Monday, June 7, 2010

BUKTI KETUA PENERANGAN UMNO SELANGOR BANKRAP IDEA !

nama kepada pemilik gambar di atas adalah shukor. dia seorang yang berhormat.adun kawasan mana aku tak tau pasal dia tak popular dikalangan rakyat selangor. walaupun dia tidak popular, dia tetap dilantik menjadi ketua penerangan umno selangor.

jangan main-main. aku ulang, dia adalah ketua penerangan umno selangor. siapa lantik ? presiden umno. maknanya sebelum yb shukor diangkat menjadi ketua penerangan umno selangor, presiden parti telah menilik nilik akan kemampuan yb shukor mengetuai jentera penerangan umno di selangor.

atau ds najib telah tersalah tilik ? benarkah yb shukor punyai kapabiliti atau kemampuan menggalas tugas sebagai ketua penerangan umno selangor ?

jawapannya..kosong..yb shukor taraf kelesuan nya sama seperti ketua pemuda umno selangor,suhaimi ghazali manusia paling gagal dalam sejarah kepimpinan umno.

selama setahun memegang jawatan, yb shukor terlalu banyak bersyukur sampai langsung tidak kelihatan taringnya mengepalai jentera serangan penerangan umno melanyak kalid gagap.

yb shukor dan suhaimi ghazali adalah manifestasi konsep pemimpin umno yang tidak proaktif,tidak responsif dan amat gagal dalam sebarang usaha proaktif melanyak pakatan.

BUKTINYA ?

keratan akhbar ini adalah daripada sinar harian.keluaran hari ini 7/6/2010. dalam bulatan itu adalah petikan kata-katan yb shukor yang membelasah kalid gagap..

apa yang ditulis pada ayat yang telah dibulatkan itu ?

'saya dimaklumkan daripada hasil yang diperolehi tahun lalu,hanya RM1.3 juta sahaja disalurkan untuk program MES (merakyatkan ekonomi selangor).

rakyat negeri selangor ada 5 juta orang,ini bermakna setiap orang daripada rakyat negeri ini hanya mendapat purata 26 sen sahaja setahun manfaat kebajikan daripada program tersebut.'detail temubual ini boleh KLIK DISINI

di atas adalah ayat yb shukor yang kononnya bijak bicara waranya melanyak pakatan selangor berdasarkan fakta jumlah dan pembahagian angka .

SOALAN ? BENARKAH ITU IDEA ASAL YB SHUKOR ATAU DIA PLAGIAT/COPY PASTE DARIPADA HASIL KERJA DAN ANALISA SEORANG BLOGER ?

ketua penerangan umno selangor kantoi. fakta di atas bukan hasil kecerdikan beliau,sebaliknya diplagiat daripada tulisan bloger RBF bertarikh 4/6/2010 !

tak percaya..KLIK SINI untuk membaca dengan lebih detail tulisan RBF !

SUNGGUH MEMALUKAN !

22 comments:

  1. Bro.... gua tolong RBF buat kira kira ni bro,

    macamni punya ketua penerangan Umno haprak lah... cehh tak tahu malu ka???

    ReplyDelete
  2. shamsul

    habis madu sepah dibuang merata.

    apa nak jadi umno selangor ?

    ReplyDelete
  3. baguslah blogger sudah bertukar menjadi sombong. apa salahnya seorang pemimpin ambil dari blog sebagai rujukan.

    dulu pertikai kenapa artikel dari blog tidak disambut oleh pemimpin,sekarang bila di sambut, di malukan sebegini.

    apa apa pun tahniah gap.

    ReplyDelete
  4. Salam Bro GAP,

    Biasalah bro, itu tandanya dia tidak menolak kehadiran superpower bloggers. Cume patutnya dia kene bagi credit kat rbf. Ataupun, adakah beliau dapat idea yang sama dgn rbf? plagiat...heehehe...

    Dia nih..YB Abd Shukur bin Idrus dari N13 DUN Kuang.

    Ketua Penerangan ke? Tapi tak nampak gerakan penerangan yang agresif dari Biro Penerangan UMNO pun. apa yang kita mahukan ialah tindakan. Kesedaran dah ader, tindakan zero, maka bersedialah untuk rebah jika tidak berubah. Minta YB buatkan sessi penerangan secara agresif di selangor.

    Nak amik info dari bloggers je tak cukup, kene bergerak cam bloggers gak... agresif, aktif, kompetitif, dan tif-tif yang lain.

    -Melayu Bangkit!!!-

    ReplyDelete
  5. UMNO Selangor bertambah layu dengan Melayu yang layu serta malas membantu UMNO.

    Mungkin UMNO Selangor ni memberikan bantuan agar PKR menang lagi di Selangor.

    Lies by the Israeli terrorists.

    ReplyDelete
  6. inilah masalah kamu semua yg sokong umno,nak tolong umno tapi menghentam sesama sendiri.mcmana umno nak menang? tak kisah lah idea siapa pun yg mula dulu....politician cakap sbg politician...blogger menulis sbg blogger...sama2 membantu,berkongsi maklumat dan menyampaikan maklumat menggunakan saluran yg ada.ok, aku bersetujulah kalau katakan ia idea asal rbf dan di ciplak oleh YB Syukur tanpa memberi kredit kpd rbf...tapi cuba ko fikirkan begini....yb syukor adalah peminat setia blog rbf...setiap hari beliau akan terkincit dalam seluar selagi tak membaca blog rbf...kira fan tegar la...so suatu hari dia baca suatu analisa yg amat baik dalam blog rbf tu...pas tu dia pun cakap sbg politician hasil drpd pembacaannya....hanya masalah problem, dia tak letak footnote kat bawah ucapan dia dan skrg ko tuduh dia menciplak....1) Sejak bila pulak semua tulisan blogger ni bertaraf HAK CIPTA TERPELIHARA? Ada ke mrk mendapat lesen dari Creative Commons License Deed 2.5????
    2) Blogger pro-umno ni matlamat penulisannya apa? Nak membantu UMNO secara ikhlas tanpa harap balasan,menulis bukan kerna nama atau nak dapat kredit/mileage dari penulisan & penciptaan idea?

    bantu membantulah sesama umno....kalau menghentam syukur isu besar aku takde hal....memang dia bangang pun.....tapi hal sekecil ni, buat menambah peluru PR utk menembak BN je....

    ReplyDelete
  7. tokey dan anon

    harus diingat aku bukan bloger umno, aku bloger biasa nak pertahankan islam dan melayu.

    umno tu sebagai platform pengganti kehaprakan pakatan. jika pemimpin umno sendiri tak perform, orang melayu nak bergantung kat siapa lagi ?

    selama ini bloger tak pernah sombong untuk membantu umno, 2 tahun tanpa sebarang kerjasama pun dari umno.

    di hulu selangor,umno selangor langsung tak pandang bloger macam aku !tapi aku peduli apa !

    kau tengok macamana bloger lanyak pakatan kat bagan pinang dan hulu selangor. dah tolong pun masih kata kami sombong ? cukup sombong kata mu tokey..

    ketua penerangan umno dan umno selangor sendiri manusia sombong yang tak mahu bekerjasama dengan bloger jalanan macam kami.

    jadi apa salahnya untuk aku balun umno.

    ReplyDelete
  8. Hahaha.

    Dari kenyataan ketua penerangan ini nyata dan jelaslah dia jenis kurang menyelidik.

    Walhal banyak isu boleh dimainkan di Selangor sepanjang pemerintahan Khalid Gagap.

    Tapi sayang YB ni mungkin terlalu leka. Dan malas mengkaji serta mencari isu sensasi kerajaan negeri Selangor.

    Akhirnya dia mencedok tulisan blogger RBF, sebagai sumber rujukan, tapi dari aspek lain kita harus ingat GAP, dengan ini artikel-artikel blogger yang dulu para pemimpin UMNO anggap murah dan tak laku sebenarnya sumber tepat dan bernas untuk melanyak kerajaan Pakatan Haprak.

    Dengan ini tidak semena-mena kehadiran blogger macam RBF dan GAP di anggap penting dalam menyebarkan sesuatu berita.

    Tahniah blogger-blogger sekelian!

    -MR.PUAKA-

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Jawapan untuk komen Tokey,

    Nak cedok idea blogger boleh, tapi bagilah credit.

    Otak letak kat lutut.

    ReplyDelete
  10. balun umno jika niatnya utk membina kembali kekuatan umno tiada masalah bagi aku.

    masalahnya isu statement ciplak si syukur ni pada aku isu kecik je....tak perlulah nak di perbesarkan.....bagi bola tanggung kat musuh nak buat apa?

    korang blogger ni nak sangat pengiktirafan,penghargaan & kredit ker????????

    desperet sangat ker?

    balun la kebodohan umno guna isu besar....isu curi pasir ke, isu khalid gagap berhutang dgn syabas ke

    ReplyDelete
  11. anon 4:36pm

    haha lu lawak la.ketua penerangan umno la yang desperate sampai ketandusan isu plagiat dari bloger.

    pakai nak free tapi 2 tahun nak jumpa takut !pemimpin angkuh dan sombong.

    kalau dah rasa bakal jadi liabiliti kepada umno, baik letak jawatan je la..

    bab lanyak pakatan tu tak payah la ko nak tarbiah bloger, tengok balik tulisan kami yang banyak lanyak dorang..

    panas ya korang bila kena lanyak.apasal takut hilang jawatan ke ?

    anon ? aku nak tanya ?
    ko ni yb shukor ke ?

    ReplyDelete
  12. siapa aku? aku juga marhaen seperti kamu....tak pernah dapat apa-apa projek potong rumput pun...aku juga membalun umno dgn caraku sendiri...tapi taklah sehebat blog kamu ni....tiada kena mengena dgn yb syukur...hanya saiz perut kami je yg mungkin sama....terpulanglah kpd kamu nak dgr pandangan aku ke tak....teruskan perjuangan kamu. salam

    ReplyDelete
  13. biasa lah bro ...

    pemimpin UMNO byk mcm tu ..suka take credict kerja org lain

    sama jg ada beberapa pemimpin UMNO dan pemilik portal pro umno itu dok claim kata blogger pro umno semua bawah dia ...

    mcm cibai semua ... yg susah pyh adalah blogger, yg dapat nama pemimpin UMNO ..

    mcm celaka semua seekor2 ..bila kita pi jmpa minta tolong support ,semua habaq mai tengok dulu ..sy cuba cr budget ..

    ReplyDelete
  14. pejuang bangsa

    aku setuju 1juta % pendapat kau. memang ada segelintir manusia haprak umno mengaku bloger-bloger semua bawah dia..

    aku tengah check malaun ni..dapat tahu mati la lu !

    ReplyDelete
  15. Salam Perjuangan,

    Dia kira camni la... Bloggers kat sini cam devil advocate, iaitu, sokong tetap sokong, tapi klu silap, siappp........ cume klu pemimpin-pemimpin UMNO ni betul2 nak Ketuanan Melayu terus bergema di inderaloka bersama panji-panji perjuangannya, dan terus relevan untuk islam dan melayu, maka diorang kene pikir segala bentuk senjata, contohnya; bloggers. Ada tak pertemuan antara pemimpin UMNO dan bloggers (cam GAP, rbf, BPN dll)? Amik tak pendapat-pendapat bloggers secara serious?

    Untuk berjuang, kene ader kumpulan pemikir, brainstorming, sepakat dan tindakan. Niat GAP tu bagus, untuk BANGKITKAN Umno selangor sempena program Selangor Bangkit.. hehehe....

    Cabaran dari GAP harus diterima, ditelaah dan digerakkan ke peringkat akar umbi. Maksud aku, penerangan kene terus bergerak. Aljuburi bergerak, siap panggil 2 orang aktivis gaza dalam ceramahnya yg akan datang di sri gombak, di teluk gadung klang, akan ada ceramah orang-orang pening (panadol).

    ceramah UMNO Selangor? Last sekali yang aku dengar, kat Kg Bukit Kapar, di DUN Meru. Pastu ada la kat Tg Karang yang TDM hadir. Yang lain2?

    ReplyDelete
  16. tahniah GAP , dedahkan kecurangan ketu2 penerangan dan kelemahan KP negeri2 ..mereka ni patut kena hantam berabis , pangkat mahu ..kedudukan dikejar tapi buat kerja macam hampas , perut semakin maju kedepan , gaya mengalahkan Najib , kerja ? huhhh ..
    manusia2 mcmni la yg meruntuhkan Umno , yang membuatkan rakyat muak dengan kerajaan , mamat2 seperti inilah yang harus diberambuskan dari hierarki politik , jadi liabiliti pada parti ,
    janagn sampai kerana nila setitik rosak susu sebelanga ,
    teruskan serangan , kalau boleh biar Najib tahu tembelang mamat ni macamana , baik tukar je dia ni ..ramai lagi yang lebih layak dan berkebolehan jadi KP negeri selangor ,

    ReplyDelete
  17. tahniah bro , lanyak jangan tak lanyak habis2an ..
    depa ni memang patut kena ajar sikit , eksen je lebih , kerja entah apa2 ..

    masuk politik semata2 mencari kekayaan , matlamat perjuangan no 2 ..melayu nak hancur ke , nak mampus ke , dia tak peduli apa , dia cuma tahu pangkat dan pangkat , duit dan duit dan harta dan harta bertambah ,

    ReplyDelete
  18. ramai pemimpin umno tidor,bangun tidor dah ada org sedia makan,apa lagi makan je la..makan free pulak tu..sapa tukang beli,tukang masak ,tukang sedia makan dia tak peduli yg penting dia kenyang

    ReplyDelete
  19. balun membalun ni ade bny tujuan...kalau balun pengkhianat agama,kite balun untuk memusnahkan..kalau balun pejuang agama,kita balun untuk menyedarkan..bese r 2,kalau da pgg kuase,mesti ade mase nye tergelincir..pape pon,niat kite biar satu,menegakkan panji2 Islam...

    -didi-

    ReplyDelete
  20. Kalaupun aku sokong Umno adakah aku kena tutup mata dan tutup mulut aku kalau ada kepincangan dalam Umno berlaku? Nak harap ahli Umno tegur pemimpin lemah jangan haraplah. Bila nak rebut jawatan baru tunjuk berani kritik kepimpinan. Sebabnya,takut tak dapat ape2. AKU APA DAPAT adalah ungkapan popular dikalangan ahli Umno.

    Biar blogger macam GAP,Pejuang Bangsa,Pisau,Wake Up dan tukang komen mcm aku lanyak dia orang.
    Ramai orang Umno(termasuk orang kampong)tak kenal siapa YB.Syukur.
    S/U perhubungan pun kita tak kenal.

    YB.Noh adalah sikit sensasi yg lain hancussss. Harapkan ego,eksen dan kereta mewah. Rakyat dah mual dgn perangai mcm ini. Tak fikir ke,
    dengan laungan 1Malaysia dan perubahan dibuat Najib,undi PKR di
    Hulu Selangor walaupun kalah tapi bertambah.

    Begitu melambak isu negatif terhadap PR tetapi rakyat dan pengundi tak dapat mesej. Hebat pebenda! Setakat hari ini Selangor tak akan bangkit.

    ReplyDelete
  21. KP selangor wajib kena tukar , ketua penerangan pun sama , tak ada peranan langsung , duduk melangut mengira masa bila nak kena lantik naik lebih tinggi ..duduk melopong melihat rakyat selangor meronta2 berjuang mencari maruah yg hilang ,
    mereka inilah agen kejatuhan Umno sebenarnya , mereka lebih bahaya daripada pembangkang yg terang2an bermusuhan dan menyerang Umno , mereka adalah musuh dalam selimut , gunting dalam lipatan ,

    ReplyDelete
  22. Itulah jadinya bila berbuat sesuatu tanpa mengukur kemampuan diri. Selepas BN kalah di negeri selangor YB Sukor serta Satim Diman sibuik melobi diri kononya merekalah yang paling layak menjadi pengurusan parti. Akhirnya, umno selangor dilihat longlai ditengah jalan. Beliau menang di Kuang kerana undi majoriti melayu, jika tidak tak tersungkur ditengah jalan. Harapkan kereta sahaja baru, kerja habuk pun tarak

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.