Monday, June 14, 2010

HALATUJU BARU BLOG GERAKAN ANTI PKR

selepas beberapa lama mengadakan perbincangan yang serius, adalah dimaklumkan bahawa serangan blog gerakan anti pkr akan lebih terbuka dan telus.

walaupun blog ini menggunakan akronim anti pkr,anti pas,anti pakatan namun ia tidak akan lagi menjadi batu penghalang untuk aku melakukan serangan terbuka kepada pimpinan umno dan barisan nasional.

dalam keadaan kelemahan pakatan yang semakin jelas ketara,nampaknya pimpinan umno dan barisan masih lagi mengamalkan politik feudal dan tidak update pada persekitaran graf politik semasa.mereka lemah untuk melakukan tindakan ofensive.

ini merugikan islam,ini merugikan melayu dan ini merugikan negara.

aku tidak akan peduli samada dia pm,tpm,menteri,menteri besar,mt umno,ketua perhubungan negeri,adun,ahli parlimen..mana-mana subjek yang dirasakan tidak memberikan manafaat kepada keuntungan islam,melayu dan negara akan aku lanyak habis-habisan.

aku takde terikat dengan mana-mana pemimpin politik. ini memudahkan lagi kerja aku.

proses halatuju baru blog gerakan anti pkr ini terbahagi kepada 2 item penting;
1) menghancurkan pakatan semaksima yang mungkin
2) membersihkan/menegur/mengkritik pimpinan umno/bn yang tidak menguntungkan perjuangan.

bersedialah !

27 comments:

  1. Aku support dari belakang bro... Disamping menembak pakatan haram jadah, kudis-kudis buta dalam kerajaan BN/UMNO harus disedarkan!

    ReplyDelete
  2. Setuju ..dan inilah yang sebenarnya kita mahu , inilah matlamat kita ,
    Setuju , serangan terbuka pada semua , hancurkan PAKATAN semaksia mungkin dan tegur para pemimpin BN sewajarnya !!

    segalanya demi bangsa , agama dan Negara ,

    ReplyDelete
  3. sokong.hang, sokong hang,,,, sokongggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg

    ReplyDelete
  4. Admin GAP: tertarik dngn pic2 kat kana blog ni.support saiful dll..yg pling mnarik adalh "palestin kami di sisi mu". bagus. di kanan palestin. di kiri APCO-Israel & Zim Israel Navigation Company (Zim Lines). menrik!!

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0610&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm&arc=hive

    ReplyDelete
  5. Aku setuju Gap...Aku sokong kamu

    Demi memuliakan agama
    Demi memartabatkan bangsa
    Demi menyelamatkan negara...

    ReplyDelete
  6. Setuju Gap...

    Demi memuliakan agama
    Demi memartabatkan bangsa
    Demi menyelamatkan negara

    Sokong kamu...

    ReplyDelete
  7. Salam Bro GAP,

    Saya menyokong usaha GAP untuk lanyak fuckatan haram dan lempar mereka ke jurang yang hina lagi menghinakan; di tempat yang sepatutnya mereka berada.

    Disamping itu, jgn lupa si mat jenin yang jumlahnya makin bertambah di dalam UMNO Selangor khususnya, yang tgh dok berangan nak menang, namun tanpa usaha. Usaha tanpa doa itu sombong namanya, berdoa tanpa usaha itu sia-sia.

    Desperado, support dari belakang takpe, jgn main belakang udah ler...kehekhekeh...

    -Melayu Bangkit!!!-

    ReplyDelete
  8. setuju dan telah saya amalkan sejak mula lagi.. selamat datang ke dasar mulut terbuka

    ReplyDelete
  9. Setuju 100% aku sokong dihadapan bro...menegur untuk kebaikan, disamping kritik berilah cadangan membina agar blog ini lebih idealis berbanding blog-blog Fuckatan yang macam tangki septik melimpah penuh dengan najis, busuk, jijik, penuh maki hamun, fitnah dan dusta. Cit memang jenis pengemar lubang najis pun...

    ReplyDelete
  10. Yes, blast those ingrates so called leaders...
    dedahkan pekung manusia2 yang kurang ajar itu...tak kira dari mana dia pun...

    kay rules

    ReplyDelete
  11. Aku amat bersetuju seandainya teguran itu berlandaskan fakta dan ditegur secara berlapik tetapi pedas dan berapi. Kadang2- kita suka menegur orang, itu salah, ini tak betul, tapi kita hanya tegur tapi tak tunjuk cara yang betul. Macam tegur anak2 kita, adakah kita tunjuk cara yang betul. Contoh, kita tegur jangan merokok, tapi kita yang merokok. Kita tegur pi mengaji Quran, tapi kita langsung tak tahu nak mengaji quran. Itu yang sedih, bila aku dapati anak2 seangkatan dengan anakku di pusat Matrikulasi tak tahu nak baca Quran. Masya Allah. Pernahkah kita menegur Bini kita, Mak bapak kita, atau sebaliknya kita terima dengan hati terbuka untuk betulkan kesilapan kita bila ditegur orang. Renungkan sedalam-dalamnya. Ingatlah teguran yang berunsur fitnah satu hari akan dibalas Allah dan teguran yang membawa faedah akan diberi ganjaran oleh Allah.
    Wallahualam.

    ReplyDelete
  12. kuman kite kene hapuskan..slaen 2 jgn lupe untuk menguatkan immune system..support lu bro GAP..

    -didi-

    ReplyDelete
  13. Aku setuju dan sokong GAP buka ruang untuk menghapuskan virus-virus dalam UMNO/BN. Semakin hari semakin leka tak ambil hal akar umbi.

    Jangan lupa teruskan slogan GERAKAN ANTI PKR juga.

    ReplyDelete
  14. GAP..

    Aku sokong dari blakang.. (bukan main blakang.. hehe)

    Bongkar satu2 kepincangan UMNO then kita belasah PKR.

    Inilah yg aku mahukan sejak dulu.
    Nah sekarang kita bangkit ramai2

    Baru betul. Inilah namanya politik sihat.

    Aku nak ingatkan yang ko jgn lupa bongkarkan UMNO Melaka skali. Buat homework. Dan macam biasa kita kene tawan Selangor dan Kedah balik. Lagi bagus kalau bole runtuhkan kubu Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  15. Assalamu'alaikum Saudara GAP,

    Ambe oghang Dungung beri sokongang sepenuhnye kepade saudare. Bertindok 'adil lah dan tegoh kemungkarang walau dari mane-mane sekali pung. Allah subhanahuwata'ala bersame-same saudare insyaAllah. Hanye Melayu yang 'adil yang akan ditolong olehNye.

    Salam perjuangan,
    PondokDungunTgganu

    ReplyDelete
  16. hahhahah gerakan anti PKR konon, bermimpi lar kome, wat jadah pa tubuhkan kumpulan ni ,hahahha sumpah batu belah bertangkuplar kumpulan ni, dajai tak habesg2

    ReplyDelete
  17. Setuju sesangat. Bukak jangan takut-takut. Apa yang saya tahu akan saya kongsikan bersama

    ReplyDelete
  18. Salam bro,

    Masa dah sampai untuk tunjuk belang. Kita tak cari makanan yg disuap atau merelakan rusuk ditumbuk. Tanpa wang kopi kita mampu minum milo.

    Teruskan hasrat GAP.Saya bersama kebenaran...

    ReplyDelete
  19. Hebat! Great! Bravo! Aku SETUJU 100%! Aku pun berpendirian macam kau GAP, bahkan aku pun dah kritik Najib Tun Razak dalam beberapa posting...

    Kita tidak boleh lagi berdiam diri membiarkan pemimpin2 tertentu dalam UMNO ini buat ikut mereka saja. Kita perlu sayangkan UMNO tapi kita tidak perlu sayangkan pemimpin2 UMNO yang tidak sayangkan UMNO..

    Dan bercakap tentang itu, satu lagi kejutan dari pemimpin UMNO di muka depan akhbar2 hari ini. Sekurang2nya bagi aku adalah satu KEJUTAN yang buat aku terus terkilan hati dengan Najib Tun Razak..

    Muhyiddin Yassin dilapor akhbar hari ini berkata bahawa Kerajaan akan WAJIBkan (PAKSAkan?) semua murid2 sekolah belajar bahasa2 MANDARIN dan TAMIL...

    Ini satu lagu langkah REVERSE INTEGRATION yg cuba dilakukan oleh administrasi Najib Tun Razak untuk memuaskan orang2 bukan Melayu dek mahukan kembali sokongan mereka dengan cara memaksa orang2 Melayu berkorban lagi. Reverse integration ialah istilah ciptaan aku yg bermaksud rakyat pribumi yg majoriti dipaksa mengikut rentak rakyat pendatang yang minoriti sebagai satu cara untuk mengintegrasikan atau menyatupadukan rakyat Malaysia..

    Jelas pentadbiran Najib Tun Razak tak berani serta takut nak paksa orang2 Cina dan India hantar anak2 mereka ke sistem pendidikan kebangsaan sebagai usaha terpenting menyatupadukan rakyat.

    90% ibubapa Cina hantar anak2 mereka ke sekolah rendah Cina. India pun mungkin gitu juga. Hasilnya, anak2 Malaysia menjadi seperti minyak dan air dari umur 7 hingga 12 tahun. Apabila di sekolah menegah, mereka tak boleh bercampur, dah jadi buluh. Lalu jalan mudah diambil Najib dengan memaksa orang2 Melayu belajar bahasa2 Mandarin dan Tamil.

    Polisi Najib adalah begini: kalau kita tak boleh paksa Cina dan India ikut aliran perdana kebangsaan, maka kita paksa orang Melayu ikut cara Cina dan India. Polisi Najib ini akan melemahkan sistem pendidikan kebangsaan, akan melemahkan kedudukan bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan dan tidak akan membawa kepada perpaduan kaum yg signifikan. Semua ini adalah satu lagi langkah terdesak untuk dapatkan semuala sokongan Cina dan India yg dah hilang pada PRU12 2008, dan sekali lagi orang Melayu diminta berkorban (atau dikorbankan?)

    Dan pemimpin2 Melayu2 PAS dan PKR pula akan DIAM MEMBISU kerana mereka pun mau sokongan Cina dan India. Hasilnya, ketiga2 parti yang KONONNYa parti Melayu/Islam akan terus berlumba2 untuk menyusu KERA DI HUTAN dengan membiarkan orang2 Melayu terus terpinggir..

    Aku bukan anti belajar bahasa, Apa2 bahasa yang kita belajar akan memberi kebaikan dan ilmu pengetahuan walaupun bahasa Eskimo sekali pun. Tapi bila dah sampai ke tahap mahu PAKSA anak-anak kita belajar bahasa Mandarin dan tamil hanya untuk agenda yang sempit, maka aku tak setuju. Kalau dah gitu, kenapa tak paksa juga murid2 kita belajar bahasa2 Iban, Kadazan, Murut, Jawa, Bugis, Lotud, Rungus, Perancis, Sepanyol, Urdu, Hindi, Punjabi dan Sinhala? Apa yang specialnya bahasa Mandarin dan Tamil?

    Aku expect lagi banyak kejutan2 yg merugikan Melayu dari pentadbiran Najib Tun Razak. Sebelum ini isu Kampung Baru. Mereka beri alasan kononnya yg mahu di share 40% dengan bukan Melayu bukanlah TANAH di Kg Baru tapi cuma strata title. Ye lah, itu langkah awal, tapi lama2 nanti mereka akan tukar lidah dan sebaliknya tanah Kg Baru pula yg akan digadai. Bolehkah kita percaya?

    Dan aku percaya kalau PHUCKATAN ROKET perintah pun, hal yang sama akan terjadi...ke mana orang Melayu perlu mengadu?

    ReplyDelete
  20. Parti Tenat, Parti Khianat dan Parti Laknat. Ini adalah jolokan2 yang cukup sesuai untuk diberikan kepada tiga parti besar di Malaysia yang KONON (atau istilah Dr Mahathir, KUNUN) merupakan parti2 orang Melayu/Islam. Aku tak mahu sebut parti mana dapat jolokan mana...aku percaya kalau mereka baca, secara semulajdi mereka akan tahu yang mana jolokan sesuai untuk mereka!

    ReplyDelete
  21. setuju sangat.. sokongan beratus-ratus %!!! oghang POLITIK ni X kira sape yg dieorg tau REBUT KUASA je, JANJI or KHIDMAT pada RAKYAT jatuh ke tangga ke berapa ntah aku pown X tau.. LANYAK yg X LAYAK!!!

    TENAT, KHIANAT & LAKNAT!!!

    ReplyDelete
  22. Ego pemimpin BN ni tinggi sangat.. MEreka ni masih tak sedar2 lagi.. Tak kan nak suruh PM dgn TPM je buat keje.. yang lain duk goyang kaki.. ape pendek benar pemikiran pemimpin BN ni.. Kalau setakat nak menang dengan guna duit tak payah la..

    Come on la Pemimpin BN.. Wake up!! Get people trust back.. Dont betray people..

    ReplyDelete
  23. kita tengok blogger puak2 fuckatan pula , ada tak dorang berani menegur para UlaRmak dorang ..
    atau mungkin dorang merasakan semua ulaRmak dorang tu maksum , baik jujur amanah segalanya ,

    GAP dah buktikan , blogger hamPAS yg terbangkang macamana ?

    ReplyDelete
  24. semoga niat murni anda diberkati olehnya....teruskan membongkar kepincangan oleh Pemimpin PAKATAN disamping menegur ape yang sepatutnya kalau kerajaan sekarang ni tak betul...tido...mimpi basah...

    syabas bro...

    ReplyDelete
  25. Salam Bro,
    Aku pun sama, sejak beberapa lama dulu di Pahang aku dah lakukan ini...menikam ekor aku sendiri kerana pemimpin UMNO negeri yang masih pekak badak.

    ReplyDelete
  26. Salam Bro..
    welcome to the club..
    cek dah lama buat.. cuba tgk skrg dasar liberalisasi yg makin menjurus kepada pembukaan kepada org bukan melayu..
    yg paling ngeri Oil & gase..

    ReplyDelete
  27. Disokong sebulat suara.Namun begeraklah dengan :-
    1.Beretika
    2.Benar dan ada asas
    3.Tiada fitnah kepalsuan
    4.Kejujuran
    5.Jangan jadi sumpah sumpit
    6.Samarata sama rasa
    7.Teguran yang membina
    8.Jangan "SPIN" "DIVET"

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.