Sunday, June 27, 2010

TAHNIAH PEMUDA UMNO KOTA RAJA !

aku memberikan salute dan tabik hormat kepada seluruh jentera pemuda umno kota raja kerana akhirnya bertindak tunduk kepada 'suara rakyat' apabila mengusulkan dalam mesyuarat pemuda bahagian, mendesak ketua pemuda umno selangor berundur !

tiada salahnya seluruh jentera pemuda umno kota raja berbuat demikian, malah act atau aksi sebegini akan dianggap sebagai wira kepada rakyat.

suhaimi ghazali amat gagal,telah gagal dan cukup gagap. terlalu banyak bola tanggung kelemahan pakatan selangor tidak dilibas oleh ketua pemuda paling lemah dalam sejarah.

umno itu mewakili suara melayu, suara rakyat. jika umno itu tidak perform ke tahap yang sepatutnya, maka wajarlah gerakan suara rakyat menegur mereka dilakukan.

allahyarhamah fatimah sidek pasti gembira mendengar suara kejantanan umno kota raja. allahyarham aziz ishak pasti gembira melihatkan kebangkitan anak muda kota raja.

pru ke 13 sudah semakin hampir. jika umno itu tidak respon kepada kebangkitan suara rakyat yang mahu pakatan dihancurkan, maka umno akan tewas, tewas di mata rakyat.

tahniah seluruh jentera pemuda umno kota raja, yang lain bagaimana ? shah alam,klang,subang,puchong,PJS,PJU,kelana jaya,tanjung karang,kuala selangor dll ? nak jadi hero suhaimi atau nak jadu hero kepada kebangkitan rakyat !

5 comments:

  1. Betul ke GAP,

    Cayalah, klu ada Pemuda Bhg yg mcm ni. Agar yg tido boleh bangun.
    Mcmana pulak dgn KP tak buat keje kat bhg sendiri? Klu turun padang pun dgn AJK Bhg jer.

    Agak2 GAP dlm keadaan sekrg ni ada tak KP yg dengar sendiri masalah belia? Turun berkenalan dgn belia? atau berkenalan dgn AJK Pemuda cawangan>?

    ReplyDelete
  2. tahniah kota raja , macam ni la yg kita mahu , yg benar disokong yang salah ditegur , KP selangor wajib undur ...!!

    KP pemuda , si KJ apa cerita ? dia ni pun 2x5 juga , apa tak pemuda negeri lemah kalau ketua pemuda sendiri dah jadi ketua pemondan , lembik , lemah , malas , pondan !!

    pemuda UMNo bangunlah , pemuda Umno seluruh negara mesti bangun bertindak , masa semakin suntuk , ..

    ReplyDelete
  3. Salam Bro GAP,

    Perjuangan para Bloggers utk membangkitkan Umno Selangor dari tido nampaknya sedang membuahkan hasil. Teruskan perjuangan...

    Akhirnya, ada suara dari pemuda umno yang berani. Terima kasih kerana mendengar suara rakyat marhaen. Diharap suara ini tidak berhenti di kota raja sahaja...

    suhaimi..suhaimi... sudah gaharu, cendana pula... apa di tunggu lagi, rakyat melantik kamu, maka haruslah kami mendengar keluhan rakyat. Masa bermain sudah tamat. SILA LETAK JAWATAN!!!

    -Melayu Bangkit!!!-

    ReplyDelete
  4. Bro,

    Kita saja yang BANGKIT

    depa masih tidur.

    Itu sebab kita yang dah BANGKIT ini krna terus KEJUT depa-depa yang masih tidur di atas sofa pemimpin. InsyaAllah Kedah akan BANGKIT bersama-sama Selangor, Perak dan P Pinang apabila semua pemimpin UMNO yang sedang lena di sofa pemimpin bingkas menyahut gejutan kita insyaAllah.

    http://pelantaqhujah.blogspot.com/2010/06/antara-gejut-dan-bangkit.html

    ReplyDelete
  5. ALJUBURI
    Ini kp kt negeri PR tido lg apatah lg KP yg negeri masih dlm BN, masing2 sibok la lobi projek..apa la tak kan la tak tau budaya kijer Pemuda Umno..

    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.