAP..

    ..apa yang berlaku sekarang memang mendapat restu dari pimpinan tertinggi kita jugak..!

    ..teruskan..!!

    zamsalam.sabah.

    ReplyDelete
  11. haha ..GAP , lain kali ajak la aku sekali kalau nak jumpa Najib dan Muhyiddin ..hehe

    simpan dulu gap ..tunggu masa yg sesuai baru kita keluarkan ..haha

    ReplyDelete
  12. AKU INGATKO NAK TULIS NAJIB, MUYIDIN DAN ANTUTUYA TADI .. FUH LEGA AKU..

    ReplyDelete
  13. slm bro gap,simpan dulu buat waktu yg sesuai baru telanjangkan depa tu,aku tgh cari maklumat lak psl Dewan Perniagaan Melayu P Pg,ada unsur hubungan antara umno n pr gak ni rasanya tp x dpt black n white so kena tunggu lg, sesapa yg ada maklumat tlg sampaikan pd bro gap kita, kita nyahkan pengkhianat2 yg menggunakan platform umno utk kepentingan dir.

    ReplyDelete
  14. GAP kau biar betul.berlaku ke mcm tu?kalau betul apa barang mahu simpan2kasi dedahlah.teruja gak ni.politik underground mcm ni ramai yg tak tahu tmasuklah akau. bro kasi dedah jgn tak dedah

    ReplyDelete
  15. umno salah strikerMarch 9, 2010 at 12:06 AM

    panas panas kias kau gap wei :)

    jasa,kemas,btn,bloger inmind dll tak layak untuk cakap pasal menyerang pakatan, instead it was you all..bloger jalanan..

    malu lah fuad hasan dan rakan bloger yang gila glamor dia tu.

    ReplyDelete
  16. bro...aku harap ko ikhlas dalam perjuangan. bukan kerana harapkan imbuhan mana-mana pihak. pelihara integriti ko. aku naik cuak gak bila baca posting ko kali ni mula-mula tu. 50 juta banyak tu.. jangan jadi seperti mereka yg sanggup menggadai maruah bangsa kerana wang ringgit. teruskan bongkar segalanya. yg benar pasti mengatasi yg batil akhirnya. HIDUP GAP!!

    kotaraja

    ReplyDelete
  17. mmmm kias aku buat orang cuak.sms email masuk banyak sekali.

    aku seperti yang selama ini kau kenali, selagi pemimpin tak betul selagi tu aku balun.

    tak kira dia datang dr umno.pas dan pkr apatah lagi.

    kamu ..selepas ini akan menyaksikan lebih banyak terjahan paling berani dari aku..

    JANGAN TERKEJUT ?!

    ReplyDelete
  18. Salam bro,

    Tak sabar aku nak baca. Dokumen perjanjian si kitul dengan raja mendaliar ker?

    beruk itam jahanam klik sini

    ReplyDelete
  19. GAP cerita ko membuatkan aku menitik air mata. GAP, anak bini kita tak ada orang lain nak bagi makan, selain kita sendiri. Sebab itu aku tak boleh nak jadi macam ko. Janganlah gundah gulana. Esok aku emailkan pada ko 1 trillion untuk buat belanja sehari dua.

    ReplyDelete
  20. GAP,ko bukak la itu bahan..ada bagus juga..terjah2!

    ReplyDelete
  21. dedah dan balun bro...bagi aku yang non partisan ni, bloggers mcm koranglah yg jadi 'check & balance' pada mereka yang kat 'atas & bawah' tu.. tak kira dari parti mana. jangan nak memperbodohkan rakyat. salah tetap salah! HIDUP GAP!!

    kotaraja

    ReplyDelete
  22. Penuh kiasan GAP. Apabila tuan rumah berak di atas lantai rumah sendiri, tuan rumah jugak yang nak kena bersihkan.Agak-agak GAP penat tak tuan rumah tu? GAP tentunya bijak membuat percaturan.

    ReplyDelete
  23. Salam GAP,

    Apa ni keluar masuk, keluar masuk...jgn ulang-ulang kerap sangat nanti terpancut!!!

    Geng GPS semua sila lawati:

    http://pelantaqhujah.blogspot.com/2010/03/hanya-tinggal-umno-untuk-perkasakan.html

    dan sila beri ulasan...

    Sorry bro, tumpang lalu...singgah ssat bagi tau kat kawna-kawan tak pa kot???

    GAP, sikap kita liar kerana nak menjaga survival Melayu

    Sikap 'liar'(please read in English) pemimpin-pemimpin kita pula boleh menghancurkan Survival kita dan apa yang kita pertahankan!

    ReplyDelete
  24. amboi.pi jumpa pm tak ajak aku..hehe..

    ReplyDelete
  25. 'ini semua play safe punya bloger' kata najib.... (Perenggan ke-6)

    siapa playsafe sebenarnya? hehehe..
    tidak lain dan tidak bukan PM 1Malaysia kita ler...!

    Kadang - kadang memang nampak BN dan pembangkang berpakat. Rakyat diperbodohkan.

    Kalau baca blog kickdafella skang ni mcm dia sokong Najib lak, bantai Nik Ajis tapi dlm masa yang sama puji melambung Husam Musa... hehe

    ReplyDelete
  26. GAP,
    kenapa tak ada org komen pasal resolusi MCA semalam? org2 umno dan MPM senyap aja.

    ReplyDelete
  27. Aku rasa GAP akan dedahkan yang muktakhir! yang selama ini menjadi satu penantian yang amat ditunggu2kan.

    Insyaalah GAP kalau benar dan pasti semalam ada........?????!!!!!
    jika apa yang GMC dapat berita sama dengan apa yang GAP terima.

    Mungkin segala-gala sudah diaturkankan dan harapan kita semalam beres segala-galanya.

    Tunggu masa nyahla mereka!

    PASTI BELAKU !!! insyaalah.

    ReplyDelete
  28. gap - geng2 dlm kemas, mkn, penerangan, jasa dan lain2 terikat dengan peraturan sebagai penjawat awam. mereka hanya laksanakan perintah arahan dan dasar kerajaan. mereka semua perlu akur dgn peraturan dan akujanji. gap jgnlah balun mereka sesuka hati. mereka juga berperanan dalam dunia siber. masing2 ada peranan dan tugas, cara dan gaya pun berlainan. gap usahlah kacau mereka sebagai penjawat awam. gap and the geng teruskan usaha, mereka tu pun dalam track yg sama.

    ReplyDelete
  29. as'kum bro,

    mana2 pemimpin UMNO/BN yang jadi balaci n dajal kpd PR, sila d "telanjangkan" mereka ini...

    musuh dlm selimut patut d "talkin" kn...

    ReplyDelete
  30. Sdr GAP,

    Sabar. Dont be khuatir. Thaksin baru je telefon aku. Mana dia dpt nombor hp aku pun tak tau. Agaknya Bill Clinton kasi dia kot. Dia sedia tolong blogger dan kawan2 lain. Dia sampaikan salam dan minta GAP keluarkan cerita tu dan jangan tangguh2. Dia juga mintak samapaikan salam SAWADIKAP pada GAP.

    Teruskan perjuangan bro.

    ReplyDelete
  31. GAP, asal kau tak mahu jadi 'pejuang' seperti Raja Petra? Syok dia duduk kat rumah mewah di London, mahal tu.

    Silap2, beratus ribu ringgit setahun. Kau tanya si malaun Anwar tu, ada kerja kosong tak, tentu yahudi boleh tanggung segala-galanya.

    Kalau tak, ko try si kuda jew, kalimullah si kaki togok tu banyak duit, mintak lah sikit.

    Tapi awas, kamu kaya di dunia, tapi di akhirat jawablah!

    Teruskan perjuangan GAP, syabas!

    ReplyDelete
  32. Buka mata2 yang terlindung dari nampak kebenaran.Walaupun pedih diteruskan jua demi kebenaran.

    ReplyDelete
  33. dun wori bro.....aku try upaya yg boleh...blogger mcm korang nie kena di beri perhatian seruis oleh kerajaan.. tanpa korang susah bro.... nak lawan anak haram pakatan tu....

    ReplyDelete
  34. Gerakan Mansuh Taib MahmudMarch 14, 2010 at 4:14 PM

    korang nak tau sapa tolong najib PRU yg lepas? hahhaha siapa lagi kalau bukan The Last White Rajah.. Taib Mahmud hahhaha.. Taib PM malaysia .. bukan najib hahahha

    ReplyDelete
  35. GAP,

    memang betul, agensi kerajaan tidak banyak membantu terutamanya JASA. sebagai agensi khusus yg ditubuh oleh kerajaan berorientasikan 100% politik, mereka dibayar gaji bulanan hanya untuk lawan Pakatan Rakyat. JASA di lihat gagal memainkan peranannya. peruntukan banyak, pegawai ramai tetapi apa yg mereka buat. semua peg di bantu utk buat Blog dan FB sendiri..tetapi apa kesannya. cuba baca blog mereka.HAMPEHH!!! setahun berpuluh juta dpt peruntukan..malah ada unit khas ditubuh iaitu Unit Media Baru bagi menggerakkan blog
    (penasihatnya NORBISHA a.k.a Penal Pemikir JASA) Panel Pemikir JASA ada lebih 10 org (gaji GRED 51 rm8000 sebln)..seribu lebih pegawai JASA ada Blog sndri tapi hasilnya??? NOTHING!!!HANYA HABISKAN WANG RAKYAT

    GERAKAN ANTI JASA

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.