Monday, May 24, 2010

GAP ISTIHAR TUMBANGKAN SAMY VELU !

aku bukan partisan. sekadar anak muda yang sekarang menyokong umno dan bn. tapi tak masuk umno dan takkan masuk politik.aku mewakili puluhan ribu suara pengundi atas pagar, pengundi muda dan pengundi yang berani untuk menegur.

aku lihat samy velu sudah menjadi liabiliti kepada mic dan barisan. kehendak pakatan,sebenarnya mereka mahu entiti samy velu itu wujud dan terus aktif dalam pimpinan barisan nasional. dengan kekalnya samy, maka akan mudahlah pakatan menyerang barisan. samy adalah punching bag kepada pakatan.

hari ini samy menongkah arus buat kesekian kali. memecat orang yang tidak sependapat dengannya.bagi aku, samy velu sudah melangkaui adab gentleman seorang politician. samy velu harus sedar dia sudah menjadi warisan purba dalam mic dan barisan.

samy velu harus disimpan dalam arkib negara atau sewajarnya menjadi bahan sejarah untuk skrip terbaru filem negara malaysia. samy velu dan nik ajis sama akidah politiknya, mahu mengekalkan jawatan sampai mati.

jadi mematikan satu watak politik bernama samy velu adalah lebih mulia daripada kita terpaksa kehilangan puluhan ribu lagi undi protes yang tidak menyokong bn pada pru ke 13 nanti.

jika samy velu berundur, sasaran aku sepertimana yang aku pernah nukilkan dalam artikel selepas prk hulu selangor mampu tercapai. apa sasaran aku ? umno/bn harus fokus untuk mendapatkan maksima undi india pada pru ke 13 nanti. sekurang-kurang 85% daripada total pengundi india.

jadi, aku akan melaksanakan salah satu daripada matlamat aku ini.samy velu harus di undurkan dengan kadar segera.

no no no. ini bukan arahan sesiapa. ini suara rakyat,suara politikal baru dari rakyat. ini politik baru. suara rakyat yang mahukan kerajaan tidak melakukan silly mistake sekali lagi. rakyat mahukan umno/bn bebas daripada mempunyai pemimpin yang punyai liabiliti. takde kes rasuah,kes moral,kes penyapu dll.

jadi, GAP akan memulakan langkah pembersihan pemimpin yang punyai liabiliti dalam barisan dan ia bermula dengan entiti yang bernama samy velu ,adakah kamu bersama aku ?

20 comments:

  1. teringat zaman PL REFUSED TURUN TAKHTA right after BN kalah lima negeri. The sweetness of power la GAP :D

    Well luckily ada Tan Sri M dan sokongan pihak pihak tertentu juga KRITIKAN MANTAN PM CHEDET yang berani membuka mulut finally PL turun juga dari kerusi PM

    in SV case, samalah. perlu ada seorang seperti Rajanikanh/MGR dalam MIC sendiri yang berani membuka mulut dan punya pengaruh yang dominan - barulah boleh SV turun kerusi kot?

    I still dengan pendirian I terdahulu lebih utamakan sokongan Melayu kembali kepada UMNO sebelum masuk campur hal kaum lain.

    Bak kata chedet hanya bangsa yang kuat di pandang tinggi oleh bangsa lain. Macam mana nak perkasakan kaum India kalau diri sendiri (kaum melayu pun caca marba/terbahagi 2)

    ikhlas

    Ms Pearl

    ReplyDelete
  2. GAP,

    gua dengan ini menyokong seratus peratus usaha lu untuk membersihkan liabiliti yang ada di dalam BN!!

    jangan sebab arkib ini, kalah BN seluruhnya!!

    ReplyDelete
  3. S Velu tak kan tumbang sebelum Velpari di nobatkan sebagai 'wakli pengganti' nya.

    ReplyDelete
  4. GAP Tolong daftarkan Nama aku dlm GAS. SKRG AKU BERI PRIVLAGE PD KAUM INDIA DAN PENIAGA MELAyu. Marilah kita sekat undi kita ke kedai2 dap SELURUH NEGARA !, kita jgn jd najib..bg juta2. mrk da kaya! tak heran duit2 ni. lg satu mrk takan trhutanG budi pd Tanah Melayu. dap la MUDAH LUPA Sebenarnya! Kaum India Mengindamkan Pemimpin Muda Yg Dinamik utk masa dpn. dap mngndamkan Negara ke2 slpas Sngpura!

    ReplyDelete
  5. Marilah kita bersatu ke arah menjatuhkan diktator India yang samseng ini.

    Members of Illuminati.

    ReplyDelete
  6. Bro,

    Suspen !! Macam mana rancangan Bro nak jatuhkan Tok Samy VooLok?.

    Tok Samy ni TiadaTandingan, dia dah sack 100,000 ahli MIC sejak 30 tahun dulu.

    Budak Mugila tu pun satu hal. Dia mana ada kekuatan mcm Tok Samy.

    Ukur baju di badan sendiri.
    Ramai dah Subramaniam-Subramaniam dah try, tapi semua tungging.

    Ni kan pulak GAP, masuk angin keluar GAS kot !!!!.

    Ayuh geng-geng, mari kita hapuskan Tok Samy.

    Tapi macam mana eehhh???

    ReplyDelete
  7. SV patut bersara mcm Tun M & Tun Lah. SM dah tak relevan lagi dalam MIC.

    ReplyDelete
  8. Sokong 1000%

    Kalau boleh beberapa nama pemimpin UMNO, MCA, Gerakan, PPP, MIC yang menjadi liabiliti dalam BN perlu ditukar. Antaranya...

    hehehe lu pikirlah sendiri. Bukan wa tak sayang lu olang tapi wa lebih sayangkan parti yang telah membawa kemakmuran pada negara lebih 52 tahun ma.

    ReplyDelete
  9. Ayo! Samy you masih tak ada faham kah? You are now a liability to MIC and worse still a liability to BN. You have overstayed your welcome. You better retire NOW. No need to assess the performance of your branch chiefs when your own performance is now GROUND ZERO!!

    You have done a lot of damage to the credibility of your party. You are no more relevent to the current political scenario and your support among your community is dwindling by the day. It is irresponsible for you to drag your party to the "longkang". I am sure you must have realised that the majority of your community particularly the youth now consider MIC as a a party in the twilight zone. Hidup segan, mati tak mahu !!!!

    To stay on until eight months before the expiry of your term is something ridiculous, foolish and beyond comprehension. Your rational is rather stupid indeed.

    Come on,Samy, there is a Malay saying " hidung tak mancung pipi tersorong-sorong". If you don't understand what it means please get in touch with your new YB Kamalanathan!!!

    Don't let Najib leaves with no choice but to ignore you totally. He is still being diplomatic enough to give face to you but I am sure deep inside his heart he would prefer you to leave for good. Najib's facial expression speaks volume.

    If you want Tunship to be conferred to you, you better make your decision to retire immediately or else you will miss the boat. If MIC is in chaotic condition before you leave then your Tunship will be at stake. kah, kah, kah !!!!

    Don't you want to be seated in front together with Tun M, Tun Abdullah, Tun Ling Liong Sik and Tun Lim Keng Yaik whenever there are official state functions. kah, kah, kah !!!!

    So that opportnity is lost if you miss your Tunship!!

    Always remember the saying that "respect is to be earned".

    I take this opportunity to suggest to Najib to appoint him as Duta to India if he retires immediately. This is the best option for him to give recognition to his "contributions" towards his community for many years. Maybe he is still productive and influencial enough to be able to lobby the high powered Indian investors to invest in Malaysia and find business opportunity for Malaysian businessmen over there. I think he is the right person to represent Malaysia in India. India is now having fantastic economic growth and there is ample opportunity to do business there.

    Maybe when he is there he can "sambil menyelam minum air" !!!!kah, kah, kah !!!

    ReplyDelete
  10. Memang samy wajib letak jawatan skrg, bukan tahun depan. Hakikatnya majoriti rakyat tak mau lagi kat samy.

    Tapi batang balak ni banir dia dah besar, kuat akar tunjangnya..maka dah tentu tpt berpenunggu berpuaka. Lazimnya bukan senang nak tumbang. Kalau setakat buldozer rantai kecik memang tak jln...putus rantai beb!

    Pertama sekali kena halau penunggu batang balak tu dulu. Bila penunggu dah lari, segala jenis mesin penebang takkan ada gangguan lagi. Penunggunya ialah Vell Pari... Ia adalah puaka yg akan melindungi banir tersebut. Puaka itu pun bukan kecik anak punya hantunya. Tok moh cari makan pun ramai tumpang semangkuk dgn hantu ini.

    Maka, kpd yg berhajat nak tumbangkan pokok balak tua ni, dia kena tertib. Proses memusnahkan puaka kena ada kemahiran tinggi & alat yg cukup mcm kemenyan putih! Kena pakai tok bomoh yg power. Jampi serapah kena mantap sebab puaka ni bukan calang2 jg...dia menguasai jampi serapah yg senang baca & yg biasa2 tu. Nama pun puaka, maka segala perlawanan pastilah ganas.

    Akhirnya, bila puaka dah wassalamu...jadi mudahlah sikit kerja. Walaupun pokok tu besar & akar tunjang pjg, namun umurnya dah tua...dahan pun banyak reput, dlm batang pun banyak berlubang makan dek bubuk. Itu jam, bwk buldozer 2-3 bijik, chainsaw & sentawong. Kemudian tolak la slow2...nescaya mudah je rebah ke bumi. Nak cepat lagi tarah dulu sikit pangkal pokok tu kemudian bubuh racun sikit..lagi lah cepat jln...bila daun dah berguguran, pokok nak oksigen pun tak dpt dah!

    ReplyDelete
  11. GAP aku sokong kau 100%, hapuskan libiliti dalam BN supaya kerajaan BN di terima semula oleh seluruh rakyat.Semi Value memang tidak punya harga diri lagi, dia sepatutunya letak jawatan sebaik sahaja keputusan pilihanraya Hulu Selangor di umumkan kerana calon bukan pilihannya memperolehi kemenangan.Hari ini dia mendabik dada kononnya kaum India Hulu Selangor telah kembali menyokong MIC dengan kemenangan itu, sesungguhnya dia lupa bahawa kemenangan itu kerana calon yang di pilih untuk bertanding adalah bukan calon pilihannya.Sepanjang Semi value menjadi diktator dalam MIC hampir 10 ribu keangotaan Kaum India dalam MIC di lucutkan.Kerana dia berada di puncak MIC maka tidak kurang 4 parti baru kaum India muncul.Hari ini dia sekali lagi menggunakan samsengnya untuk mengagalkan usaha Mugilan mengerakkan GAS.

    Ms Pearl
    aku setuju kita utamakan sokongan melayu kepada umno dahulu. Tapi ini bukan soal perjuangan bangsa,ini persolan membina negara,UMNO tak bertanding dalam Pilihanraya, yang bertanding adalah BN masalah kita ialah liabiliti dalam BN ini menyebabkan kita tumbang, apa guna UMNO kuat tapi BN kalah.Kau lihat PRU 12 yang lepas kerusi BN/UMNO majoriti menang yang buat masalah adalah kerusi MIC/BN, Gerakkan/BN dan MAC/BN.

    ReplyDelete
  12. hahaha, kamu yang ambil gambar tu GAP? "senyumlah, senyumlah, ahai cek mek molek"

    kah kah kah, bodoh betul si Samy ni. memang benar, pembangkang nak samy terus pegang jawatan tinggi MIC, senanglah nak jadikan Samy isu!

    Dulu orang kata, Mahathir mahazalim, firaun, dan lain2. tapi TDM sudah berhenti, 7 tahun.

    Soalannya, bila Nik Aziz nak berhenti?

    ReplyDelete
  13. உலு சிலாங்கூர் இடைத்தேர்தல் முடிவுகளை செல்லாதாக்குவதற்கு அந்தò தேர்தலில் தோல்வி கண்ட பிகேஆர் உலு சிலாங்கூர் வேட்பாளர் ஜையட் இப்ராஹிம் மனு ஒன்றை இன்று சமர்பித்திருக்கிறார்.
    தமது போட்டியாளரின் பிரச்சாரத்தில் பரவலாக ஊழல் நடைபெற்றுள்ளது என்று அவர் அந்த மனுவில் கூறிக் கொண்டுள்ளார்.
    பிரதமர் நஜிப் அப்துல் ரசாக் தமது பிரச்சாரத்தின் போது வழங்க முன்வந்த விஷயங்கள் பிஎன் வேட்பாளர் பி கமலநாதனுக்கு “நேரடியாகவோ மறைமுகமாகவோ தெரியும்” என்ற அடிப்படையில் அந்த மனு தாக்கல் செய்யப்பட்டுள்ளது.
    “அந்த மனு மிகவும் சிறியது. நாங்கள் நஜிப் வழங்க முன்வந்த 3 மில்லியன் ரிங்கிட் பற்றியும் (ராசா சீனத் தேசிய வகை தொடக்கப்பள்ளிக்கு) பெல்டா குடியேற்றக்காரர்களுக்கு அவர் வழங்க முன் வந்தது பற்றியும் மட்டுமே கவனம் செலுத்துகிறோம்,” என்று ஜையட்டின் வழக்குரைஞர் மாலிக் இம்தியாஸ் சர்வார் கூறினார். அவர் ஜையட்டின் இல்லத்தில் நடத்தப்பட்ட நிருபர்கள் சந்திப்பில் பேசினார்.
    அந்தத் தேர்தல் மனு ஷா அலாம் உயர் நீதிமன்றத்தில் தாக்கல் செய்யப்பட்டது

    ReplyDelete
  14. Salam Bro GAP,

    Sebagai individu yang memegang janji mengenggam sumpah, pasti saya akan bersama-sama GAP untuk menjadikan Semi Value ni takdak value lagi.

    Tun dah resign tapi dia ni tak malu terus nak pegang kepimpinan. Arus penolakan MIC dan rakan-rakan India bermula dah lama. Sebenarnya, bukan baru isu ini. Mugilan baru cuba gerakkan, tapi sebenarnya the ex- MIC Youth Chief Mr. Vikneswaran dah keluar dari MIC tahun lepas dgn kekuatan pemuda-pemudanya. Yang menariknya tentang Vikneswaran ni, dia dan pengikutnya akan turun berkempen jika ada PRK. Hulu selangor contohnya, khemah mereka ini akan ada sepanduk - Penyokong BN. Mereka masih setia dengan BN, tapi tidak mahu Semi Value.

    Apapun, orang melayu tidak mampu lagi untuk berpecah. Demi Agama, Bangsa dan Negara, ayuh kita bina negara ini tanpa Semi Value...

    -Melayu Bangkit!!!-

    ReplyDelete
  15. Hari ini anak Samy Vellu salahkan UMNO punca India tak sokong BN. Sebelum ini pemimpin MCA juga salahkan UMNO. Kenapa mereka tidak mengenang budi UMNO yang terlalu banyak bertolak ansur dengan MCA dan MIC. Diharap selepas ini PM letakkan calon Melayu dalam PRU 13 dikawasan majoriti Melayu. MCA dan MIC letakkan dikawasan majoriti Cina dan India. Anak Samy Vellu juga salahkan pasal kuil diroboh punca India tak sokong BN. Yang diroboh terlalu sedikit bising satu dunia. Yang haram beratus-ratus buah di tanah kerajaan tak ambil kira? Kuil ganggu kawasan majoriti Melayu tak ambil peduli? Kenapa semua nak salahkan Pemimpin Melayu sahaja? Dr Ridhuan Tee sudah banyak menulis ingatkan Melayu agar berhati-hati dengan musang berbulu ayam.
    Sokong Gap.

    ReplyDelete
  16. Hari ini anak Samy Vellu salahkan UMNO punca India tak sokong BN. Sebelum ini pemimpin MCA juga salahkan UMNO. Kenapa mereka tidak mengenang budi UMNO yang terlalu banyak bertolak ansur dengan MCA dan MIC. Diharap selepas ini PM letakkan calon Melayu dalam PRU 13 dikawasan majoriti Melayu. MCA dan MIC letakkan dikawasan majoriti Cina dan India. Anak Samy Vellu juga salahkan pasal kuil diroboh punca India tak sokong BN. Yang diroboh terlalu sedikit bising satu dunia. Yang haram beratus-ratus buah di tanah kerajaan tak ambil kira? Kuil ganggu kawasan majoriti Melayu tak ambil peduli? Kenapa semua nak salahkan Pemimpin Melayu sahaja? Dr Ridhuan Tee sudah banyak menulis ingatkan Melayu agar berhati-hati dengan musang berbulu ayam.
    Sokong Gap.

    ReplyDelete
  17. Hari ini anak Samy Vellu salahkan UMNO punca India tak sokong BN. Sebelum ini pemimpin MCA juga salahkan UMNO. Kenapa mereka tidak mengenang budi UMNO yang terlalu banyak bertolak ansur dengan MCA dan MIC. Diharap selepas ini PM letakkan calon Melayu dalam PRU 13 dikawasan majoriti Melayu. MCA dan MIC letakkan dikawasan majoriti Cina dan India. Anak Samy Vellu juga salahkan pasal kuil diroboh punca India tak sokong BN. Yang diroboh terlalu sedikit bising satu dunia. Yang haram beratus-ratus buah di tanah kerajaan tak ambil kira? Kuil ganggu kawasan majoriti Melayu tak ambil peduli? Kenapa semua nak salahkan Pemimpin Melayu sahaja? Dr Ridhuan Tee sudah banyak menulis ingatkan Melayu agar berhati-hati dengan musang berbulu ayam.
    Sokong Gap.

    ReplyDelete
  18. May 25, 2010 6:56 AM: Apa ni, tabur2 SPAGHETTI pula kat foruum GAP ni! Dah tu berpintal2 pulak!

    Mak kau tak ajar ke jangan tabur2 spaghetti? Aku tak suka spaghetti pintal2 tabur macam ni..

    Pergi suruh budak tu cuci GAP!

    ReplyDelete
  19. Terdesak, Samy and son cuba nak jadi jaguh kaum India dengan mendomba-domba dan melaga-lagakan kaum India dengan UMNO..

    Maka timbullah isu kuil Hindu diroboh UMNO, isu BN jadi bas yg hanya UMNO saja yg dibenarkan jadi driver, dan isu ketidakserataan yg kononnya mendiskriminasi kaum India..

    Tidak timbul isu rasuah petinggi-petinggi MIC berkait MAIKA Holdings, tidak timbul isu kediktatoran Samy Velu hingga melahirkan IPF dan KIMMA yg menjadi ikon ketidakpuasan kaum India dengan Samy Velu, tidak timbul isu kezaliman Samy Velu ke atas pemimpin2 MIC lain yg dizaliminya hanya kerana tak sebulu dengannya...dan tidak timbul segala keburukan Samy Velu dan "pemerintahan"nya dalam MIC yang merupakan isu-isu SEBENAR kenapa pemberontakan kaum India terhadap Samy Velu datang silih berganti..

    Tidak juga timbul isu penempatan kaum India di Pulau Pinang yang berusia 200 tahun, KG PALA, yang DIROBOH bukan oleh UMNO tapi oleh DAP-PKR-PAS..

    Yang timbul dan ditimbulkan sekarang oleh Samy, anak dan penjilat2nya ialah campurtangan UMNO dalam isu MIC. Kalau UMNO campur tangan atau menjadi pemandu zalim dalam BN, maka sudah lama IPF dan KIMMA menjadi ahli BN. Tapi Samy Velu masih dibenarkan MEMANDU bas BN ini pada ketika2 tertentu, hingga membolehkan Samy Velu VETO keanggotaan KIMMA dan IPF..

    Sebenarnya, kalau seorang pemimpin berada terlalu lama pada tampuk kuasa, dia berkesudahan menjadi DIKTATOR dan tidak tahu bila mahu berundur sehingga dia dipaksa berundur oleh keadaan. Semua ini sudah berlaku dalam UMNO dan MCA, bahkan dalam PAS jua.

    Samy Velu adalah DINOSAUR tua yg sudah melepasi zaman Jurassic. We are now in the Golden Age of Enlightment. Malaysia Indians deserve better than Samy Velu whose value has more or less stayed the same. Kaum India Malaysia sudah tidak lagi mahukan Samy Velu samada wujud campurtangan UMNO atau tidak..

    Oleh itu, jangan kita termakan dengan umpanan Samy Velu and Son Inc. yang mahu adu domba kaum Melayu dengan kaum India melalui tiupan anti-UMNO dari Vel Paari..mereka terdesak

    ReplyDelete
  20. Samy Vellu dulu dia power pasai MACCHAAAA dia . .tau sapa ? Siapa lagi kalu bukan Tun Mahathir sayang sungguh kat dia . .Apa dia nak buat semua kira jadik . .Tapi lani Samy Velloo kena akur . . Macchaa sudah tak ada lagi kat atas . . Siapa lagi mau tolong . . .Macchaa pun sudah trak syok sama lu lagi mau duduk MIC president . ..DS Najib pun mau cari baru punya Maccha jugak . .he he

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.